system approach dalam pengajaran pembezaan untuk kursus matematik kejuruteraan 2 final (3)

11
‘SYSTEM APPROACH’ DALAM PENGAJARAN PEMBEZAAN UNTUK KURSUS MATEMATIK KEJURUTERAAN 2, DI JABATAN MATEMATIK, SAINS DAN KOMPUTER, POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH oleh Siti Marlina Binti Mohammad Amin, Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak [email protected] Noor Azilla binti Mohamed Nor Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak noor_azilla@psas.edu.my Nor Adila Binti Ahmad Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak [email protected] ABSTRAK : Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah pengajaran menggunakan System Approach dalam pencapaian matematik berdasarkan analisis keputusan peperiksaan akhir sesi Disember 2012 dan sesi Jun 2013. Dapatan dari analisis ini menunjukkan kemerosotan pencapaian pelajar bagi kursus Matematik Kejuruteraan 2 khususnya bagi topik pembezaan. System Approach dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat meningkatkan kefahaman pelajar dan menjadikan suasana P&P lebih menarik. Aplikasi kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran pembezaan memastikan semua aktiviti yang dirancang untuk pelajar seperti kuiz, tutorial dan tugasan adalah merujuk kepada sistem sebenar (real systems). Dalam erti kata lain, memulakan dan menamatkan aktiviti P&P dalam satu gelung tertutup dengan berpandukan kepada sistem sebenar yang dipilih. Gelung P&P bermula dengan memahami operasi keseluruhan sistem sebenar. Fungsi setiap sub-sistem yang terkandung dalam sistem sebenar akan dianalisa dengan memahami fungsi setiap komponen yang wujud dalam sistem. Ini termasuklah mengenalpasti punca dan kesan perubahan setiap parameter kepada sistem sebenar dengan menggunakan teori dan rumus-rumus pembezaan yang terkandung dalam silibus yang dibekalkan oleh JPP. Gelung P&P akan berakhir dengan meminta pelajar untuk memberi cadangan penambahbaikan terhadap perubahan yang berlaku dalam sistem sebenar tersebut. Kajian aplikasi System Approach ini akan dilaksanakan kepada pelajar semester 2 untuk kursus BA 201 dari program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) (DTK 2B) dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Diploma Kejuruteraan Mekatronik (DEM 2) dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang Stesen, Perak. Data akan dikumpulkan di sepanjang sesi Disember 2013. Berdasarkan kepada keputusan yang diperolehi dari penyelidikan yang lepas tentang System Approach, penyelidik sangat yakin dengan hasil keputusan yang positif yang bakal diperolehi. Kata Kunci: System Approach, Sistem Sebenar, Real System, Gelung Tertutup Pengajaran & Pembelajaran, Teori Pembezaan, Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran

Upload: ummi-azilla

Post on 19-Jun-2015

533 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: System approach dalam pengajaran pembezaan untuk kursus matematik kejuruteraan 2 final (3)

‘SYSTEM APPROACH’ DALAM PENGAJARAN PEMBEZAAN UNTUK

KURSUS MATEMATIK KEJURUTERAAN 2, DI JABATAN MATEMATIK,

SAINS DAN KOMPUTER, POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

oleh

Siti Marlina Binti Mohammad Amin,

Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak

[email protected]

Noor Azilla binti Mohamed Nor

Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak

[email protected]

Nor Adila Binti Ahmad

Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak

[email protected]

ABSTRAK : Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah pengajaran

menggunakan System Approach dalam pencapaian matematik berdasarkan analisis

keputusan peperiksaan akhir sesi Disember 2012 dan sesi Jun 2013. Dapatan dari analisis ini

menunjukkan kemerosotan pencapaian pelajar bagi kursus Matematik Kejuruteraan 2

khususnya bagi topik pembezaan. System Approach dalam pengajaran dan pembelajaran

(P&P) dapat meningkatkan kefahaman pelajar dan menjadikan suasana P&P lebih menarik.

Aplikasi kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran pembezaan memastikan semua

aktiviti yang dirancang untuk pelajar seperti kuiz, tutorial dan tugasan adalah merujuk

kepada sistem sebenar (real systems). Dalam erti kata lain, memulakan dan menamatkan

aktiviti P&P dalam satu gelung tertutup dengan berpandukan kepada sistem sebenar yang

dipilih. Gelung P&P bermula dengan memahami operasi keseluruhan sistem sebenar. Fungsi

setiap sub-sistem yang terkandung dalam sistem sebenar akan dianalisa dengan memahami

fungsi setiap komponen yang wujud dalam sistem. Ini termasuklah mengenalpasti punca dan

kesan perubahan setiap parameter kepada sistem sebenar dengan menggunakan teori dan

rumus-rumus pembezaan yang terkandung dalam silibus yang dibekalkan oleh JPP. Gelung

P&P akan berakhir dengan meminta pelajar untuk memberi cadangan penambahbaikan

terhadap perubahan yang berlaku dalam sistem sebenar tersebut. Kajian aplikasi System

Approach ini akan dilaksanakan kepada pelajar semester 2 untuk kursus BA 201 dari

program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) (DTK 2B) dari Jabatan Kejuruteraan

Elektrik dan Diploma Kejuruteraan Mekatronik (DEM 2) dari Jabatan Kejuruteraan

Mekanikal, Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang Stesen, Perak. Data akan dikumpulkan di

sepanjang sesi Disember 2013. Berdasarkan kepada keputusan yang diperolehi dari

penyelidikan yang lepas tentang System Approach, penyelidik sangat yakin dengan hasil

keputusan yang positif yang bakal diperolehi.

Kata Kunci: System Approach, Sistem Sebenar, Real System, Gelung Tertutup Pengajaran

& Pembelajaran, Teori Pembezaan, Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran

Page 2: System approach dalam pengajaran pembezaan untuk kursus matematik kejuruteraan 2 final (3)

Abstract : The aim of this research is to investigate the effectiveness of System Approach

in increasing student‟s achievement in their final examination for Engineering Mathematics

2 course. The final exam result analysis of December 2012 and June 2013 sessions for

Engineering Mathematics 2 course has shown the decrement of student‟s achievement in the

differentiation topic. By applying System Approach in the teaching and learning (T&L)

session will generate an interesting and interactive T&L environment, hence contributes to

the increment of the achievement in the students final exam result. System Approach is a

teaching and learning (T&L) method which relates T&L activities such as quizzes, tutorials

and assignments with real systems. Applying System Approach in T&L activities, means

starting and ending the T&L loop within the real systems. It is also called T&L closed loop.

The loop starts by understanding the overall operation of the real system. Each subsystem

involve in the real system will be analyzed by understanding the involvement of each

component in the real system. The cause and effect of the changes in the parameter or

component values to the real system will be identified by using theory of differential and

common rules from the syllabus provided by the JPP. The T&L loop ends by asking students

opinion or suggestions for improvement to the changes occurred in the real system. This

research will be involving a 2nd semester students of Diploma in Electronic Engineering

(Computer) (DTK 2B) from Electrical Engineering Department and Diploma in Mechatronic

Engineering (DEM 2) from Mechanical Engineering Department of Sultan Azlan Shah

Polytechnic, Behrang Stesen, Perak. The data will be collected throughout the December

2013 session. Based on the results from the previous research done on System Approach,

researchers are very positive with the good results that will be achieved.

Keywords : System Approach, Real System, Teaching & Learning Closed Loop,

Differential Theory, Teaching & Learning Activities

1. PENGENALAN

Matematik adalah satu bidang pengetahuan yang penting dalam pembelajaran

mahupun di sekolah, ataupun di peringkat institusi pengajian tinggi seperti

politeknik dan universiti. Permasalahan matematik bukan sahaja memberi kesan

kepada taraf pendidikan individu, malah turut memberi kesan kepada aplikasi

penggunaan harian mereka (Favziyah, 2012). Pembentukan konsep pembelajaran

yang betul dalam matematik amatlah sukar untuk dicapai. Kesukaran ini adalah

disebabkan ciri-ciri matematik yang kebanyakan konsepnya saling berkait di mana

pemahaman sesuatu konsep adalah bersandar kepada pemahaman konsep-konsep

yang lain. Penekanan diberikan kepada pembelajaran matematik bercorak

pengembangan pemikiran pelajar, iaitu kemahiran menyelesaikan masalah yang

merangkumi proses penyelesaian masalah contohnya seperti memahami masalah,

merancang strategi, melaksanakan rancangan dan menyemak kesudahannya (Azizi,

2010). Idea ini secara tidak langsung mengaplikasikan konsep System Approach

dalam pembelajaran untuk menyelesaikan masalah matematik.

Kaedah pengajaran matematik yang digunakan oleh kebanyakan tenaga pengajar di

politeknik kurang mempraktikkan konsep pembelajaran model yang sebenar sebagai

bahan P & P, mereka lebih menumpukan pendekatan teori dan pengiraan semata-

mata tanpa mengaitkan topik tersebut dengan pengunaan sebenar di luar bilik darjah.

Page 3: System approach dalam pengajaran pembezaan untuk kursus matematik kejuruteraan 2 final (3)

Ini menyebabkan pelajar cepat bosan dan mudah hilang minat dan tumpuan untuk

belajar matematik. Menurut Abdul Rahim (2000), kekurangan unsur-unsur kreativiti

dalam pengajaran dan pembelajaran menjadikan mata pelajaran matematik begitu

beku dan kaku. Selain pembelajaran yang beku dan kaku, cara penyampaian atau

kaedah yang digunakan yang tidak sesuai juga menyebabkan kejatuhan prestasi

pelajar dalam matapelajaran matematik. Ini kerana pelajar tidak dapat memahami

sesuatu matapelajaran jika kaedah pembelajaran yang digunakan oleh guru adalah

tidak sesuai dengan tajuk yang ingin disampaikan kepada para pelajar (Shaharuddin,

2010). Menurut kajian yang dijalankan oleh Zainudin Abu Bakar (2010), pelajar

akan berasa seronok kerana dapat melakukan pelbagai aktiviti ketika sesi P&P. Oleh

itu penggunaan System Approach dalam P&P akan membuatkan aktiviti

pembelajaran di dalam kelas menjadi lebih aktif, praktikal dan menarik. Pelajar akan

merasa seronok dan berminat untuk mempelajari matematik.

Bila suasana pembelajaran menarik, pelajar lebih mudah untuk memahami dan

mempelajari topik yang diajar, ini akan merangsangkan pengembangan gaya

pemikiran pelajar untuk berfikir dengan lebih kreatif dan kritis. Asas pembentukan

intelek adalah kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, unsur ini mampu

mengembangkan daya pemikiran agar kita mampu membuat huraian, menganalisa,

menaakul, merumus dan seterusnya menghasilkan idea-idea baru yang bernas

(Nazlina, 2006). Justeru itu kaedah System Approach diperkenalkan dalam teknik

pengajaran dan pembelajaran (P&P) di Politeknik Sultan Azlan Shah agar dapat

meningkatkan kefahaman pelajar dalam mempelajari matematik kejuruteraan.

Sebagai permulaan kajian, kami telah memilih tajuk penggunaan pembezaan dalam

matematik kejuruteraan 2 sebagai modul kajian kerana, tajuk ini merupakan asas

kalkulus yang akan digunakan semasa pelajar mengambil matematik kejuruteraan 4

dan 5 pada semester akan datang.

1.1 Pernyataan Masalah

Hasil keputusan peperiksaan Sesi Disember 2012, seramai 609 pelajar telah

dianalisis, manakala sesi Jun 2013, seramai 232 orang pelajar telah

dianalisis melalui sistem pengurusan maklumat pelajar (SPMP). Mengikut

Course Outcome Review Report (CORR), Course Learning Outcome (CLO)

bagi Matematik Kejuruteraan 2 ada tiga kategori (Rujuk Jadual 1 dibawah)

tapi hanya CLO2 sahaja diambil kira untuk dianalisis bagi menjurus kepada

tajuk kajian. Mengikut dapatan pencapaian kumpulan pelajar (rujuk jadual

2) dari CLO2, peratus pelajar yang mendapat markah cemerlang (A) merosot

dari 3.8% kepada 0.9% manakala peratus pelajar yang mendapat gred A-

juga merosot dari 11.8% sesi Disember 2012, kepada 0.4% pada sesi Jun

2013. Kemerosotan ini disebabkan kurangnya kefahaman pelajar dalam

topik pembezaan.

Pelbagai sudut dan cara perlu dikaji untuk meningkatkan kefahaman dan

pencapaian pelajar. Salah satu cara adalah mengubah corak atau kaedah

penyampaian pelajar di dalam kelas. Justeru itu, kami mengambil keputusan

untuk menggunakan System Approach sebagai alternatif kaedah P&P di

dalam kelas bagi mengukuhkan kefahaman konsep matematik.

Page 4: System approach dalam pengajaran pembezaan untuk kursus matematik kejuruteraan 2 final (3)

CLO1 Explain basic operation on complex numbers stated in various

forms using algebraic operations or by constructing Argands

diagram

CLO2 Apply various differentiation techniques to determine the

derivatives of algebraic, trigonometric, logarithmic, exponential

and parametric functions up to second order including solving

real life optimization and kinematic problems.

CLO3 Use suitable integration methods in solving related problems to

determine the definite integrals of algebraic, trigonometric,

reciprocal and exponential functions.

Jadual 1: Course Learning Outcome bagi pelajar Matematik

Kejuruteraan 2 (BA 201).

Status Gred

Purata

Pencapaian

Markah

Pelajar (%)

Bilangan Pelajar

Sesi

Disember

2012

Sesi Jun

2013

Gagal F 0 – 19 3 (0.5%) -

E- 20 – 29 -

E 30 – 39 2 (0.3%) -

Lulus D 40 – 43 - -

D+ 44 – 46 -

C- 47 – 49 -

C 50 – 54 92

(15.1%)

21 (9.1%)

C+ 55 – 59 30 (4.9%) 46 (19.8%)

B- 60 – 64 200

(32.8%)

-

Kepujian B 65 – 69 187

(30.7%)

64 (27.6%)

B+ 70 – 74 - 98 (42.2%)

A- 75 – 79 72

(11.8%)

1 (0.4%)

Cemerlang A 80 – 89 23 (3.8%) 2(0.9%)

Sangat

Cemerlang

A+ 90 – 100 - -

Jumlah 609 232

Jadual 2: Analisis Pencapaian Kumpulan Pelajar mengikut CLO2

(Course Learning Outcome) untuk tajuk pembezaan dari SPMP

Page 5: System approach dalam pengajaran pembezaan untuk kursus matematik kejuruteraan 2 final (3)

0

5

10

15

20

25

30

35

40

45

A+ A A- B+ B B- C+ C C- D+ D E E- F

Jun-13

Dis-12

Rajah 1: Graf Analisis Pencapaian Kumpulan Pelajar mengikut CLO 2

(Course Learning Outcome 2) untuk tajuk pembezaan dari SPMP

1.2 Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah:

i. Untuk mengaplikasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih

praktikal dan menarik.

ii. Untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kreatif iaitu

dengan mengkaitkan topik yang diajar dengan sistem sebenar (real

system).

iii. Untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam Matematik Kejuruteraan

2 (BA 201).

1.3 Skop dan Batasan Kajian

Kajian ini hanya menfokuskan kepada penggunaan System Approach dalam

tajuk penggunaan pembezaan – persamaan pembezaan tertib pertama (First

Order Differential Equation) dan akan dilaksanakan pada sesi Disember

2013. Responden bagi kajian ini adalah terdiri daripada pelajar semester dua

dari program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) (DTK 2B) &

Diploma Kejuruteraan Mekatronik (DEM 2) dari Jabatan Kejuruteraan

Elektrik dan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Sultan Azlan Shah,

Behrang Stesyen, Perak.

2. TINJAUAN LITERATUR

Menurut F. Heylighen (1998), System Approach pada permulaannya dikenali sebagai

„Teori Sistem Umum‟ yang diperkenalkan oleh seorang ahli biologi iatu Ludwig von

Bertalanffy. Apabila kita meneliti keseluruhan sistem kita dapat lihat bahawa sistem

ini berkaitan dengan elemen-elemen atau proses di sekelilingnya. Ini juga boleh

dikatakan elemen-elemen di dalam sistem berhubungkait dan mempengaruhi sistem

ataupun proses. Kaedah ini akan cuba diaplikasikan dalam pengajaran matematik

kejuruteraan 2, dengan menghubungkaitkan formula matematik pembezaan dan

Page 6: System approach dalam pengajaran pembezaan untuk kursus matematik kejuruteraan 2 final (3)

teorinya dengan model sebenar, yang lebih menjurus kepada penggunaannya dalam

bidang pelajar.

Menurut Siti Marlina, Idasuzana & Norhaslina (2009), System Approach di

praktikkan di Siemens Technik Academie, Berlin di mana ia direka untuk sistem

mekatronik. Secara dasarnya, System Approach bermula dan diakhiri dengan

penelitian pada setiap elemen atau komponen. Penggunaan bahan P&P yang

bertepatan dengan bidang pengajian pelajar akan memudahkan pemahaman dalam

mempelajari tajuk pembezaan dalam matematik kejuruteraan. Sebagai asas kajian,

pelajar elektrik dan mekatronik telah dipilih sebagai responden dengan

menggunakan contoh litar sistem sebenar sebagai bahan P&P.

Menurut Siti Marlina (2010), 'Menyediakan Rancangan Mengajar (RM) yang

tersusun sangat penting untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar dengan berkesan.

Pensyarah mesti berupaya untuk merangka semua aktiviti dalam RM secara kreatif

dan inovatif untuk memastikan keberkesanan kaedah pengajaran mereka di dalam

kelas. Keupayaan mereka dalam menggunakan sistem sebenar di dalam kelas akan

membantu mereka untuk meningkatkan kemahiran pengajaran konvensional yang

sudah bertahun diamalkan.'

Di dalam kajian lain yang telah dijalankan oleh Siti Marlina (2011) mengatakan,

„Konsep pendekatan sistem sebenar adalah pendekatan yang praktikal untuk

diamalkan di dalam kelas kerana gelung P&P dan rancangan mengajar (RM) perlu

disusun dengan betul sebelum pengajaran bermula. Pensyarah perlu mengkaji

kandungan sukatan pelajaran dengan teliti untuk mencipta gelung P&P. Apabila

sistem sebenar telah dicipta, aktiviti-aktiviti yang bersesuaian perlu direka untuk

mewujudkan hubungan dengan sistem sebenar.

Menurut Martin Hartley Jones (1995), di dalam bukunya menunjukkan bagaimana

konsep pembezaan diaplikasikan di dalam sesuatu gandingan litar kapasitor.

Contohnya, nadi output bagi litar ini hanya diperolehi apabila isyarat input berubah

yang menyebabkan litar ini dipanggil pembeza. Ini dapat dikenal pasti, apabila kadar

perubahan voltage input adalah positif maka nadi output dapat dikesan. Ini

menunjukkan gandingan litar kapasitor juga menggunakan konsep pembezaan.

Penggunaan litar sebenar dalam contoh model pengajaran di dalam kelas kepada

pelajar diploma kejuruteraan elektrik dan mekatronik akan memudahkan

pemahaman mereka memahami konsep pembezaan dalam kursus matematik.

Menurut Kaori Okano & Motonori Tsuchiya (2009), Nakamoto (1979), pada

mulanya dia berpendapat bahawa mustahil untuk mengajar kalkulus pembezaan dan

kamiran kepada pelajar yang tidak suka matematik ekoran daripada pencapaian

mereka yang tidak memuaskan di sekolah rendah dan sekolah menengah. Selepas

mempelbagaikan cara pengajaran, Nakamoto berpendapat bahawa pelajar tidak

sukakan matematik kerana tidak faham asasnya. Asas bidang elektrik yang

digunakan sebagai contoh bahan P&P didalam kelas akan memudahkan lagi pelajar

dari kejuruteraan elektrik memahami topik pembezaan yang menggunakan System

Approach.

Menurut Carl B. Boyer (2007), tatatanda pembezaan diperkenalkan oleh Leibniz,

1676 di mana tatatanda dx dan dy mewakili pembezaan terkecil mungkin. Pada

mulanya Leibniz menggunakan x/d dan y/d bagi menunjukkan penurunan darjah.

Oleh itu, System Approach bagi pembezaan boleh diaplikasikan dalam real system

seperti litar bagi memudahkan penampakan perbezaan elemen atau komponen yang

saling berkaitan. Perkaitan antara bidang pelajar dengan kaedah pembezaan yang

diajar akan manambahkan minat & kefahaman pelajar untuk belajar.

Page 7: System approach dalam pengajaran pembezaan untuk kursus matematik kejuruteraan 2 final (3)

3. METODOLOGI KAJIAN

System Approach dalam pengajaran pembezaan untuk kursus Matematik

Kejuruteraaan 2 seperti ditunjukkan di Rajah 2, direka berdasarkan silibus yang

digubal oleh Bahagian Kurikulum Jabatan Pengajian Politeknik Malaysia.

Dengan kaedah System Approach, aktiviti pelajar di dalam kelas sentiasa dikaitkan

dengan sistem sebenar. Dalam erti kata lain, memulai dan mengakhiri proses P&P

dengan merujuk kepada sistem sebenar. Di awal pengkuliahan, pelajar akan

ditunjukkan dengan litar sistem sebenar. Mereka dikehendaki memahami operasi

sistem sebenar tersebut dengan memahami fungsi setiap subsistem yang ada di

dalam sistem. Mereka juga perlu membina litar tersebut di atas breadboard. Aktiviti

ini dikenali sebagai menganalisis sistem, dan di peringkat ini pelajar akan dapat

memahami fungsi setiap komponen yang terlibat dalam litar sistem sebenar.

Selain membina litar, mereka juga perlu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan

oleh pensyarah. Demi memastikan pelajar memahami maksud pembezaan, soalan-

soalan yang dikemukakan perlulah dibina dengan mengkaitkan kesan pembezaan ke

atas sistem sebenar. Pelajar juga perlu didedahkan dengan punca-punca masalah

yang boleh berlaku dalam sistem dan berupaya untuk memikirkan dan memberi

pandangan tentang strategi untuk mengatasi masalah tersebut. Rancangan mengajar

di bawah menunjukkan contoh soalan yang akan digunakan dalam pengajaran untuk

topik pembezaan. Sistem sebenar yang digunakan adalah Litar Asas Elektrik untuk

menghidupkan satu lampu (Rajah 3).

Litar asas ini digunakan untuk memberi penerangan awal kepada pelajar tentang

maksud pembezaan iaitu kadar perubahan sesuatu parameter terhadap sesuatu

parameter yang dikenali sebagai kecerunan.

Sistem Sebenar

(Real System)

Sub-Sistem

Fungsi sub-

sistem dalam

sistem sebenar

Ciri-ciri sub-sistem,

nilai had voltan, arus

Punca-punca masalah

berlaku dalam sistem

Strategi untuk

mengenalpasti masalah

Analisis Sistem Sistem skil yang

komprehensif

Rajah 2 Gelung pengajaran topik pembezaan kursus Matematik Kejuruteraan 2

Page 8: System approach dalam pengajaran pembezaan untuk kursus matematik kejuruteraan 2 final (3)

Rajah 3: Litar Asas Elektrik Untuk Menghidupkan Lampu

3.1 Rancangan Mengajar

PROGRAM = DTK 2B (Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)) SEMESTER = 2 BILANGAN PELAJAR = 33 JUMLAH JAM = 2 JAM

SYSTEM APPROACH bermula dengan menunjukkan litar di atas kepada pelajar

- Pelajar dikehendaki membina litar tersebut di atas breadboard - Pelajar dikehendaki menerangkan operasi litar - Jawapan bagi soalan-soalan berikut boleh diperolehi dengan mengubah nilai-nilai

bekalan kuasa dan perintang bolehubah Contoh Soalan: - Terangkan operasi litar ini. - Terangkan fungsi setiap komponen di dalam sistem. - Mengapakah kecerahan lampu berubah apabila rintangan berubah. - Apakah yang berlaku pada kecerahan lampu sekiranya voltan berubah. - Jelaskan bagaimana kadar perubahan voltan memberi kesan terhadap kecerahan

lampu. - Pelajar diminta menulis Hukum Ohm, V=IR - Pelajar perlu menjawab soalan-soalan berikut:

Contoh Soalan: - Apabila V tetap dan R tetap maka I adalah tetap (Betul/Salah) - Apabila V tetap dan R berubah maka I adalah tetap (Betul/Salah) - Apabila V berubah dan R tetap maka I adalah berubah (Betul/Salah) - Apabila V berubah dan R berubah maka I adalah tetap (Betul/Salah)

- Pelajar dikehendaki mengubah secara rawak nilai voltan dan nilai rintangan pada litar yang dibina.

- Pelajar dikehendaki memerhatikan kecerahan lampu setiap kali perubahan secara rawak dilakukan.

Contoh Soalan: - Adakah kadar peningkatan kecerahan lampu tetap setiap kali anda membuat

perubahan secara rawak terhadap nilai voltan dan rintangan? - Bagaimanakah untuk menetapkan peningkatan kadar kecerahan lampu?

- Pelajar ditunjukkan dengan teori berikut: V= I R setarakan dengan persamaan y=mx + c

Pembezaan y terhadap x untuk persamaan, y=mx + c Akan dapat, dy/dx = m

Bekalan Kuasa (6V-10V)

Suis Perintang Bolehubah

Lampu I

Page 9: System approach dalam pengajaran pembezaan untuk kursus matematik kejuruteraan 2 final (3)

Sambungan….

Maka pembezaan V terhadap I untuk persamaan, V=IR Akan dapat, dV/dI = R

- Pelajar diberi penerangan tentang persamaan pembezaan, dy/dx yang membawa

maksud, kadar perubahan y terhadap kadar perubahan x , menghasilkan kecerunan. - Pelajar juga diberi penerangan tentang persamaan pembezaan, dV/dI, membawa

maksud kadar perubahan voltan terhadap kadar perubahan arus akan menghasilkan kecerunan rintangan (R).

- Pelajar akan dijelaskan dengan pernyataan berikut:

Sekiranya kecerunan rintangan (R) adalah tetap dan nilai salah satu parameter samada V atau I diketahui, maka nilai parameter yang satu lagi, I atau V boleh dikira. Situasi ini boleh ditunjukkan dengan graf garis lurus di bawah.

4. Perbandingan Dapatan Kajian Yang Lepas

0

5

10

15

20

25

A A- B+ B B- C+ C D D- E+ E E- F

Jan 2009-WITHOUT SA

Julai 2009-WITH SA

Rajah 4: Perbandingan diantara gred markah bagi pelajar DTK pada sesi

Januari 2009 dan Julai 2009

R=m=kecerunan

V

I

R=dV/dI

Page 10: System approach dalam pengajaran pembezaan untuk kursus matematik kejuruteraan 2 final (3)

0

5

10

15

20

25

A A- B+ B B- C+ C D D- E+ E E- F

Jan 2009-WITHOUT SA

Julai 2009-WITH SA

Rajah 5: Perbandingan diantara gred markah bagi pelajar SKE pada sesi

Januari 2009 dan Julai 2009

Daripada kajian yang lepas yang dijalankan oleh Siti Marlina (2011) ke atas pelajar

Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) (DTK) dan Sijil Kejuruteraan Elektrik

(SKE), menunjukkan berlaku peningkatan pencapaian pelajar setelah System

Approach dipraktikkan dalam P&P pada sesi Julai 2009 berbanding dengan sesi

sebelumnya iaitu Januari 2009. Ini membuktikan keberkesanan System Approach

dalam P&P dan perlaksanaannya di dalam kelas dapat meningkatkan pencapaian

pelajar dalam peperiksaan.

5. Kesimpulan

Walaupun kajian ini masih lagi di peringkat kertas cadangan, tetapi kami yakin

bahawa keputusan positif akan diperolehi berdasarkan kepada perbandingan kajian

yang lepas yang menggunakan konsep yang sama untuk kursus Sistem Elektronik.

Kami yakin bahawa kajian ini akan berjaya dan hasilnya, pelajar boleh menerangkan

konsep pembezaan berdasarkan perubahan yang berlaku pada V, I atau R.

Seterusnya pelajar boleh memahami konsep dan kaedah pembezaan dalam

matematik dan dapat menjawab soalan peperiksaan berkaitan topik ini dengan

cemerlang.

Page 11: System approach dalam pengajaran pembezaan untuk kursus matematik kejuruteraan 2 final (3)

6. BIBLIOGRAFI

Abdul Rahim Abd Rashid (2000). Wawasan dan Agenda Pendidikan. Utusan

Publications and Distribution Sdn. Bhd.

Azizi Hj. Yahaya, (2010). Kefahaman Konsep Dalam Matematik. Fakulti

Pendidikan UTM.

Carl. B. Boyer, (2007). A History of Mathematics. Institut Terjemahan Negara

Malaysia.

Favziyah Nafiah (2012). Faktor-faktor Kegagalan: Perspektif Pelajar Yang

Mengulang Kursus Engineering Mathematics 1. Prosiding SKPI, Politeknik Sultan

Azlan Shah.

F. Heylighen, (1998). Concepts of The System Approach.

Ismail Kailani & Ruslina Ismail @ Nawi. Diagnosis Penguasaan Dan Kesalahan

Lazim Dalam Tajuk Pembezaan Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Daerah

Johor Bahru. Fakulti Pendidikan UTM.

Kaori Okano & Motonori Tsuchiya, (2009). Pendidikan Moden Jepun. Institut

Terjemahan Negara Malaysia.

Martin Hartley Jones, (1995). A Practical Introduction to Electronic Circuits.

Cambridge University Press.

Nurul Emazah, (2010). Kajian mengenai Penggunaan Kemahiran Berfikir Dalam

Tajuk Pembezaan Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 5. Fakulti Pendidikan UTM.

Shaharuddin Bin Md. Salleh & Nor Afizah Binti Aziz (2010). Pembinaan Perisian

Pembelajaran Berbantukan Komputer (Pbk) Menggunakan Pendekatan

Pembelajaran Kontekstual Bagi Matapelajaran Matematik Tingkatan 1: Perimeter

And Area. Fakulti Pendidikan UTM.

Siti Marlina Mohammad Amin, Idasuzana Idris, Norhaslina Asri, (2011). Evaluating

Student Achievement On The Implementation of The System Approach in

Electronics System. PSAS Digest.

Siti Marlina Mohammad Amin, Idasuzana Idris, Norhaslina Asri, (2009). Evaluating

student Achievement On The Implementation of The System Approach in

Electronics System. Seminar penyelidikan pendidikan Teknikal & Vokasional.

Zainudin Abu Bakar , Nor Hidayatul Aini Ismail , (2010). “Persepsi Dan Sikap

Pelajar Terhadap Pendekatan Konstruktivisme Serta Kesan Terhadap Pencapaian

Dalam Mata Pelajaran Matematik Di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi

Malaysia” . Fakulti Pendidikan UTM.