program kesediaan menghadapi kecemasan masyarakat

57
Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat Nota kursus 2012/01

Upload: vandat

Post on 09-Dec-2016

279 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

Program Kesediaan MenghadapiKecemasan Masyarakat

Nota kursus2012/01

Page 2: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

Perihal Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat (CEPP)

CEPP adalah program latihan percuma yang bertujuan untuk meningkatkan kesediaan masyarakat menghadapi kecemasan, dari kecemasan perubatan dan kebakaran, hinggalah pengganasan.

CEPP terdiri daripada lima modul. Ia dikendalikan di empat Divisyen Pertahanan Awam untuk membekalkan peserta dengan kemahiran dan pengetahuan asas dalam topik-topik seperti keselamatan semasa kebakaran, bantuan kecemasan, CPR, kecemasan semasa aman dan menangani ancaman pengganasan. Kemahiran ini akan membantu anda dan keluarga anda berdepan dengan keadaan-keadaan cemas dan menyiap-sediakan anda apabila berdepan dengan situasi yang boleh menentukan hidup dan mati.

CEPP adalah komponen teras Program Rumah Sedia Pertahanan Awam (CD), yang merupakan inisiatif bersama SCDF, Majlis Kesediaan Kebakaran dan Kecemasan Awam Nasional dan Persatuan Orang Awam. Program Rumah Sedia CD bertujuan untuk menggalakkan penduduk mengambil pemilikan dan belajar kemahiran Pertahanan Awam. Melalui senarai semak pengesahan diri, para penduduk digalakkan supaya menilai tahap kesediaan kecemasan isi rumah mereka. Senarai semak ini, yang dicetak dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Melayu dan Bahasa Tamil, boleh diambil di semua balai bomba, pos bomba, Divisyen CD dan pada Hari-Hari Kesediaan Kecemasan.

Kunjungi www.scdf.gov.sg untuk butiran penyertaan dan maklumat lanjut tentang CEPP dan program Rumah Sedia CD.

Ingatlah, KESEDIAAN ADALAH SATU-SATUNYA PERLINDUNGAN KITA.

Hak cipta ©2012 Angkatan Pertahanan Awam Singapura. Hak cipta terpelihara.

Page 3: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

3

Divider pageModule 1

Bantuan Kecemasan Asas

Mo

dul

e 1CONTENTS

Module 1 ................................................................................................ 3

Bantuan Kecemasan Asas

Module 2 ................................................................................................ 17

CPR Perseorangan dan AED

Module 3 ................................................................................................ 35

Keselamatan Semasa Kebakaran dan Pemindahan Mangsa

Module 4 ................................................................................................ 53

Prosedur Darurat

Module 5 ................................................................................................ 81

Pengganasan

Nombor-Nombor Penting .................................................................... 107

Page 4: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

4 5

KANDUNGAN HALAMAN

Bantuan Kecemasan ........................................................................ 7

Luka .................................................................................................. 8

Pendarahan ...................................................................................... 10

Kepatahan Tulang ............................................................................. 10

Kawal Gerakan ................................................................................. 11

Terseliuh ........................................................................................... 13

Luka Kebakaran dan Melecur .......................................................... 14

Sawan ............................................................................................... 15

Strok ................................................................................................. 16

Divider back page

Page 5: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

6 7

BANTUAN KECEMASAN

Apakah yang dipanggil Bantuan Kecemasan?

Bantuan Kecemasan adalah rawatan pertama yang diberi pada kecederaan dengan tujuan menyelamatkan nyawa dan mencegah keadaan seseorang daripada bertambah tenat sebelum perhatian/rawatan perubatan lengkap diberi.

Kandungan Beg Bantuan Kecemasan

Setiap rumah harus mempunyai Beg Bantuan Kecemasan, yang biasanya mengandungi barang-barang berikut. Anda juga boleh memasukkan barang-barang bantuan kecemasan lain yang memenuhi keperluan rumah anda.

• Peralatan

Sarung tangan pakai buang untuk melindungi penyelamat daripada jangkitan yang dibawa oleh darah dan lain-lain bendalir tubuh

Penyepit untuk menarik keluar sengat dan lain-lain objek asing kecil yang tertanam di dalam kulit/luka

Gunting untuk memotong pembalut luka, pembalut dan pakaian Pelitup muka pernafasan untuk digunakan sebagai alat perlindungan

semasa CPR Jangkasuhu untuk mengukur suhu badan manusia

• Pembalutan

Pembalut bantuan kecemasan untuk menutup luka Pembalut perawat mata untuk melindungi mata yang cedera Plaster berpelekat untuk melindungi luka kecil Kain alas kasa untuk membersih atau menutup luka

• Pembalut

Kain pembalut tiga segi untuk digunakan bagi memastikan tulang yang patah tidak bergerak dan untuk melindungi luka

Kain pembalut tipis digunakan sebagai pembalut luka Pita berpelekat untuk melekatkan pembalut

Page 6: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

8 9

LUKA

Luka adalah kecederaan pada kulit dan pada tisu lembut di bawahnya.

Jenis-Jenis Luka

a. Lebamb. Melecetc. Luka Hirisand. Luka Tusukane. Calarf. Amputasig. Avulsi

Merawat luka

a. Cuci luka.b. Tutup luka dengan balutan steril.c. Kawal gerakan bahagian tercedera jika perlu.d. Dapatkan bantuan perubatan jika perlu.

Prinsip Pembalutan

a. Mengadap orang yang cedera untuk mengawasi paras kesedarannya.b. Beri jaminan kepada orang yang cedera.c. Dedahkan luka.d. Buka balutan bantuan kecemasan (FAD) sedekat mungkin dengan luka.e. Jangan sentuh pad steril.f. Jangan biarkan hujung pembalut jatuh dan menyentuh bumi.g. Bahagian cedera mesti ditutup dengan sempurna.h. Jika boleh, buat simpulan di atas pengalas untuk tekanan yang lebih.

Membalut luka menggunakan kain pembalut tiga segi

Kain pembalut tiga segi biasanya digunakan untuk:

a. Meneguhkan balutan dan splin pada kedudukannya dan untuk mengawal gerakan tulang yang patah.

b. Memberi sokongan pada bahagian cedera dan mengurangkan atau mencegah bengkak.

c. Mengawal pendarahan sebagai kain pembalut sekunder.

Pembalut tiga segi mempunyai tiga sisi. Sisi terpanjang dipanggil asas atau “base” dan dua yang lain dipanggil “tepi”. Ia mempunyai tiga sudut. Sudut yang bertentangan dengan asas dipanggil puncak dan yang lain dipanggil “hujung”.

Untuk menggunakan pembalut tiga segi sebagai pembalut lebar, bawa sudut puncak ke bahagian tengah asas dan lipat kain pembalut sekali lagi pada arah yang sama. Lipat sekali lagi pada arah yang sama untuk mendapatkan pembalut kurang lebar.

Untuk mengikat hujung pembalut, gunakan “reef knot”. Simpulan ini mesti dibuat di mana ia tidak menyebabkan kulit kurang selesa dan melecet.

Puncak

Hujung HujungAsas

Tepi Tepi

Pembalut Lebar

Lipat pembalut tiga segi secara mendatar supaya puncaknya menyentuh asasnya

Lipat pembalut menjadi setengah lagi. Ini menyiapkan pembalut.

Pembalut Sempit

Lipat pembalut tiga segi menjadi pembalut lebar.

Lipat pembalut menjadi setengah lagi. Ini menyiapkan pembalut.

Page 7: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

10 11

PENDARAHAN

Pendarahan adalah kehilangan darah yang disebabkan oleh kerosakan pembuluhnya.

Panduan sebelum merawat

• Pakaisarungtanganatau letakkanpenghalangdiantaraandadengandarahorang cedera

• Cucitangandengansabundanairselepasmemberirawatan

Merawat luka yang berdarah

a. Periksa jika terdapat sebarang objek asing (contohnya, serpihan kaca) di dalam luka.

b. Jika tiada objek asing di dalam luka: i. Angkat bahagian yang cedera jika boleh. ii. Tutup luka dengan balutan steril dan kenakan tekanan langsung. iii. Balut dan ikat dengan ketat. iv. Kawal gerakan bahagian yang cedera, jika perlu. v. Dapatkan bantuan perubatan, jika perlu.

Jika terdapat sebarang objek asing di dalam luka, jangan tekan di atas objek itu. Untuk mengelakkan tekanan langsung di atas objek itu, letakkan alas di sekeliling luka sebelum membalut.

KEPATAHAN TULANG

Kepatahan adalah patah atau retak tulang.

Jenis-jenis kepatahan utama

• Tertutup–kulittidakterjejas• Terbuka–kulitterkoyak

Punca-punca kepatahan

• Kekerasanlangsung(contohnya:tendangan,dilanggarbamperkereta)• Kekerasantidaklangsung(contohnya:kakiterkehel,jatuhsecaratiba-tiba)

Tertutup

Terbuka

Tanda-tanda kepatahan

• Kesakitandansakitapabiladitekan• Kecacatandikawasanyangterjejas• Tidakberfungsi• Bengkakdanadakalanyalebam• Lukayangterbuka(untukkepatahanterbuka)

Rawatan untuk kepatahan

a. Tenangkan orang yang cedera.b. Rawat luka yang berdarah, sekiranya ada. Untuk kepatahan terbuka, hentikan

pendarahan dan tutup tulang yang terdedah.c. Letakkan, sokong dan kawal gerakan bahagian yang cedera di dalam posisi

yang paling selesa untuk orang yang cedera.d. Jika orang yang cedera terkehel atau patah tangan atau kaki, rujuk pada

bahagian KAWAL GERAKAN di bawah.e. Dapatkan bantuan perubatan atau hubungi 995 untuk ambulans.

KAWAL GERAKAN

Mengawal gerakan untuk kecederaan pada anggota badan bahagian atas.

Boleh digunakan untuk terkehel atau kepatahan bahagian anggota:

• Bahu• Lenganatas• Lenganbawah• Pergelangantangan

Prosedur

a. Dudukkan orang yang cedera dan sokong lengan yang tercedera secara melintang.

b. Gunakan anduh lengan terbuka seperti yang ditunjukkan.

Page 8: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

12 13

Mengawal gerakan untuk kecederaan pada anggota badan bahagian bawah

Boleh digunakan untuk terkehel atau kepatahan paha, pelvis dan kaki.

Prosedur

a. Luruskan kaki yang cedera selurus yang boleh.b. Rapatkan kaki yang baik (yang berperanan sebagai splin) kepada kaki yang

cedera.

c. Letakkan pembalut di bawah kedua-dua belah kaki seperti yang ditujukkan.d. Masukkan alas di antara lutut dengan pergelangan kaki.e. Balutkan kaki bersama seperti yang ditujukkan dan simpulkan pada kaki yang

tidak cedera.

TERSELIUH

Terseliuh berlaku pada sendi dan melibatkan ligamen. Terseliuh yang paling biasa berlaku pada pergelangan kaki. Ketegangan pula adalah satu kecederaan pada otot-otot dan tendon, terutama sekali apabila ia diregang.

Merawat terseliuh dan ketegangan menggunakan R.I.C.E.

Ice: Aiskan atau guna tekanan sejuk pada bahagian yang terseliuh

Rest: Rehatkan sendi yang terseliuh

Compress: Padatkan sendi yang terseliuh menggunakan pembalut atau pelapik lembut

Elevate: Tinggikan sendi yang terseliuh

Page 9: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

14 15

LUKA KEBAKARAN DAN KELECURAN

Luka kebakaran dan kelecuran adalah kecederaan pada tisu badan yang disebabkan oleh haba, bahan kimia, elektrik atau sinaran. Kecedaran boleh jadi teruk atau ringan.

Punca-punca luka kebakaran dan kelecuran

• Adanyahaba:api,besipanas,airmendidih,minyakpanas• Tanpahaba:cecairnitrogen• Bahankimia:Asid,alkali• Elektrik:kuasaelektrik,kilat• Sinaran:matahari

Tahap luka kebakaran

Takat luka kebakaran

Luka kebakaran yang berpotensi menjadi serius atau kritikal bergantung pada kumpulan umur serta tahap luka kebakaran. Ia termasuk:

• Luka kebakaran dengan ketebalan separa (tahap kedua) yang meliputi lebihdaripada 20% Kawasan Permukaan Badan (BSA)

• Luka kebakaran dengan ketebalan penuh (tahap ketiga) yang meliputi lebihdaripada 10% BSA

• Semualukakebakaranyangmelibatkanmuka,mata,telinga,tangan,kakiataugenitalia

• Semualukakebakaranyangmelibatkankanak-kanakdanorangtua

Tahap pertama

Ringan

Tahap kedua

Ketebalan separa

Tahap ketiga

Ketebalan penuh

Merawat luka kebakaran dan kelecuran

a. Hentikan kepanasan.b. Bagi luka kebakaran bahan kimia, cuci bahan kimia yang masih ada.c. Gunakan empat langkah berikut:

Sejukkan bahagian terjejas dengan meletakkannya di bawah air paip yang sejuk atau merendamkannya di dalam air sejuk sekurang-kurangnya 10 minit.

Tanggalkan dengan berhati-hati barang-barang seperti rantai, cincin, jam tangan atau pakaian yang mencerut bahagian yang cedera sebelum ia mula membengkak.

Tutup bahagian yang cedera bagi mencegah jangkitan. Guna bahan yang bersih, steril dan tidak melekat (contohnya, sapu tangan, pembalut, dll.).

Dapatkan nasihat doktor atau hantar mangsa ke hospital.

Perhatian

• Jangansapuubatgigi,losyen,salapataulemakpadabahagianyangluka.• Jangantutupdengankapas.• Janganpecahkansebaranglepuhatautanggalkanbenda-bendayangmelekat

pada luka.

SAWAN

Sawan adalah episod pergerakan tubuh yang tidak terkawal.

Punca lazim adalah

• Epilepsi• Kecederaankepala• Demampanasdikalanganbayi

Bagaimanakah untuk mengenalinya?

• Mengetapgigidanmataterbeliakkeatas• Mangsajatuhkelantai• Pergerakanyangtidakterkawal(contohnya,anggotayangmenggeletar)• Inkontinensmungkinberlaku• Kekejangan otot atau pergerakan berkonvulsi akhirnya berhenti dan mangsa

berasa mengantuk atau mungkin tidak sedarkan diri

Page 10: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

16 17

Apakah tindakan yang perlu diambil?

• Jauhkanobjektajamdanberbahayadaripadamangsa• Janganbataskanpergerakannya• Jangan masukkan sebarang benda ke dalam mulutnya kerana ini boleh

menyebabkan kecederaan• Rawatsebarangkecederaansebaiksahajamangsapulih.• Hantarmangsauntukmendapatkanbantuanperubatan

STROK

Strok berlaku apabila bekalan darah ke otak tersekat dan ia boleh membawa ketidakupayaan jangka panjang pada mangsa. Oleh itu, adalah penting untuk mendapatkan bantuan perubatan secepat mungkin apabila seseorang rebah akibat strok.

Tanda-tanda strok

• Rasakebas/lembiktiba-tibadimuka,lenganataukaki.Iabiasaberlakupadasebelah badan

• Kekeliruan,mengalamimasalahuntukbercakapataumemahamipercakapandengan tiba-tiba

• Kekaburanpandangandengantiba-tiba• Hilangkeseimbangandankoordinasidengantiba-tiba,peningdanmengalami

kesukaran untuk berjalan• Sakitkepalayangteruksecaratiba-tibatanpapuncayangdiketahui

Hubungi 995 dengan segera untuk khidmat ambulans jika anda mengesyaki seseorang diserang strok.

Module 2

CPR Perseorangan dan AED

Mo

dul

e 2

Page 11: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

18 19

KANDUNGAN HALAMAN

Jantung Terhenti Secara Tiba-Tiba ................................................. 21

Prosedur Permulihan Kardiopulmonari (CPR) ................................. 24

Prosedur Defibrilator Luaran Automatik (AED) ................................ 31

Tercekik ............................................................................................ 32

Page 12: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

20 21

JANTUNG TERHENTI SECARA TIBA-TIBA

Ia adalah satu keadaan apabila jantung pesakit berhenti berdegup akibat serangan jantung.

Statistik

Di Singapura, penyakit jantung adalah punca kematian kedua paling lazim. Lebih kurang 2,400 orang mengalami serangan jantung akut setiap tahun. Hampir 1,400 orang mengalami serangan jantung secara tiba-tiba di luar hospital. Jumlah kadar upaya hidup bagi kumpulan yang rebah sebelum memasuki hospital adalah 2.6%1,

Punca-punca jantung terhenti secara tiba-tiba

• Seranganjantung• Tercekik• Lemas• Strok• Dosdadahyangberlebihan• Tidakdapatbernafas• Tersedutasap• Kejutanelektrik• Reaksialahanyangteruk• Traumayangteruk

1Statistik diperolehi daripada pelbagai sumber pada Disember 2010.

Page 13: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

22 23

RAINTAI NYAWA

‘Rantai Nyawa’ adalah satu pendekatan dalam rawatan mangsa jantung terhenti. Hubungan yang lemah atau terputus dalam ‘Rantai Nyawa’ akan menyebabkan peluang untuk selamat tidak begitu baik.

• Hubungan pertama: Akses Awal

Akses awal merangkumi tindakan-tindakan yang dimulakan selepas mangsa rebah sehingga ketibaan kakitangan Perkhidmatan Ambulans Kecemasan (EAS). Pengenalan awal tanda-tanda jantung terhenti secara tiba-tiba dan tindakan segera menghubungi ambulans melalui talian 995 adalah sangat penting. Ini juga melibatkan memberi laluan kepada ambulans yang dalam perjalanan dan memberi keutamaan kepada kakitangan ambulans apabila mereka menggunakan lif, tangga dan koridor untuk tiba ke mangsa.

• Hubungan kedua: CPR Awal

Waktu antara tindakan menghubungi EAS dan ketibaan kakitangan EAS biasanya mengambil masa lebih 5 minit. Sel-sel otak boleh hidup tanpa oksigen selama 4-6 minit sebelum ia mula mati dan sebarang kerosakan kepada otak selepas 10 minit tidak boleh dipulihkan. Dalam situasi jantung terhenti, Pemulihan Kardiopulmonari (CPR) merupakan satu-satunya cara untuk memastikan oksigen dan darah dibekalkan ke otak dan organ-organ penting. Jika CPR dilakukan dengan segera dan betul, fungsi jantung mungkin dapat dipulihkan dan pengaliran darah dikekalkan sehingga langkah-langkah sokongan hayat yang lain dimulakan seperti penggunaan Defibrilator Luaran Automatik (AED).

• Hubungan ketiga: Defibrilasi Awal

Kajian telah menunjukkan bahawa defibrilasi awal mungkin dapat mempertingkatkan kadar upaya hidup bagi pesakit yang mengalami jantung terhenti di luar hospital. Ritma awal paling lazim semasa jantung terhenti ialah Fibrilasi Ventrikular (VF). Ini boleh membawa maut jika tidak dirawat dan kadar kematian meningkat sebanyak 10% setiap minit tanpa defibrilasi. Gambar-gambar berikut menunjukkan ritma VF:

Akses Awal CPR Awal Defibrilasi Awal ACLS Awal

Disebabkan defibrilasi paling berkesan adalah semasa beberapa minit pertama selepas berlakunya serangan jantung, sebilangan besar pertubuhan telah memasang Defibrilator Luaran Automatik (AED) di premis mereka. AED adalah alat yang menterjemah ritma jantung, menasihati operatornya sama ada kejutan elektrik diperlukan dan menghantar kejutan elektrik ke jantung apabila diaktifkan.

Walaupun terdapat banyak kelebihan menggunakan AED, terdapat kontrapenunjukan kepada penggunaannya. AED tidak boleh digunakan sekiranya mangsa:

Memberi tindak balas atau mempunyai nadi dan/atau bernafas Kanak-kanak berusia kurang daripada satu tahun Ternyata sudah meninggal dunia

Untuk kanak-kanak yang berusia di antara satu hingga lapan tahun, atau berat badan kurang daripada 25 kg, pad defibrilasi kanak-kanak (yang mempunyai output tenaga yang dikurangkan) hendaklah digunakan. Namun, jika tiada pad yang sedemikian, menggunakan pad defibrilasi dewasa hendaklah dipertimbangkan.

Keselamatan adalah faktor paling penting bagi operator AED. Adalah sangat penting tidak ada sesiapa yang menyentuh pesakit semasa analisis dan defibrilasi. Jika seseorang bersentuhan dengan pesakit semasa analisis, sebarang pergerakan akan mengganggu ketepatan bacaan mesin tersebut. Menyentuh pesakit semasa defibrilasi juga boleh menyebabkan arus elektrik dihantar kepada orang yang menyentuh pesakit itu.

AED juga tidak harus digunakan sekiranya terdapat:

Air Logam Gas-gas yang mudah terbakar Persekitaran yang mengandungi bahan letupan

Page 14: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

24 25

• Hubungan keempat: Sokongan hayat dengan penjagaan lanjut awal (ACLS: Advanced Care Life Support)

Sokongan hayat dengan penjagaan lanjut awal kerap dilakukan di hospital dan terdiri daripada pengurusan saluran udara, sokongan ventilasi, rawatan perubatan dan kawalan aritmia.

PROSEDUR PEMULIHAN KARDIOPULMONARI (CPR)

Penilaian: Tentukan Gerak Balas Mangsa

Buat penilaian cepat dan tentukan sama ada mangsa bertindak balas. Penyelamat harus menepuk mangsa pada bahunya dan teriak, “Helo? Helo? Awak tidak apa-apa?”

Elakkan mangsa terlalu kuat kerana ini boleh menyebabkan kecederaan. Elakkan juga daripada menggerakkan lehernya jika tidak perlu untuk mencegah kecederaan pada kepala dan leher.

Jika mangsa tidak memberi sebarang respons, mangsa mungkin tidak sedarkan diri. Ini boleh disebabkan oleh:

• Saluran pernafasan yang tersekat oleh makanan, rembesan atau lidah yangberbalik

• Pernafasanterhenti• Jantungyangberhentiberdegup,biasanyaakibatseranganjantung

Hubungi Perkhidmatan Ambulans Kecemasan (EAS)

Jika mangsa tidak memberi respons, tugaskan seseorang menghubungi perkhidmatan ambulans kecemasan di talian 995 dengan segera. Kebanyakan orang yang diserang jantung terhenti memerlukan defibrilasi. Oleh itu, suruh seseorang mengambil AED.

“Hello! Hello! Are You ok?”

Berikan maklumat berikut kepada orang yang memanggil ambulans:

• Lokasimangsa• Nombortelefonyangandagunakanuntukhubungi995• Apa yang berlaku, contohnya; seseorang diserang sakit jantung atau tidak

sedarkan diri• Nombortelefonorangyangmemerlukanbantuan

Pemanggil hanya boleh menamatkan panggilan selepas mendapat arahan oleh pegawai ambulans.

Cara memposisikan mangsa

Untuk memastikan keberkesanan CPR, mangsa harus berbaring di atas permukaan yang rata dan teguh. Jika mangsa tertiarap atau mengiring, anda perlu membaringkan mangsa. Pastikan kepala, leher dan tubuh mangsa disokong dan dipusing serentak semasa mengubah kedudukannya.

Page 15: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

26 27

Membuka saluran pernafasan

Lakukan manuver dongak kepala-angkat dagu untuk membukan saluran pernafasan jika tiada sebarang kecederaan pada kepala atau leher. Dalam keadaan tiada respons, otot terganggu dan menyebabkan lidah berbalik lantas menghalang saluran pernafasan. Oleh kerana lidah bercantum pada rahang bawah, menarik rahang bawah ke hadapan akan menarik lidah daripada belakang tekak, sekali gus membuka saluran pernafasan.

Untuk melakukan gerak dongak kepala-angkat dagu:

a. Letakkan tangan pada dahi mangsa dan tolak ke belakang agar kepala terdongak.

b. Letak jari tangan anda yang sebelah lagi di bahagian bawah rahang untuk mengangkat rahang ke hadapan.

Perhatian:

• Jangantekanterlalukuattisulembutdibawahdagukeranainibolehmenghalanglaluan udara

• Jangangunaibujariuntukmengangkatdagu• Jikaandamengesyakikepalaataulehercedera,tonjolkanrahangatauangkat

dagu perlahan-lahan

Pernafasan

Untuk menilai pernafasan spontan:

a. Letakkan telinga anda di atas mulut dan hidung mangsa sambil memastikan laluan udara terbuka.

b. Penilaian pernafasan dilakukan dengan: • Perhatikansebarangpeningkatanataupenurunandada • Mendengarbunyiudarayangkeluardarihidung/mulut • Rasaudarakeluardarimulutdanhidung

Lidah Lidah

Laluan Udara Terhalang

c. Jikaterdapatsebarangtandadiatas;mangsamasihbernafas.d. Jika semua tanda-tanda pernafasan tiada, boleh diandaikan bahawa mangsa

tidak bernafas dan jantungnya terhenti.e. Penilaian pernfasan tidak boleh mengambil masa lebih daripada 10 saat. Jika

anda masih tidak pasti selepas 10 saat, andaikan bahawa mangsa mengalami jantung terhenti.

f. Sekarang mangsa memerlukan CPR, mulakan dengan mampatan dada.

Mampatan dada

Mampatan dada terdiri daripada tekanan bersiri dan berentak yang dikenakan pada bahagian bawah sternum (tulang dada). Mencari posisi tangan yang betul untuk melakukan mampatan dada harus dilakukan dengan cepat dan tidak mengambil masa melebihi 2 atau 3 saat.

• Mencari Cantuman Tulang Rusuk

a. Kekalkan dongakan kepala. Jalankan jari hantu anda dari bahagian bawah ranka tulang rusuk mangsa sehingga anda menemui percantuman tulang rusuk. Letakkan jari telunjuk anda bersebelahan dengan jari hantu anda.

Cari bahagian di mana rusuk bertemu jari anda.

Rib margin

Laluan Udara Terbuka

Page 16: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

28 29

b. Letak pangkal tapak tangan sebelah lagi dekat dengan jari telunjuk.

c. Lepaskan kedua-dua jari tersebut dan letakkan pangkal tapak tangan di atas tangan yang berada di atas sternum. Selang-selikan jari kedua-dua belah tangan dan kekalkan kedudukan.

d. Luruskan kedua-dua belah siku supaya ia menegak. e. Tetapkan bahu anda tegak secara langsung di atas dada mangsa. f. Hitung dengan lantang ketika menekan:

1 dan 2 dan 3 dan 4 dan 5 dan 1 dan 2 dan 3 dan 4 dan 10 dan 1 dan 2 dan 3 dan 4 dan 15 1 dan 2 dan 3 dan 4 dan 20 1 dan 2 dan 3 dan 4 dan 25 1 dan 2 dan 3 dan 4 dan 30

Letakkan pangkal tangan pada tulang dada supaya jari-jemari bertemu

Pastikan jari tidak terkena dada supaya tekanan tidak dikenakan pada tulang rusuk

Tekan dengan lurus ke bawah kepada pangkal tangan anda

g. Selepas melakukan 30 mampatan, sekarang anda perlu memberikan oksigen kepada mangsa melalui pernafasan mulut-ke-mulut.

Pernafasan mulut-ke-mulut

a. Kekalkan posisi dongak kepala-angkat dagu untuk membuka saluran pernafasan.

b. Cubit hidung mangsa dengan ibu jari dan jari telunjuk anda untuk mencegah udara keluar daripada hidung mangsa.

c. Lekapkan bibir anda pada mulut mangsa.d. Hembuskan nafas dua kali secara berturut-turut. Perhatikan dadanya naik

dengan setiap pernafasan.e. Lepaskan cubitan hidung selepas setiap hembusan nafas. Jangkamasa setiap

hembusan ialah 1 saat dan jumlah pernafasan hendaklah di antara 400 ml hingga 600 ml.

30 mampatan dada dengan 2 pernafasan mulut-ke-mulut

• CPR terbaik yang boleh dilakukan oleh orang awam ialah kombinasi 30mampatan dada dengan 2 pernafasan mulut-ke-mulut

• Carainimemberikanpeluanguntukhiduptertinggi.Jikapenyelamattidakdapatmemberikan pernafasan mulut-ke-mulut atas sebarang sebab, dia hendaklah terus melakukan mampatan dada yang berkualiti. Ini lebih baik daripada tiada CPR langsung

• Terus melakukan CPR, iaitu ulang kitaran 30 mampatan dan 2 pernafasansehingga kakitangan ambulans/AED tiba atau mangsa menunjukkan tanda-tanda semakin pulih. Selepas itu, periksa semula pernafasan mangsa, lakukan CPR dan gunakan AED apabila ia tiba jika perlu

• Jikaadaduaorangpenyelamat,kamisarankanseorangpenyelamattumpukanperhatian melakukan mampatan dada sambil mengira dengan lantang. Penyelamat yang seorang lagi tumpukan perhatian melakukan pernafasan mulut-ke-mulut

• Jikaseorangdaripadapenyelamatpenat,kedua-duaorangpenyelamattersebutbertukar tempat dengan segera dan meneruskan CPR

Page 17: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

30 31

Garis panduan bagi kaedah mampatan yang betul

• Untukmemastikantekananutamamampatanpadasternum,pangkal tanganpenyelamat harus diletakkan pada sternum mangsa. Jari-jari seharusnya tidak menyentuh dada

• Untuk mendapatkan tekanan maksimum dengan mudah, berat badan andasepatutnya disokong oleh lengan anda dan badan anda sepatutnya berada secara langsung di atas badan mangsa. Berat badan anda akan memberi tekanan yang diperlukan untuk menekan sternum. Setiap mampatan mesti menggunakan tekanan yang kuat.

• Untukmembolehkandarahmengalirkejantung,tekananmampatandadaharusdilepaskan bagi membolehkan dada kembali ke posisinya yang normal selepas setiap mampatan

• Tekansecaramenegaksekurang-kurangnya5smkebawah• Janganangkattangandaridadaatauubahposisikeranaposisi tanganyang

betul mungkin hilang• Mampatan menganjal, pergerakan yang tersentak-sentah, posisi tangan

yang tidak betul dan terlalu membongkok di atas dada boleh menjejaskan keberkesanan resusitasi dan kemungkinan besar boleh menyebabkan kecederaan

• Kadarmampatandadayangdisarankanhendaklah sekurang-kurangnya100kali/minit

Catatan:

Prosedur CPR yang dikemaskinikan adalah menurut garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Resusitasi Kebangsaan (National Resuscitation Council) pada Mac 2011.

PROSEDUR DEFIBRILATOR LUARAN AUTOMATIK (AED)

Menyediakan pesakit untuk AED

Sebelum memasang pad-pad defibrilasi pada tubuh pesakit:

a. Dedahkan dada pesakit secukupnya.b. Jika pesakit memakai barang kemas atau sebarang aksesori yang berada di

dadanya, tanggalkannya atau ketepikannya untuk mendedahkan tempat untuk pad defibrilasi.

c. Cari dan tanggalkan sebarang tampalan (contohnya koyok) pada dada pesakit kerana tampalan-tampalan ini boleh menjejaskan defibrilasi.

d. Cukur bulu yang berlebihan daripada dada pesakit di mana pad defibrilasi akan diletakkan supaya ia melekat dengan lebih baik.

e. Bersihkan dan keringkan peluh di dada kerana lembapan boleh mengurangkan sentuhan pad defibrilasi dengan dada.

f. Jika terdapat sebarang perentak jantung, letakkan pad defibrilasi 4 jari jauh daripadanya. Sementara itu, pastikan CPR yang berkualiti diteruskan.

Mengenakan pad defibrilasi

Selepas memastikan tiada kontrapenunjukan dan pesakit telah disiap-sediakan, operator AED boleh memasang pad defibrilasi sementara CPR sedang dijalankan. Jangan ganggu mampatan dada dan pernafasan mulut-ke-mulut.

Terus melakukan CPR sementara pad-pad dilekatkan.

Untuk mengenakan pad defibrilasi:

a. Periksa tarikh luput pada paket.b. Keluarkan pad daripada paket dan tanggalkan alas belakangnya.c. Letakkan satu pad membujur di atas tulang dada kanan

tepat di bawah tulang selangka.d. Letakkan pad yang satu lagi secara melintang, satu tapak

tangan di bawah ketiak kiri, berhampiran tengah dada. Rujuk gambar untuk kedudukan pad defibrilasi.

e. Pastikan pad ditampal dengan betul dan tiada gelembung udara di antara kulit dengan pad.

f. Hidupkan alat AED.g. Ikut arahan AED dan lakukan CPR seperti yang diperlukan

sehingga pesakit menunjukkan tanda-tanda pulih atau kakitangan ambulans tiba.

Page 18: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

32 33

Apabila pesakit menunjukkan tanda-tanda pulih

a. Periksa pernafasan.b. Jika pesakit tidak bernafas, teruskan CPR dan AED.c. Jika pesakit bernafas, awasi pernafasannya setiap masa sehingga kakitangan

ambulans tiba.

TERCEKIK

Tercekik saluran pernafasan udara terhalang sepenuhnya adalah satu kecemasan yang boleh menyebabkan kematian dalam beberapa minit sahaja jika tidak dirawat dengan segera.

Tanda-tanda tercekik

Seseorang yang tercekik akan menunjukkan Tanda-Tanda Penderitaan Universal dan tidak dapat bercakap, bernafas dan batuk.

Rawatan untuk tercekik

Lakukan Manuver Heimlich atau Tujahan ke Dada bagi mengeluarkan objek yang menghalang laluan udara. Jika mangsa pengsan, sokong dan baringkan mangsa. Lakukan mampatan dada untuk mangsa tercekik yang pengsan.

• Manuver Heimlich (untuk mangsa tercekik yang sedarkan diri)

a. Berdiri di belakang mangsa. b. Minta mangsa berdiri sambil merenggangkan kaki seluas bahu. c. Letakkan sebelah kaki di antara kaki mangsa. d. Cari pusat mangsa menggunakan jari manis. e. Letakkan dua jari di atas pusat. f. Genggamkan jari anda dengan ibu jari di dalam. g. Posisikan genggaman pada perut di atas dua jari tadi. h. Bongkokkan mangsa ke depan. i. Lepaskan jari di atas pusat dan tutup genggaman dengan tangan ini. j. Berikan 5 tujahan ke dalam-atas sebanyak 45 darjah.. k. Perhatikan sebarang benda asing yang keluar daripada mulut mangsa. l. Jika tiada apa-apa yang keluar daripada mulut mangsa, terus berikan

tujahan pada perut 5 kali setiap set (perhatikan objek asing yang keluar daripada mulut mangsa selepas setiap satu set) sehingga objek asing dikeluarkan atau mangsa pengsan, yang mana satu yang terdahulu.

m. Jika mangsa pengsan, sokong dan baringkan mangsa. n. Terus lakukan mampatan dada untuk mangsa tercekik yang tidak sedarkan

diri.

• Tujahan dada (untuk mengsa tercekik yang sedarkan diri)t

Tujahan dada boleh digunakan sebagai alternatif kepada Manuver Heimlich. Ia dilakukan ke atas mangsa yang gemuk atau hamil.

a. Berdiri di belakang mangsa. b. Minta mangsa berdiri sambil merenggangkan kaki seluas bahu. c. Letakkan sebelah kaki di antara kaki mangsa. d. Letakkan kedua-dua belah tangan di bawah ketiak mangsa untuk memeluk

dada. e. Buat satu genggaman dengan ibu jari di dalam genggaman. f. Posisikan genggaman anda pada bahagian tengah tulang dada. g. Tutup genggaman anda dengan tangan yang sebelah lagi. h. Berikan lima tujahan dalam pergerakan ke dalam. i. Perhatikan sebarang objek asing yang keluar daripada mulut.. j Jika tiada apa-apa yang keluar daripada mulut mangsa, terus berikan

tujahan dada 5 kali setiap set (perhatikan objek asing yang keluar daripada mulut mangsa selepas setiap satu set) sehingga objek asing dikeluarkan atau mangsa pengsan, yang mana satu yang terdahulu.

k. Jika mangsa pengsa, sokong dan baringkan mangsa. l. Terus lakukan mampatan dada untuk mangsa tercekik yang tidak sedarkan

diri.

• Mampatan dada untuk mangsa tercekik yang tidak sedarkan diri (mangsa pengsan disebabkan tercekik)

a. Sokong dan baringkan mangsa di atas permukaan rata lagi teguh. b. Penyelamat hendaklah jerit meminta bantuan dan tugaskan seseorang

untuk memanggil ambulans dengan menghubungi 995 dan seorang lagi untuk mengambil AED dengan segera.

c. Mulakan 30 mampatan dada (ms 27). d. Lakukan tindakan dongak kepala-angkat dagu untuk membuka saluran

pernafasan. e. Tarik dagu ke bawah untuk memeriksa sebarang objek asing di dalam

mulut. f. Keluarkan sebarang objek yang kelihatan dengan mencangkuk jari telunjuk

tangan sebelah. g. Periksa untuk pernafasan normal. h. Jika mangsa bernafas, awasi pernafasannya setiap masa sehingga

ambulans tiba. i. Jika mangsa tidak bernafas, cuba pernafasan mulut-ke-mulut (ms 29). j. Jika dada tidak naik, posisikan semula kepala dengan prosedur dongak

kepala-angkat dagu. k. Cuba pernafasan mulut-ke-mulut sekali lagi. Jika dada masih tidak naik,

saluran pernafasan mangsa masih terhalang.

Universal Signof Distress

Page 19: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

34 35

l. Ulang langkah c dan seterusnya sehingga anda berjaya memberi dua pernafasan mulut-ke-mulut dengan dada naik, kakitangan ambulans tiba atau mangsa menunjukkan tanda pulih.

m. Apabila anda berjaya memberi dua pernafasan mulut-ke-mulut dengan dada naik atau mangsa menunjukkan tanda pulih, periksa pernafasan dia. Jika dia bernafas, awasi pernafasannya setiap masa sehingga kakitangan ambulans tiba. Jika mangsa tidak bernafas atau hanya tercungap-cungap, lakukan CPR dan gunakan AED apabila ia tiba.

Module 3

Keselamatan Semasa Kebakaran dan Pemindahan Mangsa

Mo

dul

e 3

Page 20: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

36 37

KANDUNGAN HALAMAN

Segitiga Pencetus Kebakaran .......................................................... 39

Cara memadam api .......................................................................... 39

Klasifikasi kebakaran ........................................................................ 41

Jenis alat pemadam api ................................................................... 41

Cara menggunakan alat pemadam api ............................................ 43

Punca utama kebakaran .................................................................. 43

Senarai semak keselamatan kebakaran di rumah ............................ 44

Alat pengesan asap .......................................................................... 45

Jika anda melihat kebakaran ............................................................ 46

Jika anda terperangkap dalam kebakaran ....................................... 48

Jika pakaian anda terbakar .............................................................. 48

Pemindahan mangsa ........................................................................ 48

Insurans ............................................................................................ 52

Page 21: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

38 39

SEGITIGA PENCETUS KEBAKARAN

Api adalah reaksi kimia antara sesuatu bahan dengan oksigen, yang menghasilkan haba. Tiga bahan teras yang menyalakan api ialah bahan pembakar, oksigen dan haba/sumber penyalaan.

Kebanyakan kebakaran besar berpunca daripada kebakaran kecil. Maka, memadamkan api diperingkat awal adalah penting supaya kerosakan serius dapat dikurangkan.

Pencegahan kebakaran amat penting kerana rumah anda mengandungi banyak bahan yang boleh mencetus kebakaran. Contohnya:

• Bahan pembakar – Bahan mudah terbakar seperti surat khabar, pakaian,perabot dan cecair mudah menyala seperti minyak memasak dan wain

• Oksigen–Oksigendiudara• Haba/sumber penyalaan – Api, percikan api, logam panas atau peralatan

elektrik

KAEDAH MEMADAM API

• Menyejukkan – Mengurangkan suhu atau menghadkan haba, benda-bendaberikut boleh digunakan:

Hos air Baldi air Alat pemadam api jenis air

API

BAHAN PEMBAKAR HABA

OKSIGEN

Page 22: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

40 41

• Melemaskan–Untukmenghadkanataumenghapuskanoksigenberhampirandengan api. Bahan-bahan berikut boleh digunakan:

Pasir Selimut basah Pemukul Pemadam api serbuk kering atau karbon dioksida

• Mencerut – Untuk menghadkan bahan pembakaran, bahan-bahan itu mestidialihkan

KLASIFIKASI KEBAKARAN

Kelas Bahan Cara Memadam

A

Api yang melibatkan pembakaran bahan mudah terbakar biasa misalnya kayu, kertas, kain, perabot, plastik dan getah.

Karbon dioksida, air dan serbuk kimia kering

B

Api yang melibatkan cecair mudah terbakar misalnya petrol, pelarut, minyak, cat, pencair dan gas mudah terbakar seperti LPG

Karbon dioksida, serbuk kimia kering dan buih

C

Api yang melibatkan peralatan elektrikal ‘hidup” misalnya transformer dan barangan elektrikal.

Karbon dioksida, serbuk kimia kering

D

Api yang melibatkan logam mudah terbakar misalnya potassium, magnesium, titanium, sodium, lithium dan zirconium.

Serbuk kimia kering

t

JENIS PEMADAM API

• Pemadam api jenis air

pin keselamatan

tolok tekanan

tiub fleksibel

muncung dasar

silinder

pemegang

tuil penyembur

Page 23: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

42 43

PROSEDUR MENGENDALIKAN PEMADAM API

Perhatian

• Jangan gunakan pemadam api jenis air untuk kebakaran yang melibatkancecair mudah terbakar dan kebakaran disebabkan elektrik

• Untuk kebakaran disebabkan elektrik, matikan bekalan elektrik sebelummemadamkan api

• Jika perkakas memasak terbakar, tutup bekalan gas tanpa bahayakan dirianda dan lemaskan api menggunakan kain basah yang tebal untuk menutup perkakas memasak. Jangan tuang air ke dalamnya kerana api akan merebak

PUNCA UTAMA KEBAKARAN

• Kecuaiandalammembuangpuntungrokokataumancissembarangan• Menggunakanterlalubanyakperalatanelektrikpadasatu-satusoket• Kanak-kanakbermainmancisataupemetikapi• Masakanyangtidakdiawasi• Barang-barangyangdibuangdisepanjangkoridor,lobilifataukolongblok

• Pemadam api karbon dioksida

• Pemadam api serbuk kering

pin keselamatan tuil penyembur Pull: Tarik keluar pin keselamatan

Aim: Halakan muncung ke bahagian dasar api

Sweep: Halakan semburan ke bahagian dasar api menggunakan Pergerakan Menyapu

Squeeze: Tekan tuil

pemegang

pin keselamatan

tiub penyembur

muncung penyembur

silinder

dasar

tolok tekanan

tiub fleksibel

muncung dasar

silinder

pemegang

tuil penyembur

Page 24: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

44 45

SENARAI SEMAK KESELAMATAN SEMASA KEBAKARAN DI RUMAH

YA

Menyediakan diri dan keluarga

anda apabila berlaku

kebakaran

Adakah koridor awam di luar rumah anda tidak terhalang oleh barang-barang yang dibuang (contohnya, tilam dan perabot)?

Adakah rumah anda mempunyai alat pemadam api serbuk kering yang diluluskan?

Adakah setiap ahli keluarga anda tahu nombor apa yang patut dihubungi sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan lain?

Pernahkah anda atau ahli keluarga anda menghadiri Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat yang dianjurkan oleh SCDF?

Pernahkah anda atau ahli keluarga anda menghadiri Hari-Hari Kesediaan Kecemasan di kawasan perumahan?

Wayar elektrik dan komponen

Adakah semua palam elektrik mempunyai tanda KESELAMATAN?

Adakah semua penyesuai elektrik dipasang dengan bilangan palam yang diingini dan dalam kadaran elektrik yang dibenarkan?

Adakah semua peralatan dan perkakas dimatikan apabila tidak digunakan?

Adakah semua wayar di dalam rumah berada dalam keadaan baik? (iaitu tanpa penebat yang koyak dan wayar yang terdedah)

Adakah semua wayar berada di luar dan tidak diletakkan di bawah permaidani, di atas sumber haba dan di bawah pintu?

Adakah peti televisyen diletakkan lebih 50 sm daripada bahan-bahan mudah terbakar?

Bahan-bahan mudah

terbakar dan sumber haba

Adakah lilin dan lampu minyak diletakkan di atas permukaan stabil dan langkah-langkah diambil untuk mencegahnya daripada terbalik dengan mudah?

Adakah mancis, pemetik api dan bunga api disimpan jauh dari sumber haba dan kanak-kanak?

Adakah cecair mudah nyala (seperti minyak masak dan wain) dan bahan-bahan mudah terbakar disimpan jauh dari sumber haba seperti dapur, perkakas pemanasan, colok yang bernyala dan lilin?

Adakah perkakas memasak (seperti hud dapur) dan dapur bersih dan bebas daripada minyak dan berfungsi dengan baik?

Adakah cecair mudah nyala disimpan di dalam bekas yang diluluskan, yang dilabelkan dengan jelas dan disimpan rapi supaya ia tidak mudah terbalik?

Adakah tingkap anda dibuka untuk pengudaraan semasa menggunakan silinder LPG (Gas Petroleum Cair) untuk memasak

Adakah anda pastikan pembekal LPG anda menjalakankan pemeriksaan 5-mata ke atas sistem LPG anda, setahun sekali?

PENGESAN ASAP

Definisi

Alat bagi mengesan asap dan mencetuskan bunyi penggera secara automatik. Ia terdiri daripada dua bahagian:

• Penderiauntukmengesanasap• Honelektrikuntukmemberitahuorangramaitentangkebakaranyangberlaku

berdekatan

Pengesan asap paling biasa digunakan ialah pengesan fotoelectrik.

Sebab-sebab menggunakan pengesan asap

• Asapmerupakansebabutamakematiandalambanyakkebakaranmaut.Lebihramai orang mati akibat terhidu asap berbanding kelecuran

• Asapmengandungibanyakgasdanpartikelberacun.Iamenjejaskanpenglihatan,melemahkan daya membuat keputusan dan menyebabkan kekeliruan, asfiksia dan akhirnya maut

• Satu jumlah kecil karbon monoksida, salah satu bahan yang terhasil dalamkebakaran, sudah cukup untuk membunuh seseorang ketika beliau sedang tidur

• Memasang pengesan asap akan memberi amaran awal kebakaran kepadapenghuni sebelum asap menjadi tebal. Jika asap menebal, ia boleh menyebabkan penghuni sukar menyelamatkan diri

Memasang pengesan asap

• Anda disarankan supaya berunding dengan pemasang pengesan asapprofesional sebelum memasang pengesan asap

Penyenggaraan pengesan asap

• Uji pengesan asap anda secara tetap. Rujuk buku panduan bagi kekerapanyang disarankan

• Gunakanberuslembutdanmesinmembersihhampagasuntukmencucisemuasaluran pengesan asap setiap bulan. Vakumkan dengan lebih kerap jika habuk, kotoran dan minyak terkumpul dengan mudah

• Tukarbaterisetiaptahunatauapabilapengesanasapberbunyisetiapbeberapaminit, mengikut mana yang terdahulu

TIDAK

Page 25: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

46 47

c. Pemindahan

i. Keluar dari bangunan dengan segera. ii. Jangan gunakan lif. iii. Gunakan kain basah, jika boleh, untuk menutup mulut dan hidung anda

bagi mengelak daripada menyedut asap. iv. Tarik nafas pendek, rapatkan diri dengan lantai dan merangkak untuk

keluar. v. Gunakan bahagian belakang tangan anda untuk rasa bahagian bawah,

tengah dan atas pintu-pintu yang tertutup semasa pemindahan. Jika pintu panas, cari pintu keluar lain. Jika tidak, buka pintu perlahan-lahan..

vi. Jangan kembali ke bangunan kecuali diarahkan oleh pihak berkuasa.

JIKA ANDA TERLIHAT SATU KEBAKARAN

a. Beritahu orang ramai

i. Tarik perhatian orang ramai dengan menjerit. ii. Hidupkan penggera kebakaran dengan memecahkan kaca alat penggera

terdekat. iii. Hubungi 995 untuk SCDF dengan segera.

b. Berusaha memadamkan api

i. Jika kebakaran baru bermula atau kebakaran kecil, anda boleh memadamkannya menggunakan pemadam api atau gelendong hos. Lakukannya tanpa meletakkan diri anda dan orang lain dalam bahaya.

ii. Cara menggunakan gelendong hos 1. Buka injap gelendong hos (rujuk gambar di bawah) sebelum

mengeluarkan gelendong. 2. Tarik keluar hos. 3. Buka air pada bahagian muncung. 4. Halakan pancutan air ke arah dasar api. iii. Jika kebakaran di luar kawalan, tutup pintu bilik yang terbakar dan pindah

dengan segera.

Page 26: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

48 49

Pasukan Pengusung (Pasukan 4 orang)

• Prosedurlangkah-demi-langkah

a. Orang ke-4 ambil posisi bertentangan dengan 3 pengusung lain.

b. Pada isyarat yang diberikan, semua pengusung mengangkat mangsa

c. Kemudian, mereka akan menyokong mangsa di atas lutut mereka.

d. Dengan membiarkan tiga pengusung lain menyokong mangsa, pengusung ke-4 akan membawa usungan dan meletakkannya di bawah mangsa. Pada arahan yang diberikan, mangsa diturunkan perlahan-lahan ke atas usungan.

e. Pada arahan yang diberikan, pengusung-pengusung akan melangkah dengan kaki kiri dahulu.

Pengusung harus ingat:

• Pastikanusunganselaridenganpermukaantanah• Mengusungmangsadengankakinyamenghadapkedepan• Bawausungankemangsadanbukansebaliknya• Apabila menaiki tangga/cerun, arah pergerakan hendaklah diubah supaya

JIKA ANDA TERPERANGKAP DALAM SATU KEBAKARAN

• Jangancemas• Masukkedalambilikyangselamat,sebaik-baiknyayangmempunyaitingkap

terbuka, pengudaran baik dan berhadapan jalan raya• Tutppintudansumbatruangdibawahpintudengantualabasah• Menjeritmemintatolonguntukmenarikperhatianorangyanglalu-lalang,atau

hubungi 995 jika boleh• Janganmelompatkeluarbangunan

JIKA PAKAIAN ANDA TERBAKAR

Ikut langkah berikut:

a. Berhenti berlari dan kekal tenang.b. Rebahkan badan anda ke lantai dengan segera.c. Golekkan tubuh anda sambil menutup muka anda dengan tangan untuk

melemaskan api.

Jika anda nampak pakaian seseorang terbakar, suruh mangsa merebahkan tubuh ke lantai dengan segera, tutup dia dengan selimut dan tepuk dia dengan perlahan-lahan sehingga api dipadamkan.

PEMINDAHAN MANGSA

Pemindahan mangsa bergantung pada faktor-faktor berikut:

• Lokasimangsa• Keadaanmangsa• Jeniskecederaan• Saizdanberatbadanmangsa• Bilanganpenyelamat• Kelengkapanmenyelamatyangada

3 2 1 4

2 1 3 4

2 1 3

4

3 2 1 4

3 4 2 1

Page 27: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

50 51

kepala mangsa lebih tinggi daripada kakinyaUsungan buatan sendiri

Jika tiada usungan, anda boleh menggunakan bahan yang ada untuk membuat usungan.

• Selimut yang digulung • Selimut dengan 2 batang kayu

• Beberapa helai kemeja dengan 2 batang kayu

• Guni dengan 2 batang kayu

• Kaedah mengangkat menggunakan kerusi

Page 28: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

52 53

INSURANS

Kemalangan atau malapetaka tidak boleh dicegah atau diramal sepenuhnya. Jika harta benda anda musnah atau rosak, anda terpaksa menggunakan banyak wang simpanan anda untuk membaiki atau menggantikan harta benda anda dan kandungannya. Pilihan yang lebih murah untuk anda ialah membeli insurans yang akan melindungi anda daripada kerugian harta benda dan isi kandungannya.

Ada banyak jenis insurans, tetapi insurans yang paling sesuai untuk bangunan anda dan kandungannya adalah Insurans Kebakaran. Insurans ini bukan sahaja melindungi kerosakan akibat kebakaran, tetapi juga kerosakan yang disebabkan:

• Kilat• Letupanpemanasair• Tangkiairyangpecahataumelimpah• Kenderaandankapalterbang• Gempabumi,ributdanbanjir

Jika anda tidak dapat tinggal di rumah anda setelah ia rosak akibat kebakaran, insurans juga akan membayar perbelanjaan hotel atau penginapan anda. Sebagai alternatif lain, jika anda menyewakan rumah anda, anda boleh membeli premium untuk melindungi kerugian pendapatan sewa anda. Anda harus membayar lebih sedikit untuk premium sedemikian.

Anda hendaklah berunding dengan syarikat insurans anda untuk mengetahui insurans manakah yang sesuai untuk anda.

Pesanan ini disampaikan oleh:

Perihal General Insurance Association (Persatuan Insurans Am)

Ditubuhkan pada tahun 1965, General Insurance Association of Singapore (Persatuan Insurans Am Singapura) berusaha untuk menjadikan semua aspek insurans lebih mudah dan lebih efektif untuk pengguna, ejen dan syarikat insurans di Singapura. GIA membantu mengenal pasti tren baru dan memberi respons terhadap isu-isu yang menjejaskan industri Insurans Am. Ia berusaha untuk mempromosikan pertumbuhan dan pembangunan menyeluruh sektor Insurans Am di Singapura.

Untuk maklumat lanjut tentang Insurans Am, sila kunjungi laman internet GIA di www.gia.org.sg atau hantar e-mel kepada [email protected]

Module 4

Prosedur Darurat

Mo

dul

e 4

Page 29: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

54 55

KANDUNGAN HALAMAN

Kecemasan dalam keadaan aman ................................................... 57

- Kilat ................................................................................... 57

- Banjir ................................................................................ 58

- Gegaran bumi .................................................................... 59

- Tsunami ............................................................................. 61

- Gangguan bekalan elektrik ................................................ 62

- Tanah runtuh ...................................................................... 63

- Gempa bumi ...................................................................... 65

- Taufan dan ribut tropika .................................................... 67

Prosedur kecemasan semasa perang .............................................. 69

Beg persediaan ................................................................................ 71

Simpanan bekalan ........................................................................... 73

Tempat perlindungan ........................................................................ 74

Sistem Amaran Awam ...................................................................... 78

Langkah-langkah Pertahanan .......................................................... 79

Page 30: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

56 57

KECEMASAN DALAM KEADAAN AMAN

Kecemasan dalam keadaan aman adalah krisis semula jadi atau buatan manusia yang menjejaskan nyawa dan harta benda, contohnya, gangguan bekalan kuasa, gempa bumi dan banjir. Jika kita tahu apa yang perlu dilakukan semasa kecemasan yang sedemikian, kita boleh tingkatkan lagi peluang kita untuk terus hidup.

KILAT

Apabila berlaku ribut petir di kawasan anda, dapatkan perlindungan di dalam mana-mana bangunan atau kenderaan dan jauhi objek dan perkakas berlogam demi keselamatan anda.

Jika anda di dalam rumah

• Elakkan daripada bermandi. Sistem paip dan kelengkapan bilik mandi bolehmengalirkan arus elektrik

• Elakkandaripadamenggunakan telefonberwayar kecuali dalamkecemasan.Telefon tanpa wayar dan telefon bimbit selamat digunakan

• Cabutkesemuapalamperalatanelektronikdanelektriksepertikomputerdanpenghawa dingin. Peningkatan kuasa elektrik secara mendadak disebabkan kilat boleh merosakkan peralatan sebegini

Jika anda berada di luar rumah

• Jauhikawasantinggi• Elakkan daripada berada di kawasan lapang. Cari perlindungan di dalam

bangunan atau kenderaan. Jika ini tidak dapat dilakukan, cari perlindungan di bawah rumpun pohon-pohon kecil dan bongkokkan diri anda.

• Janganberdiridibawahobjekyangterasingatautinggi• Jikaandaberadadipantai,segeramenujuketepianpantai• Jika anda sedang berbasikal, menunggang motorsikal atau berada di dalam

kereta golf, sila turun dengan segera dan cari tempat perlindungan• Berpecahjikaandaberadadidalamkumpulan

Elakkan daripada melakukan berikut semasa kilat berlaku

• Menggunakanperalatanelektrikdanelektronik• Memegangobjeklogam• Berdiriberhampirandenganpagar,paipataususurlogam

Page 31: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

58 59

BANJIR

Hujan lebat dan ribut boleh menyebabkan banjir kilat di Singapura. Banjir kilat biasanya terjadi semasa musim monsun timur laut serta masa di antara monsun. Semasa musim monsun timur laut, hujan mungkin berlanjutan sehingga beberapa hari.

Jika anda berada di dalam rumah

• Jangansentuhperalataneletronikdanelektrikjikaandabasahatau berdiri di dalam air

• Apabilaairmemasukirumahanda,tutupbekalankuasautamatakut-takut berlakunya kejutan elektrik

• Jikaandaberadadibangunanrendah,kuncirumahandadanpindahkan barang-barang penting ke tingkat atas. Anda juga boleh melindungi barang-barang anda dengan meletakkannya di tempat tinggi

• Anda boleh meletakkan beg pasir di pintu masuk untukmenyekat air banjir

• Jikaandaperluberpindah,bawaBegPersediaanandabersamadan tutup bekalan air, elektrik dan gas utama

Jika anda berada di luar rumah

• Pejalankaki Sentiasa berjaga-jaga dan segera bergerak ke kawasan

tinggi. Jangan tunggu arahan untuk berpindah. Tunggu sehingga banjir surut

Berwaspada akan parit, terutama sekali parit terbuka dan kawasan-kawasan yang dikenali sebagai kawasan banjir kilat

Jangan mengharung air yang deras kerana air mengalir sedalam 15 sm juga boleh menyebabkan anda jatuh. Jika perlu, gunakan kayu untuk memeriksa keteguhan tanah di depan anda dan cuba berjalan di mana air tidak mengalir

Hubungi SCDF di talian 995 atau polis di talian 999 jika bantuan diperlukan

• Pemandukenderaan Jangan memandu melepasi perintang kerana ia dipasang demi

keselamatan anda Jangan memandu ke kawasan banjir. Jika air banjir naik di sekeliling

kereta anda, tinggalkan kereta anda dan bergerak menuju ke kawasan

tinggi jika anda boleh lakukannya dengan selamat. Air sedalam 30 sm boleh mematikan enjin kereta anda. Air sedalam 60 sm boleh melarikan kebanyakan kenderaan termasuk SUV.

Hubungi SCDF di talian 995 atau polis di talian 999 jika bantuan diperlukan

GEGARAN BUMI

Sehingga kini, gegaran bumi yang dirasai di Singapura semuanya berpunca daripada gempa bumi di sekitar rantau dan tiada rekod ombak besar yang menjejaskan Singapura. Bahagian Perkhidmatan Meteorologi, Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA), SDCF dan pihak polis akan mengambil tindakan segera sekiranya terdapat tanda-tanda pergerakan bumi yang boleh mengancam Singapura.

Bolehkah Singapura dilanda gempa bumi?

Singapura tidak berada di dalam lingkungan zon gempa bumi. Jalur gempa bumi yang terdekat ialah kira-kira 400-600 km di Sumatra. Walau bagaimana pun, gempa bumi yang kuat di Indonesia boleh menyebabkan getaran atau gegaran ke atas bangunan-bangunan di Singapura. Oleh kerana jarak tersebut, kemungkinan besar gegaran adalah lemah.

Bolehkah bangunan runtuh kerana gegaran?

Bangunan di Singapura telah direka bentuk dengan kekuatan tersedia dan tidak mungkin runtuh disebabkan gegaran yang berpunca daripada gempa bumi di tempat yang jauh. Sebagai langkah berjaga-jaga tambahan, jurutera daripada Building and Construction Authority (Pihak Berkuasa Bangunan dan Pembinaan) dan Housing Development Board (Lembaga Pembangunan Perumahan) akan memeriksa bangunan yang terjejas.

Jika anda berada di dalam rumah semasa gegaran berlaku

a. Bertenang. Jangan cemas. b. Jauhkan diri dari tingkap, rak pameran, lampu dan lain-lain kelengkapan yang

boleh jatuh dan mencederakan anda.c. Berlindung di bawah meja yang kukuh sehingga gegaran berhenti. d. Jangan cemas jika bekalan elektrik terputus atau sistem pemercik dan amaran

kebakaran diaktifkan. e. Jangan nyalakan sebarang api kerana bimbang kebocoran gas. f. Hubungi SCDF di talian 995 atau pihak polis di talian 999 jika berlaku kecemasan

perubatan.

Page 32: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

60 61

Jika anda berada di luar rumah semasa gegaran berlaku

• Jauhkandiridaribangunan,kabelelektriklaluanatas,pokok,papantandadanlain-lain binaan yang mungkin jatuh dan menyebabkan kecederaan

• Kekalberadadikawasanlapangsehinggagegaranberhenti• Jikaandamemandu,berhentidengansegeraapabilakeadaanselamat.Elakkan

daripada berhenti berhampiran atau di bawah pokok, bangunan, jambatan atau kabel elektrik laluan atas. Terus berada di dalam kenderaan anda

Apabila gegaran berhenti

a. Keluar dari bawah meja dan tutup semua perkakas gas dan elektrik.b. Jauhi diri anda daripada objek yang tergantung dan wayar elektrik yang rosak. c. Periksa bangunan anda untuk sebarang keretakan baru pada dinding, lantai,

tiang dan alang.d. Hubungi Pihak Berkuasa Bangunan dan Pembinaan di talian 63257191/63257393

(talian 24 jam untuk bangunan bukan HDB) atau Unit Khidmat Penyenggaraan Penting (EMSU) (talian 24 jam untuk bangunan HDB; nombor telefon bolehdidapati di luar lif di bangunan HDB) jika retakan ditemui.

e. Pemindahan hanya perlu jika terdapat tanda-tanda kecacatan struktur yang jelas dilihat (contohnya, retakan baru).

f. Jika anda perlu berpindah, pastikan semua lampu, perkakas elektrik dan gas dimatikan dan tutup semua paip air. Bawa bersama Beg Persediaan anda dan gunakan tangga, bukan lif.

g. Dapatkan perkembangan terkini di radio atau TV.h. Hubungi SCDF di talian 995 atau pihak polis di talian 999 sekiranya berlaku

kecemasan perubatan.

TSUNAMI

Tsunami adalah siri-siri gelombang besar, yang kadangkala mencapai ketinggian lebih 100 kaki (30.5 meter) yang melanda pantai. Gelombang-gelombang ini kebanyakannya disebabkan oleh gempa bumi dasar lautan yang kuat, tanah runtuh di lautan atau letusan gunung berapi. Semua tsunami berpotensi menjadi amat bahaya dan mengakibatkan kerosakan besar apabila ia melanda pantai.

Bolehkah Singapura terjejas oleh tsunami?

Risiko Singapura terjejas secara langsung oleh tsunami adalah sangat rendah disebabkan perlindungan yang disediakan oleh daratan luas di sekelilingnya seperti Semenanjung Malaysia di utara dan Borneo di timur. Namun, NEA telah melaksanakan satu sistem amaran awal bagi memantau dengan teliti kejadian tsunami.

Tanda-tanda amaran tsunami yang mendatang

• Gegaran bumi dan pergerakan permukaan bumi di pantai atau berhampirandengan laut

• Garispesisirpantaidanparaslautsurutsecaramendadak,kadangkalasejauhsatu kilometer atau lebih

Jika anda berhadapan dengan tsunami

• Sebaik sahaja anda mengalami salah satu atau kedua-dua tanda amarankedatangantsunami,larikekawasantinggidengansegera;janganmenghampirikawasan pantai untuk menyiasat atau menunggu amaran tsunami diberikan

• Jikaandadinasihatkansupayaberpindah,lakukannyadengansegera• Janganterusberadadibangunanrendahdikawasanpantai• Berpindah dengan segera ke kawasan lebih tinggi; jika tidak sempat

melakukannya, dapatkan perlindungan di tingkat atas bangunan tinggi dan bangunan konkrit bertetulang

• Jikaandaberadadidalambotataukapalyangjauhdaripantai,berpindahkekawasanairyanglebihdalam;jikaandaberadaberhampiranjeti,lebihselamatuntuk meninggalkan kapal di sana dan berpindah ke kawasan lebih tinggi

• Jangananggapkeadaantelahselamatuntukkeluarketempatterbukaselepasgelombang pertama kerana mungkin berlaku gelombang-gelombang berikut

Page 33: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

62 63

GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK

Anda disyorkan supaya menyimpan lampu suluh, radio dan bateri tambahan di dalam Beg Persediaan anda sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik. Mancis dan lilin tidak digalakkan kerana ia mungkin sukar untuk dikendalikan tanpa pencahayaan yang mencukupi. Oleh itu, Beg Persediaan hendaklah disimpan di tempat yang mudah dicapai meskipun di dalam gelap.

Apabila gangguan bekalan elektrik berlaku

• KeluarkanBegPersediaananda,pasangkan lampusuluh dan buka radio untuk maklumat keadaan terkini

• Jika ada orang terperangkap di dalam lif semasagangguan bekalan elektrik:

Jangan hubungi 995 atau 999 melainkan ada situasi mengancam nyawa atau keperluan untuk perkhidmatan ambulans

Hubungi Unit Khidmat Penyelenggaraan Penting untuk bantuan (talian 24 jam untuk bangunan HDB; nombor telefon boleh didapati di luar lif di bangunanHDB)

Hubungi pihak pengurusan atau pejabat keselamatan untuk bangunan bukan HDB

Jangan cuba menyelamatkan mangsa sendiri • Jikaandaterperangkapdidalamlif,bertenang,tekan

butangkecemasandantungguuntukbantuantiba;jangan cuba membuka pintu lif secara paksa

• Jika anda berada di jalan raya dan lampu jalanterpadam, pastikan lampu kereta anda terpasang pada setiap masa dan memandu dengan perlahan

TANAH RUNTUH

Tanah runtuh biasanya didahului oleh ketidaksekataan dalam profil cerun. Jika anda perasan sebarang tanda kegagalan cerun yang disenaraikan di bawah, anda disyorkan suapaya mendapatkan khidmat jurutera profesional untuk memeriksa, menilai dan mencadangkan penyelesaian untuk membetulkan masalah tersebut.

Tanda-tanda kegagalan cerun

• Retakanbarudanbonjolatausalahjajaranbumi• Pokok,pagardantiangutiliticondongdisepanjang

cerun• Pengumpulanairdibelakangdindingpenahanatau

air memasuki permukaan tanah di lokasi baru• Hakisan atau tumbuhan dan bahagian atas tanah

dihanyutkan di kawasan cerun• Pergolakanpermukaanpadaatauberhampirankakicerun

Apabila tanah runtuh dan runtuhan berlaku

• Jikaselamatmelakukannya,matikansemuabekalangas,elektrikdanairkeranaia boleh menyebabkan kerosakan tambahan

• Maklumkanjirananda• DapatkanBegPersediaanandadanberpindahdengansegerajikakeselamatan

mengizinkan;berpindahdarilaluantanahruntuh• Jika anda tidak dapat melarikan diri, bulatkan diri anda dan lindungi kepala

anda• Jika anda memandu, sentiasa berhati-hati dan

perhatikan turapan yang runtuh, lumpur, batu yang jatuh dan lain-lain tanda aliran runtuhan yang berpotensi

• Jikaandaatauoranglainterperangkap,hubungi995untuk SCDF jika boleh dan dapatkan situasi tanah runtuh yang terkini di radio atau televisyen. Tunggu misi menyelamat dan bertenang serta berjaga-jaga

Selepas tanah runtuh

Page 34: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

64 65

GEMPA BUMI

Semasa gempa bumi, kebanyakan kecederaan berlaku apabila orang ramai melarikan diri atau bergerak di sekitar bangunan ketika bumi masih bergegar. Malah, dinding yang runtuh, kaca yang berterbangan dan objek yang jatuh adalah penyebab utama kecederaan dan kematian semasa gempa bumi. Walaupun Singapura tidak pernah mengalami gempa bumi, adalah penting bagi anda mematuhi garis panduan di bawah bagi meningkatkan peluang anda untuk terus hidup sekiranya anda menghadapi gempa bumi di luar negara.

Jika anda berada di kawasan dalaman

a. Apabila gegaran bermula, rebahkan diri ke bawah dan berlindung di bawah meja atau perabotyangkukuhdengansegera;kekaldi bawah sehingga gegaran berakhir.

b. Jika tiada perabot yang boleh dijadikan tempat berlindung, pindah ke tempat selamat berhampiran (contohnya, sudut dalaman bangunan atau dinding sebelah dalam jauh dari tingkap, rak bersangkut atau apa-apa yang boleh menghempap dan mencederakan anda) dan mendekam sambil melindungi muka dan kepala anda dengan lengan anda

c. Tinggal di dalam rumah atau bangunan sehingga gegaran berhenti dan anda pasti keadaan selamat untuk keluar; jika andamesti meninggalkan bangunan selepas gegaran berhenti, jangan gunakan lif sekiranya berlaku gempa susulan, gangguan bekalan elektrik atau lain-lain kerosakan.

Jika anda berada di lokasi luar

• Kurangkanpergerakanandadanjauhidaribangunan, lampujalandanwayarutiliti

• Tinggalditempatterbukasehinggagegaranberhenti• Jikaandamemandu: Berhenti sebaik sahaja keselamatan mengizinkan dan jauhi dari bangunan,

pokok, jejantas dan kabel elektrik Tinggal di dalam kenderaan dan dengar radio untuk perkembangan situasi

terkini

• Jauhidarikawasan,strukturbangunandankabelelektrik yang terjejas kerana tanah runtuh mungkin berlaku lagi

• Arahkan penyelamat ke lokasi mangsa yangcedera dan terperangkap berhampiran kawasan yang terjejas; jangan memasuki kawasan yangberbahaya

• HubungiSCDFditalian995danPolisditalian999untuk melaporkan sebarang kecemasan

• Dapatkan kebenaran dan patuhi arahan daripada pihak berkuasa berkenaansebelum kembali ke rumah yang terjejas

• Laporkankecacatanstrukturkepada: Pihak Berkuasa Bangunan dan Pembinaan di 63257191/63257393 (talian

24 jam untuk bangunan bukan HDB) UnitKhidmatPenyenggaraanPenting(talian24jamuntukbangunanHDB;

nombor telefon boleh didapati di luar lif di bangunan HDB)• Dapatkanmaklumatsituasiterkinimelaluiradioatautelevisyen• Tanam semula permukaan yang rosak secepat mungkin bagi mengurangkan

risiko banjir kilat dan tanah runtuh yang berulang

Mendekam di tempat selamat sambil melindungi muka dan kepala anda.

Jangan gunakan lif kerana ia mungkin rosak disebabkan gempa bumi

Page 35: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

66 67

Apabila gempa bumi berhenti

• Jangkakangempasusulanpadabila-bilamasadaribeberapa jamkemudiansehinggakebeberapabulanselepasgelombangkejutanpermulaan;setiapkalianda merasakannya, membongkok ke bawah di tepi dinding bahagian dalam

atau di sudut dalaman dan lindungi muka dan kepala anda dengan lengan anda• Lakukanpemeriksaanpantasdikawasanandauntukkerosakandanpastikan

setiap orang berpindah jika terdapat kecacatan struktur yang boleh dilihat• Bantu orang yang tercedera dan terperangkap, jika perlu, dan hubungi

nombor perkhidmatan kecemasan setempat bagi mendapatkan bantuan dan mengarahkan penyelamat kepada mereka

• Jika boleh, tutup sumber gas dan elektrik dan berjaga-jaga terhadap baukebocoran gas, tumpahan bahan kimia dan cecair mudah terbakar

• Perhatikantanda-tandakebakaran;jikabolehpadamkankebakaranyangkecil• Berhati-hati terhadaptalianelektrikyangtumbangataupaipgasyangpecah

dan jauhi dari kawasan dan bangunan yang rosak • Ikutiperkembanganmelaluiradio• Jikaandaterperangkapdibawahpuingatauruntuhan,rujukpadahalaman97

untuk meningkatkan peluang anda untuk terus hidup

TAUFAN DAN RIBUT TROPIKA

Elakkan daripada mengembara ke luar negara semasa musim taufan di negara destinasi anda, jika ada. Anda disyorkan supaya mendapatkan status terkini laporan cuaca negara terbabit bagi mengelakkan daripada terperangkap dalam taufan atau ribut tropika semasa berada di luar. Anda juga mungkin perlu menyimpan makanan dan air sekiranya anda terperangkap di dalam bangunan akibat ribut.

Apabila taufan atau ribut tropika melanda kawasan anda

• Berpindah jikadiarahkanolehpihakberkuasa tempatan; jika tidak,dapatkanperlindungan di dalam rumah atau bangunan dengan segera

• Ikatataupindahkanbarang-barangdiluarsepertimainan,basikal,pasubungadan objek berat ke dalam pangsapuri dan jauh dari tingkap

• Tutup semua pintu dan tingkap; labuhkan langsir menutupi tingkap bagimengurangkan serpihan kaca daripada berterbangan masuk sekiranya tingkap pecah

• Jika tingkap pecah, letakkan tilam pada bahagian tingkap yang pecah dansandarkan perabot yang berat padanya

• Dapatkanlampusuluhdankitbantuankecemasansebagaipersediaanuntuksebarang gangguan bekalan elektrik dan kecederaan disebabkan oleh ribut

Jangan bergerak ke sekeliling semasa bumi masih bergegar

Page 36: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

68 69

• Setkanpetisejukbekuandakesuhuterendahuntukmeminimalkankerosakanmakanan sekiranya bekalan elektrik terputus

• Ikutiperkembanganterikinimelaluiradiomudahalih• Jika boleh, periksa jika ada bahaya kebakaran, elektrik dan gas di dalam

pangsapuri semasa ribut• Jika ribut semakin buruk, berpindah ke kawasan di dalam pangsapuri yang

paling kurang terdedah pada tingkap berkaca dan baring atau berlindung di bawah meja

• Jangankeluarapabilaributkelihatantelahberhenti;iamungkinbertiupsemulaselepas tempoh tenang yang pendek

• Apabilaributdiisytiharkanberakhir,periksakacayangpecah,pokoktumbang,kabel elektrik yang rosak dan bahaya-bahaya lain di kawasan anda

• Hubungiambulansdikawasanandajikaterdapatkeskecederaanyangteruk

PROSEDUR KECEMASAN SEMASA PERANG

Apabila bencana menimpa, rutin kehidupan harian akan terganggu dan barangan keperluan serta perkhidmatan asas mungkin sukar didapati. Apabila keadaan itu terjadi, prosedur kecemasan akan dilaksanakan bagi membantu anda mendapatkan bekalan asas supaya kehidupan dapat diteruskan seperti biasa. Namun, peluang anda untuk terus hidup boleh terjejas teruk jika anda tidak biasa dengan prosedur ini. Ambillah peluang ini untuk mempelajari prosedur ini secara praktikal apabila SCDF dan lain-lain agensi pemerintah menjalankan Latihan Kecemasan di kawasan anda.

Catuan air

Apabila bekalan air terganggu, tempat pengagihan akan dididirikan di tempat berdekatan dengan kediaman anda. Anda perlu membawa bekas anda sendiri (contohnya baldi dan botol) ke tempat pengagihan berhampiran dan mengambil air dengan cara yang teratur.

Catuan makanan

a. Anda akan menerima Surat Pemberitahuan, yang memperincikan tentang pengambilan makanan termasuk di mana, bila dan bagaimana untuk mengambil makanan.

b. Bawa bersama dokument pengenalan anda (contohnya NRIC) untuk pendaftaran dan pengambilan.

Catuan minyak

a. Anda akan menerima Kad Pemberitahuan. b. Bawa kad tersebut bersama dokumen pengenalan anda (contohnya NRIC) ke

Pusat Pengambilan yang ditentukan.c. Ambil kupon catuan minyak anda. d. Gunakan kupon catuan minyak untuk membeli minyak.

Page 37: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

70 71

BEG PERSEDIAAN

Beg Persediaan mengandungi barang-barang penting yang akan membantu anda semasa kecemasan. Anda perlu membawanya bersama jika anda diarahkan berpindah dari rumah anda atau ia boleh dibawa ke tempat perlindungan keluarga anda jika perlu. Setiap ahli keluarga anda perlu tahu di mana Beg Persediaan disimpan dan anda disyorkan supaya menyimpan Beg Persediaan di tempat yang mudah dicapai meskipun dalam keadaan gelap (cth. semasa bekalan elektrik terputus).

Beg Persediaan hendaklah mengandungi barang-barang berikut:

Barang-barang penting Kegunaan

Lampu suluh tanpa bateri Jika berlaku gangguan bekalan elektrik dan apabila pemindahan berlaku dalam keadaan gelap.

Bateri Untukbekalankuasalampusuluhdanradio;bungkus bateri tambahan dan jangan pasang bateri ke dalam alat hingga diperlukan, kerana membiarkannya dalam alat tersebut boleh menyebabkan kebocoran.

Ubat-ubatan peribadi yang penting Untuk sebarang keadaan perubatan yang sedia ada bagi anda dan keluarga anda, cth. asma, masalah jantung dsb.

Fail kalis air yang mengandungi salinan dokumen penting cth. kad pengenalan, pasport, polisi insurans

Untuk tujuan pentadbiran jika dokumen asal musnah dalam kebakaran.

Buku Panduan Kecemasan Pertahanan Awam

Sebagai rujukan mengenai bantuan kecemasan dan prosedur pertahanan awam.

Radio transistor tanpa bateri Untuk mengikuti perkembangan siaran kecemasan

Wisel Digunakan untuk meminta bantuan atau memberiamarankepadaoranglain;menjeritboleh memenatkan, tidak berkesan dan boleh menyebabkan anda tersedut asap dan habuk berbahaya dalam sesetengah kes

Pendermaan darah

Darah adalah amat penting untuk merawat pelbagai penyakit dan kecederaan, dan permintaannya dijangka meningkat dengan mendadak semasa waktu peperangan. Oleh itu, kami menggalakkan anda untuk menderma darah jika mampu. Apabila anda mendengar rayuan untuk menderma darah semasa peperangan, bawa bersama dokumen pengenalan diri (contohnya, NRIC) ke pusat menderma darah yang terdekat untuk pendaftaran dan seorang profesional perubatan akan melayan anda.

EMERGENCY

HANDBOOK

Page 38: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

72 73

Kit Bantuan Kecemasan Untuk merawat sebarang kecederaan semasa dalamperjalanan;satukitkecilmengandungibeberapa pembalut bantuan kecemasan, pengelap antiseptik, dan plaster sudah mencukupi

Bekalan penjagaan kanak-kanak dan barangan penjagaan khas lain

Untuk memenuhi keperluan khas dalam keluarga, cth. bayi

Barang-barang pilihan untuk Beg Persediaan

• Senaraikenalanperibadi,termasuknombortelefonahlikeluarga,tempatkerja,sekolah, dll

• Wangtunai,sebaiknyadalamdenominasikecil• Airbotoldanmakanankering• Sepasangpakaiantambahan,sepertiKemeja-Tdanseluarsukan• Bahanmenulis• Senarai nombor kecemasan, contohnya, 995, 999, nombor telefon syarikat

utiliti, insurans, dll

Perhatian

• Anda boleh menyediakan lebih daripada satu Beg Persediaan, contohnya,satubeguntuksetiapahlikeluarga;tentukanapayangpalingpraktikaluntukkeluarga anda

• JanganmasukkanbarangbesardanberatkedalamBegPersediaankeranaiaakan mengganggu pergerakan semasa kecemasan

• Periksatarikhluputbarangyangmudahrosakdidalambegdangantikannyaapabila perlu

• Gantikan bateri secara tetap dengan bateri baru kerana mungkin ada bateriyang bocor walaupun ia tidak digunakan dan tidak diletakkan di dalam alat

Beg Persediaan hendaklah mudah dialih dan tidak terlalu berat atau besar

SIMPANAN BEKALAN

Menyimpan bekalan makanan boleh membantu anda dan orang tersayang bertahan dalam waktu kecemasan. Semasa kecemasan, anda mungkin terpaksa tinggal di rumah untuk jangka masa yang lama atau mungkin berlaku kekurangan bekalan makanan.Tambah bekalan barang-barang secara rutin mengikut keperluan dan keutamaananda;gunadangantikanbarang-barangyangmenghampiritarikhluput.Kuantiti barang-barang seharusnya tahan untuk penggunaan dua minggu dan ia berbeza bergantung pada saiz keluarga anda.

Anggaran penggunaan makanan begi setiap orang selama dua minggu

Beras dan minyak • 4kgberas• 1botolminyakmasak

Makanan dalam tin • 14tinpelbagaijenissayur,daging,ikandankacang(kira-kira 400g setiap tin)

Makanan kering • 2paketpelbagaijenisbiskut(kira-kira210gsetiapsatu

• 15paketmisegera

Minuman • 1-2tinsusutepung(bergantungpadaumurkanak-kanak)

• 1paketgula(500g)• 1tinminumanmalt(kira-kira400g)

SUGAR

SUGARSUGAR

SUGAR

Page 39: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

74 75

PUSAT PERLINDUNGAN

Terdapat tiga jenis asas tempat perlindungan Pertahanan Awam.

Pusat perlindungan keluarga dan bertingkat

Pusat perlindungan keluarga merujuk kepada unit-unit kediaman individu, contohnya rumah-rumah pangsa HDB, manakala Tempat Perlindungan Bertingkat ialah versi pusat perlindungan keluarga yang lebih besar dan ia ditempatkan di satu kawasan umum pada setiap tingkat.Tangga kecemasan kebakaran juga boleh diubah suai dan digunakan sebagai tempat perlindungan dan dikenali sebagai pusat perlindungan bertingkat tangga.

• Menyediakanpusat perlindungan

Semasa kecemasan waktu peperangan, SCDF akan memaklumkan para penduduk supaya menyediakan pusat perlindungan keluarga untuk didiami dengan:

a. Menutup semua bekalan gas dan air sebelum menuju ke tempat perlindungan.

b. Menanggalkan semua lekapan dan rak sementara di dalam tempat perlindungan.

c. Membawa masuk Beg Persediaan anda dan barang-barang seperti air dan makanan semasa berada di tempat perlindungan.

d. Melengkapkan tempat perlindungan dengan sebuah telefon, televisyen dan radio.

e. Menutup dan menyumbat lubang-lubang pengudaraan.

• Sejuruspusat perlindungan disediakan

a. Bergerak dengan pantas dan dengan tenang ke dalam tempat perlindungan dan tutup pintu.

b. Jauhi dari pintu dan dinding tempat perlindungan dan jangan bersandar padanya.

EMERGENCY

HANDBOOK

WAT

ER

WAT

ER

c. Dengar radiountukmaklumatpenting yangdisiarkanolehSCDF; andaboleh meninggalkan tempat perlindungan sebaik sahaja isyarat “Aman” PWS kedengaran.

• Saluranpengudaraan

Selain daripada soket lampu, kuasa, telefon dan televisyen/radio yang disediakan di dalam Pusat Perlindungan Keluarga dan Bertingkat, terdapat dua saluran pengudaraan pada dindingnya.

Semasa waktu aman

o Biarkan sekurang-kurangnya 25% daripada saluran pengudaraan terbuka sekiranya terdapat seseorang terperangkap di dalam tempat perlindungan

Semasa kecemasan waktu peperangan

o Menggunakan perkakas-perkakas rumah, tutup kedua-dua saluran pengudaraan dengan ketat menggunakan kepingan keluli yang disediakanbagimemastikantempatperlindungankedapudara;ini akan melindungi anda sekeluarga daripada terhidu udara yang tercemar dari luar

o Dengan kedua-dua saluran pengudaraan ditutup ketat, anda boleh berlindung di dalam tempat perlindungan untukbeberapajam;tempohperlindungan sebenar bergantung kepada faktor-faktor seperti bilangan penghuni serta umur, jantina dan keadaan fizikal mereka

o Sekiranya terdapat keperluan untuk memanjangkan tempoh perlindungan atau menampung lebih ramai orang di dalam tempat perlindungan, SCDF akan memaklumkan kepada anda untuk melekapkan peralatan yang ditentukan pada saluran bagi meningkatkan pengudaraan

Page 40: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

76 77

Catatan

Bagi unit kediaman tanpa tempat perlindungan keluarga dan bertingkat, patuhi arahan SCDF yang akan diberikan pada masa itu untuk menyediakan tempat perlindungan buatan sendiri di dalam rumah anda menggunakan barang-barang dan perabot di dalam rumah yang ada. Tempat perlindungan buatan sendiri begini akan memberikan perlindungan terhadap serpihan puing dan kaca-kaca yang berterbangan.

Tempat perlindungan awam

Tempat Perlindungan Awam dibina di tempat-tempat seperti stesen MRT, di kolong blok HDB, sekolah, pusat komuniti dan bangunan pemerintah. Untuk mengenal pasti pusat perlindungan awam, cari tanda tempat perlindungan Pertahanan Awam. Senarai Tempat Perlindungan Awam dan lokasinya boleh didapati di www.scdf.gov.sg di bawah Building Professionals, CD Shelter.

• Apabilaandatiadadirumahdanandamendengarisyarat“Kecemasan”

a. Bergerak dengan pantas ke arah Tempat Perlindungan Awam yang terdekat tetapi jangan berasak-asak; sekiranya anda berada di dalamkenderaan, hentikan kenderaan di tepi jalan, kunci dan tuju ke tempat perlindungan yang terdekat.

Shelter

b. Jika anda tidak dapat mencari Tempat Perlindungan dalam masa beberapa minit selepas isyarat “Kecemasan” kedengaran, anda boleh mencari perlindungan di dalam terowong, laluan bawah tanah, tingkat bawah tanah, parit, salir pembentung dan longkang terbuka.

c. Ikut arahan-arahan yang diberikan oleh kakitangan SCDF. d. Jika anda bersama keluarga, bergerak sebagai satu unit untuk mengelakkan

kebimbangan dan membantu kanak-kanak serta golongan yang kurang upaya dan warga tua.

e. Jangan membawa barang yang besar dan bahan mudah terbakar ke dalam tempat perlindungan.

• Sebaiksahajaberadadidalamtempatperlindunganawam

Masuk menuju ke tengah tempat perlindungan dan jangan menghalang pintu masuk dan laluan

Duduk bersama sebagai satu kumpulan dan jangan merayau-rayau Jangan menyalakan api untuk memasak Berdiam diri dan dengar pengumuman radio dan televisyen yang dibuat

oleh SCDF Beritahu kakitangan SCDF jika anda berhadapan dengan sebarang

masalah

• MeninggalkanTempatPerlindunganAwam

Tinggalkan tempat perlindungan hanya apabila diarahkan oleh pihak berkuasa

Bergerak sebagai satu keluarga Bersabar;janganbetolakkandantergesa-gesa

Page 41: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

78 79

SISTEM AMARAN AWAM

Sistem Amaran Awam (PWS) ialah satu rangkaian siren yang diletakkan oleh SCDF di tempat-tempat strategik merentasi Singapura untuk memperingatkan orang awam tentang ancaman-ancaman yang boleh membahayakan nyawa dan harta benda. PWS akan digunakan untuk mengingatkan orang awam mengenai serangan ketenteraan dan malapetaka, sama ada semula jadi atau buatan manusia. Carta/rajah di bawah menunjukkan isyarat-isyarat berbeza dan apa yang perlu dilakukan apabila anda mendengarnya.

Isyarat Bagaimana bunyinya

Situasi Apayangperluandalakukan

Kecemasan Semboyan melaung

Terdapat serangan udara atau bahaya menghampiri

Berpindah ke tempat perlindungan dengan segera

Aman Semboyan berpanjangan

Ancaman sudah berakhir

Tinggalkan tempat perlindungan dengan cara teratur

Maklumat Penting

Semboyan bergetar

Siaran penting akan disiarkan melalui radio

Ikuti siaran stesen radio FM tempatan dengan segera

Perhatian

• UntukmendengarrakamanaudiopelbagaiisyaratPWS,hubungi18003677233• Isyarat “Maklumat Penting” yang dibunyikan pada jam 1205 tgh pada 15hb

Februari dan 15hb September setiap tahun adalah sempena memperingati Hari PertahananKeseluruhandanHariPertahananAwam;apabilaandamendengarisyarat yang berkenaan, sila ikuti siaran stesen-stesen radio FM tempatan untuk siaran penting dari SCDF

LANGKAH-LANGKAH PERTAHANAN

Mencegah kerosakan

Walaupun kita tidak boleh menghalang penggunaan senjata-senjata (contohnya bom dan pelancar lain) yang mengakibatkan kerosakan semasa waktu peperangan, terdapat langkah-langkah yang boleh kita ambil untuk mengurangkan kerosakan terhadap harta benda, seperti:

• Menguatkan semua permukaan kaca dengan pita bagi mengurangkankemusnahan

• Menanggalkansemuaobjekyangtergantungdidindingdanyangterdapatdibalkoni dan ambang tingkap

Page 42: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

80 81

Langkah-langkah Penggelapan

Walaupun tindakan memadamkan lampu keseluruhannya tidak boleh mencegah serangan udara atau pengeboman musuh, ia boleh mengurangkan keupayaan musuh untuk mengenal pasti sasaran-sasarannya. Langkah-langkah penggelapan lampu termasuk:

• Memadamkansemualampu-lampudibahagianluar• Menutupsemua lampudibahagiandalambangunanseperti tingkap-tingkap

dan pintu dengan langsir• Menutupi lampu kenderaan dengan pita hitam dan hanya meninggalkan

sebahagian kecil sahaja terdedah

Module 5

Pengganasan

Mo

dul

e 5

Page 43: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

82 83

KANDUNGAN HALAMAN

Ancaman kimia ................................................................................. 85

Ancaman biologi ............................................................................... 88

Anthrax ............................................................................................. 91

Ancaman bom .................................................................................. 92

Ancaman bom radioaktif .................................................................. 98

Perlindungan Dalaman ..................................................................... 101

Prosedur Dekontaminasi Bagi Mangsa Terjejas ............................... 104

Keselamatan Pengangkutan Awam ................................................. 106

Page 44: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

84 85

Ekoran peristiwa serangan 11 September, kemungkinan peranti CBRE (Kimia, Biologi, Radiologi dan Bahan Letupan) digunakan dalam serangan pengganas terhadap orang awam menjadi kebimbangan semua. Oleh itu, memahami dan mengetahui bentuk tindakan yang perlu diambil adalah penting dalam perjuangan kita menentang keganasan.

ANCAMAN KIMIA

Serangan agen kimia ialah pembebasan bahan-bahan kimia yang berbahaya dengan sengaja untuk membunuh, mencederakan dengan serius dan melumpuhkan orang ramai. Banyak agen-agen kimia boleh disebarkan dalam serangan melalui alat letupan yang diubahsuai, alat-alat semburan, senjata ketenteraan dan lain-lain cara. Agen sedemikian termasuk agen saraf, pelepuhan, darah dan mencekik.

Tanda-tanda kemungkinan terjadinya serangan agen kimia

• Terdapat ramai orang di dalam kawasan yang sama mempamerkan gejala-gejala seperti:

Mata berair atau penglihatan kabur

Sakit kepala atau kepeningan Sukar bernafas Kekeringan tekak, batuk atau

kerengsaan melampau pada saluran pernafasan

Rasa mual atau muntah Peliuran Sesak dada Kemerahan pada kulit serta kesakitan yang teruk dan pembentukan lepuh

apabila disentuh Renggutan otot, sawan dan kekejangan Inkontinens Tidak sedarkan diri

• Tigaorangataulebihrebahtanpasebarangsebab

• Banyakburungdanhaiwankecilmatiatausakitdikawasanterlibat

Page 45: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

86 87

Sekiranya berlaku serangan agen kimia

• Jikamungkin, tentukandengancepatkawasanyang terjejasataudarimanadatangnya pembebasan kimia

• Jikaseranganberlakudidalambangunan,tutupmulutdanhidungandadengankain lembab (contohnya tuala basah) dan kosongkan bangunan dengan segera tanpa melalui kawasan tercemar

• Jikaseranganberlakudiluardanandaterdedahkepadanya,tutupmulutdanhidung anda dengan kain dan beredar dari kawasan yang terjejas

• Cari perlindungan secepat mungkin dan laksanakan Perlindungan Dalaman;jangan berjalan ke arah angin kerana ia boleh membawa bersama bahan kimia berbahaya

• Jika anda berada di dalam kenderaan semasa serangan berlaku, tuju kerumah, pejabat atau bangunan awam dengan segera sekiranya berdekatan dan laksanakan Perlindungan Dalaman; jika tidak, laksanakan PerlindunganDalaman di dalam kenderaan anda.

• Jangantinggalkantempatperlindunganuntukmembantuoranglainsehinggapihak berkuasa mengatakan keadaan selamat untuk berbuat demikian

Sekiranya anda telah terdedah kepada agen kimia

Jika anda mengalami gejala luar biasa seperti yang disenaraikan pada ms 85, anda mungkin telah terdedah kepada agen kimia. Anda harus pergi ke kemudahan pembersihan yang terdekat. Jika tidak berkemungkinan:

a. Cari sumber air yang terdekat.

b. Tanggal dan potong pakaian tercemar yang biasanya ditanggalkan melalui kepala dengan segera untuk mengelakkan terkena mata, hidung dan mulut. Ikatkan pakaian tercemar itu ke dalam sebuah beg, jika ada, untuk pelupusan yang betul seperti diarahkan oleh pihak berkuasa.

c. Bilasdiriandadenganteliti;gunakansabunjikaada.

d. Jika boleh cari bantuan perubatan dengan segera.

e. Dail 995 untuk SCDF, beritahu kepada mereka bahawa anda mungkin telah terdedah kepada agen kimia serta lokasi anda.

f. Bertenang dan tunggu bantuan dari SCDF.

Sekiranya anda mengesyaki seseorang telah terdedah kepada agen kimia

• Jangancubauntukmemberikanpertolongancemaskepadaorangyangterlibat;anda boleh terjejas oleh bahan kimia tersebut dan turut menjadi seorang mangsa

• Beredardarikawasanterjejasdanhubungi995untukSCDF

Page 46: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

88 89

ANCAMAN BIOLOGI

Serangan agen biologi ialah pembebasan agen-agen biologi dengan sengaja dalam bentuk mikro-organisma hidup dan toksin-toksin biologi untuk membunuh atau melumpuhkan orang ramai. Agen sedemikian boleh dibebaskan ke dalam persekitaran oleh penyembur aerosol, makanan dan air serta pembawa jangkitan seperti nyamuk dan tikus. Beberapa agen biologi boleh berjangkit (contohnya cacar).

Tanda-tanda kemungkinan berlakunya serangan agen biologi

Serangan agen biologi tidak segera ditunjukkan dengan jelas kerana terdapat tempoh inkubasi di mana kesan-kesan agen tidak dapat dilihat. Anda perlu mencari:

• Bahan-bahan berserbuk atau seperti gel yang luar biasa dan barang-barangyang mencurigakan

• Laporanmengenaitrendpenyakit-penyakitluarbiasadidalamkomuniti

• Ramaiorangsakitmendapatkanrawatanperubatan

Sekiranya berlaku serangan agen biologi

Disebabkan kesan-kesan terpendam agen-agen biologi, ia mengambil masa untuk mengenal pasti dan mengesahkan serangannya. Akibatnya, pegawai-pegawai kesihatan awam tidak dapat menyediakan maklumat ke atas tindakan segera yang perlu diambil bagi menentang serangan agen biologi. Anda disarankan mengambil langkah berjaga-jaga seperti berikut:

• Mengamalkan kebersihan diri dan kebersihan yang baik untuk mengelakkanpenyebaran kuman-kuman

• Memantau berita dengan teliti untuk maklumat lanjut mengenai gejala-gejalaagen biologi dan di mana untuk mendapatkan bantuan perubatan kecemasan sekiranya anda terjejas

• Jangan mengandaikan sebarang penyakit atau gejala-gejala yang didapatiadalah akibat kecemasan biologi yang diisytiharkan kerana terdapat banyak penyakitbiasayangmempunyaigejala-gejalayangsama;andadinasihatkanmendapatkan nasihat perubatan jika kurang pasti

Anti-bacterialHandsoap

HandSanitizer

Page 47: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

90 91

Jika anda telah terdedah kepada agen biologi

• Andamungkintidakmengalamisebaranggejaladenganjelas,tetapiandaharusmengenal pasti segera di mana pelepasan biologi yang disyaki dilepaskan, jika boleh, dan beredar dengan serta merta

• Tutuphidungdanmulutandadengansehelaikainlembapsemasaberedardaripunca kawasan

• Jika anda berada di dalam bangunan, maklumkan kepada pengurusanbangunan dan hubungi 999 untuk melaporkan bahawa anda telah terdedah kepadaagenbiologi;tinggalkannombortelefonsekiranyaandaperludihubungi

• Secepatmungkin,mandidengantelitimenggunakanairdansabundantukarkankepada pakaian bersih; ikatkan pakaian yang tercemar ke dalam beg untukdilupuskan dengan betul seperti mana yang diarahkan oleh pihak berkuasa

• Jikaandaatauahlikeluargaanda jatuhsakit,dapatkannasihatperubatandihospital yang dipilih oleh pihak berkuasa

Jika anda fikir seseorang telah terdedah kepada agen biologi

• Andabolehmembantumangsajikaandamempunyaiperlindunganpernafasanyang memadai (contohnya topeng N-95); sebaliknya, jauhi daripada orangterbabit dan elakkan sentuhan secara langsung

• Hubungi995untukbantuandaripadaSCDFatau999untukPolis

ANTHRAX

Anthrax ialah satu penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan ianya dalam bentuk serbuk. Walaupun tidak berjangkit, ia merupakan ancaman kepada keselamatan awam. Di Singapura, SCDF, Polis, Kementerian Kesihatan dan Pos Singapura telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk menangani ancaman ini.

Jika anda mengesyaki bahawa sesuatu artikel mengandungi anthrax

a. Hubungi995atau999untukbantuandaripadaSCDFatauPolis;maklumkankepada kakitangan keselamatan dan/atau pengurusan keselamatan jika anda berada di dalam bangunan.

b. Jangan memegang artikel secara langsung, menghidu atau mendedahkan kandungannya, atau mencuba untuk membersihkan kandungan yang tertumpah, jika ada.

c. Jika artikel telah dibuka, tutup kandungan yang terdedah atau tertumpah dengan penutup plastik, kain, kertas atau tong sampah dengan segera; jangan alihkanpenutup tersebut sehingga pihak berkuasa sampai.

d. Tutup semua unit kipas dan pengudaraan di dalam kawasan yang terlibat.

e. Tinggalkan bilik dan tutup pintu atau sekat kawasan tersebut untuk menghalang daripada dimasuki.

f. Pergi ke tandas atau tempat membasuh dan basuh tangan dan mana-mana kulit yang terdedah dengan sabun dan air.

g. Tanggalkan semua pakaian dengan secepat mungkin (lihat ms 87, Langkah b) mandidengantelitimenggunakansabundanairsertatukarkanpakaianbaru;jangan menggunakan peluntur atau bahan penyahjangkitan yang kuat pada kulit anda.

Page 48: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

92 93

h. Pakaian yang mungkin terdedah kepada anthrax perlu diikat ke dalam sebuah beg plastik dan dilupuskan dengan betul menurut garis panduan yang diberikan oleh pihak berkuasa.

i. Sediakan senarai nama dan nombor telefon semua orang yang berada di sekitar artikel yang mencurigakan dan serahkannya kepada Polis untuk siasatan lanjut.

ANCAMAN BOM

Ancaman bom biasanya ancaman secara lisan atau bertulis untuk meletupkan bahan letupan atau peranti pembakar dan mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda. Peranti mungkin wujud atau mungkin tidak.

Jika anda melihat artikel yang mencurigakan atau bom yang belum diletupkan

a. Hubungi999dengansegeradanlaporkannyakepadaPolis;sediakanbutiranseperti bentuk, saiz, warna dan lokasi bom yang disyaki.

b. Jangan sentuh atau mengalih bom yang disyaki.

c. Jauhi daripadanya dan beri amaran kepada orang ramai di kawasan tersebut supaya menjauhi diri mereka daripada bom yang disyaki.

d. Untuk prosedur pemindahan, rujuk ms 96.

Jika anda menerima ancaman bom melalui telefon

a. Jangan cemas, dan jika boleh, berikan isyarat kepada seseorang berdekatan untuk membuat laporan Polis dan seseorang lagi untuk memberitahu kakitangan/pengurusan bangunan secepat mungkin.

b. Biarkan pemanggil berbual selama yang mungkin untuk melengahkan masa dan catatkan perkataan tepat yang digunakannya dalam ancaman.

c. Cuba dapatkan daripada pemanggil: Bilakah bom itu akan meletup Di manakah bom itu diletakkan Apakah jenis dan bagaimanakah rupa bom itu Apakah yang mencetuskan letupan bom itu Jika dia meletakkan bom itu sendiri dan mengapa Apakah pesanan yang cuba disampaikan dan kepada siapa Nama dan lokasi terkini

d. Perhatikan bagaimana suara pemanggil, contohnya: Ciri-ciri suara pemanggil, contohnya, sama ada suara lelaki, wanita atau

kanak-kanak, umur yang berkemungkinan dan lain-lain Bahasa dan loghat yang digunakan Artikulasi, contohnya pemanggil bertutur dengan lancar atau gagap Nada suara, contohnya, beremosi, marah atau tenang Bunyi bising di belakang, contohnya, bunyi trafik, muzik, pengumuman

dan lain-lain

e. Jangan menimbulkan kemarahan atau menghina pemanggil dengan apa cara sekalipun.

f. Jangan menyebarkan khabar angin.

Page 49: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

94 95

Sekiranya berlaku letupan

• Jikaandatercedera:

Jangan gunakan telefon bimbit anda untuk memanggil bantuan kerana ia boleh mencetuskan letupan kedua; gunakanwisel atau menjerit untuk menarik perhatian penyelamat

Jika anda mampu berpindah, beredar dari kawasan yang terjejas. Jika anda terperangkap, rujuk ms 97

Jangan terlalu banyak bergerak kerana anda mungkin memburukkan kecederaan anda

• Jikaandatidakberadadikawasanyangterjejas,jauhidarikawasanletupandanjangandail995atau999melainkanandaberhadapandengankecemasan;ikutiperkembangan terkini melalui radio atau televisyen

• Selepasberlakunyaletupan,berhati-hatiterhadapbahayaletupanseperti:

Struktur-struktur, dinding, galang, tiang yang rosak dan kepingan-kepingan tergantung

Lubang-lubang dalam tanah

Serpihan tajam dan kaca pecah

Asap, kebakaran dan wasap toksik

Kebocoran air dan gas disebabkan kerosakan paip utiliti dan terdedah kepada kabel-kabel elektrik hidup

Alat-alat bom sekunder yang berpotensi

• Memastikankeselamatansendirisebelummembantuyanglain

• Jika keselamatan mengizinkan dan anda adalah pembantu pertolongankecemasan terlatih, rawat mangsa di mana mereka berada sehingga ketibaan penggerak balas kecemasan

• Jika anda tidak terlatih dalam pertolongon cemas, beredar dari kawasanberbahaya;perhatikanlokasi-lokasimangsayangcederaparahdanmaklumkankepada para penyelamat untuk merawat mereka

Jika anda menerima surat atau bungkusan yang mencurigakan

a. Ia mungkin sebiji bom jika: • Bayaranposberlebihanberbandingberatnya • Terlalubanyakikatantaliataupitapelekatdigunakan • Bentuk,saizyangganjildanberasategar • Kesan-kesanminyakataukelunturanpadabahanpembungkus • Bauluarbiasayangberbausepertibadam • Kandunganberlogamdimanamenggoncangkanartikel tersebutsecara

perlahan-lahan akan menghasilkan bunyi metalik • Wayarataukerajangaluminumterkeluardaripadaartikeltersebut • Tulisantanganyangtidakdikenali • Hanyanamapenerimapadanyaatautandapembatasseperti“Peribadi”,

“Rahsia” dan “Untuk dibuka oleh penerima sahaja.”

b. Jangan cuba membuka surat atau bungkusan jika anda mengesyaki ia mengandungibahanletupan;kebanyakanbomdirekauntukmeletupapabilabungkusan luarnya dikoyak atau dipotong dan dibuka.

c. Jika anda tidak pasti asalnya artikel dan anda ada sebab mengesyakinya sebutir bom, laporkan kepada Polis secepat mungkin dengan menghubungi 999.

d. Letakkan surat atau bungkusan bom yang disyaki di sudut bilik jauh dari tingkap.

e. Kosongkan bilik dan bangunan jika perlu, sambil membiarkan semua pintu dan tingkap terbuka bagi mengurangkan kesan-kesan taburan kaca jika bom meletup.

f. Maklumkan pihak pengurusan bangunan dan kakitangan keselamatan dengan memberikan butiran jelas tentang lokasi surat atau bungkusan bom.

g. Nantikan arahan lanjut daripada pihak berkuasa.

Jangan menggunakan telefon bimbit anda berhampiran

dengan ancaman bom atau kawasan letupan.

Page 50: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

96 97

Pemindahan dari kawasan letupan

• Bertenangdanjangancemas

• Bawakeperluanasassahajadanberpindahdengancarateratur

• Jangan menggunakan lif kerana ia mungkin rosak; gunakan tangga tetapijangan biarkan pintu terbuka kerana ia akan membenarkan lebih banyak asap memasuki tangga

• Jangan berlari; berjalan dengan cepat dan bantu orang yang kurang upaya,kanak-kanak dan warga tua di sepanjang perjalanan itu

• Biarkan jalan dan lorong pejalan kaki kosong untuk kenderaan-kenderaankecemasan dan para penyelamat ketika keluar mencari mereka

• Janganmenggunakantelefonbimbit, radioatauperalatanelektronikdi tapakpengeboman kerana ia mungkin mencetuskan letupan tahap kedua

• Dengan secepat mungkin, biarkan orang yang dikasihi tahu bahawa andaselamat

• Janganmenyebarkankhabaranginmengenaikeadaanitu

• Janganmemasukibangunanyangstrukturnyatelahrosakolehletupan

• Tinggalkankawasantersebutdanbersuraisecepatmungkinsekiranyaberlakuserangan susulan; sekiranya serangan berlaku di tempat kerja, anda bolehmenerokai cara-cara alternatif dengan mengambil kira kakitangan, rakan sekerja, penyewa dan pelanggan anda

Jangan menghalang jalan-jalan dan lorong pejalan kaki ketika berpindah. Berikan laluan kepada kenderaan

kecemasan dan para penyelamat. Jangan memasuki bangunan yang telah rosak akibat letupan.

Jika anda terperangkap di bawah runtuhan

• Merangkakkebawahperabotyangkukuh(sepertimejaataukatil)yangakanmemberikan anda ruang untuk bernafas dan perlindungan daripada objek yang jatuh; jika itu mustahil, bersandar pada dinding dalaman yang tiada tingkapkaca atau rak terpasang dan cuba gunakan selimut, kotak dan lain-lain bahan yang sama untuk perlindungan daripada serpihan kaca dan piung kecil

• Jikaboleh,beralihdarikawasandanobjektidakstabil.Pakaisepasangkasutyang kukuh untuk melindungi kaki anda daripada kaca pecah

• Kekal di tempat anda jika anda berada di kawasan selamat; jangan cubamenggunakan tangga atau lif kerana anda akan mendedahkan diri anda kepada bahaya seperti puing yang jatuh, tangga yang rosak dan bekalan elektrik terputus di dalam lif

• Jangan pasangkan suis lampu atau nyalakan mancis, api dan dapur gasmelainkan anda pasti tiada kebocoran gas

• Bertenang,berjaga-jagadanjawabpanggilandaripadapenyelamat

• Janganmenjerit jikatidakperlukeranaandamungkinmenyedutjumlahdebuyang berbahaya lantas melemahkan diri anda

• Jika boleh, gunakan wisel, lampu suluh atau ketuk paip atau dinding untukmenarik perhatian penyelamat

• Jikaandaditindiholehpuing,gerakkanjari-jaridanjarikakiandasecaratetapuntuk menggalakkan peredaran darah dan mencegah darah beku

• Kuatkansemangatandadenganmemikirkanorangyangandasayangi

• Gunakanmakanandanairdaripadapetisejuk jika iaadaberhampirananda;berhati-hati akan kaca pecah dan lain-lain puing jika anda perlu makan dan minum daripada sumber terbuka dikelilingi puing

Page 51: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

98 99

ANCAMAN BOM KOTOR

Bom kotor menggunakan bahan letupan konvensional yang dimasukkan bersama bahan-bahan radioaktif. Apabila diletupkan, bahan-bahan radioaktif berbahaya akan berselerakan ke dalam udara, menyebabkan pencemaran radiologi ke atas kawasan yang luas.

Jenis-jenis radiasi

Bergantung pada jenis-jenis bahan radioaktif yang digunakan, kesan-kesan radiasi berion yang mungkin terhasil daripada letupan bom radioaktif boleh dikategorikan kepada tiga jenis utama:

• Radiasialfa Tidak menembusi kulit manusia Boleh memudaratkan kita dengan serius jika bahan-bahan yang

menghasilkan radiasi alfa disedut, ditelan atau diserap melalui luka terbuka

• Radiasibeta Boleh menembusi kulit manusia Boleh mengakibatkan kecederaan kulit jika pencemar beta pada kadar

yang tinggi dibiarkan pada kulit untuk jangka masa yang lama

• Radiasigamma Ia mempunyai radiasi elektromagnetik jarak panjang dan menembusi kulit

manusia serta memudaratkan sel manusia Ia boleh bergerak beberapa kaki di udara dan beberapa inci ke dalam tisu

manusia Kebanyakan bahan dan pakaian tidak dapat memberikan sebarang

perlindungan kepada kulit. Plumbum sangat berkesan dalam menyekat radiasi gamma

Kesan-kesan radiasi

Bergantung pada takat pendedahan terhadap radiasi, kesan-kesan boleh dikategorikan daripada tiada sebarang kesakitan hingga kesakitan radiasi seperti rasa loya, muntah, keradangan di bahagian terdedah dan kulit terbakar. Dalam sesetengah kes, mereka yang terdedah kepada radiasi boleh mengalami pertumbuhan sel barah yang tidak ketara sehingga beberapa tahun kemudian.

Menghadkan pendedahan radiasi

Anda boleh menghadkan jumlah radiasi yang anda didedahkan dengan kaedah berikut:

• Perlindungan- Dapatkan perlindungan di dalam bangunan dan lain-lain struktur yang akan melindungi anda daripada radiasi

• Jarak – Lebih jauh anda daripada letupan dan pencemaran radioaktif, lebihrendah pendedahan radiasi anda

• Masa –Kurangkanmasayangdihabiskandikawasanyangdicemariradioaktifuntuk mengurangkan jumlah pendedahan kepada radiasi.

Tanda-tanda kemungkinan serangan bom kotor

• Rupa dan letupan bom ini kelihatan dan kedengaran sama seperti letupankonvensional; dan mangsa-mangsa letupan sedemikian berkemungkinanmengalami kecederaan letupan termasuk luka kebakaran dan luka-luka serpihan

• Peralatankhasdiperlukanuntukmengesankehadiranbahanradioaktifdalamseranganbomini;jikatidak,iahampirmustahiluntukdibezakandenganletupanbom konvensional

Page 52: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

100 101

Sekiranya berlaku serangan bom kotor

• Jikaandaberadadiluardanletupan/radiasiberlakuberdekatan:

Tutup mulut dan hidung anda dengan tuala lembap dan jauhkan dari tempat berbahaya

Jangan berjalan ke arah angin kerana ia boleh membawa zarah-zarah radioaktif

• Jika anda berada di dalam rumah dan letupan/radiasi berlaku berhampirandengan bangunan:

Periksa dinding dan unsur-unsur bangunan untuk sebarang kerosakan Jika kawasan anda stabil, tunggu, tutup semua tingkap dan pintu dan

padamkan penghawa dingin dan sistem pengudaraan udara yang lain Jika ia tidak stabil, berpindah dari bangunan yang musnah dengan cara

yang sama sebagaimana anda berada di luar

• Jikaberlakuletupan/radiasididalambangunananda:

Tutup mulut dan hidung anda dengan sehelai kain lembap dan tinggalkan bangunan dengan segera

Jika anda telah terdedah, nantikan untuk didekontaminasi oleh kakitangan SCDF;sebaliknya,beredardarikawasanberbahayadanelakkanberjalanke arah angin kerana ia mungkin membawa zarah-zarah radioaktif

• Ikutisiaranradiotempatanatausalurantelevisyenuntuknasihatdaripadapihakberkuasa di mana anda boleh melaporkan diri untuk pemantauan radiasi dan ujianlainbagimenentukansekiranyaandatelahterdedahkepadaradiasi;andajuga turut diberikan nasihat mengenai langkah-langkah menjaga kesihatan

Selepas berlakunya letupan berdekatan, periksa sebarang kerosakan pada dinding dan elemen bangunan.

PERLINDUNGAN DALAMAN

Anda dikehendaki mematuhi Perlindungan Dalaman (IPP) apabila bahan-bahan berbahaya dibebaskan ke dalam persekitaran dengan sengaja atau sebaliknya. IPP digunakan untuk mengurangkan penyerapan bahan berbahaya ke dalam tempat kediaman, sekolah atau tempat kerja anda. Jika anda berada di luar semasa bahan berbahaya dibebaskan, dapatkan perlindungan dan laksanakan IPP dengan segera.

Bilik IPP

Menentukan sebuah bilik di kediaman anda untuk IPP sebelum berlakunya kecemasan adalah penting. Bilik itu sebaik-baiknya:

• Menawarkanbeberapaperlindungandaripadaletupan-letupanbiasa

• Cukup besar bagi menampung bilangan penghuni supaya udara di dalammampubertahanselamayangdiperlukan;IPPdijangkadigunakanhanyauntukbeberapa jam

• Mempunyaibeberapalubangdantingkapyangmemerlukanpenutupan

• Tiadaalatpenghawadinginyangdipasangpadadindingkeranaiasukaruntukdicapai dan ditutup dengan betul

• Dilengkapidenganbilikairdanbekalanair

Kit IPP

Anda juga harus menyediakan Kit IPP yang termasuk:

• Gulungan pita pelekat yang lebar (sepertipita masking)

• Beg-beg sampah atau kepingan plastikyang besar, diperkemaskan untuk menutup tingkap dan lubang-lubang di dalam bilik prapilihan IPP

• Radiodanbateri-bateritambahan

• Beberapapasanggunting

• Barangan penjagaan khas untuk memenuhi keperluan kumpulan tertentu(contohnya bayi dan ahli keluarga di dalam rawatan jangka panjang)

• Barang-barangpilihansepertilampusuluh,botolair(jikasekiranyatiadabekalanair di dalam bilik IPP) dan makanan kering (mencukupi sekurang-kurang untuk satu hidangan)

IPPTRASHBAG

(10 Packs)

Page 53: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

102 103

Prosedur IPP di sekolah dan di tempat kerja

Walaupun prosedur IPP untuk tempat kerja dan sekolah adalah sama seperti untuk di rumah, perancangan awal oleh pengurusan bangunan adalah penting dalam memastikan penyelarasan yang baik dan reaksi segera bagi bilangan penghuni yang ramai. Contoh garis panduan untuk mempersiapkan bangunan bukan kediaman untuk IPP boleh didapati di www.scdf.gov.sg di bawah Building Professionals, Publications and Circulars.

Prosedur IPP di dalam kenderaan

Jika anda sedang memandu semasa berlakunya pembebasan bahan berbahaya, pandu ke arah rumah, sekolah atau tempat kerja anda jika ianya berhampiran dan laksanakan prosedur IPP di sana. Jika sekiranya tidak boleh:

a. Tutuptingkapdanlubang-lubang;jikaboleh,tutuplubang-lubangsistemhawadingin dengan pita.

b. Beredar dari kawasan yang terjejas.c. Singgah di kawasan yang selamat dan tutup hidung serta mulut anda dengan

sehelai kain.d. Ikuti siaran radio untuk maklumat terkini tentang keadaan berkenaan dan

tunggu arahan selanjutnya.

Prosedur IPP di rumah

Terdapat tiga langkah mudah dalam melaksanakan prosedur IPP:

a. Berpindah

i. Bila arahan diberikan oleh pihak berkuasa untuk menjalankan IPP, anda harus bertenang, kumpulkan ahli keluarga dan haiwan peliharaan anda ke dalam rumah/bangunan.

ii. Tutup dan kunci semua pintu, tingkap dan lubang-lubang.

iii. Padamkan semua unit-unit pengudaraan dan sistem hawa dinginyangmembawamasukudaradariluar;kipasbilikbolehdipasangdengan kelajuan perlahan.

b. Jangan keluar

i. Ambil kit IPP anda dan tuju ke bilik yang ditentukan untuk IPP.

ii. Gunakan pita pelekat dan beg-beg sampah untuk menutup jurang jelas di sekitar tingkap, pintu, lubang dan rekahan lain;gunakan tuala basah untuk menutup jurang pintu.

iii. Jika sesiapa terjejas oleh bahan berbahaya, hubungi 995 untuk SCDF.

c. Ikuti siaran

i. Ikuti siaran radio atau televisyen untuk maklumat terkini mengenai situasi dan arahan daripada pihak berkuasa.

ii. Anda boleh tinggalkan bilik itu dan tanggalkan semua penutup apabila diarahkan oleh pihak berkuasa.

Lekatkan satu lapisan utama pita untuk menutup sebarang jurang yang jelas. Jika sempat, tutup beg sampah ke atas tingkap, lohong atau lubang untuk bertindak sebagai penghalang tambahan.

Tutup lubang-lubang sistem hawa dingin dengan pita, jika boleh.

Page 54: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

104 105

PROSEDUR DEKONTAMINASI

Sekiranya berlaku kejadian bahan berbahaya yang melibatkan bahan kimia, biologi atau radiologi, SCDF akan menyediakan kakitangan bagi kemudahan dekontaminasi di tempat kejadian untuk mendekontaminasikan orang-orang yang terjejas. Proses kritikal ini dapat menyelamatkan nyawa dan mencegah pencemaran silang. Proses dekontaminasi yang menyeluruh melibatkan langkah-langkah berikut:

a. Pendaftaran

i. Ambil beg untuk diisi barangan peribadi dan tuliskan nombor Kad Pengenalan / FIN anda padanya dengan penanda dakwat yang tidak larut.

ii. Letakkan barangan berharga anda di dalam beg, zipkan dan serahkan beg tersebut kepada kakitangan SCDF.

iii. Ambil satu beg sampah dan terus pergi ke bahagian pancuran.

b. Menanggalkan pakaian

i. Tanggalkan semua pakaian dan kasut, dan gunting pakaian tercemar yang biasanya ditanggalkan melalui kepala untuk mengelakkan sentuhandenganmata,hidungdanmulutanda;langkah-langkah sedemikian akan meluputkan sehingga 80% daripada pencemaran.

ii. Letakkan barang-barang tadi ke dalam beg sampah dan ikat beg itu dengan dawai pengikat yangdisediakan;buangbegtersebutkedalamtong sampah.

c. Mandi

i. Ambil span, lalu membongkok dan basuh rambut anda terlebih dahulu.

ii. Basahkan seluruh badan dan sapukan cecair pencuci bukan ionik yang disediakan; gosokbadan anda dengan menyeluruh, terutamanya di kawasan ketiak dan pangkal paha.

iii. Buangkan span yang dipakai ke dalam tong sampah dan mandi dengan sempurna selama 2 minit untuk membilas bahan pencuci.

d. Mengeringkan badan

i. Ambil tuala dan keringkan badan anda; buang tuala terpakai ke dalamtong sampah.

e. Memantau

i. Angkatkan tangan ke tepi untuk menjadikan bentuk T dengan badan anda;dengancaraini,kakitanganSCDFdapatmengimbasbadanandabagi sebarang kesan-kesan pencemaran yang masih ada.

ii. Jika sisa-sisa bahan cemar dikesan, anda perlu mengulang langkah c hingga e.

f. Mengenakanpakaian

i. Sebaik sahaja anda telah didekontaminasi, sarungkan jubah mandi dan kasut yang disediakan, kemudian berehat di kawasan tahanan sementara dan tunggu arahan selanjutnya daripada SCDF.

Page 55: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

106 107

KESELAMATAN PENGANGKUTAN AWAM

Sistem pengangkutan awam adalah sasaran mudah untuk pengganas-pengganas di mana kewaspadaan adalah penting. Jika anda melihat sesuatu atau seseorang yang mencurigakan, maklumkan kepada kapten bas, pengendali keretapi atau kakitangan keselamatan transit dengan segera. Sekiranya terdapat ancaman kepada nyawa atau kes-kes kecederaan, hubungi 999 untuk Polis dan 995 untuk SCDF.

Apabila mengosongkan keretapi atau bas

• Janganpanikjikamasalahberlakusemasakeretapiataubassedangbergerak,• Dengar pengumuman yang dibuat oleh kakitangan pengangkutan dan ikut

arahan-arahan dengan teliti• Utamakankeselamatanorangkurangupaya,kanak-kanakdanwargatua• Untukkeretaapi: Jangan buka pintu secara paksa dan cuba terjun dari keretapi Bergerak ke arah salah satu penghujung kereta api dan keluar dengan

cara teratur melalui pintu-pintu keluar kecemasan Semasa pemindahan, kuasa elektrik di landasan keretapi tidak akan

berfungsimakaandabolehberjalandiatasnyadenganselamat; lampukecemasan dan pengudaraan akan disediakan di dalam keretaapi dan terowong-terowong

Nombor-Nombor Penting

Use

ful T

elep

hone

N

umb

ers

Page 56: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

108 109

Nombor-Nombor Penting

Khidmat ambulans, kebakaran dan kecemasan 995

Khidmat ambulans bukan kecemasan 1777

Talian Laporan Bahaya Kebakaran 1800 280 0000

Pertanyaan Umum SCDF 1800 286 5555

Maklumat kecemasan SCDF(untuk maklumat mengenai prosedur kecemasan, PWS, tempat perlindungan dan panduan keselamatan diri)

1800 367 7233

Polis 999

Talian Penting Polis (untuk pertanyaan umum) 1800 255 0000

PUB, Agensi Air Kebangsaan (untuk hal-hal bekalan air)

1800 284 6600

SP Powergrid (untuk melaporkan gangguan bekalan elektrik)

1800 778 8888

City Gas (untuk melaporkan gangguan bekalan/kebocoran paip gas yang disyaki)

1800 752 1800

Pihak Berkuasa Bangunan dan Pembinaan (untuk melaporkan kecacatan struktur di dalam bangunan bukan HDB)

6325 7191 6325 7393

Unit Perkhidmatan Penyelenggaraan Penting HDB (EMSU)(untuk melaporkan gangguan bekalan elektrik dan kecacatanstrukturdidalambangunanHDB;nomborperkhidmatan untuk bangunan anda boleh didapati di lobi lif)

1800 275 5555 1800 325 8888 1800 354 3333

Page 57: Program Kesediaan Menghadapi Kecemasan Masyarakat

110