surat rasmi

3

Click here to load reader

Upload: siti-hajar

Post on 30-Jun-2015

409 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: SURAT RASMI

______________________________________________________________________________

Pengarah, Rujukan kami : UPSI/FSSK/PERMAS/09-10/05(06)

Perkhidmatan Maklumat Umum, Tarikh : 2 Mac 2011

Arkib Negara Negara Malaysia,

Jalan Duta,

50568 Kuala Lumpur.

Tuan,

Permohonan Mengadakan Lawatan ke Arkib Negara Malaysia

Dengan hormatnya perkara di atas, iaitu permohonan mengadakan lawatan ke Arkib Negara adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Sejarah dari Fakulti Sains Kemanusian Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ingin mengadakan lawatan ke Arkib Negara. Maklumat lanjut mengenai program lawatan tersebut akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 19 Mac 2011

Hari : Sabtu

Masa : 10 pagi hingga 2.00 petang

3. Diharapkan pihak tuan dapat memberikan keizinan dan kebenaran kepada kami untuk mengadakan lawatan tersebut. Hal ini kerana Arkib Negara mempunyai bahan dan maklumat yang berharga dan sangat berguna kepada semua pelajar khususnya pelajar sejarah. Oleh yang demikian sebagai pelajar sejarah kami dapat mendalami sejarah negara dengan lebih mendalam lagi.

Setiausaha Persatuan Sejarah,

Universiti Pendidikan Sultan Idris,

35900 Tanjung Malim,

Perak Darul Ridzuan, Malaysia

Page 2: SURAT RASMI

4. Selain itu, lawatan kami adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai kedudukan bahan sejarah mengikut bahagian dan rak yang telah ditetapkan. Hal ini adalah untuk memudahkan para pelajar untuk mencari sendiri bahan yang diperlukan terutama sekali bagi manghasilkan tesis yang lengkap dan sempurna.

5. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon pertimbangan daripada pihak tuan agar memberikan kebenaran kepada kami untuk mengadakan lawatan tersebut. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“SEJARAH PEMANGKIN KETAMADUNAN BANGSA

Yang benar,

Page 3: SURAT RASMI

…………………………………………

(SITI HAJAR BINTI ZAINOL)

Setiausaha Persatuan Sejarah

Universiti Pendidikan Sultan Idris.