ebook copywriting sistem agent - guruniagaakademi.com · akademi guru niaga. ... saya berikan anda...

46
Tuan Izan Shafie Ebook Copywriting Sistem Agent Akademi Guru Niaga. April 2017 Sekalung Tahniah Hebatnya Allah, beri kekuatan saya menulis lagi. Alhamdulillah saya ucapkan tahniah kerana mendapatkan ebook copywriting sistem agent. Ini adalah ebook pertama berkenaan copywriting sistem agent saya terbitkan. Jujurnya saya mengumpul semua ilmu ini berdasarkan pengalaman diri yang pernah menerajui kumpulan besar jualan produk ‘kurus’ . Ebook ini adalah hasil dari kelas online coaching yang saya bina. Alhamdulillah ianya sudah di jadikan buku digital. Saya hanya menggunakan modal nama baik, platform status harian, facebook group, dan whatapps group. Kebanyakkannya hanya menggunakan zero kos marketing. Alhamdulillah dengan hanya berbekalkan kepakaran dari segi menulis ayat iklan dan membina strategi dan susunan perang yang baik. Team berkembang pesat dan maju dalam masa 6 bulan sahaja jualan direkodkan melebihi 7angka. Rezeki Allah tak pernah salah alamat kan? Jadi saya mohon dan berbesar hati. Mulai hari ini setelah habis sahaja bacaan ebook ini. Terus pratikkan ilmu yang sudah dibaca. Kata pepatah Satu-satunya perlindungan terbaik menghadapi hari-hari susah adalah memperbanyak ilmu di saat-saat mudah. (duniakata.com) Moga anda belajar sesuatu ya. Jom mulakan membaca. Mulakan dengan BISMILLAH. EBOOK COPYWRITING SISTEM AGENT 1

Upload: hathuy

Post on 06-Mar-2019

341 views

Category:

Documents


18 download

TRANSCRIPT

Tuan Izan Shafie Ebook Copywriting Sistem AgentAkademi Guru Niaga. April 2017

Sekalung Tahniah Hebatnya Allah, beri kekuatan saya menulis lagi.

Alhamdulillah saya ucapkan tahniah kerana mendapatkan ebook copywriting sistem

agent. Ini adalah ebook pertama berkenaan copywriting sistem agent saya terbitkan. Jujurnya

saya mengumpul semua ilmu ini berdasarkan pengalaman diri yang pernah menerajui

kumpulan besar jualan produk ‘kurus’ . Ebook ini adalah hasil dari kelas online coaching yang saya bina. Alhamdulillah ianya sudah

di jadikan buku digital. Saya hanya menggunakan modal nama baik, platform status harian, facebook group, dan

whatapps group. Kebanyakkannya hanya menggunakan zero kos marketing. Alhamdulillah dengan hanya berbekalkan kepakaran dari segi menulis ayat iklan dan membina strategi dan

susunan perang yang baik. Team berkembang pesat dan maju dalam masa 6 bulan sahaja jualan direkodkan melebihi

7angka. Rezeki Allah tak pernah salah alamat kan? Jadi saya mohon dan berbesar hati. Mulai

hari ini setelah habis sahaja bacaan ebook ini. Terus pratikkan ilmu yang sudah dibaca. Kata pepatah Satu-satunya perlindungan terbaik menghadapi hari-hari susah adalah memperbanyak ilmu

di saat-saat mudah. (duniakata.com)

Moga anda belajar sesuatu ya. Jom mulakan membaca. Mulakan dengan BISMILLAH.

EBOOK COPYWRITING SISTEM AGENT !1

Kandungan Ebook Muka Surat

Formula s ke P 4 Bina Identiti sendiri 5

Cara saya bina identiti 6

Hashtag suka suka 7

Aktiviti Viral 8

Dua Hala 9

Talking About This 10

Icon Felling 11-12

Formula GA+GS=B 13

Wall facebook 14

Tiru saya 15

8 resepi copy agent 16

Komen saya bab copy 17-20

Tugasan Awesome 23

Pendek dan kreatif 24

Nama unik 25

Cerita + 5 elemen 26

Copy simple 27

Group whatapps 28

Spontan 29

Penghargaan. Kenapa? 30

Supply copy & follow up 31-34

Maksud supply 35

Reward itu apa? 36

Cara Up knowledge 37

Post serentak 38

Testimoni 39 Post berjadual 40

Kesan dan cara reward 41

Hashtag berpengaruh 42

Perempuan bila jadi leader 43

Pesanan saya & ingatan bersama 44-45

EBOOK COPYWRITING SISTEM AGENT !2

EBOOK COPYWRITING SISTEM AGENT !3

#belajar1

Faham asas ini dahulu.

Copywriting itu maksudnya proses menulis ayat iklan. Bila dah siap baru ianya

dipanggil copy (ayat iklan)

Ayat iklan itu ialah satu daripada aktiviti marketing, kerja marketing ialah membawa

prospek mengenali apa yang anda mahu terangkan. Dari situ ayat iklan (copy) salah

satu dari usaha membina kelompok "beritahu" apa yang anda mahu pasarkan.

Formula S kepada P

S maksudnya stranger (tidak kenal) ia dimaksudkan ialah PROSPEK

P maksudnya prospek ( bina minat) ia dimaksudkan menjadi PELANGGAN Jelas dengan point ini jom kita teruskan bacaan.

EBOOK COPYWRITING SISTEM AGENT !4

#belajar2

Copywriting, bagi saya ialah satu elemen yang sangat mahal, ia seolah olah satu perkara

yang saya panggil "kepercayaan"

bila sebut kepercayaan

ia merangkumi aspek

dari percaya jadinya pengikut

dari pengikut jadinya pelanggan

sekarang saya nak anda fahamkan pertama sekali

saya nak anda bina "Identiti sendiri".

contoh macam saya

Bila anda jumpa sahaja status saya di facebook, pasti anda akan jumpa

"Bismillah" diawal dahulu, setuju? Setiap status saya bermula dengan bismillah kerana saya mahu bina identiti saya

sendiri dalam menulis. Ada identiti senang orang mengenali diri kita sendiri. InshaAllah.

EBOOK COPYWRITING SISTEM AGENT !5

#belajar3

Jika anda perasan. Wall saya juga ada identiti kedua. Sebelum ini, saya suka berikan

apa apa sahaja kupasan ilmu saya suruh mereka baca diruangan komen. Perasan ke.

EBOOK COPYWRITING SISTEM AGENT !6

#belajar4

Dan yang terbaru saya bina identiti saya dengan hashtag tersendiri hashtag pun saya

bina unik. Supaya ada orang tertanya tanya. #200s. Terus saya letakkan di belakang setiap

status.

Fungsi hashtag juga adalah fungsi "mengumpul segala hasil tulisan anda”. Jika ianya di

kumpulkan, senang untuk kita research semula ilmu yang sudah kita berikan. dan yang

bestnya jika ianya memang di bina oleh team agent.

Percayalah ramai orang akan menggunakannya dan ianya akan menjadi trending di fb

anda malahan di IG anda. Wallahualam nampak point hashtag ini? bukan suka suka letak

tau.

EBOOK COPYWRITING SISTEM AGENT !7

#belajar5

Aktiviti pertama sekarang. Anda perlu copy paste ayat saya dibawah ini.

-copy paste dan letak diwall anda ayat dibawah ini.

#maafkansaya

salam semua sahabat facebook saya, adakala saya lalai dalam membalas sapaan anda

melalui komen, sejujurnya saya memang suka bersahabat dengan anda semua. Tanpa anda

pasti wall saya sunyi dan sepi. tolong klik like post ini.

sunyi --> dengan adanya (produk anda) sekarang saya happy selalu.

---copy paste ayat diatas ini ya----

saya bagi masa anda buat aktiviti ini dalam masa 5 minit dari sekarang

go go go

Apakah kesan latihan ini.

EBOOK COPYWRITING SISTEM AGENT !8

#belajar6 Jika di teliti semula skrip saya itu simple saja tapi ia memberi maksud kita

berkomunikasi dua hala antara pembaca. Saya susun skrip itu dengan ada hashtag diatas

sekali, baru mulakan ayat dan di akhiri dengan tawaran.

InshaaAllah

Anda sendiri lihat sekejap lagi berapa ramai kawan kawan respon skrip yang anda copy

paste itu

EBOOK COPYWRITING SISTEM AGENT !9

#belajar7

Dalam menulis ayat ayat ini. saya nak anda mula bina identiti sendiri. ingat tiga contoh

saya berikan dari apa saya buat.

adakan "bismillah' setiap status, adakan "kupasan diruangan komen”, adakan " # hashtag “.

Bila anda sendiri bina identiti ini dengan baik semua team anda anda kelihatan nampak

besar dan berkerjasama. Contoh mudah yang saya kagum, Anda lihat sahaja team

#gulagulakurus. Search sahaja di fesbuk ranking popular search mencecah 100 ribu

Dan lihat sahaja contoh #maafkansaya

Ranking popular cecah 84 ribu

Apa tujuan ranking untuk team agent. Tujuannya nak beritahu orang baru, team yang

kita memang strong dan power. Boleh faham maksud ini. InshaAllah faham ya.

EBOOK COPYWRITING SISTEM AGENT !10

#belajar8

Antara intipati bina copywriting apa yang saya nak dedahkan ialah sebenarnya

facebook sendiri sudah. Betul facebook sudah berikan jalan mudah kita nak buat status

harian.

Anda lihat sahaja gambar yang saya attachkan bawah nanti pasti anda terkejut dengan

penemuan ini. Semua feeling yang di berikan ini ialah idea untuk menulis ayat iklan anda

sendiri dan copywriting yang perlu di tulis setiap hari diwall.

contoh ayat saya buat ayat status pagi guna "feeling loved"

Ya Allah sukanya hati ini bila lihat sahabat saya sering like dan komen

status saya, berikanlah mereka semua ini kegembiraan hati dan beroleh

ketenangan .

boleh follow tips ini. chek muka surat seterusnya, attachment yang mungkin anda baru

tahu kenapa facebook baik sangat berikan pada anda.

EBOOK COPYWRITING SISTEM AGENT !11

Ada button How Are You felling? Cuba carikan di handphone anda ya. Pasti jumpa.

EBOOK COPYWRITING SISTEM AGENT !12

#belajar9

Terlalu banyak felling yang disediakan oleh facebook tujuannya supaya kita menulis

dalam beremosi setiap hari. Jika saya, saya suka gabungkan feeling itu dijadikan satu ayat.

Ikut lah pada anda. Cuma saya punya penulisan banyak mengelakkan dari menulis perkataan

negatif banyak sangat. Hampa boleh ikut rentak diri sendiri, penulisan ini biar dari hati anda. Ok ya.

Formula saya nak kongsikan malam ini. wall kita ialah satu lombong wang yang baik,

formulanya ialah GA+GS=B

Nak tahu kupasannya. Senyumlah sikit boleh. Apa maksud GA, ia dimaksudkan Grow Attention Ia meningkatkan kemahuan orang lain membaca status anda dan membina profile diri

dengan identiti sendiri. Pilihan kita mereka mula berikan perhatian.

Apa maksud GS, ia dimaksudkan Grow Social Ia memberi ruanga terbaik untuk anda dan mula diberikan kepercayaan yang luar biasa.

Pendek cerita orang mula rasakan sesuatu bila anda tidak update status

Apa maksud B, ia dimaksudkan Branding Ini satu perkara besar. Branding ini ialah “KEPERCAYAAN” menyerah duit kepada anda.

Jika ianya kuat. Kuatlah aliran tunai anda akan masuk ke dalam poket syarikat atau diri anda

sendiri.

Jadi bila kita mula bina attraction mengunakan status status ayat yang dibina dari felling

tadi, Orang mudah nak bersosial dengan kita . Dari situ terbitlah branding diri anda sendiri

EBOOK COPYWRITING SISTEM AGENT !13

#belajar10

Wall facebook anda jagalah dengan perkara yang berkualiti. Bina content ( maklumat)

yang simple dan padat.

Dan yang paling penting jangan meroyan diwall. Wall anda nilainya jutaan ringgit.

Saya bagi formula senang.

Apa yang perlu difahamkan oleh anda. Menarik perhatian orang itu ialah aktiviti

marketing. Memujuk orang membeli itu aktiviti sales

Antara dua ini. Mana paling penting? Penting kedua duanya kan. Jadi nasihat saya.

Aktiviti marketing perlu kreatif sedikit sahaja.

Contoh kreatif

Bila tag nama orang di status kita, kita boleh hantarkan penghargaan kepada mereka

dan gunakan hashtag sebagai peluru hebahan.

Contoh ayat

Teringat masa belajar awal dulu dengan kak emot dengan dialah teman belajar bab

susun fail tungang langang. Sekarang sudah maju failing aku tau. Hampa nak belajar ka? Pi

pm kak emot tu naa. #KakEmot #BookKepping

Faham ya point ini. Jika ya bantu saya sematkan dalam hati dan baca skrip dibwah ini.

“Mulai hari ini aku azam jadikan wall diriku aliran tunai mengalir setiap hari.Amin”

EBOOK COPYWRITING SISTEM AGENT !14

#belajar11

7 cara saya bersosial untuk bina kepercayaan. melalui ini pengikut kita selalu perhatikan

kita.

1) Perbanyakkan info pendek pendek, atau tip simple simple.

2) Jangan tag nama orang di wall anda, sebaliknya tag di bahagian komen

3) Saya menjual di wall hanya berlaku maksimum 2 kali sahaja sehari kadang kadang

seminggu empat kali.

4) Mula melayan komen komen orang lain juga.

5) Like komen mereka tau.

6) Selalu update wall sekurang kurangnya 2-4 posting minimum sehari

7) Jangan bergadoh dan mengutuk orang lain. Dosa tau.

boleh take noted cara saya ni ya :)

boleh saya teruskan

jika ya sila sebutkan lagi

“Saya mahukan ilmu dari tuan”

EBOOK COPYWRITING SISTEM AGENT !15

#belajar12

saya dedahkan 8 perkara mudah bina copywritng sistem agent

1) aAda sapaan (approach)

contoh ayat :anak lelaki awak ada masalah selsema

2) Ada penyelidikan

contoh ayat : kajian kami hampir 2 dari 10 kanak kanak lelaki yang menghidap

selesema boleh mengurangkan berat badan mereka dengan segera

3) Ada sebab

contoh ayat : Sebab ketidak seleraan makan

4) Ada perasaan

contoh ayat : Adakah anda tidak merasa risau akan hal ini

5)Ada fakta

contoh ayat : 97% dari masalah ini merunsingkan para ibu berbanding bapa

6)Ada manfaat

contoh ayat : kenapa perlu ambil flu therapy, sifatnya lembut dan cepat hilangkan

selesema

7)Ada testimoni

contoh ayat : kata kak ani, anaknya hilang selsema hanya dua jam selepas

menggunakan flu therapy

8)Ada close deal

contoh ayat : boleh anda tinggalkan no anda untuk pemberian sample percuma

EBOOK COPYWRITING SISTEM AGENT !16

Boleh gunakan kelapan lapan elemen diatas ini jadikan ayat iklan andamulai hari ini ,

inshaAllah terhasil dengan baik. Maksudnya semua elemen di atas anda semua boleh campur

campur menggunakannya. Jika ada lapan lapan elemen ini lagi bagus, atau ambil point dari lapan elemen ini jadikan

ayat iklan produk anda ya. Saya berikan anda beberapa contoh ayat iklan. dan anda boleh

jadikan contoh terbaik.

Copywriting 1

EBOOK COPYWRITING SISTEM AGENT !17

Copywriting 2

EBOOK COPYWRITING SISTEM AGENT !18

Copywriting 3. Komen saya. Bagus dah copywriting ini. Boleh tambah CTA begini. Mar nak bantu sangat

orang yang lepas bersalin ini bodynya ramping dan menawan hati sisuami semula. Korang

bantu mar share post ini. Kak nur dah buktikan apatah lagi mereka di luar sana.

EBOOK COPYWRITING SISTEM AGENT !19

Copywriting4 Komen saya : Tanda seru !!!

Tanda soal. Hanya gnakan satu

sahaja. Begini ! , ?. Kesimpulan saya melihat

copywriting ini. Boleh

digunakan, perbaiki bahagian

susunan sahaja. Mungkin pada saya 5 sebab itu

tajuk utama. Headline lebih

spesifik. Kutu dikepala anak anak

bersekolah menganggu

kecemerlangan anak untuk

pertasi cemerlang.

EBOOK COPYWRITING SISTEM AGENT !20

Sampai sini sahaja untuk bab 1 bahagian kenal kenal asas copywriting sistem agent.

EBOOK COPYWRITING SISTEM AGENT !21

EBOOK COPYWRITING SISTEM AGENT !22

#belajarlagi1

Sekarang saya ada tugasan untuk anda. Saya berikan anda 15 minit untuk karang ayat

simple, dan ianya menjuruskan untuk jual di group group fb

saya nak anda cari 5 group fb dan postkan aktiviti ini.

Ok ini ayat iklannya. Anda semua boleh olah. Yang penting memang fokus nak jual

produk atau servis anda.

letakkan gambar yang simple dan bukannya gambar produk.

gunakan hashtag #csa supaya sedang saya detect

-ayat iklan dibawah ini-

Sekarang saya mahu mencari 7 orang yang ada masalah (masukkan masalah yang

produk atau servis anda selesaikan) tolong tinggalkan no telefon ruangan komen. sebab saya

nak hantarkan info percuma pada anda sekarang, untung untung anda terima sesuatu. —

Boleh letakkan satu gambar yang ada kesinambungan dengan produk anda. Bukan

gambar produk ya.😊

Mulakan sekarang

EBOOK COPYWRITING SISTEM AGENT !23

#belajarlagi2

Kenapa di group group kita perlu tulis pendek dan sangat kreatif. Maksudnya kita tak

highlight sangat nama produk atau servis. Pengalaman saya kita hanya ada masa 3 saat ke 10

saat utk tarik perhatian mereka pada iklan kita.

Group fb ini memang tempat beriklan jadi orang tiada masa panjang untuk baca status yang

melebihi 8 baris ayatnya. Jadi konklusi pertama. Jangan lebih 5 ke 8 baris untuk promote

produk anda atau buat 3 perenggan sahaja.

Contoh ayat sebegini

3 minit saya menghadam ilmu dalam kelas copywriting, alhamdulilah saya dapat 3 ilmu.

Saya nak kongsikan pada awak awak yang baca status ini, tolong tinggalkan no telefon dan

elok sangat awak semua bersedia ya sebab saya nak berikan sesuatu yang PERCUMA. ingat

no saya 012 3334455 akan whatapps awak ya.

atau

contoh ayat 3 perenggan

3 minit saya menghadam ilmu dalam kelas copywriting, alhamdulilah saya dapat 3 ilmu.

saya mahu kongsikan pada awak awak yang baca status ini, tolong tinggalkan no telefon

dan elok sangat awak semua bersedia ya sebab saya nak berikan sesuatu yang PERCUMA.

ingat no saya 012 3334455 akan whatapps awak.

-- boleh nampak ke tips pertama ini-

EBOOK COPYWRITING SISTEM AGENT !24

#belajarlagi3

kemudian tips seterunya. gunakan nama nama yang unik.

contoh

semenjak menggunakan Bawang Putih Jepun ini perut anak saya tak kembung lagi,

murah dan sangat jimat. Korang mahu mencuba Minyak Bawang Putih Jepun ini. Mari

tinggalkan no telefon sekarang atau wasup terus 012 2222333. Harga murah giler. Tak

percaya sudah.

Nama yang unik itu adalah “Bawang Putih Jepun”. Jelas ya point ini?

EBOOK COPYWRITING SISTEM AGENT !25

#belajarlagi4

Cuba lihat contoh ayat ini

Kejadian di China, seorang pemuda mati keracunan dalam masa 15 minit selepas

makan beberapa buah nangka bersama air coca-cola. Menurut saksi kejadian, mangsa

mengalami masalah pernafasan dan muntah.

Dengan segera mangsa di hantar ke hospital berdekatan. Mangsa meninggal semasa

rawatan, pihak hospital mengesahkan gabungan buah nangka dan cola-cola menghasilkan

racun, yang mana menyamai 5 ekor ular senduk.

Apakah kita nampak disini.

Ia menggunakan lima elemen

(+) Ada Nama tempat

(+) Ada Isu

(+) Ada masa

(+) Ada Kesan

(+) Ada contoh

Sekarang. Cuba anda bina skrip anda sendiri. Menggunakan lima elemen diatas untuk

menjual produk anda. Saya berikan anda masa 10 minit dari sekarang. 😊 Buat sekarang ya.

EBOOK COPYWRITING SISTEM AGENT !26

#belajarlagi5

Nak konsisten dan istiqomah bila menulis ayat iklan di group group fb. Saya serahkan

lagi tips tulis iklan di group facebook. Tips bina copywriting ringkas di facebook group.

(+) ada urgency

(+) ada keunikkan

(+) ada ayat arahan

(+) ada sedikit info jualan

contoh ayat sebegini

3 orang je, saya nak berikan percuma detailnya, ketahui sabun jerawat belakang badan.

Segera tinggal kan no telefon. Saya mahu whatapps awak semua.

boleh nampak olahan ini?

EBOOK COPYWRITING SISTEM AGENT !27

#belajarlagi6

Sekarang saya nak anda buat latihan ini. Pilih dua ke tiga baris sahaja ayat iklan anda.

contoh

Saya mahu buka group untuk pakaian baby, khas untuk borong, harga paling murah

serendah rm5. minat klik link whatapps ini. segera ya.

-

mulakan sekarang. cepat buat dengan spontan,

Saya bagi masa 10 minit

EBOOK COPYWRITING SISTEM AGENT !28

#belajarlagi7

Idea spontan, seronok juga saya lihat banyak copywriting pendek yang patutnya lepas

ini anda semua boleh adjust untuk kegunaan sendiri. Jom kita belajar lagi. Tips simple saya

idea spontan memang sukar, ia perlu di asah setiap hari baru ada pengorbanan.

Tips dia paksa untuk buat. Sebelum ini diwall saya ada skrip cari agent. jika anda

perasan saya cuma bawakan 3 jenis perkataan dan saya sambungkan jadi ayat penuh.

Daripada situ

Jika anda perasan ada orang komen nak join kelas ini. Apa tips saya nak berikan

kepada. Saya berikan sedikit ilmu, dan berikan contoh ilmu itu, berikan hint apa produk kita.

Sekarang saya nak anda buat latihan 10 minit tiru seperti mana saya buat

ini link nya.

https://www.facebook.com/tuanizanshafie/posts/1662885887345531

EBOOK COPYWRITING SISTEM AGENT !29

#belajarlagi8

Ada satu lagi skill yang bermanafaat untuk anda gunakan. Caranya begini. Copywriting

ini lebih kepada penghargaan. Esok pagi pagi anda buat. Jangan sesekali nak jual produk. Hanya hint dan storykan.

Cara nya pilih 5 individu yang anda mahu tag dalam copywriting itu. Jelaskan apa yang

anda belajar dengan mereka. pastikan anda memang boleh tag mereka.

Kemudian di bahagian atas sekali adakah hashtag, kemudian di bahagian bawah

letakkan hashtag sebaris. Kemudian pastikan ia berbentuk penghargaan. Ucapan terima

kasih.

boleh take noted skill ini? Karangkan sekarang saya bagi masa 10 minit

Dah siap sila postkan pagi pagi hari anda beronline.

EBOOK COPYWRITING SISTEM AGENT !30

EBOOK COPYWRITING SISTEM AGENT !31

#StrategiTeamAgent

Kemaskan bahagian supply dua perkara

Supply perkara pertama

- copywriting

Bila sebut bab copywriting

Anda sendiri tentukan mahu bentuk soft selling atau hardselling

Suggest saya

Di wall facebook anda banyakkan softselling, Di facebook group banyakkan hardselling

copywriting. Saya more fokus kepada testimoni. Dapat tips ni? Jika faham sila sebutkan

Yes Yes Yes

EBOOK COPYWRITING SISTEM AGENT !32

#StrategiTeamAgentYang paling bagus dan persiapan yang perlu anda lakukan segera dan selalu. Rekrut team baru sentiasa perlu ada. Maknanya selalu mencari orang baru dalam team

agent.

Ini rahsia terbesar saya jumpa mereka yang power buat sales dalam sistem agent.

Ini dipanggil key point dalam aliran team anda.

Maksudnya ia satu aset yang bernilai tinggi dan sentiasa perlu di cari dan di ajari.

Pepatah orang sales.

Jika team kita gagal buat sales besar, sebenarnya peranan leaders kita belum lagi betul

betul strong

Keluar masuk team agent perkara biasa. Yang kekal itu sebab itu rutin "sistem agent"

Boleh faham? Jika faham komen

yes yes yes

EBOOK COPYWRITING SISTEM AGENT !33

#StrategiTeamAgent

Simpan semua atau jadikan ebook atau jadikan satu file

Untuk ayat ayat pm dan follow up. Kerana, saya kata ini sangat penting.

Sebab inilah s.o.p terbesar untuk kita lepaskan team bergerak dengan baik semasa

ketiadaan kita.

Nampak point ini. Jika ya komen

Yes yes yes

EBOOK COPYWRITING SISTEM AGENT !34

#StrategiTeamAgentKerja kerja memberi copywriting ialah kerja kerja marketing.

Kena faham marketing hanyalah bertujuan sebagai penarik prospek. Belum pelanggan

lagi. Jika dil ihat sales cycle. Kerja kerja sales lebih banyak berbanding marketing.

Take noted ya perkara ini.

Saya sambung perkara kedua di perlukan oleh team agent ialah ayat ayat pm dan follow

up.

Kerja kita kena sering sediakan ayat pm dan follow up yang terbaik. Anda adakan

pembaharuan skrip dalam masa sebulan sekali.

Maksud baru

Sentiasa baik pulih skrip yang ada dan lihat keberkesanannya. Biasa dua perkara di titik

beratkan dalam ayat pm dan follow up.

Intro dan in clossing.

Follow up atau ayat pm ialah aktiviti sales. Jika ia di tajamkan dengan baik. Anda akan

lihat perkembangan sales mendadak.

EBOOK COPYWRITING SISTEM AGENT !35

#StarategiTeamAgent

Kesan reward. Potensi dropshippers naik cepat. Adakan target mingguan

katakanlah

untuk layak jadi agent perlu ada 50 botol

kita leader kena create game plan dia.

jika saya

saya bahagikan 4 minggu

50 bahagi 4 minggu.

seminggu perlu jual 15 (lebih Kurang)

jadi target minguan

jadikan 15 botol dapat reward mas segram

contoh ya.

jadi akan di jumpai

dropshipper yang gilerkan perkara ini.

bila berlaku begini

apa kesan pada dropshipper lain

kesannya semua nak cuba buat terbaik.

yang masih slow biarkan.

still gift copywriting dan ayat follow up.

Tanda tanda leaders

leader yang berkualiti, dia kejar dengan cepat target dan tahu baca bab keuntungan

boleh nampak contoh ini?

EBOOK COPYWRITING SISTEM AGENT !36

#StrategiTeamSales

Ini sangat sangat penting. Berikan team agent (pengetahuan) knowledge penting bab

after sales.

Sebab disini key utama dropshiper hidup lama jualan penggulangan sangat penting,

apa yang perlu kita sediakan berikan pada team ialah bantu mereka plan sistem follow up

mingguan

beritahu mereka

seminggu 3 kali follow up pelanggan (cara saya)

Atau

pelanggan selepas membeli di follow up selepas 3 hari, kemudian hari ke7,

Kemudian hari ke 14, kemudian hari ke 22, dan kemudian hari ke 30 dah mula up

sales.

jelas ya point saya ini.

EBOOK COPYWRITING SISTEM AGENT !37

#StrategiTeamAgent

Post serentak

Baik diwall atau digroup fb atau di instagram.

saya suka posting berkumpulan

maksudnya team kita post semua serentak

contoh

Bagi semua team post jam 8 pg.

copywriting yang sama dan gambar yang sama.

bayangkan jika ada 100 dropshipers yang aktif

tak ke pening pelanggan melihat aktiviti team anda

Satu lagi

Mereka rasa team anda, satu team yang sangat luar biasa.

Apa kita bina selain bina marketing. Kita bina keyakinan team kita sangat strong.

Clear ?

EBOOK COPYWRITING SISTEM AGENT !38

#StrategiTeamAgent

Ini bab testimoni.

kemaskan testimoni

yang kesan 1 hari

yang kesan 3 hari

yang kesan 7 hari

yang kesan sebulan

dan seterusnya

di buatkan profolio

ikut turutan dalam memberi testimoni

Kita beri apa yang pelanggan perlu rasai .

Dalam tempoh tempoh tertentu.

Bila disusun begini

Barulah nampak sistem pemberian testimoni.

boleh nampak cara ini? Jika ya sila sebut

Ooo sistemkan

EBOOK COPYWRITING SISTEM AGENT !39

#StrategiTeamAgent

Post berjadual.

Team agent juga boleh buat jadual post diwall

Awal pagi jam berapa

Tengahari jam berapa

Petang jam berapa

Malam jam berapa

Kemudian

Untuk group fb. Rating setiap post 1jam sekali atau dua jam sekali post digroup fb.

--

Jika hampa share page ke group fb.

Pastikan headlinenya mesti bebetul beri kesan pada pembaca

Sebab bila share di group

Hanya kelihatan tiga baris saja ayat iklan kuasai tiga baris ayat iklan ini dengan banyakkan membaca ayat ayat CTA.

jelas ya tips ini? Jika ya sila sebut

Ooooo

EBOOK COPYWRITING SISTEM AGENT !40

#StrategiTeamAgent

Kesan reward lagi

Saya suka buat mingguan.

Jika nak buat reward setiap hari

Nak buat reward per jam pun boleh

Nak buat reward mingguan pun boleh

Nak buat reward bulanan pun boleh

Nak buat reward tahunan pun boleh.

Asalnya untuk apa reward ini.

Untuk hasilkan suasana Momentum Sales.

Tak guna tulis target tapi momentum sales team kurang impak.

Jadi apa yang saya syorkan ialah melahirkan "suasana" sales harian seperti air sungai

mengalir deras.

Barulah melompat semua team kita.

Jika faham. sila sebut

Ya Allah saya nak buat sebaik mungkin selepas ini.

EBOOK COPYWRITING SISTEM AGENT !41

#StrategiTeamAgent

bina hashtag kumpulan anda sendiri

hashtag kena sama semuanya.

contoh

#akusukakausuka

#gulagulakurus

#teamwanpeah

#teamakupower

hashtag biar sangat pelik pun tak pa.

yang penting orang perhatikan

hashtag team anda

nampak lihat tips ni? boleh membantu ya.

EBOOK COPYWRITING SISTEM AGENT !42

#StrategiTeamAgent

Satu lagi yang saya perasan jika team agent perempuan.

Yang leader besar memang ada panggilan tersendiri

Ada yang gelar mommy

Ada yang gelar ibu

Macam macam ada namanya

Ini sebenarnya teknik

Cepat mesra namanya.

Kalau laki jarang pula ada nama pelik pelik ini. setuju. Yang perempuan segerakan create nama nama anda dalam team. hihi.

EBOOK COPYWRITING SISTEM AGENT !43

#StrategiTeamAgent

Ini yang terakhirat pesanan saya dalam ebook ini.

Solat hajat untuk team anda dan solat hajat untuk pelanggan yang membeli produk dan

servis anda.

Dan sentiasa fokus positif thinking, semua strategi di bina dan di plan akan berjalan

dengan baik bila Allah izinkan. Latih team kita semua buat solat hajat khusus untuk

pelanggan.

Dan ingat pesan saya semua team maju kerana adanya momentum sales setiap hari

jika semua aktif dan berikan komitmen pasti berjaya lakarkan sesuatu yang luar biasa.

--

😊 Disclaimer 😊

Saya menulis dari apa pengalaman diri saya sendiri. Dan ianya telah dibuktikan oleh

saya dengan apa yang saya berikan kepada anda.

EBOOK COPYWRITING SISTEM AGENT !44

#tipslagibest

#Reminderback

Target sales untuk setiap level sistem agent berlaku pantas bila "momentum sales" itu

dijaga.

Apa itu momentum sales. Semua level agent ambil bahagian berlumba lumba untuk

buat sales.

kerja owner atau leader menghidupkan momentum sales.

caranya

-adakan reward harian, mingguan, bulanan, sales tinggi, yang paling aktif.

ikut kesesuaian yang anda boleh berikan.

boleh faham ya?

EBOOK COPYWRITING SISTEM AGENT !45

JazakAllah khairan kerana telah tamat membaca ebook yang simple dan proven sukses yang

datangnya dari pengalaman diri saya sendiri. Dan teknik saya sediakan inshaAllah moga

anda berhasil jualan dengan baik.

“ Ilmu yang berkat di sulami dengan amanah. Saya yakin, anda jujur dan

amanah menjaga ebook yang saya tuliskan ini hanya menjadi hak anda sahaja

yang membeli. Moga beroleh keberkatan ya”.

Belajar dan teruskan apply, kejayaan anda adalah kejayaan

saya juga, berjayanya anda berjayanya saya, saya doakan anda

semua berjaya membina team yang hebat dan luar biasa. salam kejayaan saya ucapkan. Doa untuk saya ya.

EBOOK COPYWRITING SISTEM AGENT !46