surat rasmi upm

3
“1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” Ruj : IPGKTB/ (PJK)/01/ Jld. ( ) Tarikh : 30 Januari 2012 Encik Abdullah bin Arshad, Ketua Bahagian Pemasaran dan Komunikasi, Pejabat Pemasaran dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia 43400 Serdang, Selangor. Tuan, Lawatan Ilmiah ke Pusat Sukan Universiti Putra Malaysia Perkara di atas dirujuk. 2. Sehubungan itu, saya mewakili guru pelatih semester 5 opsyen Pendidikan Jasmani 1, Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun ingin memohon untuk mengadakan lawatan ilmiah ke Pusat Sukan di tempat Tuan. 3. Lawatan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kami, para guru pelatih major Pendidikan Jasmani, dalam bidang pengurusan dan pentadbiran sukan. Dengan lawatan ini kami dapat memperoleh serba sedikit tentang ilmu dalam pengurusan dan pentadbiran organisasi sukan untuk kami aplikasikan di sekolah kelak. Bersama-sama ini disertakan tentatif program 3. Cadangan tarikh bagi kursus tersebut adalah seperti berikut : Tarikh : 20 Februari 2012 (Isnin) Tempat : Pusat Sukan, Universiti Putra Malaysia. Jumlah Perserta : 18 orang.Guru Pelatih Major Pendidikan Jasmani

Upload: muhammad-nazrin

Post on 05-Sep-2015

269 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

dada

TRANSCRIPT

1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Ruj : IPGKTB/ (PJK)/01/ Jld. ( )

Tarikh : 30 Januari 2012

Encik Abdullah bin Arshad,

Ketua Bahagian Pemasaran dan Komunikasi,

Pejabat Pemasaran dan Komunikasi,Universiti Putra Malaysia43400 Serdang, Selangor.

Tuan,

Lawatan Ilmiah ke Pusat Sukan Universiti Putra Malaysia

Perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan itu, saya mewakili guru pelatih semester 5 opsyen Pendidikan Jasmani 1, Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun ingin memohon untuk mengadakan lawatan ilmiah ke Pusat Sukan di tempat Tuan.

3. Lawatan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kami, para guru pelatih major Pendidikan Jasmani, dalam bidang pengurusan dan pentadbiran sukan. Dengan lawatan ini kami dapat memperoleh serba sedikit tentang ilmu dalam pengurusan dan pentadbiran organisasi sukan untuk kami aplikasikan di sekolah kelak.

Bersama-sama ini disertakan tentatif program

3. Cadangan tarikh bagi kursus tersebut adalah seperti berikut :

Tarikh : 20 Februari 2012 (Isnin)

Tempat : Pusat Sukan, Universiti Putra Malaysia.

Jumlah Perserta : 18 orang.Guru Pelatih Major Pendidikan Jasmani

: Seorang pensyarah.

4. Besarlah harapan saya agar permohonan ini mendapat kelulusan dan pertimbangan daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

( TUMERAH BINTI ROSMIN )

Pengarah,

IPG Kampus Tuanku Bainun,

14000 Bukit Mertajam,

Pulau Pinang.

s.k : Fail berkenaan

Lampiran

TENTATIF PROGRAM

20 FEBRUARY 2012 (ISNIN)

8.00 Pagi:Taklimat / Penerangan dari Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani

dan Sukan UPM

9.00 Pagi:Melawat ke Makmal Sains S ukan dan gymnasium UPM

10.30 Ptg:Lawatan ke Pusat Sumber P&P Sains Sukan UPM

2.00 Petang: Bersurai

Perubahan jadual bergantung juga kepada keperluan di Jabatan tuan.