t1a1 new

9

Click here to load reader

Upload: daniel-nur-haqeem

Post on 03-Dec-2015

245 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

T1A1

TRANSCRIPT

Page 1: T1A1 new

LATAR BELAKANG KAUM KADAZAN-DUSUN DI SABAH

Kaum Kadazan-dusun merupakan sebuah etnik peribumi yang menetap di pantai barat

Sabah dan kawasan pendalaman sekitarnya. Kaum kadazan-dusun sebenarnya dibentuk oleh

dua kaum utama Sabah iaitu ‘Kadazan’ dan ‘Dusun’ namun disebabkan persamaan bahasa,

budaya dan situasi politik kaum ‘Kadazan’ dengan kaum ‘Dusun’ satu istilah baru telah

terbentuk untuk menyatukan kedua-dua kaum ini iaitu ‘Kadazan-Dusun’. Kaum Kadazan-

Dusun membentuk etnik terbesar di Sabah.

Terdapat pelbagai suku kaum di dalam kaum Kadazan-Dusun. Kaum Kadazandusun

merupakan kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah. Menurut Persatuan Kebudayaan

Kadazandusun Sabah (KDCA), Kadazandusun merujuk kepada empat puluh satu etnik seperti

berikut; ·

Bisaya, Kuijau, Murut, Sungai, Bonggi, Lingkabau, Nabai, Tatana, Bundu, Liwan, Paitan,

Tangara, Dumpas, Lobu, Pingas, Tidong, Gana, Lotud, Rumanau, Tindal, Garo, Lundayo,

Rungus, Tobilung, Idaan, Makiang, Sinobu, Tolinting, Kadayan, Malapi, Sinorupu,

Tombonuo, Kimaragang, Mangkaak, Sonsogon, Tuhawon, Kolobuan Minokok, Sukang,

Tutung.

            Oleh yang demikian kerana kaum Kadazan-dusun merupakan kaum yang kaya dengan

pelbagai budaya dan adat istiadat yang merupakan warisan secara turun-temurun oleh nenek

moyang mereka dan melambangkan keindahan adat dan budaya mereka sebagai kaum

terbesar di Sabah. Keunikan masyarakat ini terserlah melalui kebudayaan dan adat resam yang

diamalkan. Kebanyakan daripada amalan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan

animisme. Ini jelas terlihat melalui adat resam dan kepercayaan yang diamalkan dalam aspek

kelahiran, perkahwinan dan kematian.Kaum Kadazandusun memiliki banyak budaya yang

boleh diwarisi contohnya dari segi asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum

Kadazandusun, bahasa, pakaian tradisional, muzik berunsurkan tradisional, corak kehidupan

Page 2: T1A1 new

masyarakatnya, tarian tradisional dan kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya

Kadazandusun ialah Perayaan Pesta Kaamatan yang diadakan pada setiap tahun.

Dalam aspek asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun

menjelaskan tentang kelahiran kaum Kadazandusun dan lagenda kelahiran kaum ini bermula

dari "Nunuk Ragang" sehinggalah kepada perkembangan dan penyebaran sukukaum ini ke

seluruh pelusuk negeri Sabah yang telah banyak mempengaruhi sosio budaya mereka

mengikut tempat yang baru, contohnya dari aspek bahasa dan corak kehidupan mereka.

Mengikut statistik, terdapat lebih kurang 40 etnik yang terdapat dalam suku kaum

Kadazandusun.

Dari aspek bahasa, perbezaan loghat, sebutan dan ejaan banyak dipengaruhi mengikut

etnik tertentu. Contohnya, sebutan dan ejaan sukukaum Kadazandusun dari satu daerah

dengan daerah lain di negeri Sabah adalah berlainan tetapi masih membawa erti dan makna

yang sama.

Pakaian tradisi ini pula berbeza mengikut kawasan dan sosio budaya sukukaum

Kadazandusun. Dalam aspek ini, tumpuan diberikan kepada corak pakaian dalam perayaan

tertentu. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai pakaian tradisinya sendiri.

Muzik tradisi yang ditonjolkan dalam kaum ini amat menarik dan unik. Alat-alat dan

bunyi-bunyian tradisional ini banyak terdapat dalam suku kaum Kadazandusun dan ianya

berpotensi untuk diwarisi oleh generasi muda kini. Antara lain alat-alat muzik tradisi yang

popular ialah gong, sompoton, kulintangan, togunggu atau togunggak, bungkau, pumpuak,

sundatang, suling, turali, tongkungon dan lain-lain lagi.

Disebabkan masyarakat Kadazandusun ini memiliki pelbagai budaya yang unik mengikut

etnik tertentu maka corak hidup mereka juga berbeza mengikut tempat tertentu. Kebanyakan

corak kehidupan mereka ini dipengaruhi oleh adat resam penduduk setempat. Adat resam

inilah yang mempengaruhi corak kehidupan masyarakat Kadazandusun sesuatu kawasan.

Dalam setiap upacara rasmi ataupun perayaan tertentu, tarian tradisional suku kaum

Kadazandusun sering menjadi daya tarikan dan kemeriahan majlis tersebut. Setiap etnik

dalam Kadazandusun mempunyai tarian tradisinya sendiri. Corak tarian tradisional ini

dipengaruhi oleh sosio budaya kawasan tertentu.

Page 3: T1A1 new

Kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya sukukaum Kadazandusun dan kesenian

serta keunikannya ialah menerusi Perayaan Pesta Kaamatan yang diraikan pada setiap 30 dan

31 Mei setiap tahun. Dalam perayaan ini,berbagai acara menarik dan juga budaya kaum

Kadazandusun yang ditonjolkan dan dipamerkan. Antara lain acara yang biasanya menjadi

tarikan dalam Perayaan Pesta Kaamatan ialah "Unduk Ngadau" Kaamatan yang

mempamerkan pakaian tradisi mengikut etnik.

Adat Resam Perkahwinan kaum Kadazandusun

Dalam konteks komunikasi, ibu bapa bertanggungjawab memilih bakal isteri anak

lelakinya. Setelah peminangan diterima oleh pihak keluarga perempuan, majlis perkahwinan

akan dilakukan pada masa yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak dan lazimnya dilakukan

pada waktu malam di rumah pengantin perempuan. Pada malam pertama si suami harus

bermalam di rumah keluarga isterinya dan kemudiannya pasangan pengantin ini akan diarak

ke rumah keluarga lelaki dan perempuan selama tiga kali berturut-turut. Sebelum pengantin

dibenarkan masuk ke dalam rumah, pihak tuan rumah keluarga lelaki/perempuan menyanyi

atau "Selakohan Sinding" dan dibalas oleh rombongan. Selakohan sinding ini bertujuan

menyambut kedatangan rombongan pengantin baru tetapi diluahkan dalam bentuk nyanyian.

i) Merisik

            Sebelum sesuatu upacara perkahwinan dilangsungkan, keluarga kedua-dua pihak akan

mengatur segala persiapan yang diperlukan. Dalam hal ini perkara yang diutamakan adalah

tentang pemberian sebentuk cincin. Cincin ini menjadi tanda peminangan daripada pihak

lelaki.

            Sebelum peminangan dibuat, pihak lelaki melantik seorang tua yang bukan terdiri

daripada keluarga terdekat lelaki berkenaan. Segala urusan merisik dan juga pinang-

meminang ini mesti dibuat pada waktu pagi. Waktu petang dan malam tidak dibenarkan sama

sekali. Wakil pihak lelaki pergi merisik kepada ibu bapa perempuan yang hendak dipinang itu

atau pengganti ibu bapa jika ibu bapa perempuan itu sudah tidak ada.

Risikan pertama dilakukan untuk mengetahui sama ada perempuan berada dalam proses

risikan orang lain atau dia sedang dalam pertunangan. Kalau perempuan itu dalam

Page 4: T1A1 new

pertunangan, risikan itu dihentikan serta-merta. Kalau perempuan itu didapati sedang dalam

proses risikan daripada lelaki lain, risikan itu ditangguhkan buat sementara, sehingga

keputusan muktamad diperoleh daripada risikan terdahulu itu.

            Jika risikan yang terdahulu bertukar ke arah pertunangan, maka risikan yang kemudian

itu terus dibatalkan. Tetapi jika gagal, risikan yang kemudian itu boleh diteruskan. Risikan ini

dibuat berulang kali, peringkat demi peringkat dan adakalanya memakan masa sehingga

berhari-hari, malah ada yang sampai berbulan-bulan. Ini disebabkan banyak perkara yang

mesti diketahui dengan jelas oleh ibu bapa perempuan terhadap keluarga yang merisik

anaknya. Antaranya ialah susunan keluarga, kemampuan, pekerjaan dan seumpamanya.

ii) Meminang

Apabila ibu bapa perempuan mendapati risikan itu boleh dipertimbangkan, mereka akan

menentukan hari bagi wakil pihak lelaki datang membawa cincin pusaka (dibuat daripada

tembaga). Cincin itu juga digelar 'cincin menanti mimpi'. Cincin itu mesti dibawa pada waktu

pagi.

Apabila ibu bapa perempuan sudah menerima cincin itu, mereka mesti membersihkan diri

pada hari itu juga. Mereka tidak boleh makan atau minum apa sahaja yang boleh

memabukkan. Cincin itu diletakkan di bawah bantal ibu bapa perempuan itu. Pada malam

tersebut mereka mesti berada dalam keadaan 'bersih', iaitu tidak mabuk. Pada malam itu juga,

salah seorang daripada suami isteri itu atau kedua-duanya sekali akan mendapat mimpi.

Adakalanya mereka berlainan mimpi, adakalanya hampir serupa dan adakalanya benar-benar

serupa.Biasanya mimpi itu mempunyai tiga keadaan. Pertama, mimpi baik, ini bererti, risikan

itu boleh diteruskan kepada proses peminangan. Kedua, mimpi buruk. Tetapi mimpi buruk itu

dapat dibaiki atau diperbetulkan. lni bererti, proses pertunangan boleh diuruskan dengan

syarat pihak lelaki harus membayar sugit kepanasan mimpi kepada orang yang bermimpi itu.

Contoh mimpi yang dimaksudkan ialah seperti bermimpi tentang barang-barang yang

pecah seperti periuk atau pinggan-mangkuk. Kemudiannya barang-barang yang pecah itu

dibaiki oleh pihak lelaki. Ketiga, mimpi buruk. Contoh mimpi buruk ialah bermimpi akan

Page 5: T1A1 new

periuk belanga, kuali, pinggan mangkuk, tempayan atau apa sahaja barang kegunaan hanian

yang telah pecah. Ini bererti proses risikan itu berhenti setakat itu sahaja dan perkahwinan

tidak boleh dilangsungkan.

Hari berikutnya, ibu bapa perempuan tersebut memanggil semua keluarga terdekatnya

bermesyuarat untuk membincangkan mimpi mereka. Jenis dan sifat mimpi diterangkan

sejelas-jelasnya. Di dalam mesyuarat itulah mereka menganalisa baik dan buruknya mimpi

itu.

iii) Bertunang

            Setelah selesai mesyuarat keluarga, ibu bapa perempuan memanggil wakil pihak lelaki

untuk memberitahu tentang keputusan mimpi mereka. Ketika itu juga cincin yang digunakan

untuk menanti mimpi tadi dipulangkan. Waktu itu, wakil lelaki diberitahu sama ada boleh

bertunang dengan membayar sugit kepanasan mimpi kerana mimpi buruk boleh dibaiki

ataupun tidak boleh bertunang kerana mimpi buruk.

Jika mimpi baik, proses pertunangan diteruskan. Perundingan antara pihak lelaki dengan

ibu bapa pihak perempuan hanya berkisar pada syarat-syarat hantaran perkahwinan,

menentukan tarikh perkahwinan dan kadar besar atau lamanya pesta perkahwinan itu.

Pertunangan yang telah ditetapkan tidak boleh diingkari. Jika tidak, pihak yang ingkar

terpaksa membayar seluruh atau separuh hantaran yang sudah ditentukan ketika mengikat

pertunangan dahulu. Bayaran ini dibuat di depan pengadilan adat.

Hantaran kahwin biasanya terdiri daripada pelbagai jenis makanan, alat untuk adat

istiadat dan barang untuk memperteguhkan semangat. Barang hantaran untuk

memperteguhkan semangat ini dikenali sebagai tasor. Tasor ialah tempat pinang yang

diperbuat danipada tembaga atau perak. Tasor ini dibawa sendiri oleh pengantin pada hari

penrkahwinan.

Alat untuk adat istiadat pula dinamakan tinokol iaitu terdiri daripada canang, gong dan

tajau (tempayan). Jumlahnya menurut darjat orang yang berkahwin itu. Barangan ini juga

dibawa pada hari perkahwinan. Jenis makanan pula ialah babi atau kerbau dan jumlahnya

bergantung kepada kemampuan keluarga tersebut. Binatang tersebut diberikan kepada pihak

Page 6: T1A1 new

perempuan dua atau tiga hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan. lni kerana binatang

itu akan disembelih dan dimasak untuk upacara makan di rumah pengantin perempuan nanti.

            Sebuah tajau berisi tapai beras yang dinamakan lihing, mesti dibawa pada hari

perkahwinan. Lihing ialah tapai yang sudah menjadi arak. Lihing diminum beramai-ramai

dalam pesta kahwin di rumah pengantin perempuan. Selain daripada empat hantaran yang

menjadi asas bagi orang Kadazan, terdapat beberapa barangan lain yang turut dibawa untuk

memperlengkap dan memperindahkan majlis hantaran itu. Ini terserah kepada janji yang

dibuat semasa majlis pertunangan, juga berdasarkan kemampuan kedua-dua belah pihak.

Serendah-rendah darjat perkahwinan itu mesti dibuat dengan upacara adat, pemujaan agama,

pesta bersukaria dan makan minum. Sesingkat-singkat pesta pula adalah antara dua atau tiga

hari di rumah pengantin perempuan. Bagi mereka yang berkemampuan, majlis dibuat selama

tujuh hingga empat belas hari. Walaupun perkahwinan pasangan suami isteri itu sudah sah di

sisi agama dan kepercayaan, mereka masih belum boleh bersatu pada hari dan malam

pertama. Paling cepat mereka hanya boleh bersatu pada malam kedua, malah ada yang

mengambil masa selama seminggu atau dua minggu berikutnya. Kesemuanya ini bergantung

kepada besar atau lamanya majlis perkahwinan itu diadakan.

Untuk membolehkan pengantin ini bersatu, satu upacara khas dibuat. Pasangan pengantin

tersebut dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkuk yang sama. Upacara ini dihadiri

oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantin lelaki tidak boleh sama sekali hadir di

rumah pengantin perempuan sebelum pasangan itu sah bersatu.

 Majlis Perkahwinan

            Majlis perkahwinan orang Kadazan memakan masa selama tiga hari. Perkara yang

paling penting dalam upacara perkahwinan ialah miohon pinisi iaitu upacara menukar

gumpalan nasi. Untuk memulakan upacara ini, pengantin lelaki dan perempuan duduk

berhadapan di tengah-tengah bulatan gadis-gadis yang berpakaian tradisional berwarna hitam.

Di hadapan mereka terletak seperiuk nasi dan kedua-dua pengantin akan menggenggam

nasi dan periuk tersebut untuk dijadikan gumpalan sebesar telur ayam. Kemudian kedua-

Page 7: T1A1 new

duanya akan bertukar-tukar gumpalan nasi itu, lalu dimakan. Upacara miohon pinisi

merupakan nazar perkahwinan menurut cara tradisional. Setelah upacara ini dilakukan,

makanan dan minuman pun dihidangkan kepada para tetamu yang hadir. Gong dibunyikan

semula, diikuti dengan pertunjukan tarian sumazau.

Makanan Tradisional

Makanan kaum kadazandusun merupakan identiti dan pengenalan bagi kaum mereka.

Masyarakat kadazandusun memiliki pelbagai hidangan yang unik. Selain di hari perayaan,

suku kaum kadazandusun yang tinggal di kampung masih mengamalkan cara masakan atau

hidangan secara tradisional ini secara harian. Selain itu ia juga menjadi hidangan istimewa

bagi acara istimewa seperti perkahwinan dan majlis lain di adakan oleh suku kaum

kadazandusun.

Makanan tradisi suku kaum kadazandusun terdiri daripada pelbagai jenis kerana keadaan

semulajadi bentuk muka buminya banyak membekalkan sumber pencarian makanan. Antara

makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum kadazandusun ialah hinava, noonsom,

pinaasakan, bosou dan sup manuk lihing. Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan

pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi kaum kadazandusun.