e-buku panduan graduan majlis konvokesyen … · ii. bertudung (wajib) bagi pelajar muslim. 3.1.3....

13
E-BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN PERDANA INSTITUSI PENDIDIKAN MARA (KKTM, KPM, MJII & IKM) 2018 - BAHAGIAN PENDIDIKAN TINGGI -

Upload: vanliem

Post on 04-Jun-2018

271 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 2: E-BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN … · ii. Bertudung (wajib) bagi pelajar Muslim. 3.1.3. Pemakaian selipar dan sandal TIDAK DIBENARKAN sama sekali. 3.1.4. Graduan DILARANG

1. PENYERTAAN KONVOKESYEN PERDANA INSTITUSI PENDIDIKAN MARA (KKTM, KPM,

MJII & IKM) 2018

1.1. Penyertaan graduan ke Majlis Konvokesyen dan tuntutan Diploma hanya sah setelah

menyempurnakan perkara-perkara berikut:

1.1.1. Menjelaskan bayaran Graduasi Majlis Konvokesyen. Rujuk Perkara 2.

1.1.2. Memberi maklumbalas kehadiran di SISTEM PENGESAHAN KEHADIRAN GRADUAN

(SPKG) di laman web www.konvokesyenkpm.my mulai 19 Februari (Isnin) hingga

15 Mac 2018 (Khamis).

1.1.3. Mengisi borang Kajian Pengesanan Graduan di laman web

http://graduan.mohe.gov.my mulai 5 Mac 2018 (Isnin) hingga 26 Mac 2018 (Isnin).

Nota:

Perkara 1.1 di atas adalah wajib bagi semua graduan yang hadir atau tidak hadir ke Majlis

Konvokesyen. Pihak Jawatankuasa Konvokesyen berhak untuk MENGHALANG/MENOLAK

graduan daripada menyertai Majlis Konvokesyen ini atau penahanan pengeluaran transkrip

dan sijil diploma sekiranya tidak menerima sebarang jawapan daripada graduan/wakil

selepas 15 MAC 2018.

1.2. Semua graduan yang akan hadir ke Majlis Konvokesyen DIWAJIBKAN menghadiri semua sesi

di bawah supaya dapat memahami perjalanan aturcara pada hari majlis rasmi:

1.2.1. Pendaftaran Graduan dan Pengambilan Jubah

1.2.2. Majlis Konvokesyen

2. BAYARAN GRADUASI 2018

2.1. Bayaran graduasi konvokesyen 2018 adalah seperti berikut:

2.1.1. Graduan yang HADIR: RM260.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Enam Puluh Sahaja)

2.1.2. Graduan yang TIDAK HADIR: RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Ringgit Sahaja)

2.2. Bayaran Graduan KPM yang akan menghadiri majlis konvokesyen ini hendaklah dijelaskan

bayaran graduasi sebelum/pada 15 Mac 2018 (KHAMIS).

2.3. Kaedah pembayaran hendaklah dibuat menggunakan medium perbankan elektronik melalui

akaun seperti JADUAL 1.

Page 3: E-BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN … · ii. Bertudung (wajib) bagi pelajar Muslim. 3.1.3. Pemakaian selipar dan sandal TIDAK DIBENARKAN sama sekali. 3.1.4. Graduan DILARANG

JADUAL 1: KAEDAH PEMBAYARAN

BIL KPM JUMLAH

(RM) KOPERASI BANK NO AKAUN

1. AYER MOLEK RM260 KOPERASI KPM AYER MOLEK MELAKA BERHAD

MAYBANK BERHAD (MBB)

554110502465

2. BANDAR MELAKA RM260 KOPERASI KPM BANDAR MELAKA BERHAD

MAYBANK BERHAD (MBB)

504021279719

3. BANDAR PENAWAR RM260 KOPERASI KPM BANDAR PENAWAR KOTA TINGGI BERHAD

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)

01135010001080

4. BERANANG RM260 KOPERASI KPM BERANANG BERHAD

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)

12092010010864

5. INDERA MAHKOTA RM260 KOPERASI KPM INDERA MAHKOTA BERHAD

CIMB BANK 8005357533

6. SERI ISKANDAR RM210 KOPERASI KPM SERI ISKANDAR PERAK BERHAD

CIMB BANK 8004855580

* Bayaran RM210.00 adalah selepas ditolak bayaran RM50 yang telah dibuat di KPM. Sila

hubungi KPM anda untuk maklumat lanjut.

2.4. Graduan hendaklah membawa bukti pembayaran di kaunter pendaftaran KPM masing-

masing pada hari pendaftaran dan pengambilan jubah di PICC.

2.5. Skrol dan transkrip graduan hanya boleh dikeluarkan pada atau selepas tarikh konvokesyen

dengan syarat segala bayaran hutang tertunggak (jika ada) telah dijelaskan.

2.6. Tidak Hadir Konvokesyen

2.6.1. Graduan yang tidak menghadiri konvokesyen dikehendaki membayar bayaran

sebanyak RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Ringgit Sahaja) bagi kos skrol dan

transkrip graduasi.

2.6.2. Bayaran graduasi yang telah dijelaskan tidak akan dikembalikan kepada graduan

yang tidak dapat menghadiri majlis tersebut.

2.6.3. Graduan yang tidak menghadiri majlis konvokesyen perlu menjelaskan bayaran yang

dinyatakan di Perkara 2.1.2 sebelum 15 Mac 2018 .

Page 4: E-BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN … · ii. Bertudung (wajib) bagi pelajar Muslim. 3.1.3. Pemakaian selipar dan sandal TIDAK DIBENARKAN sama sekali. 3.1.4. Graduan DILARANG

3. PENDAFTARAN GRADUAN DAN JUBAH KONVOKESYEN

3.1. Para graduan WAJIB daftar dan mengambil jubah konvokesyen di kaunter KPM masing-

masing seperti butiran berikut:

Tarikh Pendaftaran

& Pengambilan

Jubah

Graduan

Pusat

9 April 2018

8.00 pagi

Raptai 9.30 pagi

Diploma in Accountancy

Diploma in Business Studies

Certified Accounting Technician

KPM Ayer Molek

9 April 2018

2.00 petang

Diploma in Accountancy

Diploma in Business Studies

Diploma in Agro Business

HND in Computing (System Development)

KPM Beranang

10 April 2018

8.00 pagi

Diploma in Computer Networking

Diploma in English Communication

Diploma in Creative Digital Media Production

KPM Indera Mahkota

10 April 2018

2.00 petang

Diploma In Accountancy

Diploma In Accountancy

Diploma In Integrated Logistic Management

KPM Indera Mahkota

KPM Bandar Penawar

11 April 2018

8.00 pagi

Diploma In Islamic Banking and Finance

Diploma In Entrepreneurship KPM Bandar Melaka

11 April 2018

2.00 petang

HND In Business (Information And Technology)

HND In Business (Marketing)

Diploma In International Business

KPM Seri Iskandar

Page 5: E-BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN … · ii. Bertudung (wajib) bagi pelajar Muslim. 3.1.3. Pemakaian selipar dan sandal TIDAK DIBENARKAN sama sekali. 3.1.4. Graduan DILARANG

3.2. Pihak Jawatankuasa Konvokesyen berhak untuk menghalang graduan yang tidak mendaftar

pada waktu pendaftaran yang ditetapkan daripada menerima diploma dalam Majlis

Konvokesyen tersebut.

3.3. Jubah Konvokesyen

3.3.1. Set jubah konvokesyen yang lengkap mengandungi:

Jubah Konvokesyen

Topi Konvokesyen (Mortar Board)

3.3.2. Selain itu, graduan juga diminta untuk mengisi dan melengkapkan satu (1)

borang/resit penyewaan jubah dan menyerahkan borang/resit tersebut pada hari

yang sama. Setiap graduan adalah dinasihatkan supaya menyimpan dan menjaga

dengan baik salinan borang/resit tersebut sebagai tanda bukti penyewaan jubah.

3.3.3. Salinan slip bayaran graduasi konvokesyen beserta slip pengesahan kajian

pengesanan graduan perlu diserahkan kepada Jawatankuasa Jubah KPM semasa

peminjaman dibuat.

3.3.4. Jubah konvokesyen WAJIB dipulangkan sebaik sahaja graduan selesai menerima

penganugerahan diploma atau dalam tempoh masa dari jam 2.30 PETANG – 7.00

MALAM. (*Tertakluk kepada peraturan dan syarat KPM masing-masing)

3.3.5. Semasa mengembalikan jubah tersebut graduan adalah dikehendaki membawa dan

menyerahkan salinan borang/resit penyewaan jubah kepada pegawai petugas di

kaunter KPM masing-masing.

3.3.6. Skrol dan transkrip akademik rasmi hanya akan diserahkan setelah graduan

memulangkan jubah konvokesyen seperti yang tertakluk di dalam syarat-syarat

peminjaman dan pemulangan jubah.

3.3.7. Graduan yang gagal memulangkan jubah konvokesyen pada tarikh yang ditetapkan

akan dikenakan denda yang ditetapkan oleh KPM masing-masing.

3.3.8. Graduan adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas jubah konvokesyen yang

dipinjam.

3.3.9. Graduan tidak dibenarkan meminda atau mengubahsuai mana-mana bahagian jubah

akademik yang dipinjam.

3.3.10. Sebarang kos atau tuntutan ganti rugi yang disebabkan oleh kerosakan atau

kecacatan pada jubah tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh graduan. Jubah

yang rosak atau hilang akan dikenakan bayaran ganti rugi mengikut kadar yang

ditetapkan oleh KPM masing-masing.

3.4. Pakaian Graduan:

3.4.1. Graduan Lelaki:

i. Berpakaian kemas dan sesuai dengan majlis raptai.

ii. Berambut pendek dan kemas.

3.1.2. Graduan Wanita:

i. Berbaju kurung tradisional.

Page 6: E-BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN … · ii. Bertudung (wajib) bagi pelajar Muslim. 3.1.3. Pemakaian selipar dan sandal TIDAK DIBENARKAN sama sekali. 3.1.4. Graduan DILARANG

ii. Bertudung (wajib) bagi pelajar Muslim.

3.1.3. Pemakaian selipar dan sandal TIDAK DIBENARKAN sama sekali.

3.1.4. Graduan DILARANG memakai seluar jeans dan “T-Shirt” berkolar bulat semasa

raptai.

3.5. Video tatacara penerimaan skrol diploma akan ditayangkan semasa pendaftaran dibuat.

4. MAJLIS KONVOKESYEN

4.1. Majlis Konvokesyen Perdana Institusi Pendidikan MARA 2017 akan diadakan pada 9 hingga 12

April 2018 (Selasa – Khamis) di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

(PICC).

4.2. Susunan sidang bagi majlis konvokesyen adalah seperti di dalam Jadual 2.

4.3. Semua graduan perlu mendaftarkan diri pada 7.00 pagi (Sidang pagi) dan 1.30 petang (Sidang

petang) di DEWAN PUTRA B, ARAS CONCOURSE PICC di kaunter KPM masing-masing sebelum

bermulanya Majlis Konvokesyen.

4.4. Kad Nama Graduan akan diserahkan kepada graduan semasa di kaunter pendaftaran KPM

masing-masing. Tanpa kad nama ini graduan tidak akan dibenarkan untuk memasuki Dewan

Plenari.

4.5. Graduan yang gagal mendaftarkan diri pada tarikh dan masa yang ditetapkan seperti di atas

tidak akan dibenarkan menyertai Majlis Konvokesyen.

4.6. Semasa Majlis Konvokesyen sedang berlangsung, graduan, ibubapa atau penjaga diminta

menghormati majlis dengan tidak membuat bising atau keluar meninggalkan dewan sebelum,

semasa atau selesai Majlis Konvokesyen.

4.7. Graduan dinasihatkan supaya tidak membawa barang-barang berharga seperti beg, kamera,

perkakasan elektronik dan seumpamanya ke dalam dewan. Telefon bimbit para graduan perlu

dimatikan atau diletakkan dalam mod senyap semasa majlis berlangsung.

Page 7: E-BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN … · ii. Bertudung (wajib) bagi pelajar Muslim. 3.1.3. Pemakaian selipar dan sandal TIDAK DIBENARKAN sama sekali. 3.1.4. Graduan DILARANG

JADUAL 2: SUSUNAN SIDANG KONVOKESYEN

Sidang Tarikh

Konvokesyen Graduan

Pusat

1 10 April 2018

7.00 pagi

Diploma in Accountancy

Diploma in Business Studies

Certified Accounting Technician

KPM Ayer Molek

2 10 April 2018

1.00 petang

Diploma in Accountancy

Diploma in Business Studies

Diploma in Agro Business

HND in Computing (System Development)

KPM Beranang

3 11 April 2018

7.00 pagi

Diploma in Computer Networking

Diploma in English Communication

Diploma in Creative Digital Media Production

KPM Indera

Mahkota

4 11 April 2018

1.00 petang

Diploma In Accountancy

Diploma In Accountancy

Diploma In Intergrated Logistic Management

KPM Indera

Mahkota

KPM Bandar

Penawar

5 12 April 2018

7.00 pagi

Diploma In Islamic Banking and Finance

Diploma In Entrepreneurship

KPM Bandar

Melaka

6 12 April 2018

1.00 petang

HND In Business (Information And Technology)

HND In Business (Marketing)

Diploma In International Business

KPM Seri Iskandar

5. PAS MASUK TETAMU MAJLIS KONVOKESYEN

5.1. Pas masuk tetamu dan arahan lain akan diserahkan kepada graduan semasa sesi pendaftaran

dan peminjaman jubah konvokesyen (Perkara 3.1).

Page 8: E-BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN … · ii. Bertudung (wajib) bagi pelajar Muslim. 3.1.3. Pemakaian selipar dan sandal TIDAK DIBENARKAN sama sekali. 3.1.4. Graduan DILARANG

5.2. Setiap graduan akan menerima DUA (2) keping pas masuk dewan untuk DUA (2) orang

tetamu sahaja.

5.3. Pihak Jawatankuasa Konvokesyen tidak bertanggungjawab atas kehilangan pas tetamu yang

telah diedarkan dan pas yang hilang tidak akan diganti.

5.4. Para tetamu yang tidak mempunyai pas masuk ini TIDAK akan dibenarkan memasuki dewan

sama sekali.

5.5. Kanak-kanak yang berumur di bawah DUA BELAS (12) tahun tidak dibenarkan masuk ke

dalam dewan.

5.6. Para tetamu diminta supaya mengambil tempat duduk masing-masing di dalam Dewan

Plenari sebelum jam 8.00 pagi (SIDANG 4) ATAU 1.45 petang (SIDANG 5) pada hari Majlis

Konvokesyen.

5.7. Pakaian tetamu hendaklah kemas dan bersesuaian dengan majlis rasmi. Pemakaian baju

batik/pakaian kebangsaan/Lounge Suit digalakkan. Pemakaian seluar jeans dan kemeja-T

tidak dibenarkan.

5.8. Para tetamu hendaklah memakai kasut yang bersesuaian dengan majlis. Pemakaian selipar

atau sandal adalah dilarang sama sekali.

5.9. Semasa majlis sedang berlangsung, para tetamu diminta menghormati majlis dengan tidak

membuat bising.

5.10. Para tetamu tidak dibenarkan mengambil gambar graduan semasa majlis sedang

berlangsung.

5.11. Para tetamu dinasihati untuk makan sebelum masuk ke dewan. Makanan dan minuman tidak

dibenarkan didalam dewan.

5.12. Para tetamu kelainan upaya (OKU) yang menggunakan kerusi roda yang memerlukan

bantuan naik ke Dewan Plenari diminta memaklumkan kepada pihak Jawatankuasa pada

masa raptai atau hubungi wakil kolej masing-masing

5.13. Para tetamu tidak dibenarkan meninggalkan Dewan Plenari sehingga majlis selesai.

5.14. Graduan diminta memaklumkan semua peraturan yang berkaitan kepada tetamu yang hadir

ke Majlis Konvokesyen.

6. ETIKA PEMAKAIAN GRADUAN

6.1. Kod Etika Pakaian dan Sahsiah Rupa Diri Graduan Lelaki

6.1.1. Baju Melayu

Berwarna Polos – HITAM sahaja

Sampin songket (benang emas/perak yang bersesuaian)

Songkok

ATAU

Page 9: E-BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN … · ii. Bertudung (wajib) bagi pelajar Muslim. 3.1.3. Pemakaian selipar dan sandal TIDAK DIBENARKAN sama sekali. 3.1.4. Graduan DILARANG

6.1.2. Lounge Suit (Berwarna gelap)

Baju kemeja lengan panjang berwarna putih

Seluar ‘slack’ hitam / gelap

Tali leher

Blazer

Songkok

6.1.3. Kasut kulit atau PVC dan stokin berwarna hitam yang bersesuaian untuk majlis rasmi.

6.1.4. Tidak dibenarkan memakai:

Baju T-Shirt

Seluar jeans dan seluar pendek

Kasut sukan/selipar/sandal/kasut berwarna cerah atau putih.

6.1.1. Graduan hendaklah berambut pendek dan kemas (tidak mencecah kolar baju serta

tidak menutupi telinga dan dahi). Graduan adalah DILARANG daripada mewarnakan

rambut.

6.1.2. Graduan dibenarkan menyimpan misai atau janggut, tetapi mestilah kelihatan kemas

dan rapi.

6.1.3. Graduan hendaklah memastikan kuku tangan adalah pendek, bersih dan dirias rapi.

6.1.4. Graduan yang melanggar mana-mana etika pemakaian graduan TIDAK AKAN

DIBENARKAN daripada menyertai Majlis Konvokesyen.

6.2. Kod Etika Pakaian dan Sahsiah Rupa Diri Graduan Wanita

6.2.1. Semua graduan wanita WAJIB memakai BAJU KURUNG TRADISIONAL atau KEBAYA

LABUH SAHAJA.

6.2.2. Warna pakaian adalah bebas.

6.2.3. Graduan wanita Muslim wajib memakain tudung polos (tidak bercorak atau

berbunga) mengikut warna yang telah ditetapkan oleh KPM masing-masing – Jadual

3)

6.2.4. Graduan bukan Muslim tidak diwajibkan bertudung (Rambut hendaklah

berikat/disanggul kemas dan tidak diwarnakan)

6.2.5. Pakaian graduan hendaklah berlengan panjang hingga ke pergelangan tangan.

Pakaian tersebut hendaklah tertutup hingga ke pangkal leher di bahagian hadapan

dan belakang. TIDAK DIBENARKAN MEMAKAI:

Pakaian yang ketat

Kain berbelah di belakang/depan kain

Baju terdedah di bahagian dada

Kain jenis jarang

Tidak keterlaluan dari segi fesyen

Page 10: E-BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN … · ii. Bertudung (wajib) bagi pelajar Muslim. 3.1.3. Pemakaian selipar dan sandal TIDAK DIBENARKAN sama sekali. 3.1.4. Graduan DILARANG

6.2.6. Graduan dibenarkan memakai aksesori yang bersesuaian sahaja. Graduan yang

bertudung hendaklah memakai tudung yang bersesuaian dan tidak keterlaluan dari

segi fesyen.

6.2.7. Graduan dikehendaki memakai kasut hitam bertutup yang bertumit tidak melebihi

2 inci. Pemakaian selipar/sandal/kasut sukan/kasut yang terbuka di belakang adalah

TIDAK DIBENARKAN.

6.2.8. Graduan hendaklah memastikan kuku tangan adalah pendek, bersih dan dirias rapi.

6.2.9. Graduan dibenarkan untuk mengenakan solekan, tetapi hendaklah bersesuaian,

tidak terlalu tebal atau keterlaluan.

6.2.10. Bagi tujuan keselamatan, graduan dinasihatkan untuk tidak mengenakan barangan

kemas yang keterlaluan sehingga boleh mengganggu perjalanan majlis. Pemakaian

gelang kaki adalah TIDAK DIBENARKAN.

6.2.11. Graduan yang melanggar mana-mana etika pemakaian graduan TIDAK AKAN

DIBENARKAN daripada menyertai Majlis Konvokesyen.

6.2.12. Graduan Diploma hendaklah memakai warna tudung mengikut ketetapan seperti di

bawah:

JADUAL 3: WARNA TUDUNG BAGI GRADUAN WANITA

BIL. KPM WARNA TUDUNG (POLOS)

1. KPM AYER MOLEK Kuning Diraja (Royal Yellow)

2. KPM BANDAR MELAKA Baby Blue

3. KPM BANDAR PENAWAR Keemasan Metalik (Metallic Gold)

4. KPM BERANANG Merah Jambu (Pink)

5. KPM INDERA MAHKOTA Light Grey

6. KPM SERI ISKANDAR Golden Mustard

7. TUNTUTAN DIPLOMA & TRANSKRIP AKADEMIK

7.1. Graduan boleh mengambil sijil Diploma dan Transkrip masing-masing sebaik sahaja setelah

Majlis Konvokesyen berakhir. Graduan hendaklah memulangkan jubah konvokesyen terlebih

dahulu dan mengemukakan Pengesahan Pemulangan Jubah sebagai bukti semasa menuntut

sijil Diploma.

TARIKH : Mengikut sidang konvokesyen masing-masing

LOKASI : Dewan Putra B

MASA : Sehingga jam 7 petang

Page 11: E-BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN … · ii. Bertudung (wajib) bagi pelajar Muslim. 3.1.3. Pemakaian selipar dan sandal TIDAK DIBENARKAN sama sekali. 3.1.4. Graduan DILARANG

7.2. Sebarang tuntutan Diploma selepas Majlis Konvokesyen hendaklah dibuat di Unit

Peperiksaan KPM masing-masing.

7.3. Kesilapan Pada Diploma Dan Transkrip Akademik

7.3.1. Graduan dinasihatkan untuk menyemak Diploma dan Transkrip Akademik masing-

masing dengan teliti. Jika terdapat sebarang kesilapan pada Diploma dan Transkrip

Akademik, graduan perlu membuat laporan bertulis PADA HARI YANG SAMA

graduan menerima sijil Diploma dan Transkrip Akademik tersebut.

7.4. Kehilangan Diploma Dan Transkrip Akademik

7.4.1. Diploma dan Transkrip Akademik asal hanya akan diberikan sekali sahaja. Graduan

dinasihatkan menyimpan sijil Diploma dan Transkrip Akademik dengan sebaik

mungkin. Jika berlaku kerosakan/kehilangan sijil Diploma dan transkrip akademik,

graduan boleh memohon pencetakan semula kepada KPM masing-masing.

7.4.2. Permohonan pencetakan semula transkrip akademik akan dikenakan bayaran

RM50.00 manakala pencetakan semula sijil Diploma adalah RM100. Permohonan

dan bayaran boleh dibuat kepada Unit Peperiksaan KPM masing-masing.

7.5. Pihak Jawatankuasa Konvokesyen tidak bertanggungjawab sekiranya skrol/transkrip yang

dituntut oleh graduan/wakil graduan berkenaan hilang atau rosak.

7.6. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai tuntutan diploma dan transkrip akademik, graduan

boleh menghubungi pihak KPM masing-masing.

8. TEMPAT LETAK KENDERAAN

8.1. Graduan, ibu bapa atau penjaga hendaklah meletakkan kenderaan di tempat letak kenderaan

yang telah disediakan di dalam kawasan tempat kenderaan PICC atau kawasan meletak kereta

yang diarahkan oleh pegawai keselamatan.

8.2. Sila patuhi arahan/tunjuk arah pegawai keselamatan yang bertugas bagi mengelak kesesakan

lalulintas.

9. GAMBAR KONVOKESYEN

9.1. Pihak Jawatankuasa Konvokesyen akan menyediakan perkhidmatan jurugambar dan

juruvideo profesional bagi merakam gambar graduan semasa Majlis Konvokesyen sedang

berlangsung di dalam dewan. Oleh yang demikian, graduan dan tetamu adalah DILARANG

daripada mengambil gambar atau merakam video menggunakan apa-apa alat elektronik

seperti kamera, telefon bimbit, dan sebagainya semasa majlis berlangsung.

9.2. Pihak Jawatankuasa Konvokesyen juga ada menyediakan perkhidmatan studio luar kepada

para graduan/keluarga yang beroperasi di ruang legar Aras Concourse PICC.

Page 12: E-BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN … · ii. Bertudung (wajib) bagi pelajar Muslim. 3.1.3. Pemakaian selipar dan sandal TIDAK DIBENARKAN sama sekali. 3.1.4. Graduan DILARANG

9.3. Graduan adalah dibenarkan untuk membawa jurugambar/juruvideo persendirian. Namun,

jurugambar/juruvideo persendirian tidak akan dibenarkan masuk ke dalam dewan sewaktu

Majlis Konvokesyen berlangsung. Perkhidmatan mereka hanya tertakluk di kawasan luar

Dewan Konvokesyen.

10. BARANG-BARANG PERSENDIRIAN

10.1. Graduan adalah dinasihatkan supaya tidak membawa masuk barang-barang persendirian

seperti komputer riba, kamera, tas tangan dan lain-lain barang berharga ke dalam dewan

pada hari konvokesyen. Hal ini adalah untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak

diingini seperti kecurian atau kerosakan.

10.2. Graduan perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan barang persendirian

masing-masing. Pihak Jawatankuasa Konvokesyen tidak akan bertanggungjawab sekiranya

terdapat sebarang kerosakan atau kecurian yang mungkin berlaku ke atas barang-barang

tuan/puan semasa Majlis Konvokesyen berlangsung.

11. PENGINAPAN

11.1. Tempat penginapan adalah dibawah tanggungan graduan. Pihak Jawatankuasa Konvokesyen

tidak menyediakan sebarang penginapan. Graduan disarankan membuat tempahan hotel

lebih awal bagi mengelakkan sebarang masalah.

12. KAJIAN PENGESANAN GRADUAN

12.1. Para graduan dikehendaki mengisi borang kajian pengesanan graduan di laman web

http://graduat.mohe.gov.my bermula 5 Mac 2018 (Isnin) dan mencetak slip pengesahan.

12.2. Slip pengesahan perlu diserahkan semasa sesi pendaftaran dan pengambilan jubah.

Kegagalan menyerahkan slip tersebut akan menyebabkan sijil diploma ditahan sehingga

serahan slip dibuat.

13. KUASA JAWATANKUASA KONVOKESYEN PERDANA INSTITUSI PENDIDIKAN MARA 2018

13.1. Graduan yang tidak mematuhi syarat dan arahan yang telah ditetapkan terutama tatacara

berpakaian atau penampilan diri yang tidak bersesuaian dengan majlis adalah dilarang atau

ditahan daripada mengikuti Majlis Konvokesyen.

13.2. Sebarang keputusan mengenai larangan yang telah dikeluarkan adalah muktamad.

13.3. Justeru itu pihak Jawatankuasa Konvokesyen, mohon kerjasama semua graduan agar

mematuhi segala peraturan yang dinyatakan menerusi buku panduan ini dan menerima

teguran sekiranya diberi oleh mana-mana pegawai.

13.4. Sebarang perubahan dan pindaan adalah tertakluk kepada keperluan dari masa ke semasa.

Page 13: E-BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN … · ii. Bertudung (wajib) bagi pelajar Muslim. 3.1.3. Pemakaian selipar dan sandal TIDAK DIBENARKAN sama sekali. 3.1.4. Graduan DILARANG

14. HAL-HAL LAIN

14.1. Surau Lelaki terletak di Aras Concourse PICC sementara surau Wanita terletak di Aras

Mezzanine PICC.

14.2. Sila bawa e-Buku Panduan Graduan KPM ini semasa menghadiri pendaftaran graduan dan

Majlis Konvokesyen.

14.3. Sebarang pertanyaan berkaitan Majlis Konvokesyen Perdana Institusi Pendidikan MARA

2018, para graduan boleh dirujuk dengan menghubungi talian berikut mengikut KPM masing-

masing:

KPM Ayer Molek: Pn Alina bt Mahmud (010-2972937)

KPM Bandar Melaka: Pn. Norhafidzah bt Ab. Rahaman (013-6205489)

KPM Bandar Penawar: En. Mohammad Azaki bin Kadis (012-7506306)

KPM Beranang: En. Mohd Hazizi bin Abu Bakar (016-9222275)

KPM Indera Mahkota: En. Zainuddin bin Misran@Misban (019-9103091)

KPM Seri Iskandar: En. Khairuddin bin Sabri (012-3101315)

14.4. Sebarang urusan surat menyurat, sila hantarkan kepada alamat berikut:

Pengarah

Bahagian Pendidikan Tinggi

U/P: Majlis Konvokesyen Perdana Institusi Pendidikan MARA 2017

Tingkat 12, Ibu Pejabat MARA

Jalan MARA

25609 Kuala Lumpur

14.5. Sila rujuk laman web berikut bagi sebarang perubahan atau makluman terkini:

Facebook Konvokesyen http://www.facebook.com/konvo.kpm

KPM Ayer Molek http://kpmam.edu.my/

KPM Bandar Melaka http://bmelaka.kpm.edu.my/

KPM Bandar Penawar http://bpenawar.kpm.edu.my/

KPM Beranang http://www.kpmb.edu.my/

KPM Indera Mahkota http://www.kpmim.edu.my/

KPM Seri Iskandar http://www.kpmsi.edu.my/

Kerjasama para graduan mematuhi peraturan-peraturan Majlis Konvokesyen adalah amat

dihargai demi memastikan Majlis Konvokesyen Perdana Institusi Pendidikan MARA 2018

berjalan lancar didahului. Terima kasih diatas kerjasama anda.

“ TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA ”