ms 1s0 9002 politeknik sultan haji ahmad shahaplikasi02.polisas.edu.my/eregister/intake dis...

19
MS 1S0 9002 POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH SEMAMBU 25350 KUANTAN (Tel. 09-5655300; Faks 09-5663104) www.polisas.edu.my Buku ini terdiri daripada 3 (TIGA) bahagian:- a) Maklumat Am b) Maklumat Pendaftaran c) Borang-borang Pendaftaran ARAHAN : 1. Baca dengan teliti semua maklumat yang terkandung di dalam buku ini, fahamkan dan ambil semua tindakan yang berkaitan dengan segera. 2. Lengkapkan semua borang-borang pendaftaran (HEP 1 – HEP 6) yang diperolehi semasa pengesahan penerimaan tawaran dibuat dan borang- borang pendaftaran asrama yang disediakan (BHHP7, BHHP8 & BHHP9 untuk yang ditawarkan asrama sahaja). 3. Bawa buku ini dan borang-borang pendaftaran yang telah dilengkapkan pada hari pendaftaran. BUKU PANDUAN PENDAFTARAN

Upload: others

Post on 30-Oct-2019

22 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MS 1S0 9002

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAHSEMAMBU

25350 KUANTAN(Tel. 09-5655300; Faks 09-5663104)

www.polisas.edu.my

Buku ini terdiri daripada 3 (TIGA) bahagian:-

a) Maklumat Amb) Maklumat Pendaftaranc) Borang-borang Pendaftaran

ARAHAN:

1. Baca dengan teliti semua maklumat yang terkandung di dalam buku ini,fahamkan dan ambil semua tindakan yang berkaitan dengan segera.

2. Lengkapkan semua borang-borang pendaftaran (HEP 1 – HEP 6) yangdiperolehi semasa pengesahan penerimaan tawaran dibuat dan borang-borang pendaftaran asrama yang disediakan (BHHP7, BHHP8 & BHHP9untuk yang ditawarkan asrama sahaja).

3. Bawa buku ini dan borang-borang pendaftaran yang telah dilengkapkan padahari pendaftaran.

BUKU PANDUAN PENDAFTARAN

2

KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

Senarai Semak 3

A. Maklumat Am 4

1. Panduan Untuk Ke Polisas 4

2. Peringatan Sebelum Pendaftaran 4

3. Yuran Dan Bayaran Lain 4

4. Kemudahan Tempat Tinggal 9

5. Bantuan Kewangan 9

6. Rupadiri 9

7. Hal-Hal Lain 12

B. Maklumat Pendaftaran 13

1. Hari Pendaftaran 13

2. Perkara-Perkara Yang Mesti Dibawa Pada Hari Pendaftaran 13

3. Pakaian Dan Rupadiri Semasa Pendaftaran 14

4. Prosedur Pendaftaran 14

5. Hal-Hal Lain 15

C. Borang-Borang Pendaftaran 15

Lampiran 16

3

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH

SENARAI SEMAK SEBELUM HADIR PADA HARI PENDAFTARAN

Semak dan tandakan pada petak yang berkenaan sekiranya perkara-perkara berikut telah disediakanoleh anda, sebelum bertolak ke POLISAS untuk mendaftar diri.

1. Dokumen-Dokumen Asal(PERINGATAN: Kegagalan membawa dokumen-dokumen ASAL akan mengakibatkanpendaftaran anda DITOLAK)

1.1 Kad Pengenalan

1.2 Surat Tawaran ke Politeknik

1.3 Sijil atau Slip Keputusan Peperiksaan SPM/SPM(V)

1.4 Dokumen-dokumen/Sijil-sijil Kokurikulum (jika berkaitan -terutamanya yang mewakili negari dan negera)

1.5 Sijil Berhenti Sekolah

1.6 Surat Akuan/Testimonial Sekolah (jika berkaitan)

1.7 Borang-Borang Pendaftaran telah lengkap diisi

i. HEP 1 : MAKLUMAT PERIBADI PELAJAR

ii. HEP 2 : LAPORAN PEMERIKSAAN DOKTOR

iii. HEP 3 : KEBENARAN UNTUK RAWATAN PEMBEDAHAN

iv. HEP 4 : IKRAR PELAJAR DAN LEPAS TANGGUNG

v. HEP 5 : AKUAN PELAJAR

vi. HEP 6 : AKU JANJI PELAJAR

vii. BHHP7 : JAMINAN TATATERTIB KAMSIS (dua salinan)

viii. BHHP8 : PERSETUJUAN PELAJAR TINGGAL 3 ORANG SE BILIK

ix. BHHP9 : IKRAR KAMSIS

x. BORANG SOAL SELIDIK

1.8 Salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan bagi tujuan permohonanpinjaman/biasiswa

2. Salinan Slip Wang Tunai Masuk berjumlah RM200.00 atas namaPoliteknik Sultan Haji Ahmad Shah. (Yuran Pengajian sahaja)

Salinan Slip Wang Tunai Masuk berjumlah RM60.00 atas namaPoliteknik Sultan Haji Ahmad Shah.(Yuran Asrama Sahaja)

Slip Wang Tunai Masuk MALAYAN BANKING BERHAD untukBayaran Pendaftaran & MSK

3. Gambar warna terbaru (saiz kad pengenalan) 10 keping

4

A. M A K L U M A T A MBaca dengan teliti maklumat/arahan berikut dan sila ambil tindakan yang sewajarnya agarurusan pendaftaran anda berjalan lancar dan anda dapat memulakan pengajian di POLISASdengan selesa.

1. PANDUAN UNTUK KE POLISAS

Sila rujuk pelan lokasi POLISAS yang disertakan di muka belakang Buku Panduan ini.Peringatan penting bagi pelajar yang datang dengan kenderaan sendiri, sila perhatikan tandaarah meletak kenderaan yang disediakan oleh pihak Politeknik.

2. PERINGATAN SEBELUM PENDAFTARAN

a. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia juga berhak MENARIK BALIK tawaran kemasukanke Politeknik ini sekiranya terdapat percanggahan maklumat di antara dokumen asaldengan maklumat yang telah anda berikan semasa memohon ke Politeknik.

b. Lengkapkan semua borang pendaftaran (Borang HEP & BHHP) sebelum diserahkankepada POLISAS semasa melapor diri.

3. YURAN & BAYARAN LAIN

Semua pelajar PERLU membuat bayaran di bank berkenaan sebelum melapor diri pada hariyang telah ditetapkan. Pembayaran di kaunter pendaftaran secara tunai pada hari pendaftarantidak dibenarkan.

Jumlah bayaran adalah seperti jadual di muka surat sebelah.

a. Pelajar perlu membuat 3 (tiga) jenis bayaran meliputi Bayaran 1 iaitu Yuran Pengajian,Bayaran 2 iaitu Yuran Asrama (jika ditawarkan) dan Bayaran 3 iaitu Pendaftaran. Sila rujukjadual di muka surat selanjutnya.

b. Dokumen Pembayaran perlu dibawa dan ditunjukan sebagai bukti semasa melapor dirinanti. Anda tidak boleh didaftarkan sebagai pelajar politeknik sekiranya gagal menjelaskansebarang bayaran. Semua pembayaran dalam bentuk Tunai, Cek, Kiriman Wang (MoneyOrder), Wang Pos (Postal Order) dan Draf Bank tidak akan diterima.

c. Pelajar yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta,DIMESTIKAN membawa satu salinan surat atau salinan dokumen dari pihak penajahendaklah diposkan / difaxkan ke POLISAS dengan segera ditalian 09-5663104 untukmembenarkan calon mendaftar secara atas talian (on-line). Surat atau dokumen asal penajahendaklah dibawa bersama semasa melapor. Pelajar yang tidak ditanggung oleh penajaatau dalam proses permohonan, hendaklah menjelaskan bayaran seperti biasa.

5

3.1 PELAJAR BAHARU KURSUS DIPLOMA SEMESTER 1 (LULUSAN SPM)

KURSUS BAYARAN 1 BAYARAN 2 BAYARAN 3

Sila rujuk kod kursus pada surattawaran YURAN PENGAJIAN

YURANASRAMA

(jika ditawarkan)

BAYARANPENDAFTARAN

DKA, DSB, DUT, DTK, DEP,DKM, DAD RM200.00 RM60.00 RM538.00

DAT, DSK, DEC, DLS RM200.00 RM60.00 RM598.00

DTM RM200.00 RM60.00 RM548.00

3.2 PELAJAR BARU KURSUS DIPLOMA (LULUSAN SIJIL POLITEKNIK KPT)DAN PROGRAM BRIDGING (LULUSAN SIJIL KOLEJ KOMUNITI)

KURSUS BAYARAN 1 BAYARAN 2 BAYARAN 3

Sila rujuk kod kursus pada surat tawaran YURANPENGAJIAN

YURANASRAMA

(jika ditawarkan)

BAYARANPENDAFTARAN

QKA, QSB, QUT, QTK, QKM RM200.00 RM60.00 RM510.00

QAT RM200.00 RM60.00 RM570.00

QTM RM200.00 RM60.00 RM520.00

BTK RM200.00 RM60.00 RM510.00

BTM RM200.00 RM60.00 RM520.00

CARABAYARAN

Cara Bayaran 1melalui Perkhidmatan

Kaunter/ PerkhidmatanPerbankan Internet

(bankislam.biz)/ Mesin ATMdi Bank

BANK ISLAM (M) BERHAD(BIMB).

Cara Bayaran 2melalui Perkhidmatan

Kaunter/ PerkhidmatanPerbankan Internet

(bankislam.biz)/ Mesin ATM diBank

BANK ISLAM (M) BERHAD(BIMB).

Cara Bayaran 3Bank-in ke dalam akaun nombor

556169000438 atas nama “KoperasiPolisas Berhad” di Malayan Banking

Berhad (MBB)

MAYBANK (MBB)

Nama Kursus :

Diploma (Lulusan Sijil Politeknik KPT) – Sila rujuk kod kursus pada surat tawaranNOTA : Para pelajar yang telah mendaftar tetapi menarik diri selepas itu tidak akan dikembalikan yuran dan bayaran pendaftaran mereka.

LULUSAN SPMDKA – Diploma Kejuruteraan AwamDSB – Diploma Seni BinaDUT – Diploma Ukur TanahDTK – Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)DEP – Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)DKM – Diploma Kejuruteraan Mekanikal

DAD – Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)DAT – Diploma AkauntansiDSK – Diploma Sains KesetiausahaanDEC – Diploma eDagangDLS – Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian BekalanDTM – Diploma Teknologi Makanan

LULUSAN SIJIL POLITEKNIKQKA – Diploma Kejuruteraan Awam (Integrasi)QSB – Diploma Seni Bina (Integrasi)QUT – Diploma Ukur Tanah (Integrasi)

QTK – Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) (Integrasi)QKM – Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Integrasi)

LULUSAN SIJIL KOLEJ KOMUNITIBTK – Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) (Bridging)BTM – Diploma Teknologi Makanan (Bridging)

6

3.3 KAEDAH MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN/ASRAMA DI BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)

Semua pelajar Politeknik KPT (pelajar baru dan senior) diwajibkan membuat pembayaran yuranpengajian / yuran asrama di mana-mana cawangan Bank Islam (M) Berhad.

Bayaran boleh dibuat melalui saluran berikut:

a. Perkhidmatan Kaunter BIMBb. Perkhidmatan Perbankan Internet (bankislam.biz)c. Mesin ATM BIMB

a. Pembayaran di Kaunter BIMB

Calon boleh membuat bayaran di mana-mana kaunter cawangan BIMB dengan melengkapkanBorang Slip Pembayaran Bil seperti berikut:

1. Nama Pelajar : AISY QAYYUM BIN MUHD ZAKI

2. No. KP : 110510-16-0037

3. Bayar Kepada : POLITEKNIK KPT

4. Jenis Bayaran : YURAN PENGAJIAN/ YURAN ASRAMA/

YURAN PENGAJIAN + ASRAMA

5. Amaun : RM200 / RM60 / RM260

(Sila simpan salinan pendua Borang Slip Pembayaran Bil yang akan dikembalikan oleh pihakbank sebagai bukti pembayaran. Caj perkhidmatan sebanyak RM 1.50 dibayar oleh kerajaanMalaysia)

1

23

4

5

7

b. Pembayaran Di mesin ATM BIMB (Calon/pelajar mempunyai akaun BIMB)

Pembayaran boleh dibuat di Mesin ATM BIMB dengan membuat Pilihan Menu di ATMseperti berikut:

1. Lain-lain

2. Pembayaran Bil/Yuran IPT

3. Yuran IPT

4. Masukan NO KAD PENGENALAN pelajar

5. Pilih bil bayaran yuran

6. Masukkan amaun pembayaran yang betul

7. Transaksi selesai, ambil resit.

(Setiap transaksi akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM0.50 dibayar oleh kerajaanMalaysia. Sila simpan resit anda sebagai bukti pembayaran)

c. Pembayaran Melalui Perbankan Internet

Calon perlu mempunyai akaun BIMB dan ID untuk mengakses perbankan internet BankIslam. Sila layari www.bankislam.com.my

a) Klik logo "Internet Banking Login" dan tekan butang "ok" pada "Security Alerts".

b) Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk memasuki sistem Perbankan InternetBank Islam.

c) Pilih "Bill Presentment" pada menu "Bill Payment".

d) Pilih “Politeknik KPT” pada senarai payee corporation.

e) Masukkan “No Kad Pengenalan” pada ruang IC/Passport number dan klik "next".

f) Klik ‘select’ pada bill reference untuk paparan maklumat pembayaran

g) Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih "source account" yang hendakdi debitkan dan masukkan jumlah amaun yang hendak dibayar dan klik "pay"

h) Maklumat bayaran dipamirkan untuk tujuan varifikasi. Klik ‘confirm’ untuk pengesahanpembayaran.

i) Cetak pengesahan pembayaran sebagai bukti pembayaran.

(Calon adalah dinasihatkan untuk membuat salinan makluman bayaran yang dilakukansebagai rujukan. Caj perkhidmatan sebanyak RM0.50 dibayar oleh kerajaan Malaysia).

8

3.4 KAEDAH MEMBAYAR BAYARAN PENDAFTARAN DI MAYBANK BERHAD (MBB)

Berikut adalah Nama Bank, Nama Akaun dan No. Akaun Bank bagi pembayaran BayaranPendaftaran:

Nama Bank : MALAYAN BANKING BERHADNama Akaun : KOPERASI POLISAS BHDNo. Akaun : 556169000438

Kaedah pembayaran Bayaran Pendaftaran hendaklah dibuat melalui Perkhidmatan Bayaran diKaunter Bank sahaja di mana-mana kaunter cawangan MAYBANK dengan melengkapkanBorang Slip Pembayaran wang tunai masuk seperti berikut:

1. Nama Pelajar : AISY QAYYUM BIN MUHD ZAKI

2. No. KP : 110510-16-0037

3. Bayar Kepada : KOPERASI POLISAS BERHAD

4. No. Akaun : 556169000438

5. Amaun : RM538 / RM598 / RM548 / RM510 / RM570 / RM520 (Rujuk surat Pendaftaran Pelajar yang di poskan)

1 2

3

4

5

9

4. KEMUDAHAN TEMPAT TINGGAL

Tempat kediaman di KAMSIS POLISAS adalah terhad. Bagi pelajar yang tidak ditawarkan untuktinggal di Kamsis, adalah menjadi tanggungjawap pelajar sendiri untuk mencari tempat tinggaldan berurusan terus dengan pengusaha berkenaan mengenai kemudahan-kemudahan dankadar sewaan.

Jika anda ditawarkan asrama dan menerima tawaran tersebut, semasa mendaftar di KAMSISPOLISAS sila bawa:

a. Kain selimut.b. Kain cadar untuk tilam berukuran 1m x 2m (2 helai).c. Sarung bantal berukuran 60 cm x 45 cm (2 helai).d. Baju Melayu (lengkap dan bersampin) bagi pelajar lelaki beragama Islam.e. Pakaian sukan – kasut, seluar trek bewarna BIRU GELAP/HITAM, baju-T dlln.f. Pakaian harian secukupnya (rujuk Bahagian 6 – Rupadiri, untuk pakaian ke kuliah)g. 1 keping gambar berukuran kad pengenalan.h. Borang BHHP7 (2 salinan), BHHP8 dan BHHP9 yang diisi dengan lengkap.i. 1 bakul sampah, 1 penyapu, 1 cermin muka, dan 1 baldi untuk kegunaan anda semasa

di kamsis.j. Kasut kulit/kanvas bewarna hitam.

5. BANTUAN KEWANGAN

POLISAS TIDAK menjamin sebarang bantuan biasiswa/pinjaman kewangan kepada pelajar.Tawaran biasiswa/pinjaman adalah di luar bidang kuasa Politeknik.

Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk menyediakan wang perbelanjaan secukupnyauntuk sara hidup, pengangkutan, alatan pembelajaran, buku dan lain-lain.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk surat berkaitan (Surat Maklumat Pinjaman/Biasiswa)

6. RUPADIRI

Pelajar-pelajar adalah tertakluk kepada semua peraturan bertulis di POLISAS. Secara umumnyapelajar-pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih, sopan dan menutup aurat (bagipelajar Islam).

Semua jenis pakaian yang menjolok mata adalah dilarang.

Semua pelajar diwajibkan memakai baju-T berkolar (seperti di dalam panduan di mukasebelah), seluar trek (track bottom) bewarna biru gelap atau hitam dan kasut yang bersesuaiansemasa aktiviti kokurikulum.

Panduan Pakaian dan Rupa Diri Pelajar Semasa Menghadiri Kuliah dan Aktiviti diKampus:

Pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih dan sopan. Pelajar Islam digalakkanberpakaian menutup aurat.

10

6.1 RUPADIRI PELAJAR LELAKI

6.1.1 Pakaian ke Kelas/Bengkel/Makmal

a. Baju kemeja berlengan panjang atau pendek.b. Baju ‘T’ berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa

pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik. Baju‘T’ tidak berkolar TIDAK dibenarkan.

c. Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in).d. Baju hendaklah sentiasa dikenakan butang dengan sempurna.e. Pemakaian baju kebangsaan dibenarkan tetapi hendaklah lengkap bersampin,

berkasut dan bersongkok hitam.f. Berseluar ‘slack’.g. Berkasut dan berstokin.h. Selipar, terompah, capal dan seumpamanya TIDAK dibenarkan.i. Sebarang bentuk perhiasan TIDAK dibenarkan.

6.1.2 Rambut

a. Rambut hendaklah sentiasa pendek dan kemas. Paras belakang tidak melebihiparas kolar baju, paras tepi tidak melebihi paras atas telinga dan paras depantidak melebihi paras dahi.

b. Rambut berfesyen seperti “afro”, “punk”, berekor atau diwarnakan TIDAKdibenarkan.

RAMBUT HENDAKLAH SENTIASA KEMAS DAN PENDEK

TIDAK MELEBIHIKOLAR BAJU

TIDAK MENUTUPITELINGA

TIDAK MENUTUPIDAHI

6.2 RUPADIRI PELAJAR PEREMPUAN

6.2.1 Pakaian Ke Kelas/Bengkel/Makmal

a. Pakaian yang mencolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, pendek,berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan TIDAKdibenarkan.

b. Pelajar TIDAK dibenarkan memakai ‘skirt’ yang lebih pendek dari paras lutut.c. Baju ‘T’ berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa

pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik. Baju‘T’ tidak berkolar TIDAK dibenarkan.

d. Berseluar yang tidak ketat.e. Selipar, terompah, kasut bertumit tinggi (yang runcing) TIDAK dibenarkan. Kasut

yang berladam logam yang berbunyi juga TIDAK dibenarkan.

6.2.2 Rambut

a. Rambut hendaklah kemas. Rambut berfesyen seperti berekor atau diwarnakanTIDAK dibenarkan.

b. Pelajar Islam digalakkan memakai tudung.

11

6.2.3 Perhiasan

Memakai barang kemas yang berlebihan TIDAK digalakkan.

Penampilan Rupadiri Pelajar Lelaki/Pelajar Perempuan

LELAKI PEREMPUAN

BAJU JENIST-SHIRT

BERKOLAR DANBERLENGAN

PENDEK

KEMEJABERLENGANPENDEK/PA

NJANG

BAJU MELAYU BAJUKURUNG

BAJUKURUNGMODEN

PAKAIANKASUAL

CONTOH ETIKA PERPAKAIAN SEMASA HARI PENDAFTARAN

CALON SISWA CALON SISWIMUSLIM

CALON SISWIBUKAN MUSLIM

CALON SISWIBUKAN MUSLIM

12

7. HAL-HAL LAIN

7.1 Semua pelajar dinasihatkan membawa pakaian sukan yang sesuai dan memenuhi syarat-syarat pakaian seperti dijelaskan dalam bahagian 6.

7.2 Sediakan mesin kira (calculator) saintifik yang tidak boleh diprogramkan. (mesin kira bolehjuga dibeli dikedai koperasi).

7.3 Anggaran Perbelanjaan Pelajar (setahun).

Berikut adalah anggaran kos perbelanjaan seorang pelajar setahun bagi mengikuti pengajian diPOLISAS.

Tempoh pengajian bagi kursus diploma adalah selama 3 tahun (6 semester) bagi lulusan SPM.Manakala tempoh pengajian bagi kursus diploma integrasi/bridging bagi lulusan Sijil Politeknik KPTdan lulusan Sijil Kolej Komuniti adalah selama 2 tahun (4 semester) (tertakluk kepada tawaran).

Perkiraan dibuat kepada dua kategori, tinggal di asrama dan di luar asrama. Penginapan di asramaadalah terhad dan keutamaan diberikan kepada pelajar-pelajar baru (lepasan SPM/SPMV sahaja).

Anggaran Perbelanjaan Setahun (RM)Butiran Asrama Luar AsramaYURANa. Yuran Pengajian RM200/semesterb. Bayaran Lain (sepanjang pengajian)i. Kursus Diploma/Sijil Lepasan

SPM/SPMVii. Kursus Diploma Lepasan Sijil Politeknik

400.00

500.00

400.00

500.00

350.00PENGINAPAN(Bagi Luar Asrama:10 orang berkongsisebuah rumah dengan purata sewaRM400.00/bulan)

60.00/sem120.00

40 X 12480.00

PENGANGKUTAN(Bagi Luar Asrama: RM30.00/bln X 9 270.00

MAKANRM8.00/hari X 9 bulan 2160.00 2160.00

*BUKU & ALAT TULIS 150.00 150.00

JUMLAH 3330.00 3690.00 3540.00

Perkiraan di atas adalah berdasarkan kepada pelajar mengikuti kursus/berada di Politeknik selama 9bulan bagi setahun, tidak termasuk cuti semester.

Makanan yang disediakan di asrama adalah secara kafetaria.

* Kebanyakan sumber buku rujukan pelajar adalah dari perpustakaan dan nota pensyarah. Jumlah untuk pelajar diploma integrasi (kursus diploma bagi lepasan sijil politeknik).

13

B. MAKLUMAT PENDAFTARANAnda dinasihatkan supaya membaca maklumat dan arahan di bawah dengan teliti supayaurusan pada hari pendaftaran berjalan dengan lancar Anda tidak akan didaftarkan sekiranyamana-mana perkara yang disebutkan di bawah tidak dipenuhi.

1. HARI PENDAFTARAN

Anda hendaklah hadir untuk mendaftar diri sebagai pelajar POLISAS pada hari dan waktuseperti yang dinyatakan dalam surat iringan. Jika anda tidak mendaftar pada tarikh, masa dantempat yang telah ditetapkan bermakna anda menolak tawaran ini.

2. PERKARA-PERKARA YANG MESTI DIBAWA PADA HARI PENDAFTARAN

2.1 Dokumen-dokumen ASAL yang berikut:-

a. Kad Pengenalan,b. Surat Tawaran ke Politeknik,c. Sijil atau Slip Keputusan Peperiksaan SPM/SPM(V),d. Sijil Berhenti Sekolah,e. Dokumen kokurikulum yang berkaitan

(terutamanya yang mewakili negara dan negeri),f. Surat Akuan/Testimonial Sekolah (jika berkaitan),g. Borang-borang Pendaftaran berikut yang telah lengkap diisi:-

(i) Borang Maklumat Peribadi Pelajar – HEP 1;(ii) Laporan Pemeriksaan Doktor– HEP 2;(ii) Kebenaran Ibu/Bapa/Penjaga untuk Rawatan Pembedahan – HEP 3;(iii) Ikrar Pelajar dan Lepas Tanggung – HEP 4;(iv) Akuan Pelajar – HEP 5;(v) Aku Janji Pelajar – HEP 6;(vi) Borang Kamsis BHHP7, BHHP8 dan BHHP9.(vii) Borang Soal Selidik

(Jika anda tidak mengemukakan dokumen-dokumen ASAL untuk semakan, andatidak layak didaftarkan)

2.2 Bayaran melalui bank hendaklah dilakukan sebelum datang ke POLISAS dan bawasemua salinan slip Wang Tunai Masuk semasa hari pendaftaran sebagai buktipembayaran. Bagi salinan slip yang hanya dicop sahaja dan tidak dicetak komputer,pengesahan dari pihak bank berkenaan adalah perlu.

SEMUA PEMBAYARAN YANG TELAH DIBUAT TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN sekiranyaanda berhenti dari menjadi pelajar POLISAS.

Pelajar yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta hendaklahmembawa bersama surat pengesahan penajaan yang asal beserta satu salinan semasamendaftar. Mana-mana bayaran yang tidak ditanggung oleh penaja hendaklah dijelaskan olehpelajar semasa pendaftaran.

2.3 Enam keping gambar berwarna yang terbaru berukuran kad pengenalan tidaktermasuk gambar pada borang HEP & BHHP. Semua pelajar lelaki hendaklah bertalileher dan berambut pendek ketika bergambar. Bagi pelajar perempuan pula, merekahendaklah berpakaian dengan sopan serta tidak mendedahkan bahagian bahu danuntuk pelajar perempuan Islam hendaklah bertudung. Sila catatkan nama, no. kadpengenalan dan kursus anda di belakang setiap keping gambar.

14

3. PAKAIAN DAN RUPADIRI SEMASA PENDAFTARAN

a) Pelajar-pelajar lelaki hendaklah memakai seluar panjang slack dan baju kemeja . Pelajar-pelajar perempuan (Islam) hendaklah berpakaian kemas dan menutup aurat. Bagi pelajar-pelajar bukan Islam hendaklah memakai pakaian yang bersih, kemas dan tidak menjolokmata. Pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-manabahagian badan seperti dada, bahu dan belakang adalah tidak dibenarkan.

b) Berkasut* serta berstokin.c) Rambut* mestilah kemas. Rambut pelajar lelaki hendaklah pendek. Aras belakang tidak

melebihi paras kolar baju, aras tepi tidak melebihi paras setengah telinga dan aras depantidak melebihi aras dahi.

d) Topi, Baju-T, seluar jeans, seluar pendek dan seluar sukan (track bottom) adalah dilarang.(* Sila rujuk Maklumat Am – Bahagian 6 – Rupadiri).

4. PROSEDUR PENDAFTARAN

Untuk urusan pendaftaran, pelajar dikehendaki bergerak mengikut turutan. Sekiranya pelajarditawarkan tinggal di Asrama anda hendaklah membuat pendaftaran di Kamsis. Mana-manapelajar yang tidak ditawarkan asrama, sila daftar pada tempat yang telah ditetapkan.

4.1 Pendaftaran Pengajian dan Asrama (Di Kamsis)

TAMAT

- Ambil Kunci (jika berkaitan)- Serahan borang BHHP

SemakanDokumen

MULA

Lengkap

KAUNTER INDUKPastikan semua dokumen ASALseperti berikut dapat dikemukakankepada urusetia.

a. Kad Pengenalan.b. Semua salinan slip Bayaranc. Surat Tawaran ke Politeknik.d. Sijil atau Slip Keputusan

Peperiksaan SPM/SPM(V).e. Sijil Berhenti Sekolah.f. Dokumen ko-kurikulum yang

berkaitan (terutamanya yangmewakili negara dan negeri).

g. Surat Akuan/TestimonialSekolah (jika berkaitan).

h. Dokumen cetakan daftar on-line(eDaftar & eEnrol)

15

5. HAL-HAL LAIN

5.1 Pelajar lelaki dikehendaki membawa SELUAR SLACK HITAM dan pelajar perempuanmembawa KAIN SARUNG HITAM & TUDUNG BERWARNA CERAH (PUTIH) untukdigunakan semasa mengikuti Program Minggu Suai Kenal.

5.2 Semua pelajar diwajibkan mengikuti Program Minggu Suai Kenal (MSK).

Sila rujuk aturcara Minggu Suai Kenal seperti yang terdapat di dalam Buku Panduan PelajarPOLISAS. (Akan diberikan kepada setiap pelajar pada hari pendaftaran)

C. BORANG – BORANG PENDAFTARANBorang-borang pendaftaran yang mesti dilengkapkan dan dibawa bersama pada haripendaftaran adalah seperti berikut:

1. HEP 1 : MAKLUMAT PERIBADI PELAJAR

2. HEP 2 : LAPORAN PEMERIKSAAN DOKTOR

3. HEP 3 : KEBENARAN UNTUK RAWATAN PEMBEDAHAN

4. HEP 4 : IKRAR PELAJAR DAN LEPAS TANGGUNG

5. HEP 5 : AKUAN PELAJAR

6. HEP 6 : AKU JANJI PELAJAR

7. BHHP7 : JAMINAN TATATERTIB KAMSIS (dua salinan)

8. BHHP8 : PERSETUJUAN PELAJAR TINGGAL 3 ORANG SE-BILIK

9. BHHP9 : IKRAR KAMSIS

10. BORANG SOAL SELIDIK

Borang-borang pendaftaran boleh diperolehi dengan memuat turun kesemuanya dihttp://aplikasi02.polisas.edu.my/eDaftar ruangan Pendaftaran Pelajar Baru Sesi Disember 2012.

16

ARAHAN

1. Lalu-lintas dan Tempat Letak KenderaanPeringatan penting bagi calon yang datang dengan kenderaan sendiri, silake tempat letak kereta yang disediakan. Anda dilarang membawakenderaan masuk ke setiap kamsis supaya tidak berlakunya kesesakan lalu-lintas di kawasan kampus. Calon juga digalakkan membawa satu kenderaansahaja dan mematuhi arahan pegawai lalu-lintas yang bertugas.

2. Yuran Pengajian dan Yuran AsramaYuran Pengajian dan Yuran Asrama (jika ditawarkan Asrama) dibayar dimana-mana cawangan BIMB berhampiran sebelum melapor diri. Ingat!sebarang bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan apabila calontelah mendaftar.

3. Borang HEP & BHHP.Calon dikehendaki melengkapkan semua borang HEP & BHHP yangdisediakan sebelum hadir melapor diri. Borang-borang tersebut hendaklahdiserahkan di kaunter yang disediakan semasa melapor diri.

4. Daftar Secara Atas Talian. (Rujuk Manual “DAFTAR SECARA ON-LINE”)Sila layari website POLISAS di http://aplikasi02.polisas.edu.my/eDaftar/ruangan Pendaftaran Pelajar Baru Sesi Dis 2012 untuk membuatpendaftaran secara atas talian (on-line). Pendaftaran ini boleh dibuatselepas satu hari dari tarikh pembayaran yuran pengajian, asrama (jikaditawarkan) dan bayaran pendaftaran yang telah dibuat di bank-bankberkenaan.

5. Bayaran Pendaftaran.Sila buat bayaran yuran pendaftaran melalui SLIP WANG TUNAI MASUKMaybank yang disertakan di mana-mana cawangan Maybank denganjumlah wang mencukupi sepertimana yang telah ditetapkan dalam BukuPanduan Pendaftaran.

6. Dokumen PendaftaranCalon-calon hendaklah memastikan semua dokumen yang dikehendakidibawa semasa lapor diri. Sila patuhi masa dan tarikh Pendaftaran yangtelah ditetapkan. Kepada ibu/bapa/penjaga yang mengiringi calon, bolehlahmeninggalkan kampus setelah calon selesai mendaftarkan diri ke asrama.

7. Calon TajaanMana-mana calon yang menerima tajaan, sila poskan/faxkan salinan surattajaan ke POLISAS sebelum melapor diri untuk membolehkan calonmendaftar secara atas talian (on-line).

8. Kerjasama calon-calon sepanjang hari pendaftaran amat-amat dihargai.

Sekian terima kasih.

Lampiran

17

Senarai Hotel Di Kuantan Berdekatan Dengan POLISAS

Bil. Nama Hotel Dan Alamat No.Tel/Fax/Web Harga Bilik

1.

Makmur Inn (POLISAS)Unit Latihan dan Pendidikan LanjutanPoliteknik Sultan Haji Ahmad ShahSemambu 25350 KUANTAN

09 – 565 530009 – 566 3104 (Fax)http://www.polisas.edu.my

RM 80 – RM 130

2.Hotel Seri Malaysia KuantanJalan Telok Sisek25000 KUANTAN

09 – 513 666609 – 514 7788(Fax)http://www.serimalaysia.com.my

RM 140 – RM 160

3.Grand Continental HotelJalan Gambut25000 KUANTAN

09 – 515 888809 – 515 9999 (Fax)http://www.ghihotels.com.my

RM 170 – RM 220

4.Vistana HotelJalan Teluk Sisek25000 KUANTAN

09 – 517 800009 – 517 8400 (Fax)http://www.vistanahotels.com

RM 220 – RM 275

5.Mega View HotelLot 567, Jalan Besar25000 KUANTAN

09 – 517 188809 – 556 3999 (Fax)http://www.megaviewhotel.com

RM 120 – RM 245

6.

M.S. Garden HotelLot 5 & 10, Lorong Gambut Off Jalan Beserah25300 KUANTAN

09 – 511 888809 – 517 7016 (Fax)http://msgarden.com.my

Dari RM 256

7.Shahzan Inn KuantanJalan masjid25000 KUANTAN

09 – 513 668809 – 513 5588 (Fax)http://www.shahzaninn.com

Dari RM 165

8.

Citiview Hotel KuantanLot 113, Seksyen 19Jalan Haji Abdul Aziz25000 KUANTAN

09 – 555 3888http://www.citiviewhotel.com Dari RM 200

9.Hotel Sentral KuantanNo. 45-P, Jalan Besar25000 KUANTAN

09 – 565 999909 – 565 9988 (Fax)http://www.hotelsentralkuantan.com.my

Dari RM 120

10.Hotel Zenith KuantanJalan Putra Square 6, Putra Square,25200 KUANTAN

09 – 565 959509 – 565 9500 (Fax)http://www.thezenithhotel.com

Dari RM 225

11.

Grand City KuantanB92, Ground FloorSri Pahang Business Centre25300 KUANTAN

09 – 517 2222/517 233309 – 517 2150 (Fax)http://www.grandcityhotel.com.my

RM 80 – RM 168

12.Exclusive LA HotelB-92, Jalan Dato Lim Hoe Lek25200 KUANTAN

09 – 513 9693/514 231409 – 513 6167 (Fax)http://www.exclusivelahotel.com

RM 95 – RM 140

13.Greenlast HotelNo. A-37, Jalan Air Putih25300 KUANTAN

09 – 513 306109 – 513 3072 (Fax)http://www.greenlasthotel.com

RM 80 – RM 150

14.Greenleaf HotelNo. 60-62, Jalan Bukit Ubi25300 KUANTAN

09 – 515 996609 – 513 3072 (Fax)http://www.greenlasthotel.com

RM 88 – RM 120

15.Classic Hotel KuantanNo. 7, Banguan LKNP, Jalan Besar25000 KUANTAN

09 – 516 459909 – 513 4141 (Fax)http://classichotelkuantan.com

Dari RM 75

16.Hyatt Regency Kuantan ResortTelok Chempedak25050 KUANTAN

09 – 518 123409 – 567 7577 (Fax)http://kuantan.regency.hyatt.com

Dari RM 383

17.

Crystal City HotelA-231, Mezannine FloorJalan Air Putih25300 KUANTAN

09 – 567 116609 – 567 4094 (Fax)http://www.crystalcityhotel.com.my

RM 69 – RM 99

Lampiran

18

PELAN LALUANKE TEMPAT LETAK KERETA POLISAS

HARI PENDAFTARAN

Lampiran

/ B

19

Pelekat kenderaan semasa melapor diri di POLISASLampiran