tahun 1 keturunan mulia & penyusuan nabi saw

63
BAB 3 (10 JAM) Analisis dan huraian isi kandungan Sirah dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam SR. Cerakin tajuk Perincian isi kandungan FARAH WAHEEDA BINTI JOHIR NUR ATIQAH BINTI ABDUL WAHAB NUR DIYANA BINTI SHAIFUL BAHRI SITI NORASIAH BINTI WAHID PISMP PIM/PAQ/BA 2 SEM 3/2012 Tahun 1 (KSSR) 2010

Upload: deluxe786

Post on 30-Jul-2015

223 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Mac, 2011.

TRANSCRIPT

Page 1: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW

BAB 3 (10 JAM)

Analisis dan huraian isi kandungan Sirah dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam SR.

• Cerakin tajuk

• Perincian isi kandungan

FARAHWAHEEDA BINTI JOHIR

NUR ATIQAH BINTI ABDUL WAHAB

NUR DIYANA BINTI SHAIFUL BAHRI

SITI NORASIAH BINTI WAHID

PISMP PIM/PAQ/BA 2 SEM 3/2012

Tahun 1

(KSSR)

2010

Page 2: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW
Page 3: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW

Perincian Tajuk dalamBuku Teks KSSR Tahun 1

Page 4: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW
Page 5: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW
Page 6: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW
Page 7: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW
Page 8: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW
Page 9: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW
Page 10: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW

Nabi Muhammad s.a.w. merupakan Nabi dan Rasul yang terakhir diutuskan oleh Allah SWT bagi menjadi model terulung untuk seluruh

alam serta kedatangannya juga adalah untuk “Menyempurnakan Akhlak” (Makarrimal Akhlak) manusia. Nabi Muhammad SAW merupakan keturanan kepada Nabi Allah

Ismail dan Nabi Allah Ibrahim.

Page 11: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW

Kronologi salasilah keturunan Rasulullah S.A.W

• Berikut merupakan berikut diterangkan penama-penama yang merupakan atuk moyang kepada Baginda Nabi Muhammad SAW:

Nabi Muhammad s.a.w. (Muhammad bin Abdullah)

Abdullah bin Abdul Mutallib

Abdul Mutallib bin Hashim

Page 12: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW

* Hashim bin Abdul Manaf* Abdul Manaf bin Qusai* Qusai bin Kilab* Kilab bin Murrah* Murrah bin Kaab* Kaab bin Luay* Luay bin Ghalib* Ghalib bin Fahr* Fahr bin Malik* Malik bin An-Nadr* An-Nadr bin Kinanah* Kinanah bin Khuzaimah* Khuzaimah bin Mudrikah* Mudrikah bin Elyas* Elyas bin Mudar* Mudar bin Nizar* Nizar bin Ma’ad* Ma’ad bin Adnan* Adnan bin Add (diriwayatkan merupakan Pemerintah Pertama bagi kota suci Makkah)* Add bin Humaisi

* Humaisi bin Salaman* Salaman bin Aws* Aws bin Buz* Buz bin Qamwal* Qamwal bin Obai* Obai bin Awwam* Awwam bin Nashid* Nashid bin Haza* Haza bin Bildas* Bildas bin Yadlaf* Yadlaf bin Tabikh* Tabikh bin Jahim* Jahim bin Nahish* Nahish bin Makhi* Makhi bin Ayd* Ayd bin Abqar* Abqar bin Ubayd* Ubayd bin Ad-Daa* Ad-Daa bin Hamdan* Hamdan bin Sanbir* Sanbir bin YathRabi* YathRabi bin Yahzin* Yahzin bin Yalhan

* Yalhan bin Arami* Arami bin Ayd* Ayd bin Deshan* Deshan bin Aisar/Aizar* Aisar bin Afnad* Afnad bin Aiham* Aiham bin Muksar* Muksar bin Nahith* Nahith bin Zarih* Zarih bin Sani* Sani bin Wazzi* Wazzi bin Adwa’* Adwa’ bin Aram* Aram bin Haidir* Haidir bin Ismail (anak Nabi Allah Ismail) (dipanggil Kedar dalam Injil Kristian)* Ismail bin Ibrahim (Ishmael bin Abraham) (Nabi Ismail a.s.)* Ibrahim bin Azar (Nabi Ibrahim a.s.)

Page 13: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW

• Salasilah Nabi Muhammad bermula dari Kilab bin Murrah bin Ka'b bin Lu'ay bin Ghalib bin Fihr (Quraish) bin Malik bin an-Nadr (Qais) bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah (Amir) bin Ilyas bin Mudar bin Nizar bin Ma`ad bin Adnan.

• Dimana Adnan merupakan keturunan laki-laki ke tujuh dari Ismail bin Ibrahim, iaitu keturunan Sam bin Nuh.

Page 14: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW
Page 15: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW

Selama hidupnya Abdul Muthalib diberi oleh Allah sepuluh orangputera. Semua puteranya sangat disegani oleh bangsa Quraisy.Salah seorang putera Abdul Muthalib yang paling disayangi oleh beliauadalah Abdullah ayah Nabi Muhammad S.A.W.Setelah Abdullah cukup umur, beliau dikahwinkan dengan seorangputeri yang sangat terkemuka diantara kaumnya yang bernamaAminah.Namun, sayang sekali kerana tempoh perkahwinan kedua insan itutidak panjang.Sebelum setahun dari perkahwinan mereka, Allah telahmemanggil Abdullah kembali kepadaNya tetapi sebelum Abdullahwafat, beliau sempat menyimpan benih suci dalam rahim ibunda Nabi.Selama dalam tempoh mengandung itu, ibunda Nabi sentiasa dalammimpi tanda-tanda kebesaran bayi yang ada dalam kandungannya.

Perkahwinan Ibu bapa Rasulullah

Page 16: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW

Biografi Rasulullah s.a.w• "Muhammad" dalam bahasa Arab bererti "dia yang terpuji".

• Orang Muslim mempercayai bahwa ajaran Islam yang dibawa olehMuhammad adalah penyempurnaan dari agama-agama yangdibawa oleh nabi-nabi sebelumnya.

• Mereka memanggil baginda dengan gelaran Rasul Allāh ( اهلل رسول )dan menambahkan kalimat Shalallaahu 'Alayhi Wasallam yangberarti "semoga Allah memberi kebahagiaan dan keselamatankepadanya“ (S.A.W).

• Selain itu di dalam Al-Qur'an Surah As-Saff (QS 61:6) menyebutMuhammad dengan nama "Ahmad" ( (أمحد yang dalam bahasa Arabjuga bererti "terpuji".

Page 17: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW

• Para penulis sirah (biografi) Muhammad pada umumnyasepakat bahwa ia lahir di Tahun Gajah, yaitu tahun 570 M.

• Muhammad lahir di kota Mekkah, di bagian Selatan JazirahArab, suatu tempat yang ketika itu merupakan daerahpaling terbelakang di dunia, jauh dari pusat perdagangan,seni, maupun ilmu pengetahuan.

• Ayahnya, Abdullah, meninggal dalam perjalanan dagang diYatsrib, ketika Muhammad masih dalam kandungan. Iameninggalkan harta lima ekor unta, sekawanan biri-biridan seorang budak perempuan bernama Ummu Aimanyang kemudian mengasuh Nabi.

Page 18: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW

• Pada saat Muhammad berusia enam tahun, ibunya Aminahbinti Wahab mengajaknya ke Yatsrib (Madinah) untukmengunjungi keluarganya serta mengunjungi makamayahnya. Namun dalam perjalanan pulang, ibunya jatuhsakit. Setelah beberapa hari, Aminah meninggal dunia diAbwa' yang terletak tidak jauh dari Yatsrib, dan dikuburkandi sana.

• Setelah ibunya meninggal, Muhammad dijaga oleh atuknya,'Abd al-Muththalib.

• Setelah atuknya meninggal, ia dijaga oleh bapa saudaranya,Abu Thalib. Ketika inilah ia diminta menggembala kambing-kambingnya disekitar Makkah dan kerap menemani bapasaudaranya dalam urusan dagangnya ke negeri Syam(Suriah, Libanon dan Palestina)

Page 19: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW

• Keturunan Nabi Muhammad s.a.w merupakan keturunan yangistimewa

• Nabi Muhammad berasal daripada keturunan bangsa Quraisy

• Datuk Nabi ialah ketua penduduk Mekah dan dilantik sebagaipemegang kunci kaabah serta bertanggungjawab menjamujemaah haji pada setiap musim haji

• Gelaran Quraisy diberikan kepada keluarga nabi keranagelaran tersebut lebih mulia daripada keturunan Arab yanglain

• INFO: (Quraisy) Suku bangsa yang Arab yang sangat muliadan dihormati.

Page 20: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW

Peristiwa Tahun Kelahiran Rasulullah

• Tahun kelahiran Baginda ini juga dikenali dengan tahun gajah(Aamul Fil) kerana serentak dengannya satu peristiwa besariaitu serangan tentera Habsyah yang bergajah hendakmeruntuhkan ka'abah (Baitullah) bagi mengalih perhatianorang-orang arab supaya berqiblatkan dan mengerjakan hajike gereja mereka di Yaman.

• Peristiwa ini telah digambarkan oleh Al-Quran dengan satusurah yang khusus iaitu surah al-Fil (gajah). Firman Allah s.w.tyang bermaksud; "Dan Allah telah menghantarkan kepadamereka rombongan burung-burung yang berpasukan yangmelontar mereka dengan batu-batu dari jenis tanah yangdibakar keras, lalu Allah menjadikan mereka hancur sepertidaun-daun kayu dimakan ulat".

Page 21: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW

• Peristiwa ini berakhir dengan tentera-tenteraAbrahah yang bergajah itu musnah dihujanioleh butiran-butiran batu dengan kekuasaanAllah yang digugurkan oleh burung -burungyang diutuskan Allah. Peristiwa bersejarah inijuga merupakan diantara mukjizat sempenakelahiran Nabi Besar kita, Muhammad s.a.w.

Page 22: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW

• Surah al-Fil (peristiwa tentera bergajah)

(1) tidakkah Engkau mengetahui Bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?

(2) Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka Dalam keadaan Yang rugi dan memusnahkan mereka?

(3) dan ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan,

(4) Yang melontar mereka Dengan batu-batu dari sejenis tanah Yang dibakar keras

(5) lalu ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu Yang dimakan ulat.

Page 23: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW

Keistimewaan dan Kemuliaan Rasulullahs. a. w.

Di dalam Kitab “Muhammad s. a. w. Insanul Kamil”, karangan Al-AllamahAs-Sayyid Muhammad bin Alwiy Al-Maliki Al-Hasani, ada menyatakanbeberapa perkara mengenai kemulian dan keistimewaan Nabi Muhammadyang diutuskan sebagai rasul yang terakhir yang sentiasa menyerumanusia ke arah kebahagian du nia dan akhirat, iantaranya ialah:

1. Muhammad Rasulullah s. a. w. adalah manusia pertama yang diciptakanAllah swt iaitu ketika Nabi Adam a.s masih dalam keadaan antara roh danjasadnya ( dari hadith riwayat Tirmizi).

2. Allah telah menetapkan bahawa semua nabi bermula dari Nabi Adamhinggalah Nabi Isa a.s terikat dengan janji bahawa mereka akan berimandan seterusnya membela atau membantu Rasulullah s. a. w. Firman Allahyang bermaksud: Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil perjanjian daripara nabi: "Sungguh, apa saja yang Aku berikan kepadamu berupa kitabdan hikmah, kemudian datang kepadamu seorang rasul yangmembenarkan apa yang ada padamu, niscaya kamu akan sungguh-sungguh beriman kepadanya dan menolongnya". ( Surah Ibrahim : 81).

Page 24: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW

3. Salasilah atau asal-usul keturunan baginda s.a.w. bermula dariNabi Adam a.s hinggalah Abdullah bin Abdul Mutalib tidak terdapatseorang pun di antara mereka yang pernah melakukan perbuatanyang tidak senonoh. (dari hadith yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqidan lain-lain).

4. Pada saat kelahiran baginda s.a.w bondanya melihat cahayamemancar menerangi istana-istana megah di Syam (diriwayatkanoleh Imam Ahmad bin Hanbal).

5. Pada saat baginda SAW sedang berjalan di tengah terik panasmatahari, terdapat gumpalan awan memayunginya. (diriwayatkanoleh Abu Naim dan lain-lain).

Page 25: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW

6. Pernah terjadi ketika mana baginda s.a.w. sedang berjalandan hendak berteduh di bawah sepohon pokok, pokok itulahyang bergerak mendekati baginda. (diriwayatkan oleh Al-Baihaqi)

7. Ketika baginda masih kanak-kanak, ketika baginda sedangbermain-main datanglah Malaikat membelah dadanya danmensucikan hatinya. (diriwayatkan oleh Muslim dan lain-lain)

8. Pada waktu Baginda menerima wahyu pertama di Gua Hira’,Jibril a.s memeluk Baginda sebanyak 3 kali. (diriwayatkan olehBukhari dan Muslim).

Page 26: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW

9. Allah s.w.t memberi nama ‘Muhammad’ kepada bagindayang berasal dari perkataan ‘hamada’ (puji). Ianya merupakankata akar bagi salah satu sifat Allah iaitu ‘Mahmud’ (MahaTerpuji). Sebelum itu tidak ada seorang pun yang bernamaseperti baginda s.a.w (diriwayatkan oleh Muslim)

10. Baginda s.a.w sering lapar di malam hari kerana tidakmempunyai makanan, namun keesokan harinya baginda akanberasa kenyang. Allah swt jua yang dengan kekuasaan ghaibnyamemberi ‘makan-minum’ kepada baginda s.a.w hinggakanbaginda tidak berasa lapar atau haus (diriwayatkan olehMuslim).

Page 27: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW

11.Baginda s.a.w dapat melihat sesuatu yang dibelakangnyadengan jelas seolah-olah baginda melihat dari arah hadapannya.(diriwayatkan oleh Muslim).

12. Di waktu malam yang gelap-gelita, baginda s.a.w dapat melihatsesuatu dengan jelas dan terang seolah-olah seperti bagindasedang melihatnya di waktu siang (diriwayatkan oleh Al-Baihaqi ).

13. Ludah baginda s.a.w dapat menjadikan air laut yang masinmenjadi tawar (diriwayatkan oleh Abu Naim).

14. Suara baginda s.a.w. dapat didengari oleh orang yang beradapada jarak yang kebiasaannya susah untuk mendengar.(diriwayatkan oleh Bukhari).

Page 28: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW

15. Baginda s.a.w hanya tidur dengan mata, sedangkan hatinyatetap tidak tidur. (diriwayatkan oleh Bukhari ).

16. Baginda s.a.w tidak pernah menguap. (diriwayatkan oleh AbuSyaibah dan lain-lain. Dikemukakan juga oleh Al-Khatabiy ).

17. Selama hidup baginda s.a.w tidak pernah ihtilam (mimpisyahwat) sama seperti para Nabi dan Rasul sebelumnya.(diriwayatkan oleh Tabrani).

18. Peluh baginda sama-sekali tidak berbau. (diriwayatkan olehAbu Naim dan lain-lain ).

Page 29: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW

19. Apabila Baginda s.a.w berjalan di samping orang bertubuh tinggi, bagindanampak lebih tinggi. (diriwayatkan oleh Al-Baihaqi).

20. Allah s.w.t telah memperjalankan Baginda pada malam hari dari MasjidulHaram di Mekah ke Masjidul Aqsa di Palestin. Firman allah di dalam al-Quran:“Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malamdari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agarKami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami.Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”. (Surah Al-Israa’ : 1)

21. Allah s.w.t telah menurunkan Malaikat bagi membantu baginda semasapeperangan Badar dan peperangan Hunain. Firman Allah: “Sungguh Allahtelah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah (ketikaitu) orang-orang yang lemah. Kerana itu bertakwalah kamu kepada Allah,supaya kamu mensyukuri-Nya. (Ingatlah), ketika kamu mengatakan kepadaorang mu'min: "Apakah tidak cukup bagi kamu Allah membantu kamu dengantiga ribu malaikat yang diturunkan (dari langit)?" (Surah Al-Imran : 123-124 )

Page 30: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW

BAB 3 (10 JAM)

Analisis dan huraian isi kandungan Sirah dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam SR.

• Cerakin tajuk

• Perincian isi kandungan

FARAHWAHEEDA BINTI JOHIR

NUR ATIQAH BINTI ABDUL WAHAB

NUR DIYANA BINTI SHAIFUL BAHRI

SITI NORASIAH BINTI WAHID

PISMP PIM/PAQ/BA 2 SEM 3/2012

Tahun 1

(KSSR)

2010

Page 31: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW

Tajuk-tajuk yang terdapat dalam

Sukatan PelajaranPend. Islam Tahun

1 KSSR

Page 32: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW
Page 33: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW
Page 34: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW
Page 35: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW
Page 36: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW

SIFAT KEHAMILAN IBU RASULULLAH SAW

Page 37: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW

• Semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalamkandungan Siti Aminah, beliau tidak merasasusah sebagaimana yang dialami oleh ibu-ibuyang hamil.

• Kehamilan Siti Aminah disedari melaluiperkhabaran malaikat yang datang kepadanyaketika beliau sedang tidur. Malaikatmengatakan bahawa beliau telahmengandungkan seorang Nabi dan Penghuluseluruh umat manusia.

Page 38: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW

• Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebutyang kering menjadi subur, pohon-pohon kayurimbun dan berbuah lebat.

• Tentera bergajah Abrahah datang menyerangkota Mekah, yang dirakamkan dalam surah Al-Fil. Tentera bergajah ini diketuairaja Abrahah yang menunggang seekor gajahbesar bernamaMahmudi.

• Apabila sampainya tentera bergajah ini ke kotaMekah, gajah-gajah itu berhenti dan berundurdengan izin Allah.

Page 39: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW

• Tiba-tiba, muncul sekumpulan burungAbabil datang membawa batu-batu yang panasdari neraka menyerang dan menghancurkantentera bergajah Abrahah tersebut.

• Riwayat daripada Abdul Mutalib, "Ketika akusedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuhdari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu akumendengar suara dari dinding Kaabahberkata, "Telah lahir nabi pilihan yang akanmembinasakan orang kafir dan mensucikankudaripada berhala-berhala ini dan akanmemerintahkan penyembahan Yang MahaMengetahui.''

Page 40: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW

Ketika Kelahiran Rasulullah s.a.w.

• Satu goncangan berlaku di Mahligai Kisra (Parsi) danmenyebabkan mahligai tersebut retak, manakalaempat belas tiang serinya (dewannya) runtuh.

• Biara Majusi (tempat penyembahan tuhan api) di Parsiyang tidak pernah padam seribu tahun telah padamdengan sendirinya.

• Api tersebut merupakan api sembahan orang-orangMajusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amatmengejutkan orang Parsi.

• Tasik Sava/Sawah dan gereja-gereja yang dianggap sucitenggelam ke dalam tanah.

• Pintu langit tertutup dan raja syaitan (azazil) menjadiresah takut.

Page 41: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW

PENYUSUAN RASULULLAH S.A.W

Page 42: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW
Page 43: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW

• Sewaktu lahir, Nabi Muhammad SallallahuAlaihi Wasallam sudah menjadi anak yatim. Kebiasaan masyarakat Arab Makkah akanmencari orang yang boleh menyusukan anakmereka dari daerah pendalaman dan merekamemilih orang yang mempunyai keturunanyang baik agar berpengaruh pada bayi mereka.

• Di antara kalangan kabilah-kabilah pedalamanyang terkenal dalam penyusuan ini ialah KabilahBani Sa’ad.

Page 44: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW

• Siti Aminah masih menunggu untuk menyerahkananaknya itu kepada salah seorang keluarga Sa’adyang bakal menyusukan anaknya, sebagaimanasudah menjadi adat kebiasaan bangsawan-bangsawan Arab di Makkah

• Sementara masih menunggu orang yang akanmenyusukan itu. Muhammad disusui olehTsuwaibah, hamba perempuan bapa saudaranya, Abu Lahab bersama dengan penyusuan Hamzahbin Abdul Mutthalib dan Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad al-Makhzumi dengan air susuanaknya yang bernama Masruh

Page 45: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW

• Aminah menyerahkan anaknya kepadaTsuwaibah, hamba perempuan pakciknya, Abu Lahab. Jadi mereka adalah saudara susuan.

• Akhirnya datang juga wanita-wanita Bani Sa’adyang akan menyusukan itu ke Makkah. Merekamemang mencari bayi yang akan merekasusukan. Akan tetapi mereka menghindari danmenolak anak-anak yatim

Page 46: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW

• Sebenarnya mereka masih mengharapkansesuatu balasan dari si ayah. Sedangkan darianak-anak yatim sedikit sekali yang dapatmereka harapkan. Oleh kerana itu di antaramereka itu tidak ada yang mahu mendatangiMuhammad. Mereka akan mendapat hasilyang lumayan bila mendatangi keluarga yang dapat mereka harapkan.

Page 47: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW

• Halimah binti Abi Dzuaib as-Sa’diyah yang padamulanya menolak Muhammad, seperti yang lain-lain juga, ternyata tidak mendapat bayi lain sebagai gantinya. Di samping itu kerana diamemang seorang wanita yang kurang mampu, ibu-ibu lain pun tidak menghiraukannya. Setelahsepakat mereka akan pulang dan meninggalkanMakkah.

• Halimatus Sa’diyah lalu memutuskan menemuiIbu Nabi Muhammad (Siti Aminah) danmenawarkan diri untuk menyusui/menjaga Nabi. Atas persetujuan semua keluarga, dibawalah Nabike rumah Halimatus Sa’diyah.

Page 48: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW

• Pada hari kelapan sesudah dilahirkan, Muhammad pun dibawa pergi bersama bayi-bayi yang lain ke pedalaman.

• Dalam perjalanan pulang banyak kejadiananeh di antaranya; Muhammad boleh tidurdengan nyenyak, kantung susu untanyapenuh, keldainya lebih perkasa dari yang lain, setelah dia sampai di rumah orang-orangmerasa kekeringan dan kelaparan kecualiHalimah kerana berkat dari Allah SWT.

Page 49: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW

• Halimatus Sa’diyah merasa tambah gembiradan senang kerana ekonominya bertambahluas. Sejak diambilnya anak itu ia merasamendapat berkah, binatang ternaknya gemuk-gemuk, susunya pun bertambah, dantanamannya bertambah subur.

• Terasalah baginya perbezaan di saat sebelummenjaga Nabi dan di waktu menjaga NabiMuhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Tuhantelah memberkati semua yang ada padanya.

Page 50: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW

• Selama dua tahun Nabi Muhammad SallallahuAlaihi Wasallam tinggal di Sahara, disusukan olehHalimatus Sa’diyah dan diasuh oleh Syaima’, puterinya. Udara Sahara dan kehidupanpedalaman yang lasak menyebabkannya cepatmembesar, dan menambah indah bentuk danpertumbuhan badannya.

• Setelah cukup peruntukan mengasuh dua tahun, Halimatus Sa’diyah rasakan hanya sekejap sajadan tiba masanya dipulangkan, kemudian diaberjumpa Ibu Nabi (Aminah) untuk memintatambahan 2 tahun lagi dalam menjaga NabiMuhammad Sallallahu Alaihi Wasallam

Page 51: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW

• Keluarga Nabi kemudian bermusyawarah dengankeputusan yang diambil adalah menyerahkansemula penjagaan Nabi kepada HalimatusSa’diyah selama 2 tahun lagi supaya lebih matang, juga sememangnya dikhuatiri dari seranganwabak Makkah.

• Dua tahun lagi anak itu tinggal di Sahara, menikmati udara pendalaman yang bersih danbebas, tidak terikat oleh sesuatu ikatan jiwa, jugatidak oleh ikatan material. Jadi Nabi dijaga olehHalimatus Sa’diyah selama 4 tahun.

Page 52: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW

• Maka, selama 4 tahun itulah NabiMuhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diasuhdan dibesarkan di bawah pengawasan HalimatusSa’diyah Dengan perasaan yang masih sayangkepada Nabi Muhammad Sallallahu AlaihiWasallam, Halimatus terpaksa menyerahkanBaginda kepada Siti Aminah kerana perjanjianselama 4 tahun sudah sampai pada masanya.

• Sedangkan Ibu Nabi sudah sangat mengharapkanakan kembalinya anak ke pangkuannya untukdiasuh sendiri dalam rumahnya, maka semenjakberumur 5 tahun Nabi MuhammadSallallahuAlaihi Wasallam berada di bawah asuhan ibunya, Siti Aminah

Page 53: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW
Page 54: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW

Perut Bagindadikeluarkan dan dicucidengan bekas daripadaemas yang mengandungi

air zam-zam. Lalu, Malaikat Jibril

meletakkannya ditempat asal.

Sumber : Hadis Muslim, 1/101, 102. Dalam riwayat sahih, peristiwa besar

ini disebut lebih dari sekali. (Mengenali Rasulullah SAW, 2005.)

Page 55: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW

Sumber : The Great Story

Muhammad sAllahu ‘alahi

wasallam 2011.

Page 56: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW

Sumber : The Great Story Muhammad sAllahu ‘alahi wasallam 2011. pg 73-74

Page 57: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW

(Mengenali Rasulullah SAW, 2005.)

Page 58: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW

Perjalanan bersama bondadari Mekah ke Madinahketika berumur 5 tahun.

Bersama pembantu bapanyauntuk menziarahi sanaksaudara suku Bani Naj jar.

Dipulangkan ke Kota Mekahketika berumur empat tahun. Riwayat lain disebutkan

lima tahun.KematianBonda

RasulullahSAW

Page 59: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW

Dari Madinah, merekabertolak ke Syam (Syria) bagi menziarahi pusara

bapanya.

Perjalanan mengambilmasa sebulan.

Ketika perjalananpulang, bondanyadiserang sakit danmeniggal dunia di

Abwa’ ; sebuah desaantara Mekah dan

Madinah.

Page 60: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW

Bukankah Dia mendapati engkauyatim piatu, lalu Dia memberikan

perlindungan? (Ad-Dhuha 93; 6)

Page 61: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW

Tempoh jagaan

Page 62: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW

Kematian datukRasulullah SAW

Setelah kematian ibu Rasulullah, Baginda telahdiserahkan kepada datuknya, Abdul Mutalib.

PembesarQuraisy

berpengaruh

disegani

Mendidik danmengasuh cucunyadengan nilai-nilaidan akhlak yang

baik.

Sayang sangat-sangat dan takpernah memarahi.

Ada vision bahawa

cucunya akanmenjadi orangbesar padamasa akandatang

Sebelummeninggaldunia ;

MewasiatkanAbu Talibuntuk take

over

Page 63: Tahun 1 Keturunan Mulia & Penyusuan Nabi SAW

Kriteria yang menyebabkan Abu Talib dipilih untuk menjagaRasulullah

Bukan anak yang paling sulung(Harith) dan bukan

anak yang paling kaya (Abbas)

Bukan juga orang kaya malahkeluarganya ramai. Anak-

anaknya banyak. Abu Talib merupakan orang yang paling disegani oleh semua bangsaQuraisy kerana dia berbudi bahasa

dan paling luhur budinya.Sumber : Kelengkapan Tarikh Jilid 1, K.H. Moenawar Chalil, 2006