surat sumbangan.2013

4
Ruj. Kami : CEA 8021.700-4/1/24 ( ) Tarikh : 15hb OKTOBER 2013 Kepada : Encik Jafni bin Ahmad, YDP Persatuan Ibu Bapa dan guru, SMK Perantau Damai, 26700 Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur. Tuan, MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM Dengan segala hormatnya perkara yang tersebut di atas adalah dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa Unit Kokurikulum SMK Perantau Damai akan menganjurkan perkhemahan bersepadu unit beruniform di luar daerah Rompin. Butiran perkhemahan adalah seperti berikut : Tarikh : 25 - 27hb Oktober 2013 Hari : Jumaat hingga Ahad Masa : 3.00 petang ( Bertolak dari SMK Perantau Damai ) Tempat : Tapak Perkhemahan Sri Damai, 25200 Kuantan Perbelanjaan seorang : Rm60 (Bas, Makanan, Penginapan, Permit Masuk, Permit Aktiviti, Bayaran Pakej Perkhemahan. ) 3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin meminta sedikit sumbangan ikhlas daripada pihak Tuan untuk tujuan menampung kos perbelanjaan program perkhemahan ini. Segala sumbangan bolehlah disalurkan ke atas nama Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Perantau Damai. Bersama-sama ini disertakan Kertas Kerja Program Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform untuk makluman dan rujukan pihak tuan. 4. Diharapkan dengan adanya sedikit sumbangan dari pihak tuan, program ini dapat berjalan dengan lancar. Segala kerjasama dan keprihatinan yang diberikan oleh pihak Tuan amat kami hargai. Sekian dimaklumkan, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Saya yang menurut perintah, ……………………………………… ( KAMARULZAMAN BIN YAMAN ) GPK KOKURIKULUM b/p Pengetua SMK Perantau Damai, 26700 Muadzam Shah Pahang. s.K : Fail Kokurikulum SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PERANTAU DAMAI 26700 MUADZAM SHAH PAHANG DARUL MAKMUR TEL/FAKS: 09-4431295

Upload: noorhasnizam-azmi

Post on 05-Jul-2015

2.891 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Ruj. Kami : CEA 8021.700-4/1/24 ( )Tarikh : 15hb OKTOBER 2013

Kepada :

Encik Jafni bin Ahmad,YDP Persatuan Ibu Bapa dan guru,SMK Perantau Damai,26700 Muadzam Shah,Pahang Darul Makmur.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM

Dengan segala hormatnya perkara yang tersebut di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Unit Kokurikulum SMK Perantau Damai akan menganjurkan perkhemahan bersepadu unit beruniform di luar daerah Rompin. Butiran perkhemahan adalah seperti berikut :

Tarikh : 25 - 27hb Oktober 2013Hari : Jumaat hingga AhadMasa : 3.00 petang ( Bertolak dari SMK Perantau Damai )Tempat : Tapak Perkhemahan Sri Damai, 25200 KuantanPerbelanjaan seorang : Rm60 (Bas, Makanan, Penginapan, Permit Masuk, Permit Aktiviti, Bayaran Pakej Perkhemahan. )

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin meminta sedikit sumbangan ikhlas daripada pihak Tuan untuk tujuan menampung kos perbelanjaan program perkhemahan ini. Segala sumbangan bolehlah disalurkan ke atas nama Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Perantau Damai. Bersama-sama ini disertakan Kertas Kerja Program Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform untuk makluman dan rujukan pihak tuan.

4. Diharapkan dengan adanya sedikit sumbangan dari pihak tuan, program ini dapat berjalan dengan lancar. Segala kerjasama dan keprihatinan yang diberikan oleh pihak Tuan amat kami hargai.Sekian dimaklumkan, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

………………………………………( KAMARULZAMAN BIN YAMAN )GPK KOKURIKULUMb/p PengetuaSMK Perantau Damai,26700 Muadzam ShahPahang.

s.K : Fail Kokurikulum

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PERANTAU DAMAI26700 MUADZAM SHAHPAHANG DARUL MAKMUR

TEL/FAKS: 09-4431295

Ruj. Kami : CEA 8021.700-4/1/24 ( )Tarikh : 15hb OKTOBER 2013

Kepada :

KOPERASI SMK PERANTAU DAMAI BERHAD,SMK Perantau Damai,26700 Muadzam Shah,Pahang Darul Makmur.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM

Dengan segala hormatnya perkara yang tersebut di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Unit Kokurikulum SMK Perantau Damai akan menganjurkan perkhemahan bersepadu unit beruniform di luar daerah Rompin. Butiran perkhemahan adalah seperti berikut :

Tarikh : 25 - 27hb Oktober 2013Hari : Jumaat hingga AhadMasa : 3.00 petang ( Bertolak dari SMK Perantau Damai )Tempat : Tapak Perkhemahan Sri Damai, 25200 KuantanPerbelanjaan seorang : Rm60 (Bas, Makanan, Penginapan, Permit Masuk, Permit Aktiviti, Bayaran Pakej Perkhemahan. )

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin meminta sedikit sumbangan ikhlas daripada pihak Tuan untuk tujuan menampung kos perbelanjaan program perkhemahan ini. Segala sumbangan bolehlah disalurkan ke atas nama Koperasi SMK Perantau Damai Berhad. Bersama-sama ini disertakan Kertas Kerja Program Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform untuk makluman dan rujukan pihak tuan.

4. Diharapkan dengan adanya sedikit sumbangan dari pihak tuan, program ini dapat berjalan dengan lancar. Segala kerjasama dan keprihatinan yang diberikan oleh pihak Tuan amat kami hargai.Sekian dimaklumkan, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

………………………………………( KAMARULZAMAN BIN YAMAN )GPK KOKURIKULUMb/p PengetuaSMK Perantau Damai,26700 Muadzam ShahPahang.

s.K : Fail Kokurikulum

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PERANTAU DAMAI26700 MUADZAM SHAHPAHANG DARUL MAKMUR

TEL/FAKS: 09-4431295

Ruj. Kami : CEA 8021.700-4/1/24 ( )Tarikh : 15hb OKTOBER 2013

Penyelaras Unit BeruniformSMK Perantau Damai,26700 Muadzam Shah,Pahang.

Tuan,

Kebenaran Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform di Kem Sri Damai, Kuantan.

Dengan segala hormatnya perkara yang tersebut di atas adalah dirujuk.

Dimaklumkan bahawa permohonan tuan/puan untuk mengadakan Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform di Kem Sri Damai pada 25 hingga 27hb Oktober 2013 dengan membawa 14 orang guru dan 160 orang peserta DILULUSKAN.

2. Sehubungan dengan itu, tuan/puan diminta untuk menyediakan dokumen yang diperlukan untuk dilanjutkan kepada pihak PPD atau JPN dengan segera.

3. Tuan/puan hendaklah mematuhi segala panduan dan peraturan yang telah ditetapkan melalui pekeliling-pekeliling ikhtisas.

4. Semoga program perkhemahan ini dapat meningkatkan pengetahuan dan pengalaman peserta-peserta perkhemahan ini.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "

Saya yang menurut perintah,

………………………………………KAMARULZAMAN BIN YAMANGPK KOKURIKULUMb/p pengetuaSMK PERANTAU DAMAI26700 Muadzam ShahPahang

s.K : Fail Kokurikulum

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PERANTAU DAMAI26700 MUADZAM SHAHPAHANG DARUL MAKMUR

TEL/FAKS: 09-4431295

Ruj. Kami : CEA 8021.700-4/1/24 ( )Tarikh : 15hb OKTOBER 2013

Penyelaras Unit Beruniform,SMK Perantau Damai,26700 Muadzam Shah,Pahang.

Kepada,ENCIK KAMARULZAMAN BIN YAMAN,GPK KOKURIKULUM,b/p Pengetua,SMK Perantau Damai,26700 Muadzam Shah,Pahang.

Kebenaran Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform di Kem Sri Damai, Kuantan.

Dengan segala hormatnya perkara yang tersebut di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Unit Kokurikulum SMK Perantau Damai ingin mengadakan Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform di Kem Sri Damai seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 25 - 27hb Oktober 2013 ( Jumaat hingga Ahad )Masa : 3.00 petang ( Bertolak dari SMK Perantau Damai )Tempat : Tapak Perkhemahan Sri Damai, 25200 KuantanPerbelanjaan seorang : Rm60 (Bas, Makanan, Penginapan, Permit Masuk, Permit Aktiviti, Bayaran Pakej Perkhemahan. )

3. Pihak Unit Kokurikulum telahpun mendapat maklumbalas yang positif daripada peserta perkhemahan untuk penyertaan perkhemahan yang akan diadakan nanti.

4. Kerjasama yang diberikan oleh pihak Tuan amat kami hargai.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "

Saya yang menurut perintah,

………………………………………ENCIK YUZAMRI BIN MOHD YUSOFFPENYELARAS UNIT BERUNIFORMSMK PERANTAU DAMAI26700 Muadzam ShahPahang

s.K : Fail Kokurikulum

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PERANTAU DAMAI26700 MUADZAM SHAHPAHANG DARUL MAKMUR

TEL/FAKS: 09-4431295