tabiat membaca guru_murid um 2005

17
Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya 39 KESAN PROGRAM NILAM TERHADAP TABIAT MEMBAC A MENURUT PANDANGAN MURID DAN GURU WanZahWanAH Universiti Putra Malaysia Fatimah Hashim Universiti Malaya Ismail Sheikh Ahmad Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Tamby Subahan Mohd. Meerah Universiti Kebangsaan Malaysia Sali Zaliha Mustapha Universiti Pendidikan Sultan Idris Fattawi Mokhtar Universiti Teknologi MARA Mohd Sohaimi Hashim Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Abstrak The NILAM (Nodi Ttmii AmaWrMembaca) TrdgfWn was launched tn all Malaysian Primary and Secondary schools in 1999. The program is aimed at instilling the reading habit among school children. It gives recognition to school children who read the most number of books in a year. After six years of implementation, several questions were raised as to the effectiveness of the program in achieving its objectives of encouraging children to read and the efforts made by the schools to inculcate the reading habit. To answer these questions, a survey was done, using stratified random sampling method, on a sample of 3738 teachers and 8010 students from selected public primary and secondary schools throughout the country. The survey was commissioned by the Educational Technology Division, Ministry of Education, Malaysia. This article presents some of the findings of the study based on analysis of questionnaire and interview data. Generally, students are positive about the success of NILAM. Some existing challenges include proper training in managing NILAM, attitudes among teachers and children, and existing facilities for developing a love for reading. However, the views differ among students from urban as opposed to rural schools. This article also discusses the implications for policy and practice.

Upload: roziah-md-amin

Post on 23-Oct-2015

50 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

..

TRANSCRIPT

Page 1: Tabiat Membaca Guru_murid UM 2005

Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya 39

KESAN PROGRAM NILAM TERHADAP TABIAT MEMBAC AMENURUT PANDANGAN MURID DAN GURU

WanZahWanAHUniversiti Putra Malaysia

Fatimah HashimUniversiti Malaya

Ismail Sheikh AhmadUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia

Tamby Subahan Mohd. MeerahUniversiti Kebangsaan Malaysia

Sali Zaliha MustaphaUniversiti Pendidikan Sultan Idris

Fattawi MokhtarUniversiti Teknologi MARA

Mohd Sohaimi HashimBahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

Abstrak

The NILAM (Nodi Ttmii AmaWrMembaca) TrdgfWn was launched tnall Malaysian Primary and Secondary schools in 1999. The programis aimed at instilling the reading habit among school children. It givesrecognition to school children who read the most number of books in ayear. After six years of implementation, several questions were raisedas to the effectiveness of the program in achieving its objectives ofencouraging children to read and the efforts made by the schools toinculcate the reading habit. To answer these questions, a survey wasdone, using stratified random sampling method, on a sample of 3738teachers and 8010 students from selected public primary and secondaryschools throughout the country. The survey was commissioned by theEducational Technology Division, Ministry of Education, Malaysia.This article presents some of the findings of the study based on analysisof questionnaire and interview data. Generally, students are positiveabout the success of NILAM. Some existing challenges include propertraining in managing NILAM, attitudes among teachers and children,and existing facilities for developing a love for reading. However, theviews differ among students from urban as opposed to rural schools.This article also discusses the implications for policy and practice.

Page 2: Tabiat Membaca Guru_murid UM 2005

40 Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

PENGENALAN

Membaca merupakan asas penting kepada penjanaan budaya ilmu dan pembinaantamadun manusia. Dengan membaca, manusia bagaikan mempunyai kunci untukmencapai kesejahteraan diri, masyarakat dan negara. la dapat melengkapkan ikhtiar hidupdalam mengatasi cabaran masa kini dan masa depan. Maka tidak hairanlah kalimah Iqra'diturunkan sebagai wahyu pertama kerana membaca, menyelidik, dan berfikir adalahaktiviti membangun intelek manusia yang utama.

Namun, aktiviti membaca rata-rata di dunia hari ini didapati tidak menggalakkan.Berdasarkan 1999 National Household Education Survey di Amerika Syarikat, 50%daripada populasi yang berumur 25 tahun ke atas hanya membaca surat khabar sekaliseminggu, membaca satu atau dua buah majalah secara tetap dan membaca sebuah bukudalam masa 6 bulan (Eikenberry, 2005), Keadaan yang hampir sama juga wujud di China.Berdasarkan tinjauan yang dijalankan oleh China Publishing Science Research Institutedi seluruh negara China pada tahun 1999, buku merupakan media keempat selepassuratkhabar dan majalah bagi rakyat China dalam mengisi masa senggang mereka. Secaraumum, masa purata yang digunakan untuk membaca semakin menurun kerana masa yangada telah diperuntukkan bagi menonton TV dan bermain permainan video atau komputer(Liu Zhiming, 2000).

Terdapat banyakkajian tentang program bacaan yang telahdilaksanakan (Bamford,1984; Boys, 1987; Dubin & Olshtain, 1977; Grellet, 1981; Hamrick, 1989; Kalb, 1986;Lupardus, 1987; Marbe, 1979; Olshtain, 1976; Susser & Robb, 1989; Tangitau, 1973;Vaughan, 1982). Walau bagaimanapun, kajian eksperimental tentang program membacaberkurangan sekali (selain daripada kajian yang dilaporkan seperti Elley & Mangubhai,1983; Hafiz & Tudor, 1989, 1990; Hamp-Lyons, 1983; Laufer-Dvorkin, 1981; Robb &Susser, 1989; Saragi, Nation & Meister, 1978). Rata-rata kajian menunjukkan walaupunpelbagai langkah diambil dan pelbagai pedagogi diusulkan, memupuk minat membacaadalah satu aktiviti yang sangat mencabar.

Kajian minat membaca di kalangan masyarakat Malaysia yang berumur 16-50tahun oleh Atan Long dan rakan-rakan (1984) turut menunjukkan membaca bukan satuamalan harian. Daripada 20,000 responden, hampir keseluruhan menyatakan mereka tiadamasa tetap membaca akhbar, majalah atau buku. Mereka menghabiskan antara setengahhingga satu jam sehari untuk membaca akhbar dan dua hingga empat jam seminggu untukmembaca majalah atau buku. Lima puluh sembilan peratus responden menyatakan sebabutama mereka tidak membaca adalah kerana mereka tidak ada masa.

Apa yang menarik kajian di atas menunjukkan bahawa masalah kurang membacabukan berpunca daripada masalah kurang kemahiran membaca tetapi berpunca daripadamasalah sikap dan budaya yang tidak mengamalkan tabiat membaca dalam kehidupanseharian. Situasi ini dikenali sebagai "aliteracy" (McDuffee, 2004). McDuffee menjelaskanbahawa aliteracy ialah satu keadaan di mana seseorang itu berkeupayaan membaca tetapitidak ambil peduli atau bosan untuk membaca sama ada untuk tujuan akademik ataupengkayaan ilmu yang akhirnya menyebabkan pembacaan mereka berkurangan setiaphari.

Senario seperti ini tentunya bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Apatahlagi di saat Malaysia sedang berusaha mewujudkan masyarakat yang progresif dan berdaya

Page 3: Tabiat Membaca Guru_murid UM 2005

Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya 41

saing sejajar dengan labelnya sebagai sebuah negara maju menjelang 2020. Justeru,kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil langkah tertentubagi mengatasi masalah tersebut. Salah satu daripadanya ialah dengan mewujudkanProgram NILAM. Program ini beranggapan bahawa cara terbaik untuk memupuk budayamembaca adalah melalui latihan dan bimbingan ketika seseorang individu itu masih kecillagi atau dalam usia kanak-kanak.

Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM)

Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) adalah satu program galakan membacayang sistematik dan berterusan sepanjang tahun bagi mencapai objektif melahirkangolongan 'avid reader' iaitu pembaca tegar yang menjadikan tabiat membaca sebagai satutabiat yang berkekalan dalam diri mereka, Disamping itu, program anjuran KementerianPelajaran Malaysia sejak tahun 1998 ini bertujuan menggalakkan sekolah menjana ideakreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca (Bahagian Teknologi Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia, 1998),

Program ini dilaksanakan dengan menggabungkan pelbagai aktiviti galakanmembaca yang dijalankan di sekolah-sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuaikepada murid yang berjaya mengikuti program ini. Aktiviti galakan membaca yangdimaksudkan adalah seperti Projek Iqra', Program Membaca Amalan Sihat (MAS), ProgramBaca Untuk Tingkat Ilmu (BUKTI), Program Banyak Membaca, Khemah Membaca danKuiz Bestari. Aktiviti ini selalunya dilaksanakan di sekolah-sekolah mengikut kesesuaiandan kewajaran dari segi lokasi, saiz dan kemudahan di setiap negeri.

Dari sudut pengiktirafan pula, Program NILAM membahagikannya kepada duatahap. Tahap pertama ialah Jauhari dan tahap kedua ialah Rakan Pembaca. Pada TahapJauhari, semua aktiviti bertujuan menjurus ke arah penguasaan kemahiran membaca danpemupukan tabiat membaca kendiri yang berterusan. Tahap Rakan Pembaca pula bertujuanmemberi periekanan terhaSap kebolehan murid untuk membimbing dan menarik minatorang lain supaya suka membaca. Pada tahap ini, murid terlibat perlu melaksanakanaktiviti Rakan Pembaca seperti bercerita, bicara buku dan membaca bersama setelahdiberi panduan melalui bengkel dan sesi tunjuk ajar.

Program ini melibatkan semua murid Tahun Satu di sekolah rendah dan pelajarTingkatan Satu atau Peralihan, sejak dari mula hingga tamat persekolahan. Merekadikehendaki merekod bacaan masing-masing dan rekod bacaan ini perlu disahkan olehguru mata pelajaran atau guru-guru lain. Setiap tahun, guru tingkatan atau sesiapayang dilantik oleh pihak pentadbir akan mencatatkan bilangan buku dan membuatcatatan ringkasan tentang bahan yang dibaca dalam buku rekod berkenaan. MaMumatini dikumpulkan sehinggalah murid tersebut menamatkan persekolahannya sebelumpengiktirafan diberikan. Sistem merekod bacaan murid, pemarkahan dan pemberianganjaran dikelolakan secara berpusat.

Dari segi konsepnya, Program NILAM ini amat baik dan selaras dengan dasarkerajaan untuk memupuk dan membina tabiat membaca yang berterusan di kalanganmasyarakat negara ini. Namun setelah enam tahun dilaksanakan, timbul persoalantentang sejauh mana objektif untuk menyemai tabiat membaca ini tercapai. Ini disebabkanmaklum balas awal daripada sekolah-sekolah melalui Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan

Page 4: Tabiat Membaca Guru_murid UM 2005

42 Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) yang dikumpulkan oleh Bahagian TeknologiPendidikan pada tahun 2003 menunjukkan bahawa peratusan murid yang menjayakanprogram ini berada pada tahap yang masih rendah berbanding enrolmen murid.

Laporan Pencapaian Pelaksanaan Program NILAM 2003 yang dibentangkan dalamMesyuarat Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca Kementerian PendidikanMalaysia Bil. 1/2004 pada 10 Februari 2004 pula menunjukkan bahawa jumlah muridsekolah rendah yang melibatkan diri dalam Program NILAM Tahap Jauhari ialah1,934,280 (65.1%) daripada 2,972,887 jumlah murid. Bagi sekolah menengah pula,jumlah murid yang menyertai program ini ialah 1,189,992 (62.5%) daripada jumlahmurid keseluruhannya (1,903,557). Daripada jumlah tersebut, hanya 483,710 (25.0%)murid sekolah rendah mencapai Tahap Jauhari dan 130,461 (12.0%) mencapai TahapRakan Pembaca. Manakala, bagi peringkat sekolah menengah pula, sejumlah 194,574(16.4%) pelajar mencapai Tahap Jauhari dan 41,187 (5.8%) pelajar mencapai TahapRakan Pembaca.

Justeru, pada tahun 2004, Bahagian Teknologi Pendidikan, KementerianPelajaran Malaysia telah mengambil inisiatif melaksanakan satu kajian bagi menilaisecara menyeluruh proses pelaksanaan dan tahap pencapaian matlamat program NILAM.Maklumat ini adalah penting kepada semua pihak dalam merancang dan melaksanakantindakan penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan Program NILAM. Skopkajian keberkesanan program NILAM ini melibatkan lima persoalan utama tetapibagi tujuan penulisan kertas kerja ini, hanya persoalan sejauhmana program NILAMmenggalakkan tabiat membaca menjadi tumpuan perbincangan. Persoalan ini pula dikajidan pandangan guru pelaksana dan murid di sekolah rendah dan menengah.

METODOLOGI

Kajian deskriptif ini menggunakan kaedah tinjauan dan data dikumpul menggunakan soalselidik dan temu bual separa berstruktur yang bertujuan untuk menilai pencapaian objektif ,status pelaksanaan dan input sokongan kepada Program NILAM khususnya persoalantentang kefahaman, proses pelaksanaan, kekangan, cara mengatasi cabaran dan cadanganpenambahbaikan kepada Program NILAM. Jumlah besar responden soal selidik untuksemua negeri dan wilayah ialah 11790. Berdasarkan jumlah besar ini hanya 2670 gurupelaksana dan 8010 murid sekolah rendah dan menengah sahaja yang dikenal pasti untuksoal selidik tersebut. Jumlah besar informan temu bual ialah 47 orang di mana hanya 10guru pelaksana dan 30 murid sekolah rendah dan menengah sahaja yang ditemu bual.Temu bual amat penting untuk menyokong data soal selidik selain mencari penghuraianmendalam dan tema utama untuk setiap persoalan kajian.

Page 5: Tabiat Membaca Guru_murid UM 2005

Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya 43

Sampel Kajian

Pemilihan sampel dibuat berdasarkan persampelan rawak berstrata mengikut negeri,jenis dan lokasi sekolah mengikut Buku Perangkaan Pendidikan 2004 terbitan BahagianPerancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Melalui persampelan ini, 307 buah sekolah rendah yang terdiri daripada SekolahKebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil)telah dipilih disamping 207 sekolah menengah yang terdiri daripada Sekolah MenengahHarian Biasa, Sekolah Menengah Berasrama Penuh dan Sekolah Menengah KebangsaanAgama sebagai sampel kajian. Seramai 3471 (43.4%) orang murid Tingkatan Empat yangberumur 16 tahun bagi sekolah menengah, manakala 4533 (56.6%) orang murid TahunEnam berumur 12 tahun bagi sekolah rendah terlibat dalam kajian ini. Kajian ini jugamelibatkan 1115 guru sekolah menengah dan 1466 guru sekolah rendah. Jadual 1 danJadual 2 menunjukkan profil murid dan guru yang mengambil bahagian dalam kajianini.

Jadual lTaburan Murid Menurut Jantina, Umur; dan Jenis Sekolah

Bilangan Murid

Profil Murid Jumlah MuridSekolah Menengah Sekolah Rendah

Jantina Lelaki 1261 1705 2966

Percmpuan 2210 2828 5038

Umur 12 tahun 4533 4533

16tahun 3471 3471

Jenis SK ~ saso

Sekolah SJKl'-'J 999 999SJK(T) 284 284SMK 3030 30305MBP 165 165SMKA 180 180

Jadual 2Taburan Profil Guru Menurut Jantina, Lokasi dan Jenis Sekolah

.Ciri-ciri Bilangan Guru lumlahDemografi

Sekolah Menengah Sekolah Rendah

lantina Lelaki 298 374 672

Perempuan 817 1092 1909

Page 6: Tabiat Membaca Guru_murid UM 2005

44 Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

Lokasi Bandar 572 774 1346Luar bandar 543 692 1235

Jenis

Sekolah SK 1012 1012SJK(C) 340 340SJK(T) 103 103SMK 1003 1003SMBP 58 58SMKA 54 54

Instrumen kajian

Instrumen kaiian merupakan dua set soal selidik; satu set untuk guru pelaksana dan satuset lagi untuk murid. Bagi meneliti pandangan guru dan pelajar tentang kesan programNILAM terhadap tabiat membaca, 8 item telah dibina bagi setiap set soal selidik dan skalaLikert lima poin digunakan. Nilai koefisien kebolehpercayaan instrumen ini adalah .79.Item-item soal selidik dan temu bual yang digunakan dibina pasukan penyelidik sendiriberdasarkan tinjauan literatur. Data soal selidik diproses menggunakan statistikdeskriptif. Data temu bual dikumpul dan diproses menggunakan cara pendekatan tema.Maklumat daripada temu bual digunakan untuk menyokong maklumat daripada soalselidik selain mendapatkan maklumat tambahan.

DAPATAN

Dapatan kajian ini dikemukakan dengan membentangkan pandangan murid terhadap kesanprogram NILAM ke atas tabiat membaca terlebih dahulu dan diikuti dengan pandanganguru pelaksana.

Pandangan Murid Terhadap Kesan Program NILAM ke Atas Tabiat Membaca

Secara keseluruhan, murid sekolah rendah bersetuju bahawa Program NILAM memberikesan yang positif terhadap tabiat membaca mereka (min = 3.51). Persetujuan yang tinggiditunjukkan oleh semua murid dari semua jenis sekolah rendah terhadap pernyataanbahawa Program NILAM mendorong mereka suka dan banyak membaca sehinggakanmereka mengisi masa lapang dengan membaca (item 1,6 dan 8). Persetujuan yang palingrendah didapati pada item 5 (murid membaca di mana-mana sahaja), Ini menunjukkanmurid memilih tempat untuk membaca, mungkin yang sesuai bagi mereka.

Apabila dibandingkan min antara jenis sekolah rendah, didapati min untuk semuaitem lebih rendah bagi SJK(C) berbanding SK dan SJK(T). Ini mungkin menggambarkanbahawa kesan Program NILAM ke atas tabiat membaca adalah dianggap lebih positifoleh murid SK dan SJK(T) berbanding dengan murid SJK(C). (Sila rujuk Jadual 3).

Analisis varian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pada tahapkepercayaan 99% di antara ketiga-tiga kumpulan murid dalam persepsi mereka mengenaikesan Program NILAM.

Page 7: Tabiat Membaca Guru_murid UM 2005

Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya 45

Jadual 3Kesan Program NILAM Terhadap Tabiat Membaca Menurut Pandangan Murid SekolahRendah

Jenis SekolahBil. Item

SK SJK(C) SJK(T)

1 Program NILAM mendorong saya banyak min 4.53 4.2 4.65membaca. sd ,68 .84 .66

2 Program NILAM mendorong saya membaca min 4.02 3.74 4.32buku setiap hari. sd .88 1.0 .90

3 Program NILAM mendorong saya meminjam min 3.99 3.89 4.25lebih banyak buku. sd .94 1.1 .97

4 Program NILAM menggalakkan saya meminjam min 3.80 3,59 3.69buku di perpustakaan. sd 1.0 1.2 1.3

5 Saya membaca di mana-mana sahaja. min 3.70 3.56 3.66sd .95 1.1 1.1

6 Saya mengisi masa lapang dengan membaca. min 4.46 4.35 4.53sd .75 .85 .85

7 Semenjak Program NILAM dilaksanakan di min 4.36 3.98 4.53sekolah saya semakin banyak membaca buku. sd .83 1.1 .80

8 Program NILAM membuat saya lebih suka min 4.53 4.09 4.67membaca. sd .76 1.0 .70

Nota: Bagi tujuan analisis, skor min telah dikelompokkan seperti berikut: 1,00 - 2.50 = tahap tidak bersetuju, 2.51 - 3.50 =

tahap persetujuan sederhana, 3.51 - 5.00 = tahap persetujuan tinggi.

Jadual 4 pula menunjukkan pandangan murid sekolah menengah terhadap kesan ProgramNILAM ke atas tabiat membaca. Pola persetujuan murid sekolah menengah didapatimenyamai persetujuan murid sekolah rendah kerana min persetujuan bagi item 1, 6 dan8 paling tinggi. Ini menunjukkan Program NILAM berjaya bukan sahaja mendorongpelajar membaca tetapi membaca lebih banyak, serta mengisi masa lapang denganmembaca. Tetapi apabila dibandingkan min persetujuan murid sekolah menengah denganmurid sekolah rendah, didapati min persetujuan murid sekolah menengah lebih rendahbagi hampir kesemua item. Ertinya, tahap persetujuan adalah lebih tinggi bagi muridsekolah rendah. Kemungkinan perkara ini berlaku kerana pelajar sekolah menengah lebihmenumpukan kepada membaca bahan akademik bagi menghadapi dua peperiksaan yangpenting - PMR dan SPM.

Dari sudut lokasi pula, terdapat sedikit perbezaan dalam persepsi pelajar mengenaikesan Program NILAM di antara sekolah menengah bandar dan di luar bandar. Persetujuanpelajar-pelajar di sekolah menengah bandar didapati lebih rendah untuk item no. 3(Program NILAM mendorong saya meminjam lebih banyak buku), item no. 4 (ProgramNILAM menggalakkan saya meminjam buku di perpustakaan) dan item no. 5 (Sayamembaca di mana-mana sahaja) daripada pelajar sekolah menengah luar bandar. Ujian-

Page 8: Tabiat Membaca Guru_murid UM 2005

46 Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

t juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap kepercayaan 99%bagi kedua-dua kumpulan pelajar. Ini menggambarkan bahawa secara amnya ProgramNILAM dianggap lebih positif oleh pelajar-pelajar sekolah menengah di luar bandar. Inimungkin disebabkan lebih penekanan diberikan kepada Program NILAM di sekolah-sekolah tersebut berbanding dengan sekolah-sekolah di kawasan bandar.

Jadual 4Kesan Program NILAM Terhadap Tdbiat Membaca Menurut Pandangan Pelajar SekolahMenengahBil Item Lokasi Sekolah

Bandar Luar Bandar

1 Program NILAM mendorong saya banyakmembaca.

mmsd

3.95.96

4.26.80

2 3

Program NILAM mendorong saya membaca bukusetiap hari.Program NILAM mendorong saya meminjam lebihbanyak buku.

min

sdminsd

3.371.03.451.0

3.71.893.76.93

4 5

Program NILAM menggalakkan saya meminjambuku di perpustakaan.Saya membaca di mana-mana sahaja.

minsdminsd

3.291.13.41

1.1

3.51.953.52.93

6 Saya mengisi masa lapang dengan membaca.Membaca meningkatkan pengetahuan saya.

minsd

3.98.96

4.12.83

7 Semenjak Program NILAM dilaksanakan di sekolahsaya semakin banyak membaca buku.

minsd

3.551.1

3.86.98

8 Program NILAM membuat saya lebih sukamembaca.

minsd

3.671.2

4.04.94

Nota: Bagi tujuan analisis, skor min telah dikelompokkan seperti berikut: 1.00 - 2.50 = tahap tidak bersetuju, 2.51 - 3.50 =

tahap persetujuan sederhana, 3.51 - 5.00 = tahap persetujuan tinggi

Pandangan Guru Terhadap Kesan Program NILAM ke Atas Tabiat MembacaPelajar

Merujuk kepada Jadual 5, secara keseluruhan guru sekolah rendah mendapati ProgramNILAM dapat menyemai tabiat membaca di kalangan murid (item 5) disampingmenggalakkan murid bersaing (item 3) dan mendorong murid lebih banyak membaca(item 4). Min bagi item-item ini adalah yang tertinggi berbanding item-item yang lain.

Page 9: Tabiat Membaca Guru_murid UM 2005

Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya 47

Jadual 5Kesan Program NILAM Terhadap Tabiat Membaca Murid Menurut Pandangan GuruSekolah Rendah

Bil Item Jenis Sekolah Rendah

SK SJK(C) SJK(T)

1 Saya mendapati murid-murid semakin geraarmembaca mdalui Program NILAM.

mmsd

3.90.80

3.73,79

3.85.87

2 Pelaksanaan Program NILAM meningkatkanprestasi akademik sekolah saya.

min

sd

4.03.74

3.85.91

4.05.83

3 Program NILAM menggalakkan pelajar bersainguntuk banyak membaca.

minsd

4.33.63

3.96.77

4.13.77

4 Ganjaran dalam Program NILAM mendorongmurid lebih banyak membaca.

minsd

4.24.73

3.63.92

4.12.71

5 Program NILAM dapat menyemai tabiat membacadi kalangan murid.

minsd

4.36.648

4.21.62

4.30.61

6 Program NILAM menggalakkan murid membacapada masa lapang di sekolah.

minsd

4.23.68

4.12.69

4.15.65

7 Program NILAM berjaya menggalakkan muridyang lemah membaca.

minsd

3.90.82

3.62.90

3.79.91

8 Program NILAM tidak menggalakkan muridcemerlang membaca.

minsd

3.74

1.0

3.83.96

3.811.0

Nota: Bagi tujuan analisis skor, min dikelompokkan seperti berikut: 1.00 - 2.50 = tahap tidak bersetuju, 2.51 - 3.50 = tahap

persetujuan sederhana, 3.51 - 5.00 = tahap persetujuan tinggi.

Namun, keseluruhan guru bersetuju bahawa Program NILAM tidak menggalakkan pelajarcemerlang membaca. Ini mungkin disebabkan pelajar cemerlang sememangnya telah rajinmembaca dan program NILAM tidak member! kesan kepada mereka. Keadaan ini lebihketara di SJKC berbanding sekolah rendah jenis yang lain.

Tahap persetujuan guru SJK(C) juga didapati lebih rendah terhadap keseluruhan itemberbanding guru SK dan SJK(T). Ini mungkin disebabkan penekanan terhadap ProgramNILAM di SJK(C) tidak sekuat di SK dan SJK(T). Jadual 5 menunjukkan kedudukantahap persetujuan ini.

Guru sekolah menengah turut memberi persetujuan yang tinggi bahawa ProgramNILAM dapat menyemai tabiat membaca di kalangan pelajar (min = >4,12). BerdasarkanJadual 6, didapati guru SMKA mempunyai persepsi yang lebih tinggi terhadappelaksanaan Program NILAM. Min yang tinggi didapati pada item 3,4,5 dan 6 yang jelasmenunjukkan guru sekolah ini bersetuju bahawa program NILAM dapat menggalakkanpelajar bersaing untuk membaca, membaca lebih banyak, menyemai tabiat membaca danmembaca pada masa lapang. Bagaimanapun, kesemua guru sekolah menengah bersetujubahawa Program NILAM tidak menggalakkan murid cemerlang membaca.

Page 10: Tabiat Membaca Guru_murid UM 2005

48 Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

Jadual 6Kesan Program NILAM Terhadap Tabiat Membaca Pelajar Menurut Pandangan GuruSekolah MenengahBil Item Jenis Sekolah Menengah

SMK SMKA SBP

1 Saya mendapati murid-murid semakin gemarmembaca melalui Program NILAM.

rmnsd

3.29.96

3.49.93

3.24.97

2 Pelaksanaan Program NILAM meningkatkanprestasi akademik sekolah saya.

minsd

3.68.92

3.79.80

3.79.74

3 Program NILAM menggalakkan pelajarbersaing untuk banyak membaca.

minsd

3.84.88

4.07.78

4.02.60

4 Ganjaran dalam Program NILAM mendorongmurid lebih banyak membaca.

minsd

3.81.93

4.02.90

3.91.77

5 Program NILAM dapat menyemai tabiatmembaca di kalangan murid.

minsd

4.10.74

4.18.66

4.23.47

6 Program NILAM menggalakkan muridmembaca pada masa lapang di sekolah.

minsd

3.93.81

4.05.58

4.04.66

7 Program NILAM berjaya menggalakkan muridyang lemah membaca.

minsd

3.63.94

3.90.77

3.83.71

8 Program NILAM tidak menggalakkan muridcemerlane membaca.

minsd

3,51.98

3.401.0

3.511.1

Nota: Bagi tujuan analisis skor, min dikelompokkan seperti berikut: 1.00 - 2.50 = tahap tidak bersetuju, 2.51 - 3.50 = tahap

persetujuan sederhana, 3.51 - 5.00 = tahap persetujuan tinggi.

Hubungkait Pelaksanaan dengan Dapatan Tentang Kesan Program NILAMTerhadap Tabiat Membaca

Dapatan kajian telah memberi gambaran tentang pandangan murid dan guru terhadapProgram NILAM dan ia dapat dirumuskan seperti berikut:

• Secara umum, murid dan guru sekolah rendah dan menengah berpandanganpositif tentang keupayaan program NILAM dalam memupuk tabiat membaca.

• Secara keseluruhannya program NILAM berjaya bukan sahaja mendorong pelajarmembaca tetapi membaca lebih banyak, serta mengisi masa lapang denganmembaca terutama di sekolah luar bandar.

• Namun, persepsi positif murid sekolah rendah lebih tinggi daripada murid sekolahmenengah.

• Persepsi positif murid ini juga berbeza-beza antara sekolah kebangsaan dengansekolah jenis kebangsaan dan sekolah menengah bandar dengan luar bandar.

- Murid SK dan S JK(T) lebih positif terhadap program NILAM berbandingmurid SJK(C).

Page 11: Tabiat Membaca Guru_murid UM 2005

Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya 49

- Murid sekolah luar bandar lebih positif terhadap program NILAMberbanding murid sekolah bandar.

• Tahap persetujuan guru SJK(C) lebih rendah daripada guru SK dan SJK(T).• Persepsi guru SMKA lebih positif berbanding guru sekolah menengah yang lain.• Menurut pandangan guru di sekolah rendah dan menengah, program NILAM

tidak menggalakkan murid cemerlang membaca.• Matlamat program NILAM dalam memupuk tabiat membaca belum tercapai

sepenuhnya.

Jika dibanding dapatan kajian NILAM ini dengan dapatan kajian pembacaan ekstensifseperti di Sanaa, Yaman (Davis, 1995) dan 'The Book Flood Project' oleh Elley danManghubai (1983) di Fiji dan Singapura (Elley, 1991) dan 'Guided Extensive ReadingProgramme' oleh Ratnawati Mohd Asraf dan Ismail Sheikh Ahmad(2003) di Malaysiatemyata terdapat banyak persamaan dari segi kesan positif sesuatu program membacaseperti peningkatan kepada sikap suka membaca itu sendiri selain peningkatan penguasaanbahasa dan prestasi akademik. Kajian Krashen (1993) terhadap membaca secara sukarela(voluntary reading) di dalam dan luar sekolah pada banyak negara merumuskan bahawamembaca perseorangan secara sukarela dan berterusan (sustained independent reading)menghasilkan kefahaman membaca, stail menulis, perbendaharaan kata, ejaan danperkembangan nahu yang lebih baik. Hayashi (1999) juga mendapati bahawa pembacaanekstensif memberi kesan yang positif dalam aspek kemahiran membaca dan nahu didalam bahasa Inggeris oleh pelajar universiti di Jepun jika dibandingkan dengan merekayang kurang membaca.

Gambaran yang lebih jelas dan rumusan lebih tepat dapat dibuat apabila dapatandi atas dibandingkan dengan dapatan bersumberkan responden guru besar dan gurupenyelaras dari sudut pelaksanaan Program NILAM.

Pandangan Guru Besar dan Guru Penyelaras Terhadap Tatacara PelaksanaanProgram NILAM

Kajian ini juga memungut data kualitatif tentang pelaksanaan program melalui soalanterbuka dan temu bual separa berstruktur dengan guru besar dan guru penyelaras.Persoalan kajian seperti kefahaman, proses pelaksanaan, kekangan, cara mengatasicabaran dan cadangan penambahbaikan diguna pakai untuk mendapatkan maklumatkualitatif tersebut. Pemilihan sampel secara rawak berstrata berasaskan populasi sekolahrendah dan menengah seluruh negara menghasilkan sejumlah 534 orang guru besar danpengetua dan 534 orang guru penyelaras.

Berdasarkan hasil analisis didapati wujud langkah-langkah tertentu yang diambiloleh kedua-dua pihak ini dalam melaksanakan Program NILAM. Langkah-langkahtersebut adalah seperti berikut:

1. Menubuhkan jawatankuasa pelaksana atau jawatankuasa program NILAM diperingkat sekolah.Jawatankuasa ini dianggotai oleh guru PSS, guru Bahasa Melayu dan guruBahasa Inggeris. Jawatankuasa ini dipertanggungjawabkan melaksanakanProgram Nilam. Penubuhan jawatankuasa ini berdasarkan garis panduanyang dikeluarkan oleh BTP.

Page 12: Tabiat Membaca Guru_murid UM 2005

50 Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

2. Mengadakan mesyuarat guru.Mesyuarat ini diadakan bagi tujuan:

• Merancang dan melaksanakan aktiviti program NILAM• Menetapkan satu waktu dalam jadual waktu untuk masuk ke

perpustakaan (diambil daripada subjek bahasa)• Mengadakan taklimat kepada murid, dan ibubapa• Menentukan kursus untuk diikuti oleh guru• Menjalankan pemantauan dan penilaian• Mendapatkan kerjasama Penyelaras PSS untuk menentukan bahan

bacaan adalah mencukupi, mengurus pinjaman pukal dan individudan mempromosi pelajar menggunakan PSS

3. Menyediakan rekod dan pelaporanDalam konteks ini, pelajar telah dijelaskan agar merekod bacaan mereka danrekod ini akan disahkan oleh guru pelaksana yang terdiri daripada guru BM,BI dan BC. Setelah itu rekod-rekod dikumpul, dianalisis dan disimpan.

4. Mengadakan promosi dan insentif.Untuk menggalakkan pelajar melibatkan diri dengan program ini, sudutNILAM diadakan di dalam kelas dan tempat-tempat lain di kawasan sekolah.Selain itu, papan skor kelas disediakan dan bulan membaca dianjurkan olehsekolah. Anugerah diberikan kepada pelajar pada perhimpunan mingguan,bulanan dan pada hari anugerah.

Berdasarkan paparan dapatan di atas, kelihatan bahawa tatacara yang dilaksanakan olehpengetua, guru besar dan guru penyelaras yang dikaji adalah sejajar dengan saranan dalambuku panduan Program NILAM. Ini bermakna tatacara yang ditentukan boleh dianggapsesuai untuk dilaksanakan oleh sekolah. Namun, ini tidak bermakna tatacara ini dapatdilaksanakan dengan lancar memandangkan terdapat pelbagai cabaran dan kekanganyang dihadapi seperti kewangan, pengurusan, pemantauan dan kemudahan. Perkara inidapat dilihat dengan jelas apabila kesediaan guru pelaksana ditinjau.

Kesediaan Guru Pelaksana Melaksanakan Program NILAM di Sekolah

Sebelum melihat kepada kesediaan guru melaksanakan Program NILAM di sekolah,pasukan pengkaji cuba mengenal pasti tugas-tugas utama yang dijalankan oleh guru-guru pelaksana dalam melaksanakan Program NILAM di sekolah mereka. Beberapa itemmengenai tugas guru dalam melaksanakan Program NILAM seperti yang terdapat dalambuku panduan NILAM dimasukkan dalam soal selidik guru pelaksana. Responden dimintamenyatakan tahap persetujuan mereka terhadap item-item tersebut dengan menggunakanskala Likert 5 mata. Rumusan respon daripada guru sekolah menengah dan sekolah rendahadalah seperti dalam Jadual 7.

Page 13: Tabiat Membaca Guru_murid UM 2005

Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya 51

Jadual 7Tugas Guru dalam Melaksanakan Program NILAMBil. Item Sekolah

MenengahSekolahRendah

1 Saya memastikan setiap murid memiliki BukuRekod Bacaan NILAM

nunsd

4.10.98

4.58.64

2 Saya memastikan setiap raurid merekod bahanbacaan yang dibaca dalam Buku Rekod BacaanNILAM

IBfflsd

4.01.99

4,49.66

3 Saya memastikan semua murid terlibat dalamProgram NILAM

minsd

4.15.95

4.57.63

4 Saya perlu terlibat dalam menyediakan pelanrancangan pelaksanaan (Rancangan Tahunan)Program NILAM untuk sekolah

minsd

3.511.04

3.73.91

5 Saya perlu merancang program NILAM sepertidirancang oleh pihak sekolah

min sd 3.551.01

3.77.85

6 Saya perlu melaksanakan aktiviti Program NILAMseperti yang dirancang oleh pihak sekolah

minsd

4.00.81

4.22.67

7 Saya membawa murid ke pusat sumber sekolahmengikut jadual yang ditetapkan

minsd

3.721.05

4,30.80

Jadual 7 menunjukkan bahawa bagi guru-guru pelaksana di sekolah menengah, tugasutama mereka dalam pelaksanaan Program NILAM ialah memastikan semua muridterlibat dalam Program NILAM dan memastikan setiap murid memiliki Buku RekodBacaan NILAM. Respon guru-guru pelaksana di sekolah menengah juga menggambarkanbahawa mereka kurang terlibat dalam menyediakan rancangan pelaksanaan tahunan bagiProgram NILAM dalam perancangan aktiviti penambahbaikan. Keadaan yang serupajuga ditunjukkan di kalangan guru-guru sekolah rendah. Namun begitu, min yang lebihtinggi bagi respon guru-guru sekolah rendah mungkin menggambarkan bahawa guru-guru pelaksana di sekolah rendah lebih aktif melaksanakan Program NILAM berbandingdengan guru-guru pelaksana di sekolah menengah. Mungkin kerana itu, persepsi muridsekolah rendah lebih positif berbanding dengan pelajar sekolah menengah.

Di samping tugas-tugas berkenaan pelaksanaan Program NILAM, guru-guru jugadiminta memberikan pandangan tentang kemampuan infrastruktur sokongan dalammembantu melaksanakan program NILAM. Di dalam soal selidik guru pelaksana,responden diminta menyatakan sama ada sekolah mereka mampu melaksanakan ProgramNILAM dari segi bahan bacaan, kakitangan pusat sumber sekolah dan ruang. Bagi setiapelemen tersebut, responden diminta memberikan pandangan dengan menyatakan YA atauTIDAK. Rumusan respon guru tertera dalam Jadual 8.

Page 14: Tabiat Membaca Guru_murid UM 2005

52 Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

Jadual8Kemampuan Infrastruktur Sokongan Dalam Membantu Melaksanakan ProgramNILAM.

Pusat sumber sekolah saya mampumelaksanakan Program NILAM dari aspek

a. Bahan Bacaan

b. Kakitangan Pusat Sumber

c. Ruang

Sekolah Menengah Sekolah Rendah

YA TIDAK YA TIDAK

1033 82 1403 63(92.6%) (7.4%) (95.7%) (4.3%)

680 435 927 539

(61.0%) (39.0%) (63.2%) (36.8%)

833 282 1094 372

(74.7%) (25.3%) (74.6%) (25.4%)

Jadual 8 menggambarkan bahawa di kedua-dua jenis sekolah, guru berpandangan bahawapusat sumber sekolah sangat bersedia dari segi bahan bacaan untuk melaksanakan ProgramNILAM di sekolah mereka. Ini ditunjukkan oleh peratusan yang tinggi (92.6% bagisekolah menengah, 95,7% bagi sekolah rendah) yang menyatakan YA kepada pernyataanberkenaan. Bagaimanapun, respon kurang memberangsangkan kepada dua elemen yanglain, iaitu kakitangan pusat sumber dan ruang. Ini menggambarkan bahawa guru-gurumasih ragu-ragu dengan kesediaan pusat sumber sekolah untuk melaksanakan ProgramNILAM dari aspek kakitangan pusat sumber dan ruang yang disediakan.

Akhir sekali, guru-guru diminta menyatakan sama ada mereka masih memerlukanlatihan untuk melaksanakan program NILAM di sekolah mereka. Jadual 9 memberirumusan respon guru sekolah menengah dan sekolah rendah tentang aspek berkenaan.

Jadual9Keperluan Latihan Untuk Melaksanakan Program NILAM

Sekolah Menengah Sekolah Rendah

YA TIDAK YA TIDAK

Saya perlu diberi latihan

pelaksanaan Program NILAM

dalam (71.8%) (28.2%) (77.6%) 329(22.4%)

Jadual 9 menunjukkan bahawa sebahagian besar guru-guru pelaksana (71.8%) di sekolahmenengah, 77.6% di sekolah rendah) masih memerlukan latihan dalam melaksanakanProgram NILAM di sekolah mereka. Ini menggambarkan bahawa dari segi kemampuanuntuk melaksanakan Program NILAM, sebahagian besar guru-guru masih kurang bersediadan masih memerlukan latihan untuk tujuan tersebut. Kesediaan guru dari segi masa,minat, dan keyakinan terhadap Program NILAM perlu dikaji dengan lebih lanjut.

Cadangan Untuk Meningkatkan Keberkesanan Program NILAM

Daripada analisis dapatan kajian yang dibentangkan, didapati Program NILAM adalahsatu program yang boleh dikatakan telah berjaya pada peringkat sederhana dalam

Page 15: Tabiat Membaca Guru_murid UM 2005

Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya 53

usahanya untuk memupuk tabiat membaca. Data juga menunjukkan masih ada ruanguntuk menambahbaiki program ini dari segi pelaksanaan. (Perlu diingatkan bahawadapatan yang dibentangkan hanya merupakan laporan daripada responden semata-mata.Kajian ini tidak merangkumi pemerhatian tentang bagaimana program ini sebenarnyadijalankan didajam konteks sekolah yang pelbagai.)

Sikap dan motivasi pelbagai pihak di sekolah di dalam menjayakan ProgramNILAM periu diperhalusi. Ini amat penting kerana perubahan kepada pemupukan budayamembaca memerlukan kefahaman yang jelas agar ia memberi impak yang diingini kepadasikap membaca. Latihan mengurus Program NILAM amat penting agar guru penyelarasdan pengurusan sekolah dapat membina budaya membaca yang terancang.

Oleh itu, mungkin salah satu langkah yang perlu diambil dalam masa terdekat iniadalah menjalankan analisis terperinci terhadap bantuan yang diperlukan pihak sekolahsupaya bantuan yang bermakna dapat diberikan. Pihak sekolah berkemungkinan dapatmencadangkan beberapa langkah yang dapat diambil untuk menambahbaiki pelaksanaanProgram NILAM di sekolah masing-masing yang mungkin mempunyai keperluan yangberbeza. Pelajar juga boleh digalakkan untuk mengambil peranan aktif dalam pengurusanNILAM supaya mereka dapat merasakan mereka bertanggungjawab secara langsung(atau mempunyai perasaan ''ownership") dalam menjayakan program ini.

Selain itu, semua pihak yang terlibat perlu diberi pemahaman yang jelas tentangProgram NILAM supaya program ini tidak disalah tafsir dan diketepikan. NILAM perludiintegrasikan dengan budaya dan amalan harian disekolah - bukan dianggap sebagai satuaktiviti tambahan yang membebankan. Dalam suasana yang mementingkan pencapaianakademik, adalah perlu ditegaskan dan dibuktikan bahawa kemahiran membaca bolehmembawa kepada kemahiran belajar. Ini memudahkan pemupukan budaya membaca danpencapaian objektif NILAM.

KESIMPULAN

Program NILAM adalah satu program membaca yang relevan di sekolah kerana iaditerima oleh murid dan guru, khususnya dari sudut menyemai tabiat membaca. Namun,penerimaan ini belum sampai ke tahap yang tertinggi kerana masih wujud masalah dalamaspek pelaksanaannya, terutamanya dari segi keperluan latihan dan kemudahan. Masalahini boleh diperbaiki dengan memahami keperluan murid dan guru. Disamping itu, sikapguru terhadap Program NILAM juga perlu diubah supaya mereka melihat program itusebagai sesuatu yang berfaedah dan memberi kepuasaan. Andainya perkara ini dapatdilaksanakan sebaiknya, tidak mustahil rakyat Malaysia akan memiliki satu budaya yangakan membangunkan negara ini ke arah kemakmuran, iaitu budaya membaca.

Page 16: Tabiat Membaca Guru_murid UM 2005

54 Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

RUJUKAN

Atan Long, Ghazali Othman, Mohd, Yunos Mohd. Nor, Zainal Abidin Ahmad, MohdNoor Abdullah & Yoong Suan. (1984). A survey on the reading habits and interestsof Malaysian people. Kuala Lumpur: DBP.

Bahagian Teknologi Pendidikan. (1998). Program NILAM: Konsep dan panduanpelaksanaan di sekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bahagian Teknologi Pendidikan. (2003). Laporan pencapaian pelaksanaan ProgramNILAM 2003. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bamford, J. (1984). Extensive reading by means of graded readers. Reading in a Foreign

Language, 2, 218-60.Boys, T. (1987, November). Reading English without "translation." Kertas dibentangkan

di JALT '87 Conference, Tokyo.Davis, C. (1995). Extensive reading: An expensive extravagance? English Language

Teaching Journal, 49(4), 329-336.Dubin, R, & Olshtain, E. (1977). Facilitating language learning. New York: McGraw-

Hill.Eikenberry, K. (2005). Ten ways to strengthen your reading habit. Ezine Articles. Dimuat

turun pada Julai 13,2005 daripada http://ezinearticles.comElley, W. B., & Manghubhai, F. (1983). The impact of reading on second language

learning. Reading Research Quarterly, 19, 53-67.Grellet, F. (1981). Developing reading skills; A practical guide to reading comprehension

exercises. Cambridge, UK: Cambridge UP.Hafiz, F. M., & Tudor, I. (1989). Extensive reading and the development of language

skills. ELT Journal, 43,4-13.Hafiz, F. M., & Tudor, I. (1990). Graded readers as an input medium in L2 learning.

System, 18, 31-42.Hamp-Lyons, E. (1983). Developing a course to teach extensive reading skills to

university-bound ESL learners. System, 11,303-12.Hamrick, J. (1989, March). An independent reading component for the ESL reading class.

Paper presented at TESOL '89 Convention, San Antonio, TX.Hayashi, K. (1999). Reading strategies and extensive reading in EFL classes. RELC

Journal, 30(2), 114-132.Kalb, G. (1986). Teaching of extensive reading in English instruction at the senior

gymnasium level. (Die Didaktik des extensiven Lesens im Englischunterricht dergymnasialen Oberstufe). Die Neueren Sprachen, 85,420-430.

Krashen, S. (1993). The power of reading. Englewood, CO: Libraries Unlimited. Laufer-Dvorkin, B. (1981). "Intensive" versus "extensive" reading for improving

university students' comprehension in English as a foreign language. Journal ofReading, 25,40-43.

Liu Zhiming. (2000). Reading is on the rise in China. 100-day Dialogue. Dimuat turunpadaOgos 12, 2005 daripada http://www.honco.net/100day

Lupardus, K. (1987, November). Intensive/extensive reading at the advanced level. Kertasdibentangkan di JALT '87, Tokyo.

Page 17: Tabiat Membaca Guru_murid UM 2005

Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya 55

Marbe, A. (1979). The fourth book is quite easy, (Strategies and techniques for extensivereading). Alon Lemorim LeanglitlEnglish Teachers' Journal (Israel), 21, 38-42.

McDuffee, L. (2004). Motivating middle school students to read - Aliteracy. [AtasTalian]http://www.mapn.org/library.

Olshtain, E. (1976). First steps in extensive reading. Alon Lemorim Leanglit/EnglishTeachers'Journal (Israel), 16,39- 41.

Ratnawati Mohd. Asraf & Ismail Sheikh Ahmad (2003). Promoting English languagedevelopment and the reading habit among students in rural schools through theGuided Extensive Reading Program. Reading in a Foreign Language, 15(2), 83-

102.Robb, T. N., & Susser, B. (1989). Extensive reading vs. skills building in an EFL context.

Reading in a Foreign Language, 5,239-251Saragi, T., Nation, I. S. P., & Meister, G. F. (1978). Vocabulary learning and reading.

System, 6,72-78.Susser, B., & Robb, T. N. (1989). Extensive homework. The Language Teacher, 13(S),

7-9.Tangitau, V. (1973), Intensive and extensive reading. TESL Reporter, 7(1), 7-9.Vaughan, J. L., Jr. (1982). Instructional strategies.Dim A. Berger & H. A. Robinson(Penyt.), Secondary school reading: What research

reveals for classroom practice(pp. 67-84). Urbana, IL: ERIC Clearinghouse on Reading and CommunicationsSkills and the National Conference on Research in English.