pengertian ilmu qiraat - ustazrahim.net mempelaja… · pengertian ilmu qiraat menurut imam ibn...

Download PENGERTIAN ILMU QIRAAT - ustazrahim.net Mempelaja… · PENGERTIAN ILMU QIRAAT Menurut Imam Ibn al-Jazari: Ilmu Qiraat merupakan ilmu yang menjelaskan kaedah menyebut kalimah-kalimah

If you can't read please download the document

Upload: doantuong

Post on 06-Feb-2018

335 views

Category:

Documents


23 download

TRANSCRIPT

  • PENGERTIAN ILMU QIRAATPENGERTIAN ILMU QIRAAT

    Menurut Imam Ibn al-Jazari: Ilmu Qiraat merupakan ilmu yang menjelaskan kaedah menyebut kalimah-kalimah di dalam al-Quran di samping menjelaskan perbandingan bacaan antara imam-imam qiraat.

    Ini menunjukkan bahawa bacaan al-Quran dan ilmu tajwid yang dipelajari dan diamalkan pada hari ini merupakan salah satu jenis bacaan yang terdapat di dalam pengajian ilmu qiraat iaitu menurut bacaan riwayat Hafs daripada Imam Asim.

  • PENGAJIAN ILMU QIRAAT DI MALAYSIAPENGAJIAN ILMU QIRAAT DI MALAYSIA

    Menurut kajian yang dilakukan, pengajian ilmu qiraat di

    Malaysia secara formal bermula seawal tahun 1966 dengan

    tertubuhnya Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat di Pusat Islam,

    Kuala Lumpur.

    Sejak penubuhan Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat yang Sejak penubuhan Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat yang

    pertama ini, maka bermulalah perkembangan ilmu qiraat di

    negara ini secara rasminya.

    Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Melaka (1990); Institut Tahfiz al-

    Quran Negeri Sembilan (1991); Maahad Tahfiz Negeri Pahang

    (1996); dan Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat Istana Alaeddin

    Bandar (1996).

  • NAMA PENGAJIAN QIRAATNAMA PENGAJIAN QIRAAT

    Pengantar Ilmu Qiraat dan Hafazan;

    Qiraat Ilmi;

    Qiraat Amali;

    Qiraat Asyarah;

    Ilmu Qiraat; Ilmu Qiraat;

    Metodologi Pengajaran Ilmu Qiraat;

    Pengajian Qiraat;

    Tarikh al-Qurra;

    Mutun Tahriri dan lain-lain.

  • OBJEKTIF PEMBELAJARAN ILMU QIRAATOBJEKTIF PEMBELAJARAN ILMU QIRAAT

    1. Memberikan pengenalan yang jelas terhadap ilmu qiraat seperti definisi, objektif, sumber, dalil serta bahan rujukan;

    2. Memberikan penjelasan mengenai peranan ilmu qiraat dan hubungannya dengan al-Quran;dan hubungannya dengan al-Quran;

    3. Menjelaskan beberapa ilmu lain yang berkaitan dengan ilmu qiraat secara umum seperti Ilmu tajwid, Ilmu Rasm dan Dhabt al-Quran serta Ilmu al-Fawasil.

  • OBJEKTIF PEMBELAJARAN ILMU QIRAATOBJEKTIF PEMBELAJARAN ILMU QIRAAT

    4. Menerangkan latar belakang imam-imam qiraat tujuh atau sepuluh serta perawi mereka.

    5. Menerangkan kaedah bacaan al-Quran bagi setiap perawi tersebut secara umum; danperawi tersebut secara umum; dan

    6. Mempraktikkan bacaan bagi setiap imam qiraat beserta perawi mereka dengan menumpukan kepada surah-surah tertentu di dalam al-Quran seperti juzuk Amma, Surah al-Sajadah, Surah al-Insan dan Surah al-Baqarah.

  • KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    QIRAAT YANG BERKESANQIRAAT YANG BERKESAN

    Menerusi kaedah ini, para pensyarah atau guru akan memberikan penyampaian kepada pelajar dalam jumlah yang ramai. Kadangkala jumlah ini boleh mencecah 300 yang ramai. Kadangkala jumlah ini boleh mencecah 300 orang pelajar. Pengajaran adalah berdasarkan kepada rangka kursus yang telah ditetapkan.

  • KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    QIRAAT YANG BERKESANQIRAAT YANG BERKESAN

    Objektif pembelajaran ilmu qiraat;

    Kelebihan mempelajari ilmu qiraat;

    Definisi ilmu qiraat; Definisi ilmu qiraat;

    Latar belakang imam-imam qiraat beserta perawi mereka;

    Manhaj atau kaedah bacaan bagi setiap imam dan perawi merka;

    Istilah-istilah khas yang digunakan dalam ilmu qiraat; dan

    Cara sebutan bagi bacaan yang jarang atau tiada langsung dalam bacaan riwayat Hafs daripada Imam Asim.

  • KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    QIRAAT YANG BERKESANQIRAAT YANG BERKESAN

    Di dalam kelas tutorial, jumlah para pelajar adalah terhad antara 10 hingga 30 orang pelajar sahaja.

    Interaksi dua hala antara pensyarah atau guru dengan para pelajar diterapkan menerusi kaedah ini agar dapat memberi peluang kepada para pelajar bersoal-jawab dan berbincang berkaitan ilmu qiraat dengan lebih mendalam.

  • KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    QIRAAT YANG BERKESANQIRAAT YANG BERKESAN

    Pembentangan ilmu qiraat daripada para pelajar;

    Bacaan al-Quran menurut bacaan imam-imam qiraat beserta perawi mereka secara talaqqi dan mushafahah;

    Hafazan matan al-Shatibiyyah sebagai dalil bagi bacaan imam-imam qiraat beserta perawi mereka;

  • KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    QIRAAT YANG BERKESANQIRAAT YANG BERKESAN

    Membantu para pelajar menyebut dengan tepat bagi bacaan yang jarang atau tiada langsung dalam bacaan riwayat Hafs daripada Imam Asim;

    Mendengar dan memperbetulkan bacaan para pelajar ketika mempraktikkan bacaan al-Quran selain daripada bacaan riwayat Hafs daripada Imam Asim;

    Melantik setiap pelajar untuk mewakili salah satu bacaan bagi imam-imam qiraat atau perawi mereka.

  • KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    QIRAAT YANG BERKESANQIRAAT YANG BERKESAN

    Antara alat bantuan mengajar yang boleh digunakan adalah seperti berikut:

    Pembentangan pengajaran menggunakan

    Microsoft Power Point;

    CD qiraat;

    Laman web qiraat;

  • KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    QIRAAT YANG BERKESANQIRAAT YANG BERKESAN

    Quran Flash

    My LMS @ Goals

    Audio dan video qiraat

    Blog qiraat

    Keratan akhbar

    Keratan majalah

  • KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    QIRAAT YANG BERKESANQIRAAT YANG BERKESAN

    Pembelajaran yang berteraskan peperiksaan atau kuiz turut memberi kesan kepada penguasaan pelajar terhadap ilmu qiraat. ilmu qiraat.

    Ini menyebabkan para pelajar lebih fokus dalam pembelajaran dan mampu menarik perhatian mereka terhadap perkara-perkara penting di dalam ilmu qiraat khususnya kepada istilah yang jarang digunakan dalam bacaan riwayat hafs daripada Imam Asim.

  • KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    QIRAAT YANG BERKESANQIRAAT YANG BERKESAN

    Kuiz yang kerap kali dilakukan juga dapat menajamkan minda sehingga persoalan yang seringkali ditanya mampu dijawab secara spontan. dijawab secara spontan.

    Kedua-kedua kaedah ini turut menambahkan tumpuan para pelajar terhadap topik yang sedang dipelajari.

  • CABARAN DAN PENYELESAIANNYA DALAM CABARAN DAN PENYELESAIANNYA DALAM

    PEMBELAJARAN ILMU QIRAATPEMBELAJARAN ILMU QIRAAT

    Terdapat beberapa pra syarat yang perlu dipenuhi sebelum mendalami ilmu qiraat.

    Tanpa pra syarat tersebut, seseorang akan menghadapi kesukaran dalam mempelajari ilmu qiraat.

    Antaranya adalah; memahami ilmu tajwid terlebih dahulu sebelum mempelajari ilmu qiraat.

  • CABARAN DAN PENYELESAIANNYA DALAM CABARAN DAN PENYELESAIANNYA DALAM

    PEMBELAJARAN ILMU QIRAATPEMBELAJARAN ILMU QIRAAT

    Selain itu, penguasaan bacaan al-Quran juga menjadi pra syarat dalam mempelajari ilmu qiraat.

    Ini kerana, bacaan yang digunakan selama ini hanyalah menurut satu riwayat sahaja iaitu; bacaan riwayat Hafs daripada Imam Asim.

    Sekiranya tahap bacaan al-Quran masih lemah, maka ditakuti kekeliruan akan dihadapi dalam pembelajaran ilmu qiraat.

  • CABARAN DAN PENYELESAIANNYA DALAM CABARAN DAN PENYELESAIANNYA DALAM

    PEMBELAJARAN ILMU QIRAATPEMBELAJARAN ILMU QIRAAT

    Ini merupakan antara cabaran terawal yang akan dihadapi ketika mempelajari ilmu qiraat. dihadapi ketika mempelajari ilmu qiraat.

    Ini kerana terdapat 21 nama yang perlu diingati dalam pembelajaran ilmu qiraat tujuh.

    Manakala bagi qiraat sepuluh, 30 nama yang harus diingati.

    Apatah lagi nama mereka bukanlah seperti nama Melayu melainkan Hisham, Hamzah dan Yaakub.

  • CABARAN DAN PENYELESAIANNYA DALAM CABARAN DAN PENYELESAIANNYA DALAM

    PEMBELAJARAN ILMU QIRAATPEMBELAJARAN ILMU QIRAAT

    Di dalam ilmu qiraat terdapat beberapa istilah yang hanya digunakan dalam pembelajaran ilmu qiraat sahaja.

    Kalau pun ada, barangkali ia membawa maksud yang Kalau pun ada, barangkali ia membawa maksud yang berbeza.

    Antara istilah yang digunakan adalah seperti tariq, sanad, taqlil, taghliz, tarqiq, naqal, idgham kabir, tashil al-Hamzah al-Thaniah maa idkhal al-Alif, ibdal al-Hamzah, qasar, tawassut, ishba, silah dan sebagainya.

  • CABARAN DAN PENYELESAIANNYA DALAM CABARAN DAN PENYELESAIANNYA DALAM

    PEMBELAJARAN ILMU QIRAATPEMBELAJARAN ILMU QIRAAT

    Kesukaran menyebut kalimah-kalimah khilaf berlaku kerana sesetengah bacaan bagi imam qiraat dan perawi kerana sesetengah bacaan bagi imam qiraat dan perawi mereka tidak sama dengan bacaan yang dipraktikkan selama ini menerusi bacaan riwayat Hafs daripada Imam Asim.

    Contohnya pada bacaan taqlil, tashil al-Hamzah, naqal, ibdal al-Hamzah, taghliz al-Lam, tarqiq al-Ra, ikhtilas dan sebagainya.

  • CABARAN DAN PENYELESAIANNYA DALAM CABARAN DAN PENYELESAIANNYA DALAM

    PEMBELAJARAN ILMU QIRAATPEMBELAJARAN ILMU QIRAAT

    Matan al-Shatibiyyah atau Hirz al-Amani wa Wajh al-Tahani merupakan bait-bait syair yang menghimpunkan keseluruhan bacaan bagi imam-imam qiraat tujuh berserta keseluruhan bacaan bagi imam-imam qiraat tujuh berserta perawi mereka.

    Ia juga merupakan sumber utama dalam pembelajaran ilmu qiraat tujuh.

    Namun, didapati beberapa institusi yang tidak menggunakan matan ini dalam pengajaran ilmu qiraat.

  • CABARAN DAN PENYELESAIANNYA DALAM CABARAN DAN PENYELESAIANNYA DALAM

    PEMBELAJARAN ILMU QIRAATPEMBELAJARAN ILMU QIRAAT

    Antara rujukan yang boleh digunakan bagi tujuan pembelajaran ilmu qiraat menggunakan Bahasa Melayu adalah seperti berikut:

    1. Pengenalan Ilmu Qiraat karangan Ustaz Mohd Rahim Jusoh;

    2. Dinamika Ilmu Qiraat Quraniyyah karangan bersama Ustaz Sabri Mohamad dan Ustaz Mohd Faizulamri Mohd Saad;

    3. Jurnal Darul Quran yang dikeluarkan secara berkala;3. Jurnal Darul Quran yang dikeluarkan secara berkala;

    4. Modul Qiraat daripada Open University Malaysia karangan bersama Ustaz Khairul Anuar Mohamad dan Ustaz Norakyairee Mohd Raus;

    5. Keratan akhbar Utusan Malaysia dalam ruangan Bicara Agama setiap Rabu karangan Ustaz Khairul Anuar Mohamad; dan

    6. Himpunan pembentangan kertas kerja seminar seperti Seminar Wahyu Asas Tamadun 2011 (USIM), Seminar Pendidikan dan Penyelidikan Qiraat (KUIS) dan Seminar Antarabangsa Qiraat dan Qurra (UDM).

  • CABARAN DAN PENYELESAIANNYA DALAM CABARAN DAN PENYELESAIANNYA DALAM

    PEMBELAJARAN ILMU QIRAATPEMBELAJARAN ILMU QIRAAT

    Pembelajaran ilmu qiraat secara formal biasanya menggunakan sistem semester di mana tempoh pembelajaran adalah terhad kepada 14 minggu sahaja.pembelajaran adalah terhad kepada 14 minggu sahaja.

    Berdasarkan kepada kajian yang dilakukan, kebiasaannya para pelajar diperuntukkan masa untuk mempelajari ilmu qiraat dalam tempoh tersebut selama 3 ke 4 jam seminggu.

  • CABARAN DAN PENYELESAIANNYA DALAM CABARAN DAN PENYELESAIANNYA DALAM

    PEMBELAJARAN ILMU QIRAATPEMBELAJARAN ILMU QIRAAT

    Tidak dinafikan bahawa terdapat segelintir pelajar yang kurang berminat dengan ilmu qiraat.

    Ini kerana wujudnya perasaan bahawa ilmu qiraat tidak Ini kerana wujudnya perasaan bahawa ilmu qiraat tidak berkait secara langsung dengan kehidupan seharian seperti bidang feqah dan akidah.

    Namun, perasaan atau persepsi sedemikian adalah salah dan harus diperbetulkan. Ini kerana membaca al-Quran sama ada dalam solat atau di luar solat merupakan perkara yang berkait secara langsung dengan qiraat.

  • KESIMPULANKESIMPULAN

    Perkembangan ilmu qiraat tidak seharusnya terbatas kepada para pelajar di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi sahaja, bahkan ia seharusnya didedahkan kepada setiap lapisan masyarakat agar ilmu yang mulia ini terus dipelihara. terus dipelihara.

    Oleh yang demikian, menjadi harapan bagi setiap pencinta al-Quran agar;

  • HARAPANHARAPAN

    Pengajaran dan pembelajaran ilmu qiraat terus berkembang khususnya di negara ini;

    Lebih ramai lagi yang berminat untuk menceburi bidang qiraat;

    Lebih banyak lagi institusi pengajian tinggi yang turut Lebih banyak lagi institusi pengajian tinggi yang turut menyebarluaskan ilmu ini;

    Setiap pengajar ilmu qiraat mengambil inisiatif untuk mempelbagaikan kaedah atau teknik pengajaran ilmu qiraat agar pembelajaran ilmu qiraat menjadi lebih menarik dan berkesan;

  • HARAPANHARAPAN

    Lebih banyak buku-buku qiraat menggunakan Bahasa Melayu diterbitkan agar rakyat di negara ini dapat mengambil manfaat daripadanya.

    Memperbanyakkan lagi diskusi atau seminar atau kursus bagi mendedahkan keistimewaan dan kelebihan bagi mendedahkan keistimewaan dan kelebihan mempelajari ilmu qiraat.

    Memanjangkan lagi tempoh pembelajaran ilmu qiraat.

    Penggunaan audio, video dan software qiraat sebagai alat bantuan mengajar kepada pengajar dan pelajar amat digalakkan