t5 haba

9
Menyiasat Alam Fizikal : Tenaga Haba (Ulang Kaji Tahun 5) NOTA Tenaga Haba 1. Haba adalah suatu bentuk tenaga. 2. Objek yang menerima tenaga haba akan menjadi panas. 3. Haba boleh mengalir dari objek yang panas kepada objek yang sejuk. 4. Sumber tenaga haba utama bagi Bumi ialah Matahari. 5. Tanpa tenaga haba dari Matahari, Bumi akan menjadi terlalu sejuk dan tidak sesuai untuk didiami oleh hidupan. 6. Sumber-sumber lain tenaga haba termasuklah daripada pembakaran bahan dan tenaga elektrik. 7. Tenaga haba juga boleh mengubah keadaan fizikal bahan. 8. Apabila sesuatu bahan dipanaskan, bahan itu akan mengembang dan bertambah saiznya. 9. Apabila sesuatu bahan disejukkan, bahan itu akan mengecut dan berkurang saiznya. Kesan Haba ke atas Bahan (a) Pengembangan dan Pengecutan Pepejal 1. Pepejal akan mengembang apabila dipanaskan dan mengecut apabila disejukkan. Namun begitu, pengembangan dan pengecutan pepejal tidak melibatkan perubahan yang besar dan sukar dikesan oleh mata kasar. 2. Contoh pengembangan pepejal: Penutup botol (logam) yang ketat boleh dibuka dengan mudah dengan memanaskan penutup itu. Apabila penutup dipanaskan, ia akan memgembang dan bertambah saiznya. Ini membolehkan penutup itu dibuka dengan senang. 3. Aplikasi pengembangan dan pengecutan pepejal i. Celah-celah pada landasan kereta api di bahagian penyambungannya bertujuan untuk mengelakkan landasan besi membengkok apabila mengembang pada

Upload: najib-razak

Post on 24-Jun-2015

1.983 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: T5 HABA

Menyiasat Alam Fizikal : Tenaga Haba (Ulang Kaji Tahun 5)

NOTA 

Tenaga Haba 

1. Haba adalah suatu bentuk tenaga.

2. Objek yang menerima tenaga haba akan menjadi panas. 3. Haba boleh mengalir dari objek yang panas kepada objek yang sejuk. 4. Sumber tenaga haba utama bagi Bumi ialah Matahari. 5. Tanpa tenaga haba dari Matahari, Bumi akan menjadi terlalu sejuk dan

tidak sesuai untuk didiami oleh hidupan. 6. Sumber-sumber lain tenaga haba termasuklah daripada pembakaran

bahan dan tenaga elektrik. 7. Tenaga haba juga boleh mengubah keadaan fizikal bahan. 8. Apabila sesuatu bahan dipanaskan, bahan itu akan mengembang dan

bertambah saiznya. 9. Apabila sesuatu bahan disejukkan, bahan itu akan mengecut dan

berkurang saiznya.   

Kesan Haba ke atas Bahan 

(a)       Pengembangan dan Pengecutan Pepejal 

1. Pepejal akan mengembang apabila dipanaskan dan mengecut apabila disejukkan. Namun begitu, pengembangan dan pengecutan pepejal tidak melibatkan perubahan yang besar dan sukar dikesan oleh mata kasar.

2. Contoh pengembangan pepejal:

Penutup botol (logam) yang ketat boleh dibuka dengan mudah dengan memanaskan penutup itu. Apabila penutup dipanaskan, ia akan memgembang dan bertambah saiznya. Ini membolehkan penutup itu dibuka dengan senang.

3. Aplikasi pengembangan dan pengecutan pepejal   i. Celah-celah pada landasan kereta api di bahagian

penyambungannya bertujuan untuk mengelakkan landasan besi membengkok apabila mengembang pada hari panas.

  ii. Kabel telefon dan kabel elektrik dipasang kendur sedikit di antara tiang. Ini bertujuan untuk mengelakkan kabel menjadi tegang dan putus pada waktu malam yang lebih sejuk.

  

(b)       Pengembangan dan Pengecutan Cecair 

1. Cecair juga mengembang apabila dipanaskan dan mengecut apabila disejukkan.

2. Pengembangan dan pengecutan cecair adalah lebih banyak daripada pepejal.

Page 2: T5 HABA

3. Aplikasi pengembangan dan pengecutan cecair   Pengembangan dan pengecutan merkuri (raksa) dalam termometer

membolehkan kita menyukat suhu sesuatu bahan.   

(c)       Pengembangan dan Pengecutan Gas 

1. Seperti pepejal dan cecair, gas juga boleh mengembang dan mengecut.

2. Pengembangan dan pengecutan dalam gas adalah paling banyak berbanding pepejal dan cecair.

3. Aplikasi pengembangan gas   Dalam industri membuat roti, gas karbon dioksida hasil daripada

penapaian yis (ragi) mengembang apabila adunan roti dipanaskan. Ini akan menaikkan adunan roti.

 

LAMPIRAN 1 

Lembaran Kerja 

Stesen 1 dan 2 

 

1. (a) Apa yang berlaku kepada ketulan ais apabila dipanaskan?

 

_______________________________________________________   (b) Apa yang menyebabkan kejadian ini?

 

_______________________________________________________   (c) Bagaimanakah cara untuk menukarkan air menjadi ais semula?

Page 3: T5 HABA

 

_______________________________________________________   (d) Namakan proses perubahan rupa bentuk bahan yang berlaku di (a).

 

_______________________________________________________  

Stesen 3 dan 4 

 

2. (a) Masukkan bebola besi  ke dalam gelang. Adakah bebolabesi  itu

dapat masuk melalui gelang?

 

_______________________________________________________   (b) Panaskan bebola besi selama beberapa minit. Cuba masukkan

bebolabesi ke dalam gelang sekali lagi.

Adakah bebola besi itu dapat masuk melalui gelang? Mengapa?

 

_______________________________________________________   (c) Biarkan bebola besi menjadi sejuk. Cuba masukkan bebola besi

melalui gelang sekali lagi. Catatkan pemerhatian anda.

 

_______________________________________________________

Page 4: T5 HABA

  (d) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan aktiviti ini?

 

_______________________________________________________   (e) Bagaimana anda dapat mengaplikasikan konsep berkaitan tenaga

haba ini dalam kehidupan seharian?

 

_______________________________________________________   

Stesen 5 dan 6 

  

3. (a) Masukkan kelalang ke dalam air panas. Apa yang berlaku kepada

aras air dalam tiub kaca?

 

_______________________________________________________   (b) Terangkan fenomena ini.

 

_______________________________________________________

  (c) Ramalkan apa yang akan berlaku apabila kelalang dimasukkan ke dalam air sejuk.

 

_______________________________________________________   

Page 5: T5 HABA

Stesen 7 dan 8 

  

4. (a) Masukkan botol dalam air panas. Perhatikan apa yang berlaku

kepada belon.

 

_______________________________________________________   (b) Apakah inferens yang boleh dibuat daripada aktiviti di(a)?

 

_______________________________________________________

  (c) Bagaimana konsep yang terlibat dalam aktiviti ini boleh diaplikasikan dalam industri atau kehidupan seharian?

 

_______________________________________________________   (d)  

 

_______________________________________________________   (e)  

 

_______________________________________________________  

LAMPIRAN 2 

Page 6: T5 HABA

Latihan 

A. Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai daripada senarai perkataan berikut.

 

panas tenaga haba sejuk

mengembang tenaga elektrik mengecut

1. Haba merupakan suatu bentuk bentuk  ____________________ .

2. Antara sumber-sumber haba ialah Matahari, pembakaran bahan dan  ____________________ .

3. Bahan ____________________ apabila dipanaskan dan ____________________ apabila disejukkan.

4. Objek yang panas akan membebaskan ____________________ . 5. Haba mengalir dari objek yang ____________________ ke objek yang

____________________ .        

 

B. Jawab soalan yang berikut.

 

1. Kaji jadual di bawah  dan jawab soalan-soalan berikutnya.

 

Masa (minit) 0 2 4 6 8 10

Suhu air (C) 80 65 52 42 37 35  

  Jadual di atas diperoleh dalam satu eksperimen. Dalam eksperimen ini, suhu air panas dalam sebuah bikar yang terdedah disukat pada sela masa tertentu.

  (a) Namakan alat yang boleh digunakan untuk menyukat suhu seperti dalam eskperimen ini.

 

_______________________________________________________   (b) Berdasarkan keputusan dalam jadual di atas, apakah inferens yang

boleh dibuat?

 

Page 7: T5 HABA

_______________________________________________________   (c) Namakan:   (d) i. pemboleh ubah yang dimanipulasikan.

 

___________________________________________________     ii. pemboleh ubah yang bergerak balas.

 

___________________________________________________   (d) Cadangkan dua cara untuk memperlahankan penurunan suhu.

 

i.            ____________________________________________________

 

ii.            ____________________________________________________

   

JAWAPAN 

A: 1. tenaga 4. haba

  2. tenaga elektrik 5. panas, sejuk   3. mengembang, mengecut               B: (a) termometer   (b) Suhu air menurun kerana tenaga haba daripada air panas terbebas

ke persekitaran menyebabkan air itu semakin sejuk.   (c) i. masa (minit)     ii. suhu air (0 C)   (d) i. Menutup bikar dengan bahan penebat haba seperti kayu/kapas     ii. Melapik bikar dengan bahan penebat haba seperti kayu