t2 b8 perubahan penduduk

6
2.08.1 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Perubahan Penduduk Negara Malaysia 1. Sesebuah negara mengalami perubahan penduduk dari semasa ke semasa. 2. Perubahan ini menyebabkan penduduk bertambah, berkurang atau statik (tidak berubah) dalam setahun. 3. Jumlah penduduk negara Malaysia telah bertambah dari 20 juta orang pada tahun 1995 kepada 23 juta orang pada tahun 2000. 4. Negara Malaysia telah mengalami perubahan penduduk yang nyata. 5. Perubahan ini adalah akibat pertambahan semula jadi dan migrasi. 6. Pertambahan semula jadi berkaitan dengan kadar kelahiran dan kadar kematian. 7. Kadar kelahiran, kadar kematian, dan migrasi adalah faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan jumlah pendudukdalam sesebuah negara. Rajah 2.07.1 Faktor-faktor yang mempengaruhi peubahan penduduk 8. Jumlah penduduk akan bertambah jika lebih banyak bayi dilahirkan berbanding dengan kematian di sesebuah negara. 9. Faktor migrasi dibahagikan kepada dua, iaitu imigrasi dan emigrasi. 10. Sekiranya bilangan orang yang masuk (imigrasi) ke sesebuah negara itu melebihi jumlah orang yang berpindah keluar (emigrasi), jumlah penduduk juga akan bertambah. 11. Imigrasi ialah perpindahan masuk penduduk dari luar negara ke negara Malaysia. 12. Emigrasi merujuk kepada perpindahan keluar penduduk negara Malaysia ke luar negara. Kejadian ini akan menjadikan jumlah penduduk di sesuatu negara atau kawasan itu bertambah atau berkurang. 2.08.2 Kadar Kelahiran 1. Kadar kelahiran diperoleh dengan membandingkan jumlah kelahiran bayi dengan jumlah penduduk pada pertengahan tahun berkenaan bagi setiap 1 000 penduduk.

Upload: damairin-selangor

Post on 14-Sep-2015

238 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Perubahan penduduk

TRANSCRIPT

2.08.1Faktor-faktor yang Mempengaruhi Perubahan Penduduk Negara Malaysia

1. Sesebuah negara mengalami perubahan penduduk dari semasa ke semasa.2. Perubahan ini menyebabkan pendudukbertambah,berkurangataustatik(tidak berubah) dalam setahun.3. Jumlah penduduk negara Malaysia telah bertambah dari 20 juta orang pada tahun 1995 kepada 23 juta orang pada tahun 2000.4. Negara Malaysia telah mengalami perubahan penduduk yang nyata.5. Perubahan ini adalah akibatpertambahan semula jadidanmigrasi.6. Pertambahan semula jadi berkaitan dengankadar kelahirandankadar kematian.7. Kadar kelahiran, kadar kematian, dan migrasi adalah faktor-faktor yang mempengaruhiperubahan jumlah pendudukdalam sesebuah negara.

Rajah 2.07.1Faktor-faktor yang mempengaruhi peubahan penduduk

8. Jumlah penduduk akan bertambah jika lebih banyak bayi dilahirkan berbanding dengan kematian di sesebuah negara.9. Faktor migrasi dibahagikan kepada dua, iaituimigrasidanemigrasi.10. Sekiranya bilangan orang yang masuk (imigrasi) ke sesebuah negara itu melebihi jumlah orang yang berpindah keluar (emigrasi), jumlah penduduk juga akan bertambah.11. Imigrasi ialah perpindahan masuk penduduk dari luar negara ke negara Malaysia.12. Emigrasi merujuk kepada perpindahan keluar penduduk negara Malaysia ke luar negara. Kejadian ini akan menjadikan jumlah penduduk di sesuatu negara atau kawasan itu bertambah atau berkurang.

2.08.2 Kadar Kelahiran1. Kadar kelahiran diperoleh dengan membandingkan jumlah kelahiran bayi dengan jumlah penduduk pada pertengahan tahun berkenaan bagi setiap 1 000 penduduk.2. Kadar ini disebut sebagaikadar kelahiran kasar.3. Kaedah untuk mengira kadar kelahiran kasar ialah:Kadar kelahiran kasar

=Jumlah kelahiran dalam setahun

Jumlah penduduk pada pertengahan tahun

1 000

4. 5. Kadar kelahiran kasar di negara Malaysia telah menurun daripada 28 orang bagi setiap 1 000 penduduk pada tahun 1990 kepada 24 orang bagi setiap 1 000 penduduk pada tahun 2001.Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kadar Kelahiran1. Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran adalahDasar Kependudukan Negara,taraf pendidikan,amalan perancangan keluarga, kerjaya dan status wanita,perkahwinan lewat,taraf hidup dan ekonomi keluarga,peluang pekerjaan,dan sosiobudaya dan agama.2. Di bawah Dasar Kependudukan Negara, kerajaan menggalakkan pertambahan penduduk dengan matlamat negara mencapai jumlah penduduk 70 juta orang menjelang akhir abad ke-21.3. Dengan jumlah penduduk 70 juta orang, negara dapatmenyediakan tenaga kerja,meningkatkan daya pengeluaran negara,meningkatkan kuasa beli rakyat, danmengukuhkan kedudukan politik serta keselamatan negara.4. Kerajaan memberikan pelbagai galakan untuk menggalakkan kelahiran seperti pengecualian cukai tanggungan, cuti bersalin, dan bayaran rawatan yang rendah.5. Perkembangan ekonomi yang pesat di negara Malaysia membolehkan kerajaan menyediakan kemudahan pendidikan, perubatan, dan kemudahan asas yang telah membantumeningkatkan taraf hidup penduduk.6. Kini kaum wanita banyak yang berjayamelanjutkan pelajaranke peringkat universiti dan menjawat jawatan tinggi.7. Kebanyakan daripada mereka lewat berkahwin dan hal ini menyebabkan kadar kesuburan yang rendah dan mengurangkan kadar kelahiran.8. Keadaan ekonomi yang stabil dan baik di negara kita telah menambahkan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup.9. Didapati semakin tinggi taraf hidup dan taraf pendidikan seseorang, semakin kecil saiz keluarga mereka.10. Pasangan suami isteri merancang mempunyaikeluarga yang kecilkerana sebab-sebab yang berikut:a. kos hidup yang tinggi di bandar menyebabkan suami isteri bekerja untuk menyara hidup;b. kesukaran memperoleh pembantu rumah kerana kos yang tinggi;c. kos membesarkan anak semakin meningkat kerana belanja untuk keperluan harian dan pendidikan yang tinggi;d. cara hidup yang moden di bandar menyebabkan suami isteri memilih berkeluarga kecil supaya dapat mendidik anak dengan lebih sempurna.11. Pasangan suami isterimengamalkan perancangan keluargauntuk menjarakkan kadar kelahiran.12. Oleh itu, kadar kelahiran bayi dapat dikurangkan dan mengehadkan saiz keluarga.13. Banyak penduduk Malaysia yang menikmati taraf hidup dan pendidikan yang lebih tinggi, mengamalkan perancangan keluarga.14. Faktorsosiobudaya dan agamajuga mempengaruhi kadar kelahiran.15. Sesetengah masyarakat percaya bahawa semakin banyak anak, rezeki keluarga tersebut akan bertambah. Pemikiran ini akan meningkatkan kadar kelahiran.16. Sebilangan masyarakat merancang saiz keluarga kecil untuk memberikan kehidupan yang berkualiti kepada anak-anak mereka.17. Pada umumnya, setiap agama di negara Malaysia menggalakkan penganutnya mempunyai banyak anak.18. Hal ini akan meningkatkan kadar kelahiran dan saiz keluarga akan bertambah besar.

2.08.3 Kadar Kematian1. Kadar kematian ialah jumlah bilangan kematian yang dibandingkan dengan jumlah penduduk pada pertengahan tahun yang berkenaan bagi setiap 1 000 penduduk.2. Kaedah untuk mengira kadar kematian kasar ialah:Kadar kematian kasar

=Jumlah kematian dalam setahun

Jumlah penduduk pada pertengahan tahun

1 000

3. 4. Kadar kematian kasar negara Malaysia telah menurun jika dibandingkan dengan tahun 1980.5. Pada tahun 1980, terdapat 6.4 kematian bagi setiap 1 000 pada tahun 2001 penduduk dan kadar kematian menurun kepada 4.4.

Jadual 2.07.1Kadar kematian kasar setiap 1 000 penduduk negara Malaysia tahun 1980 hingga 2001

TahunKadar Kematian Kasar (setiap 1 000 penduduk)

19806.4

19855.0

19904.6

19954.4

20004.4

20014.4

Sumber:Jabatan Perangkaan Malaysia, 2001

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kadar Kematian1. Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kematian ialahtaraf kesihatan dan kemajuan perubatan,dasar kerajaan (kawalan penyakit),bekalan makanan,wabak penyakit,taraf hidup, taraf pendidikan, danbencana alam.2. Kerajaan Malaysiatelahmenyediakan pelbagai perkhidmatan serta kemudahan perubatan dan kesihatan yang baikbagi mengurangkan kadar kematian.3. Contohnya, kawalan penyakit, rawatan ibu mengandung, dan suntikan imunisasi.4. Suntikan awal seperti BCG (untuk batuk kering) dan Hepatitis B diberikan kepada bayi, manakala suntikan tetanus dan cacar diberikan kepada kanak-kanak dan murid.5. Wabak penyakit seperti demam denggi, taun, dan batuk kering dapat dikawal dan diubati dengan kemajuan dalam bidang perubatan.6. Kemudahan kesihatan seperti hospital, klinik, dan pusat-pusat kesihatan disediakan di luar bandar.7. Kerajaan berusaha untuk menambahkan bilangan kakitangan perubatan.8. Pertambahan bilangan hospital kerajaan dan swasta juga telah meningkatkan kemudahan rawatan pakar.9. Pendidikan kesihatandi sekolahsekolah memberikan maklumat kepada pelajar-pelajar bagi menjauhi penyakit dan menjaga kesihatan.10. Taraf pendidikan yang tinggi di kalangan penduduk memberikan kesedaran yang tinggi tentang penjagaan kesihatan.11. Mereka semakin mengutamakan kesihatan dalam kehidupan.12. Kemajuan ekonomi negara Malaysia telah membolehkan penduduk negara ini menikmati taraf hidup rakyat yang mampu memperoleh rawatan kesihatan dan makanan yang sempurna.13. Keadaan politik yang stabil menyebabkan penduduk dapat hidup dalam suasana aman. Peperangan yang berlaku di sesetengah negara menyebabkan peningkatan kadar kematian.14. Kadar kematian akibat bencana alam seperti banjir dan tsunami di Malaysia adalah sedikit.15. Bekalan air bersih, sistem pembetungan dan sampah yang teratur dapat menghindari penyakit dan menurunkan kadar kematian.16. Kempen anti-merokok, serta kempen kesedaran tentang penyakit AIDS, SARS dan kempen tentang bahaya kencing manis diadakan melalui media massa oleh kerajaan.17. Kemudahan perubatan dan kesihatan serta pemakanan yang baik dan seimbang telahmemanjangkan jangka hayat pendudukMalaysia.18. Rantau Asia Tenggara mengalami pertambahan penduduk yang tinggi dari tahun 1950 hingga 1975 keranakadar kelahiran yang tinggi dan taraf kesihatan yang bertambah baik.

2.08.4 Migrasi1. Migrasi ialah proses penghijrahan (perpindahan) penduduk dari satu tempat ke satu tempat yang lain.2. Terdapat dua jenis migrasi, iaitumigrasi dalamandanmigrasi antarabangsa.3. Kawasan yang menerima kemasukan penduduk akan mengalami pertambahan penduduk, manakala kawasan yang penduduknya keluar akan mengalami kekurangan penduduk.4. Migrasi dipengaruhi olehfaktor tarikandanfaktor tolakan.Faktor-faktor yang Mempengaruhi Migrasi1. Faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi di Malaysia ialahkeadaan politik yang stabil, banyak peluang pekerjaan, dankekurangan tenaga pekerja.2. Faktor tarikan yang menarik pelaburan asing dan pekerja asing ke Malaysia ialah keadaan politik yang stabil.3. Peluang pekerjaan yang banyak dalam sektor pertanian, perindustrian, dan pembinaan telah menyebabkan kemasukan banyak buruh asing (imigran) ke negara Malaysia.4. Terdapat dua golongan imigran yang bekerja di Malaysia, iaitu pekerja mahir (ikhtisas) dan pekerja tidak mahir.5. Pekerja mahir bekerja dalam bidang perubatan, pendidikan, pengurusan, dan pembinaan.6. Pekerja tidak mahir bekerja sebagai buruh kontrak dalam sektor pertanian, pembinaan, dan sebagai pembantu rumah.7. Faktor tolakan yang menyebabkan penduduk negara Malaysia berhijrah ke luar negara ialah peluang pekerjaan yang lebih baik di negara lain.8. Emigran ini terdiri daripada golongan profesional seperti doktor, jurutera, akauntan, peniaga, dan pesara. Mereka berhijrah ke Australia, Kanada, Britain, Amerika Syarikat, dan New Zealand.9. Emigran ini terdiri juga daripada golongan pekerja separuh mahir dan mahir. Mereka bekerja di Singapura, negara Asia Barat (seperti Arab Saudi), Jepun, dan Taiwan.10. Migrasi dalaman berlaku apabila penduduk berhijrah dari satu kawasan atau negeri ke kawasan lain atau negeri dalam negara.11. Jenis migrasi juga mempengaruhi perubahan penduduk di sesebuah daerah atau negeri.12. Kawasan yang mengalami migrasi keluar penduduk akan mempunyai penduduk yang berkurang.13. Kawasan yang mengalami migrasi masuk penduduk akan mempunyai pertambahan penduduk.14. Di bandar, terdapat faktor tarikan, iaitu banyak peluang pekerjaan, perkhidmatan sosial yang lebih baik, kemudahan awam, dan peluang pendidikan tinggi.15. Penghijrahan dari luar bandar dan bandar kecil ke bandar besar disebabkan oleh faktor tolakan seperti kekurangan pekerjaan, tanah, perkhidmatan sosial, dan kemudahan asas di tempat asal.

2.08.5Perubahan Penduduk Negara Malaysia Pada Masa Depan

1. Kadar kelahiran di Malaysia telah menurun kepada 4.4 orang pada tahun 2001.2. Keadaan ini menyebabkan kekurangan tenaga buruh khasnya dalam sektor pertanian, perkhidmatan, dan pembinaan.3. Keadaan ini menyebabkan kemasukan buruh asing bagi memenuhi keperluan tenaga pekerja ini.4. Jangka hayat yang panjang menyebabkan peningkatan jumlah warga tua dan hal ini akan meningkatkan kos rawatan dan kesihatan.5. Langkah-langkah bagi mengatasi masalah-masalah yang mungkin timbul akibat ciri penduduk masa depan Malaysia adalah dengan menggalakkan pasangan suami isteri mempunyai keluarga besar bagi menambahkan jumlah penduduk.6. Bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga pekerja pada masa depan:a. robot dapat digunakan;b. mengadakan perkhidmatan layan diri di restoran dan stesen minyak;c. meningkatkan usia persaraan;d. menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dengan tawaran gaji yang tinggi.