surat rasmi

2
“1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” Ruj Kami : IPGKTB/PJK/01/Jld.11 ( ) Tarikh : 17 Februari 2014 Pengarah, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Jalan Sultan Azlan Shah, 11700 Batu Uban, Pulau Pinang. Tuan, MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN LAWATAN ILMIAH BAGI MELENGKAPKAN KERPERLUAN KURSUS PJM3112 Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Lawatan Ilmiah Pendidikan Jasmani merupakan salah satu perincian kursus PJM3112 ( Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan ) bagi guru-guru pelatih semester 5 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Lawatan ini dilaksanakan di agensi sukan untuk mengenali : i. Perlembagaan Organisasi MSN PP ii. Pentadbiran Organisasi MSN PP iii. Pengendalian Mesyuarat MSN PP iv. Belanjawan dan Pengurusan Kewangan MSN PP 3. Oleh itu kami memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk mengadakan Lawatan Ilmiah PJM3112 di tempat tuan seperti ketetapan berikut : Tarikh : 06 MAC 2014 Khamis) Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang Bil Peserta : 49 orang ( 47 guru pelatih + 2 orang pensyarah ) Pensyarah pengiring : 1. En. Lee Lai Mong 2. En. Mohammad Sobri Bin Harun

Upload: mones-rubini

Post on 08-Feb-2016

25 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

permohonan lawatan pjm3112

TRANSCRIPT

Page 1: surat rasmi

“1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Ruj Kami : IPGKTB/PJK/01/Jld.11 ( )Tarikh : 17 Februari 2014

Pengarah, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Jalan Sultan Azlan Shah, 11700 Batu Uban,Pulau Pinang.

Tuan,MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN LAWATAN ILMIAH BAGI MELENGKAPKAN KERPERLUAN KURSUS PJM3112

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Lawatan Ilmiah Pendidikan Jasmani merupakan salah satu perincian kursus PJM3112 ( Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan ) bagi guru-guru pelatih semester 5 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Lawatan ini dilaksanakan di agensi sukan untuk mengenali :

i. Perlembagaan Organisasi MSN PPii. Pentadbiran Organisasi MSN PPiii. Pengendalian Mesyuarat MSN PPiv. Belanjawan dan Pengurusan Kewangan MSN PP

3. Oleh itu kami memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk mengadakan Lawatan Ilmiah PJM3112 di tempat tuan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 06 MAC 2014 Khamis)Masa : 8.00 pagi - 5.00 petangBil Peserta : 49 orang ( 47 guru pelatih + 2 orang pensyarah )Pensyarah pengiring : 1. En. Lee Lai Mong

2. En. Mohammad Sobri Bin Harun

4. Bersama-sama surat ini, kami lampirkan jadual lawatan/ aktiviti untuk makluman pihak tuan. Semoga permohonan ini mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan. Perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Page 2: surat rasmi

Saya yang menurut perintah,

..............................................( HAJI DAUD BIN MD. SAMAN )PengarahIPG Kampus Tuanku Bainun 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

s,k i. Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajarii. Ketua Jabatan Pendidikan Jasmaniiii. Mentoriv. Fail berkenaan