tafsir

36
Pendahuluan al Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa Arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari Surah Al Fatihah dan berakhir dengan Surah An Nas. Al Quran ialah Kitab allah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw . Al Quran diturunkan untuk mengajar manusia tentang pengesaannya kepada Allah (tauhid). Konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh agar manusia sentiasa mendapat bekalan yang baru dan segar. Mengajak manusia berfikir tentang ciptaan, pengawasan dan penjagaan oleh yang Maha Agong agar dapat mengenal sifat-sifat-Nya yang unggul. Di dalam Al-Quran dipaparkan juga contoh teladan dan kisah-kisah benar yang berlaku sebelum turunnya Al- Quran dan pada masa penurunan Al-Quran. Dengan itu manusia dapat pengajaran dan panduan dalam mengharungi kehidupan sebagai Muslim yang sejati dan benar dalam semua bidang kehidupan.

Upload: james-juarez

Post on 13-Dec-2015

228 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

tafsir ayat faraid

TRANSCRIPT

Page 1: tafsir

Pendahuluan

al Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat diturunkan kepada Nabi

Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa Arab,

diriwayatkan secara mutawatir dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah,

bermula dari Surah Al Fatihah dan berakhir dengan Surah An Nas. Al Quran

ialah Kitab allah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw .

Al Quran diturunkan untuk mengajar manusia tentang pengesaannya kepada

Allah (tauhid). Konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh agar manusia sentiasa

mendapat bekalan yang baru dan segar. Mengajak manusia berfikir tentang

ciptaan, pengawasan dan penjagaan oleh yang Maha Agong agar dapat

mengenal sifat-sifat-Nya yang unggul.

Di dalam Al-Quran dipaparkan juga contoh teladan dan kisah-kisah benar yang

berlaku sebelum turunnya Al-Quran dan pada masa penurunan Al-Quran.

Dengan itu manusia dapat pengajaran dan panduan dalam mengharungi

kehidupan sebagai Muslim yang sejati dan benar dalam semua bidang

kehidupan.

Al-Quran menjelaskan juga persoalan tentang akhir kehidupan manusia, situasi

terakhir yang akan dirasai oleh manusia sebelum bumi ini diancurkan oleh

Allah untuk bermulanya hari kiamat dan nasib tiap-tiap insan sama ada ke

syurga atau ke neraka.

Page 2: tafsir

2.0 Kelebihan Al quran berbanding kitab samawi yang lain

Maksud kitab samawi lain ialah Taurat diturunkan kepada Nabi Musa, Zabur

diturunkan kepada Nabi Daud dan Injil kepada Nabi Isa. Kitab-kitab ini

diturunkan Allah kepada nabi2 yang berkenaan dan mempunyai pertalian antara

satu sama lain, termasuk dengan al-Quran. Kesemua kandungan kitab samawi

mengajak manusia beriman kepada Allah.

Kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Musa semasa baginda berada di puncak

Gunung Thursina. Isi utama kitab ini adalah '10 hukum atau firman' yang

ditetapkan untuk dipatuhi oleh kaum Nabi Musa. Kitab Taurat berasal dari

bahasa Ibrani yang bermaksud syariat atau hukum.

Antara hukum itu adalah berkaitan dengan mengakui keesaan Allah,

menghormati ibu bapa, larangan membunuh sesama manusia, tegahan mencuri

dan menjauhkan zina.

Penurunan kitab Taurat kepada Nabi Musa dijelaskan dalam al-Quran ayat 87

surah al-Baqarah:

maksudnya : dan Sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Musa

Kitab Taurat, dan Kami iringi kemudian daripadanya Dengan beberapa orang

Rasul, dan Kami berikan kepada Nabi Isa Ibni Maryam beberapa mukjizat serta

Kami teguhkan kebenarannya Dengan Ruhul-Qudus (Jibril). maka patutkah,

tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran)

Page 3: tafsir

Yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur

(menolaknya), sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan, dan

sebahagian Yang lain pula kamu membunuhnya?

Manakala kitab Zabur pula adalah kitab firman Allah yang diturunkan kepada

Nabi Daud:

"Dan Tuhanmu lebih tahu tentang keadaan penghuni langit dan bumi. Dan

Kami telah menganugerahkan kepada nabi-nabi, yang satu lebih besar daripada

yang lain, sebagaimana Kami telah menganugerahkan kitab Zabur kepada

Daud." - (Surah al-Isra, ayat 55).

Kandungan Zabur mengandungi mazmur (nyanyian pujian kepada Allah) yang

mengesakan nikmat Ilahi yang melimpah ruah. Kitab ini tidak mengandungi

hukum atau syariat, kerana kaum itu diperintahkan mengikuti syariat Nabi

Musa.

Kitab injil pula merupakan salah satu daripada empat buah kitab Islam. Kitab

ini diturunkan kepada nabi isa. Kitab Injil kemudian diikuti dengan penurunan

kitab suci terakhir iaitu Al-Qur'an kepada Nabi Muhammad saw , sebagai

pelengkap kepada semua kitab2 suci yang sebelumnya. Dengan turunnya Al

Quran, secara tidak langsung semua ajaran kitab-kitab yang terdahulu

termansuh dengan sendirinya.

Kitab2 samawi ini tidak seperti al Quran, kitab Samawi lain tidak lengkap

sepenuhnya untuk panduan hidup manusia sepanjang zaman. Ia hanya untuk

Page 4: tafsir

kegunaan pada masa ia diturunkan dan bersesuaian dengan keadaan semasa.

Contohnya, Zabur diturunkan pada zaman kegemilangan Bani Israil di Kanaan

sekitar 400 tahun selepas meninggalkan Mesir. Maka kandungannya berbentuk

pujian kepada Allah bersesuaian dengan suasananya.

Sesuai dengan kedudukan al-Quran kitab agung yang memenuhi keperluan

hidup manusia sepanjang zaman, maka tidak perlu lagi kitab-kitab terdahulu

yang bersifat terbatas kepada kawasan atau bangsa tertentu sahaja. Tambahan

pula, kandungan kitab-kitab terdahulu sudah banyak yang diseleweng atau

diubah kandungannya oleh pihak yang tidak bertanggunjawab.

Sesungguhnya, Al Quran kitab agung yang tiada tandingan. Sejak diturunkan

kepada Nabi Muhammad, al Quran terpelihara keasliannya dan terselamat

pengajarannya daripada sebarang perubahan, pindahan dan tokok tambah.

Biarpun ada pihak cuba melakukan khianat terhadap al-Quran, namun usaha itu

tidak berjaya. Pindaan dan tokok tambah yang dilakukan segera disedari oleh

umat Islam dan segera menghapuskan kepalsuan yang cuba dicipta oleh musuh

Islam itu.

Kekuatan dan keagungan al Quran tiada bandinganya. Sesungguhnya,

kandungan al Quran tidak mampu dicipta oleh manusia. Bahkan, tidak

mungkin ada satu ayat ciptaan manusia yang menandingi mana2 ayat al Quran.

Allah telah menegaskan betapa biarpun manusia berkumpul dan

menggabungkan fikiran serta saling membantu, tidak mungkin manusia dapat

melakukan untuk mencipta ayat al quran.

Firman Allah bermaksud:

Page 5: tafsir

maksudnya : “Katakanlah, sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk

membuat yang serupa al-Quran ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuat

yang serupa dengannya, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi

sebahagian yang lain.” (Surah al-Isra, ayat 88).

Dalam al-Quran mengandungi pelbagai perkara meliputi semua kehendak dan

keperluan manusia berkaitan kepentingan dunia dan akhirat. Kandungan al

Quran boleh diringkaskan kepada empat perkara utama.

Pertamanya, berkaitan mengenai hukum ibadat sembahyang, puasa, zakat dan

haji. Keduanya, memperkatakan mengenai peraturan hidup yang perlu

diamalkan oleh manusia seperti mengenai peraturan jual beli, perkahwinan,

budi pekerti, pergaulan jiran tetangga, tepati janji dan sebagainya. Ketiganya

ialah menceritakan tentang ilmu sains, perubatan, cakrawala, biologi, kimia dan

geografi. Manakala perkara keempat ialah mengenai sejarah dan tauladan hidup

masyarakat terdahulu.

Sesungguhnya apa yang tercatat di dalam al-Quran adalah lengkap dan memberi

manfaat yang besar kepada manusia sebagai panduan hidup. Semua keperluan

panduan hidup manusia terdapat di dalam al-Quran.

Firman Allah SWT dalam surah al-Anam ayat 38 bermaksud:

Page 6: tafsir

maksudnya dan tidak seekor pun binatang Yang melata di bumi, dan tidak

seekor pun burung Yang terbang Dengan kedua sayapnya, melainkan mereka

umat-umat seperti kamu. tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di Dalam Kitab Al-

Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan

mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).

Menariknya, perbahasan dan kajian terhadap kandungan al-Quran tidak akan

selesai. Ini membuktikan kehebatan al Quran Kalam Yang Maha Pencipta.

Pemikiran manusia tidak mampu memahami atau menafsirkannya perkataan

demi perkataan atau ayat-ayatnya dengan sepenuhnya.

Kehebatan kandungan al-Quran mendorong bukan Islam turut mengkajinya.

Semakin banyak penemuan sains berjaya dikaji, semakin jelas kebenaran al

Quran di sisi orang bukan Islam. Ketika pakar sains merayakan kejayaan

penemuan mereka, sebenarnya perkara itu telah tercatat di dalam al-Quran sejak

lebih 1400 tahun lalu.

Ketepatan kandungan al Quran berdasarkan kepada kejadian alam yang

dibongkar oleh ahli sains, membuktikan al-Quran bukan ciptaan Nabi

Muhammad. Tidak mungkin bagi seorang yang buta huruf seperti Rasulullah

dapat mencipta kandungan al Quran yang mengandungi kenyataan2 berkaitan

sains dan teknologi.

Bahkan, tidak munasabah untuk mengatakan manusia yang hidup lebih 1400

tahun mengetahui tentang penemuan sains yang memerlukan kajian dan

penggunaan alatan canggih seperti yang terdapat pada masa sekarang.

Perkara ini tidak sukar diterima oleh orang beriman. Allah Maha Pencipta.

Dialah mencipta semua makhluk di dunia ini. Jadi, Dia dapat menceritakan

dengan jelas bagaimana proses setiap kejadian dengan tepat. Malah sebahagian

kandungan al-Quran yang menyatakan mengenai kejadian alam, merupakan

bukti kewujudan Allah dan mengesahkan kerasulan Nabi Muhammad.

Page 7: tafsir

Firman Allah SWT menjelaskan bermaksud:

Maksudnya : “Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda

kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam terbentang luas ini) dan

pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa al-

Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan

belum cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan

tiap-tiap sesuatu?” (Surah Fushshilat, ayat 53).

Pengkaji Barat yang selama ini bermegah dengan doktrin bahawa agama dan

sains terpisah, terpaksa mengakui kebenaran al Quran. Agama Islam adalah

panduan dan cara hidup. Sebab itu, al Quran memberikan gambaran

menyeluruh berkaitan kehidupan manusia.

Disebabkan kandungan al Quran tidak mampu dijelaskan sepenuhnya oleh

sesiapa, maka ia memberi peluang untuk manusia sepanjang masa tidak putus2

membongkar segala rahsia yang terkandung di dalamnya.

Semakin banyak penafsiran dibuat, maka lebih banyak manfaat yang diperoleh

melaluinya, biarpun di atas perkara yang sama. Memang satu perkara yang

amat istimewa apabila satu perkataan atau ayat yang sama di dalam al Quran

ditafsir dalam makna yang berbeza-beza oleh para ulama.

Perbezaan itu memberi peluang meningkatkan lagi kelebihan dan kebaikan di

sebaliknya. Bagaimanapun, ini tidak pula bermakna seseorang itu boleh

Page 8: tafsir

menafsirnya dengan sesuka hati untuk kepentingan peribadi dan kumpulan

tertentu. Sesungguhnya amat celakalah sesiapa menggunakan al-Quran dengan

niat menjermuskan kepada kesesatan.

Firman Allah menjelaskan mengenainya dalam surah an-Nahl, ayat 64

Maksudnya : “Dan Kami tidak menurunkan kepadamu al-Kitab (al-Quran) ini

melainkan agar kamu dapat menjelaskan kepada mereka apa yang mereka

perselisihkan itu dan menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.”

Allah menegaskan agar manusia sentiasa mengkaji, memahami dan

menggunakan segala anugerahnya untuk kebaikan. Segala apa yang dicipta

oleh Nya dalam keadaan sempurna dan ini dapat manusia perhatikan melalui

pengamatan dan fikiran yang terbuka.

Biarpun secara umumnya ilmu yang terkandung dalam al Quran sudah banyak

dikaji oleh para sainstis, namun masih banyak yang tersembunyi. Al Quran

masih releven dan akan terus releven sepanjang zaman untuk dijadikan panduan

dalam semua bidang, termasuklah berkaitan sains dan teknologi.

Justeru, al Quran perlu terus dibaca dan diulang-ulang bacaannya. Semakin

dibaca dan diulang-ulang, maka semakin banyak kebaikan diperoleh. Menggali

khazanah al-Quran tidak akan habis-habis sampai bila-bila. Selagi dikaji dan

dibongkar rahsia yang terkandung di dalam al Quran, manusia akan merasakan

betapa besarnya kekuasa Allah dan kerdilnya manusia.

Page 9: tafsir

3.0 Mentafsir surah an nisa’ ayat 11 – 12 dan membina peta minda

pembahagian pusaka mengikut faraid.

surah an nisa’ ayat 11 – 12

Page 10: tafsir

11. Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-

anak kamu, Iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang

anak perempuan. tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka

bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta Yang ditinggalkan oleh si mati.

dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu

perdua (separuh) harta itu. dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari

keduanya: satu perenam dari harta Yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati

itu mempunyai anak. tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang Yang

mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu

pertiga. kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-

beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (pembahagian itu) ialah

sesudah diselesaikan wasiat Yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah

dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak

mengetahui siapa di antaranya Yang lebih dekat serta banyak manfaatnya

kepada kamu (pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-

Page 11: tafsir

masing seperti Yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; Sesungguhnya

Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

12. dan bagi kamu satu perdua dari harta Yang ditinggalkan oleh isteri-isteri

kamu jika mereka tidak mempunyai anak. tetapi jika mereka mempunyai anak

maka kamu beroleh satu perempat dari harta Yang mereka tinggalkan, sesudah

ditunaikan wasiat Yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya.

dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta Yang kamu

tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. tetapi kalau kamu mempunyai

anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta

Yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat Yang kamu wasiatkan, dan

sesudah dibayarkan hutang kamu. dan jika si mati Yang diwarisi itu, lelaki atau

perempuan, Yang tidak meninggalkan bapa atau anak, dan ada meninggalkan

seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-

tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. kalau pula mereka (saudara-

saudara Yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu

pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki Dengan perempuan), sesudah

ditunaikan wasiat Yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan

hutangnya; wasiat-wasiat Yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan

mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari

Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.

Page 12: tafsir

Tafsir ibnu katsir surah an nisa’ ayat 11 – 12

ayat 11

Ayat yang mulia ini serta ayat-ayat sesudahnya dan ayat penutup surat ini

adalah ayat-ayat mengenai ilmu faraid (pembahagian warisan). Dan ilmu faraid

tersebut diistinbatkan dari tiga ayat ini dan hadis2 yang menjelaskan hal

tersebut sebagai tafsirnya. Sebahagian dari apa yang berkaitan dengan tafsir

masalah ini akan disebutkan. Sedangkan berkenaan dengan keputusan masalah,

huraian perbezaan pendapat dan dalil - dalilnya serta hujjah2 yang dikemukakan

oleh para imam, tempatnya adalah dalam kitab-kitab hukum.

Sesungguhnya telah datang anjuran mempelajari ilmu faraid, dan pembahagian2

tertentu ini merupakan hal yang terpenting dalam ilmu itu. Terdapat hadis yang

diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah, dari Abdullah bin `Amr secara

marfu’: “Ilmu itu ada tiga, sedangkan selainnya adalah keutamaan (pelengkap);

Ayat yang muhkam, sunnah yang pasti atau faraid yang adil.”

Ibnu `Uyainah berkata: “Faraid disebut sebagai setengah ilmu, karena semua

manusia diuji olehnya.”

Ketika menafsirkan ayat ini, al-Bukhari meriwayatkan dari Jabir bin`Abdillah,

ia berkata: “Rasulullah dan Abu Bakar yang sedang berada di Bani Salam

menjengukku dengan berjalan kaki. Lalu, beliau menemukanku dalam keadaan

tidak sedarkan diri. Maka beliau meminta air untuk berwudhu dan

memercikkannya kepadaku, hingga aku sedar. Aku bertanya: “Apa yang engkau

perintahkan untuk menguruskan hartaku ya Rasulullah?” Maka turunlah ayat:

yuushiikumullaaHu fii aulaadikum lidz-dzakari mitslu hadh-dhil untsayain

(“Allah mensyariatkan kepadamu tentang [pembahagian waris untuk] anak-

Page 13: tafsir

anakmu. iaitu, bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang

anak perempuan.”)

Firman Allah: yuushiikumullaaHu fii aulaadikum lidz-dzakari mitslu hadh-dhil

untsayain (“Allah mensyariatkan kepadamu tentang [pembahagian waris untuk]

anak-anakmu. iaitu, bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua

orang anak perempuan.”) ertinya, Dia memerintahkan kalian untuk berbuat adil

kepada mereka. Kerana, dahulu orang-orang Jahiliyyah memberikan seluruh

harta warisan hanya untuk lelaki, tidak untuk wanita. Maka, Allah swt,

memerintahkan kesamaan di antara mereka dalam asal hukum waris dan

membezakan bahagian di antara dua jenis tersebut, di mana bahagian lelaki

sama dengan dua bahagian perempuan. Hal itu disebabkan karena lelaki

memerlukan pemenuhan tanggung jawab nafkah, keperluan, serta beban

perdagangan, usaha dan risiko tanggung jawab, maka tepat sekali jika ia

diberikan dua kali ganda daripada yang diberikan kepada wanita.

Sebahagian ulama mengambil istinbat dari firman Allah Ta’ala ini, “Allah

mensyariatkan bagimu tentang(pembahagian waris untuk) anak-anakmu. iaitu,

bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak

perempuan.” Bahwa Allah lebih sayang kepada makhluk-Nya daripada seorang

ibu kepada anaknya. Di mana Allah mewasiatkan kepada ibu bapa tentang anak-

anak mereka. Maka dapatlah diketahui bahwa Allah lebih sayang kepada

mereka daripada mereka sendiri.

Di dalam hadis sahih dijelaskan bahwa beliau pernah melihat seorang tawanan

wanita yang dipisahkan dari anaknya. Maka ia berkeliling mencari-cari

anaknya. Tatkala ia menemukannya dari salah seorang tawanan. Ia pun

mengambilnya, mendekapnya dan menyusukannya, maka Rasulullah bertanya

kepada para Sahabatnya: “Apakah kalian berpendapat bahwa wanita ini

sanggup akan membuang anaknya ke dalam api dan ia pun mampu melakukan

Page 14: tafsir

hal itu?” Mereka menjawab: “ Tidak ya Rasulullah ” Beliau bersabda: “ Demi

Allah, sesungguhnya Allah lebih penyayang kepada hamba-hambaNya dari

pada wanita ini kepada anaknya.”

Dalam masalah ini, al Bukhari meriwayatkan dari Ibnu `Abbas, ia berkata: “

Dahulu, harta itu untuk anak, sedangkan wasiat untuk kedua orang tua, maka

Allah menghapuskan hal tersebut apa yang lebih dicintaiNya, lalu dijadikan

bahagian lelaki sama dengan dua bahagian perempuan, menjadikan setiap satu

dari orang tua 1/6 atau 1/3, untuk isteri 1/8 atau 1/4 dan untuk suami 1/2 atau

1/4.”

Firman-Nya, fa in kunna nisaa-an fauqats-nataini falaHunna tsulutsaa maa

taraka (“ Dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, maka bagi

mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan.”) Diperolehnya bahagian dua

anak perempuan dua pertiga adalah diambil dari hukum bahagian dua saudara

perempuan dalam ayat terakhir (dua dari surah an-Nisaa’ ini ), kerana di

dalamnya Allah menetapkan saudara perempuan dengan dua pertiga. Apabila

dua orang saudara perempuan mendapatkan dua pertiga, maka memberikan

waris dua pertiga kepada anak perempuan jelas lebih utama. Sebagaimana pada

penjelasan yang lalu di dalam hadis Jabir bahwa Rasulullah menetapkan dua

pertiga untuk dua orang puteri Sa’ad bin Rabi’.

Begitu pula firman Allah: wa in kaanat waahidatan falaHan nisfu (“Jika anak

perempuan itu seorang saja, maka ia memperoleh setengah harta.”) Seandainya

dua orang anak perempuan mendapatkan setengah harta, nescaya akan

disebutkan pula dalam al quran. Untuk itu dapat disimpulkan, apabila bahagian

seorang anak perempuan disebutkan, maka hal tersebut menunjukkan bahwa

dua anak perempuan sama hukumnya dengan hukum tiga anak perempuan.

Firman Allah: wa li abawaiHi likulli waahidim minHumas sudusu (“Dan untuk

dua orang ibu bapa, bagi masing-masingnya satu per enam dari harta yang

Page 15: tafsir

ditinggalkan.”) Dua ibu bapa memiliki beberapa keadaan dalam menerima

warisan.

Pertama, keduanya bergabung bersama anak-anak (jenazah), maka masing-

masing memperoleh seperenam. Jika jenazah tidak meninggalkan ahli waris

kecuali satu orang anak perempuan, maka bagi anak perempuan adalah setengah

dan masing-masing ibu bapa mendapat satu per enam, sedangkan bapa

mendapat satu per enam baki yang lain. Sehingga bapa memiliki bahagian tetap

dan ashabah.

Kedua, dua ibu bapa adalah satu - satunya ahli waris, maka untuk ibu

mendapatkan satu per tiga, sedangkan bapa mendapatkan bahagian bakinya

(ashabah murni). Dengan demikian, bererti bapak mengambil dua kali ganda

dari ibu, iaitu dua pertiga. Jika bersama keduanya terdapat suami atau isteri

(jenazah), maka suami mendapatkan setengah, sedangkan isteri satu per empat.

Para ulama berbeza pendapat, apa yang akan didapatkan ibu setelah itu? Dalam

hal ini terdapat tiga pendapat; Salah satunya adalah bahwa ibu mendapatkan

satu per tiga baki dalam dua masalah (di atas). Kerana harta baki, seolah-olah

seperti seluruh harta warisan, jika dihubungkan pada keduanya. Sesungguhnya

Allah swt. telah menetapkan bagi ibu itu setengah dari apa yang diperoleh bapa.

Maka ibu memperoleh satu per tiga dan bapa mengambil bakinya, iaitu dua per

tiga. Inilah pendapat Umar, Usman dan salah satu dari dua riwayat yang paling

sahih dari Ali serta pendapat Ibnu Mas’ud, dan Zaid bin Tsabit, iaitu pendapat

tujuh orang ahli fiqih, empat Imam madzhab dan Jumhur ulama. Dan itulah

pendapat yang sahih.

Ketiga, dua ibu-bapa bergabung bersama beberapa orang saudara lelaki, baik

sekandung, sebapa atau seibu. Mereka memang tidak mendapatkan warisan

sedikit pun jika bersama bapa, akan tetapi mereka telah menghalang ibu

Page 16: tafsir

memperoleh satu per tiga menjadi satu per enam. Maka, ibu memperoleh satu

per enam, jika bersama mereka tidak ada ahli waris lainnya dan bapa

mengambil bakinya. Sedangkan hukum keadaan dua orang saudara sama

dengan keadaan beberapa orang saudara menurut Jumhur ulama.

Firman-Nya: mim ba’di washiyyatiy yuushii biHaa au dain (“Pembahagian-

pembahagian tersebut sesudah dipenuhi wasiat yang ia buat atau [dan] sesudah

dibayar utangnya.”) Para ulama Salaf dan Khalaf sepakat bahwa utang piutang

lebih didahulukan daripada wasiat. Pengertian tersebut dapat difahami dari

maksud ayat yang mulia ini bila difikirkan lebih dalam.

Firman-Nya: aabaa-ukum wa abnaa-ukum laa tadruuna ayyuHum aq-rabu

laHum naf-‘an (“Tentang orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak

mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfaatnya

bagimu.”) ertinya, Kami telah tentukan bahagian untuk orang tua dan anak2

kalian serta Kami samakan seluruhnya dalam asal hukum mewarisi, berbeza

dengan kebiasaan yang terjadi pada masa Jahiliyyah dan berbeza pula dengan

ketentuan yang berlaku pada masa permulaan Islam, di mana harta adalah untuk

anak2 dan wasiat untuk orang tua, sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Ibnu

`Abbas. Sesungguhnya Allah telah menghapus hal tersebut hingga datangnya

ayat ini, di mana ketentuan untuk masing-masing sesuai dengan keperluan

mereka, kerana manusia terkadang memperoleh manfaat dunia, akhirat atau

keduanya dari bapanya apa yang tidak ia peroleh dari anaknya. Dan terkadang

sebaliknya.

Untuk itu Allah berfirman: aabaa-ukum wa abnaa-ukum laa tadruuna ayyuHum

aq-rabu laHum naf-‘an (“Tentang orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak

mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfaatnya

bagimu.”) ertinya, sesungguhnya manfaat itu dimungkinkan dan diharapkan dari

sini (dari anak) sebagaimana juga dimungkinkan dan diharapkan dari pihak lain

Page 17: tafsir

(bapa). Kerana itu, Kami tetapkan (masing-masing bahagian untuk) kedua belah

pihak serta Kami samakan di antara dua belah pihak itu dalam asal hukum

mewarisi.

Firman-Nya, fariidla-tam minallaaHi (“Ini adalah ketetapan dari Allah.”)

Rincian warisan yang telah Kami sebutkan dan pemberian bahagian warisan

yang lebih banyak kepada sebahagiannya adalah suatu ketetapan, hukum dan

keputusan Allah. Allah Maha mengetahui dan Mahabijaksana yang meletakkan

sesuatu sesuai dengan tempatnya serta memberikan kepada setiap orang yang

berhak sesuai dengan kadarnya. Untuk itu Allah berfirman: innallaaHa kaana

‘aliiman hakiiman (“Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha

bijaksana.”)

Page 18: tafsir

ayat 12

Allah berfirman, “Hai lelaki! kamu berhak memperoleh setengah dari harta

yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, apabila mereka mati tanpa meninggalkan

anak. Dan jika mereka meninggalkan anak, maka kamu memperoleh satu per

empat dari peninggalan mereka setelah dipenuhi wasiat atau hutang.”

Dalam pembahasan yang lalu dijelaskan bahwa hutang di dahulukan daripada

wasiat, setelah itu baru wasiat dan warisan. Hal ini merupakan perkara yang

disepakati oleh para ulama. Dan Allah swt menetapkan bahawa ketetapan

(bahagian) untuk cucu lelaki dari anak lelaki sama dengan ketetapan anak

kandung. Kemudian Allah berfirman: wa laHunnar rubu’u mimmaa taraktum…

(“Para isteri memperoleh seperempat harta yang kamu tinggalkan…”)(Hingga

akhir ayat), baik dalam seperempat atau satu per lapan sama ketetapannya,

apakah untuk satu isteri, dua, tiga atau empat isteri, maka mereka bersekutu

dalam bahagian tersebut. Dan firman-Nya: mim ba’di washiyyatim… (“Sesudah

memenuhi wasiat yang mereka buat.” (Dan seterusnya), pembicaraan masalah

ini sudah berlalu.

Sedangkan firman-Nya: wa in kaana rajuluy yuuratsu kalaalatan (“Jika seorang

lelaki mewariskan kalalah.”) Al-Kalalah diambil dari kata al Iklil (sesuatu yang

mengelilingi seluruh bahagian kepala. Sedangkan yang dimaksud dalam ayat ini

adalah, orang yang hanya memiliki ahli waris dari kaum kerabatnya saja, tidak

ada dari ahli waris pokok (ayah dan seterusnya) atau ahli waris cabang (anak

dan seterusnya). Sebagaimana yang diriwayatkan oleh asy Sya’bi bahwa Abu

Page 19: tafsir

Bakar as Siddiq ditanya tentang al Kalalah, maka ia menjawab: “Al-Kalalah

adalah orang yang tidak memiliki anak dan tidak mempunyai orang tua”. Di

saat `Umar diangkat (menjadi Khalifah) beliau berkata: “Sesungguhnya aku

malu untuk menyelisihi Abu Bakar dalam pendapatnya, al Kalalah adalah orang

yang tidak memiliki anak dan tidak memiliki orang tua.”

Begitulah pendapat yang dikemukakan `Ali dan Ibnu Mas’ud. Telah sahih pula

(pendapat ini) bukan hanya dari satu orang ulama sahaja, di antaranya

Ibnu`Abbas dan Zaid bin Tsabit. Ini pula yang dikemukakan oleh tujuh orang

fuqaha, empat Imam madzhab serta Jumhur ulama Salaf dan Khalaf, bahkan

seluruhnya. Bukan hanya satu ulama yang menceritakan telah terjadinya ijma’

dalam masalah tersebut disamping ada pula hadis marfu’ yang menjelaskannya.

Firman Allah: wa laHu akhun au ukhtun (“Tetapi mempunyai seorang saudara

lelaki atau seorang saudara perempuan.”) ertinya, dari pihak ibu (seibu),

sebagaimana qiraat sebahagian ulama Salaf, di antaranya Sa’ad bin Abi

Waqqash. Demikian pula yang ditafsirkan oleh Abu Bakar as Siddiq yang

diriwayatkan oleh Qatadah. Wa likulli waahidim min Humas sudusu fa in

kaanuu aktsara min dzaalika faHum syurakaa-u fits-tsulutsu (“Maka bagi

masing-masing dari kedua jenis saudara itu satu per enam harta. Tetapi, jika

saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, maka mereka bersekutu dalam

yang sepertiga itu.”)

Saudara seibu berbeza dengan ahli waris lainnya dari beberapa segi:

– Pertama, mereka mendapatkan warisan bersamaan dengan orang yang

lebih dekat kepada jenazah, iaitu ibu.

– Kedua, lelaki dan perempuan dari pihak ibu adalah sama.

– Ketiga, mereka tidak mendapatkan waris kecuali dalam masalah kalalah.

Maka, mereka tidak mendapatkan waris jika bersama bapa, nenek, anak

atau cucu dari anak lelaki.

Page 20: tafsir

– Keempat, mereka tidak mendapat lebih dari satu per tiga sekalipun lelaki

dan perempuannya banyak. Ibnu Abi Hatim mengatakan dari az Zuhri, ia

berkata: “Umar memutuskan bahwa warisan saudara-saudara seibu,

bahagian lelakinya sama dengan dua bahagian perempuannya.” Az Zuhri

berkata: “Aku tidak melihat `Umar menetapkannya kecuali setelah ia

mengetahui hal tersebut dari Rasulullah dan dari ayat ini yang mana

Allah berfirman, “Tetapi, jika saudara-saudara seibu itu lebih dari

seorang, maka mereka bersekutu dalam yang sepertiga itu.

Para ulama berbeza pendapat tentang masalah persekutuan, iaitu suami, ibu atau

nenek, dua orang saudara seibu lain bapak dan satu atau lebih saudara

sekandung. Menurut pendapat Jumhur adalah suami mendapat setengah, ibu

atau nenek satu per enam, saudara seibu lain bapa mendapat satu per tiga serta

dipersekutukan bahagian saudara sekandung di antara mereka sesuai kadar

persekutuan, iaitu sama2 saudara seibu.

Masalah ini pernah terjadi pada zaman Amirul Mukminin `Umar bin al-Khatab,

lalu beliau memberikan setengah untuk suami, ibu satu per enam dan

memberikan satu per tiga untuk saudara seibu lain bapa. Maka, saudara

sekandung bertanya: “Wahai Amirul mukminin, seandainya bapa kami keldai,

bukankah kami tetap dari satu ibu?” Kemudian beliau pun mempersekutukan di

antara mereka. Persekutuan ini sahih pula dari `Usman, iaitu merupakan salah

satu riwayat dari Ibnu Mas’ud, Zaid binTsabit dan Ibnu `Abbas.

Dan inilah mazhab Imam Malik, asy-Syafi’i dan Ishaq bin Rahawaih.

Sedangkan `Ali bin Abi Thalib tidak mempersekutukan bahagian mereka, tetapi

memberikan satu per tiga untuk saudara seibu lain bapa dan tidak memberikan

bahagian apa pun kepada saudara sekandung. Hal itu kerana mereka adalah

`ashabah. Waki’ bin al Jarrah berkata: “Tidak ada yang menyelisihinya dalam

Page 21: tafsir

hal tersebut.” Inilah pendapat Ubai bin Ka’ab dan Abu Musa al-Asy’ari, itulah

pendapat yang masyhur dari Ibnu `Abbas.

Dan firman Allah: mim ba’di washiyyatiy yushaa biHaa au dainin ghaira

mudlaarran (“Sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya [jenazah] atau

sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudharat [kepada ahli

waris].”) ertinya hendaklah wasiatnya itu atas dasar keadilan, bukan atas dasar

kemudharatan, ketidakadilan dan penyimpangan dengan cara tidak memberikan

sebahagian ahli waris, menguranginya atau menambahkannya dari yang telah

ditetapkan oleh Allah. Barangsiapa yang berupaya demikian, maka dia seperti

orang yang menentang Allah dalam hukum dan syariatNya. Kerana itu, para

Imam berbeza pendapat dalam menetapkan wasiat kepada ahli waris, apakah

sahih atau tidak? Dalam hal ini terdapat dua pendapat. Salah satu pendapat

mengatakan tidak sah, kerana mengandung unsur kecurigaan.

Di dalam hadis sahih dinyatakan bahwa Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya

Allah telah memberikan hak kepada yang berhak menerimanya. Maka, tidak ada

wasiat bagi ahli waris.” Inilah madzhab Malik, Ahmad bin Hanbal, Abu

Hanifah dan pendapat lama Imam asy-Syafi’i. Sedangkan dalam pendapat baru

Imam asy-Syafi’i adalah bahawa penetapan wasiat itu sah.

Ghaira mudlaarraw washiyyatam minallaaHi wallaaHu ‘aliimun hakiim

(“Dengan tidak memberi mudharat kepada ahli waris. [Allah’menetapkan hal itu

sebagai] syari’at yang benar-benar dari Allah. Dan Allah Maha mengetahui lagi

Maha penyantun.”)

Page 22: tafsir

membina peta minda pembahagian pusaka mengikut faraid.

mengikut hukum faraid adalah setiap pembahagian harta itu mestilah menepati

syariat dan berlandaskan al quran dan sunnah. Dalam hukum faraid sudah

semestinya melebihkan lelaki daripada perempuan kerana lelaki perlu memberi

nafkah kepada keluarga dan mempunyai banyak tanggungjawab untuk dipikul

sebagai ketua keluarga. namun islam itu indah dan tidak membebankan.

Masyarakat boleh memilih menggunakan adat pepatih dengan melebihkan pihak

perempuan dalam pembahagian harta dengan syarat semua waris bersetuju dan

semua waris perlu ada semasa pembahagian harta pusaka tersebut.

selain itu, dalam adat pepatih harta dibahagi lebih kepada perempuan untuk

mengelakkan perempuan itu dalam keadaan miskin. Namun dalam hukum

faraid pihak perempuan tetap mendapat harta pusaka mengikut kadar yang telah

ditetapkan. Dalam islam sendiri menyuruh kaum lelaki untuk melindungi kaum

wanita agar berada dalam keadaan yang selamat.

Sistem Tanah Adat Perpatih dikatakan dapat memberi perlindungan kepada

kaum wanitanya. Contohnya, kalau berlaku perceraian, tidaklah mereka itu

hidup merempat kerana sekurang-kurangnya mereka memiliki tanah. Orang

lelaki bila berkahwin dengan wanita Negeri Sembilan, mereka suami isteri akan

tinggal di atas tanah adat milik ibu wanita itu dan wanita itu akan mewarisi

tanah adat itu sekiranya ibunya meninggal dunia. Lelaki dan isterinya boleh

tinggal di dalam rumah mertuanya atau membina rumah berasingan di atas

tanah yang sama.

Page 23: tafsir

Oleh itu apabila berlaku perceraian, lelaki itu akan keluar dari rumah yang

dibina di atas tanah adat milik isterinya, sedangkan si isteri terus dapat tinggal

di tanah adat itu tanpa menjejaskan kehidupannya. Dengan itu kaum wanita

dapat perlindungan dari sistem Tanah Adat Perpatih ini.

dalam hukum syariat islam, jika berlaku sesuatu penceraian itu wajib bagi pihak

suami memberi tempat perlindungan kepada bekas isteri dan juga nafkah

kepada isteri dan anak. Jelas sekali bahawa islam tidak langsung menindas

kaum wanita malahan islam sangat membela kaum wanita itu.

Di samping itu, sumber daripada hukum dan adat ini ialah hokum faraid

berdasarkan al quran manakala adat perpatih merupakan berasal daripada

pemikiran nenek moyang kita dahulu. secara amnya ialah hukum faraid ini

berasal daripada allah manakala adat perpatih ini berasal daripada manusia.

penutup

kesimpulannya, hukum faraid merupakan hukum yang dicipta oleh allah yang

terdapat dalam al quran. wajib bagi kita sebagai umat islam untuk mengikuti

segala arahan yang terdapat dalam al quran. namun begitu jika terdapat

persetujuan di antara ahli keluarga untuk tidak menggunakan hukum faraid ini

tidak mengapa. sesungguhnya allah lebih mengetahui apa yang allah tetapkan

berbanding perancangan manusia sendiri. Hukum faraid semestinya

mempunyai kebaikan yang tersendiri. Allah tidak akan menjadikan sesuatu

hukum itu dengan sia 2. Allah telah merancang sebaik-baik perancangan untuk

hambanya.

di samping itu, banyak adat yang wujud di dalam Malaysia hasil pemikiran

nenek moyang kita sendiri. Namun begitu, pemikiran manusia tidak sama

dengan pemikiran allah. kita perlu melebihkan agama berbanding adat. jika

Page 24: tafsir

sesuatu adat itu bertentangan dengan hukum islam maka haram bagi kita

mengikuti adat tersebut.