tahukah andaanemia menyebabkan anda kurang cemerlang?

12
Tahukah anda anemia menyebabkan anda kurang cemerlang? Apabila anda mengalami anemia, hemoglobin di dalam sel darah merah akan berkurangan. Hemoglobin di dalam sel darah merah adalah pengangkut oksigen dan zat makanan ke otak dan seluruh badan. Otak memerlukan oksigen dan zat makanan yang cukup untuk berfungsi dengan optima. Anemia akan menyebabkan anda mengalami: • Kurang daya tumpuan dalam pelajaran • Kurang cergas dan cerdas • Mudah letih dan mengantuk • Merasa lesu • Mudah pitam 01.Remaja FA 3/17/08 3:41 PM Page 1

Upload: others

Post on 21-Feb-2022

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tahukah andaanemia menyebabkan anda kurang cemerlang?

Tahukah anda anemia

menyebabkan anda

kurang cemerlang?

Apabila anda mengalami anemia, hemoglobin di dalam seldarah merah akan berkurangan. Hemoglobin di dalam seldarah merah adalah pengangkut oksigen dan zat makanan keotak dan seluruh badan. Otak memerlukan oksigen dan zatmakanan yang cukup untuk berfungsi dengan optima.

Anemia akan menyebabkan anda mengalami:

• Kurang daya tumpuan dalam pelajaran

• Kurang cergas dan cerdas

• Mudah letih dan mengantuk

• Merasa lesu

• Mudah pitam

01.Remaja FA 3/17/08 3:41 PM Page 1

Page 2: Tahukah andaanemia menyebabkan anda kurang cemerlang?

Anda mungkin anemia sekiranya:• Pucat terutama di bibir dan kelopak mata • Sering lesu dan mengantuk • Mudah berdebar-debar • Bentuk kuku berubah • Rambut mudah putus/gugur • Kerap pening atau pitam

Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti di atas, dapatkan pemeriksaanlanjut di Klinik Kesihatan berhampiran.

Adakah anda mengalami anemia?

01.Remaja FA 3/17/08 3:41 PM Page 2

Page 3: Tahukah andaanemia menyebabkan anda kurang cemerlang?

Daging2 keping saizkotak mancis

Ayam1 ketul bahagiandada

Hati ayam1 ketul (2 lobus)

Hati lembu1 ketul saizkotak mancis

Kerang20 biji

Ikan1 ekor ikan sederhana

Ikan bilis5 sudu makan(tanpa kepala)

Sotong2 ekor

Limpa lembu1 ketulsaiz kotak mancis

Anemia boleh dicegah dengan makan makanan tinggi kandungan zat besi. Banyak jenismakanan yang mengandungi zat besi:

• Baik - kismis, sayur-sayuran hijau seperti pegaga, pucuk paku, kangkung, bayam, kailan

• Lebih baik - daging, ayam, ikan, sotong, ikan bilis

• Paling baik - kerang, hati ayam, hati lembu, paru lembu

Berapa banyak sumber zat besi yang perlu anda makan dalam sehari?Anda perlu makan sekurang-kurangnya satu jenis makanan yang kaya zat besi dari sumberhaiwan setiap hari. Ini kerana penyerapan zat besi dari sumber haiwan adalah lebih baik.

Pilihan makanan kaya zat besi adalah seperti berikut:Sumber zat besi(saiz satu sajian)

Bagaimana anda boleh mencegah anemia?

01.Remaja FA 3/17/08 3:41 PM Page 3

Page 4: Tahukah andaanemia menyebabkan anda kurang cemerlang?

Anda juga perlu makan makanan seimbang berdasarkan PIRAMID MAKANAN berikut:

Nasi, mi, roti, bijirin,produk bijirin danubi-ubianMAKAN LEBIHBANYAK8-12 SajianSehari

Sayur-sayuran danbuah-buahanMAKANBANYAK5 SajianSehari

Ikan, ayam, dagingdan kekacangMAKAN DENGANSEDERHANA

Susu dan produk tenusu

Lemak, minyak, guladan garamMAKAN SEDIKIT

SAHAJA

1-2 Sajian Sehari 2-3 Sajian Sehari

01.Remaja FA 3/17/08 3:42 PM Page 4

Page 5: Tahukah andaanemia menyebabkan anda kurang cemerlang?

NASI, MI, ROTI, BIJIRIN,PRODUK BIJIRIN DAN

UBI-UBIAN

1/2 cawan nasi atau

1 keping roti atau1/2 cawan mihun/mi/pasta atau1/2 keping capati bersaiz kecil atau

1 cawan bubur nasi atau

1 biji ubi kentang sederhana atau

3 keping biskut tawar atau1/2 cawan bijirin sarapan pagi

SAYUR-SAYURAN DANBUAH-BUAHAN

BUAH1/2 biji jambu sederhana atau

1 potong betik, nenas, tembikai atau

1 biji pisang, oren, lai, epal sederhana atau1/2 cawan buah kering (tanpa gula) atau

1 cawan jus buah

SAYUR1 cawan sayur berdaun hijau (ulam-ulaman) atau1/2 cawan sayur berdaun hijau dimasak atau1/2 cawan sayuran berbuah/berakar

IKAN, AYAM, DAGINGDAN KEKACANG

1 ketul kepak ayam atau

1 ekor ikan kembong sederhana atau

2 ketul daging tanpa lemak (saiz kotak mancis) atau

1 ketul hati ayam (2 lobus) atau

20 biji kerang atau

2 ekor sotong saiz sederhana atau

5 sudu makan ikan bilis atau

2 keping taukua keras/tempe atau

2 biji telur saiz kecil atau

1 cawan kekacang kering

BERAPA BANYAK SATU SAJIAN?SUSU DAN

PRODUK TENUSU1 gelas susu (200 ml) atau

1 cawan dadih/yogurt atau

4 sudu makan susu tepung atau

1 keping keju

01.Remaja FA 3/17/08 3:42 PM Page 5

Page 6: Tahukah andaanemia menyebabkan anda kurang cemerlang?

Buah dan sayur meningkatkanpenyerapan zat besi. Oleh itu,makanlah buah dan sayur didalam hidangan anda atauminum jus buah selepas makan.Anda juga boleh makan makanankaya zat besi bersama pencecahseperti sambal buah-buahancontohnya sambal tomato atausambal limau kasturi.

•••••••••••••

••••••••••••••••••••••••••••

• • • • • •Tahukah anda?

01.Remaja FA 3/17/08 3:42 PM Page 6

Page 7: Tahukah andaanemia menyebabkan anda kurang cemerlang?

TIPKopi, teh, susu, minuman berkola,minuman bercoklat mengandungibahan yang menghalang penyerapanzat besi. Oleh yang demikian:

Jika ingin mengambil makananatau minuman tersebut,pastikan diambil diantarawaktu makan utama atausekurang-kurangnya 1 hingga2 jam dari waktu makan utama.

Remaja perlu minum 1-2 gelassusu sehari untuk mendapatcukup kalsium. Jadi, minumlahsusu segar atau susu tepung diantara waktu makan utamaseperti semasa minum pagi,minum petang dan minummalam.

1

2

01.Remaja FA 3/17/08 3:42 PM Page 7

Page 8: Tahukah andaanemia menyebabkan anda kurang cemerlang?

CONTOH MENUSARAPAN PAGI1 cawan mee goreng1 ketul daging - perencah1/2 cawan sayur (sawi + taugeh + kucai) - perencah1 gelas jus oren

MINUM PAGI1 biji karipap1 gelas susu berperisa coklat

MAKAN TENGAHARI2 cawan nasi 1 ketul peha ayam goreng3 sudu makan isi kerang masak kicap1/2 cawan bayam masak sup1/2 cawan ulam-ulaman (daun selom, ulam raja)2 sudu makan sambal mangga1 gelas air kosong

MINUM PETANG1 keping sandwich sardin1 biji limau1 gelas air kosong

MAKAN MALAM11/2 cawan nasi 1/2 ekor ikan cencaru bakarsambal asam (perahan limau kasturi)1/2 cawan kangkung goreng1 keping taukua masak sup1/2 biji jambu batu1 gelas air kosong

MINUM MALAM1 gelas susu

KANDUNGAN NUTRIEN

Kalori 2100 kcalLemak 55 gmProtein 105 gmKalsium 1126 mgZat Besi 28 mgVitamin C 456 mgAsid Folik 324 µg

01.Remaja FA 3/17/08 3:42 PM Page 8

Page 9: Tahukah andaanemia menyebabkan anda kurang cemerlang?

Air Barli Lemon(hidangan untuk 1 orang)

Bahan-bahan3 sudu makan barli 500 ml air (2 gelas)1/2 hirisan lemon atau 1 biji limau kasturi1 sudu teh gula

Cara penyediaan1. Basuh dan rebus barli ke dalam periuk dengan 500 ml air.2. Apabila mendidih, biarkan barli mereneh sehingga air kelihatan keruh.3. Tapiskan barli ke dalam mangkuk dan tambahkan gula. Tambah sedikit

air lagi jika tidak mencukupi. 4. Setelah suam/sejuk, perahkan lemon atau limau kasturi.

Kandungan nutrien setiapsatu hidangan

Kalori 156 kcalLemak 0.7 gmProtein 4 gmKalsium 26 mgZat Besi 1 mgVitamin C 21 mg

KANDUNGAN NUTRIEN SETIAP SATU HIDANGAN

Resepi Mudah! Cubalah Sendiri!

01.Remaja FA 3/17/08 3:42 PM Page 9

Page 10: Tahukah andaanemia menyebabkan anda kurang cemerlang?

Bahan-bahan1 cawan nasi putih1/2 ketul dada ayam (potong kecil-kecil)1/4 batang lobak merah (potong dadu)3 batang kacang panjang (dipotong halus)1 sudu makan minyak masak untuk menumis

Bahan perencah1/4 biji bawang besar (dihiris halus)2 ulas bawang putih (dihiris halus)1 biji cili merah (dihiris halus)2 biji cili padi (jika suka)2 sudu makan ikan bilis (tanpa kepala)Garam secukup rasaHirisan timun dan tomato

Cara memasak1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan perencah.2. Masukkan ayam dan kacau sehingga masak.3. Masukkan lobak merah, kacang panjang dan nasi. Kemudian kacau

sehingga rata.4. Masukkan garam secukup rasa.5. Hidangkan nasi goreng bersama ulam hirisan timun dan tomato.

Masa penyediaan: 15 minit

Nasi Goreng Puteri(hidangan untuk 1 orang)

Kandungan nutrien

Kalori 359 kcalLemak 15 gmProtein 24 gmKalsium 72 mgZat Besi 4 mgVitamin C 15 mgAsid Folik 7 µg

KANDUNGAN NUTRIEN

01.Remaja FA 3/17/08 3:42 PM Page 10

Page 11: Tahukah andaanemia menyebabkan anda kurang cemerlang?

Bahan-bahan1 bungkus mi segera yang telah dicelur danditoskan. Asingkan di dalam mangkuk (tanpa perencah)2 ketul daging saiz kotak mancis (dihiris nipis)7 batang sawi (dipotong)1 sudu teh minyak masak untuk menumis1 gelas air

Bahan perencah1/4 labu bawang besar (dihiris halus)2 ulas bawang putih (dihiris halus)1/2 inci halia1 biji cili merah (dihiris halus)2 biji cili padi (jika suka)1 sudu teh kicap 2 sudu teh tepung jagung (dibancuh dengansedikit air)Garam secukup rasa

Cara memasak1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan perencah.2. Masukkan daging dan air. Masak sehingga daging empuk.3. Masukkan sawi, tambah kicap dan lada sulah. Kacau sehingga rata.4. Masukkan garam dan bancuhan tepung jagung. Kacau sehingga

masak.5. Curahkan kuah ke atas mi yang telah siap dicelur. 6. Hiaskan mi dengan hirisan daun sup dan bawang goreng.

Masa penyediaan: 15 minit

Kandungan nutrien

Kalori 526 kcalLemak 17 gmProtein 13 gmKalsium 171 mgZat Besi 3.7 mgVitamin C 50 mgAsid Folik 8 µg

Mi Segera Kantonis(hidangan untuk 1 orang)

KANDUNGAN NUTRIEN

01.Remaja FA 3/17/08 3:42 PM Page 11

Page 12: Tahukah andaanemia menyebabkan anda kurang cemerlang?

Tanya Pakar Pemakanan Anda

1. Saya seorang vegetarian. Bagaimana saya hendak memastikan saya tidak mengalami anemia?

Jika anda vegetarian, anda digalakkan makan makanan dari sumber kekacang seperti kacangsoya dan kacang hijau. Tingkatkan lagi pengambilan sayur berdaun hijau. Ambil suplemen zatbesi jika perlu mengikut arahan doktor.

2. Saya terlalu sibuk dan tidak sempat makan. Bagaimana hendak memastikan saya cukup zatbesi?

Pastikan anda makan sekurang-kurangnya satu sumber zat besi di rumah pada setiap harisekiranya anda tidak sempat makan sumber zat besi di sekolah.

3. Ibu saya jarang-jarang menyediakan makanan sumber zat besi. Apakah yang harus sayalakukan?

Mungkin ibu anda tidak sedar kepentingan mengambil makanan sumber zat besi. Jadimaklumkan kepada ibu anda mengenai anemia dan kepentingan mengambil sumber zat besipada setiap hari.

4. Saya tidak suka makan sayur dan buah. Adakah ini memberi kesan kepada saya?

Ya, kerana sayur dan buah mengandungi vitamin C yang membantu meningkatkanpenyerapan zat besi. Pastikan anda makan buah dan sayur setiap hari sebagaimana yangdisarankan di dalam piramid makanan.

5. Saya suka makan makanan ringan seperti keropok, asam, jeruk dan aiskrim. Adakah ini bolehmenyebabkan anemia?

Jika anda makan terlalu banyak makanan tersebut sehingga kurang makan makananberkhasiat, anda boleh mengalami kekurangan zat besi. Anda dinasihatkan untukmengurangkan makan makanan tersebut.

01.Remaja FA 3/17/08 3:42 PM Page 12