syarah manzumah al-baiquniyah oleh dr rozaimi ramlee

8
Syarah Manzumah al-Baiquniyah oleh Dr Rozaimi Ramlee (Siri 1) SHARE THIS Lokasi: Masjid Abu Ubaidah al-Jarrah, Jalan 1/26 Taman Sri Rampai, Setapak, Kuala Lumpur Tarikh: 27 Mei 2015 (Nota ini adalah hasil catatan Syihabudin Ahmad. Sekiranya anda mempunyai kekeliruan terhadap nota ini, mohon terus bertanya kepada al-Fadhil Dr. Rozaimi. Kemungkinan pencatat tersilap di dalam menukilkan ilmu. Wallahua`lam.) Ilmu Hadis Pada Zaman Nabi Ilmu hadis ini bermula pada zaman Nabi SAW, baginda menyampaikan hadis kepada setiap orang. Jika mereka tidak mampu hadir, mereka akan mewakilkan orang lain untuk pergi mengambil hadis daripada Rasulullah SAW. Seperti Umar al-Khattab yang menghantar wakilnya untuk berguru dengan Nabi SAW apabila beliau bekerja. Sebahagian mereka menulis hadis-hadis Nabi SAW. Dikatakan bahawa Abu Hurairah mempunyai sahifahnya sendiri. Selepas kewafatan Rasulullah, ilmu hadis semakin berkembang. Ilmu Hadis Selepas Uthman Dibunuh. Ibnu Sirrin (anak murid Abu Hurairah) berkata: م لك ا ا رج ن ل وا م س وا : ل ا ق ة ن ت ف ل ا ت ع ق ما و ل ق اد ن س% الإ( ن ع( ون ل, .سا ي- 1 ي حد ل ل ا ه, ا. ي, ا- وا ن و ك. ي م ل م ه1 ث. ي جد د ج, و. ن لإ ق دع ن ل ل ا ه, ى ا ل% ر اF ظ ن. ي م و ه1 ث. ي جد د ج, و. ي ف ة ن س ل ل ا ه, ى ا ل% ر اF ظ ن. ت قPara ahli hadis tidak pernah bertanya tentang sanad – pada zaman Rasulullah-. Tetapi apabila terjadinya fitnah (pembunuhan Uthman), mereka mula berkata: Nyatakan kepada kami rijal-rijal kamu. Jika ia daripada kalangan ahli sunnah, maka ia diterima. Jika ia daripada ahli bidaah maka tidak diambil hadisnya. Al-Bara’ bin `Azib berkata: Bukan semua di kalangan kami mendengar terus daripada Nabi tetapi manusia di zaman kami tidak berbohong.

Upload: redwanismail

Post on 31-Jan-2016

35 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

any

TRANSCRIPT

Page 1: Syarah Manzumah Al-Baiquniyah Oleh Dr Rozaimi Ramlee

Syarah Manzumah al-Baiquniyah oleh Dr Rozaimi Ramlee (Siri 1)SHARE THIS

Lokasi: Masjid Abu Ubaidah al-Jarrah,  Jalan 1/26 Taman Sri Rampai, Setapak, Kuala LumpurTarikh: 27 Mei 2015

(Nota ini adalah hasil catatan Syihabudin Ahmad. Sekiranya anda mempunyai kekeliruan terhadap nota ini, mohon terus bertanya kepada al-Fadhil Dr. Rozaimi. Kemungkinan pencatat tersilap di dalam menukilkan ilmu. Wallahua`lam.)

Ilmu Hadis Pada Zaman Nabi

Ilmu hadis ini bermula pada zaman Nabi SAW, baginda menyampaikan hadis kepada setiap orang. Jika mereka tidak mampu hadir, mereka akan mewakilkan orang lain untuk pergi mengambil hadis daripada Rasulullah SAW. Seperti Umar al-Khattab yang menghantar wakilnya untuk berguru dengan Nabi SAW apabila beliau bekerja. Sebahagian mereka menulis hadis-hadis Nabi SAW. Dikatakan bahawa Abu Hurairah mempunyai sahifahnya sendiri. Selepas kewafatan Rasulullah, ilmu hadis semakin berkembang.

Ilmu Hadis Selepas Uthman Dibunuh.

Ibnu Sirrin (anak murid Abu Hurairah) berkata:

لم يكونوا - أي أهل الحديث - يسألون عن اإلسناد فلما وقعت الفتنة قالوا : سموا لنا رجالكم فينظر إلى أهل السنة فيؤخذ حديثهم وينظ%%ر إلى أه%%ل

البدع فال يؤخذ حديثهم

Para ahli hadis tidak pernah bertanya tentang sanad – pada zaman Rasulullah-. Tetapi apabila terjadinya fitnah (pembunuhan Uthman), mereka mula berkata: Nyatakan kepada kami rijal-rijal kamu. Jika ia daripada kalangan ahli sunnah, maka ia diterima. Jika ia daripada ahli bidaah maka tidak diambil hadisnya.

Al-Bara’ bin `Azib berkata: Bukan semua di kalangan kami mendengar terus daripada Nabi tetapi manusia di zaman kami tidak berbohong.

Apabila tiba zaman Uthman dibunuh, maka umat Islam menjadi pecah belah. Muncul Syiah yang mereka hadis kemudian menyandarnya kepada Nabi SAW.

Pembukuan Ilmu Hadis

Ketika itu ilmu hadis dan hadis masih belum dibukukan. Kemudian Umar Abdul Aziz mengarahkan untuk dikumpulkan hadis. Lalu muncullah kitab hadis yang ditulis dengan sanad dan riwayat. Semakin lama, orang semakin jahil bab riwayat dan sanad. Lalu para ulama mula menulis kitab-kitab al-Jarh wal Ta`dil.

Page 2: Syarah Manzumah Al-Baiquniyah Oleh Dr Rozaimi Ramlee

Setelah itu, orang tidak faham lagi. Maka ulama menulis undang-undang dalam meriwayat dan menerima hadis. Maka Imam at Tirmizi, Muslim, Abu Daud menulis lembaran-lembaran tentang ilmu hadis. Imam Muslim menyatakan di muqaddimah Sahih Muslim tentang ilmu hadis. Al-Baihaqi menulis al-Madkhal fi Sunan. Abu Daud menulis Risalah ila ahli Mekah (Metodologi dan istilah yang digunakan di dalam Sunan). Imam asy-Syafii menulis ar-Risalah yang menyumbang kepada penulisan awal pada mustolah hadis dan ulumul hadis. Imam asy-Syafii dinamakan nasirus sunnah kerana dia diantara orang yang memulakan penulisan ilmu hadis.

Tetapi semua ulama yang disebutkan menggabungkan ilmu hadis dengan pelbagai ilmu lain seperti Imam asy-Syafii yang menggabungkan ilmu hadis dan usul Fikah.

al-Qodhi Abu Muhammad al-Romahurmuzi (360H) menulis buku al-Muhadis alFasil baina rawi wal wa`ie ( والواعي الراوي بين الفاصل .Inilah buku ulumul hadis yang tertulis secara berasingan (المحدثTetapi ia tidaklah begitu lengkap sehingga Ibnu Hajar menyebutkan: Dia meninggalkan beberapa ruang untuk orang kemudian melengkapkannnya.

Ilmu itu rahim bagi ahli-ahlinya. Ulama mengkritik perkara biasa.

Ibnu Solah: Pelopor Ulumul Hadis

Al-Hakim menulis al-Madkhal ila Sahih dan Ma`rifat Ulumul hadis. Ia juga tidak berapa lengkap. Kemudian Abu Nu`aim, kemudian al-Manji, kemudian khatib al-Baghdadi menulis Kifayah. Tetapi kitab Khatib al-Baghdadi terlalu rumit. Setelah itu datanglah Ibnu Salah pada kurun ke-6 dan menulis sebuah buku al-Muqaddimah fi Ulumul Hadis.

Ibnu Salah ditugaskan mengajar di Madrasah Asyrafiyah di Damsyiq. Dia membaca (mengajar) kemudian anak muridnya menulis. Inilah asal bagi buku al-Muqaddimah. Ia paling lengkap tetapi memerlukan penyusunan bab semula.

Setelah itu, para ulama amat bergantung kepada muqaddimah Ibn Salah. Sama ada dalam bentuk Syair (Al-Fiyah iraqi), ringkasan (At-Taqrib an-Nawawi), Syarah dan Nuqad (Ibnu Hajar). Kerana Ibnu Salah ialah ulama Usul Fiqh. Dia bukan pakar rujuk hadis tetapi dia menonjol pada usul fiqh. Orang Usul Fiqh ini mampu menghasilkan definasi yang jami` dan mani`. Lengkap dan merangkumi. Akhirnya orang mudah faham berkaitan undang-undang riwayat.

Ulumul Hadis bukan untuk orang yang belajar hadis tetapi untk orang yang bukan bidang hadis. Jika orang hadis hanya bergantung kepada mustalah, maka ia tidak memadai.

Siapakah Muhaddis?

كل من اشتغل بالحديث فهو المحدثSetiap orang yang bekerja dengan hadis, maka dia adalah seorang muhaddis.

Ulasan Manzumah al-Baiquniyah

MATAN

@حAم@%د? ?ال بB @%دAأ Aب D  أ E%يا ?%يG          عAلAى  مBصAل Aب مBحAمI%دH خA%ير? ن

A ال س? ر@B أ

Aku memulakan kitabku ini dengan memuji Allah dalam keadaan saya berselawat kepada Nabi Muhammad sebaik-baik Nabi yang diutuskan.

Page 3: Syarah Manzumah Al-Baiquniyah Oleh Dr Rozaimi Ramlee

ULASAN

Para ulama hairan mengapa al-Baiquni tidak memulakan penulisannya dengan Bismillah. Sedangkan hadis menyebutkan:

د، أ�ق�ط�ع� م� يه بال�ح� � ف ، ال� ي�ب�د�أ ر� ذي ب�ال� م�ك�ل� أ�

Setiap perbuatan yang bernilai (baik) yang tidak dimulakan pada =nya dengan puji-pujian kepada Allah, maka ia terpotong (tidak diterima Allah).

(HR Ibnu Majah di dalam Sunan Ibnu Majah, bilangan: 1894)

Kita katakan bahawa hadis di atas adalah dhoif. Kedua, jika ia sahih[1] sekalipun ia tidak menyebutkan bahawa pujian kepada Allah itu tidak diwajibkan pada tulisan. Maka ia bukanlah satu kesalahan.Para ulama juga berbincang, apa beza antara Nabi dan Rasul? Sebahagian ulama berkata, Nabi ialah lelaki yang Allah beri wahyu dan tidak wajib untuk menyampaikan. Tetapi Dr. Rozaimi tidak bersetuju dengan pendapat ini, kerana al-Quran sebut:

ذرين� ن##� رين� و�م� ب�ش##& ه� الن)بي&ين� م� ب�ع�ث� الل##) د�ة- ف� ة- و�اح## م) ك�ان� الن)اس� أ�

يه وا ف ت�ل�ف� ا اخ� يم� ك�م� ب�ي�ن� الن)اس ف ق& لي�ح� م� ال�كت�اب� بال�ح� ع�ه� ل� م� �ن�ز� أ و�213. Manusia itu adalah umat yang satu. (setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para nabi, sebagai pemberi berita baik dan peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab yang benar, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan...

(Surah al-Baqarah: 213)

Ibnu Taimiyah berkata: Nabi diutus kepada kaum beriman. Manakala Rasul diutus kepada kaum kafir. Rasul lebih khusus berbanding Nabi. Inilah pandangan yang dirasakan hampir-hampir tepat.

MATAN

@حAد?يث? ع?دIه ? ال ام Aق@%سA A%ى  وAذ?ي م?ن@ أ Aت B%لN وAاح?دH أ وAكوAحA%دIه

Inilah diantara bahagian-bahagian hadis dan bilangannya, semua cabang-canbang hadis akan datang definasinya.

Bح?يحIا الصAهB وIلA I%صAل@  أ %ذI  وAه@وA مAا ات BشA Aم@ ي AادBهB وAل %ن ?س@ و@  إ

A أQلAعB ي

Yang pertama ialah yang sahih iaitu apa yang sanadnya bersambung dan ia tidak syaz dan berpenyakit.

ULASAN

       الصحيحo      لذاته

Page 4: Syarah Manzumah Al-Baiquniyah Oleh Dr Rozaimi Ramlee

o      لغيره       الحسنo      لذاتهo      لغيره       الضعيفo      الموضوعo      المتروكo      شاذ و المعلول و المنكرo      المعلقo      المرسلo      المنقطع

Apa beza hadis mutawatir dan hadis sahih?

Pembahagian hadis daripada sudut status terbahagi kepada tiga. Tetapi jika dilihat kepada sudut yang lain, seperti sudut bilangan hadis maka akan terbahagi kepada mutawatir dan ahad.

Maksud mutawatir: Bilangan perawi ramai sehingga tidak masuk akal berlaku pembohongan, maka ia sahih. Manakala Hadis Ahad: Bilangannya tidak seramai mutawatir, lalu ia boleh jadi sahih, hasan, dhoif, maudhu`.

Jika dilihat kepada siapa yang bercakap, maka ia dibahagi kepada hadis qudsi (Allah), hadis marfu` (Rasulullah), mauquf (sahabat), maqtu` (tabiin). Ia terbahagi status kepada sahih, hasan, dhoif.

Al-Baiquni menyebutkan: “Sanad bersambung”. Maksudnya: Semua perawi hendaklah bertemu.Apabila sanad terputus sekalipun seorang maka ia terus menjadi dhoif. Kerana kita tidak tahu siapa yang memberitahu.  Selagimana tidak jumpa orang yang menyampaikannya, maka ia tidak sahih.

Asal bagi hadis ialah tidak sahih sehingga ia dibuktikan adalah sahih.

Bagaimana nak cari? Kena kumpulkan riwayat. Cara mengetahui sanad bersambung atau tidak:

1.       Tasrih minal Imam (  اإلمام من Ulama hadis yang ada kemahiran riwayat menyatakan :(التصريحkesahihannya. Contohnya Tarikh Kabir Imam al-Bukhari menyatakan:  هريرة أبو سمع سيرين ابن

a.       Antara yang banyak menyebutkan tentang rijal ialah Imam Ahmad.b.      Antara lain Imam Az-Zahabi di dalam Mizan al-I`tidal.2.       Tasrih minar Rawi ( الراوي من Perawi :(التصريح menyebutkan di dalam riwayatnya. Dengan

syarat perawi itu maqbul (sahih dan hasan). Disyaratkan juga riwayat hadis tersebut mesti sahih.“ Melakukan penilaian seperti melihat pada kalimah : (اإلستنباط)       .3 حدثنا, ”,عن سمعت  dan sebagainya.

Kemudian dilihat pada tarikh lahir dan mati. Kemudian dilihat pada lokasi tempat tinggal.

Dilema Metodologi Sahih al-Bukhari

Page 5: Syarah Manzumah Al-Baiquniyah Oleh Dr Rozaimi Ramlee

Isu 1: Dikatakan bahawa al-Bukhari mempunyai syarat sanad bersambung dan dibuktikan bahawa sememangnya perawi bertemu.

Malangnya yang menyatakan mazhab ini adalah Imam Muslim sahaja dengan tidak dinyatakan nama al-Bukhari di dalam kritikan tersebut, sedangkan Imam al-Bukhari tidak menyebutkannya. Lalu ulama melihat pada perbuatan-perbuatan Imam al-Bukhari di dalam kitabnya. Dikatakan Tarikh Kabir adalah ditulis untuk mensabitkan sama`.

Yang mula mengatakan bahawa al-Bukhari berpandangan begini ialah al-Qadhi `Iyadh. Kajian terkini menyatakan bahawa Imam al-Bukhari menggunakan pandangan yang sama dengan Imam Muslim.

Pandangan Imam Muslim jika seorang perawi yang ada pada zaman yang sama, serta ia tidak dikenali sebagai mudallis, maka dikira sebagai bersambung dengan riwayat `An `anah.

Contoh hadis di dalam al-Bukhari:

Diceritakan kepada kami oleh Hajjaj bin Minhal, diceritakan kepada kami oleh Syu`bah, beliau berkata: diberitakan kepada kami `Alqamah bin Marsad, aku mendengar daripada Sa`ad bin Ubaidah, daripada Abu Abdur Rahman as-Sulami, daripada Usman Radiyallahuanhu, daripada Nabi SAW, baginda berkata:

ه�« آن� و�ع�ل)م� ر� ك�م� م�ن� ت�ع�ل)م� الق� ي�ر� »خ�Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.

(HR al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, bilangan: 5027)

Abu Abdul Rahman tidak dapat dibuktikan bahawa dia benar-benar mengambil hadis daripada Uthman. Tetapi mereka sezaman.

Di dalam riwayat yang lain disebutkan riwayat `Urwah menyampaikan hadis daripada Ummu Salamah. Sedangkan ia tidak dibuktikan secara jelas bahawa mereka pernah bertemu.

Isu 2:   Sebahagian orang menyatakan bahawa Ijmak menyatakan bahawa semua di dalam Sahih al-Bukhari itu adalah sahih. Sedangkan ia tidak ijmak.

Ibnu Solah di dalam Muqaddimah menyatakan bahawa Ijmak menyeutkan majoriti di dalam Sahih al-Bukhari adalah Sahih. Orang yang banyak menkritik Sahih al-Bukhari ialah ad-Daruquthni.

Sekiranya kita jumpa satu riwayat yang tidak dapat dibuktikan bahawa ia bersambung, maka ia terus menjadi dhoif. Lalu carilah riwayat yang lain mana tahu ia dapat menyokong.

Soalan: Bolehkah suatu hadis itu sahih daripada sudut sanad tetapi dhoif daripada sudut matan?

Jawapan. Ya, ia mungkin berlaku. Contoh Hadis menyatakan Nabi menyapu 3 kali kepalanya di dalam wuduk. Ia diriwayatkan oleh al-Hakim. Lalu para ulama hadis menyatakan bahawa berlaku kesilapan di dalam riwayat matan tersebut.

Ibnu Qayyim berkata: Hadis mahu jadi sahih mestilah sanadnya sahih tetapi ia bukanlah syarat matan menjadi sahih. Jika matan tidak sahih, maka ia jadi syaz.

Wallahua`lam.

Page 6: Syarah Manzumah Al-Baiquniyah Oleh Dr Rozaimi Ramlee

Bersambung…..

[1] Imam an-Nawawi dan Ibnu Hajar menyatakan ia Hasan, manakala Ibnu Daqiq al-~abd dan Ibnu

Mulqin menyatakan ia sahih. Syeikh Bin Baaz menyatakan “Hadis ini datang dengan dua jalan atau

lebih daripada Ibnu Hibban dan ulama hadis yang lain. Sebahagian ahli ilmu mendhoifkan hadis ini.

Tetapi yang lebih dekat, ia adalah hasan ligairih.”- Rujuk: Majmu` Fatawa Ben Baaz.http://www.bicararasul.com/2015/06/syarah-manzumah-al-baiquniyah-oleh-dr.html?m=1