t2a1 hbef 2803

7
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER 7 HBEF 2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN ( RUMUSAN CERAMAH TAJUK 1) T2A1 JANUARI 2014 NAMA PELAJAR : SHAMADI BIN SHAHROM NO. MATRIKULASI : 780112026353001 NO. KAD PENGENALAN : 780112-02-6353 NO. TELEFON : 019-2817879 E-MAL : madi9797@ oum.edu.my PUSAT PEMBELAJARAN : PETALING JAYA NAMA PENSYARAH : DR. ABDUL WAHAB BIN ABDUL GHANI PENGHARGAAN

Upload: shamadi-shahrom

Post on 29-Dec-2015

1.338 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

t2a1

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 7

HBEF 2803

PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

( RUMUSAN CERAMAH TAJUK 1)

T2A1

JANUARI 2014

NAMA PELAJAR : SHAMADI BIN SHAHROM

NO. MATRIKULASI : 780112026353001

NO. KAD PENGENALAN : 780112-02-6353

NO. TELEFON : 019-2817879

E-MAL : madi9797@ oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : PETALING JAYA

NAMA PENSYARAH : DR. ABDUL WAHAB BIN ABDUL GHANI

PENGHARGAAN

Saya ingin berterima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya ahli keluarga saya

yang sama-sama mengorbankan usaha dan tenaga untuk menjayakan. tugasan pada kali ini.

Ucapan penghargaan yang tidak terhingga juga kepada pensyarah iaitu Dr. Abdul

Wahab Bin Abdul Ghani  yang banyak memberi tunjuk ajar, semangat, dorongan dan motivasi

kepada saya demi menyiapkan tugasan ini.

Selain daripada itu, jutaan penghargaan kepada rakan-rakan sekuliah kerana sudi

memberi tunjuk ajar, kerjasama, semangat dan dorongan sebelum dan semasa saya ingin

menyiapkan tugasan ini.

Dengan dorongan, tunjuk ajar dan maklumat yang diberikan alhamdulillah, akhirnya

tugasan ini dapat disiapkan juga walaupun terdapat kekangan masa yang tidak dapat dielakkan.

Sekian, terima kasih.

RUMUSAN CERAMAH TAJUK 1

1 SHAMADI BIN SHAHROM /780112026353001 HBEF2803

TAJUK CERAMAH : PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN,

KEBERTANGGUNGJAWABAN INISIATIF KENDIRI.

PENCERAMAH : DR. MOHD NASARUDDIN BASAR

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU.

Pembangunan Profesionalisme sebenarnya adalah cara bagaimana diri kita sendiri untuk

menginisiatifkan Profesionalisme Keguruan itu sendiri. Berdasarkan kajian-kajian terkini, kesan

atau impak keberkesanan program-program pembangunan adalah berasaskan inisiatif kendiri

iaitu atas kerelaan diri sendiri tanpa paksaan daripada mana-mana pihak. Dalam pembentangan

itu, Dr. Mohd Nasaruddin lebih memfokuskan “ Bagaimana Kecemerlangan Kerjaya Seorang

Guru berdasarkan Inisiatif Kendiri ”. Penceramah juga mengupas empat aspek penting dalam

Pembangunan Profesionalisme Keguruan iaitu:-

(a) Pembangunan Profesionalisme itu sendiri,

(b) Pembangunan Profesionalisme Kendiri,

(c) Kebertanggungjawaban Guru dan

(d) Laluan Kerja Guru.

Kehendak terkini dalam Pembangunan Profesionalisme Keguruan mengehendaki

seseorang guru berganjak daripada berfikiran vertikal kepada horizontal sejajar dengan Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia. Maksudnya, sebagai seorang guru kita perlu mengubah cara

pemikiran untuk mengusai pelbagai ilmu atau multi disiplin supaya kehidupan kompetensi guru

pada masa kini dan pada masa hadapan akan lebih berkesan dan mantap.

Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia anjakan ke empat, iaitu

Mentransformasikan Profesion Keguruan untuk menjadikan profesion keguruan sebagai

2 SHAMADI BIN SHAHROM /780112026353001 HBEF2803

profesion pilihan. Walaupun profesion keguruan adalah profesion yang sangat mulia dan hebat,

namun negara kita masih ingin terus membangunkan, melonjakkan dan mentransformasikan lagi

profesion ini. Berdasarkan Dialog Nasional yang melebihi tiga ribu ( 3000 ) dialog serta melebihi

seratus ( 100 ) pusingan perbincangan meja bulat dari semua pihak termasuklah dari rakyat biasa,

kumpulan pertengahan, profesor-profesor dan juga penasihat pakar dari luar negara supaya

profesion keguruan lebih berkualiti dan terjamin pada masa hadapan. Maknanya masih terdapat

ruang untuk membangun dan menambahbaikkan kompetensi kita sebagai seorang guru di

samping membangunkan kemenjadian anak murid kita kerana merekalah yang akan membentuk

negara pada masa hadapan.

Menurut Profesor Lee Su Kong iaitu profesor dari Singapura yang bertindak sebagai

perunding kepada majikan-majikan yang ingin mengambil pekerja mengkategorikan pelajar

lepasan universiti kepada tiga kategori :-

(a) Mereka yang boleh berkomunikasi dengan berkesan.

- Berkomunikasi dengan berkesan akan memberikan keyakinan kepada pelanggan

mereka kelak. Mereka ini dipilih berdasarkan kemahiran berkomunikasi lebih dari

satu bahasa kerana pelanggan pada hari ini tidak terhadap kepada satu kelompok

atau bangsa sahaja.

(b) Mereka yang boleh berkoloborasi dengan semua pihak.

- Berkoloborasi maknanya mereka boleh kerjasama atau usaha sama mengenai

hubungan atau saling bantu-membantu antara dua atau lebih pihak dalam bidang

tertentu bukan sekadar hubungan mesra tetapi sebagai jaringan yang boleh

memberi keuntungan kepada majikan.

(c) Mereka yang mahir dalam satu bidang yang mereka ceburi sahaja.

- Mereka yang mahir dalam satu bidang ini hanya menjadi pilihan yang ketiga dan

terakhir sekali untuk diambil sebagai pekerja. Itu pun mereka di kalangan lepasan

universiti yang lulus purata mata terkumpul antara 2.75 sehingga 3.32 sahaja.

Selain itu, sebagai seorang guru kita perlulah meningkatkan profesionalisme untuk

mendapatkan kualiti-kualiti yang baharu. Kualiti sentiasa bergerak ke hadapan dan sentiasa

3 SHAMADI BIN SHAHROM /780112026353001 HBEF2803

berubah dari satu standard kepada satu standard yang lain. Apabila guru menguasai pelbagai

kualiti, maka pelajar yang dihasilkan bukan hanya sekadar lulus peperiksaan semata-mata.

Pelajar yang dihasilkan melalui pelbagai kualiti mampu untuk mengaplikasikan, mensintesiskan

dan menilai atau menghasilkan benda baharu. Seseorang guru mesti mencari kualiti bukan hanya

mengharapkan kualiti yang ditetapkan sahaja terutama kualiti diri sendiri. Hal ini adalah

disebabkan anak didik kita adalah pewaris kita pada masa hadapan yang akan menentukan dan

mencorak serta mewarnai kehidupan pada masa hadapan.

Konsep Profesionalisme adalah merujuk kepada perubahan atau perkembangan yang

bukannya perubahan fizikal tetapi kompetensi diri, pemikiran dan arah tuju yang berubah. Para

guru mesti proaktif ke hadapan dan bukan hanya menunggu arahan daripada sekolah, jabatan

pendidikan atau kementerian untuk mengembangkan kompetensi diri. Guru perlu bersedia dan

perlukan inovasi untuk melahirkan murid yang berupaya bersaing di peringkat global. Terdapat

enam ciri utama untuk melahirkan murid-murid tersebut :-

(a) Pengetahuan

(b) Kemahiran berfikir

(c) Kemahiran memimpin

(d) Kemahiran Dwibahasa

(e) Etika dan Kerohanian

(f) Identiti nasional

Ciri-ciri murid tersebut sejajar dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Jika dikaji dengan lebih mendalam, sebenarnya banyak faktor untuk membangunkan

pendidikan tetapi faktor yang paling utama adalah guru. Sekiranya guru tidak berubah, sistem

pendidikan tidak akan berubah. Kualiti sistem pendidikan tidak akan melebihi kualiti guru.

Berdasarkan kajian seluruh dunia iaitu jika guru tidak berubah, semua dasar pembangunan tidak

akan tercapai atau berjaya. Faktor guru tersangat penting sebagai contohnya, jika murid yang

berusia 8 – 11 tahun diajar oleh guru yang berprestasi tinggi maka potensi murid dapat

ditingkatkan sebanyak 90 peratus potensi yang murid ada. Pesanan guru sangat penting untuk

kejayaan negara. Guru adalah segala-galanya. Tiada seorang doktor, peguam yang hebat, arkitek

dan sebagainya tanpa guru. Pembangunan profesionalisme keguruan bukan hanya sekadar kursus

4 SHAMADI BIN SHAHROM /780112026353001 HBEF2803

dan seminar sahaja, malah banyak lagi laluan atau cabang-cabang yang boleh kita gunakan untuk

pembangunan profesionalisme kita. Antaranya ialah :-

(a) Pembacaan buku,

(b) Dialog prestasi dengan rakan sekerja

(c) Kajian tindakan yang dibuat dan

(d) banyak lagi.

sosial media juga boleh digunakan sebagai ruang untuk pembangunan profesionalisme keguruan.

Selain itu, terdapat beberapa contoh kompetensi yang tidak boleh lari daripada seseorang

guru ialah :-

(a) Pengajaran dan pembelajaran

(b) Nilai profesional

(c) Aktiviti luar bilik darjah

(d) Sumbangan profesional

Dengan itu, untuk menghasilkan pendidikan yang berkualiti dan pada masa yang sama kita dapat

memajukan kendiri serta bersama meningkatkan kemajuan murid-murid kita.

Oleh itu, sebagai guru kita hendaklah sentiasa meningkatkan kompetensi diri serta kualiti

diri seiring dengan perubahan dan kehendak dunia pada hari ini demi kejayaan diri kita dan anak

murid kita untuk masa hadapan. Sesungguhnya perjalanan yang akan diharungi dan ditempuhi

oleh anak murid kita untuk memimpin generasi akan datang amat sejauh lagi.

Sekian, terima kasih.

( 1000 patah perkataan )

5 SHAMADI BIN SHAHROM /780112026353001 HBEF2803