tabarruk dalam menghayati hidup a 13.pdf · yang orang bertabarruk dengannya, ... fikiran manusia...

46
TABARRUK DALAM MENGHAYATI HIDUP A llah swt berfirman di dalam Kitab SuciNya, Al-Quran Al- Karim: “Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil, lalu yang hak itu menghancurkannya. Maka dengan serta merta yang batil itu lenyap.” (Al-‘Anbiya’:18) Islam datang menghancurkan kebatilan kehidupan Jahiliyyah. Islam dengan keberkahan petunjuk Al-Quran dan keberkahan Nabi tercinta, Muhammad saw mewujudkan sistem kehidupan Ilahiyyah yang diperkenankan Pencipta segala sesuatu, Allah swt Sistem ini dimartabatkan serta dipeliharakan oleh Pencipta sendiri sehinggakan meratalah pengajarannya ke seluruh pelusuk alam sehinggakan mencakup kehidupan seluruh penciptaan. Sistem Dinullah ini atau kesyumulan hidup ini mengandungi kekayaan yang melimpah ruah bagi kesenangan mengamalkannya sehinggakan terlahirlah para ulama’ dan umara’ yang bertang- gungjawab memikul amanah suci mengamalkan serta menganjurkan umat manusia ke arahnya. Berbekalkan wahyu Ilahi serta peribadi Rasulullah junjungan, dan karya ulama dan usaha umara, sistem ini berkembang hingga kini dianuti berjuta umat manusia khususnya, walaupun mereka dibezakan dengan bentuk dan suasana kehidupan. Antara aspek 272 Bab 13 Kandungan Kandungan

Upload: tranmien

Post on 06-Mar-2019

359 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: TABARRUK DALAM MENGHAYATI HIDUP A 13.pdf · yang orang bertabarruk dengannya, ... fikiran manusia untuk menggali harta dan kekayaan yang ... Tempat – zahirnya seperti tempat-tempat

Mengenal Tasawuf dan Tarekat272

TABARRUK DALAMMENGHAYATI HIDUP

Allah swt berfirman di dalam Kitab SuciNya, Al-Quran Al-Karim:

“Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil,lalu yang hak itu menghancurkannya. Maka dengan sertamerta yang batil itu lenyap.”

(Al-‘Anbiya’:18)Islam datang menghancurkan kebatilan kehidupan Jahiliyyah.

Islam dengan keberkahan petunjuk Al-Quran dan keberkahanNabi tercinta, Muhammad saw mewujudkan sistem kehidupanIlahiyyah yang diperkenankan Pencipta segala sesuatu, Allah swtSistem ini dimartabatkan serta dipeliharakan oleh Pencipta sendirisehinggakan meratalah pengajarannya ke seluruh pelusuk alamsehinggakan mencakup kehidupan seluruh penciptaan.

Sistem Dinullah ini atau kesyumulan hidup ini mengandungikekayaan yang melimpah ruah bagi kesenangan mengamalkannyasehinggakan terlahirlah para ulama’ dan umara’ yang bertang-gungjawab memikul amanah suci mengamalkan serta menganjurkanumat manusia ke arahnya.

Berbekalkan wahyu Ilahi serta peribadi Rasulullah junjungan,dan karya ulama dan usaha umara, sistem ini berkembang hinggakini dianuti berjuta umat manusia khususnya, walaupun merekadibezakan dengan bentuk dan suasana kehidupan. Antara aspek

272

Bab 13Kandungan

Kandungan

Page 2: TABARRUK DALAM MENGHAYATI HIDUP A 13.pdf · yang orang bertabarruk dengannya, ... fikiran manusia untuk menggali harta dan kekayaan yang ... Tempat – zahirnya seperti tempat-tempat

273Tabarruk Dalam Menghayati Hidup

kekuatan pengembangan agama Ilahi ini, satu sudut penting inginkami perbahaskan pada ketika ini bagi menimbulkan kefahamanyang kukuh serta melenturkan kejahilan serta kesalahfahaman didalam menginterpretasi amalan murni ini.

Yang kami maksudkan, adalah persoalan Tabarruk yangmerupakan salah satu aspek ilmu dan pengamalan di dalamsistem kesyumulan hidup yang dinamai Islam yang dianuti paraMuslimin sekalian dari dulu hingga kini.

PENGERTIAN TABARRUK

Dari Segi BahasaTabarruk berasal dari kekata bahasa Arab ‘barakah’ atau

‘barakat’ yang membawa banyak pengertian dari segi bahasa.Antara pengertian kalimat ‘barakah’ dalam istilah bahasa Arabialah:

• Az-Ziyadah & An-Numu ertinya bertambah danmenumbuh

• As-Sa’adah & Kathratul Khair ertinya kebahagiaan &kebaikan yang melimpah;

• Ad-Du’a ertinya permohonan;• Al-Manfa’ah ertinya bermanfaat;

• Al-Baqa’ & Ad-Dawam ertinya kekal & berterusan;

• Al-Taqdis & Al-Tanzih ertinya sesuatu yang suci &sesuatu yang jauh dari kekurangan;

• Al-Muwadzabah ertinya konsisten;

Dari Segi PenggunaanApabila ‘barakah’ memberi pengertian seperti bertambah,

kebaikan, dan kekekalan yang berterusan, maka ia bermaksud:

Kandungan

Page 3: TABARRUK DALAM MENGHAYATI HIDUP A 13.pdf · yang orang bertabarruk dengannya, ... fikiran manusia untuk menggali harta dan kekayaan yang ... Tempat – zahirnya seperti tempat-tempat

Mengenal Tasawuf dan Tarekat274

‘Adanya suatu kebajikan Tuhan yang diletakkan pada sesuatu.’(Tafsir Khazin)

Maka Tabarruk pula bererti seseorang memohon limpahanmanfaat yang bertambah dan berterusan dari Allah swt dengansesuatu yang suci dan jauh dari sifat kekurangan supayamendapat kebahagiaan dan kebaikan yang melimpah di dalamkehidupan ini.

Jika kita ingin memahami pengertian ‘barakah’ secarasaintifik, Amatullah Armstrong di dalam karangannya yangbertajuk ‘Kunci Memasuki Dunia Tasawuf’, istilah ‘barakah’diertikan sebagai:

‘Barakah adalah energi spiritual yang mengaliri segalasesuatu, tetapi paling kuat dalam diri manusia. Semakin sucimanusia, semakin besar pula aliran barakah. Memperkuatdan memperbesar barakah dapat dialami di tempat-tempatsuci, dalam seni suci, dan dalam diri orang-orang yangdisucikan, yang semua itu adalh teofani (suatu bentuktimbulnya kesucian secara lahiriah pada diri seorangmanusia) dan mengungkapkan serta memanifestasikanKetuhanan – di muka bumi ini.’

DALIL-DALIL WUJUDNYA PENGGUNAAN ISTILAHBARAKAH DARI AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

Terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran yang menggunakan istilahbarakah, antaranya:

Kandungan

Page 4: TABARRUK DALAM MENGHAYATI HIDUP A 13.pdf · yang orang bertabarruk dengannya, ... fikiran manusia untuk menggali harta dan kekayaan yang ... Tempat – zahirnya seperti tempat-tempat

275Tabarruk Dalam Menghayati Hidup

‘Dan Dia menciptakan di bumi itu gunung-gunung yangkukuh di atasnya. Dia memberkahinya …..’

(Fusshilat : 10)

‘Maha Suci Allah, yang telah meperjalankan hambaNya padasuatu malam dari Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsha yangtelah Kami berkahi sekelilingnya ….’

(Al-Isra’:1)

‘Maha tatkala dia tiba di(tempat) api itu, diserulah dia:“Bahawa telah diberkati orang-orang yang berada di dekat apiitu, dan orang-orang yang berada di sekitarnya ….’

(An-Naml: 8)

‘Maha Suci Allah yang menjadikan di langit gugusan-gugusanbintang dan Dia menjadikan juga padanya matahari danbulan yang bercahaya.’

(Al-Furqaan: 61)

Kandungan

Page 5: TABARRUK DALAM MENGHAYATI HIDUP A 13.pdf · yang orang bertabarruk dengannya, ... fikiran manusia untuk menggali harta dan kekayaan yang ... Tempat – zahirnya seperti tempat-tempat

Mengenal Tasawuf dan Tarekat276

‘Dan kalau penduduk negeri beriman dan bertaqwa kepadaTuhan, nescaya akan Kami bukakan untuk mereka ‘barakah’dari langit dan dari bumi.”

(Al-Araf: 96)

‘… (Itu adalah) rahmat Allah dan keberkatanNya, dicurahkanatas kamu, wahai ahlulbait!’

(Huud: 73)

‘Dan Al-Quran itu adalah Kitab yang Kami turunkan yangdiberkati, maka ikutilah dia dan bertakwalah agar kamu diberirahmat.’

(Al-An’aam : 155)

“Maka setelah Musa datang ke sana, terdengar ia dipanggil darisebelah kanan lembah, tempat yang sudah diberi “barakah”

Kandungan

Page 6: TABARRUK DALAM MENGHAYATI HIDUP A 13.pdf · yang orang bertabarruk dengannya, ... fikiran manusia untuk menggali harta dan kekayaan yang ... Tempat – zahirnya seperti tempat-tempat

277Tabarruk Dalam Menghayati Hidup

dari pohon kayu: “Wahai Musa! Sesungguhnya Aku iniAllah, Tuhan semesta alam.”

(Al-Qasas: 30)

“Ya Allah, turunkanlah sesuatu yang diberkati dansesungguhnya Engkau sebaik-baik yang menurunkan.”

(Al-Mukminun: 29)

“Dan Kami turunkan dari langit air yang diberi “barakah”(yang banyak manfaatnya), lalu Kami tumbuhkan dengan airitu pohon-pohon dan biji-biji tanaman yang diketam.”

(Qaaf : 9)Nyatalah di dalam Al Quran Al-Karim, penggunaan istilah

yang berdasarkan kekata ‘barakah’ digunakan dalam 9 bentukseperti yang kami nyatakan di atas.

Di dalam As-Sunnah, lintasan istilah ‘barakah’ digunakan diberbagai ketika, baik yang dikatakan oleh Rasulullah saw,mahupun yang dinyatakan para sahabatnya.

Di dalam Hadis Muslim disebutkan:

Kandungan

Page 7: TABARRUK DALAM MENGHAYATI HIDUP A 13.pdf · yang orang bertabarruk dengannya, ... fikiran manusia untuk menggali harta dan kekayaan yang ... Tempat – zahirnya seperti tempat-tempat

Mengenal Tasawuf dan Tarekat278

“Dari Abu Hurairah r.a beliau berkata: Adalah orang Madinahapabila memetik hasil tumbuhan, maka petikan pertama itu dibawakepada Rasulullah saw lalu Baginda berdoa: Ya Allah, berilahkeberkatan pada buah-buahan kami, berkatilah Negara kami, berilahkeberkatan pada sukatan kami dan berkatilah timbangan gantangkami.” (Hadis riwayat Muslim)

Jelaslah sudah istilah ‘barakah’ ini digunakan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah seperti yang tertera di atas. Maka, haruslahdiyakini bahawa istilah ‘barakah’ termasuk dalam istilah yanghidup di dalam Islam itu sendiri.

Dapat kita simpulkan, buat ketika ini, menurut cara istilah‘barakah’ yang digunakan di dalam ayat-ayat Al-Quran dan hadisNabawi, bahawa barakah mengandung erti:

• Barakah itu adalah sesuatu kebaikan yang datang dariAllah swt dan diberikanNya kepada sesuatu atau sesiapayang dikasihi dan disukaiNya;

• Barakah itu ada/wujud dan harus diyakini kewujudannya,sekalipun tidak dapat dilihat dengan mata;

• Barakah itu semata-mata datangnya dari Allah swt., danbukan selainNya.

KATA-KATA ULAMA MENGENAI AMALAN TABARRUK

Al-Ustaz Dr. Hassan As-Syekh Al-Fatih As-Syeikh Qaribullah,seorang ulama Sudan masa kini mengatakan bahawa walau punjika ada orang yang bertabarruk, yang mengikuti orang yangbertabarruk serta yang tidak melakukannya, amalan tabarruk tetapadalah sesuatu pengamalan yang ada dalam syara’ kerana ianyaditerangkan di dalam Al-Quran. Bahkan amalan ini dikuatkandengan wujudnya peninggalan-peninggalan serta benda-bendayang orang bertabarruk dengannya, tanpa mengira masa danketika, bagi keseluruhan umat Nabi Muhammad saw.

Kandungan

Page 8: TABARRUK DALAM MENGHAYATI HIDUP A 13.pdf · yang orang bertabarruk dengannya, ... fikiran manusia untuk menggali harta dan kekayaan yang ... Tempat – zahirnya seperti tempat-tempat

279Tabarruk Dalam Menghayati Hidup

Ianya diperkuatkan lagi dengan kenyataan yang terkandungdi dalam hadis-hadis dalam bentuk kata-kata Nabi, perbuatanNabi serta persetujuan Nabi untuk menguatkan apa yang terteradi dalam Al-Quran mengenai kewujudan serta pengamalantabarruk ini.

Almarhum Prof. Dr. Hamka di dalam Tafsir Al-Azharanyamembincangkan mengenai pengertian ‘barakah’. Beliaumemecahkan barakah kepada dua macam iaitu yang hakiki danyang ma’nawi. Yang hakiki ialah yang berupa hujan membawakesuburan bumi. Ia juga boleh diertikan sebagai daya pembukafikiran manusia untuk menggali harta dan kekayaan yangterpendam di dalam bumi seperti logam, emas dan lain-lain.‘Barakah’ juga boleh merupakan kekuatan urusan manusiamengatur kehidupan dunianya supaya mencapai penyuburan darisudut ekonomi dan sebagainya.

Dari sudut ma’nawi, Prof. Dr. Hamka memahamkan‘barakah’ sebagai timbulnya fikiran-fikiran yang baru danpetunjuk dari Allah, baik berupa wahyu yang dibawa oleh Rasulatau ilham yang ditumpahkan Allah kepada orang-orang yangberjuang dengan ikhlas.

As-Syeikh Muhammad ‘Alwi Al-Maliki Al-Makki Al-Hasany, seorang ulama Mekah masa kini, di dalam kitabnyaMafaahim Yajibu An Tusahhah (Pemahaman-Pemahaman YangWajib Dibetulkan), menyifatkan perbuatan tabarruk sebagai jawaz(harus) serta disyariatkan. Amatlah keliru bagi mereka yangmengatakan bahawa amalan tabarruk ini sebagai bida’ah yangtidak pernah dilakukan Nabi saw serta para sahabatnya, apatah lagimengatakan perbuatan tersebut sebagai syirik dan sesat.

Beliau menekankan bahawa pengamalan ‘tabarruk’ dijalankanberdasarkan kepercayaan atas adanya keistimewaan, kemuliaandan kelebihan pada amalan tersebut sehinggakan amalan yang suciini dapat membawa kepada qurbah (kedekatan) kepada Allah swt.

Kandungan

Page 9: TABARRUK DALAM MENGHAYATI HIDUP A 13.pdf · yang orang bertabarruk dengannya, ... fikiran manusia untuk menggali harta dan kekayaan yang ... Tempat – zahirnya seperti tempat-tempat

Mengenal Tasawuf dan Tarekat280

Kekuatan kepercayaan ini dilandaskan dengan iktiqad bahawasetiap kebaikan dan mudharat hanyalah datangnya dari Allah swt.

Menurut As-Syeikh Muhammad Alwi Al-Maliki,pengamalan berTabarruk ini boleh diadakan melalui 3 unsur:

1. Peninggalan – dinisbahkan kepada sesuatu yang mulia,dianggap mulia dan dicintai manusia;

2. Tempat – zahirnya seperti tempat-tempat yang lain jugatetapi tempat itu menjadi bukti ibadah disebabkan pernahdikerjakan ibadah di tempat itu oleh para Nabi dan salihin.Tempat tersebut telah ditumpahkan rahmah, pernah dihadiriMalaikat, wujud Sakinah …. Inilah yang dicari dari tempat-tempat itu.

3. Individu – penunjuk jalan barakah, hubungan yang hidupdengan yang mati.

Marilah kita menjelajahi jenis-jenis Tabarruk yang ada supayadapat kita menelusuri lebih dalam tentang kewujudan pengamalanmengambil berkat atau ‘barakah’ ini.

JENIS-JENIS TABARRUK

Pertama: Tabarruk Dengan Sesuatu Peninggalan Yang Mulia1. Maqam Rasulullah saw

Dari Abdullah Bin Dinar ra beliau berkata: Aku telah melihatIbnu Umar berdiri depan maqam Rasulullah saw laluberselawat dan memberi salam ke atas Baginda saw, SayyidinaAbu Bakar dan Sayyidina Umar.

2. Hajar Al-AswadDari Abu Saeed, beliau berkata: “Aku berhaji bersama Umarra. Apabila memulai tawaf, dia menghadap batu HajarAswad lalu berkata:

Kandungan

Page 10: TABARRUK DALAM MENGHAYATI HIDUP A 13.pdf · yang orang bertabarruk dengannya, ... fikiran manusia untuk menggali harta dan kekayaan yang ... Tempat – zahirnya seperti tempat-tempat

281Tabarruk Dalam Menghayati Hidup

“Aku tahu engkau ini batu hitam yang tiada memberikan mudaratatau manfaat. Seandainya aku tidak melihat Rasulullah sawmenciummu, maka aku tidak akan menciummu. Lalu diamenciumnya.”

3. Baitullah (Ka’bah)Firman Allah swt dalam Surah Ali ‘Imran ayat 96 menerangkantentang RumahNya yang sentiasa diberkati.

“Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun (tempatberibadat) manusia ialah Baitullah yang berada di Bakkah(Makkah) yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi semuamanusia.”

4. Maqam Nabi Ibrahim asAllah swt memerintah agar dijadikan tempat yang pernahberadanya Nabi Ibrahim as ketika mendirikan Baitullahsebagai musalla (tempat mendirikan solat) dan menyifatkanjuga maqamnya sebagai salah satu tanda-tanda Allah swt. yangnyata di Baitullah. Firman Allah swt dalam Surah Al-Baqarahayat 125:

Kandungan

Page 11: TABARRUK DALAM MENGHAYATI HIDUP A 13.pdf · yang orang bertabarruk dengannya, ... fikiran manusia untuk menggali harta dan kekayaan yang ... Tempat – zahirnya seperti tempat-tempat

Mengenal Tasawuf dan Tarekat282

“Dan ingatlah, ketika Kami menjadikan rumah itu(Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan suatu tempatyang aman. Dan jadikanlah sebahagian dari maqam Ibrahimitu tempat solat.”

“Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata di antaranyaMaqam Ibrahim. Barangsiapa memasukinya (Baitullah) akanamanlah dia.”

(Ali Imran: 97)5. Air Zamzam

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda dalam sebuah hadisnya yangmenerangkan tentang fadhilat air zamzam walaupun padazahirnya ia sama sahaja seperti air-air yang lain. SabdaRasulullah s.a.w.:

“Air zamzam itu menyampaikan segala hajat apabiladiminumnya.”

Kedua: Tabarruk Dengan Tempat IbadahTabarruk dengan tempat ibadah atau mengambil keberkahan

dan fadhilat melaksanakan ibadah di masjid atau tempat-tempatsuci sebagaimana dianjurkan oleh Allah dan RasulNya sepertibersolat di Masjidil Haram, Masjid Rasulullah s.a.w., Masjidil

Kandungan

Page 12: TABARRUK DALAM MENGHAYATI HIDUP A 13.pdf · yang orang bertabarruk dengannya, ... fikiran manusia untuk menggali harta dan kekayaan yang ... Tempat – zahirnya seperti tempat-tempat

283Tabarruk Dalam Menghayati Hidup

Aqsa dan juga masjid-masjid yang pernah Rasulullah sawmendirikan solat. Seperti contoh kata Rasulullah saw:

“Aku adalah penutup sekalian para Nabi, dan Masjidku adalahpenutup sekalian masjid-masjid para Nabi. Dan Masjid yang palingberhak diziarahi dan dikuatkan perjalanan kepadanya ialah MasjidilHaram dan Masjidku. Dan solat di Masjidku lebih baik dari seribu solatdari tempat yang lain kecuali Masjidil Haram.”

“Dari Ibnu Umar r.a. sesungguhnya Nabi saw datang ke masjidQuba pada setiap hari Sabtu berkenderaan atau berjalan kaki. AdalahAbdullah ra pun melaksanakannya.” (Riwayat Al-Bukhari)

“Bersabda Rasulullah saw : Telah mendirikan solat di MasjidKhaif sebanyak tujuh puluh para nabi-nabi termasuk Musa as.”

Di antara contoh tabarruk di suatu tempat yang mulia ialahbertabarruk di tempat yang pernah berada padanya para nabi-nabi,rasul-rasul dan juga para wali-wali Allah. Rasulullah saw sendiribertabarruk dengan mengerjakan solat di beberapa tempatlahirnya para nabi-nabi sebelum Baginda dan juga di tempat-

Kandungan

Page 13: TABARRUK DALAM MENGHAYATI HIDUP A 13.pdf · yang orang bertabarruk dengannya, ... fikiran manusia untuk menggali harta dan kekayaan yang ... Tempat – zahirnya seperti tempat-tempat

Mengenal Tasawuf dan Tarekat284

tempat yang pernah didiami oleh para nabi dan rasul sebelumBaginda saw.

Telah disebutkan dalam sebahagian hadis-hadis yangmenceritakan peristiwa Isra’ dan Mi’raj:

“Diriwayatkan ketika Rasulullah saw dimikrajkan denganmenaiki Buraq serta ditemani oleh Jibril Al-Amin as, merekaberjalan sehingga tiba di suatu tempat lalu Baginda saw disuruhberhenti dan menunaikan solat. Setelah selesai solat danmeneruskan perjalanannya, Jibril bertanya: “Tahukah di manaengkau telah bersolat. Baginda saw menjawab: “Tidak”. BerkataJibril: “Engkau telah solat di Tayyibah yang akan menjadi tempathijrahmu.” Maka seterusnya Buraq berhenti di suatu tempat danNabi saw pun disuruh turun dan solat?” “Tahukah di manaengkau telah bersolat.” Nabi saw menjawab: “Tidak”. Jibrilmenjawab: “Engkau telah solat di Thuur Sina di sisi pohon dimana Allah swt berkata-kata dengan Musa as. Kemudianperjalanan diteruskan dan sekali lagi Buraq berhenti danRasulullah saw disuruh turun dan solat. Kemudian Nabi saw punditanya tentang tempat itu dan menyatakan bahawa baginda tidaktahu. Jibril pun mengatakan; “Sesungguhnya engkau telah bersolatdi Baitullaham, tempat kelahirannya Isa Ibnu Maryam as.

Ketiga: Bertabarruk Dengan Ayat-ayat Al-QuranSebagaimana yang dimaklumi bahawa Al-Quran merupakan

mukjizat Rasulullah saw yang terbesar dan juga menjadi penawarbagi sekalian penyakit. Telah menjadi pengamalan umat Islambertabarruk dengan ayat-ayat tersebut. Sebagaimana jugaRasulullah saw menggalakkan bacaan beberapa surah-surahtertentu dari Al-Quran pada keadaan-keadaan tertentu. FirmanAllah swt dalam Surah Al-Isra’ ayat 82:

Kandungan

Page 14: TABARRUK DALAM MENGHAYATI HIDUP A 13.pdf · yang orang bertabarruk dengannya, ... fikiran manusia untuk menggali harta dan kekayaan yang ... Tempat – zahirnya seperti tempat-tempat

285Tabarruk Dalam Menghayati Hidup

“Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadipenawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalimkecuali kerugian.”

“Dari Aishah r.a. beliau berkata sesungguhnya Rasulullah sawapabila sakit, baginda membaca surah-surah Muawwidzat pada dirinyadan meniup. Maka apabila sakitnya itu bertambah, maka saya yangmembacakannya dan saya usapkan pada tangan baginda denganmengharapkan barakah dari muawwidzat itu.”

“Yaasiin adalah hati Al-Quran. Tidaklah dibaca oleh seorang yangmenginginkan Allah dan hari akhirat kecuali diberi keampunan. Makabacalah kamu ke atas mayat-mayat kamu sekalian.”

Keempat: Bertabarruk Dengan Nama-Nama Rasulullah sawNabi Muhammad saw adalah sebaik-baik dan semulia-mulia

manusia, makhluk ciptaan Allah swt di muka bumi ini. Segalasesuatu yang datang dari Baginda atau yang ada pada diri beliaukesemuanya sangat mulia dan membawa barakah kepada ummahMuhammadiyyah. Ini termasuk juga namanya sendiri dan juganama-namanya yang lain yang dinamakan oleh Allah swt dalamAl-Quran seperti Ahmad, Abdullah, Basheer, Nazeer, Mubeen,Muzakkir dan sebagainya.

Kandungan

Page 15: TABARRUK DALAM MENGHAYATI HIDUP A 13.pdf · yang orang bertabarruk dengannya, ... fikiran manusia untuk menggali harta dan kekayaan yang ... Tempat – zahirnya seperti tempat-tempat

Mengenal Tasawuf dan Tarekat286

Firman Allah swt dalam Surah Al-Jin ayat 19:

“Dan bahawasanya tatkala hamba Allah (Muhammad) berdirimenyembahNya (beribadah), hampir saja jin-jin itu berdesak-desak mengerumuninya.”

Dalam Surah Al-Ghasyiyyah, ayat 21, Allah swt berfirman:

”Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya kamuhanyalah orang yang memberi peringatan.”

Dalam surah Al-Ankabut ayat 50 pula, Allah swt berfirman:

“Katakanlah: “Sesungguhnya tanda-tanda (mukjizat) ituterserah kepada Allah swt dan sesungguhnya aku hanyaseorang yang pemberi peringatan yang nyata.”

Rasulullah saw pernah bersabda:

“Aku Muhammad dan aku Ahmad dan Aku ini Penyelamat yangdiselamatkan Allah swt dari kekufuran, dan aku ini pembangkit yangmana manusia akan bangkit atas kedua kakiku dan aku ini Pembalasdan tiada nabi setelahku.”

Kandungan

Page 16: TABARRUK DALAM MENGHAYATI HIDUP A 13.pdf · yang orang bertabarruk dengannya, ... fikiran manusia untuk menggali harta dan kekayaan yang ... Tempat – zahirnya seperti tempat-tempat

287Tabarruk Dalam Menghayati Hidup

Cerita Bilal Bin Abi Rabbah Bertabarruk Dengan NamaRasulullah saw

Telah diriwayatkan bahawasanya Bilal ra apabila pulang dariSyam ke Madinah setelah wafatnya Rasulullah saw, telah dimintauntuk berazan sebagaimana beliau berazan pada zamanRasulullah saw.

Dari itu, berkumpul ahli Madinah, lelaki dan wanita, dewasadan kanak-kanak untuk mendengar azannya Bilal. Maka apabilabeliau mengatakan “Allahu Akbar Allahu Akbar” orang ramai tiba-tiba menjerit dan menangis. Seterusnya apabila beliau mengatakan“Asyhadu an Laa Ilaaha Illallah”, semua manusia rasa terharu.Apabila beliau mengatakan “Asyhadu anna MuhammadarRasulullah”, sekalian penduduk Madinah menangis dan meraung.Begitu juga keluar sekalian orang-orang yang lemah dan tua sertaanak-anak dara lalu meraung dan menangis, sehingga dirasakanseolah-olah hari wafatnya Baginda Rasulullah saw.

Demikianlah tabarruknya Bilal dengan namanya Rasulullahsaw, sehingga dapat mengembalikan para penduduk Madinah padazaman seolah-olah Rasulullah saw ada bersama mereka.

Kelima : Bertabarruk Dengan Mencium TanganMencium tangan merupakan suatu pengamalan yang

menzahirkan rasa penghormatan dan kasih saying. Jika ditelitipada hakikat dan kembali kepada sunnah dan athar para sahabat,akan kita dapati bahawa mencium tangan para ulama, orang-orangsaleh dan kedua ibu bapa adalah sesuatu yang disyariatkan danjuga sebagai bertabarruk dengan kemuliaan yang ada pada merekajusteru menambahkan lagi rasa penghormatan dan mahabbahterhadap mereka.

Kandungan

Page 17: TABARRUK DALAM MENGHAYATI HIDUP A 13.pdf · yang orang bertabarruk dengannya, ... fikiran manusia untuk menggali harta dan kekayaan yang ... Tempat – zahirnya seperti tempat-tempat

Mengenal Tasawuf dan Tarekat288

“Seorang Yahudi berkata kepada temannya; “Mari kita pergikepada Nabi itu.” Lalu mereka dating kepada Rasulullah saw danbertanya tentang sembilan ayat yang nyata, dan seterusnya sampaidikatakan: Lalu keduanya mencium tangan dan kaki Rasulullah s.a.w.seraya berkata: “Kami bersaksi bahawa engkau adalah Nabi Allah.(Riwayat Imam Ahmad dan At-Tirmizi)

Dari Abu Daud dari Aishah ra beliau berkata:

“Sesungguhnya Fatimah ra apabila Rasulullah saw datang kerumahnya, beliau berdiri, menyambut tangannya dan menciumnya.”

Di keluarkan oleh Al-Hakim dan dibenarkan di dalamMustadrak dari Buraidah:

“Sesungguhnya seseorang datang kepada Nabi saw lalu menciumkepala dan kakinya.”

KESIMPULAN

Sekiranya ada di antara para sahabat yang mencium kaki dantangan Rasulullah saw dalam suatu keadaan, maka ini merupakandalil yang mantap tentang harusnya mencium tangan orang alim,orang yang dihormati, orang-orang saleh dan wali-wali Allah danmencium kakinya.

Sebab hal itu terjadi pada Rasulullah saw, yang mana di dalamdirinya terkumpul segala kebaikan yang murni, manaqib yangterpuji dari ilmu ladunni, dan paling tinggi kedudukannya dalamamanah dan kemuliaan nasabnya. Tiada yang menyamainyadalam salah satu perbuatan dan tanda-tandanya yang khusus.

Kandungan

Page 18: TABARRUK DALAM MENGHAYATI HIDUP A 13.pdf · yang orang bertabarruk dengannya, ... fikiran manusia untuk menggali harta dan kekayaan yang ... Tempat – zahirnya seperti tempat-tempat

289Tabarruk Dalam Menghayati Hidup

Keenam: Bertabarruk Dengan BertahnikDi antara amalan dan perbuatan yang amat dianjurkan dalam

Islam ialah Tahnik iaitu meletakkan manis-manisan di mulut bayiyang baru dilahirkan seperti kurma dan mendoakannya.

Pada zaman Rasulullah saw, para sahabat apabila ada bayimereka yang lahir pada waktu Rasulullah saw berada di Madinah,mereka akan membawa si bayi itu kepada baginda Rasulullah sawdan kemudian Baginda menyuap bayi itu dengan kurma, menyisirrambut kepalanya dengan tangannya yang suci danmendoakannya. Mereka memandang hal itu sebagai hal yangpenuh barakah dan berbangga dengannya. Ibnu Hajr Al-Asqalaniberkata:

“Sesungguhnya setiap bayi yang lahir pada masa hidup Rasulullahsaw selalu diketahui olehnya, sebab setiap orang Ansar selalu membawaanak-anaknya kepada Nabi s.a.w. untuk ditahnik dan diberkati.”

KeteranganPara ahli sunnah mengutip bahawa ketika Rasulullah saw

menguasai Makkah, orang-orang Makkah selalu dating denganmembawa anak dan bayi-bayi mereka agar kepalanya diusapdengan tangannya yang mulia dan didoakan dengan keberkatan.

Tidak diragukan lagi bahawa Rasulullah saw, makhluk pilihanyang paling sempurna, paling mulia, bahkan paling utama di antarapara nabi dan mursalin telah menetapkan wujud sebutan yangpaling masyhur dan paling jelas keberkatannya.

Kandungan

Page 19: TABARRUK DALAM MENGHAYATI HIDUP A 13.pdf · yang orang bertabarruk dengannya, ... fikiran manusia untuk menggali harta dan kekayaan yang ... Tempat – zahirnya seperti tempat-tempat

Mengenal Tasawuf dan Tarekat290

Sesungguhnya beliau lebih utama dan lebih layakbarakahnya. Hal ini telah disaksikan oleh banyak sahabatnya dantelah mengambil barakah darinya dan dari peninggalannya, sertamemberi perhatian dan menitikberatkan akan perkara ini. Padahal,mereka adalah ahli hidayah yang mendapat petunjuk dan suritauladan orang-orang yang soleh.

TABARRUK PARA NABI-NABI SEBELUMRASULULLAH SAW

Pertama: Nabi Adam asNabi Adam as pernah bertabarruk dengan nama Nabi

Muhammad saw ketika memohon keampunan dari Allah swt darikesalahannya. Dari Sayyidina Umar ra katanya Rasulullah sawbersabda:

“Tatkala Adam as melakukan kesalahan, dia bertaubat danberkata; “Wahai Tuhanku, aku memohon dengan hak Muhammadagar Engkau mengampuniku.” Maka Allah bertanya: “Hai Adam,bagaimana engkau mengenali Muhammad sedangkan dia belum akuciptakan?” Adam menjawab; “Wahai Tuhanku, setelah Engkaumenciptakn aku, aku mendongak memandang tiang-tiang arasy di mana

Kandungan

Page 20: TABARRUK DALAM MENGHAYATI HIDUP A 13.pdf · yang orang bertabarruk dengannya, ... fikiran manusia untuk menggali harta dan kekayaan yang ... Tempat – zahirnya seperti tempat-tempat

291Tabarruk Dalam Menghayati Hidup

tertulis Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu pesuruh Allah.Maka aku tahu bahawa Engkau tidak menyertakan namaMu kecualidengan nama orang yang paling Engkau kasihi.” Allah menjawab:“Engkau benar wahai Adam, dia adalah makhluk yang paling Akukasihi. Sekiranya engkau meminta kepadaKu dengan haknya, engkauKu ampuni. Kalau tidak kerana Muhammad, tidaklah Akumenciptakanmu.”

Kedua: Nabi Yusuf asSesungguhnya Nabi Yusuf as pernah melaksanakn amalan

bertabarruk ini dengan baju yang pernah dipakainya, gunamenyembuhkan penglihatan ayahnya, Nabi Ya’kub as. FirmanAllah swt menceritakan tentang peristiwa ini dalam Surah Yusuf93 dan 96:

“Pergilah kamu dengan membawa bajuku ini, lalu letakkanlahdia ke wajah ayahku, nanti ia akan melihat kembali danbawalah keluargamu semuanya kepadaku.”

“Tatkala telah tiba pembawa khabar gembira itu, makadiletakkannya baju itu ke wajah Ya’kub, lalu kembalilah diadapat melihat. Berkata Ya’kub: “Tidakkah aku katakanakepadamu, bahawa aku mengetahui apa yang kamu tidakmengetahuinya.”

Kandungan

Page 21: TABARRUK DALAM MENGHAYATI HIDUP A 13.pdf · yang orang bertabarruk dengannya, ... fikiran manusia untuk menggali harta dan kekayaan yang ... Tempat – zahirnya seperti tempat-tempat

Mengenal Tasawuf dan Tarekat292

Ketiga: Nabi Zakaria asBegitu juga Nabi Zakaria as pernah bertabarruk dan berdoa di

tempat ibadatnya Siti Maryam. Firman Allah swt dalam Surah Ali‘Imran ayat 39:

“Kemudian malaikat Jibril memanggil Zakaria, sedang iaberdiri melakukan solat di mihrab. Katanya: SesungguhnyaAllah menggembirakan kamu dengan kelahiran seorangputeramu Yahya yang membenarkan kalimat yang datangdaripada Allah, menjadi ikutan, Menahan diri dari hawanafsu dan seorang Nabi termasuk keturunan orang-orangsaleh.”

BERTABARRUK DENGAN PERIBADI RASULULLAHSAW

Barangsiapa membaca tentang kehidupan para sahabat Rasulullahsaw, dan tabi’in, nescaya akan mengetahui bahawa merekamengambil berkat dari air wuduk Rasulullah saw dan orang-orangyang tidak mendapatkannya akan merasa kerugian, melainkanmengambil dari kawan-kawannya yang basah dan apa sahaja yangboleh diambil dari tubuhnya. Berkat tersebut boleh diambil dariair liurnya, rambutnya ataupun keringatnya.

Telah dibenarkan dari Urwah bin Mas’ud Ath-Thaqafi didalam riwayat Al-Bukhari dan lain-lain, bahawa dia berkata benarketika menasihati orang-orang Quraisy sewaktu menjadi utusanmereka kepada Rasulullah saw dalam peristiwa perdamaianHudaibiyah.

Kandungan

Page 22: TABARRUK DALAM MENGHAYATI HIDUP A 13.pdf · yang orang bertabarruk dengannya, ... fikiran manusia untuk menggali harta dan kekayaan yang ... Tempat – zahirnya seperti tempat-tempat

293Tabarruk Dalam Menghayati Hidup

‘Wahai kaumku, demi Allah aku pernah menjadi utusanuntuk menghadap Kaisar, Kisra dan Najasyi. Maka aku tidakpernah melihat seseorang yang mengagungkan orang lainsebagaimana yang dilakukan oleh para sahabat Muhammadkepada Muhammad. Dia tidak pernah tertawa sehinggamengeluarkan air liur, kecuali mereka berebut untuk menadahnyadi tangan mereka, kemudian disapukan pada wajah atau kulitmereka. Dan tidak ada sisa-sisa air wudhuknya, kecuali merekaberebut untuk mengambilnya, demi mengharapkan berkatdarinya.’

Pertama: Bertabarruk Dengan Air Wudhu Rasulullah sawAl-Bukhari meriwayatkan dengan sanad dari Jabir

Radiallahu’anhu. Katanya:

‘Rasulullah saw telah datang mengunjungiku, sedangkan waktuitu aku kehilangan ingatanku. Kemudian Baginda berwuduk dan dariair wuduknya aku sembuh. Aku bertanya: ‘Wahai Rasulullah, untuksiapakah harta warisan itu?’ Baginda menjawab: Sesungguhnya yangmewarisi aku adalah Kalalah.’ Maka turunlah ayat fara’idh.’

Iman Al-Bukhari meriwayatkan di dalam Sahihnya dengansanad Jabir bin Abdullah Radiallahu’anhu, katanya:

Kandungan

Page 23: TABARRUK DALAM MENGHAYATI HIDUP A 13.pdf · yang orang bertabarruk dengannya, ... fikiran manusia untuk menggali harta dan kekayaan yang ... Tempat – zahirnya seperti tempat-tempat

Mengenal Tasawuf dan Tarekat294

‘Aku menyertai Nabi Sallallahu ‘alaihi sampai waktu ‘Asarsementara kami tidak mempunyai air kecuali satu gelas sahaja. Makaair itu dituang ke dalam timba, kemudian Nabi Sallallahu ‘alaihiwasallam datang dan memasukkan tangan ke dalamnya. Beliaumembuka jari-jarinya seraya berkata: ‘Ayuh! Berwuduklah, danbarakah dari Allah Subhanahu wa Ta’ala, aku melihat air mengalirdari jari-jarinya. Orang-orang pun berwuduk dan minum. Aku tidakpernah haus selepas itu, maka dari itu, aku tahu bahawa ia benar-benarbarakah.’

Kedua: Bertabarruk Dengan Rambut Rasulullah sawImam Muslim meriwayatkan:

‘Dari Anas Bin Malik, bahawasanya Rasulullah saw sampai diMina, kemudian melontar jamrah dan seterusnya ke rumahnya danmenyembelih qurban. Kemudian baginda memerintahkan tukang cukursupaya mencukur rambut di kepala baginda, bermula di sebelah kanandan kemudian di sebelah kiri. Kemudian baginda membahagikanrambut yang sudah dicukur itu kepada orang-orang.’ (Hadis RiwayatMuslim)

Tersebut di dalam kitab Kashful Mahjub tentang kisahseorang wali yang bernama Abul Abbas Qasim. Beliau merupakanseorang yang berasal dari sebuah keluarga terkenal di Merv,

Kandungan

Page 24: TABARRUK DALAM MENGHAYATI HIDUP A 13.pdf · yang orang bertabarruk dengannya, ... fikiran manusia untuk menggali harta dan kekayaan yang ... Tempat – zahirnya seperti tempat-tempat

295Tabarruk Dalam Menghayati Hidup

Turkemenistan dan mempunyai banyak harta. Tetapi kisahnyaberkisar pada perbuatannya menyerahkan kesemua hartanyasupaya dapat beliau memiliki dua helai rambut Rasulullah saw.Disebabkan pengorbanan ini, beliau dibukakan pintu kerohanianyang besar kepadanya melalui perguruannya dengan Abu BakarWasiti dan menjadikannya imam para wali-wali Allah.

Abul Abbas Qasim meninggalkan wasiat sebelummeninggalnya iaitu seleps kematiannya hendaklah rambutRasulullah saw tersebut diletakkan di dalam mulutnya.Disebabkan keberkahan rambut Rasulullah saw inilah, menurutAs-Sheikh Ali Uthman Al-Hujweri, bahawa barangsiapamenziarahi kuburnya dan meminta kepada Allah swt sesuatu akandikabulkan doanya oleh Allah swt.

Di antara tabarruk para sahabah dengan rambutnyaRasulullah s.a.w. ialah suatu peristiwa di mana Khalid bin Al-Walid dalam peperangan Al-Yamamah menyimpan rambutRasulullah saw dalam topinya ketika berada dalam medanpeperangan dan bertabarruk dengannya.

Maka apabila topinya itu terjatuh ketika bertempur denganmusuh, Khalid Bin Al-Walid dengan segera mendapatkan topinyadahulu tanpa mempedulikan keadaan yang sungguh bahaya.Kemudian, apabila ditanya oleh para sahabat yang lain tentangperbuatannya itu, beliau menjawab: “Aku bukanlah cubamendapatkan topiku itu, bahkan aku tidak mahu topiku yang adapadanya rambut Rasulullah saw jatuh ke tangan orang-orangMusyrikin.”

Ketiga: Bertabarruk Dengan Pakaian Rasulullah saw

Kandungan

Page 25: TABARRUK DALAM MENGHAYATI HIDUP A 13.pdf · yang orang bertabarruk dengannya, ... fikiran manusia untuk menggali harta dan kekayaan yang ... Tempat – zahirnya seperti tempat-tempat

Mengenal Tasawuf dan Tarekat296

“Dari Asma’ ra beliau berkata: Adalah jubbah ini dahulunya ditangan Aishah ra, tetapi setelah beliau wafat, maka jubbah itu sayamenyimpannya. Sesungguhnay Nabi saw dahulu memakai jubbah ini.Kami (sahabat-sahabat Nabi) mencucinya untuk dijadikan ubat bagiorang yang sakit.” (Hadis Riwayat Muslim)

Keempat: Bertabarruk Dengan Air Kencing Rasulullah saw

Dikeluarkan dari Al-Hassan Bin Sufyan dalam masnadnya danAbu Ya’la dan Al-Hakim dan Al-Qutni dan Abu Na’im daari UmmuAiman beliau berkata: “Telah bangkit Rasulullah s.a.w. pada suatumalam lalu membuang air kecil ke dalam satu bekasan di hujungrumahnya. Maka aku pun bangun dari tidur dan merasa dahaga laluaku pun meminum apa yang ada di bekasan tersebut. Keesokkanharinya, aku memberitahu Rasulullah saw apa yang telah terjadi laluBaginda pun tertawa dan berkata: “Sesungguhnya engkau tidak akanmengadu kesakitan perut lagi setelah hari ini buat selama-lamanya.”

Kelima: Bertabarruk Dengan Darah Rasulullah saw

Kandungan

Page 26: TABARRUK DALAM MENGHAYATI HIDUP A 13.pdf · yang orang bertabarruk dengannya, ... fikiran manusia untuk menggali harta dan kekayaan yang ... Tempat – zahirnya seperti tempat-tempat

297Tabarruk Dalam Menghayati Hidup

“Telah dikeluarkan oleh Al-Bazzar dan Abu Ya’la dan At-Tabranidan Al-Hakim Al-Baihaqi dari Abdullah bin Az-Zubair sesungguhnyadia mendatangi Rasulullah saw dan ketika itu baginda sedangberbekam. Apabila selesai berbekam, Baginda berkata: Wahai Abdullah,pergilah kamu dengan darah ini dan buanglah di suatu tempat yangtidak dilihat orang. Abdullah pun pergi lalu meminumnya. Apabilapulang, Rasulullah saw bertanya: “Wahai Abdullah, apa yang telahengkau lakukan? Abdullah menjawab: Aku telah membawanya ke suatutempat yang sunyi yang aku tahu dan jauh dari kehadiran orangramai.” Rasulullah saw berkata: “ Mudah-mudahan engkaumeminumnya.” Aku berkata: “Bahkan”. Rasulullah s.a.w. pun berkata:“Celakalah bagi manusia yang ingin menentangmu dan terselamatlahkamu dari kecelakaan manusia.” Maka jelaslah kekuatan yang adapada Abdullah Bin Az-Zubair berkat dari meminum darahnyaRasulullah saw.

Al-Qadhi Iyadh di dalam kitabnya Asy-Syifa’ menyebutbahawa Malik bin Sinan menghisap darah Nabi Sallallahu ‘alaihiwasallam pada hari Uhud. Maka Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallambersabda:

‘Dia tidak akan disentuh oleh api neraka.’

Abdullah bin Zubair minum darah bekam RasulullahSallallahu ‘alaihi wasallam dan perbuatannya itu tidak ditolak olehRasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam.

Kandungan

Page 27: TABARRUK DALAM MENGHAYATI HIDUP A 13.pdf · yang orang bertabarruk dengannya, ... fikiran manusia untuk menggali harta dan kekayaan yang ... Tempat – zahirnya seperti tempat-tempat

Mengenal Tasawuf dan Tarekat298

Keenam: Bertabarruk Dengan Air Peluh Rasulullah saw

Dalam Sahih Muslim diriwayatkan bahawa Rasulullah sawmendapati Ummu Sulaim mengumpul peluhnya Rasulullah saw yangmulia pada suatu bekas ketika Baginda saw tidur di atas sebuahpermaidani di rumahnya. Maka apabila Baginda saw bangun daritidurnya, beliau berkata: “Apa yang telah engkau lakukan ini, wahaiUmmu Sulaim?” Beliau berkata: “Wahai Rasulullah, kamimengumpulnya mengharapkan barakah untuk anak-anak kami.” LaluBaginda saw berkata: “Bahkan engkau benar.”

Maka dari hadis-hadis yang tersebut, dapat diambilkesimpulan bahawa Islam mengharuskan:

• mendatangi sesuatu tempat yang baik dan yang dianggapsuci.

• membawa atau menyimpan barang-barang yang dianggapsuci.

• memakai sesuatu yang dianggap suci.

• membaca sesuatu ayat dari Al-Quran sebagai alatpenyembuh.

• berubat dengan sesuatu yang dianggap suci.

TABARRUK DENGAN ORANG-ORANG SOLEH

Dari Abdullah bin Umar ra, dia berkata: ‘Ketika kami sedangduduk-duduk di sisi Nabi saw, tiba-tiba diberikan beberapa potongbuah pohon kurma. Nabi saw kemudian bersabda:

Kandungan

Page 28: TABARRUK DALAM MENGHAYATI HIDUP A 13.pdf · yang orang bertabarruk dengannya, ... fikiran manusia untuk menggali harta dan kekayaan yang ... Tempat – zahirnya seperti tempat-tempat

299Tabarruk Dalam Menghayati Hidup

“Sesungguhnya ada sebuah pohon yang mengandung barakahseperti barakahnya seorang Muslim.” …. Selanjutnya Nabi sawsendiri bersabda: ‘Pohon itu ialah pohon kurma.’ (Sahih Bukhari,Buku 7, Hadis 355)

Hadis ini jelas menunjukkan kewujudan dan barakah padasebuah pokok iaitu pohon kurma yang ditunjukkan olehRasulullah saw. Malahan yang lebih penting dari maksud hadis inidapatlah kita simpulkan tentang adanya ‘barakah’ pada setiapmanusia yang dinamakan Muslim.

Maka berlandaskan pengertian ‘barakah’ yang berada padatiap yang suci seperti orang-orang yang menyembahkan dirikepada Allah, maka tentu sekalilah para solehin serta wali-waliAllah mempunyai barakah mereka sendiri. Ini disebabkankesucian martabat mereka serta perjuangan mereka memar-tabatkan Islam di bumi ini.

Pertama: Kisah As-Syeikh Habib Al-‘Ajami dan Hasan Al-BasriDi dalam Kitab Kashful Mahjub karangan As-Sheikh Syed

Ali Bin Uthman Al-Hujweri dikisahkan beberapa kisah mengenaicerita barakah para wali ini. Tersebut di dalam kisah antara seorangwali agung yang bernama As-Sheikh Habib ‘Ajami denganseorang Sufi besar, As-Sheikh Hasan Basri. Apabila As-SheikhHasan Basri sedang melarikan diri dari kejahatan pemerintahanHujjaj bin Yusuf, beliau bersembunyi di pondok Habib ‘Ajami.Sedang beliau bersembunyi itu, para pegawai kerajaan datanguntuk menangkap beliau. Apabila pegawai-pegawai itumenanyakan Habib tentang di mana Hasan berada, Habib ‘Ajamimenjawab; ‘Dia berada di dalam pondok ini.’ Mereka punmemasuki pondok untuk menangkap Hasan Basri tetapi tidakmenemukannya. Mereka menyangka Habib bergurau denganmereka maka mereka menyoalnya lagi. Habib dengan serius

Kandungan

Page 29: TABARRUK DALAM MENGHAYATI HIDUP A 13.pdf · yang orang bertabarruk dengannya, ... fikiran manusia untuk menggali harta dan kekayaan yang ... Tempat – zahirnya seperti tempat-tempat

Mengenal Tasawuf dan Tarekat300

mengatakan: “Aku tidak berbohong. Dia berada di dalam pondokini.”

Lalu mereka mengeledah pondok tersebut sebanyak dua kalinamun tidak menemuinya sehinggakan mereka pun meninggalkanpondok itu.

Hasan Basri pun keluar kemudiannya dan berkata: ‘Aku amatyakin bahawa disebabkan keberkahan dikau, mereka tidak dapatmelihatku. Mengapakah dikau mengatakan aku di dalam pondokini.’ Habib ‘Ajami berkata: ‘Tuan, ia bukanlah disebabkankeberkahanku tetapi adalah disebabkan keberkahan bercakapbenar yang menyebabkan dikau terselamat. Jika aku berbohong,mereka akan menangkap kedua-dua kita dan akan memalukankita.’

Menurut As-Sheikh Ali Uthman Al-Hujweri, penerusanrisalah kerasulan dan perjuangan kenabian diteruskan oleh Allahs.w.t. melalui orang-orang pilihanNya iaitu para Wali-Wali Allah.Mereka adalah pesuruh-pesuruh Allah di muka bumi ini setelahtamatnya kedatangan para nabi dan rasul. Dan merekabersungguh-sungguh tanpa menuruti sedikit pun kehendak nafsurendah mereka menjalankan tugas Allah s.w.t. di atas muka bumiini.

Maka menurut beliau, melalui barakah kerohanianmerekalah, iaitu para wali-wali Allah ini, Allah s.w.t. menurunkanhujan dari langit, menumbuhkan kehidupan di darat danmemberikan kemenangan kepada para Muslimin di dunia ini.

Kedua: Kisah Muawiyah Bin Abi SufyanTelah diriwayatkan oleh Ibnu Sa’ad dari Sulaim Bin Amir Al-

Khaibari sesungguhnya pada suatu ketika langit tidak menurunkanhujan. Maka keluar Muawiyah Bin Abi Sufyan r.a. dan pendudukDamsyik menunaikan Solat Istisqa’. Apabila Muawiyah beradadi atas mimbar beliau bertanya: “Di mana Ibnu Aswad Al-Jurasyi? Lalu Ibnu Aswad pun dipanggil dan kemudian beliau

Kandungan

Page 30: TABARRUK DALAM MENGHAYATI HIDUP A 13.pdf · yang orang bertabarruk dengannya, ... fikiran manusia untuk menggali harta dan kekayaan yang ... Tempat – zahirnya seperti tempat-tempat

301Tabarruk Dalam Menghayati Hidup

duduk di sisi kaki Muawiyah. Lalu berkata Muawiyah: Ya Allah,sesungguhnya kami memohon pertolongan padamu pada hari inidengan berkat orang yang paling baik dan mulia di antara kami.Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan kepadaMudengan berkatnya Yazid Bin Al-Aswad Al-Jurasyhi. Wahai Yazid,angkatlah kedua tanganmu kepada Allah s.w.t. Lalu beliaupunmengangkat kedua tangannya dan begitu juga semua yang hadir.Kemudian jelas awan kehitaman dan angin pun bertiup kencang.Akhirnya hujanpun turun dengan lebatnya dan sehinggakan orangramai tidak dapat pulang ke rumah masing-masing.

KESIMPULAN

1. Barakah itu adalah kebaikan daripada Allah swt yangdiletakkan kepada beberapa perkara yang sangat penting. Disanalah terdapatnya banyak rahmat Allah swt yang orang-orang mukmin perlu mencari sebanyak-banyaknya.

2. Dari ayat-ayat dan hadis-hadis yang telah disebut, dapatdifahami bahawa barakah itu berada pada Allah swt sendiri,kemudian diturunkan kepada Al-Quran, kepada benda danmakanan yang halal dimakan, pada air yang diturunkan darilangit, pada bukit dan gunung-ganang, pada buah-buahan dansebagainya.

3. Manusia yang diberkati Allah ialah manusia yang hidupnyaselalu membawa manfaat kepada manusia, menjadi orangyang soleh, berakhlak mulia dan menyenangkan akan manusiayang lain.

4. Tempat yang diberkati Allah ialah tempat yang aman, hatipenduduknya selalu dalam ketenangan, bebas dari ketakutan,kemelaratan, subur dan makmur.

5. Makanan dan minuman yang diberkati Allah ialah makananyang dimakan walaupun sedikit sudah merasa puas dannikmat.

Kandungan

Page 31: TABARRUK DALAM MENGHAYATI HIDUP A 13.pdf · yang orang bertabarruk dengannya, ... fikiran manusia untuk menggali harta dan kekayaan yang ... Tempat – zahirnya seperti tempat-tempat

Mengenal Tasawuf dan Tarekat302

6. Harta yang diberkati Allah ialah harta yang menjadikanseseorang itu tenang, aman, bahagia walaupun sedikit, jugamembawa kebahagiaan kepada diri dan keluarga.

7. Ilmu yang diberkati Allah ialah ilmu yang berfaedah untukdunia dan akhirat dan dimanfaatkan oleh dirinya dan oranglain dan juga diamalkan.

KEPERLUAN DAN KEPENTINGAN TABARRUKDALAM KEHIDUPAN

Selepas memahami bahawa berTabarruk adalah permohonankepada Allah swt dengan perantaraan peninggalan, tempatmahupun individu yang suci itu supaya seseorang itu berolehkebaikan dan kebahagiaan di dunia ini, maka perlu kita selidikikeperluan serta kepentingan amalan ini di dalam membentukkehidupan moden kita ini.

Allah swt berfirman:

“Dan kalau penduduk negeri beriman dan bertaqwa kepadaTuhan, nescaya akan Kami bukakan untuk mereka ‘barakah’dari langit dan dari bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkanperbuatannya.”

(Al-‘Araf: 96)Dari ayat Allah swt ini, jelaslah kepada kita bahawa

pembukaan pintu barakah dari pelusuk langit dan bumimerupakan ‘hadiah’ dari Allah swt kepada manusia atas dasarkeimanan dan ketaqwaan mereka.

Kandungan

Page 32: TABARRUK DALAM MENGHAYATI HIDUP A 13.pdf · yang orang bertabarruk dengannya, ... fikiran manusia untuk menggali harta dan kekayaan yang ... Tempat – zahirnya seperti tempat-tempat

303Tabarruk Dalam Menghayati Hidup

Maka pembukaan pintu ‘barakah’ merupakan kasih sayangAllah swt serta mengelakkan manusia dari terkena siksaan Allahswt. Dari ayat ini jelaslah juga bahawa iman dan taqwa yangmerupakan inti Islam itu sendiri berkait rapat dengan ‘barakah’.Sedangkan tanpa iman dan taqwa, barakah tidak dihulurkan,malahan ianya digantikan dengan siksaan.

PENGHAYATAN TABARRUK MEMBENTUKAKHLAKUL KARIMAH

Bagaimana pula amalan Tabarruk ini dapat dikaitkan denganpembentukan Akhlakul Karimah iaitu budi pekerti yang muliaseperti yang dipertontonkan Rasulullah saw?

Di dalam memahami isu Tabarruk dan Barakah ini, perkaratersirat yang menyebabkan wujudnya pengamalan ini, janganlahdiabaikan. Yang kami maksudkan dengan perkara yang tersirat iniadalah ‘cinta’. ‘Cinta’ merupakan nadi terjadinya barakah sertamerupakan esensi segala pengamalan Tabarruk.

Contoh-contoh yang dipaparkan di atas membuktikanperbuatan menghidupkan barakah oleh Nabi Muhammad saw itusendiri. Firman Allah s.w.t.:

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suriteladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap(rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyakmenyebut Allah.”

(Al-Ahzaab: 21)Kesucian Nabi saw tidak dapat dipersoalkan lagi. Beliau

adalah suri teladan yang sempurna. Beliau telah diampunkandosanya, jika ada, sebelum beliau melakukannya. Sedangkan

Kandungan

Page 33: TABARRUK DALAM MENGHAYATI HIDUP A 13.pdf · yang orang bertabarruk dengannya, ... fikiran manusia untuk menggali harta dan kekayaan yang ... Tempat – zahirnya seperti tempat-tempat

Mengenal Tasawuf dan Tarekat304

ketinggian dirinya di sisi Allah swt terbukti dengan terkaitnya namabeliau dengan nama Tuhannya pada Kalimah Syahadah, yangtelah disaksikan oleh setiap yang menggelarkan diri merekaMuslim dari zaman Adam as sehingga ke Hari Akhirat.

Maka jika kesucian Nabi Muhammad saw ditambah dengankemuliaan kedudukannya serta keismahannya masihmenyebabkan beliau sendiri bertabarruk dengan benda-bendaseperti Hajar Aswad, air zam zam dan sebagainya; yang tentusekali benda-benda tersebut tidak akan mampu mencapaikedudukan beliau itu sendiri, maka apatah lagi kita. Kita, manusiayang bergelumang dengan dosa dan maksiat, yang tidak terjaminkedudukannya di syurga mahupun di neraka, yang masih akandigementarkan dengan persoalan Hisan dan masih tertipu denganfitnah dunia ini, tidakkah kita perlu berTabarruk bagi mencapaiqurbah kepada Allah swt?

Tidakkah rasa cinta kita kepada Rasulullah saw serta parasahabatnya, dan juga terhadap para solehin semuanya akanmendorong kita mengamalkan bertabarruk dengan peninggalan,tempat peribadahan mereka serta diri mereka itu sendiri?

Tidakkah akan timbul penyingkapan sejarah kesucianpenghambaan mereka di sisi kita dengan kekuatan amalanbarakah kita ini, yang akan dapat menghidupkan kesan merasakanperjuangan para Nabi, Mursalin, Syuhada’ serta Solehin itu?

Tidakkah akhlak kita akan terbentuk dengan kekuatanmeyakini ketulusan perjuangan mereka supaya kita terdorongmengikuti contoh yang telah mereka bekalkan bagi kita?

Kandungan

Page 34: TABARRUK DALAM MENGHAYATI HIDUP A 13.pdf · yang orang bertabarruk dengannya, ... fikiran manusia untuk menggali harta dan kekayaan yang ... Tempat – zahirnya seperti tempat-tempat

305Tabarruk Dalam Menghayati Hidup

“Janganlah kamu menyangka bahawa orang-orang yang gugurpada jalan Allah itu mati. Bahkan mereka itu hidup di sisiTuhannya dan mendapat rezeki. Mereka dalam keadaangembira disebabkan kurniaan Allah yang diberikanNya kepadamereka. Dan mereka bergembira dengan orang-orang yangmasih tinggal di belakang yang belum menyusuli mereka danbahawa tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidakpula mereka bersedih hati.”

(Ali Imran; 169-170)Jelaslah dari ayat Allah swt tersebut membuktikan bahawa

jalinan hubungan antara kita dan mereka yang telah mendahuluidari orang-orang Muslimin dan Mukminin tetap terjalin. Tempatbersemadinya jasad mereka tetap dikunjungi. DenganberTabarruk serta berziarah kepada mereka, kita akan merasakankesyukuran, terima kasih dan penghargaan terhadap perjuanganmereka, sekaligus mengingatkan generasi yang ada, bahawasanyaiman yang ada di dalam jiwa kita ini merupakan buah daripengorbanan mereka di dalam mempertahankan keyakinanterhadap agama Allah swt ini.

Apatah lagi kepentingan mengamalkannya pada masa modenkini, dengan keruntuhan akhlak menjadi leluasa, makapengamalan tabarruk ini mesti dipergiatkan bagi membibitkan lagikesedaran di kalangan kita tentang peri pentingnya agama yangkita anuti ini.

CERITA-CERITA TENTANG TABARRUK

Pertama: Kisah TabutAllah swt menerangkan tentang Tabut dalam Surah Al-

Baqarah ayat 248:

Kandungan

Page 35: TABARRUK DALAM MENGHAYATI HIDUP A 13.pdf · yang orang bertabarruk dengannya, ... fikiran manusia untuk menggali harta dan kekayaan yang ... Tempat – zahirnya seperti tempat-tempat

Mengenal Tasawuf dan Tarekat306

“Berkata Nabi mereka kepada mereka: “Sesungguhnya tandakerajaannya ialah datang kepada kamu sebuah peti yang membawaketenteraman jiwa daripada Tuhanmu dan sebuah peninggalan yangditinggalkan oleh keluarga Musa dan keluarga Harun, sedang peti itudibawa oleh malaikat. Sesungguhnya yang demikian itu suatu tandabagi kamu, jika kamu orang yang beriman.”

KeteranganAllah swt telah menurunkan sebuah peti yang bernama Tabut

yang menjadi pusaka peninggalan Nabi Musa as yang dijadikantempat meletak naskhah-naskhah perjanjian Bani Israil denganAllah swt.

Pada mulanya, ianya diturunkan kepada Nabi Adam, setelahitu kepada Nabi Syith, kemudian menjadi warisan turun temurunanak cucu Nabi Adam dari golongan para Rasul hingga kepadaNabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Nabi Yaakub.

Pada masa Nabi Musa, peti itu dibuat untuk menyimpanKitab Taurat yang berkekalan hingga Nabi Musa wafat. Setelahitu ianya berpindah dari satu tangan ke tangan yang lain dari kaumBani Israil hingga sampai ke zaman dibangkitkan Nabi Syamwil.

Nabi Syamwil telah membawa berita untuk kaumnyabahawa Allah s.w.t. telah melantik Thalut untuk menjadi raja bagimereka dan mengkabulkan permintaan Bani Israil yang memintauntuk dilantikkan seorang raja. Nabi Syamwil diberi wahyubahawa raja itu adalah Thalut. Setelah dimaklumkan kepadamereka tentang Thalut, mereka membantah dan berkata:‘Adakah patut dia berkuasa atas kami, padahal kami lebihberhak dengan kekuasaan itu daripadanya sedang dia tidakdiberi kemampuan dan harta?’

Kandungan

Page 36: TABARRUK DALAM MENGHAYATI HIDUP A 13.pdf · yang orang bertabarruk dengannya, ... fikiran manusia untuk menggali harta dan kekayaan yang ... Tempat – zahirnya seperti tempat-tempat

307Tabarruk Dalam Menghayati Hidup

Nabi Syamwil kemudian menerangkan bahawa pemilihanThalut menjadi raja bukanlah kehendaknya sendiri, namun itulahkehendak Allah swt. Sebabnya ia dipilih Tuhan ialah kerana adakelebihannya dalam hal yang lebih penting daripada keturunandan kekayaan.

Hal ini semua diterangkan oleh Nabi Syamwil kepada merekasupaya mereka jangan ragu-ragu dan merasa takut. Mendengarnama Tabut itu saja semangat mereka akan timbul kembaliwalaupun mereka telah dikalahkan dengan kaum Palestin yangmemerangi mereka. Beliau menenangkan mereka denganmenceritakan hal tabut ini yang telah diwarisi sejak zaman NabiMusa pasti akan mendatangkan ketenteraman dan keselamatan.

Peti tersebut membawa ketenteraman jiwa bagi orang-orangselagi ia berada bersama mereka. Terdapat beberapa pendapatyang mentafsirkan tentang ketenteraman yang dimaksudkan.Hanya yang lebih hampir ialah pendapat yang mengatakanbahawa selagi peti itu bersama mereka di mana sahaja merekaberada akan merasa tenteram.

Ada juga riwayat yang lain yang mengatakan bahawa Tabutyang dimaksudkan berupa peti kayu yang dibuat oleh ibu Musaas sewaktu hendak menyelamatkan Musa pada waktu ia masihbayi dari dibunuh oleh Firaun. Malah Tabut tersebut melayarisungai sehinggakan menginap di istana Firaun sehinggakan isteriFiraun, Asiyah mengambilnya dan menjadikan Musa sebahgiandari keluarga istana.

Faedah Tabarruk Dari Kisah TabutKeberatan kaum Nabi Syamwil untuk menerima Thalut

sebagai raja memberatkan penerusan risalah Ilahi kepada mereka.Ini didasarkan kepada pengakuan mereka bahawa merekamempunyai lebih kuasa dan harta dari Thalut. Tetapi Allah swttelah menguatkan Thalut dengan ilmu dan kekuatan jasmani,malahan perkara itu masih meragukan kaum tersebut. Maka

Kandungan

Page 37: TABARRUK DALAM MENGHAYATI HIDUP A 13.pdf · yang orang bertabarruk dengannya, ... fikiran manusia untuk menggali harta dan kekayaan yang ... Tempat – zahirnya seperti tempat-tempat

Mengenal Tasawuf dan Tarekat308

apabila Allah swt memberikan Thalut tanda kekuasaannya berupasebuah peti yang dinamakan Tabut.

Maka Tabarruk dengan peti Tabut yang diturunkan kepadaKuam Syamwil itu diperkuatkan dengan adanya sakinah(ketenteraman) bagi mereka dengan perantaraan peti tersebut.Apakah Allah swt tidak berkuasa untuk menurunkan sakinahlangsung kepada mereka? Tentu sekali tidak. Tetapi hikmah besaryang diberikan melalui adanya Tabut itu secara fizikalmenguatkan keyakinan mereka.

Maka tabarruk dengan sesuatu yang berupa peti yang suci itubukan menuju kepada syirik, mempertuhankan sesuatu yang laindaripada Allah swt tetapi adalah jalan menuju kecintaan kepadaAllah swt.

Kedua: Kisah Nabi Yusuf asNabi Ya’qub as mempunyai 12 orang anak lelaki. Salah

seorang daripadanya bernama Yusuf yang mempunyai perjalananhidup yang menarik. Yusuf adalah seorang pemuda yang kacak,berbudi pekerti mulia dan berpersonaliti menarik. Nabi Ya’qubmempunyai pengaruh yang besar terhadap Yusuf, anak yangpaling disayangi baginda. Saudara-saudara Yusuf yang lain, mulaberasa cemburu dan mereka bersatu menentang Yusuf danmerancang untuk menyingkirkannya keluar.

Apabila Nabi Yusuf as meningkat remaja, baginda mendapatmimpi yang istimewa. Baginda bermimpi bahawa terdapat 11bintang, bulan serta matahari melutut di hadapan baginda. NabiYusuf as sangat gembira mendapat mimpi yang menakjubkan itu.Jantung baginda berdegup kencang semasa mengkhabarkan mimpitersebut kepada bapanya. Al-Quran menerangkan peristiwatersebut dalam ayat berikut:

Kandungan

Page 38: TABARRUK DALAM MENGHAYATI HIDUP A 13.pdf · yang orang bertabarruk dengannya, ... fikiran manusia untuk menggali harta dan kekayaan yang ... Tempat – zahirnya seperti tempat-tempat

309Tabarruk Dalam Menghayati Hidup

“(Ingatlah) ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: “Wahaiayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang,matahari dan bulan; ku lihat semuanya sujud kepadaku.”

(Yusuf: 4)Apabila mendengar mimpi tersebut, Nabi Ya’qub secara

membisik menasihati anaknya supaya tidak memberitahusaudara-saudaranya yang lain memandangkan rasa cemburumereka yang meluap-luap. Baginda memberitahu Yusuf,kemungkinan mereka akan merancang pakatan menentang Yusuf.Nabi Ya’qub as telah mentafsirkan mimpi tersebut bahawa Yusufakan menjadi seorang yang terkenal. Allah akan mengurniakankebijaksanaan, nikmat dan penghormatan. Baginda juga akanmendapat kelebihan meramalkan kejadian masa depan.Kesimpulannya, Yusuf akan diangkat sebagai seorang nabi.Saudara-saudaranya yang sebelas lagi (11 bintang), ibu danbapanya (bulan dan matahari) akan memerlukannya dan akantunduk terhadap kedudukannya yang mulia.

Pakatan Menentang Nabi Yusuf asSaudara-saudara Yusuf tidak suka baginda seorang sahaja

yang disayangi Nabi Ya’qub as. Perasaan cemburu membaradalam hati mereka dan mereka mengambil keputusan untukmenghapuskan Nabi Yusuf as. Kemudian merekapun sepakatuntuk mencampakkan Nabi Yusuf ke dalam sebuah perigi.Setelah mereka dapat meyakinkan kepada bapa mereka bahawamereka ingin membawa Yusuf untuk mengembala kambing,mereka pun mengerjakan perbuatan yang terkutuk itu. Merekatelah menyampaikan kepada bapa mereka bahawa Yusuf telahditelan oleh serigala dan telah menunjukkan baju yang dipenuhidarah sebagai bukti. Baginda menangis siang dan malam danakhirnya hilang penglihatannya.

Nabi Ya’qub as hidup dalam keadaan yang sangat sedih.Baginda sangat merindui Nabi Yusuf as. Baginda yakin denganAllah yang baginda akan menemui semula anak kesayangan

Kandungan

Page 39: TABARRUK DALAM MENGHAYATI HIDUP A 13.pdf · yang orang bertabarruk dengannya, ... fikiran manusia untuk menggali harta dan kekayaan yang ... Tempat – zahirnya seperti tempat-tempat

Mengenal Tasawuf dan Tarekat310

baginda itu. Saudara-saudara Nabi Yusuf as juga semakinmeningkat dewasa dan tetap mengingati muslihat yang telahmereka lakukan. Kejadian itu adalah satu perkara yangmemalukan. Pada ketika itu, sudah tiba musim kemarau dankekurangan makanan. Keluarga Nabi Ya’qub as juga mengalamikeadaan yang sulit. Mereka mendengar bahawa orang-orang Mesirmempunyai simpanan makanan yang banyak dan menjualnyadengan harga yang berpatutan. Maka anak-anak lelaki NabiYa’qub as menyediakan kelengkapan untuk pergi ke Mesir untukmembeli bijiran. Pada waktu itu Nabi Yusuf telah dilantik olehraja untuk menjadi pengurus gudang setelah beliau dapatmenafsirkan mimpi raja.

Apabila mereka tiba di Mesir, Nabi Yusuf as dengan cepatdapat mengenali saudara-saudara baginda dan jantungnyaberdegup kencang. Baginda tidak mengingatkan mereka tentangperbuatan yang telah mereka lakukan dan menyembunyikanidentiti sebenar Baginda. Baginda melayan dengan baik danmenjualkan makanan kepada mereka dengan harga yang sangatberpatutan. Dari ini baginda dapat tahu bahawa bapanya telahmenangis oleh kerana kerinduan terhadapnya sehinggakan keduabelah matanya telah buta. Setelah mendedahkan siapa diasebenarnya, Yusuf mengirimkan kemejanya kepada bapanya. Al-Quran menerangkan peristiwa tersebut dalam ayat berikut:

“Bawalah kemejaku ini dan kenakanlah ke atas muka bapaku,nanti dia akan datang dengan mata terang, dan bawalahkepadaku keluargamu semua.”

(Yusuf: 93)

Kandungan

Page 40: TABARRUK DALAM MENGHAYATI HIDUP A 13.pdf · yang orang bertabarruk dengannya, ... fikiran manusia untuk menggali harta dan kekayaan yang ... Tempat – zahirnya seperti tempat-tempat

311Tabarruk Dalam Menghayati Hidup

Sesungguhnya Nabi Yusuf as mengetahui hal ini sama adamenerusi wahyu daripada Allah s.w.t ataupun kerana dia tahubahawasanya penyakit rabun yang dihidapi oleh bapanya tidaklain disebabkan oleh banyaknya ia menangis dan terlalu sedihyang ditahan-tahannya, sehingga merunsingkan fikiran danmenyesakkan dada. Maka apabila baju itu nanti dicampakkankepadanya dan dia dapat mencium bau Yusuf yang melekat padabaju itu, nescaya dia akan merasa lega, dan dadanya kembalilapang seolah-olah menjadi ubat dan penawar kepadakesedihannya, dan menjadikan tenaga penglihatannya pulihkembali dan menghilangkan segala selaput yang menutupi bijimatanya yang selama ini menghalangnya melihat.

Surah Yusuf (Ayat 96)

“Maka tatkala telah datang pembawa khabar gembira itu,dikenakannyalah (kemeja itu) kepada mukanya, makakembalilah dia dapat melihat. Dia berkata: Bukankah sudahaku katakan kepadamu, bahawa sesungguhnya aku lebih tahudari (petunjuk) Allah hal yang kamu tidak ketahui.”

Penyakit rabun yang dihadapi oleh Nabi Ya’qub beberapatahun itu telah hilang sama sekali. Perkara yang demikian tidaklahmenghairankan, namun mengikut peraturan perubatan, penyakitmata tidak akan menjadi baik atau sembuh sama sekali kecualidengan berubat termasuk menjalani pembedahan. Tetapi penyakityang dihidapi oleh Nabi Ya’qub lain pula halnya, dia menjadisembuh setakat menaruhkan baju Yusuf ke mukanya, adalahsuatu mukjizat di luar kesanggupan manusia. Apa yang wajib kita

Kandungan

Page 41: TABARRUK DALAM MENGHAYATI HIDUP A 13.pdf · yang orang bertabarruk dengannya, ... fikiran manusia untuk menggali harta dan kekayaan yang ... Tempat – zahirnya seperti tempat-tempat

Mengenal Tasawuf dan Tarekat312

imankan tadi hanya setakat mencium baunya sahaja kemudiansakit matanya menjadi sembuh.

Faedah Tabarruk dari Kisah Nabi Yusuf asSebagaimana yang telah diterangkan dalam kisah Nabi Yusuf,

dengan berkat kemejanya itu, telah sembuh penglihatan bapanyayang kabur semenjak kehilangannya. Tidak boleh dinafikanbahawa setiap berkah itu hanya akan termakbul dengan izinnyaAllah swt, namun sebagai manusia yang tidak kurang daifnya,berkah itu juga didatangi melalui tempat, manusia ataupun sifat-sifat kebendaan. Dalam perihal ini, kemeja Nabi Yusufmempunyai berkah, justeru itu, kembali pulihlah bapanya yangtelah lama buta.

KISAH-KISAH TABARRUK YANG LAIN

Banyak contoh-contoh yang dapat dilihat dengan pengambilantabarruk, seperti sahabat-sahabat Nabi Muhammad yangbertabarruk atas jubahnya. Ramai yang telah sembuh daripadapenyakit mereka setelah diberi minum air daripada jubah yangtelah direndam itu.

Dari kisah Al-Bukhari dan Muslim, ada suatu peristiwaterjadi semasa penghijrahan terakhir Nabi. Nabi membahagirambut yang telah dicukurnya. Nabi telah melemparkan batupada jamrat-ul-aqabah, menyembelih seekor kambing biri-biri danmembahagi daging itu di antara orang-orang miskin, kemudianbeliau telah mencukur kepalanya. Dia mencukur kepalanya danmemberi rambutnya kepada al-Ansariyy Abu Talhah dan UmmuSulaym dan memberitahu mereka untuk membahaginya kepadarakyat. Dengan cara ini, rambut Nabi itu disebar di negara Islam.Nabi membahagikan rambutnya itu kepada mereka hanyalahuntuk mereka mencari restu (barakah) daripadanya.

Daripada peristiwa-peristiwa yang telah disebutkan, adabeberapa bukti yang telah didokumentasikan bahawa Rasulullah

Kandungan

Page 42: TABARRUK DALAM MENGHAYATI HIDUP A 13.pdf · yang orang bertabarruk dengannya, ... fikiran manusia untuk menggali harta dan kekayaan yang ... Tempat – zahirnya seperti tempat-tempat

313Tabarruk Dalam Menghayati Hidup

saw sendiri telah mengajar kita bahawa banyak faedahnya di dalammencari barakah.

Pertama: Tabarruknya Uthman Bin HunaifMarilah kita menyingkap kisah sahabat Nabi, Uthman bin

Hunaif ra yang memberikan pengajaran tentang tabarruk.

Dari Uthman bin Hunaif ra, katanya: Seorang lelaki butamendatangi Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dan berkata:‘Pohonkan kepada Allah agar aku diberikanNya kesembuhan.’Rasulullah menjawab: ‘Kalau engkau menghendaki aku berdoa,akan ku lakukan. Namun kalau engkau mahu bersabar, maka itulebih baik.’ Orang itu berkata: ‘Doakanlah.’ Rasulullah kemudianmenyuruhnya berwudhu’ dengan baik, lalu solat dua rakaat danberdo’a dengan do’a berikut: ‘Ya Allah, aku memohon kepadaMudengan NabiMu, Muhammad yang penyayang. Wahai Muhammad,aku menghadap kepada Tuhan dengan engkau tentang keperluanku,maka perkenankanlah. Ya Allah, jadikanlah dia penolong bagiku.’

Al-Baihaqi berkata, dan ditambah oleh Muhammad binYunus dalam riwayatnya: ‘Orang itu pun bangkit dan pergi denganmata yang dapat melihat.’

Kata Al-Baihaqi: Kami meriwayatkan di dalam buku Ad-Da’awat dengan sanad sahih dari Ruh bin Ubadah ra dari Syu’bah

Kandungan

Page 43: TABARRUK DALAM MENGHAYATI HIDUP A 13.pdf · yang orang bertabarruk dengannya, ... fikiran manusia untuk menggali harta dan kekayaan yang ... Tempat – zahirnya seperti tempat-tempat

Mengenal Tasawuf dan Tarekat314

ra katanya: ‘Maka orang itu melakukan hal tersebut dan diamenjadi sembuh.’

Diriwayatkan pula oleh Humaid bin Salamah ra dengan sanaddari Uthman bin Hunaif ra yang pada bahagian akhir mengatakan:‘Wahai Muhammad, aku menghadap denganmu kepada Tuhankusupaya terbuka penglihatanku. Ya Allah, berilah dia pertolonganuntukku, dan tolonglah dia untuk diriku.’

Berkatalah Uthman ra: ‘Demi Allah, kami belum berpisahdan tidak pula memanjangkan perbicaraan ketika orang itumenemui kami dan seakan-akan tidak pernah sakit sama sekali.’

Diterima daripada Uthman bin Hunaif bahawa seorang lelakiberulang-kali mendatangi khalifah Uthman untuk mengadukeperluannya, tetapi berulang-kali pula tidak dihiraukan olehUthman bin Affan. Lelaki tersebut mengadu kepada Uthman binHunaif, lalu Uthman bin Hunaif berkata kepadanya: ‘Pergilah ketempat wudhu’ dan berwudhu’lah kamu. Kemudian pergilah kemasjid dan sembahyanglah dua raka’at dan berdoalah:

‘Ya Allah, aku memohon dan menghadap kepadaMu denganNabi kami, Muhammad saw, Nabi yang membawa rahmat. WahaiMuhammad, aku menghadap mukaku dengan engkau kepadaTuhan, agar permohonanku diterima lalu sebutlah keperluanmu.’

Lalu orang tersebut berlalu pergi dan melakukan apa yangdiajar oleh Uthman bin Hunaif kepadanya. Setelah itu diakembali mengetuk pintu Uthman bin Affan. Tidak berapa lama,penjaga pintu datang dan membawanya masuk mengadap Uthmanbin Affan. Dia dipersilakan duduk dimajlisnya dan ditanya: ‘Apakeperluanmu?’

Lelaki tersebut segera mengutarakan keperluannya lalu segeradipenuhi. Selanjutnya khalifah berkata kepadanya: ‘Aku tidak ingatapa keperluanmu hingga saat ini. Oleh kerana itu setiap kaliengkau memiliki keperluan utarakanlah kepadaku.’

Kandungan

Page 44: TABARRUK DALAM MENGHAYATI HIDUP A 13.pdf · yang orang bertabarruk dengannya, ... fikiran manusia untuk menggali harta dan kekayaan yang ... Tempat – zahirnya seperti tempat-tempat

315Tabarruk Dalam Menghayati Hidup

Lelaki itu keluar dari tempat khalifah dan kembali menemuiUthman bin Hunaif. Katanya: ‘Allah membalasmu dengankebaikan. Dia tidak memerhatikan keperluanku dan tidak pulamenghiraukan hingga engkau membicarakan kepadanya tentangdiriku.’

Jawab Uthman bin Hunaif: “Demi Allah, aku tidak mengajakdia berbicara tentang engkau. Namun aku pernah menyaksikanketika Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam didatangi olehseorang buta yang mengadukan penglihatannya yang hilang.’Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepadanya supayadia bersabar, tetapi dia menjawab: ‘Wahai Rasulullah, aku tidakpunyai petunjuk, dan itu sangat menyusahkan aku.’ Maka Nabisaw menjawab: ‘Pergilah ke tempat wudhu’ dan berwudhu’lah, lalulakukanlah sembahyang dua raka’at dan berdoa’lah dengan do’aini. : ‘Ya Allah, aku memohon dan menghadap kepadaMu denganNabi kami, Muhammad s.a.w., Nabi yang membawa rahmat. WahaiMuhammad, aku menghadap mukaku dengan engkau kepadaTuhan, agar permohonanku diterima’ lalu sebutlah keperluanmu.’

Uthman bin Hunaif menambah: ‘Demi Allah, kami belumberpisah dan tidak pula memanjangkan perbicaraan ketika orangitu menjumpai kami dan seakan-akan tidak pernah sakit samasekali.’

Kedua: Tabarruknya Abdullah Bin Umar raDiriwayatkan sesungguhnya Abdullah Bin Umar tidak pernah

mengingati Rasulullah saw kecuali beliau akan menangis. Danbeliau sendiri mengikut jejak dan perbuatan Rasulullah saw danbertabarruk dengan setiap peninggalan Rasulullah saw danbersembahyang di setiap masjid yang pernah didirikan solat olehRasulullah saw dan mengenderai untanya di setiap tempat yangdipijak oleh Rasulullah saw. Beliau tidak pernah meninggalkan hajidan apabila berwuquf di Arafah, maka beliau akan berwuquf ditempat wuqufnya Rasulullah saw.

Kandungan

Page 45: TABARRUK DALAM MENGHAYATI HIDUP A 13.pdf · yang orang bertabarruk dengannya, ... fikiran manusia untuk menggali harta dan kekayaan yang ... Tempat – zahirnya seperti tempat-tempat

Mengenal Tasawuf dan Tarekat316

Ketiga: Tabarruknya Imam Malik raTelah disebutkan dalam Kitab Al-Muwatta’, Bab Biografi

Imam Malik:“Sesungguhnya Imam Malik ra tidak pernah berkenderaan,

baik unta atau kuda apabila berada di Madinah walaupun dalamkeadaannya yang uzur. Beliau berkata: “Aku tidak akanberkenderaan pada kota yang bersemadinya jasad Rasulullahsaw.”.

Ini menunjukkan penghormatan dan kecintaan beliauterhadap Rasulullah saw. Di antara kebesaran penghormatanImam Malik ra terhadap Rasulullah saw seperti yang tertera dalamkitab Al-Muwatta’ ialah:

“Sesungguhnya Imam Malik apabila hendak membacahadis Rasulullah saw, maka beliau akan berwudhu terlebihdahulunya, duduk atas katilnya, menyikat janggutnya danbertenang lalu membaca hadis Rasulullah saw. Apabila ditanyatentang demikian, beliau berkata: “Sesungguhnya aku sukamemuliakan hadis Rasulullah saw.”.

Keempat: Tabarruknya Imam Bukhari raTelah disebutkan dalam Biografi Al-Imam Bukhari ra

sesungguhnya beliau berkata:

“Aku telah mengeluarkan dalam himpunan sahihku sebanyak600,000 hadis dalam masa enam belas tahun. Dan tidak pernahaku meletakkan satu hadis sekali pun kecuali telah aku mandi danbersolat dua rakaat. Ini semua aku laksanakan sebagai kebesarandan penghormatan terhadap Rasulullah saw dan terhadap hadis-hadisnya yang mulia.”

PENUTUP

Dengan ini kami mengakhiri pembentangan suatu khazanahIslam yang unggul ini dengan harapan ianya menjadi wasilah bagi

Kandungan

Page 46: TABARRUK DALAM MENGHAYATI HIDUP A 13.pdf · yang orang bertabarruk dengannya, ... fikiran manusia untuk menggali harta dan kekayaan yang ... Tempat – zahirnya seperti tempat-tempat

317Tabarruk Dalam Menghayati Hidup

mencerminkan segelintir isi kandungan di dalam ilmu yang besarini. Semoga ianya menjadi alat bagi mendatangkan kefahamandalam setiap ilmu-ilmu Islam, terutama sekali dalam menghayatihidup bertasawuf dan bertariqah.

Dengannya kami mengharapkan agar barakah Allah s.w.t. danRasulullah saw, juga para ahli barakah dicurahkan kepada kitasekalian agar hidup sebagai seorang Mukmin dan Muslim lebihdihayati dan mendapatkan keredhaan Ilahi yang diharapkan.Amiin Allahumma Amiin.

Kandungan