tahaluf siyasi 2

Upload: jasmijaafar61849

Post on 02-Apr-2018

270 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    1/64

    TAHALUF SIYASISYARI

    DARI SUDUT

    PENGERTIANDAN

    HUKUM

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    2/64

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    3/64

    Tahaluf siyasi kerjasama

    politik.Asas hubungan confront dan damai. Kita

    lihat aspek confront.

    Kita adaptasi dari hubungan antara negera

    dengan negara.

    Guna dalam parti.

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    4/64

    Ulama memecahkan maksud tahaluf

    kepada dua komponen iaitu;

    1 : meminta bantuan dari orang kafir

    2 : orang Islam membantu orang kafir.

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    5/64

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    6/64

    Menurut Ahmad Rasyid (313), al-hilfu adalahtindakan imbal balas antara dua pihak. Satu

    pihak kita meminta tolong dari orang lain dan

    pada satu pihak yang lain kita menolongorang lain berdasarkan keperluan kita dan

    keperluan sekutu kita.

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    7/64

    HUKUM TAHALUF SIYASI

    Para ulama haraki khususnya berbeza pandangan

    mengenai hukum melakukan kerjasama dengan

    gerakan yang tidak bermatlamatkan perjuangan Islam.

    Sheikh Muhammad Qutb dan al-Syeikh al-Imam Abu

    Nasr Muhammad bin Abdullah HARAM

    Dr Yusuf al-Qaradhawi , Dr Mustoffa al-Tohhan , al-

    Syeikh Muhammad Ahmad al-Rasyid , Doktor Solah al-

    Showi dan Doktor Munir Ghahdban - HARUS

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    8/64

    DALIL-DALIL YANG DIPEGANG OLEH ULAMA YANG

    MENGHARAMKAN TAHALUF SIYASI IALAH SEPERTI

    BERIKUT :

    1. Firman Allah SWT :

    Yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu

    mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-

    pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang

    lain. barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin,Maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya

    Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Maka kamu

    akan melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya (orang-orang

    munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani), seraya

    berkata: "Kami takut akan mendapat bencana". Mudah-mudahan Allah akanmendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya), atau sesuatu keputusan

    dari sisi-Nya. Maka kerana itu, mereka menjadi menyesal terhadap apa

    yang mereka rahasiakan dalam diri mereka.

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    9/64

    HUJAH :

    Kerjasama gerakan Islam dengan orang-orang kafir di

    atas dasar politik akan menjauhkan lagi orang-orang

    Islam daripada mereka. Ini kerana, Islam

    mengharamkan sebarang jenis wala kepada ahli kitabyang mempunyai akidah yang hampir sama dengan

    Islam, apatah lagi wala kepada orang-orang kafir yang

    akidah mereka langsung tidak mempunyai persamaan

    dengan akidah Islam.

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    10/64

    2. Firman Allah SWT :

    Yang bermaksud : Pada keduanya terdapat dosa yang

    besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi

    dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    11/64

    HUJAH :

    Ayat di atas berkenaan dengan pengharaman arak dan

    judi. Namun jika dilihat dari sudut tahaluf siyasi,

    kerjasama dengan musuh mungkin mendatang manfaat

    dari beberapa sudut, bagaimanapun dari sudut yang lebihjauh iaitu ke arah menegakkan hakimiah Allah SWT, ia

    tidak akan dapat dicapai. Lantas, kerjasama akan

    menyebabkan terbantutnya usaha gerakan Islam untuk

    menegakkan daulah Islamiah. Oleh yang demikian,kerjasama ini adalah haram kerana lebih banyak

    mendatangkan mudharat daripada manfaat.

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    12/64

    3. Pertimbangan logik bahawa gerakan yang tidak

    berhasrat untuk menegakkan Islam ini pastinya hanyalah

    menjadikan gerakan Islam sebagai jambatan untuk

    mereka mendapatkan kuasa. Mereka sekali-kali tidakmembiarkan gerakan Islam ini berkembang sehingga

    mengatasi diri mereka. Dan ini sekali lagi akan

    menghalang kepada tertegaknya daulah Islamiah seperti

    yang diperjuangan oleh Harakah Islamiah.

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    13/64

    MANAKALA BAGI GOLONGAN ULAMA HARAKI YANG MENGATAKAN

    TAHALUF SIYASI SEBAGAI SESUATU YANG DIHARUSKAN, MEREKA

    BERPEGANG DENGAN HUJAH-HUJAH BERIKUT :

    1. Half al-Fudhul : Ia merupakan satu peristiwa yang berlaku padazaman jahiliyyah iaitu perjanjian di antara beberapa qabilah untukmenolong golongan yang dizalimi. Perjanjian ini telah disaksikan olehNabi Muhammad SAW. Inilah yang dimaksudkan oleh hadis bagindayang menyatakan :

    Yang bermaksud : Mana-mana perjanjian yang dilaksakananketika jahiiyyah tidak akan ditambahkan (diubah) oleh Islammelainkan semakin patut dilaksanakan - membawa makna mana-mana perjanjian di zaman jahiliyyah yang bermaksud kerjasama dansilaturrahim tidak akan berubah ketika Islam melainkan ia lebih patutuntuk dilaksanakan. Ini kerana Islam tidak akan mengharamkansesuatu perkara yang baik.

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    14/64

    HUJAH :

    Sekalipun Nabi SAW menyaksikan perjanjian ini

    ketika jahiliyyah, tetapi kerana Nabi telah

    memujinya semasa Islam, ia dianggap sebagai

    perkara yang baik. Ini menunjukkan bahawasekalipun yang berada dalam ikatan perjanjian

    itu orang-orang yang berakidah salah, ia tetap

    dianggap perjanjian yang baik selagi manatujuannya adalah baik.

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    15/64

    2. Perjanjian Rasulullah SAW dengan bapa saudaranya Abu Talibuntuk menjaganya serta memeliharanya dari ancaman kaumQuraisy. Tahaluf di antara mereka berdua berlaku dalam beberapa

    peringkat :

    2.1 Ketika Abu Talib melihat bagaimana Nabi Muhammad SAWbertegas untuk melaksanakan dakwah sekalipun terpaksa mati

    untuk Islam, Abu Talib lantas menyatakan : Teruskan wahai anaksaudaraku, katakanlah apa yang kamu kehendaki. Demi Allah, akutidak akan serahkan kamu kepada sesiapa selama-lamanya Kata-kata ini dibuktikan beberapa kali oleh Abu Talib di mana pernahbeliau mengetahui tentang sekumpulan kaum Quraisy yang

    merancang untuk membunuh Nabi Muhammad SAW, laludikumpulkan bani Abdul Mutalib dan Bani Hasyim untuk melindungibaginda SAW. Mereka semua berkumpul termasuklah yang masihkafir untuk melindungi Nabi Muhammad SAW.

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    16/64

    2.2 Peringkat berikutnya ialah ketika kaum Quraisy

    melancarkan pemulauan kepada Bani Hashim dan Bani

    Abdul Mutalib sebagai tindak balas kerana mereka

    melindungi Rasulullah SAW. Lalu ditulis surat

    penguatkuasaan di mana tidak dibenarkan sesiapa punmenikahi atau dinikahi oleh kedua-dua kabilah ini. Juga

    tidak dibenarkan berlakunya urusan jual beli dengan

    kedua-duanya. Surat ini ditampalkan di dinding kaabah.

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    17/64

    HUJAH :

    Di dalam peristiwa-peristiwa ini, dapatlah dibuat

    kesimpulan bahawa menjadi satu keharusan jamaah

    Islam untuk mendapat perlindungan daripada orang

    yang bukan Islam demi mencapai matlamatperjuangannya. Namun ia tidaklah sampai kepada

    peringkat tunduk dan patuh sehingga menggadaikan

    perjuangannya.

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    18/64

    3. Perjanjian Rasulullah SAW dengan Mutimbin Adi. Ia

    berlaku selepas kewafatan Abu Talib dan sekembalinyabaginda SAW dari menyebarkan dakwah di Thaif.

    Rasulullah SAW telah memasuki kota Mekkah dengan

    perlindungan seorang musyrik yang bernama Mutim bin

    Adi. Rasulullah SAW menghargai pertolongan Mutimsehingga baginda pernah bersabda apabila memenangi

    perang Badar, Sekiranya Mutim bin Adi masih hidup lalu

    memintaku membebaskan tawanan ini, aku akan lakukan

    untuknya..

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    19/64

    HUJAH :

    Mutim di dalam peristiwa ini sekalipun tidaklah memberikan

    kebebasan dan pertolongan kepada dakwah Islam tetapi

    melakukan sesuatu yang lebih besar dari itu iaitu menjaga tubuh

    badan Nabi Muhammad SAW. Mutim tidak pernah berniat untuk

    menjadi pengikut Rasulullah SAW dan pendirian ini jelas ketikaia menjawab soalan dari Abu Jahal . Ini menunjukkan keharusan

    mendapatkan kerjasama dari orang yang tidak berniat

    melaksanakan Islam di dalam urusan yang memberikan

    kebaikan kepada Islam dan umatnya.

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    20/64

    4. Perjanjian yang dibuat oleh Rasulullah SAW dengan kaum

    Yahudi ketika ditegakkan negara Islam Madinah. Perjanjian yang

    melahirkan Sahifah Madinah ini merupakan satu-satunya peristiwa

    besar dan terpenting yang menjadi hujjah keharusan kaummuslimin menjalinkan perjanjian dengan orang-orang bukan Islam

    di atas dasar memelihara kebajikan kedua-dua pihak.

    Di antara isi kandungan perjanjian ini ialah, Kaum muslimin

    mempunyai haknya dan kaum Yahudi mempunyai haknya. Dandi antara mereka hendaklah tolong menolong sekiranya

    diserang oleh sesiapa. Dan di antara mereka hendaklah saling

    menasihati dan bekerjasama. Dan janganlah sesiapa

    memungkiri janjinya. Dan hendaklah pertolongan diberikankepada yang dizalimi. Dan sekiranya berlaku apa-apa kepada

    pihak yang menjalinkan perjanjian ini, maka tempat rujukan

    ialah kepada Allah dan Muhammad Rasulullah SAW

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    21/64

    HUJAH :

    Inilah sebesar-sebar hujah keharusan

    melakukan hubungan dengan non-muslim di

    dalam menegakkan negara Islam. Dan tidaklah

    menjadi dasar Islam mengenepikan kaummusyrikin daripada realiti kehidupan.

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    22/64

    5. Perjanjian Rasulullah SAW dengan Bani Khazaah. Ia berlaku

    apabila baginda bersama para sahabat ingin memasuki kota

    Makkah untuk mengerjakan haji namun disekat oleh kaum Quraisy.

    Lalu Rasulullah SAW mengutuskan pengintip dari bani Khazaah

    yang merupakan seorang musyrik dan mereka melaporkan kepada

    Rasulullah SAW mengenai pergerakan kaum Quraisy. Bani

    Khazaah sebenarnya telah mempunyai hubungan dengan BaniHasyim semenjak zaman jahiliyyah dan mereka meneruskan

    hubungan baik mereka dengan Bani Hasyim sekalipun berbeza

    akidah. Rasulullah SAW mengiktiraf hubungan ini dengan

    memberikan syarat iaitu pertolongan tidak akan diberikan kepadagolongan yang zalim.

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    23/64

    6. Perintah Rasulullah SAW kepada para sahabat agarberhijrah ke Habsyah semasa ditindas di Mekkah untuk

    mendapatkan perlindungan dari Raja Najasyi yang

    merupakan seorang Nasrani pada masa itu turut

    merupakan dalil kepada keharusan untuk mendapatkanperlindungan dari orang yang bukan Islam di dalam

    menjaga kemaslahan umat Islam.

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    24/64

    JAWAPAN TERHADAP GOLONGAN YANG

    MENGHARAMKAN TAHALUF SIYASI

    1. Ayat yang digunakan iaitu dari surah al-Maidah, ayat 51-52

    bukanlah merujuk kepada tahaluf siyasi tetapi merujuk kepada

    orang-orang munafik yang terus meletakkan kepatuhan kepada

    orang-orang Yahudi di Madinah. Ianya turun kepada ketua

    munafik iaitu Abdullah bin Ubai yang bertindak untukmenyokong kabilahnya Yahudi Bani Qainuqa di dalam

    berhadapan dengan Nabi Muhammad SAW. Ini menunjukkan

    bahawa ayat ini tiada kena mengena dengan tahaluf siyasi

    tetapi berkenaan dengan orang yang keluar langsung dariHarakah Islam untuk bekerjasama dengan musuh bagi melawan

    Islam.

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    25/64

    2. Ayat 219 dari surah al-Baqarah pula bukan sahaja tidak menjadi

    hujah mengharamkan tahaluf siyasi bahkan menjadi peneguh

    kepada keharusannya. Ini kerana daripada tahaluf siyasi yang

    dilaksanakan di beberapa buah negara seperti Mesir, Sudan dan

    Yaman, manfaat yang besar banyak diperolehi oleh kaummuslimin. Oleh yang demikian, di dalam masalah manfaat dan

    mudharat ini, pertimbangan berdasarkan senario semasa perlu

    diambil kira. Tahaluf Siyasi sebelum diputuskan hendaklah

    dipertimbangkan semasak-masaknya oleh pakar politik dan ahli-ahli strategi.

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    26/64

    Tahaluf siyasi perlulah dilakukan dalam keadaan

    gerakan Islam mendapat keuntungan yang maksimum

    dalam usaha untuk menegakkan agama Allah SWT

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    27/64

    Terdapat percanggahan antara zahir hadis-hadis

    di atas, sebahagian hadis memberi makna haram

    dan sebahagian hadis memberi makna harus.Ini menyebabkan ulama telah berselisih

    pendapat kepada dua golongan :

    Pendapat yang mengharamkan tahaluf secara mutlak

    Pihak yang mengharuskan secara bersyarat dan

    menganggap ia adalah termasuk dalam tindak-tanduk

    imam berdasarkan maslahah.

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    28/64

    Pendapat yang pertama

    Pendapat kebanyakan ulama, mereka

    berhujah dengan hadis-hadis sahih yangmenyebut :

    Aku tidak minta tolong daripada orang kafir.

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    29/64

    Pendapat yang kedua

    Pendapat dari Mazhab Hanafi yang

    mengatakan bahawa tahaluf adalahtermasuk dalam urusan pemerintah.

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    30/64

    Namun telah mengetatkan syarat tahaluf antaranya:

    Orang kafir boleh dipercayai (al-Hazimi)

    Mereka tidak berada di saf hadapan tidaklantang - mengikut (Maliki)

    Mereka adalah golongan yang minoriti (al-Hazimi)

    Orang kafir ada manfaat khusus turut serta dlmperjuangan.

    Islam yang dominan kuasa Islam kuat/parti kuat- (Syarbini)

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    31/64

    Al-Rashid menfatwakan bahawa tidak harus tahalufdengan orang kafir dalam bab qital (peperangan)tetapi harus tahaluf siasi dengan syarat-syarat yangdisebutkan.

    Haram berada dalam saf kafir serang Islam,tambah kekuatan dalam saf kafir.

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    32/64

    Tahaluf siasi dan ijtihad maslahiTahaluf siasi atau kerjasama politik adalah

    sebahagian dari tidak tanduk imam atau

    pemerintah Islam. Tahaluf adalahsebahagian dari dasar hubungan luar yang

    wujud dalam Islam

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    33/64

    Selain dari tahaluf, kaedah lain yang sering

    digunakan ialah hudnah iaitu gencatan senjatadan juga kaedah musolahah / muwadaah yakni

    perdamaian

    Pemerintah secara asas boleh menggunakan

    salah satu kaedah ini sesuai dengan keadaan dan

    maslahah untuk umat Islam mengikut syarat-

    syarat yang ditetapkan oleh ulama

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    34/64

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    35/64

    Pertama mengharamkan tahalufsecara mutlak dan yang

    kedua mengharuskannya dengan meletakkannya di

    bawah urusan pemerintah atau pemimpin. Persoalan ini terangkum dalam ijtihad maslahi.

    Termasuk dalam tasarrufimam atau pemerintah

    Kaedah yang sama harus dipakai oleh gerakan Islam

    dalam menjalin hubungan mereka dengan individu

    dan organisasi bukan Islam.

    Ahmad al-Rashid yang berpendapat hukumnya harusdengan syarat-syarat tertentu bagi kategori tahaluf

    siyasidan bukan peperangan.

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    36/64

    Kita boleh mengambil kaedah ijtihadmaslahiyang dipegang oleh para ulama

    untuk mengukur sejauh mana

    amalan tahalufyang diamalkan oleh partiumat Islam di Malaysia bertepatan dengan

    ijtihad maslahi.

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    37/64

    Berdasarkan perbincangan , berikut beberapa syarat yangdinyatakan oleh pada ulama yang dapat disimpulkan.Syarat-syarat ijtihad maslahi(bab dhorurah) ditambah oleh

    Al-Ghazali seperti berikut:

    Hendaklah wujud maslahah rajihah (berat,mustahak)

    Tidak melebihi kadar yang diperlukan (musafirsembelih khinzir dan makan yg perlu saja)

    Maslahah yang pasti (qatiyyah)

    Maslahah bersifat kulliyah menyentuh

    aspek keseluruhan

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    38/64

    Ditambah dengan syarat-syarat tahalufyang lain:

    Hendaklah hukum Islam yang dominan (Syarbini)

    Orang kafir boleh dipercayai (al-Hazimi)

    Mereka tidak berada di saf hadapan (Maliki)

    Mereka adalah golongan yang minoriti (al-Hazimi)

    Ada manfaat khusus yang boleh diambil daripadaorang kafir

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    39/64

    APA YANG DAPAT

    MENGHARUSKAN TAHALUF

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    40/64

    SEJAUH MANAKAH TAHALUF YANGDIAMALKAN OLEH PARTI-PARTI

    MELAYU MEMBAWA KEMASLAHATAN

    KEPADA UMAT ISLAM SECARA

    KESELURUHANNYA, BUKAN

    MASLAHAH PARTI-PARTI.

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    41/64

    Pada dasarnya kita sewajarnya bergantungharap hanya kepada kekuatan orang Islam.

    Bekerjasama dengan orang kafir adalahsatu pengecualian atas sebab dhorurah

    atau hajat yang rajihah.

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    42/64

    Hari ini kuasa politik orang Melayu ternyata lemah

    oleh sebab perpecahan mereka kepada beberapapuak.

    Dalam konteks BN, UMNO dilihat begitu tercabar

    dan begitu juga dalam konteks PR, PAS tidakdominan bahkan sering dilihat kalah.

    Di pihak yang lain parti-parti bukan Islam

    semuanya bersatu memperjuangkan kaum

    mereka.

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    43/64

    Ternyata parti-parti bukan Islam tidak boleh

    dipercayai dan mempunyai agenda.

    Dalam konteks PR, pemimpin DAP ternyata lebihmenonjol berbanding PAS dan dengan nyata

    menentang negara Islam dan membawa agenda

    yang bercanggah dengan kepentingan orangIslam.

    Saya tidak lihat tahaluf dua pihak pada hari ini

    dengan parti bukan Islam boleh membawa apa-apa kemaslahatan atau keadaan yang lebih baik

    kepada umat Islam.

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    44/64

    Kekuasaan Islam adalah salah satu antarasyarat untuk mengharuskan tahaluf.

    Cuma satu pemerhatian kecil dominasiUMNO dalam konteks BN lebih kuatberbanding dengan dominasi PAS dalam PR.

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    45/64

    Apakah maslahah yang rajih dalam konteks

    percaturan politik hari ini?

    Maslahah terbesar ialah menjaga dominasi

    kekuasaan orang Islam.

    Parti-parti umat Islam dalam BN (UMNO) dan

    dalam PR (PAS) secara berasingan tidak akandapat merealisasikan maslahah ini.

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    46/64

    Sebab itu saya mencadangkan wujudpemuafakatan di kalangan umat Islam dan

    secara khusus antara dua parti ini.

    Walau bagaimanapun wujud kemusykilan-

    kemusykilan yang menghalang usaha ke

    arah itu:

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    47/64

    KEMUSYKILAN 1

    MUWAZANAH ANTARA DUA KEMUDHARATAN

    PAS mungkin mendakwa bahawa menjatuhkan UMNO lebih

    maslahah. Secara dakwaan PR akan membawa keadilan dan

    mengamalkan sebuah kerajaan berdasarkan prinsip good

    governance. UMNO adalah parti nasionalis sekular yangdianggap korup / rasuah dan melakukan banyak salah guna

    kuasa, dan PR membawa agenda sosialis liberal demokratik

    yang berkonsepkan multiracial. Dalam kes ini mujtahid kena

    mengimbangkan antara maslahah jatuhkan BN/UMNO yang

    korup dengan menaikkan PR yang menegakkan arus liberal.

    Situasi manakah yang lebih menjaga maslahah umat Islam, iaitu

    dominasi kuasa berada di tangan orang Islam.

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    48/64

    KEMUSYKILAN 2

    KEWAJIPAN MENEGAKKAN SYARIAT

    Ada tanggapan bahawa jika PR menang pilihan raya, ia adalah

    perubah untuk melaksanakan Islam atau menegakkan negara

    Islam. Dokumen bertulis PR dengan nyata mengatakan bahawa

    menubuhkan negara Islam bukan agendanya. Oleh itu pilihanantara BN dan PR bukan pilihan antara negara syariah dengan

    negara sekular tetapi alternatif untuk negara yang lebih telus

    dan demokratik sebagaimana didakwa. Walaupun PAS mungkin

    cuba untuk mendefinisikan manifesto PR bertepatan dengansemangat syariat, saya berpendapat itu takwil yang agak jauh.

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    49/64

    KEMUSYKILAN 3

    DAP LEBIH ISLAM DARI UMNO

    PAS juga menganggap kerjasama dengan UMNO sebagai

    haram kerana ia parti nasionalis sekular. Hujah yang sama juga

    wujud pada kerjasama dengan DAP. Bahkan DAP pada

    pandangan saya lebih buruk daripada UMNO kerana dari segiideologi dan juga memusuhi Islam. Penolakan UMNO boleh

    ditakwil atas sebab ketidakmampuan bukan kerana ingkar.

    UMNO boleh dikategorikan sebagai nasionalis sekular tetapi ia

    tidak menentang Islam sebagai agama.

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    50/64

    Menurut Ahmad Rasyid (2004), mendapatkan

    bantuan dari orang fasik adalah harus. Merekaboleh ambil alih tempat orang kafir. Termasuk

    dalam neraca parti-parti ini. Banyak parti yang

    pemikirannya tidak sampai kafir dan ia tidak

    memusuhi Islam, tetapi ia terikut-ikut dengan arus

    dan tenggelam, lalu tidak beriltizam dengan

    syariat, tanpa memusuhi syariat sebaliknya ia

    didorong oleh fahaman nasionalis, kebebasan danhak asasi manusia.

    KEMUSYKILAN 4

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    51/64

    KEMUSYKILAN 4

    SEJAUH MANAKAH UMNO BOLEH

    DIPERCAYAI?

    UMNO dikatakan telah menolak PAS keluar dari

    pakatan pada 1978. UMNO tidak boleh dipercayai.

    Secara teori orang beriman lebih boleh dipercayai

    daripada orang kafir. Saya kira perlu ada pendedahan

    yang lebih objektif tentang kenapa perkara itu berlaku.

    Bagi saya politik memang begitu ia berasaskan

    maslahah. Sebagai parti yang berpengalaman PASharus boleh menguruskan urusan parti politik dengan

    baik.

    KEMUSYKILAN 5

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    52/64

    KEMUSYKILAN 5

    PERPADUAN MELAYU ADALAH TAKTIK UMNO

    UNTUK PECAHKAN PR

    Perpaduan Melayu adalah taktik UMNO untuk

    pecahkan PR, dan apabila PR kalah UMNO

    akan kembali kepada tabiat asal. Bagi sayasecara politik alasan ini agak releven. Saya

    mencadangkan sepatutnya ada jaminan dan ada

    fasa menguji niat antara dua pihak.

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    53/64

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    54/64

    BUKTI PENDEDAHAN TAHALUF SIYASI YANG

    DISELEWENGKAN PAS

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    55/64

    TAHALUF bermakna perjanjian samada bertulis atau secaralisan. SIYASI bermakna SIASAH yakni politik dan pemerintahan.TAHALUF SIYASI dalam konteks SIASAH ialah PERJANJIAN

    PERSEFAHAMAN KERJASAMA ANTARA HARAKAH ISLAMDENGAN MANA-MANA PIHAK YANG BUKAN ISLAM BAGIMENGHADAPI MUSUH YANG LEBIH BESAR DALAMKONTEK POLITIK/PEMERINTAHAN. Takrifannya hampir samaseperti KONTRAK SOSIAL.

    TAHALUF SIYASI ada 2 jenis :-

    (1) Yang diterima oleh Allah swt dan Rasullullah s.a.w.

    (2) Yang tidak diterima oleh Allah swt dan Rasullullah s.a.w.

    SEKARANG KITA LIHAT APA YANG DI TULIS OLEH KETUA

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    56/64

    SEKARANG KITA LIHAT APA YANG DI TULIS OLEH KETUA

    PENERANGAN DPP PASIR MAS DI DALAM KERTAS KERJANYA

    MENGENAI PENGERTIAN TAHALUF SIYASI PADA 16 JUN

    2008:-

    Pengertian Tahaluf Siyasi

    Tahaluf Siyasi membawa makna kerjasama harakah Islam

    dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak

    bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Kerjasamaini boleh terjadi di dalam apa jua bidang yang dipersetujui

    bersama untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama.

    Tahaluf Siyasi juga kemungkinan boleh berlaku dengan

    gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang

    ideologi harakah Islam. Dalam suasana hari ini, tahaluf

    siyasi yang dimaksudkan juga termasuk kerjasama dengan

    golongan bukan Islam untuk menghadapi musuh yang

    sama.

    http://4.bp.blogspot.com/-5Xpa2J4EnRo/TiN368XY33I/AAAAAAAAAww/RYpRB0i6P5w/s1600/New+Picture+(21).bmp
  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    57/64

    KEPERLUAN KEPADA KEFAHAMAN TAHALUF

    http://4.bp.blogspot.com/-5Xpa2J4EnRo/TiN368XY33I/AAAAAAAAAww/RYpRB0i6P5w/s1600/New+Picture+(21).bmp
  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    58/64

    KEPERLUAN KEPADA KEFAHAMAN TAHALUF

    SIYASI

    Hari ini, kedudukan PAS sangat berbeza dengan senario

    1970-an, 1990 dan 1999. Buat pertama kali dalam sejarah

    politik Malaysia, PAS berdepan dengan cabaran sebenar

    sebagai kerajaan dalam penantian. PAS berdepan dengan

    realiti sebagai anggota kerajaan campuran. KerajaanSelangor, Perak mahu pun Kedah bukan kerajaan PAS,

    namun kerajaan pakatan.

    Setiap gerak PAS pastinya akan seringkali berada di

    persimpangan antara agenda Islam dan hasrat rakan-rakan.

    KEPERLUAN KEPADA KEFAHAMAN TAHALUF

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    59/64

    KEPERLUAN KEPADA KEFAHAMAN TAHALUF

    SIYASI

    Penyertaan PAS di dalam Pakatan Rakyat bersama-sama PKR dan DAPyang sama sekali tidak berhasrat untuk memperjuangkan agenda Islam

    menuntut PAS untuk menyatakan dalil syarie yang jelas yang

    membolehkan PAS bersama-sama mereka memerintah tanpa

    menjadikan Islam sebagai asas negara dan negeri-negeri.

    Penjelasan serta gambaran yang jelas seperti perlu segera dibuat oleh

    PAS memandangkan masih ramai yang menyokong dan mendokong

    PAS kerana dasar Islamnya. Adalah dibimbangi dalam keadaan isu-isu

    yang sering timbul ditambah dengan permainan media massa milik

    kerajaan UMNO/BN, hasrat PAS untuk melangkah lebih jauh bersama

    Pakatan Rakyat tidak akan kesampaian.

    KEPERLUAN KEPADA KEFAHAMAN TAHALUF

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    60/64

    KEPERLUAN KEPADA KEFAHAMAN TAHALUF

    SIYASI Sejak 2008 lagi, PAS sudah mengambil dua ketetapan muktamad siasah

    bahawa pertama, ianya adalah 'sebuah kerajaan dalam penantian' dankedua akan memerintah bersama-sama DAP dan PKR tanpa menjadikan

    ISLAM sebagai asas negara dan negeri-negeri.

    Bagi mencapai kedua ketetapan siasah tersebut, PAS di tuntut untuk

    menyatakan dalil syarie yang membolehkannya berbuat begitu. Bermakna,PAS akan memperalatkan dalil syarie (AlQuran, Hadis, Ijma' dan Qias) untuk

    mencapai matlamat untuk BERKUASA dan bukan untuk MENEGAKKAN

    ISLAM.

    PAS sanggup melakukan apa yang di sebut sebagai MENGHALALKAN

    CARA UNTUK MENCAPAI MATLAMAT. PAS mengubah haluannya dari

    NEGARA ISLAM kepada NEGARA KEBAJIKAN. Paling menyedihkan ialah

    ketetapan siasah yang di buat PAS menetapkan UMNO dan BARISAN

    NASIONAL sebagai MUSUH BESAR mereka.

    KEPERLUAN KEPADA KEFAHAMAN TAHALUF

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    61/64

    KEPERLUAN KEPADA KEFAHAMAN TAHALUF

    SIYASI

    PAS juga amat bimbang jika kedua ketetapan siasahtersebut akan terhalang dan untuk memastikan kedua

    ketetapan siasah itu tercapai, PAS akan terus menerus

    melakukan dakyah propaganda secara bertali arus.

    PAS juga amat bimbang jika kedua ketetapan siasah

    tersebut akan terhalang dan untuk memastikan kedua

    ketetapan siasah itu tercapai, PAS akan terus menerus

    adalah tidak mustahil DAP juga mengetahuinya. Olehitu, DAP telah memanipulasikan sentimen kedua

    ketetapan siasah PAS tersebut demi kepentingan politik

    sosialisma cauvinis rasis komunis DAP.

    KEPERLUAN KEPADA KEFAHAMAN TAHALUF

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    62/64

    KEPERLUAN KEPADA KEFAHAMAN TAHALUF

    SIYASI

    PAS berhasrat agar dapat memperalatkan TAHALUF

    SIYASI untuk mendapatkan keuntungan

    maksimum untuk mengambil kesempatan yang ada

    dalam usaha menegakkan agama ALLAH SWT,nampaknya apa yang berlaku adalah sebaliknya

    yakni DAP lah yang dapat KEUNTUNGAN

    MAKSIMUM daripada TAHALUF SIYASI untuk

    merobohkan agama ALLAH SWT.

    KEPERLUAN KEPADA KEFAHAMAN TAHALUF

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    63/64

    KEPERLUAN KEPADA KEFAHAMAN TAHALUF

    SIYASI

    Adakah PAS mampu hendak merempuh TIRAI BESISOSIALISMA ?

    Kerana di awal kertas kerja PAS hendak

    memerintah tanpa menjadikan ISLAM sebagai asas

    negara dan negeri-negeri tapi di dalam penutup

    PAS mendakwa mahu menegakkan agama ALLAH

    SWT?

    Betapa kelirunya pemikiran PAS ini sehinggatunggang terbalik TAHALUF SIYASI.

  • 7/27/2019 Tahaluf Siyasi 2

    64/64

    FOKUS UMAT ISLAM (MELAYU)

    Membina kekuatan umat

    Mesti mulakan dengan mengwujudkan power

    yang tidak boleh dicabar

    Kuasa tawar menawar yang tak boleh dicabar.

    Jika ini boleh direalisasikan maka siasah

    syariah dapat dilaksanakan sepenuhnya.