tahap pendengaran

5
Tahap pendengaran yang digunakan di Malaysia ialah mengikut ukuran tahap kehilangan pendengaran yang digunakan oleh Jabatan Audiologi dan Sains Pertuturan Hospital Universiti Kuala Lumpur (HUKM). Menurut HUKM terdapat lima tahap penilaian pendengaran iaitu normal, ringan, sederhana, teruk (severe) dan teruk (profound). Tahap pendengaran yang normal ialah 20dB ke bawah. Individu yang mempunyai pendengaran yang normal masih boleh mendengar semua bunyi. Tahap pendengaran yang kedua pula ialah 21dB – 45dB iaitu tahap ringan. Pendengaran individu tahap ini masih boleh mendengar bunyi yang perlahan dan juga bunyi yang tidak terlalu jauh. Tahap pendengaran seterusnya ialah 46dB – 70dB iaitu pendengaran pada tahap sederhana. Individu berpendengaran tahap sederhana ini boleh dengar bunyi pada jarak dalam 1 – 15 meter. Individu yang ingin bercakap dengan mereka perlu bercakap dengan suara yang kuat kerana mereka tidak dapat mendengar bunyi percakapan yang biasa. Tahap seterusnya ialah tahap pendengaran teruk (severe) iaitu 71dB – 90 dB. Individu ini juga tidak boleh mendengar bunyi percakapan yang normal. Mereka boleh mendengar bunyi yang kuat sahaja seperti bunyi letupan dan bunyi orang teriak. Mereka ini mempunyai masalah pertuturan yang sangat teruk kerana mereka tidak dapat mendengar apa yang dituturkan oleh orang lain dan apa yang dituturkan oleh mereka sendiri. Tahap yang terakhir ialah tahap pendengaran yang sangat

Upload: siti-norhazeah

Post on 13-Dec-2015

47 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

tahap pendengaran

TRANSCRIPT

Page 1: TAHAP PENDENGARAN

Tahap pendengaran yang digunakan di Malaysia ialah mengikut ukuran

tahap kehilangan pendengaran yang digunakan oleh Jabatan Audiologi dan

Sains Pertuturan Hospital Universiti Kuala Lumpur (HUKM). Menurut HUKM

terdapat lima tahap penilaian pendengaran iaitu normal, ringan, sederhana, teruk

(severe) dan teruk (profound).

Tahap pendengaran yang normal ialah 20dB ke bawah. Individu yang

mempunyai pendengaran yang normal masih boleh mendengar semua bunyi.

Tahap pendengaran yang kedua pula ialah 21dB – 45dB iaitu tahap ringan.

Pendengaran individu tahap ini masih boleh mendengar bunyi yang perlahan dan

juga bunyi yang tidak terlalu jauh. Tahap pendengaran seterusnya ialah 46dB –

70dB iaitu pendengaran pada tahap sederhana. Individu berpendengaran tahap

sederhana ini boleh dengar bunyi pada jarak dalam 1 – 15 meter. Individu yang

ingin bercakap dengan mereka perlu bercakap dengan suara yang kuat kerana

mereka tidak dapat mendengar bunyi percakapan yang biasa. Tahap seterusnya

ialah tahap pendengaran teruk (severe) iaitu 71dB – 90 dB. Individu ini juga tidak

boleh mendengar bunyi percakapan yang normal. Mereka boleh mendengar bunyi

yang kuat sahaja seperti bunyi letupan dan bunyi orang teriak. Mereka ini

mempunyai masalah pertuturan yang sangat teruk kerana mereka tidak dapat

mendengar apa yang dituturkan oleh orang lain dan apa yang dituturkan oleh

mereka sendiri. Tahap yang terakhir ialah tahap pendengaran yang sangat teruk

(profound) iaitu 90dB dan ke atas. Individu ini sangat sukar untuk mendengar

bunyi walaupun yang sangat kuat tidak seperti individu yang mempunyai masalah

pendengaran pada tahap 71dB – 90dB yang masih boleh mendengar bunyi yang

sangat kuat. Mereka bermasalah dalam pertuturan dan sukar untuk berinteraksi

secara lisan. Individu ini mempunyai kesemua masalah yang terdapat pada

individu-individu di atas.

Bagi mereka yang hilang pendengaran tahap ringan, mereka masih boleh

bertutur dengan jelas. Selain itu, mereka juga masih boleh bertutur seperti orang

normal yang mempunyai pendengaran pada tahap 20dB – 40dB.

Page 2: TAHAP PENDENGARAN

Sebelum menjelaskan tentang tahap pendengaran dan bacaan audiometri

responden saya, saya akan menjelaskan sedikit tentang cara membaca audometri

dan maklumat yang perlu ada dalam borang audiogram. Bacaan audiogram

adalah berdasarkan umur, jantina, usia dan juga keadaan bilik audiologi. Ini kerana

keempat-empat perkara tersebut mempengaruhi bacaan audiogram tahap

pendengaran seseorang individu itu.

Maklumat yang perlu ada dalam borang tersebut adalah seperti intensiti,

frekuensi, nilai had pendengaran, kod atau simbol bagi bacaan audiogram kedua-

dua belah telinga iaitu telinga kanan dan telinga kiri. Dua komponen penting

yang terdapat dalam graf ialah frekuensi dan intensiti. Setiap keputusan akan

ditulis berdasarkan bunyi iaitu dari bunyi paling halus dan perlahan sehingga ke

bunyi paling kuat.

Frekuensi dinilai dalam hertz (Hz) iaitu julat dari pic-rendah kepada pic-

tinggi. Frekuensi dinilai dari kiri ke kanan pada audiogram di mana setiap garis

menegak mewakili frekuensi yang berbeza. Frekuensi yang biasa digunakan ialah

250, 500, 1000, 2000, 4000 dan 8000Hz.

Intensiti pula dikira dalam decibel (dB) . Decibel ini berkaitan bagaimana

kuat dan halus bunyi tersebut. Setiap garis mendatar mewakili tahap intensiti

yang berbeza. Bunyi yang paling halus berada di paling atas carta dan paling

kuat berada di bawah. Setiap tanda mewakili bunyi yang mereka dapat dengar.

Bunyi yang paling halus ialah -10dB manakala bunyi yang paling kuat ialah

120dB.

Telinga kanan ditanda menggunakan simbol samada bulat atau segi tiga

dan menggunakan pen merah. Manakala telinga kiri ditanda dengan simbol “x”

atau segi empat. Seterusnya ialah pengkelasan darjah kehilangan pendengaran di

mana ianya dikelaskan dari normal hingga sangat teruk. Pengkelasan ini adalah

berdasarkan had pendengaran atau kehalusan yang didengar pada frekuensi

yang spesifik.

Page 3: TAHAP PENDENGARAN

Berikut adalah keputusan audiogram tersebut, pada frekuensi 125, intensiti

telinga kiri responden ialah 45dB, telinga kanan pula ialah 35dB. Frekuensi 250,

intensiti telinga kiri 30dB, kanan 35dB. Frekuensi 500, intensiti telinga kiri 35dB

manakala telinga kanan 30dB. Frekuensi 1000, intensiti kedua-dua telinga ialah

35dB. Frekuensi 2000, intensiti telinga kiri ialah 20dB manakala telinga kanan

25dB. Frekuensi 4000, intensiti telinga kiri ialah 30dB dan intensiti telinga kanan

ialah 45dB. Seterusnya yang terakhir ialah pada bacaan frekuensi 8000 dimana

intensiti telinga kiri ialah 10dB, manakala intensiti telinga kanan ialah 20dB.

Berdasarkan ujian tahap pendengaran yang telah saya jalankan kepada

responden, berikut merupakan keputusan yang telah saya dapat berdasarkan ujian

tersebut. Tahap kehilangan pendengaran ringan berlaku pada kedua-dua belah

telinga tetapi pendengaran beliau adalah normal dan masih boleh bertutur serta

mendengar seperti individu normal yang lain. Beliau tidak mempunyai sebarang

masalah bahasa dan juga masalah pertuturan kerana beliau masih boleh

mendengar pertuturan orang lain serta masih boleh mendengar apa yang

dituturkannya.

Keputusan tersebut bukanlah jawapan yang tepat tentang tahap

pendengaran responden kerana keadaan bilik ketika saya menjalankan ujian

tahap pendengaran tersebut bising dengan bunyi rakan-rakan serta bunyi alat

elektronik seperti penghawa dingin mengganggu fokus responden terhadap bunyi

yang sepatutnya didengarnya. Selain itu, ujian audiogram tidak membantu kita

mengetahui tahap kehilangan pendengaran kerana ianya tidak membuktikan

kehilangan pendengaran sebenar kerana pemeriksaan konduksi tulang tidak

dibuat dan kami tidak menyediakan maklumat tentang kebolehan untuk

memahami pertuturan.