kebersihan tempat-tempat yang pemeriksaan...

2
KEBERSIHAN TEMPAT-TEMPAT YANG DIGUNAKAN UNTUK PERSEDIAAN DAN PENJUALAN MAKANAN Tiap-tiap orang yang bekerja dalam penjualan dan penyediaan bagi menjual makanan hendaklah sentiasa memastikan tempat yang digunakan bersih dari sebarang kekotoran. Makanan, bekas, perkakas, kenderaan, kerusi meja dan lain-lain peralatan yang digunakan bagi penyediaan dan penjualan makanan hendaklah bersih daripada kotoran, habuk, bau busuk, kutu dan lalat atau lain-lain serangga. PEMERIKSAAN PERUBATAN Setiap orang yang bekerja menjual atau menyedia bagi jualan apa-apa jenis makanan hendaklah menjalani pemeriksaan perubatan bagi memastikan kelayakannya menjalankan pekerjaan demikian. Jika mana-mana orang yang telah diperiksa dan didapati menghidap penyakit berjangkit atau apa-apa penyakit kulit yang merbahaya, kelayakannya untuk menjalankan pekerjaan demikian dilucutkan. PENALTI Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan UUK ini adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih daripada RM2000.00 atau penjara tidak lebih 6 BULAN atau kedua-duanya sekali dan bagi kesalahan yang berterusan, boleh didenda tidak lebih RM200.00 bagi tiap-taip hari kesalahan berterusan selepas sabitan.

Upload: others

Post on 24-Mar-2021

22 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEBERSIHAN TEMPAT-TEMPAT YANG PEMERIKSAAN ...mpk.terengganu.gov.my/.../files/uuk_pengendali_makanan.pdfKEBERSIHAN TEMPAT-TEMPAT YANG DIGUNAKAN UNTUK PERSEDIAAN DAN PENJUALAN MAKANAN

KEBERSIHAN TEMPAT-TEMPAT YANGDIGUNAKAN UNTUK PERSEDIAAN

DAN PENJUALAN MAKANAN

Tiap-tiap orang yang bekerja dalampenjualan dan penyediaan bagi menjualmakanan hendaklah sentiasa memastikantempat yang digunakan bersih darisebarang kekotoran.

Makanan, bekas, perkakas, kenderaan,kerusi meja dan lain-lain peralatan yangdigunakan bagi penyediaan danpenjualan makanan hendaklah bersihdaripada kotoran, habuk, bau busuk,kutu dan lalat atau lain-lain serangga.

PEMERIKSAAN PERUBATAN

Setiap orang yang bekerja menjual ataumenyedia bagi jualan apa-apa jenismakanan hendaklah menjalanipemeriksaan perubatan bagi memastikankelayakannya menjalankan pekerjaandemikian.

Jika mana-mana orang yang telahdiperiksa dan didapati menghidappenyakit berjangkit atau apa-apapenyakit kulit yang merbahaya,kelayakannya untuk menjalankanpekerjaan demikian dilucutkan.

PENALTI

Mana-mana orang yang melanggarmana-mana peruntukan UUK ini adalahmelakukan kesalahan dan apabiladisabitkan dikenakan denda tidak lebihdaripada RM2000.00 atau penjara tidaklebih 6 BULAN atau kedua-duanya sekalidan bagi kesalahan yang berterusan,boleh didenda tidak lebih RM200.00 bagitiap-taip hari kesalahan berterusanselepas sabitan.

Page 2: KEBERSIHAN TEMPAT-TEMPAT YANG PEMERIKSAAN ...mpk.terengganu.gov.my/.../files/uuk_pengendali_makanan.pdfKEBERSIHAN TEMPAT-TEMPAT YANG DIGUNAKAN UNTUK PERSEDIAAN DAN PENJUALAN MAKANAN

PENGENALAN

Undang-undang kecil ini digunapakaibagi memastikan pengendalimakanan sentiasa menjaga kebersihandiri, makanan, tempat, danperalatan yang digunakan semasabekerja.

Undang-undang ini hanya terpakai dikawasan Majlis PerbandaranKemaman sahaja.

Ianya mula berkuatkuasa pada tahun1990.

KEBERSIHAN MENGENDALIMAKANAN

Setiap orang yang bekerja dalampenjualan atau penyediaan makananuntuk dijual, hendaklah memastikanbadan dan pakaiannya sentiasa bersih.

Sentiasa basuh tangan dengan sabundan air yang bersih sebelummemulakan penjualan ataupenyediaan makanan.

Tidak dibenarkan meludah,membuang hingus, menghidu ataumengunyah tembakau atau buahpinang semasa bekerja.

Jika pengendali mempunyai luka ataupecah kulit di tangan atau jari,hendaklah luka itu dibalut denganbalutan tahan air.

Contoh pemakaian pengendali makanan yangbetul.

KEBERSIHAN MAKANAN

Makanan yang hendak dijualhendaklah sentiasa disimpan dalambekas bertutup supaya tidakterdedah kepada pencemaran.

Bekas yang digunakan untukmenyimpan dan meletak makananhendaklah sentiasa bersih.

Penggunaan kertas yang terdapatbahan cetakan atau tulisan semasapenyediaan makanan yang manaboleh menyebabkan makanantercemar adalah dilarang.

Contoh makanan yang dibungkus bersih.