taburan penduduk

4
KERTAS 2 ( 942/2 ) - Geografi Kemanusiaan Antara tajuk penting ialah faktor-faktor yang mempengaruhi taburan dan kepadatan penduduk dunia. Pada kali ini, calon-calon akan didedahkan pula kepada taburan dan kepadatan penduduk di rantau Asia, khususnya Malaysia. Taburan penduduk dunia berbeza-beza dari satu kawasak dengan satu kawasan yang lain, disebabkan oleh faktor-faktor yang umumnya berkaitan dengan faktor fizikal dan budaya di sesebuah kawasan. Sebagai contoh, taburan penduduk di Asia Tenggara berbeza dengan taburan penduduk di kawasan lain. Hal ini disebabkan cirri-ciri budaya dan fizikal yang mempengaruhinya berbeza. Asia Tenggara merupakan salah satu kawasan yang sesetengahnya berpenduduk padat. Tumpuan penduduk yang padat kebanyakannya bertumpu di kawasan-kawasan yang mempunyai ciri-ciri yang tertentu sahaja. TABURAN PENDUDUK DI ASIA TENGGARA Kawasan Penduduk Padat Di kawasan benua Asia Tenggara, tumpuan kawasan penduduk yang padat terletak di delta-delta sungai utama seperti delta Sungai Mekong. delta Sungai Merah, delta Sungai Chao Phraya dan delta Sungai Irrawady . Faktor-faktor yang menyebabkan kawasan-kawasan ini berpenduduk padat ia1ah: Tanih jenis lanar yang subur sesuai untuk tanaman padi. Adanya kemudahan pengairan, di mana padi boleh ditanam secara intensif untuk menampung keperluan penduduk ramai. Bentuk muka bumi yang landai sesuai untuk petempatan. dan aktiviti pertanian. Terdapat sungai-sungai utama yang digunakan sebagai jalan perhubungan dan pengangkutan semula jadi yang murah. Faktor sejarah - kawasan delta menjadi petempatan awal, dan penduduk bertumpu di sini. Terdapat pelbagai kelebihan berbanding kawasan di peda1aman atau hulu sungai. Di kawasan delta terdapat banyak bandar utarna yang berkembang pesat. Proses urbanisasi pesat sehingga menggalakkan migrasi desa ke kota. Kota atau bandar menjanjikan pelbagai peluang pekerjaan sehingga menarik migrasi ke bandar. Ibu negara menjadi tumpuan migran kerana wujudnya banyak peluang pekerjaan. Terdapat pelbagai bentuk hiburan di kota yang menjadi tarikan penghijrah. Kemudahan awam dan sosia1 seperti di bandar tidak didapati kawasan luar bandar. Banyak pusat pendidikan terutamanya pusat-pusat pengajian tinggi bertumpu di kota. Kepesatan sektor industri di kota menarik banyak tenaga buruh. Terdapat pelabuhan utama untuk import dan eksport contohnya Bangkok dan Pelabuhan Kelang menambahkan kepadatan penduduk. Terdapat tanah gunung berapi lava bes yang subur untuk aktiviti pertanian.

Upload: sriindayati

Post on 06-Jun-2015

6.576 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: taburan penduduk

KERTAS 2 ( 942/2 ) - Geografi Kemanusiaan

Antara tajuk penting ialah faktor-faktor yang mempengaruhi taburan dan kepadatan penduduk dunia. Pada kali ini, calon-calon akan didedahkan pula kepada taburan dan kepadatan penduduk di rantau Asia, khususnya Malaysia. Taburan penduduk dunia berbeza-beza dari satu kawasak dengan satu kawasan yang lain, disebabkan oleh faktor-faktor yang umumnya berkaitan dengan faktor fizikal dan budaya di sesebuah kawasan. Sebagai contoh, taburan penduduk di Asia Tenggara berbeza dengan taburan penduduk di kawasan lain. Hal ini disebabkan cirri-ciri budaya dan fizikal yang mempengaruhinya berbeza. Asia Tenggara merupakan salah satu kawasan yang sesetengahnya berpenduduk padat. Tumpuan penduduk yang padat kebanyakannya bertumpu di kawasan-kawasan yang mempunyai ciri-ciri yang tertentu sahaja. TABURAN PENDUDUK DI ASIA TENGGARA

Kawasan Penduduk Padat • Di kawasan benua Asia Tenggara, tumpuan kawasan penduduk yang padat

terletak di delta-delta sungai utama seperti delta Sungai Mekong. delta Sungai Merah, delta Sungai Chao Phraya dan delta Sungai Irrawady .

• Faktor-faktor yang menyebabkan kawasan-kawasan ini berpenduduk padat ia1ah:

• Tanih jenis lanar yang subur sesuai untuk tanaman padi. • Adanya kemudahan pengairan, di mana padi boleh ditanam secara intensif

untuk menampung keperluan penduduk ramai. • Bentuk muka bumi yang landai sesuai untuk petempatan. dan aktiviti

pertanian. • Terdapat sungai-sungai utama yang digunakan sebagai jalan perhubungan

dan pengangkutan semula jadi yang murah. • Faktor sejarah - kawasan delta menjadi petempatan awal, dan penduduk

bertumpu di sini. • Terdapat pelbagai kelebihan berbanding kawasan di peda1aman atau hulu

sungai. • Di kawasan delta terdapat banyak bandar utarna yang berkembang pesat. • Proses urbanisasi pesat sehingga menggalakkan migrasi desa ke kota. • Kota atau bandar menjanjikan pelbagai peluang pekerjaan sehingga

menarik migrasi ke bandar. • Ibu negara menjadi tumpuan migran kerana wujudnya banyak peluang

pekerjaan. • Terdapat pelbagai bentuk hiburan di kota yang menjadi tarikan penghijrah. • Kemudahan awam dan sosia1 seperti di bandar tidak didapati kawasan luar

bandar. • Banyak pusat pendidikan terutamanya pusat-pusat pengajian tinggi

bertumpu di kota. • Kepesatan sektor industri di kota menarik banyak tenaga buruh. • Terdapat pelabuhan utama untuk import dan eksport contohnya Bangkok

dan Pelabuhan Kelang menambahkan kepadatan penduduk. • Terdapat tanah gunung berapi lava bes yang subur untuk aktiviti pertanian.

Page 2: taburan penduduk

KAWASAN PENDUDUK KURANG PADAT 1. Kawasan sederhana padat terletak di pinggir kawasan berpenduduk padat. 2. Kawasan berpenduduk jarang terletak di kawasan yang mempunyai ciri-ciri

berikut: • Kawasan pedalaman yang terpencil • Kawasan yang bentuk muka buminya kurang sesuai untuk petempatan

kerana berbukit-bukau • Kawasan yang berhutan tebal. • Kawasan yang tanahnya kurang subur untuk aktiviti pertanian. • Kawasan yang sukar dihubungi (lazimnya didiami oleh suku kaum asli

sahaja). • Kawasan yang mempunyai sistem saliran yang tidak baik (contohnya

kawasan paya bakau). • Pulau-pulau yang lokasinya terpencil serta tidak mempunyai potensi untuk

dimajukan. • Kawasan yang kurang atau tiada daya tarikan (potensi) untuk dimajukan

atau dijadikan destinasi pelancongan. • Kawasan yang taburan hujannya tidak sekata ataupun kurang. • Kawasan yang menyulitkan perhubungan dan pengangkutan. • Kawasan yang sering dilanda bencana alam seperti banjir. • Kawasan yang kurang kemudahan sosial dan ekonomi. • Kawasan yang sukar dimajukan atau untuk memajukannya akan

melibatkan kos yang tinggi. • Kawasan yang tidak terdapat banyak sumber alam seperti mineral. • Kawasan yang kurang terdapat peluang pekerjaan atau aktiviti ekonomi. • Kawasan yang sumber-sumber alamnya sangat terhad. • Kawasan yang lokasi atau perletakannya kurang strategik atau sesuai

untuk petempatan. TABURAN PENDUDUK DI MALAYSIA • Taburan penduduk Malaysia tidak sekata. Secara umumnya taburan

penduduk di Malaysia boleh dipecahkan kepada tiga kawasan, iaitu

a) Kawasan berpenduduk padat

b) Kawasan berpenduduk sederhana

c) Kawasan berpenduduk jarang. • Taburan penduduk di Malaysia boleh juga dilihat dari sudut petempatan,

sama ada di bandar dan luar bandar atau berdasarkan wilayah. • Trend taburan penduduk Malaysia lebih kepada penduduk yang bercorak

bandar kerana proses pembandaran yang pesat. • Kawasan yang banyak terdapat sumber semula jadi serta mampu

menawarkan atau membuka peluang pekerjaan. • Dari segi wilayah, tumpuan penduduk ialah di negeri-negeri pantai Barat

Semenanjung Malaysia disebabkan oleh:

a) terdapatnya bandar-bandar utama di kawasan ini.

Page 3: taburan penduduk

b) kawasan tumpuan industri utama

c) kawasan yang banyak menawarkan peluang pekerjaan

d) kawasan yang menjadi pusat pendidikan, terutamanya institusi pengajian tinggi.

e) kawasan yang pesat berkembang

f) kawasan yang menjadi destinasi pelancongan

g) kawasan yang banyak kemudahan awam atau sosial

Kawasan Penduduk Padat di Semenanjung Malaysia. • Di kawasan pantai Barat Semenanjung Ma1aysia, antara kawasan yang

berpenduduk padat ialah:

(a) Pulau Pinang.

(b) Lembah Klang dan Kuala Lumpur.

(c) Lembah Kinta.

(d) Kawasan perindustrian Tampoi dan Johor Bahru

(e) Melaka dan Negeri Sembilan Darul Khusus • Kawasan terpadat yang terletak di Kua1a Lumpur dengan kepadatan

penduduknya melebihi 5000 orang per kilometer persegi. • Selain daripada kawasan-kawasan tersebut, terdapat juga kawasan yang

padat penduduk di Semenanjung Malaysia, yang terletak di Pantai Timur, iaitu

1. Delta Kelantan

2. Delta Terengganu. • Kedua-dua kawasan ini mempunyai kepadatan penduduk seramai 450

orang per kilometer persegi. • Di Sabah dan Sarawak, kawasan yang padat penduduknya terletak di

bandar-bandar utama sahaja seperti di kawasan berikut:

1. Kuching 2. Kota Kinabalu 3. Wilayah Persekutuan Labuan

• Penduduk juga tertumpu di sepanjang pantai kerana kawasannya rendah

dan sesuai bagi petempatan dan kegiatan ekonomi.

Page 4: taburan penduduk

Kawasan Penduduk Sederhana Padat di Semenanjung Malaysia • Kawasan yang berpenduduk sederhana lazimnya terletak di pinggir

kawasan padat penduduk. Kawasan-kawasan berpenduduk padat yang lain terletak di lembah-lembah sungai, seperti lembah Sungai Kelantan, lembah Sungai Pahang dan lembah Sungai Perak.

• Di Sabah, kawasan sederhana penduduk terletak di tanah pamah Pantai Barat, Lembah Kinabatangan dan Semporna.

• Di Sarawak, kawasan sederhana penduduk meliputi kawasan di sekitar Kuching-Serian, dan kawasan Kuching-Sematan.

Kawasan Jarang Penduduk di Semenanjung Malaysia Kawasan jarang penduduk terdiri daripada kawasan peda1aman yang bergunung-ganang dan berhutan tebal. Selain itu, kawasan berpaya juga mempunyai penduduk yang jarang.