syarat2 penerimaan qiraat

Upload: wardah-diana

Post on 02-Apr-2018

383 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 syarat2 penerimaan qiraat

    1/5

    3.2 Syarat-Syarat Penerimaan Sesuatu Qiraat

    Para ulama telah menggariskan 3 syarat bagi penerimaan qiraat. Syarat-

    syarat tersebut adalah :

    1. Sanadnya mutawatir.

    2. Sesuai dengan tulisan pada salah satu mushaf Uthmani, walau

    pun secara tersirat.

    3. Sesuai dengan salah satu kaedah Bahasa Arab.

    3.2.1 Sanadnya mutawatir

    Sanad yang mutawatir membawa maksud periwayatan oleh ramai

    orang dari satu peringkat ke satu peringkat dari awal hingga akhir yang

    mana menurut kebiasaan , adalah mustahil mereka boleh bersepakat

    untuk melakukan suatu dusta , sejak dari awal sanad yang pertama

    hingga sampai kepada sanad yang terakhir.

    Terdapat juga sebahagian ulama mengatakan sanad yang sahih sudah

    cukup untuk membolehkan sesuatu qiraat itu diterima.

    Syaikh Makki bin Abu Talib al- Qaisi menyatakan; Qiraat sahih adalah

    qiraat yang sahih sanadnya sampai kepada Nabi Muhammad S.A.W,

    15

  • 7/27/2019 syarat2 penerimaan qiraat

    2/5

    ungkapan kalimahnya sempurna menurut kaedah tatabahasa Arab dan

    sesuai dengan tulisan pada salah satu mushaf Uthmani. Pendapat ini

    diikuti oleh Ibnu Jazari, sebagaimana disebutkan dalam kitabnya

    Tayyibatun Nasyar fi al-Qiraat al-Asyar. ( Menurut Syaban Muhammad

    Ismail , mengutip pendapat al- Shafaaqasi, pendapat ini lemah kerana

    membawa akibat tiada perbezaannya antara Al-Quran dengan yang

    bukan al-Quran)

    Pada kesempatan lain, Ibnul Jazari mensyaratkan mutawatir untuk

    penerimaan sesuatu qiraat yang sahih, seperti yamg disebutkan dalam

    kitabnya Munjid al-Muqriin wa Mursyid al-Talibin. Jadi, mungkin yang

    dimaksudkan dengan sanad sahih oleh Ibnul Jazari di sini adalah

    mutawatir.

    Menurut Imam al-Nuwairi : Meniadakan syarat mutawatir adalah

    pendapat baru , bertentangan dengan ijma para ahli fiqh,ahli hadith dan

    yang lain-lain. Sebab Al-Quran- menurut jumhur ulama empat mazhab

    yang terkemuka-adalah kalamullah yang diriwayatkan secara mutawatir

    dan dituliskan pada mushaf,. Semua yang memegang definisi ini pasti

    mensyaratkan mutawatir,sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn Hajib.

    Dengan demikian, menurut para imam dan pemuka mazhab yang empat,

    16

  • 7/27/2019 syarat2 penerimaan qiraat

    3/5

    syarat mutawatir itu merupakan keharusan. Banyak orang yang secara

    jelas menerangkan pendapat ini seperti Abu Bdul Barr, al-Azrai, Ibn

    Athiyah, al-Zarkasyi dan al-Asnawi. Pendapat yang mensyaratkan

    mutawatir ini telah menjadi ijma para ahli qiraat. Tidak ada ulama

    mutaakhirin yang tidak sependapat kecuali al- Makki dan beberapa orang

    lainnya.

    3.2.2 Sesuai dengan tulisan pada salah satu mushaf Uthmani,

    walau pun secara tersirat.

    Ini bermakna, bacaan wajah bacaan qiraat itu menepati dengan tulisan

    yang terdapat pada salah satu mushaf yang disalin oleh jawatankuasa

    yang dilantik oleh Uthman bin Affan yang dikirimkannya ke negara-negara

    Islam pada masa itu.

    Menurut jumhur ulama, rasm Uthmani merupakan hal yang tauqifi , tidak

    dapat diubah dengan alasan apa pun.

    3.2.3 Sesuai dengan salah satu kaedah Bahasa Arab.

    Ini bererti qiraat itu sesuai dengan satu segi susunan kalimat

    bahasa Arab; sama ada lebih fasih atau sekadar fasih sahaja, sama ada

    kaedah yang disepakati ataupun kaedah yang diperselisihkan selagi

    17

  • 7/27/2019 syarat2 penerimaan qiraat

    4/5

    sanad qiraat tersebut sesuai dengan bentuk tulisan pada salah satu

    mushaf Uthmani.

    Misalnya, qiraat Imam Hamzah yang membaca lafaz " "

    dengan baris kasrah huruf mim pada surah an-Nisa ayat 1 :

    Imam Hamzah membaca kalimah " " dengan baris kasrah

    sebagai athaf kepada dhamir majrur pada lafaz kerana menurut kaedah

    nahwu mazhab Kufah atau merupakan Aa-id ( kata yang dikaitkan

    kembali ) daripada huruf jar yang telah dihilangkan kerana telah diketahui

    atau pun sebagai qasam ( sesuatu yang disumpahkan ) sebagai

    penghormatan bagi Arham ( kerabat ) dan ia juga menjadi pendorong

    untuk memelihara hubungan serta memperkukuhkan tali silaturrahim.

    Jika sesuatu qiraat itu adalah sahih seperti yang diajarkan oleh

    Rasulullah, dan kaedah bahasa Arab yang dipakai, ia tidak ditentang atau

    ditolak kerana qiraat yang ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w adalah wajib

    untuk diterima.

    18

  • 7/27/2019 syarat2 penerimaan qiraat

    5/5

    Abu Amr Ad-Dani berkata : Para imam qiraat tidak mengamalkan suatu

    qiraat Al-Quran berdasarkan bahasa yang paling masyhur dipakai dan

    yang paling sesuai menurut kaedah tata Bahasa Arab, melainkan

    berdasarkan yang paling mantap diterima dari hadith yang riwayatnya

    sahih periwayatannya. Apabila periwayatannya telah mantap , maka

    qiraat itu merupakan sunnah yang harus diikuti dan wajib diterima.

    Zaid bin Tsabit pula mengatakan, Qiraat itu merupakan sunnah yang

    wajib diikuti .

    Dan Baihaqi berkata ; Adapun yang dimaksudkan dengan mengikuti

    qiraat orang yang sebelum kita merupakan sunnah yang wajib diikuti,

    ertinya ialah tidak boleh menyalahi qiraat yang termasyhur walaupun

    selain qiraat tersebut terdapat qiraat lain yang cukup lumrah dalam

    bahasa Arab. Jikalau tidak, sudah pasti yang akan menjadi pertimbangan

    utama adalah masalah bahasa.

    19