sumber primer.pptx

7
Jenis- Jenis Sumber Sejarah Sumber Primer Minggu ke lapan PPISMP Jun 2014 Sejarah Nama: Fatin Inara Binti Iskandar. : Atiqah Amirah Binti Makhtar.

Upload: fatiniskandar

Post on 25-Sep-2015

14 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

Jenis- Jenis Sumber SejarahSumber Primer

Minggu ke lapan

PPISMP Jun 2014 Sejarah

Nama:Fatin Inara Binti Iskandar. : Atiqah Amirah Binti Makhtar.

Pengertian Sumber Primer

Louis Gottchalk: Sumber pertama adalah sumber yang diperolehi daripada saksi-saksi dalam bentuk tulisan, catatan, dan juga saksi utama kepada sesuatu peristiwa yang berlaku. Sumber primer dihasilkan menerusi peristiwa sezaman dan diceritakan semula oleh saksi atau orang yang pernah terlibat dalam peristiwa tersebut. Abdul Rahman Haji Abdullah: Sumber pertama sebagai keterangan daripada seorang saksi atau yang terlibat sendiri dalam sesuatu perkara, bahan-bahan mentah dan asli yang belum sempurna lagi.

Arthur Marwick: Sumber pertama wujud dalam keadaan asas, mentah, dan tidak sempurna serta belum diproses. Muhd. Yusof Ibrahim: Sumber primer ialah kumpulan sumber atau bahan yang boleh dirujuk tetapi keadaannya masih asli dan belum ditafsirkan. Rozeman Abu Hassan: Sumber primer terdiri daripada bahana dokumen, surat rasmi, surat tidak rasmi, catatan, laporan, buku harian, warkah, watiqah, dan titah perintah.

Pengumpulan dan Pemprosesan Sumber Primer

Kebanyakkan sumber primer terdapat di Singapura, India, London, Belanda, British, dan Portugal. Sumber-sumber primer boleh dirujuk di pejabat kerajaan seperti pejabat tanah, kementerian, perpustakaan, dan Arkib Negara.Artifak arkeologi juga turut dirujuk sebagai sumber primer. Akhbar atau buku-buku sezaman tentang sesuatu peristiwa turut dijadikan sebagai sumber primer dan boleh dirujuk. Sumber lisan turut dijadikan sebagai sumber primer yang dijalankan melalui sesi temu ramah saksi-saksi kejadian tentang peristiwa yang berlaku. Dokumen bagi sumber primer juga terdapat di Pejabat Tanah Jajahan di London misalnya surat Perjanjian Pangkor yang ditandatangani Sultan Abdullah dan Andrew Clark. Catatan dan laporan oleh orang asing seperti orang Cina, Arab, Portugis, Belanda, dan India merupakan kumpulan sumber utama yang sangat bernilai. Penggunaan dan Kepentingan Sumber Primer

Sumber primer perlulah melalui proses tafsiran. Oleh itu, langkah pertama yang dilakukan ialah melakukan proses pemilihan sumber-sumber sejarah. Kemudian, analisis akan dilakukan dengan bertanya soalan-soalan berkaitan tentang sumber tersebut. Kesabaran, imaginasi, kemahiran, dan usaha yang berterusan diperlukan dalam mentafsir sumber primer kerana ada kalanya sumber primer tidak wujud dalam keadaan yang sempurna. - Penggunaan sumber primer sebagai rujukan mampu menguatkan kebenaran sejarah dari sudut kesahan dan ketepatan fakta.Penggunaan sumber primer juga dapat menghasilkan penyelidikan dan penulisan sejarah yang lebih berkualiti di samping dapat mengelakkan kesilapan dan kesalahan dalam fakta- fakta sejarah.