t2 a2 hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan zakiah binti ismail 700509115298001

6
HBEF 2803 : PERKEMBANGAN PROFESIONA LISM E KEGURUAN 1 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER : JANUARI 2014 HBEF 2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN (T2A2) SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG SAINS ( SMP KHAS ) NAMA PELAJAR : MOHAMAD FAUDZI BIN MOHAMAD SALEH NO. MATRIKULASI : 731208125515001 NO. KAD PENGENALAN : 731208-12-5515 NO. TELEFON : 0138927731 E-MAIL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : OUM, TAWAU

Upload: zauhari-hussein

Post on 18-Jul-2015

2.359 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

HBEF 2803 :

PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

1

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER : JANUARI 2014

HBEF 2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

(T2A2)

SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH )

DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG SAINS ( SMP KHAS )

NAMA PELAJAR : MOHAMAD FAUDZI BIN

MOHAMAD SALEH

NO. MATRIKULASI : 731208125515001

NO. KAD PENGENALAN : 731208-12-5515

NO. TELEFON : 0138927731

E-MAIL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM, TAWAU

HBEF 2803 :

PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

2

TAJUK 2 : MOTIVASI PELAJAR

PEMBENTANG : TUAN HAJI IBRAHIM BIN SAKIMIN

Ketua Penolong Pengarah, Sektor Standard & Verifikasi

Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia

Guru yang mempunyai ciri-ciri professional, beretika dan berakauntabiliti amat penting kerana ia

memberi implikasi dan kesan positif kepada banyak pihak yang berkaitan secara langsung dan

tidak langsung dengan dunia pendidikan. Maka, pelbagai usaha telah digembleng dan dilaksana

bagi memartabatkan profesion keguruan dan sistem pendidikan negara. Modal insan yang

cemerlang adalah hasil didikan daripada pendidik yang cemerlang dengan ciri-ciri

profesionalisme guru yang cemerlang. Justeru, tugasan ini akan mengupas secara kritis

berdasarkan persoalan-persoalan:

(a) Faeadah yang diperoleh oleh guru-guru dalam Program Pensiswazahan Guru.

Guru merupakan orang yang dihormati. Guru satu pekerjaan yang mulia berbanding dengan

pekerjaan yang lain. Guru jugalah yang melahirkan seorang doktor, jurutera, hakim, polis,

pegawai keselamatan, pegawai bank sehinggalah seorang Perdana Menteri berdiri gagah

melayari tunggak pemerintahan sebuah kerajaan yang cemerlang gemilang dan terbilang.

Semuanya itu dek seorang yang bergelar “Guru”. Sedari dulu, profesion perguruan amat di

pandang mulia oleh masyarakat kerana sumbangannya kepada negara dalam membentuk,

mengajar dan mendidik anak-anak bangsa sehingga menjadi “Manusia” dan berjaya dalam

hidup mereka. Namun, peredaran masa dan zaman teknologi telah menuntut seorang guru

perlu berhadapan dengan cabaran yang besar bagi melahirkan individu yang cemerlang

dalam kehidupan mereka. Guru perlu menjadi guru yang kreatif dan berinovatif dalam

pengajaran dan pembelajaran agar lebih efektif, menarik perhatian murid dan

menyeronokkan mereka ketika belajar.

HBEF 2803 :

PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

3

Menurut Kamus Dewan edisi Keempat (2010). Profesion merupakan suatu bidang

pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi

dan latihan yang khas. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengatur dan

melaksanakan program yang menggalakkan guru bukan siswazah menyambung pelajaran ke

peringkat lebih tinggi seperti sebuah artikel yang pernah dikeluarkan oleh pihak media massa

Berita Harian pada tarikh 16 Julai 2007 yang bertajuk “Kementerian Galak Pendidik Tingkat

Kualiti Akademik”. Justeru pada 26.10.2013 dalam Seminar Perkembangan Profesional

Keguruan yang disampaikan oleh Tuan Haji Ibrahim Bin Sakimin yang memegang jawatan

sebagai Ketua Penolong Pengarah, Sektor Standard & Verifikasi, Bahagian Pendidikan Guru,

Kementerian Pendidikan Malaysia sekali lagi menekankan kepentingan mengikuti Program

Pensiswazahan Guru.

Sesungguhnya dasar Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk memartabatkan

profesion keguruan dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru.

Program ini adalah kesinambungan daripada dasar pensiswazahan guru dalam Rancangan

Pembangunan Pendidikan 2001-2010 yang belum dapat dicapai sepenuhnya oleh KPM. Jadi

sekiranya seseorang guru itu mengikuti program pensiswazahan guru maka pelbagai faedah

yang dikecapi oleh seseorang guru itu antaranya ialah;

i. Seseorang guru dapat memantapkan lagi kerjaya mereka melalui ilmu yang ditimba.

Seseorang guru itu lebih berkeyakinan dalam menyampaikan ilmu kepada murid-

muridnya. Guru itu tidak lagi berasa was-was dalam memberikan jawapan yang tepat

kerana telah banyak mendapatkan ilmu melalui kuliah-kuliah yang dilaksanakan selain

pembelajaran guru melalui “online”, forum, kerja-kerja kursus dan dapatan maklumat

daripada internet. Terdapat segelintir murid yang suka membaca atau “ulat bulu” sengaja

menduga seseorang guru ketika dalam pembelajaran. Maka, guru tersebut tidak lagi

gentar memberikan jawapan yang bernas dan diterima akal.

HBEF 2803 :

PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

4

ii. Meningkatkan kemahiran guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

Seseorang guru yang mahir dalam apa jua bidang akan menjadi idola kepada murid-

muridnya. Sepanjang mengikuti kursus pensiswazahan seseorang guru perlu belajar dan

menguasai kemahiran matapelajaran “minor” selain matapelajaran teras. Jadi, dalam

kursus ini akan memastikan seseorang guru akan mahir lebih daripada satu

matapelajaran.

iii. Menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru.

Memang terbukti bahawa pelbagai faedah dapat dikecapi oleh seseorang guru yang telah

menerima sijil Pensiswazahan antaranya kenaikan tangga gaji dan pangkat. Sebagai

contoh mereka yang masih di tangga gaji gred DG32 akan menikmati kenaika tangga ke

DG41. Selain itu, laluan menerima pangkat sebagai “Guru Cemerlang, Guru Pakar, Guru

Besar Cemerlang, Pengetua Cemerlang dan seumpamanya adalah mudah dan cepat.

Di samping itu, seandainya seseorang guru itu telah disahkan sebagai guru siswazah

akan mempunyai pendapatan yang agak lumyan sekaligus akan membantu mengubah

cara kehidupan rutin seseorang guru itu sendiri kelak. Seterusnya laluan untuk

mendapatkan “Master” pun akan menjadi mudah dengan adanya “kredit poin” yang

terkumpul melalui kursus pensiswazahan ini.

iv. Segala kos perbelanjaan semuanya ditanggung oleh pihak Bahagian Pendidikan Guru.

Guru-guru tidak perlu membayar perbelanjaan selama berkursus kerana semuanya

ditanggung oleh pihak bahagian Pendidikan Guru. Ini bererti pembelajaran sepanjang

hampir tiga tahun itu adalah percuma dengan syarat guru yang mengikuti program

pensiswazahan ini tidak boleh “lari” atau melanggar perjanjian selama tempoh belajar.

Sekiranya ini berlaku juga guru itu perlu membayar sebanyak RM50,000 dan

dikehendaki membayar dalam tempoh 60 hari dari tarikh yang ditetapkan.

HBEF 2803 :

PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

5

(b) Sumbangan guru kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) setelah

mengikuti Program Pensiswazahan Guru.

Sebagai sebuah negara yang hampir menyamai negara-negara maju, kita memerlukan

pegawai dan kakitangan yang berpendapatan tinggi. Melalui pendidikan yang mempunyai

pegawai seramai hampir 420, 000 orang kakitangan terdiri daripada pegawai pendidikan. Jika

pegawai pendidkan ini beroleh pendapatan yang lumayan dan bergaji tinggi maka kita

setanding dengan negara-negara maju. Menurut Tuan Haji Ibrahim Bin Sakimin, kedudukan

gaji perguruan jatuh di tempat yang kedua selepas gaji kedoktoran.

Oleh itu, salah satu sumbangan yang perlu dilakukan oleh seseorang guru yang telah

mengikuti kursus pensiswazahan guru ini ialah guru perlu mengaplikasikan segala ilmu dan

kemahiran di bilik darjah hasil daripada segala apa yang telah dipelajari selama hampir tiga

tahun tanpa berputus asa. Kaedah penyampaian seseorang guru hendaklah canggih, moden

dan kreatif agar pengajaran dan pembelajaran diterima oleh murid-murid dan mewujudkan

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Seterusnya, seseorang guru perlu memandang jauh kehadapan, mengikuti peredaran

zaman dan membawa perubahan yang positif dalam pendidikan serta sentiasa mencipta

pelbagai inovasi agar mempamerkan imej dan kualiti yang cemerlang dari segi standard,

kuantiti dan kualiti sehingga akan wujudnya pusat kecemerlangan pendidikan di rantau Asia

dan di peringkat antarabangsa.

Guru juga adalah agen pembentuk kejayaan. Justeru, guru perlu bersedia kerana tanpa

persediaan awal dan rapi akan menggagalkan reformasi pendidikan yang diharapkan. Oleh

itu, guru perlu sedar akan tanggungjawab dan peranan besar mereka demi kemenjadian

murid-murid sekaligus membuktikan pada dunia pendidikan bahawa mereka tidak mensia-

siakan ilmu yang dipelajari ketika berkursus.

HBEF 2803 :

PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

6

Selain itu, guru perlu mengetahui semakin banyak ilmu di dada, semakin guru itu

berkualiti dan mempunyai nilai yang tinggi di mata masyarakat. Contohnya, seseorang

guru itu perlu menanti di luar kelas lima minit lebih awal untuk giliran mengajar dan

sentiasa memastikan murid-muridnya akan memperoleh ilmu pengetahuan di setiap sesi

pengajaran dan pembelajaran. Sabda Rasulullah S.A.W :

“Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan menunjukkan

jalan yang perlu ditempuhnya untuk menuju ke Syurga”.

Sabda Rasulullah S.A.W itu menggambarkan bahawa betapa Islam memberikan ganjaran

syurga kepada golongan yang mahu menuntut ilmu kerana ilmu itu sangat penting dalam

membina kesejagatan manusia, iaitu mendekatkan manusia dengan perkara-perkara yang

baik.

Sesungguhnya, guru merupakan pendidik yang akan menjadikan warisan kebudayaan dan

ilmu pengetahuan untuk kemajuan negara pada masa akan datang. Hanya guru yang

mempunyai kualiti, keterampilan, kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa

pendidik layak menadi guru. Oleh itu, kejayaan dan kelestarian seseorang guru dalam

kerjayanya bergantung kepada kesediaan guru berkenaan untuk terus memajukan diri.

Peningkatan kualiti dalam diri guru dengan cara melanjutkan pelajaran akan memberi nafas

baru kepada dunia pendidikan. Perubahan dunia pendidikan memerlukan guru sentiasa

berusaha untuk menambah ilmu agar menjadi guru rujukan, guru pakar, guru cemerlang,

guru gemilang dan guru terbilang. Sesungguhnya beruntunglah mereka yang dianugerahkan

oleh Allah kenikmatan menjadi seorang guru.

(1,160 patah perkataan)