tahun 2 - hari jualan sekolahku (lisan)

3
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tahun : 2 Mawar Bilangan murid : /20 Tema : Maria Berniaga Tajuk : Hari Jualan Sekolahku Standard Kandungan : 1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul Standard Pembelajaran : 1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat majmuk Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1) bercerita tentang peristiwa hari jualan sekolah berdasarkan gambar rangsangan dengan menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan sekurang-kurangnya tiga ayat majmuk 2) mengenalpasti sekurang-kurangnya tiga maklumat penting berdasarkan poster Sistem bahasa : Kosa kata : gerai, khemah, makanan, minuman Tatabahasa : Ayat majmuk Pengisian kurikulum : Ilmu : Pendidikan Moral, Perdagangan Nilai : Kerjasama, rajin, bersungguh-sungguh Kemahiran bernilai tambah(KBT) : -Kemahiran Berfikir (Menjana idea, mengenal pasti) -Kecerdasan pelbagai( verbal linguistik) Elemen merentas kurikulum: -keusahawanan Bahan Bantu Mengajar : Papan alir bergambar, Lembaran Poster Pengetahuan sedia ada : Murid-murid mempunyai pengalaman berurusan jual beli di kedai Langkah pengajaran dan pembelajaran :

Upload: norhalimahmahat

Post on 30-Nov-2015

113 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tahun 2 - Hari Jualan Sekolahku (Lisan)

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tahun : 2 Mawar

Bilangan murid : /20

Tema : Maria Berniaga

Tajuk : Hari Jualan Sekolahku

Standard Kandungan : 1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula

dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul

Standard Pembelajaran : 1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat,

sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat majmuk

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1) bercerita tentang peristiwa hari jualan sekolah berdasarkan gambar rangsangan

dengan menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan

sekurang-kurangnya tiga ayat majmuk

2) mengenalpasti sekurang-kurangnya tiga maklumat penting berdasarkan poster

Sistem bahasa :

Kosa kata : gerai, khemah, makanan, minuman

Tatabahasa : Ayat majmuk

Pengisian kurikulum:

Ilmu : Pendidikan Moral, Perdagangan

Nilai : Kerjasama, rajin, bersungguh-sungguh

Kemahiran bernilai tambah(KBT) :

-Kemahiran Berfikir (Menjana idea, mengenal pasti)

-Kecerdasan pelbagai( verbal linguistik)

Elemen merentas kurikulum:

-keusahawanan

Bahan Bantu Mengajar : Papan alir bergambar, Lembaran Poster

Pengetahuan sedia ada : Murid-murid mempunyai pengalaman berurusan jual beli di kedai

Langkah pengajaran dan pembelajaran :

Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

Page 2: Tahun 2 - Hari Jualan Sekolahku (Lisan)

Hari jualan yang sering

diadakan di sekolah.

-Hari kantin

-Hari usahawan muda

-Karnival buku

Set induksi (5 minit)

-Murid-murid diminta menyatakan hari

jualan yang sering diadakan di sekolah

-Murid-murid ditanya aktiviti-aktiviti yang

sesuai dijalankan semasa hari jualan

tersebut

-Guru mengaitkan dengan topik

pembelajaran

KBT: Kemahiran

berfikir

Melengkapkan gambar

pada papan alir

bergambar mengikut

urutan

Langkah 1 (10 minit)

-Murid-murid dibahagikan kepada 4

kumpulan

-Setiap kumpulan akan mendapat papan

alir bergambar yang masih belum

lengkap

-Setiap kumpulan perlu melengkapkan

papan alir bergambar tersebut dengan

gambar yang terdapat di dalam sampul

surat di belakang papan mengikut urutan

yang betul

-Murid-murid dan guru akan

membincangkan jawapan

BBM: Papan alir

bergambar

Nilai : bekerjasama

KBT : Kemahiran

berfikir

Bercerita berdasarkan

gambar yang telah

disusun di papan alir

bergambar

Langkah 2 (10 minit)

-Setiap wakil kumpulan akan bercerita

berdasarkan gambar yang telah disusun

berkaitan dengan hari kantin sekolah

-Murid-murid yang lain perlu mendengar

dengan teliti cerita yang disampaikan

-Murid-murid yang lain akan disoal

semula mengenai cerita yang telah

disampaikan

BBM: Papan alir

bergambar

Nilai: Kerjasama,

rajin, bersungguh-

sungguh

KBT: Kecerdasan

pelbagai

Page 3: Tahun 2 - Hari Jualan Sekolahku (Lisan)

Menjawab soalan di

dalam lembaran poster

Langkah 3( 10 minit)

-Setiap murid akan diberikan lembaran

poster

-Mereka perlu menjawab soalan

berdasarkan poster yang diberikan

-Murid-murid dan guru akan

membincangkan jawapan

BBM: Lembaran

poster

KBT: Kemahiran

berfikir

Pemulihan dan

Pengayaan

Langkah 4 (10 minit)

Pemulihan : Menceritakan situasi jual beli

yang pernah mereka alami misalnya

membeli barang di kedai dengan

menggunakan sekurang-kurangnya dua

ayat majmuk

Pengayaan: Menyatakan tiga nilai murni

yang perlu diamalkan semasa

menjalankan aktiviti jual beli

Nilai: kerjasama,

rajin, bersungguh-

sungguh

Penutup Kognitif:

Soal jawab

1. Apakah aktiviti yang

dijalankan semasa hari

kantin?

2. Apakah barang yang

dijual di hari kantin?

3. Apakah sikap yang

perlu ada semasa

menjayakan hari kantin?

Penutup (5 minit)

-Murid menjawab setiap soalan yang

disampaikan oleh guru

-Guru merumuskan pengajaran dan

pembelajaran

Nilai: kerjasama,

rajin, bersungguh-

sungguh

KBT: Kemahiran

berfikir, kecerdasan

pelbagai