tahap penggunaan tv pendidikan dan tahap kesediaan ... · sekolah yang telah memberikan kerjasama...

30
TAHAP PENGGUNAAN TV PENDIDIKAN DAN TAHAP KESEDIAAN PENGGUNAAN EDUWEBTV DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH RENDAH DI JOHOR BAHRU NOR HAFIZA AZNE BINTI ABD AZIZ UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: ngonhu

Post on 29-Mar-2019

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

TAHAP PENGGUNAAN TV PENDIDIKAN DAN TAHAP KESEDIAAN

PENGGUNAAN EDUWEBTV DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH

RENDAH DI JOHOR BAHRU

NOR HAFIZA AZNE BINTI ABD AZIZ

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP PENGGUNAAN TV PENDIDIKAN DAN TAHAP KESEDIAAN

PENGGUNAAN EDUWEBTV DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH

RENDAH DI JOHOR BAHRU

NOR HAFIZA AZNE BINTI ABD AZIZ

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai

Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

iii

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala pujian atas limpah dan kurniaan-Nya, Tuhan seluruh alam. Selawat dan salam

ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Teristimewa buat suami tercinta

En. Helmy Hariri bin Hamzah

yang sentiasa bersama dalam susah dan senang, dan yang sentiasa menjadi

pendorong dan inspirasi kehidupan,

moga pertalian suci kita berdua sentiasa diberkati dan dirahmatiNya.

Khas buat ayahanda dan bonda tersayang

En. Abd Aziz bin Hassan dan Pn. Saedah binti Hj.Othman

yang tidak pernah jemu memberi dorongan dan nasihat serta sentiasa mendoakan

kejayaan untuk anak-anaknya,

Buat ahli keluarga yang disayangi,

Segala sokongan yang diberikan,

Amatlah ku hargai.

Dedikasi buat teman yang sama-sama belajar memahami erti kehidupan

Nor Hafizah binti Sulaiman

Suriati binti A. Rahman

Siti Nur Nadiah binti Mohd Nor

yang sentiasa memberikan kata-kata semangat untuk meneruskan perjuangan dalam

mencapai cita-cita untuk kesejahteraan masa depan bersama,

Terima kasih yang tidak terhingga buat semua di atas segala-galanya. Hanya Allah

S.W.T sahaja yang dapat membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya, saya berjaya

menyempurnakan penyelidikan Projek Sarjana Muda ini.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih tulus ikhlas ditujukan khas buat

Tuan Haji Johari bin Hassan

selaku pensyarah pembimbing yang sudi menyelia dan memberikan tunjuk ajar

sepanjang tempoh menyiapkan penulisan ilmiah ini. Didoakan semoga setiap usaha

dan tujuk ajar beliau dibalas dengan rahmat Allah SWT.

Penghargaan ini juga untuk rakan-rakan seperjuangan dan orang perseorangan yang

terlibat secara langsung dan tidak langsung sehingga kajian ini berjaya

disempurnakan. Juga buat responden iaitu para guru dan kakitangan sokongan

sekolah yang telah memberikan kerjasama untuk memberi maklum balas terhadap

kajian yang telah dijalankan.

Akhir sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat keluarga

tercinta, segala sokongan, semangat dan kerjasama kalian hanya Allah sahaja dapat

membalasnya. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan hidayahNYA

Sekian, terima kasih.

v

ABSTRAK

Kepelbagaian media pengajaran berbentuk elektronik dalam proses

pengajaran dan pembelajaran sememangnya mendapat tempat dalam sistem

pendidikan negara pada masa kini. Maka, kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap

penggunaan TV Pendidikan dan tahap kesediaan penggunaan EDUWEBTV dalam

kalangan guru Sekolah Rendah di Johor Bahru. Kajian ini tertumpu kepada

kekerapan menonton, kepentingan TV Pendidikan serta masalah yang dihadapi

dalam menggunakan TV Pendidikan. Selain itu, kajian ini juga tertumpu kepada

tahap pengetahuan guru tentang EDUWEBTV, kesediaan guru mengaplikasikan

pengetahuan sedia ada serta masalah-masalah awal yang dihadapi dalam

menggunakan EDUWEBTV. Instrumen kajian ini adalah berbentuk soal selidik yang

diedarkan kepada seramai 150 orang responden dari 2 jenis sekolah rendah yang

dipilih secara rawak berkelompok. Data ini dianalisis dengan menggunakan perisian

Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 11.5. Statistik deskriptif iaitu

min, frekuensi dan peratusan serta statistik inferensi seperti ujian-t dan ANOVA

digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa kekerapan

penggunaan TV Pendidikan adalah di tahap yang rendah. Namun, majoriti responden

menyedari akan kepentingan TV Pendidikan. Manakala, masalah utama yang

dihadapi oleh guru-guru dalam menggunakan TV Pendidikan ialah masalah

percanggahan jadual waktu. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi

kekerapan menonton antara kedua-dua jenis sekolah. Bagi EDUWEBTV, tahap

pengetahuan dan tahap kesediaan guru menggunakan EDUWEBTV adalah di tahap

yang sederhana. Manakala, masalah utama yang dihadapi ialah kekurangan

kemahiran dalam menggunakan EDUWEBTV. Oleh yang demikian, beberapa

cadangan dikemukakan bagi meningkatkan lagi minat terutamanya dalam

penggunaan EDUWEBTV secara lebih sistematik dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

vi

ABSTRACT

The use of electronic media in teaching and learning process is in line with

our national educational system. The purposes of this research are to identify the

usage of Educational Television and the level of readiness about the EDUWEBTV

among the primary school teachers in Johor Bahru. The main focuses of this research

were the frequency of watching Educational Television, the benefit of Educational

Television and the problems in using the Educational Television. Besides that, for

EDUWEBTV, this research also focuses on the knowledge level, readiness and the

problems faced in using the EDUWEBTV. The instrument used for this research was

a questionnaire which was distributed to 150 respondents from 2 types of primary

school through a randomize group sampling. Data collected was analyzed by using

Statistical Package for Social Sciences (SPSS) software version 11.5 and was

presented in the form of means, frequencies and percentages. Inferential statistics

such as t-test and ANOVA were also used in this research. The results of this study

showed that the usage of Educational Television were at the low level. The majority

of the respondents agreed about the benefit of Educational Television. The main

problem faced by the teacher was clashed of the timetable with the Educational

Television programme schedule. For EDUWEBTV, the knowledge and readiness

level in using EDUWEBTV were at the average level. While, the main problem in

using EDUWEBTV was the lack of skill in using EDUWEBTV. Thus, a number of

suggestions had been posed in this research to increase the interest in using

EDUWEBTV for teaching and learning.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 11

1.5 Persoalan Kajian 11

1.6 Kepentingan Kajian 12

1.7 Skop Kajian 13

1.8 Batasan Kajian 13

1.9 Definisi Istilah 14

1.9.1 Tahap 14

1.9.2 Penggunaan 14

viii

1.9.3 Kesediaan 15

1.9.4 TV Pendidikan 15

1.9.5 EDUWEBTV 16 BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 17

2.2 TV Pendidikan 17

2.3 Penggunaan TV Pendidikan di Sekolah Rendah 21

2.4 Permasalahan dan Isu Pengunaan TV Pendidikan 23

2.5 Kesediaan Penggunaan EDUWEBTV dalam 25

Kalangan Guru

2.6 Kajian-kajian Lepas Berkaitan TV Pendidikan 26

2.7 Kesimpulan 30

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 31

3.2 Rekabentuk Kajian 31

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 32

3.4 Instrumen Kajian 33

3.5 Prosedur Kajian 35

3.6 Kajian Rintis 36

3.7 Analisis Data 37

3.8 Jangkamasa Kajian 38

3.9 Anggaran Perbelanjaan 39

3.10 Penutup 40

ix

BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN

4.1 Pengenalan 41

4.2 Analisis Data 42

4.3 Huraian Latar Belakang Responden 43

4.3.1 Umur 43

4.3.2 Pengalaman Mengajar 44

4.3.3 Memiliki Komputer Peribadi 44

4.3.4 Kekerapan Menonton TV Pendidikan 45

4.4 Persoalan Kajian 46

4.4.1.1 Taburan Kekerapan Menonton 46

TV Pendidikan dalam Kalangan Guru

Sekolah Rendah di Bandar

4.4.1.2 Taburan Kekerapan Menonton 49

TV Pendidikan dalam Kalangan Guru

Sekolah Rendah di Luar Bandar

4.4.2.1 Taburan Persepsi Responden Terhadap 51

Kepentingan TV Pendidikan di

Sekolah Rendah di Bandar

4.4.2.2 Taburan Persepsi Responden Terhadap 53

Kepentingan TV Pendidikan di

Sekolah Rendah di Luar Bandar

4.4.3.1 Taburan Masalah Penggunaan 55

TV Pendidikan dalam Kalangan Guru

Sekolah Rendah di Bandar

4.4.3.2 Taburan Masalah Penggunaan 57

TV Pendidikan dalam Kalangan Guru

Sekolah Rendah di Luar Bandar

4.4.4.1 Taburan Responden Bagi Tahap 59

Pengetahuan Tentang EDUWEBTV di

Sekolah Rendah di Bandar

4.4.4.2 Taburan Responden Bagi Tahap 61

Pengetahuan Tentang EDUWEBTV di

Sekolah Rendah Luar Bandar

x

4.4.5.1 Taburan Responden Bagi Masalah 64

Penggunaan EDUWEBTV di Sekolah

Rendah di Bandar

4.4.5.2 Taburan Responden Bagi Masalah 66

Penggunaan EDUWEBTV di Sekolah

Rendah di Luar Bandar

4.5 Statistik Inferensi 68

4.5.1 Ujian-t - Jenis Sekolah dengan Pengetahuan 68

Tentang EDUWEBTV

4.5.2 Ujian ANOVA – Umur dengan Penggunaan 68

EDUWEBTV

4.6 Analisis Soalan Terbuka 69

4.7 Penutup 71

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 72

5.2 Perbincangan 72

5.2.1 Latar Belakang Responden 73

5.2.2 Penggunaan TV Pendidikan dalam 74

Kalangan Guru di Sekolah Rendah

5.2.3 TV Pendidikan dalam Membantu Proses 75

Pengajaran dan Pembelajaran

5.2.4 Masalah yang Dihadapi dalam 76

Menggunakan EDUWEBTV

5.2.5 Kesediaan Guru di Sekolah Rendah 79

Terhadap EDUWEBTV

5.2.6 Masalah Penggunaan EDUWEBTV 80

5.3 Rumusan 81

5.4 Cadangan 83

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 84

5.6 Penutup 85

xi

RUJUKAN 86

LAMPIRAN A-F 90

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan Bilangan Sampel 32

3.2 Item Soal Selidik 34

3.3 Item Negatif dan Item Positif 34

3.4 Skala Likert Lima Mata 34

3.5 Skala Pemeringkatan Skor Min 38

3.6 Takwim PSM 39

3.7 Anggaran Perbelanjaan 39

4.1 Taburan Responden Mengikut Umur 43

4.2 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 44

4.3 Taburan Responden yang Memiliki Komputer Peribadi 45

4.4 Taburan Kekerapan Responden Menonton TV Pendidikan 45

4.5 Taburan Kekerapan Menonton TV Pendidikan dalam 48

Kalangan Guru Sekolah Rendah di Bandar

4.6 Taburan Kekerapan Menonton TV Pendidikan dalam 50

Kalangan Guru Sekolah Rendah di Luar Bandar

4.7 Taburan Persepsi Responden Terhadap Kepentingan 52

TV Pendidikan di Sekolah Rendah di Bandar

4.8 Taburan Persepsi Responden Terhadap Kepentingan 54

TV Pendidikan di Sekolah Rendah Luar Bandar

4.9 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min Bagi 56

Masalah Penggunaan TV Pendidikan di Sekolah

Rendah Kawasan Bandar

4.10 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min Bagi 58

Masalah Penggunaan TV Pendidikan di Sekolah

Rendah Kawasan Luar Bandar

xiii

4.11 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min Bagi 60

Tahap Pengetahuan tentang EDUWEBTV di Sekolah

Rendah Kawasan Bandar

4.12 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min Bagi 63

Tahap Pengetahuan tentang EDUWEBTV di Sekolah

Rendah Kawasan Luar Bandar

4.13 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min Bagi 65

Masalah Penggunaan EDUWEBTV di Sekolah Rendah

Kawasan Bandar

4.14 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min Bagi 67

Masalah Penggunaan EDUWEBTV di Sekolah Rendah

Kawasan Luar Bandar

4.15 Keputusan Ujian- t Bagi Pengetahuan Tentang 68

EDUWEBTV Berdasarkan Jenis Sekolah

4.16 Keputusan Ujian ANOVA Bagi Penggunaan 69

EDUWEBTV Berdasarkan Peringkat Umur

4.17 Taburan Masalah yang Dihadapi dalam Penggunaan 70

TV Pendidikan

4.18 Taburan Bagi Cadangan untuk Menggalakkan Guru 70

Menggunakan EDUWEBTV

xiv

SENARAI SINGKATAN

BPPDP : Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

BTP : Bahagian Teknologi Pendidikan

EDUWEBTV : Education Web Television

JPN : Jabatan Pelajaran Negeri

KPM : Kementerian Pelajaran Malaysia

RTM : Radio Televisyen Malaysia

SPSS : Statistical Packages for the Social Science

TV : Televisyen

TVP : Televisyen Pendidikan

UTM : Universiti Teknologi Malaysia

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 90 B Surat Kebenaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia 97 C Surat Kebenaran dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor 99 D Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan 100 E Pengesahan Instrumen Kajian 101 F Keputusan Kajian Rintis 103

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Wawasan 2020 yang diumumkan pada tahun 1991 telah mencadangkan

beberapa panduan untuk kemajuan negara Malaysia dalam abad ke dua puluh satu.

Ini jelas dapat dilihat dalam falsafah pendidikan negara yang mengutarakan

sembilan cabaran. Cabaran yang ke enam di dalam pendidikan ke arah Wawasan

2020 telah ditekankan teknologi perlu diutamakan dalam pendidikan.

Membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta progresif berdaya cipta

dan berpandangan jauh ke hari muka, yakni sebuah masyarakat yang bukan sahaja

dapat memanfaatkan teknologi kini tetapi turut menjadi penyumbang terhadap

pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan.

Adalah menjadi matlamat kerajaan Malaysia untuk mencapai status sebagai

sebuah negara yang maju pada tahun 2020. Perdana menteri kita berharap bahawa

rakyat Malaysia yang dilahirkan hari ini dan pada tahun-tahun yang akan datang

akan menjadi generasi terakhir warga negara kita yang tinggal di negara yang

digelar sedang membangun.

Menurut Perdana Menteri Malaysia ke-5, Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad

Badawi dalam RMK-9, tumpuan akan diberikan kepada usaha membangunkan

modal insan yang berkualiti, yang diambil secara holistik dengan menekankan

pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual termasuk ilmu

2

sains, teknologi dan keusahawanan dan pembudayaan sikap progresif serta nilai

etika dan moral yang tinggi.

Pendidikan dilihat perlu bertindak sebagai satu institusi sosial memainkan

peranan yang penting dalam penyediaan tenaga kerja pakar, teknikal dan

profesional. Pendidikan juga dapat membentuk sikap, nilai serta set minda seperti

bersedia untuk menerima perubahan, inovasi serta penggunaan sains dan teknologi

dalam bidang kerja dan kehidupan seharian terutamanya dalam kalangan generasi

muda. Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategik yang

boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang

tinggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21.

Penggunaan sumber dalam pelbagai media teknologi dalam pengajaran dan

pembelajaran menjadi teras kepada peningkatan kualiti pendidikan. Media

pengajaran sememangnya mempunyai kuasa gambar, perkataan, dan bunyi untuk

tujuan berikut; menarik perhatian atau membantu penonton memahami idea dan

mendapatkan maklumat yang terlalu kompleks jika hanya dibuat dengan penjelasan

lisan; dan membantu mengatasi kesuntukan masa, saiz dan ruang (Jerrold E.Kemp,

1997).

Media dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai alat, bahan atau sumber

(konkrit atau abstrak) juga dapat digunakan dan dieksploitasi oleh seseorang pelajar

secara sistematik untuk tujuan-tujuan mendapatkan maklumat atau mesej-mesej

untuk pembelajaran. Kebanyakan daripada kita telah biasa dengan kehidupan dalam

dunia yang dipengaruhi oleh media. Menurut Wikinson dalam kajian Nor Hayati

Baru (2001), kesan yang ditimbulkan oleh gabungan gambar, perkataan, dan bunyi

telah menunjukkan kekekalan yang lebih lama pada penonton secara signifikan

daripada apabila ia didengar atau dibaca.

Salah satu media yang dirasakan sangat sesuai untuk membantu proses

pengajaran dan pembelajaran ialah dengan penggunaan televisyen. Menurut

Heinich, Molenda dan Rusell dalam kajian oleh Losinin (2004), televisyen

3

merupakan salah satu daripada media atau alat bantu mengajar yang melibatkan dua

pancaindera manusia iaitu pendengaran dan penglihatan. Sebagai satu media yang

melibatkan lebih daripada satu deria, televisyen sememangnya akan menambahkan

keberkesanan dalam menyampaikan isi-isi pengajaran dan pembelajaran di dalam

kelas.

Justeru, kerajaan telah berusaha mempelbagai dan mempertingkat kualiti

pengajaran dan pembelajaran di semua sekolah. Salah satu usaha ini adalah melalui

penerbitan TV Pendidikan. TV Pendidikan ialah sebuah saluran televisyen

berbentuk pendidikan. TV Pendidikan dimiliki dan diterbitkan oleh Bahagian

Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia menyiarkan pelbagai

rancangan yang sesuai untuk pelbagai mata pelajaran sama ada di peringkat sekolah

rendah mahupun sekolah menengah. Jadi, selari dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dimana pelaksanaan TV Pendidikan ini dikatakan dapat merapatkan

jurang penyebaran maklumat di antara sekolah luar bandar dan bandar.

Selain itu, peranan TV Pendidikan bukan lagi tertumpu kepada membantu

proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah sahaja. Rancangan-

rancangan yang mempunyai unsur ilmu pengetahuan, patriotisma, perpaduan,

ketinggian moral, kegemilangan dan kejayaan bangsa Malaysia turut dimuatkan

dalam TV Pendidikan. Ini lebih kepada pembelajaran sepanjang hayat.

Sistem pengajaran dan pembelajaran di Malaysia di era globalisasi ini

adalah amat berbeza jika dibandingkan dengan sistem yang digunapakai bagi

beberapa dekad yang lampau. Dengan adanya perkembangan yang positif, pantas

dan berilmu pengetahuan di dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi

(ICT), sistem pendidikan negara telah sedikit sebanyak dipengaruhi oleh kepesatan

perkembangan ICT ini.

Ekoran kepesatan ledakan maklumat yang menyaksikan dunia tanpa

sempadan, penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kini semakin

menjadi sebahagian daripada amalan pendidikan termasuklah aspek pengurusan dan

4

pentadbiran. Teknologi maklumat dikatakan telah mengubah cara manusia bekerja.

Menurut kertas kerja seminar yang dilaporkan oleh Toh, Hjetland (1995)

menyatakan bahawa "Technology can make our lives easier. Everyday tasks are

simplified". Beliau juga menyatakan bagaimana teknologi dapat mempermudahkan

tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-

kerja pengurusan dan kerja-kerja pengajaran pembelajaran.

Justeru, pihak kementerian telah mengkaji semula keberkesanan program

TV Pendidikan yang telah dijalankan. Hasil kajian yang dijalankan, pihak

Kementerian Pelajaran Malaysia telah merangka satu program baru iaitu dengan

memperkenalkan EDUWEBTV.

EDUWEBTV merupakan satu laman web khas yang bercirikan

pembelajaran berbentuk digital. Selaras dengan perkembangan negara dan

kehendak semasa penonton, EDUWEBTV telah mempelbagai jenis rancangan dan

memperluas kumpulan sasar. EDUWEBTV ini diterbitkan kepada pelajar, guru dan

masyarakat. Ianya memuatkan semua rancangan yang terdapat dalam TV

Pendidikan. Perbezaannya dengan TV Pendidikan ialah EDUWEBTV ditayangkan

melalui komputer atau lebih spesifik lagi melalui penggunaan internet berbanding

TV Pendidikan yang ditayangkan melalui televisyen.

Oleh hal demikian, guru perlu mempersiapkan diri dengan segala ilmu dan

kemahiran menggunakan komputer serta internet. Ini penting bagi memastikan

proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan EDUWEBTV berjalan dengan

lancar.

5

1.2 Latar belakang masalah

TV Pendidikan merupakan satu projek perkembangan pendidikan bagi

sekolah rendah dan menengah terutama sekali dalam tata rakyat, bahasa, sains dan

ilmu hisab. Perlancaran Pekhidmatan TV Pendidikan ini bertujuan untuk

menghebahkan pelbagai maklumat untuk mempertingkatkan kecemerlangan dalam

bidang pendidikan.

TV Pendidikan telah dilancarkan secara rasminya pada 19 Jun 1972 oleh

Perdana Menteri Malaysia Kedua, Tun Abdul Razak. Sebelum ianya bersepadu

dengan TV9, TV Pendidikan telah bersiaran di Astro saluran 13 dan kedua-dua

stesen televisyen terrestrial Malaysia RTM1 dan RTM2. Sejak TV Pendidikan

bersiaran hanya pada setengah hari, masa siaran lain telah diambil alih oleh Astro

pada 17 Januari 2000. Oleh kerana Astro tidak memperbaharui kontrak dengan TV

Pendidikan pada 31 Disember 2006, Saluran 13 yang menyiarkan TV Pendidikan

seterusnya ditukar dengan NHK World. Sejak 3 Januari 2007, ia bersiaran di

saluran terrestrial Malaysia, TV9. (Bahagian Teknologi Pendidikan, 2007).

Tidak dapat dinafikan, TV Pendidikan merupakan satu medium yang sangat

berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Rancangan TV

Pendidikan boleh membantu merangsangkan minat dan motivasi pelajar. Pelajar

juga dapat dihidangkan dengan keadaan sebenar mengenai sesuatu visual yang

hendak disampaikan oleh para guru. Menurut Fontana (1988) dalam kajian oleh

Losinin (2004), televisyen dan video perlu dilihat sebagai media yang dinamik yang

dapat meransang tindakbalas luaran atau dalaman yang kadang-kadang

mempengaruhi psikologi seseorang.

Namun, sering kita dengar bahawa pengaruh perkhidmatan siaran TV

Pendidikan di negara ini dikatakan tidak begitu memberansangkan. Malah, ada

sesetengah guru yang tidak menggunakan langsung perkhidmatan TV Pendidikan

ini. Hasil kajian-kajian yang lepas menunjukkan ramai guru yang tidak

menggalakkan pelajar menonton TV Pendidikan atau guru itu sendiri tidak

6

berminat untuk menggunakan TV Pendidikan. Ramai dalam kalangan mereka lebih

menggemari pendekatan pengajaran secara tradisional iaitu ‘chalk and talk’ sahaja

berbanding menggunakan teknologi.

Menurut laporan akhbar (Utusan Malaysia, Isnin, 11 Oktober, 2004), selain

faktor sikap guru, kegagalan program TV Pendidikan juga adalah kerana

kandungannya yang tidak menyokong kehendak pedagogi. Menurut komen Ismail

Zain (2004) dalam laporan kajian Fatimah Syahida (2006), kandungan TV

Pendidikan baik tetapi ia tidak menjurus kepada topik mata pelajaran secara

langsung. Jadi guru perlu pandai menghubungkaitkan kandungan TV Pendidikan

dengan topik yang diajar.

Selain itu, masalah yang sering menjadi rungutan dalam kalangan guru ialah

masalah percanggahan jadual waktu. Hasil temubual yang telah dijalankan ke atas

pihak Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), mereka menjelaskan bahawa pihak

BTP mempunyai masalah untuk menyelaraskan jadual rancangan TV Pendidikan

dengan jadual waktu kelas di semua sekolah. Sebagai contoh senario yang boleh

digambarkan di sini ialah, jika pihak BTP menyiarkan subjek matematik Tingkatan

1 pada pukul 9.00 pagi ini, bermaksud, semua kelas di semua sekolah mesti

bersedia menonton rancangan ini di sekolah mereka. Sekiranya sekolah tersebut

mempunyai 9 buah kelas Tingkatan 1, bermakna, sekolah itu mesti mempunyai 9

orang guru matematik untuk mengajar di kelas berbeza pada waktu yang sama.

Tetapi, kita tidak mempunyai bilangan guru matematik yang cukup di setiap

sekolah.

Selain itu, masalah yang berlaku ialah masalah guru yang kurang kemahiran

atau pengetahuan tentang teknologi TV Pendidikan. Akibat tiada kemahiran, guru

mengambil langkah mudah untuk tidak menggunakan teknologi TV Pendidikan

kerana kurang mahir dan tidak mahu menyusahkan guru lain untuk meminta

bantuan.

7

Choat et.al (1989) menjelaskan bahawa kurang galakan dan perhatian yang

diberikan oleh pihak atasan terhadap kepentingan TV Pendidikan di kalangan guru

menyebabkan guru tidak gemar menggunakan perkhidmatan TV Pendidikan ini.

Ada sesetengah sekolah yang mempunyai kelengkapan yang teruk dan kadangkala,

guru dan pelajar terpaksa menonton dalam keadaan yang tidak selesa. Oleh hal

demikian, pihak BTP telah memikirkan satu alternatif baru bagi menayangkan

segala rancangannya iaitu dengan memperkenalkan EDUWEBTV.

EDUWEBTV merupakan satu laman web khas yang diterbitkan oleh

Kementerian Pendidikan sebagai ganti kepada TV Pendidikan yang disiarkan di

televisyen. Pada 6 Disember 2006, mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan

pelaksanaan WebTV ini. Pada 1 April 2008, EDUWEBTV mula menyiarkan

rancangan TV Pendidikan serta berkaitan dengan KPM. EDUWEBV ini telah

diumumkan oleh Menteri Pelajaran pada 14 Mei 2008. Bermula pada Januari 2009,

TV Pendidikan tidak lagi disiarkan di televisyen dan telah diserap sepenuhnya ke

dalam EDUWEBTV. Segala rancangan yang terdapat dalam TV Pendidikan telah

diubahsuai dan dimuatkan dalam laman EDUWEBTV. EDUWEBTV ini boleh

dilayari oleh semua lapisan masyarakat sama ada guru, pelajar atau sesiapa sahaja

pada bila-bila masa sahaja. Untuk melayari laman web ini, pengguna hanya perlu

menaip alamat laman webnya iaitu WWW.EDUWEBTV.COM.

Usaha kerajaan ini difikirkan sangat bersesuaian dan sangat membantu guru

kerana EDUWEBTV ini boleh digunakan sebagai satu modul pengajaran. Ia juga

boleh dijadikan sebagai alat bantu mengajar. Selain itu, guru juga boleh menjadikan

EDUWEBTV ini sebagai panduan bagi penyediaan rancangan mengajar. Di

samping itu, guru-guru juga boleh mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan dunia

pendidikan dengan cepat memandangkan EDUWEBTV turut menayangkan berita-

berita berkaitan dengan pendidikan pada setiap hari. Jelas di sini menunjukkan,

dengan adanya EDUWEBTV, kerja guru akan menjadi lebih senang jika digunakan

semaksimum mungkin. Tambahan pula, kebanyakan guru di sekolah yang mengajar

mata pelajaran sains dan matematik terutamanya telah dibekalkan dengan komputer

riba.

8

Selain itu, EDUWEBTV ini dapat mengatasi masalah percanggahan jadual

waktu. Jadi dengan adanya EDUWEBTV ini, pihak sekolah tidak perlu bersusah-

payah menyusun jadual supaya waktu kelas sesuai dengan siaran rancangan TV

Pendidikan. Mereka boleh memuat turun atau melayarinya pada bila-bila masa

sahaja. Akan tetapi, adakah guru-guru kita menyedari akan perkembangan ini?

Sejauhmanakah persediaan guru-guru di sekolah rendah terhadap penggunaan

EDUWEBTV ini? Menurut Ikhsan dan Norila (2006), aspek sikap adalah kesediaan

yang paling asas dalam menjayakan semua perubahan yang diperkenalkan dalam

pendidikan.

Jadi, satu kajian perlu dijalankan untuk meninjau dan mengetahui

sejauhmana persediaaan guru-guru di sekolah rendah terhadap penggunaaan

EDUWEBTV. Guru seharusnya perlu bersedia dengan ilmu penggunaan komputer

dan penggunaan internet pada asasnya. Guru juga perlu sedar akan kepentingan

EDUWEBTV ini bukan sahaja kepada diri mereka sendiri bahkan kepada pelajar

juga. Jika kesedaran ini timbul, secara tidak langsung guru itu sendiri akan

termotivasi menggunakan EDUWEBTV sekaligus turut mempengaruhi pelajar

menggunakannya juga.

1.3 Pernyataan Masalah

Bermula pada tahun 2007, siaran rancangan TV Pendidikan telah diubah

daripada Rangkaian Astro kepada Rangkaian Media Prima iaitu melalui saluran

TV9. Jika dahulu, siarannya berbayar, tetapi setelah berubah ke TV9, siarannya

boleh diikuti secara percuma oleh semua golongan. Perubahan ini nampak seolah-

olah diterima dan mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat, sekaligus

dijangkakan akan membawa perubahan dari segi bilangan penonton. Tetapi, adakah

keadaan ini yang berlaku? Adakah bilangan penonton yang menonton rancangan

TV Pendidikan meningkat seperti yang diharapkan? Memandangkan guru

merupakan pengaruh yang paling besar kepada corak penontonan pelajar terhadap

9

TV Pendidikan, jadi perlu dikaji sejauh mana tahap penggunaan TV Pendidikan

dalam kalangan guru di sekolah rendah.

Tetapi, dalam kajian ini, guru sekolah rendah dipilih sebagai responden

kerana berdasarkan laporan yang dibuat oleh Bahagian Perkhidmatan Media

Pendidikan (1986) mendapati penggunaan TV Pendidikan di sekolah rendah lebih

tinggi berbanding di sekolah menengah. Pelajar di sekolah rendah dikatakan antara

audien paling penting ataupun merupakan kumpulan sasaran yang mendapat

manfaat yang besar daripada TV Pendidikan. Namun demikian, adakah perkara

yang sama berlaku pada masa kini?

Selain itu, jika kita lihat senario yang berlaku di sekolah rendah sekarang,

kanak-kanak tahap satu khususnya, masih lagi terikut-ikut dengan gaya hidup di

tadika yang mana lebih banyak bermain dan tidak fokus terhadap pembelajaran

mereka. Ini sangat menyukarkan guru untuk mengajar mata pelajaran. Mereka akan

cepat merasa bosan jika guru menggunakan gaya pengajaran yang membosankan.

Jadi, TV Pendidikan ini merupakan satu media yang boleh dijadikan alat bantu

mengajar oleh guru bagi membantu pelajar sebegini. Ini kerana sebanyak 80 hingga

90 peratus maklumat yang diserap oleh otak adalah dalam bentuk visual (Jensen,

2000). Namun demikian, adakah guru menyedari akan kepentingan TV Pendidikan

ini dan menjadikannya sebagai salah satu alat bantu mengajar?

Walaupun kepentingan TV Pendidikan ini tidak dapat disangkal lagi, tetapi

pelbagai rungutan sering ditimbulkan. Masalah yang sering menjadi rungutan di

kalangan guru ialah masalah percanggahan waktu jadual waktu siaran TV

Pendidikan dengan jadual waktu kelas. Jovinia (2000) pula mendapati ramai dalam

kalangan guru yang tidak pernah mengikuti kursus penggunaan teknologi

pendidikan. Ini jelas menunjukkan bahawa masalah tidak mendapat perhatian dan

sokongan daripada pihak atasan timbul dalam situasi ini. Akibat kurangnya

kemahiran dan pengetahuan tentang teknologi TV Pendidikan menyebabkan guru

bersikap malas menggunakan pekhidmatan TV Pendidikan ini. Cara tradisional

iaitu ‘chalk and talk’ lebih digemari mereka. Adakah masalah-masalah ini menjadi

punca utama TV Pendidikan kurang mendapat sambutan di kalangan guru sehingga

10

pihak Kemeterian Pelajaran Malaysia mencari alternatif lain bagi menyiarkan

rancangan yang terdapat dalam TV Pendidikan iaitu dengan memperkenalkan

EDUWEBTV?

Penerbitan EDUWEBTV ini diharapkan akan membawa perubahan positif

dan mengatasi kekurangan yang berlaku dalam TV Pendidikan terutamanya

masalah percanggahan jadual waktu. Tetapi, memandangkan pengunaan komputer

dan internet di sekolah rendah masih lagi berada pada tahap yang rendah jika

dibandingkan dengan penggunaannya di sekolah menengah, adakah EDUWEBTV

ini akan digunakan dengan begitu efektif di sekolah rendah? Adakah kelengkapan

yang disediakan di sekolah rendah mencukupi? Bagaimana pula dengan kelajuan

taliannya? Ataupun mungkin masalah yang berlaku dalam TV Pendidikan turut

berlaku dalam EDUWEBTV. Adakah EDUWEBTV ini terbukti lebih

menyenangkan guru dan lebih mesra pengguna jika dibandingkan dengan TV

Pendidikan? Justeru, apakah persediaan guru dalam menghadapi masalah-masalah

sebegini?

Daripada persoalan-persoalan yang ditimbulkan, banyak persoalan yang

masih belum terjawab. Jadi, satu kajian akan dijalankan untuk mengetahui

sejauhmana tahap penggunaan TV Pendidikan dan tahap kesediaan penggunaan

EDUWEBTV dalam kalangan guru di sekolah rendah. Ataupun, mungkin juga

guru-guru di sekolah rendah lebih berminat menggunakan TV Pendidikan

berbanding EDUWEBTV.

11

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk :

1.4.1 Mengenalpasti tahap penggunaan TV Pendidikan dalam kalangan guru-

guru di sekolah rendah dari segi :

1.4.1.1 Kekerapan menonton

1.4.1.2 Kepentingan TV Pendidikan kepada guru dan murid-murid di

sekolah rendah

1.4.1.3 Masalah yang dihadapi dalam menggunakan TV Pendidikan

1.4.2 Mengenalpasti tahap kesediaan guru di sekolah rendah terhadap

penggunaan EDUWEBTV dari segi :

1.4.2.1 Tahap pengetahuan tentang EDUWEBTV

1.4.2.2 Tahap kesediaan guru untuk mengaplikasikan pengetahuan

sedia ada ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1.4.2.3 Masalah yang mungkin dihadapi dalam menggunakan

EDUWEBTV

1.5 Persoalan Kajian

Bagi memenuhi objektif kajian ini, persoalan kajian yang dikemukakan adalah

seperti berikut:

1.5.1 Apakah tahap penggunaan TV Pendidikan oleh guru-guru di sekolah

rendah dari segi:

1.5.1.1 Kekerapan menonton?

12

1.5.1.2 Kesedaran terhadap kepentingan TV Pendidikan kepada guru

dan murid-murid di sekolah rendah?

1.5.2 Apakah masalah yang dihadapi semasa menggunakan TV Pendidikan?

1.5.3 Apakah tahap kesediaan guru-guru sekolah rendah terhadap penggunaan

EDUWEBTV dari segi:

1.5.3.1 Tahap pengetahuan tentang EDUWEBTV?

1.5.3.2 Tahap kesediaan guru untuk mengaplikasikan pengetahuan

sedia ada ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

1.5.4 Apakah masalah yang dihadapi semasa menggunakan EDUWEBTV?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap penggunaan TV Pendidikan

dalam kalangan guru di sekolah rendah dari segi kekerapan menonton, rancangan

yang paling digemari dan kepentingan TV Pendidikan kepada guru dan murid-

murid di sekolah rendah. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengetahui sejauh

mana tahap kesediaan guru di sekolah rendah terhadap penggunaan EDUWEBTV

dari segi pengetahuan tentang penggunaan teknologi komputer, dan kesediaan

mengaplikasi penggunaan EDUWEBTV dalam proses pengajaran dan

pembelajaran dalam bilik darjah.

Melalui kajian yang dijalankan ini, sekurang-kurangnya dapat memberi

kesedaran kepada guru tentang kepentingan TV Pendidikan. Kajian ini juga secara

tidak langsung dapat memperkenalkan EDUWEBTV dan kepentingannya kepada

guru, pelajar dan masyarakat.

Keputusan kajian ini juga dapat dijadikan rujukan terutamanya kepada

Bahagian Teknologi Pendidikan. Hasil kajian ini berguna mungkin untuk

pengubahsuaian ke arah pembaikan terhadap perkhidmatan yang sedia ada.