tahap kesediaan pelajar-pelajar kursus binaan … · elektrik kuasa dan elektronik. kursus-kursus...

27

Upload: others

Post on 30-Aug-2019

29 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

TAHAP KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR KURSUS BINAAN BANGUNAN

TERHADAP KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL: SATU TINJAUAN DI

TIGA BUAH SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI NEGERI JOHOR

NILIDAWATI BTE BUHARI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI, 2008

iii

DEDIKASI

Ku abadikan lembaran ini buat insan - insan yang tersayang…

Untuk ayahanda dan bonda tersayang,

BUHARI BIN MD ALIBUHARI BIN MD ALIBUHARI BIN MD ALIBUHARI BIN MD ALI dan SALMAH BTE MASTARSALMAH BTE MASTARSALMAH BTE MASTARSALMAH BTE MASTAR

Yang sentiasa memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bagi

Sentiasa mendoakan, memberi semangat dan dorongan demi kejayaanku

Untuk penyelia-penyelia yang dihormati,

EN. EN. EN. EN. KANDAR BIN SELAMATKANDAR BIN SELAMATKANDAR BIN SELAMATKANDAR BIN SELAMAT dan EN.EN.EN.EN. ASNUL DAHAR BIN MINGHATASNUL DAHAR BIN MINGHATASNUL DAHAR BIN MINGHATASNUL DAHAR BIN MINGHAT

Yang banyak mambantu dan mencurahkan ilmu yang sangat bermakna

Untuk kekanda-kekanda yang disayangi,

MOHDMOHDMOHDMOHD H H H HALIL ALALIL ALALIL ALALIL AL----KHUSAIRI,KHUSAIRI,KHUSAIRI,KHUSAIRI, M M M MOHDOHDOHDOHD F F F FAHRAHRAHRAHRORRAZIORRAZIORRAZIORRAZI, , , ,

NILI MUHAININILI MUHAININILI MUHAININILI MUHAINI dan NILI MAHNURINILI MAHNURINILI MAHNURINILI MAHNURI

Diri kalian merupakan kekuatan untuk ku, juga...

Untuk sahabat-sahabatku sekalian,

Terima kasih di atas bantuan dan kerjasama yang dihulurkan

Ku panjatkan doa, agar jasa-jasa kalian diberkati Allah S.W.T

iv

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya dapatlah saya

menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah penyelia Projek Sarjana Muda 1

iaitu Encik Kandar bin Selamat dan pensyarah penyelia Projek Sarjana Muda 2 iaitu

Encik Asnul Dahar bin Minghat di atas bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat yang

diberikan bermula daripada projek ini dijalankan sehinggalah projek ini selesai.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pihak Sekolah Menengah

Teknik Batu Pahat, Sekolah Menengah Teknik Kluang dan Sekolah Menengah Teknik

Tanjung Puteri yang banyak memberi kerjasama sepanjang saya menjalankan projek ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada semua ahli keluarga yang turut sama

memberi dorongan dan sokongan. Tidak lupa kepada rakan-rakan yang sudi membantu

dan memberikan pendapat yang banyak membantu saya dalam menyiapkan projek ini.

Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada

secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan projek penyelidikan

ini.

v

ABSTRAK

Kajian deskriptif berbentuk tinjauan ini adalah bertujuan untuk melihat tahap

kesediaan pelajar-pelajar kursus Binaan Bangunan terhadap keselamatan di dalam

bengkel di tiga buah sekolah menengah teknik di Negeri Johor iaitu Sekolah Menengah

Teknik Batu Pahat, Sekolah Menengah Teknik Kluang dan Sekolah Menengah Teknik

Tanjung Puteri. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat hubungan di antara kesediaan

pelajar dari aspek pengetahuan, kemahiran mengendalikan alatan tangan dan mesin dan

sikap terhadap keselamatan di dalam bengkel mengikut jantina. Responden kajian yang

terlibat adalah seramai 70 orang yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan empat

kursus Binaan Bangunan. Set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian ini.

Indeks kebolehpercayaan item soal selidik adalah 0.737. Data yang diperoleh, dianalisis

menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) for Window versi

12.0 untuk mendapatkan peratusan dan min serta Ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan

tahap kesediaan pelajar-pelajar kursus Binaan Bangunan terhadap keselamatan di dalam

bengkel adalah sederhana. Nilai min purata bagi aspek pengetahuan adalah 2.77,

manakala kemahiran mengendalikan alatan dan mesin adalah 2.47 dan sikap adalah

2.74. Hasil Ujian-t pula mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara

kesediaan pelajar bagi kesemua aspek pengetahuan, kemahiran mengendalikan alatan

dan mesin dan sikap terhadap keselamatan di dalam bengkel mengikut jantina pelajar.

Beberapa cadangan dikemukakan bagi memungkinkan kajian lanjutan dilakukan.

vi

ABSTRACT

The purpose of this descriptive study in the form of survey is to observe the level

of Building Construction courses student’s readiness towards safety in workshop at three

technical schools in Johor State which are Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat,

Sekolah Menengah Teknik Kluang and Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri. This

study also shows the relationship between student’s readiness in the aspects of

knowledge, skills in handling tools and machines and attitude towards safety in

workshop based on gender. 70 respondents of form four students whom taking Building

Construction courses were involved in this study. Sets of questionnaires used as the

instrument of this study. The reliability coefficient of the questionnaire’s items was

0.737. The software of Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) for Window

12.0 is used to analyze the collected data to acquire frequency, percentage and mean as

well as t-Test. Result of the study shows that the level of Building Construction courses

student’s readiness towards safety in workshop was moderate. The average mean for

knowledge aspect was 2.77, while skills in handling tools and machines were 2.47 and

attitude was 2.74. The result of t-Test shows that there were no significant differences

between students’ readiness according to knowledge, skills in handling tools and

machines and attitude aspects towards safety in workshop based on student’s gender.

Several suggestions were presented to enable further studies.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL

HALAMAN PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENDAHULUAN MUKA SURAT

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 7

viii

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Hipotesis Kajian 8

1.7 Rasional Kajian 9

1.8 Kepentingan Kajian 9

1.9 Skop Kajian 10

1.10 Batasan Kajian 10

1.11 Definisi Istilah 10

1.11.1 Pendidikan Teknik dan Vokasional 11

1.11.2 Kursus Binaan Bangunan 11

1.11.3 Keselamatan 11

1.11.4 Bengkel 12

1.11.5 Kerja Amali Bengkel 12

1.11.6 Pengetahuan 12

1.11.7 Kemahiran 13

1.11.8 Sikap 13

1.12 Penutup 13

2 SOROTAN PENULISAN MUKA SURAT

2.1 Pengenalan 14

2.2 Kemalangan di Tempat Kerja 14

2.3 Pengetahuan Terhadap Keselamatan Bengkel 15

2.4 Kemahiran Mengendalikan Alatan dan Mesin 18

2.5 Sikap Terhadap Keselamatan Bengkel 19

2.6 Penutup 22

ix

3 METODOLOGI MUKA SURAT

3.1 Pengenalan 23

3.2 Reka Bentuk Kajian 24

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 24

3.4 Instrumen Kajian 26

3.5 Prosedur Kajian 29

3.6 Kajian Rintis 31

3.6.1 Kesahan Soal Selidik 31

3.6.2 Kebolehpercayaan Soal Selidik 32

3.7 Kajian Sebenar 33

3.8 Analisis Data 33

3.9 Penutup 37

4 ANALISIS DATA MUKA SURAT

4.1 Pengenalan 38

4.2 Analisis Data Bahagian A: Latar Belakang

Responden 39

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 39

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 40

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Sekolah 41

4.3 Analisis Data Bahagian B: Persoalan Kajian

Dan Hipotesis 41

4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1 43

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2 47

4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 3 50

4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 4 54

4.3.5 Analisis Persoalan Kajian 5 55

x

4.3.6 Analisis Persoalan Kajian 6 56

4.4 Rumusan Keseluruhan Analisis Data 57

4.5 Penutup 58

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN MUKA SURAT

CADANGAN

5.1 Pengenalan 59

5.2 Perbincangan 60

5.2.1 Perbincangan Bahagian A:

Latar Belakang Pelajar 60

5.2.2 Perbincangan Bahagian B 61

5.2.2.1 Tahap Kesediaan Pelajar Dari Segi

Pengetahuan Terhadap Keselamatan

Di Dalam Bengkel 62

5.2.2.2 Tahap Kesediaan Pelajar Dari Segi

Kemahiran Mengendalikan Alatan

Dan Mesin Terhadap Keselamatan

Di Dalam Bengkel 65

5.2.2.3 Tahap Kesediaan Pelajar Dari Segi

Sikap Terhadap Keselamatan

Di Dalam Bengkel 68

5.2.2.4 Perbezaan Signifikan Antara

Kesediaan Pelajar Dari Segi

Pengetahuan Terhadap Keselamatan

Di Dalam Bengkel Mengikut Jantina 71

xi

5.2.2.5 Perbezaan Signifikan Antara Kesediaan

Pelajar Dari Segi Kemahiran

Mengendalikan Alatan Dan Mesin

Terhadap Keselamatan Di Dalam

Bengkel Mengikut Jantina 71

5.2.2.6 Perbezaan Signifikan Antara

Kesediaan Pelajar Dari Segi Sikap

Terhadap Keselamatan Di Dalam

Bengkel Mengikut Jantina 72

5.3 Rumusan Kajian 72

5.4 Cadangan Kajian 73

5.4.1 Pelajar 74

5.4.2 Guru Bengkel 75

5.4.3 Sekolah 76

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 77

5.6 Penutup 78

RUJUKAN 79

LAMPIRAN

Lampiran A – H 83 - 98

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kes Kemalangan Bengkel Yang Berlaku Di

Beberapa Buah Sekolah Dan Institusi Pengajian

Tinggi Di Seluruh Malaysia 4

1.2 Rekod Kemalangan Bengkel Di Sebuah Institut

Pengajian Tinggi (B) Di Johor Bahru 6

3.1 Taburan Populasi Tempat Kajian 25

3.2 Taburan Jumlah Responden Mengikut Sekolah 25

3.3 Taburan Skor Mengikut Skala Empat Mata 28

3.4 Jadual Pembolehubah 28

3.5 Kaedah Analisis Data Berdasarkan Kepada

Persoalan Kajian 34

3.6 Taburan Skor Mengikut Skala Empat Mata 35

3.7 Jadual Skala Empat Mata kepada Dua Mata 36

3.8 Penentuan Tahap Peratusan 36

3.9 Pembahagian Skor Min Mengikut Tahap 36

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 39

4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 40

4.3 Taburan Responden Mengikut Sekolah 41

4.4 Pembahagian Skor Min Mengikut Tahap 43

4.5 Tahap Kesediaan Pelajar Dari Segi Pengetahuan

Terhadap Keselamatan Di Dalam Bengkel 44

xiii

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.6 Tahap Kesediaan Pelajar Dari Segi Kemahiran

Mengendalikan Alatan Dan Mesin Terhadap

Keselamatan Di Dalam Bengkel 47

4.7 Tahap Kesediaan Pelajar Dari Segi Sikap

Terhadap Keselamatan Di Dalam Bengkel 51

4.8 Analisis Ujian-t Terhadap Tahap Kesediaan Pelajar

Dari Segi Pengetahuan Mengikut Jantina 54

4.9 Analisis Ujian-t Terhadap Tahap Kesediaan Pelajar

Dari Segi Kemahiran Mengendalikan Alatan Tangan

dan Mesin Mengikut Jantina 55

4.10 Analisis Ujian-t Terhadap Tahap Kesediaan Pelajar

Dari Segi Sikap Mengikut Jantina 56

4.11 Taburan Purata Min Secara Keseluruhan 57

xiv

SENARAI RAJAH

RAJAH PERKARA MUKA SURAT

3.1 Carta Alir Prosedur Kajian 29

xv

SENARAI SINGKATAN

Bil. - Bilangan

Ho - Hipotesis Nol

KH - Kemahiran Hidup

No. - Nombor

S - Setuju

Sek. Men. - Sekolah Menengah

SMTBP - Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat

SMTK - Sekolah Menengah Teknik Kluang

SMTTP - Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri

SPMV - Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional

SPSS - Statistical Package for Social Science

TS - Tidak Setuju

USM - Universiti Sains Malaysia

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Jadual Penetapan Saiz Sampel Pada Tahap

Signifikan Oleh Krejceie dan Morgan (1970) 83

B Borang Soal Selidik 84

C Keputusan Kajian Rintis (Alpha Cronbach) 89

D Surat Kebenaran Menjalankan Kajian

Daripada BPPDP 90

E Surat Kebenaran Daripada Jabatan Pelajaran Negeri

Johor Untuk Membuat Kajian Ke Sekolah 92

F Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Oleh

Pihak Sekolah 93

G Surat Pengesahan Pelajar 96

H Pengesahan Soal Selidik 97

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Malaysia merupakan antara negara yang membuat pelaburan besar dalam

pendidikan. Kerajaan memperuntukkan RM33.4 billion, iaitu 21 peratus daripada

keseluruhan Bajet 2007 untuk perbelanjaan memantapkan lagi sistem pendidikan dan

latihan di semua peringkat. Daripada jumlah itu, RM6.7 billion adalah bagi

pendidikan rendah dan RM6.2 billion untuk pendidikan menengah termasuklah

pendidikan teknik dan vokasional. Kerajaan telah memberi penekanan kepada aliran

teknik dan vokasional ini di peringkat menengah lagi, bagi menghasilkan tenaga

kerja mahir dan separa mahir. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran

Malaysia, di bawah Jabatan Pendidikan Teknikal telah membangunkan pendidikan

teknik dan vokasional dari masa ke semasa.

Aliran teknikal menyediakan kursus-kursus kejuruteraan seperti Kejuruteraan

Awan, Kejuruteraan Jentera dan Kejuruteraan Elektrik. Aliran vokasional pula

menyediakan kursus-kursus seperti Kimpalan dan Fabrikasi Logam, Penyejukan dan

Penyaman Udara, Automatif, Amalan Bengkel Mesin, Binaan Bangunan dan

Elektrik Kuasa dan Elektronik. Kursus-kursus ini memerlukan pelajar terlibat

dengan pembelajaran amali di dalam bengkel. Oleh itu, kesedaran berhubung

amalan keselamatan terhadap diri sendiri, penggunaan alatan dan mesin serta

persekitaran tempat kerja perlu ditanamkan kepada setiap pelajar seawal di bangku

sekolah lagi. Ini adalah kerana segala amalan yang baik ketika melakukan kerja di

bengkel sekolah akan dapat diamalkan setelah memasuki alam pekerjaan kelak.

2

Dalam pendidikan teknik dan vokasional, pelajar-pelajar dikehendaki

menggunakan banyak mesin-mesin berkuasa tinggi dan alatan tangan yang tajam dan

merbahaya. Oleh itu, pendidikan keselamatan perlu ditekankan kepada pelajar di

sekolah-sekolah terutamanya sekolah-sekolah beraliran teknik dan vokasional, yang

mana sesi pengajaran dan pembelajarannya lebih banyak dilakukan di dalam

bengkel. Ia bagi menjamin keselamatan diri pelajar, keselamatan orang sekeliling,

keselamatan alatan dan mesin serta keselamatan persekitaran bengkel itu sendiri.

Semasa melakukan kerja amali, pelajar akan terdedah dengan pelbagai

bahaya terutamanya semasa melakukan aktiviti menyediakan bahan untuk projek

amali, ketika mengendalikan pelbagai jenis alatan yang tajam dan mesin berkuasa

tinggi dan juga ketika menjalani proses pembelajaran di dalam bengkel. Beberapa

aspek yang lain seperti sistem pengudaraan bengkel, pencahayaan dan keselesaan

susun atur bengkel juga perlu diambil kira. Kemalangan boleh berlaku dimana-mana

dan pada bila-bila masa. Oleh itu, pelajar harus menitikberatkan kefahaman dan

amalan keselamatan terhadap diri, alatan dan mesin serta persekitaran tempat kerja

semasa berada di dalam bengkel. Kemalangan tidak dapat dielakkan namun dapat

dikurangkan atau dicegah sekiranya semua pihak yang terlibat dalam pengurusan

bengkel bekerjasama dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab supaya

peraturan keselamatan bengkel dapat difahami dan diamalkan oleh semua pelajar.

Kesedaran terhadap keselamatan perlu diterapkan ke dalam diri pelajar.

Pelajaran atau pendidikan keselamatan bukan hanya disampaikan pada waktu kuliah

sahaja. Ia hendaklah sentiasa diingatkan terutamanya sewaktu sebelum memulakan

kerja amali. Cara ini akan dapat memupuk sikap pelajar terhadap pentingnya amalan

keselamatan pada diri sendiri, alatan dan mesin serta persekitarannya. Aspek

keselamatan perlu diberikan keutamaan dan merupakan ciri-ciri penting yang mesti

diamalkan dalam setiap pengajaran dan pembelajaran di dalam bengkel. Dengan

mempunyai sikap positif terhadap amalan keselamatan yang baik dalam menjalankan

kerja amali, ia dapat memastikan keselamatan diri terjamin dan mengelakkan dari

berlakunya kemalangan di tempat kerja.

3

Walaupun pelajar-pelajar mempelajari dan memahami peraturan keselamatan

dengan mendalam, peraturan tersebut tidak akan menjauhkan mereka daripada

kemalangan kecuali peraturan tersebut dipatuhi. Apabila seseorang guru mendapati

terdapat pelajar-pelajar yang tidak mematuhi peraturan keselamatan, dia perlu

mengambil berat, menasihati dan membetulkan mereka. Guru tidak boleh bertolak

ansur dengan pelajar-pelajar dalam menguatkuasakan amalan keselamatan. Sikap

mengutamakan keselamatan perlu dipupuk dan kaedah kerja yang selamat perlu

diamalkan sehingga menjadi kebiasaan dan menjadi amalan pelajar-pelajar walaupun

tanpa pengawasan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pada tahun 1990 hingga 1995, bilangan Sekolah Menengah Vokasional telah

bertambah daripada 57 kepada 69 buah yang melibatkan pertambahan pendaftaran

sehingga 17, 639 (71.0%) orang pelajar. Semua sekolah vokasional kemudiannya di

naik taraf menjadi sekolah teknik pada tahun 2005 yang mana ia melibatkan

penambahan sebanyak 24 buah sekolah (73.3%), menjadikan jumlah sekolah teknik

sebanyak 9 buah (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, 2006-2010). Ini

menyebabkan pertambahan kepada bilangan pelajar yang menjalani kursus-kursus

kejuruteraan dan juga kursus aliran vokasional seperti kursus Binaan Bangunan dan

sebagainya, sekaligus menambahkan kekerapan penggunaan bengkel yang

melibatkan pengendalian mesin dan alatan tangan.

Keselamatan adalah perkara penting yang perlu dipatuhi oleh semua pihak

(Abd. Rahman, 1993). Keselamatan merupakan satu elemen yang sama pentingnya

dengan kesihatan. Kita menjaga kesihatan kerana ingin mengelakkan daripada

terkena penyakit dan kita menjaga keselamatan untuk mengelakkan daripada

kecelakaan atau kemalangan. Kemalangan tidak berbau, malah ia boleh berlaku di

mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa

mengamalkan langkah-langkah keselamatan merupakan jalan penyelesaian yang

terbaik.

4

Di bengkel-bengkel sekolah, kebiasaannya akan dipamerkan papan tanda

mengenai peraturan keselamatan, etika berpakaian di dalam bengkel dan kata-kata

yang berunsur peringatan bagi menunjuk arah kepada pelajar yang sedang

menjalankan latihan amali agar sentiasa berwaspada dan mematuhi setiap peraturan

semasa berada di dalam bengkel. Mohd. Afifi (1985) mengatakan, kebiasaannya

kemalangan yang berlaku mempunyai kaitan dengan kelalaian atau kecuaian

manusia, kurangnya pengetahuan tentang keselamatan atau sesuatu kerja yang

hendak dilakukan dan kerosakan atau kegagalan sama ada pada bahan, peralatan atau

mesin yang digunakan. Jadual di bawah menunjukkan kes-kes kemalangan yang

berlaku di beberapa buah sekolah dan institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia.

Jadual 1.1: Kes Kemalangan Bengkel Yang Berlaku Di Beberapa Buah Sekolah

Dan Institusi Pengajian Tinggi Di Seluruh Malaysia

SEKOLAH/

INSTITUSI

KES KEMALANGAN

BENGKEL

PIHAK YANG

TERLIBAT SUMBER

Melecur seluruh badan dan

muka akibat membaiki salur

radiator yang panas di mana

saluran tersebut pecah secara

tiba-tiba

1 orang pelajar

Automotif

Abdul Basir

(2002) Sekolah A

Jari telunjuk dipotong kerana

hancur dihempap sebatang besi

1 orang pelajar

ABM

Abdul Basir

(2002)

Sekolah B

Terkena renjatan elektrik semasa

sedang membaiki kipas akibat

dari suis yang dihidupkan oleh

pelajar

1 orang guru

Utusan

Malaysia

(7 April 2001)

Institut

Pengajian

Tinggi A

Ditumpahi raksa di seluruh

badan di bengkel fabrikasi

8 pelajar, 2

juruteknik &

seorang

pensyarah

Laporan Pusat

Pengajian Kej.

Mekanik

(2004)

Kebanyakan kemalangan yang berlaku di sekolah tidak didedahkan kepada

media berikutan menjaga reputasi dan nama baik sekolah. Di ’Sekolah A’ misalnya,

seorang pelajar Automotif melecur seluruh badan dan mukanya akibat membaiki

salur radiator yang panas di mana saluran tersebut pecah secara tiba-tiba. Di sekolah

yang sama pada tahun 1994, seorang pelajar Amalan Bengkel Mesin terpaksa

dipotong jari telunjuknya kerana hancur akibat dihempap sebatang besi. Kejadian ini

menunjukkan bahawa pelajar tidak terlepas daripada kemalangan serius walaupun di

dalam bengkel sekolah (Abdul Basir, 2002).

5

Pelajar-pelajar kursus Binaan Bangunan juga tidak terlepas daripada bahaya

kemalangan semasa bekerja di dalam bengkel sekiranya mereka kurang peka

terhadap langkah-langkah dan peraturan keselamatan yang disediakan. Ini kerana

mereka turut menggunakan mesin-mesin, alatan tangan dan bahan yang boleh

membawa bahaya kepada mereka sekiranya tidak dikendalikan dengan betul. Seperti

peristiwa yang berlaku di ‘Sekolah B’, seorang guru terkena renjatan elektrik semasa

sedang membaiki kipas akibat dari suis yang dihidupkan oleh pelajarnya (Utusan

Malaysia, 7 April 2001).

Satu insiden tumpahan raksa yang berlaku di Bengkel Fabrikasi, Pusat

Pengajian Kejuruteraan Mekanik di sebuah institusi pengajian tinggi (A) di Pulau

Pinang telah menunjukkan bahawa, kurangnya pengetahuan tentang bahan yang

digunakan di dalam bengkel, boleh menyebabkan kemalangan. Kejadian yang

berlaku pada tahun 2004 tersebut, telah melibatkan seramai 8 orang pelajar, 2 orang

juruteknik dan seorang pensyarah yang ditumpahi raksa di seluruh badan dan

sekitaran. Sambungan tiub manometer (mengandungi raksa), dikatakan tidak

dipasangkan dengan kemas pada radas. Ini menyebabkan ianya tercabut akibat

keadaan vakum atau tekanan semasa pam dihidupkan. Ini menyebabkan raksa

tertumpah ke atas badan mangsa dan tempat kerja (Laporan Pusat Pengajian

Kejuruteraan Mekanik, Institut Pengajian Tinggi A, 2004).

Kemalangan di bengkel turut berlaku di sebuah institut pengajian tinggi (B) di

Johor Bahru. Kemalangan ini melibatkan pelajar-pelajar di Jabatan Pendidikan

Teknikal dan Kejuruteraan yang meliputi kursus pendidikan Kejuruteraan Awam,

Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Jentera dan Kemahiran Hidup. Jadual 1.2 di

bawah menunjukkan rekod kemalangan tersebut.

6

Jadual 1.2: Rekod Kemalangan Bengkel Di Sebuah Institut Pengajian Tinggi (B) Di

Johor Bahru

BENGKEL TAHUN BIL. KES JENIS KECEDERAAN

2003 5 - Luka terkena zink

- Luka terkena logam panas

2004

7

- Luka terkena gergaji besi

- Luka terkena logam panas

- Luka terkena zink

- Luka terkena skru

- Luka terkena scribber

Fabrikasi

Logam

2005 1 - Luka terkena zink

2003 3 - Luka ketika memaku

- Pengsan semasa amali

Kerja Kayu

2004 2 - Luka ketika menggergaji

- Luka ketika memaku

2004 3 - Luka ketika memaku

- Pengsan semasa amali Pendawaian &

Pemasangan

Elektrik 2005 1 - Pengsan semasa amali

Walaupun pelbagai usaha telah dibuat, namun masih lagi berlaku kemalangan

di dalam bengkel terutamanya sewaktu sedang berlangsungnya aktiviti pembelajaran

amali. Kemalangan yang terjadi biasanya boleh mengakibatkan kecederaan sama

ada serius atau ringan, kecacatan anggota dan ada kalanya boleh membawa maut. Ini

akan menjadikan tempat di mana sepatutnya pelajar menimba ilmu, menjadi sebuah

tempat yang tidak selamat dan boleh mengancam nyawa pelajar mahupun guru.

Justeru itu, untuk memastikan sekolah menjadi sebuah institusi yang selamat, satu

kajian mestilah dilakukan untuk mengetahui tahap kesediaan pelajar itu sendiri

terhadap keselamatan di dalam bengkel.

7

1.3 Pernyataan Masalah

Peristiwa kemalangan bengkel yang berlaku di beberapa pusat pengajian

tinggi dan sekolah-sekolah sehingga tahun 2005 menunjukkan kesedaran pelajar-

pelajar terhadap kepentingan keselamatan di dalam bengkel masih lagi lemah

walaupun kita sudah berada di alaf baru. Oleh itu, satu kajian perlu dilakukan untuk

meninjau tahap kesediaan pelajar terhadap keselamatan di dalam bengkel. Kajian ini

dijalankan untuk meninjau tahap kesediaan pelajar-pelajar kursus Binaan Bangunan

terhadap keselamatan di dalam bengkel di tiga buah sekolah menengah teknik di

Negeri Johor dari aspek pengetahuan, kemahiran mengendalikan alatan dan mesin

dan sikap.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk:

i) Mengenalpasti tahap kesediaan pelajar dari segi pengetahuan terhadap

keselamatan di dalam bengkel.

ii) Mengenalpasti tahap kesediaan pelajar dari segi kemahiran dalam

mengendalikan alatan dan mesin terhadap keselamatan di dalam bengkel.

iii) Mengenalpasti tahap kesediaan pelajar dari segi sikap terhadap

keselamatan di dalam bengkel.

iv) Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara

kesediaan pelajar dari segi pengetahuan terhadap keselamatan di dalam

bengkel mengikut jantina.

v) Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara

kesediaan pelajar dari segi kemahiran mengendalikan alatan dan mesin

terhadap keselamatan di dalam bengkel mengikut jantina.

vi) Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara

kesediaan pelajar dari segi sikap terhadap keselamatan di dalam bengkel

mengikut jantina.

8

1.5 Persoalan Kajian

Bedasarkan objektif kajian yang dinyatakan, berikut adalah persoalan-

persoalan kajian yang akan dijawab dalam kajian ini:

i) Apakah tahap kesediaan pelajar dari segi pengetahuan terhadap

keselamatan di dalam bengkel?

ii) Apakah tahap kesediaan pelajar dari segi kemahiran dalam

mengendalikan alatan dan mesin terhadap keselamatan di dalam bengkel?

iii) Apakah tahap kesediaan pelajar dari segi sikap terhadap keselamatan di

dalam bengkel?

iv) Apakah terdapat perbezaan yang signifikan antara kesediaan pelajar dari

segi pengetahuan terhadap keselamatan di dalam bengkel mengikut

jantina?

v) Apakah terdapat perbezaan yang signifikan antara kesediaan pelajar dari

segi kemahiran mengendalikan alatan dan mesin terhadap keselamatan di

dalam bengkel mengikut jantina?

vi) Apakah terdapat perbezaan yang signifikan antara kesediaan pelajar dari

segi sikap terhadap keselamatan di dalam bengkel mengikut jantina?

1.6 Hipotesis Kajian

Hipotesis adalah idea ataupun andaian yang dibuat untuk diuji manakala

hipotesis nol adalah cara bagi menerangkan data yang diperoleh untuk diuji.

Hipotesis nol adalah pernyataan yang menyatakan tiada hubungan atau perbezaan.

Beberapa hipotesis yang diuji bagi menjawab persoalan kajian keempat hingga

keenam dalam kajian ini adalah seperti berikut:

9

Ho1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kesediaan pelajar dari segi

pengetahuan terhadap keselamatan di dalam bengkel mengikut jantina.

Ho2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kesediaan pelajar dari segi

kemahiran mengendalikan alatan dan mesin terhadap keselamatan

di dalam bengkel mengikut jantina.

Ho3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kesediaan pelajar dari segi

sikap terhadap keselamatan di dalam bengkel mengikut jantina.