t1a2 - kertas kerja

Upload: halusan-maybe

Post on 09-Mar-2016

283 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

contoh kertas kerja kokum

TRANSCRIPT

LAMPIRAN 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TUHOKPETI SURAT 346 , 91308 SEMPORNA , SABAH

TEL : 089-786178

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW ANTARA RUMAH SUKAN (STARS)TERTUTUP SEK. KEB. SUNGAI TUHUK,SEMPORNAANJURAN

PERSATUAN SEPAK TAKRAW S.K. SUNGAI TUHUK.TARIKH : 9 MAC 2013 (SABTU)MASA : 7.00 PAGI 5.00 PETANG

TEMPAT : GELANGGANG SEPAK TAKRAW S.K. SUNGAI TUHUK1.0 PENGENALAN

Pertandingan Sepak Takraw Antara Rumah Sukan Tertutup Sek. Keb. Sungai Tuhuk (STARS) merupakan satu anjuran daripada persatuan Sepak Takraw Sek. Ren. Keb. Sungai Tuhuk yang julung-julung kali diadakan dalam sekolah ini. Ia merupakan pertandingan tertutup sekolah yang diadakan bagi mencungkil bakat baru murid dalam sepak takraw yang seterusnya melahirkan pemain sepak takraw yang beribawa. Pertandingan ini juga adalah pertandingan antara rumah sukan dimana setiap pasukan akan diwakili oleh empat rumah sukan utama iaitu Rumah Biru, Kuning, Hijau dan Merah. Kejohanan ini akan dijalankan mengikut Undang-undang Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM).2.0 OBJEKTIF

1.1 Mencungkil bakat baru murid dan mengasah bakat yang sedia ada dalam kalangan murid dalam bidang sepak takraw. Mewujudkan lebih persaingan antara murid dan seterusnya dapat mewakili sekolah atau peringkat yang lebih tinggi.

1.2 Memupuk semangat berpasukan, perpaduan, kerjasama, dan mewujudkan kerjasama antara guru-guru dengan murid.

1.3 Menambah pengalaman serta membentuk sifat kepimpinan murid dan guru melalui sukan dalam sekolah

1.6 Ingin menjadi penganjur yang pertama dalam memartabatkan sukan sepak takraw disekolah dan peringkat daerah Semporna.

3.0 KELAYAKAN

3.1Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid yang berdaftar.3.2Setiap pasukan diwakili oleh 3 (tiga) regu iaitu dengan jumlah 12 orang murid termasuk 3 orang pemain simpanan.

3.3Setiap rumah sukan hendaklah menghantar 1 (satu) pasukan sahaja untuk bertanding.

4.0 ANGGARAN JUMLAH PESERTA

KategoriJumlah Pasukan

Lelaki4 Pasukan

5.0 FORMAT KEJOHANAN

5.2 Pertandingan ini merupakan acara berpasukan, iaitu setiap pasukan terdiri daripada 3 regu (regu A, B dan C). Pertandingan ini di sertai 4 pasukan memandangkan hanya 4 rumah sukan iaitu rumah Biru, Kuning, Hijau dan Merah.5.3 Sistem yang digunakan adalah liga dalam kumpulan iaitu semua pasukan akan bertemu dan kiraan mata tertinggi akan memenangi perlawanan ini. Sebarang perubahan akan diberitahu kemudian.

5.4Peraturan pertandingan akan dilaksanakan mengikut sistem Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM)

5.5 Setiap penasihat rumah sukan harus memilih dan menghantar satu pasukan yang akan bertanding.6.0 TEMA

Sukan menjana kecergasan dan kecerdasan

7.0 MAJLIS PERASMIAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH

Majlis perasmian dan Majlis Penyampaian Hadiah akan disempurnakan oleh Pengarah Pejabat Pelajaran Daerah Semporna diiringi oleh Hj. Rukkan bin Hj. Madtarasan, selaku pengerusi / guru besar S.K. Sungai Tuhuk bersama Encik Amin bin Jinggona selaku penasihat persatuan setelah selesai acara.8.0 JAWATANKUASA PENYELARAS

Penaung : Hj. Rukkan bin Hj. MadtarasanPenasihat dan Pengarah Projek : Encik Mohd Amin bin JinggonaPengerusi (pelajar) : Rozaimi Abdul Samid (pengerusi persatuan)

Setiausaha : Saudari Aishah Mohd Marsin

Bendahari

: Saudari Nurafikah MusliminAhli Jawatankuasa.

I. Pemasaran dan Perhubungan Awam.

1. Alpah Abdul Rasid (guru)2. Rosnah Abdul Manaf (murid)II. Publisiti

1. Mohd. Liza bin Samsudin (guru)

2. Asbah Abdul Rasid

III. Penyertaan dan Penghakiman.

1. Amir Hussin (guru)2. Azhar bin IsahalIV. Hadiah dan Cenderamata dan Protokol1. Aisyah Marsin (guru)2. Hasbullah Mohd Noor V. Teknikal dan Fizikal dan Tugas-tugas Khas (murid)1. Sharil Anuar bin Ahmad

2. Shahrul Azwan bin Bidin3. Mohd Nazir bin Hanapi9.0 BIDANG TUGAS BAHAGIAN

1. Setia Usaha (s/u)

Menyediakan urusan surat menyurat, surat jemputan-jemputan dan surat memohon kebenaran.

Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat projek.

Mencatat minit mesyuarat serta menyiapkan laporan kejayaan projek. 2. Bendahari

Menyediakan bajet kewangan projek, mencatat buku kira-kira dan bertanggungjawab atas kewangan projek.3. Pemasaran dan perhubungan

Mempromosikan kejohanan kepada murid dan ibubapa. Mengedarkan risalah-risalah dan borang penyertaan kepada guru rumah sukan dan murid. Berhubung dengan peserta bagi masalah berkenaan jadual perlawanan4. Penajaan

Mendapatkan tajaan atau sumber dana bagi menampung perbelanjaan kejohanan

5. Publisiti

Menyediakan banner dan poster dan design baju untuk penyelaras kejohanan bagi setiap aktiviti.

Memastikan poster di tampal di kawasan yang dipilih di sekolah dan menggantung banner di Pejabat Pelajaran Daerah. Membantu melengkapkan papan kenyataan pada hari kejadian.

6. Penyertaan dan penghakiman

Memastikan jumlah peserta yang bertanding dan memastikan kehadiran peserta semasa atau sebelum hari kejadian.

Membuka kaunter penyertaan dan memastikan jumlah para peserta yang bertanding

Memastikan para pengadil yang akan bertugas pada hari kejadian mengikut kriteria tertentu.

7. Hadiah dan cenderamata

Menyediakan hadiah (piala), hamper dan sijil kepada pemenang serta bentuk hadiah yang diberi.

Menyediakan cenderamata kepada para tetamu VIP.

8. Makanan dan minuman

Menyediakan makanan kepada semua yang terlibat pada hari kejadian Minta bantuan daripada ajk tugas-tugas khas bagi kerja tertentu

9. Protokol

Menyediakan tentatif program kejohanan

Menyediakan teks ucapan tetamu VIP

Menjadi pengiring untuk penyampaian hadiah dan cenderamata

Memikirkan perasmian dan penutup kejohanan

10. Teknikal dan fizikal

Memastikan gelanggang dan semua peralatan pada hari kejadian lengkap. Bertindak sebagai ajk kecemasan.

Mendapatkan pengadil kejohanan serta memastikan pengadil yang bertugas pada setiap gelanggang.

Menulis mata atau jadual perlawanan bagi setiap perlawanan.

10.0 ANGGARAN BELANJAWAN

10.1 Pendapatan semasa

10.1.1 Yuran pasukan

Bil.PerkaraButiran (RM) (Yuran darab Bil. Pasukan)Amaun (RM)

1.PesertaRM 30 X 4RM 120

10.1.2Anggaran Perbelanjaan

Bil.PerkaraPerincian (RM)Amaun (RM)

Hadiah

Johan

Naib Johan

Ketiga

KeempatRM 100RM 50

RM 30

RM 20RM 100RM 50RM 30RM 20

RM 200

Cenderamata

Pengadil Sijil (Peserta)RM 25 X 2

RM 1 X 12 X 4RM 50

RM 48

RM 98

Publisiti

Banner

Poster, tentatif dan brosurRM 40 X 2

RM 0.50 X 100RM 80

RM 50

RM 130

Makanan dan minumanRM 5.00 X 20RM 100

Kontinjensi RM 72

JUMLAHRM 600

11.0 PENUTUP

Pihak Persatuan Sepak Takraw amat berharap agar projek seumpama ini akan melahirkan ramai pemain sepak takraw yang bukan sahaja cemerlang dalam sukan, malah mempunyai prestasi akademik yang membanggakan. Anjuran sebegini dapat mengeratkan dan melestarikan hubungan murid dengan guru. Pihak kami berharap projek ini dapat mencapai sasaran kerana ia mampu memartabatkan lagi sukan sepak takraw bukan sahaja dalam sekolah, malah diperingkat yang lebih tinggi lagi. Di harapkan juga bahawa projek ini dapat diteruskan untuk meningkatkan lagi mutu sukan negara.

Disediakan oleh ,

(MOHD AMIN BIN JINGGONA)

Pengarah Projek, Pertandingan Sepak Takraw Antara Rumah Sukan (STARS) Tertutup S.K. Sungai Tuhuk 2013,

Persatuan Sepak Takraw S.K. Sungai Tuhuk, sidang 2013Disokong oleh,

...............................................

(EN. HJ. RUKKAN BIN HJ. MADTARASAN)

Guru Besar merangkap Penaung Persatuan Sepak Takraw S.K. Sungai Tuhuk,

Sidang 2013.