surat sumbangan ragbi

Upload: azlan-amy

Post on 14-Jan-2016

233 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Surat Sumbangan

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN RAUB INDAH27600 RAUBPAHANG DARUL MAKMUR

No Telefon: 09-355 0675: 09-355 0676No Faks: 09-355 0678Emel: [email protected]

Tarikh : 10 Februari 2015Kepada,

Yang Dipertua,Persatuan Ibu Bapa dan Guru,SK. Raub Indah,27600 Raub,Pahang.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN MEMBIAYAI PERBELANJAAN MURID MENYERTAI KEJOHANAN RAGBI SENTUH MSS PAHANG 2015

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.Sukacita dimaklumkan bahawa 3 orang pelajar SK Raub Indah telah terpilih untuk menyertai kejohanan tersebut pada ketetapan berikut:

Tarikh: 13 hingga 17 Februari 2015Tempat: Daerah Jerantut,Pahang D.Makmur

3.Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memohon jasa baik pihak tuan agar dapat menghulurkan sumbangan bagi menyertai kejohanan tersebut bagi menampung kos pengangkutan dan perbelanjaan murid sebanyak RM 300.00 (RINGGIT MALAYSIA: TIGA RATUS SAHAJA).4.Bersama ini dilampirkan surat makluman untuk tindakan pihak tuan.

6.Kerjasama daripada pihak tuan terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

...............................................