tafsir ummi

Download Tafsir Ummi

If you can't read please download the document

Upload: mazri-kalik

Post on 24-Nov-2015

23 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

1. PENDAHULUAN2. PENGERTIAN TAFSIR DARI SEGI BAHASA3. PENGERTIAN TAFSIR DARI SEGI ISTILAHMenurut istilah:

1) Menurut al-Jurjani, tafsir adalah menjelaskan makna ayat keaaannya, kisahnya, dan sebab yang karenanya ayat diturunkan, dengan lafat yang menunjukkan kepadanya dengan jelas sekali.

2) Menurut az-Zarkazyi, ialah suatu pengetahuan yang dengan pengetahuan itu dapat dipahamkan kibullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW menjelaskan maksud-maksudnya mengeluarkan hukum-hukumnya dan hikmahnya.

3) Menurut al-Kilbyi ialah mensyarahkan al-quran, menerangkan maknanya dan menjelaskan apa yang dikehendakinya dengan nashnya atau dengan isyaratnya ataupun dengan najwahnya.

4) Menurut Syeikh Thorir, ialah mensyarahkan lafad yang sukar difahamkan oleh pendengan dengan uraian yang menjelaskan maksud dengan menyebut muradhifnya atau yang mendekatinya atau ia mempunyai petunjuk kepadanya melaui suatu jalan (petunjuk). (Masyhuri: 86)-MENGIKUT ULAMA ISLAM 4. PENGERTIAN TAKWIL DAN BEZANYA DENGAN TAFSIR5. BIODATA SHEIKH ABDULLAH BASMEIH1.BIODATA RINGKAS2.ALAM PENDIDIKAN3.ALAM PEKERJAAN4.ALAM PENULISAN6. SUMBANGAN SHEIKH ABDULLAH BASMEIH1. DALAM BIDANG AKIDAH2.DALAM BIDANG SEJARAH3.DALAM BIDANGFEQAH4.DALAM BIDANG HADITH5.DALAM BIDANG BAHASA MELAYU DAN TULISAN JAWI7.METODOLOGI PENULISAN DAN PENYUSUNAN KITAB.1.METODOLOGI PENULISAN DAN PENYUSUNAN KITAB2.METODOLOGI PENTAFSIRAN KITAB8. KESIMPULAN

1-Pengertian Tafsir mengikut Ulama IslamTafsir dari segi bahasa berasal dari kata . Menurut Ibnu Manzur tafsir ialah menerangkan maksud lafaz yang tidak jelas. Ibnu Abbas pula mengatakan ialah bermaksud penjelasan.Manakala tafsir dari sudut istilah ulamak dan para ahli ilmu mengatakan ianya ialah ilmu yang mengkaji mengenai maksud dan lafaz ayat dalam al-Quran, hukum dan hakam serta pengajaran dan manfaat dari al-Quran.Menurut Zarqasyi tafsir bermaksud ilmu untuk memahami kitab Allah s.w.t. yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. serta menjelaskan maknanya dan mengeluarkan hukum-hakam dan pengajaran.

Menurut Dr. Manna Khalil Qathan dalam Mabahis fi Ulum Quran maksud tafsir dari sudut bahasa ialah penerangan dan menyingkap sesuatu, menjelaskan sesuatu atau menyingkap sesuatu rahsia. Maksud tafsir dari segi istilah pula ialah ilmu untuk memahami kitab Allah yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dan menjelaskan maknanya serta mengeluarkan hukum-hukum dan pengajaran yang dipetik dari al-Quran.

Takrif yang diberikan oleh Abu Hayyan tentang ilmu tafsir dalam kitabnya al-Bahru al-Mahith sebagai berikut:Ilmu Tafsir ialah ilmu yang membicarakan tentang bagaimana hendak menuturkan perkataan-perkataan al-Quran (dari segi tajwid) dan memberikan makna menurut keadaan perkataan dan hukuman-hukuman pada ketika ia satu perkataan (mufrad) dan pada ketika bersusun (murakab) dan makna-makna yang boleh diertikan pada ketika hakikat atau majaz. Juga membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan nasikh dan mansukh dan sabab nuzul.

Ilmu tafsir juga ditakrifkan sebagai ilmu yang menjelaskan makna ayat sesuai dengan dilalah (petunjuk) yang zahir (lahir) dalam batas kemampuan manusia. Ertinya ilmu tafsir mengkaji bagaimana menjelaskan kehendak Allah s.w.t. yang terkandung dalam al-Quran melalui lafaz dan makna serta menjelaskan hukum-hukum yang dikandungnya, sesuai dengan kemampuan mufassir (ahli tafsir).[footnoteRef:1][1]

Di dalam al-Quran ada disebut perkataan tafsir. Firman Allah s.w.t.:Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil (untuk menentangmu) melainkan Kami bawakan kepadamu kebenaran dan penjelasan yang sebaik-baiknya (untuk menangkis segala yang mereka katakan itu).(al-Furqan 25: 33)

Kepentingan mempelajari ilmu tafsir iaitu dapat memahami makna-makna al-Quran dengan lebih sempurna dan tepat; mengeluarkan hukum yang terkandung di dalamnya; dan mengelakkan seseorang dari memahami ayat dengan cara yang salah atau menyeleweng dari maksud yang sebenar.

[1: ]

Syarat menjadi penafsir al-Quran menurut Dr. Fauzi Deraman (dan rakan) seseorang ahli tafsir itu perlulah mempunyai syarat-syarat berikut:1. Akidah yang benar. Syarat ini mengelak seseorang mufassir untuk melakukan penyelewengan terhadap ayat-ayat al-Quran dan juga penipuan dalam periwayatan.2. Bersih daripada hawa nafsu kerana ia akan mendorong dirinya membela dan menegakkan kepentingan dan keperluan mazhabnya semata-mata sehingga ia berupaya menipu manusia lain dengan ucapan-ucapan lembut dan keterangan-keterangan yang menarik minat seseorang.3. Mempunyai keahlian dalam bidang hadis, riwayat dan dirayah kerana hadis-hadis nabi merupakan penjelasan dalam menafsirkan ayat-ayat mujmal dan mubham dan seterusnya hadis-hadis akan membantu pentafsir dalam menerangkan segala kemusykilan yang timbul berhubung dengan perkara ini.4. Mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang bahasa dan ilmu-ilmu yang berkaitan memandangkan pentafsiran ayat-ayat al-Quran berkait rapat dengan i`rab perkataan dan tatabahasa.Mujahid bin Jabr berkata:Tidak wajar bagi seseorang yang beriman dengan Allah s.w.t. dan hari akhirat memperkatakan mengenai kitab Allah sedangkan dia tidak mengetahui dialek-dialek bahasa Arab.5. Berpengetahuan dalam ilmu qiraat kerana dengannya seseorang itu dapat mengetahui cara-cara mengucapkan lafaz-lafaz al-Quran dan dapat pula memilih bacaan yang lebih kuat di antara pelbagai ragam bacaan yang ada. Malah qiraat juga dapat mempastikan maksud yang sebenar apabila berlakunya perselisihan.6. Mengetahui dalam ilmu Nahu dan Sarf kerana pemahaman sesuatu ayat kebanyakannya memerlukan kepada kebolehan mengi`rab sesuatu perkataan dan seseorang yang tidak memiliki dua ilmu ini akan mendedahkan pentafsiran al-Quran kepada penyelewengan.7. Berpengetahuan yang luas dalam bidang Ulum al-Quran yang dapat membantu memahami ayat-ayat al-Quran dengan betul dan mendalam. Contohnya, Asbab an-Nuzul akan menolong mufassir dalam memahami maksud ayat berdasarkan latar belakang penurunan ayat.8. Mendalami ilmu Usuluddin dan ilmu tauhid kerana dengannya seseorang mufassir diharapkan dapat mentafsirkan ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan ketuhanan dan hak-hak Allah dengan betul serta tidak mentakwilkannya dengan sewenang-wenangnya.9. Berpengetahuan dalam Usul Fiqh kerana ia dapat membantu mufassir bagaimana hendak membuat kesimpulan dari ayat-ayat al-Quran dan berdalil dengannya. Begitu juga mengenai ayat-ayat mujmal dan mubayyan, umum dan khusus, mutlak dan muqayyad serta amar dan nahi.10. Mengetahui ilmu-ilmu lain seperti ilmu sosiologi dan antropologi, zoologi dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan maklumat umum seperti sejarah, geografi, psaikologi dan sebagainya. Semuanya dapat membantu dalam mentafsirkan al-Quran selaras dengan tuntutan kehidupan.11. Memulakan tafsir al-Quran dengan al-Quran itu sendiri. Perkara yang diterangkan secara ringkas di satu tempat dijelaskan secara terperinci di tempat yang lain.12. Mentafsirkan al-Quran dengan as-Sunnah kerana as-Sunnah adalah penjelas kepada al-Quran.13. Sekiranya tidak terdapat tafsiran al-Quran dari as-Sunnah, maka hendaklah dirujuk kepada pandangan para sahabat kerana mereka lebih memahami perkara tersebut disebabkan mereka telah menyaksikan penurunan wahyu dan latar belakangnya.14. Merujuk kepada pendapat tabi`in jika tidak terdapat tafsiran para sahabat dengan syarat terdapat pada riwayat yang sahih.

[footnoteRef:2][1] Drs. H.A. Hafizah Dasuki, M.A. (2006). Ensiklopedia Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jilid 5. hlm 29. [2: ]

2-Biodata Sheikh Abdullah BasmeihLATARBELAKANGNama penuh beliau ialah Sheikh Abdullah Basmeih bin Sheikh Muhammad Basmeih[3]. Beliau berketurunan Arab di kedua-dua belah pihak ibu dan ayah beliau. Ayah beliau bernama Syeikh Muhammad Basmeih bin Salleh Basmeih yang berasal dari Hadramawt di Yaman, manakala ibu beliau bernama Aisyah binti Abdullah bin Hammad yang berasal dari wilayah Bishah Arab Saudi. Basmeih adalah gelaran bagi keturunan beliau[4].Syeikh Abdullah Basmeih telah dilahirkan pada 29 Disember 1913[5]. Dalam catatan lain beliau dikatakan dilahirkan pada tahun 1915[6] kerana umur beliau sewaktu berhijrah ke Tanah Melayu pada tahun 1927 ialah 12 tahun[7]. Beliau dilahirkan di kawasan bernama Maabdah yang terletak berhampiran dengan Mekah. Beliau dibesarkan di bumi Mekah al-Mukarramah sehinggalah berhijrah ke Tanah Melayu selepas itu kerana mengikut bapa beliau.Syeikh Abdullah Basmeih telah menjadi yatim semasa berumur kurang dari dua tahun sewaktu ibu beliau Aisyah meninggal dunia. Selepas itu beliau dijaga dan dibesarkan oleh ibu saudara beliau Khadijah Hammad. Khadijah Hammad dipangil beliau sebagai ammati wa khalati iaitu yang bermaksud ibu saudara sebelah bapaku dan ibu saudara sebelah ibuku kerana beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kedua-dua belah pihak iaitu di pihak ayah dan ibu Sheikh Abdullah Basmeih[8].Sheikh Abdullah Basmeih hanya mempunyai dua orang adik beradik lelaki sebapa iaitu Sheikh Said dan Sheikh Salim. Kedua-duanya adalah hasil daripada perkongsian hidup Sheikh Muhammad Basmeih dengan wanita Melayu yang bernama Yang Chik binti Haji Kesah yang berasal dari Kampung Sungai Kertah Pengkalan Balak Melaka[9].PENDIDIKANSheikh Abdullah Basmeih adalah seorang tokoh ilmuwan terulung namun sejarah pendidikannya tidaklah sepertimana kebanyakan ulama lain.Pendidikan awal Sheikh bermula semasa beliau kecil lagi iaitu semasa berada di Mekah al-Mukarramah. Semasa di sana beliau telah sempat belajar di Suq al-Layl. Beliau telah dihantar oleh ayah beliau untuk belajar agama di masjid Mekah semasa berumur 7 tahun[10]. Pembelajaran beliau ini hanyalah sekejap sahaja kerana semasa beliau berumur 12 tahun ayah beliau telah membawa beliau bersama berhijrah ke Malaysia di Pengkalan Balak Melaka. Bermula dari perpindahan itu, beliau telah dididik mengikut suasana masyarakat tempatan pada masa itu.Beliau telah dimasukkan ke sekolah Melayu Pengkalan Balak Melaka dan telah belajar sehingga lulus darjah 5[11]. Hasil daripada persekolahan dan persekitaran telah membolehkan beliau untuk menguasai bahasa Melayu dengan baik.Selepas daripada itu beliau tidak dapat meneruskan pengajian beliau ke peringkat lebih tinggi disebabkan masalah kewangan. Walaubagaimanapun beliau tetap gigih menimba ilmu dengan berusaha membaca sendiri antaranya Majalah Guru, hasil-hasil karangan pendita Zaaba dan sebagainya[12]. Beliau sendiri turut menyebut bahawa guru beliau adalah buku-buku dan kemahuan, hanya Allah sahaja yang mengetahui kegigihan beliau dalam menuntut ilmu[13].PEKERJAANSheikh Abdullah Basmeih adalah seorang yang gigih. Sejak kematian ayah beliau, beliau telah bertanggungjawab untuk berusaha mencari rezeki bagi meringankan beban ibu tiri beliau walaupun pada masa itu beliau masih bersekolah[14]. Beliau pernah menjual nasi lemak, menoreh getah, bersawah, menjual buah dan ikan[15].Selain daripada itu, Sheikh juga pernah bekerja sebagai buruh di Triang Pahang, sebagai pembantu tukang masak di kantin Sekolah Inggeris Bandar Hilir Melaka, sebagai buruh di kilang getah Belanda di Pasir Panjang, peniaga kain dan pembuat dan penjual rojak[16].Semasa beliau berniaga rojak beliau telah berjinak-jinak dengan dunia penulisan. Artikel beliau pernah tersiar dalam akhbar Warta Malaya. Kebolehan beliau ini disedari oleh pengarang akhbar Utusan Melayu Haji Mohammad Dahlan Masood (Hamdan). Beliau telah memberi kepercayaan kepada Sheikh untuk menterjemah rencana-rencana agama daripada Majalah al-Musawwar untuk dimuatkan ke dalam Utusan Melayu[17].Selepas itu beliau terus serius berkecimpung di dalam dunia penulisan dan penterjemahan. Beliau pernah bekerja dengan Syarikat Qalam Press dan Syarikat Utusan Melayu[18]. Beliau juga pernah bekerja sebagai penulis dan penterjemah bebas[19].KARYA

Sepanjang penglibatan Sheikh di dalam bidang penulisan, beliau telah banyak menghasilkan karya-karya yang amat berharga. Antaranya ialah :i. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman[20]ii. Pengertian Ayat-ayat al-Quran ( naskhah jawi dan naskhah rumi )[21]iii. Mukadimah Mastika Hadis[22]iv. Mastika Hadith Rasulullah s.a.w ( iman- tauhid )[23]v. Mastika Hadith Rasulullah s.a.w ( sembahyang )[24]vi. Khutbah Haji Wada- Khutbah Rasulullah s.a.w.[25]vii. Panduan Mengurus Jenazah[26]viii. Kedudukan Masjid Dalam Islam[27]ix. Sejarah Hidup Siti Aisyah (1950)[28]x. Sejarah Hidup Abu Bakar al-Siddik (1951)[29]xi. Sejarah Hidup Nabi Muhammad ( 1952-1953 )[30]xii. Panduan Kanak-kanak Sembahyang[31]xiii. Muqaddam al-Quran[32]xiv. Hikayat Salahuddin al-Ayyubi[33]KEMATIAN

Sheikh telah kembali ke rahmatullah pada 14 Julai 1996 di rumah beliau yang terletak di Jalan Enggang Selatan, Taman Keramat. Pada ketika itu beliau berumur 84 tahun[34]. Sesungguhnya pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang amat besar kepada negara kita lebih-lebih lagi apabila mengenangkan sumbangan beliau sebagai penterjemah al-Quran.

3-Sumbangan Sheikh Abdullah Basmeih

4-Metodologi yang digunakan oleh Sheikh Basmeih dalam penulisan dan peyusunan kitab tafsirnya METODOLOGI PENULISAN DAN PENYUSUNAN KITAB

Pada bahagian metodologi ini penulis merujuk kepada kitab Tafsir Pimpinan Ar-Rahman cetakan ke 13[40]. Penulis membahagikan kitab ini kepada tiga bahagian iaitu bahagian pendahuluan, bahagian isi dan bahagian penutup.Bahagian Pendahuluan mempunyai helaian-helaian tentang kata-kata aluan Perdana Menteri Malaysia[41], kata-kata aluan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Dr. Abdul Hamid Othman[42], kata-kata aluan Ketua Pengarah JAKIM Brigedier Jeneral Dato Abdul Hamid bin Zainal Abidin[43], kata-kata aluan Dato Haji Muhammad Noor[44], kata penutup penyemak dan penterjemah Haji Muhammad Noor dan Sheikh Abdullah Basmeih[45], keterangan tentang Ejaan Kata-kata Istilah Ugama dalam naskhah rumi oleh Sheikh[46] dan senarai kitab-kitab rujukan[47].Bahagian isi pula adalah bahagian surah-surah al-Quran yang diterjemah dan ditafsirkan oleh Sheikh Abdullah Basmeih. Setiap surah didahului oleh mukaddimah. Bahagian Mukaddimah ini memberi keterangan tentang nama surah, tempat diturunkan surah, bilangan ayat dan juga intisari ayat. Bahagian ini merangkumi 30 juzu al-Quran bersamaan 114 surah.Bahagian penutup pula mengandungi halaman tentang isi kandungan kitab beserta mukasurat setiap isi. Kitab ini diakhiri dengan keterangan tentang Pengenalan Mashaf al-Quran al-Karim beserta tanda-tanda yang digunakan di dalam mashaf dan makna tanda-tanda tersebut.5-Kesimpulan