syair pemberontakan patani

5
SYAIR PEMBERONTAKAN PATANI ADIBAH HUDA DULLAH NUR SYUHADA A. ZAILANI RAIMI SAIT

Upload: adibah-huda

Post on 15-Jun-2015

848 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

komponen sastera tingkatan 5

TRANSCRIPT

Page 1: Syair pemberontakan patani

SYAIR PEMBERONTAKAN

PATANI

ADIBAH HUDA DULLAH

NUR SYUHADA A. ZAILANI

RAIMI SAIT

Page 2: Syair pemberontakan patani

Maksud Rangkap 1: laksamana telah diminta oleh bentara ke negeri Patani

untuk mengambil cogan ( iaitu tombak kerajaan yang berhiaskan emas pada mata dan batangnya ) kepunyaan raja Senggora. Cogan itu akan digunakan untuk mengadili manusia

Rangkap 2: tanpa cogan tersebut sesiapa yang bersalah tidak boleh dihukum. Mana-mana pesalah pula terpaksa dilepaskan begitu.

Rangkap 3: laksamana mentaati arahan bentara. Laksamana bimbang jika dia enggan berbuat demikian keselamatan nageri akan terancam.

Rangkap 4: laksamana terpaksa meninggalkan ibu saudaranya yang semakin tenat walaupun hatinya berat untuk berbuat demikian.

Rangkap 5: laksamana lebih mementingkan negeri kerana bimbang berlakunya malapetaka jika tidak melakukan seperti apa yang disuruh. Beliau terpaksa melupakan perasaan bimbang dan sedih kerana mengingatkan keadaan ibu saudaranya itu.

Rangkap 6: laksamana bertekad untuk melaksanakan perintah Sang Nata dan menyerahkan segalanya kepada Allah.

Rangkap 7: niat baik laksamana dapat dilihat apabila beliau bersusah-payah demi menunaikan perintah raja demi memelihara keamanan negeri.

Rangkap 8: laksamana memulakan perjalanan dengan hati yang sedih. Tidak sedikit pun dia melupakan ibu saudaranya yang sedang sakit. Oleh sebab keadaan ibu saudaranya yang tenat, Laksamana yakin bahawa dia tidak akan bertemu lagi dengan ibu saudaranya itu.

Rangkap 9: dengan keadaan yang susah hati, Laksamana meneruskan perjalanan. Baginya dia bertanggungjawab memelihara negeri kerana ibu saudaranya hanya sakit seorang sedangkan bala yang akan datang melibatkan sebuah negeri.

Rangkap 10: tidak pernah laksamana mempertikaikan titah Seri Bentara. Tanpa melengah-lengahkan masa Laksamana meneruskan perjalanan untuk mendapatkan cogan Raja Senggora.

Page 3: Syair pemberontakan patani

Tema

Semangat patriotik seorang tokoh sejarah yang lebih mengutamakan kepentingan negara daripada kepentingan sendiri

Persoalan

-patuh kepada perintah raja-kasih sayang seorang anak kepada ibu saudara-cinta akan tanah air-tidak mementingkan diri sendiri

Page 4: Syair pemberontakan patani

Bentuk Terdiri daripada sepuluh rangkap

empat baris dalam setiap rangkap

jumlah perkataan dalam satu baris: 3 hingga 5 patah perkataan

jumlah suku kata dalam satu baris: 9 hingga 13 suku kata

pola rima akhir : a-a-a-a

Gaya bahasa & unsur bunyi

Gaya bahasa Contoh

Diksi Dura ( risau ), pegari ( dapat dilihat )

Anafora Daripada kerja terlalu berat, daripada sudah demikian peri

Bahasa istana Titah, daulat, baginda

Asonansi Berjalanlah pergi bersegera-segera ( pengulangan vokal e )

Aliterasi Daulat baginda barang berdiri ( pengulangan konsonan b )

Page 5: Syair pemberontakan patani

Nilai Kepatuhan

Kasih sayang

Tidak mementingkan diri

Bertanggungjawab

Pengajaran

kita haruslah tabah menghadapi dugaan dan cabaran hidup

kita perlu berdoa kepada Tuhan setiap masa

kita mesti sanggup berkorban demi negara tercinta

kita harus menjalankan tanggungjawab sebagai seorang rakyat

kita hendaklah patuh kepada arahan ketua