folio ragbi

21
Folio RAGBI MRSM KEPALA BATAS Nama : Khairul Azwari Bin Adnan Kelas : 501 No. Maktab : 12354 Homeroom : Diamond 5

Upload: khairul-azwari

Post on 09-Aug-2015

3.598 views

Category:

Documents


143 download

DESCRIPTION

folio ragbi pj tingkatan 5

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Ragbi

FolioRAGBI

MRSM KEPALA BATAS

Nama : Khairul Azwari Bin AdnanKelas : 501No. Maktab : 12354Homeroom : Diamond 5

Page 2: Folio Ragbi

[FOLIO RAGBI] Tingkatan 5

Sejarah ragbi

Ketika perlawanan bola sepak peringkat sekolah di England tahun 1823, William Webb Ellis mengambil bola dengan tangannya dan membawanya lari. Sejak itu, bermulanya perlawanan ragbi.sukan ini dicipta berdasarkan sejarah yang berlaku secara spontan.Kemudian Universiti Cambrigde telah mengubahsuai permainan ini, mempopularkan dan membuat peraturan rasmi ragbi. Ragbi mula popular tahun 1871 di sekolah-sekolah di England. Kemudian Kelab Ragbi mengumumkan peraturan rasmi permainan ragbi di London sepuluh tahun kemudian.

Tahun 1895 Liga Ragbi (The Rugby League) telah ditubuhkan dengan 13 permainan bersama dengan peraturan yang lebih profesional. Ragbi mula berkembang ke seluruh dunia dan perlawanan antara negara diadakan.Pelbagai perubahan telah diadakan. Tahun 1880 scrum telah diubahsuai scrum bermaksud perbuatan atau kaedah memulakan semula permainan selepas suatu pelanggaran apabila kedua-dua lawan pek kumpulan ke hadapan bersama-sama dengan kepala ke bawah dan saling dan tekan untuk mendapatkan tanah manakala scrumhalf melemparkan bola dan pemain tengah (hooker)cuba untuk rebut bola untuk pasukan mereka sendiri.pemain biasanya dipanggil oleh pengadil (set banyak orang) tetapi boleh dibentuk secara spontan (longgar banyak orang.Pada tahun 1905 perlawanan antara Sarthmore dengan Pennsylvania telah mencetuskan pergaduhan. Presiden Amerika Syarikat Theodore Roosevelt telah mengubah peraturan bagi mengurangkan keganasan dalam permainan ragbi. 1906 akibat daripada perubahan pada permainan ragbi, muncullah American Football di Amerika Syarikat.

Permainan ragbi semakin melakar nama terutama di Great Britain, New Zealand, Australia dan Afrika Selatan. Bilangan kelab bertambah dari 80 kepada 1000 kelab antara tahun 1964 hingga 1980. 1975 dibentuk Kelab Bola Sepak Ragbi di Amerika Syarikat(The United States of

Page 3: Folio Ragbi

[FOLIO RAGBI] Tingkatan 5

America Rugby Football Union (USARFU). Kini permainan ragbi berkembang sehingga ke 80 buah negara di seluruh dunia.

Ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ia di lihat melalui mata kasar namun jika betul cara bermain pemain tidak akan tercedera. Sebaliknya, ragbi adalah salah satu sukan yang membentuk keperibadian seseorang malah memerlukan disiplin yang tinggi. Ragbi juga dianggap sebagai sukan atau permainan yang dianggap lelaki sejati bagi sesetengah pihak. Semasa perlawanan, seseorang yang menjadi pemain ragbi akan menganggap pasukan lawan mereka sebagai musuh ketat yang perlu di kasari tetapi setelah perlawanan berakhir, kedua-dua pasukan ini adalah sahabat yang baik.

Page 4: Folio Ragbi

[FOLIO RAGBI] Tingkatan 5

Permulaan

Bagaimana permainan ragbi ini bermula? Ia bermula pada tahun 1823 di England, pada waktu itu William Webb Ellis sedang bermain bola sepak di sekolah Rugby. Dia secara tidak sengaja telah mengambil dan membawa lari bola tersebut. Maka tercetuslah suatu permainan baru. Selepas itu Universiti Cambridge pula telah melakukan aktiviti tersebut, melalui universiti ini ragbi telah diperkembangkan sehingga ia menarik minat ramai orang. Universiti Cambridge juga telah membuat beberapa peraturan untuk permainan ragbi ini.

Setelah itu ragbi mula berkembang di seluruh dunia dan disertai oleh banyak negara. Pada mulanya sistem permainan tidak teratur disebabkan undang-undang permainan selalu berubah. Selain itu cara permainannya yang agak lasak menyebabkan ramai yang takut untuk mengikutinya Ini boleh dilihat sewaktu pergelutan berlaku apabila kedua-dua pasukan cuba merebut bola. Tetapi semenjak aktiviti ini diperbaharui dari segi permainannya, ramai orang mula menyertainya. Ia tidak seganas dahulu.

Permainan ini mudah dan tidak perlu mengeluarkan banyak kos perbelanjaan. Apa yang penting dalam permainan ragbi ini ialah ; bolanya tidak boleh dibaling ke hadapan. Sebaliknya, ia harus dilontar ke belakang. Selain itu, permainan ini membenarkan pemain menarik pemain dan boleh juga menjatuhkan pemain tetapi tidak dibenarkan sama sekali menyepak pemain!!!

Page 5: Folio Ragbi

[FOLIO RAGBI] Tingkatan 5

Pemain

Untuk bermain ragbi, setiap pasukan perlu mempunyai seramai 15 orang pemain. Tetapi untuk masa sekarang, permainan ragbi 7 dan 10 sebelah semakin meningkat popular. Terdapat dua kumpulan pemain. Kumpulan pertama dipanggil "forwards" yang terdiri daripada lapan pemain. Kumpulan kedua pula dipanggil "queus" yang terdiri daripada tujuh orang pemain.

Page 6: Folio Ragbi

[FOLIO RAGBI] Tingkatan 5

Pengenalan

Pasukan ragbi mempunyai seramai 15 orang pemain. Pemain akan mencuba mendapatkan bola bentuk bujur dan cuba melepasi garisan gol lawan yang dipanggil "the try-line". Jika anda berjaya membawa bola melepasi garisan gol lawan dan menyentuh bola ditanah, anda berjaya mencuba dan memungut 5 mata. Selepas pasukan berjaya mencuba, anda diberi pula "conversion". Seorang pemain yang diberi gelaran "fly half" adalah mahir menendang dalam pasukan itu dan akan menendang bola dan melepasi palang gol.

Page 7: Folio Ragbi

[FOLIO RAGBI] Tingkatan 5

Kemahiran Asas - Menghantar Bola

Menghantar bola ialah cara menyampaikan bola kepada rakan yang berada pada kedudukan yang lebih baik untuk menggerakkan bola terutama membuat serangan. Pemain ragbi menghantar bola menggunakan tangan sama ada dua belah atau pun sebelah. Penerima juga akan menerima bola menggunakan tangan. Terdapat tiga jenis hantaran dalam sukan ragbi, iaitu seperti berikut :-

1. Hantaran Pendek Searas :

Hantaran ini dilakukan oleh pemain kepada rakannya yang berada pada posisi yang dekat atau dalam kedudukan yang baik untuk menerima bola. Searas bermaksud pada ketinggian yang sama antara penghantar dan penerima bola, biasanya antara lutut dan pinggang. Hantaran ini boleh dilakukan sama ada dalam kedudukan berdiri ataupun berlari. Yang penting ialah antara penghantar dan penerima harus ada persefahaman.

Page 8: Folio Ragbi

[FOLIO RAGBI] Tingkatan 5

2. Hantaran Scrum-half :

Hantaran ini dilakukan apabila bola berada di atas tanah, sama ada daripada scrum, ruck, atau maul atau line-out. Hantaran ini biasanya dilakukan oleh scrum-half yang sememangnya ditugaskan untuk membuat hantaran ini menjadikan fly-half dan stand-off sebagai sasaran penerima. Hantaran ini dilakukan dengan pantas, dengan menghantar ke aras pinggang atau lutut penerima. Pemain lain juga harus dapat melakukan hantaran cara ini.

Page 9: Folio Ragbi

[FOLIO RAGBI] Tingkatan 5

3.Hantaran Scrum-half ( Terbang ):

Hantaran ini juga dilakukan dengan pantas biasanya untuk bola di atas tanah. Hantaran ini digunakan untuk menghantar bola pada jarak yang agak jauh tetapi terpaksa dilakukan dengan pantas. Penghantar akan membuat hantaran sambil menerbangkan badannya. Setiap pemain harus dapat membuat hantaran cara ini walaupun hantaran ini sering dilakukan oleh scrum-half.

4. Hantaran Spin

Page 10: Folio Ragbi

[FOLIO RAGBI] Tingkatan 5

Menerima atau Menangkap Bola

Menerima bola merupakan kemahiran penting dalam permainan ragbi. Setiap pemain harus dapat melakukan kemahiran ini dalam pelbagai situasi atau keadaan. Tangkapan yang baik akan melicinkan pergerakan dan memudahkan strategi dijalankan. Walaupun menangkap dan menerima bola sering di gabungkan sebagai satu kemahiran, tetapi sebenarnya adalah berbeza.

1. Tangkapan Daripada Hantaran Rakan :

Penerima dan penghantar hendaklah dapat membaca perlakuan atau tindakan rakan. Penerima hendaklah menumpukan perhatian kepada penghantar di samping menempatkan diri pada kedudukan yang bebas daripada lawan. Dia harus menghulurkan tangannya untuk menangkap dan bukan sekadar menanti bola datang kepadanya. Antara kedua-dua pemain hendaklah pada jarak yang sesuai.

Page 11: Folio Ragbi

[FOLIO RAGBI] Tingkatan 5

2.Tangkapan Bola Tinggi Tendangan Lawan :

Pemain harus dapat menguasai kemahiran ini kerana dalam permainan ini, pemain lawan sering melakukan tendangan tinggi, sama ada ketika menyerang atau bertahan. Untuk menangkap bola tinggi, pemain hendaklah meletakkan salah satu kakinya ke hadapan, dan badan pada kedudukan mengiring. Kedua-dua tangan hendaklah dipanjangkan. Bola hendaklah dibawa ke dada sebaik sahaja berjaya ditangkap.

Page 12: Folio Ragbi

[FOLIO RAGBI] Tingkatan 5

3. Tangkapan bola rendah :

Bola rendah biasanya dari lutut ke bawah sama ada daripada hantaran rakan dan lawan. Pemain hendaklah meletakkan salah satu kakinya ke hadapan dan membengkokkan lutut. Pemain menangkap bola daripada kedudukan tangan yang dikeluarkan ke arah bola. Sebaik ditangkap bola harus dirapatkan pada badan atau dada untuk pergerakan selanjutnya.

4. Tangkapan Bola Di atas Tanah :

Bola yang diletakkan di atas tanah boleh di ambil sama ada dalam kedudukan berhenti atau berlari. Caranya ialah dengan mencedok bola dengan tangan yang hampir dengannya kepada tangan yang lagi satu yang terletak di hadapan bola. Pemain boleh memilih tangan kiri atau kanan untuk mencedok atau menampan bola.

Page 13: Folio Ragbi

[FOLIO RAGBI] Tingkatan 5

Berlari

Berlari dalam permainan ragbi bermaksud pemain berlari sambil membawa bola. Keupayaan melakukan pecutan merupakan kelebihan kepada seseorang pemain ragbi. Selain daripada berlari lurus,pemain diharapkan dapat berlari dalam pelbagai hala (zig-zag) untuk melakukan serangan dan dapat mengelakkan diri daripada dijatuhkan lawan.

Berlari Membawa Bola Dalam Dua Tangan :

Dengan memegang bola pada kedua-dua belah tangan, pemain mempunyai tiga pilihan apabila dihalang atau cuba dijatuhkan lawan,iaitu terus berlari,membuat hantaran pantas dan menendang bola itu. Yang penting dia dappat berlari dan memperoleh kelebihan kawasan sebelum dia dihalang atau di jatuhkan lawan jika dia tidak dapat melakukan tiga pilihan tadi. Pemain hendaklah memegang bola pada bahagian tepi nya dengan jari diregangkan. Pemain juga hendaklah tentukan arah larian yang akan ditujunya.

Page 14: Folio Ragbi

[FOLIO RAGBI] Tingkatan 5

Kemahiran Tendangan

Kemahiran menendang dalam permainan ragbi adalah penting bagi semua pemain. Tendangan yang dilakukan hendaklah mempunyai matlamat atau tujuannya.

Antara tujuan melakukan tendangan ialah:

Untuk memperoleh kelebihan kawasan permainan Untuk menyelamatkan bola, ketika diasak pasukan lawan. Untuk memberi peluang dan masa rakan sepasukan

mengejarnya dan seterusnya mendapatkan bola semasa melakukan serangan.

Untuk mendapatkan mata sama ada menerusi tendangan penalty ataupun conversion atau dropped goal, serta memulakan permainan.

Terdapat beberapa jenis tendangan seperti berikut:

Tendangan lepas (Punting):

Dilakukan untu mendapatkan kelebihan kawasan dan memberi masa kepada rakan mengejar bola semasa serangan. Cara melakukan tendangan ini ialah dengan memegang bola pada kedua-dua tangan. Apabila pemain bersedia untu membuat tendangan dia akan melepaskan bola dan pada masa yang sama menendang ke arah yang di tuju.

Tendangan lantun (dropped kick):

Dilakukan dengan cara pemain melepaskan bola menegak ke tanah, lalu menendangnya sebaik sahaja melantun dari tanah. Tendangan ini

Page 15: Folio Ragbi

[FOLIO RAGBI] Tingkatan 5

harus dilakukan dengan pantas kerana kemungkinan lantunan itu tidak menepati arah yang dikehendaki. Tendangan ini digunakan terutamanya untuk mendapatkan mata, memulakan permainan selepas conversion yang gagal dan untuk mengeluarkan bola dari kawasan permainan.

Keselamatan

Di dalam permainan ragbi ini, keselamatan adalah antara ciri-ciri penting yang perlu dititikberatkan selain peraturan dan teknik permainan. Sebelum memulakan permainan, seeloknya peraturan permainan Ragbi perlulah dipelajari untuk mengelakkan penggunaan teknik-teknik yang salah semasa bermain di atas padang. Terdapat juga pelindung badan yang boleh dipakai semasa bermain Ragbi. Antaranya seperti headgear untuk melindungi kepala, pelindung bahu dan dada, pelindung siku dan lutut dan pelindung gigi.

Selain itu, teknik yang betul semasa bermain juga penting untuk mengelakkan kecederaan parah. Semasa mencapai pihak lawan, bagaimana capaian di buat, kawasan mana capaian dilakukan, semua itu adalah penting untuk mengelakkan mana-mana pihak daripada tercedera. Pendidikan awal untuk sukan ini adalah sangat penting, kerana ramai yang salah anggap dengan permainan ini, dan hanya bermain dengan membuta tuli dan seterusnya telah menyebabkan kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kecederaan serius patah bahu atau tangan.

Page 16: Folio Ragbi

[FOLIO RAGBI] Tingkatan 5

Pakaian

Pakaian yang biasa digunakan adalah Jersi tahan lasak yang diperbuat daripada bahan yang kuat. Antara pengeluar Jersi yang terkenal adalah seperti Adidas,Nike,Canterburry,Hasbro dan banyak lagi. Tetapi kini, terdapat jenama lain seperti Gilbert,Kooga,Puma.Selain itu, pemain ragbi akan memakai kasut yang mempunyai stad di tapak seperti kasut bola.Terbahagi kepada 2 jenis iaitu 6 stad untuk bahagian forward dan 8 stad untuk backline. Ini adalah dengan tujuan untuk bermain di atas padang berumput supaya tidak tergelincir atau sebagainya. Dilengkapi dengan stoking, pemain ragbi juga kebiasaannya memakai seluar pendek atau panjang daripada bahan yang tahan lasak juga.Ragbi juga terkenal dengan body armor atau body tight sejenis baju nipis yang ketat dipakai sebelum menyarung jersey.Tujuannya ialah untuk mngelakkan dari kulit badan calar akibat jatuh atau terseret di atas padang