sumber kuasa dunia dan keseimbangan kuasa

19
Transformasi Dunia Politik SKSJ 2053 Pensyarah Pn.Mahfudzah Haji Mustafa

Upload: muhammad-annuar

Post on 19-Jun-2015

5.353 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: SUMBER KUASA DUNIA DAN KESEIMBANGAN KUASA

Transformasi Dunia Politik SKSJ 2053Pensyarah

Pn.Mahfudzah Haji Mustafa

Page 2: SUMBER KUASA DUNIA DAN KESEIMBANGAN KUASA

Tajuk PembentanganApakah sumber-sumber

utama kuasa dalam hubungan antarabangsa?

Apakah kesimbangan kuasa penting dalam interaksi

antarabangsa?Disediakan Oleh

Muhammad Nazeril Bin Annuar

A137690Nur Fatin Haniza

A137591

Page 3: SUMBER KUASA DUNIA DAN KESEIMBANGAN KUASA

PENGENALAN• Di dalam arena politik, pada kebiasaanya individu-individu

tidak mampu untuk bertindak bersendirian.• Mereka akan saling berinteraksi dengan perkumpulan-

perkumpulan sosial yang lain bagi mencapai matlamat dan keperluan masing-masing.

• Begitu juga dalam hubungan antarabangsa, negara-negara perlu berhubung di antara satu sama lain untuk memenuhi kepentingan serta matlamat negara.

• Senario ini dikenali sebagai suatu keadaan yang diistilahkan sebagai saling pergantungan.

• Semakin meningkat kadar saling pergantungan maka akan meningkat juga kadar interaksi.

• Dalam proses ini, kemungkinan besar akan tercetus konflik atau kerjasama serta wujud penggunaan kekerasan atau kerjasama di antara negara dalam mengejar matlamat dan keperluan negara.

Page 4: SUMBER KUASA DUNIA DAN KESEIMBANGAN KUASA

KONSEP HUBUNGAN ANTARABANGSA• Hubungan antarabangsa merupakan cabangan sains politik yang

mengkaji hal ehwal luar negeri serta isu-isu global dalam sistem antarabangsa, termasuk peranan negara-negara, pertubuhan antarabangsa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), serta perbadanan multinasional (MNC).

• Ia merupakan bidang akademik dan dasar awam, dan boleh dianggap sebagai positif atau normatif.

• Kajian ini bertujuan menganalisis serta membentuk dasar luar negeri bagi pelbagai negara.

• Hubungan antarabangsa sebagai kajian juga menggunakan ilmu pelbagai bidang seperti ekonomi, sejarah, undang-undang, falsafah, geografi dan sebagainya.

• Ia melibatkan jumlah isu yang luas, dari globalisasi serta kesannya terhadap masyarakat dan kedaulatan negeri ke kemapanan ekologi, percambahan senjata nuklear, nasionalisme, pembangunan ekonomi, keganasan berbentuk terorisme, jenayah berorganisasi, keselamatan manusia dan hak asasi manusia.

Page 5: SUMBER KUASA DUNIA DAN KESEIMBANGAN KUASA

KONSEP KUASA• Konsep kuasa mempunyai pelbagai makna dalam hubungan antarabangsa

bergantung kepada konteks ianya digunakan. • Hans Morgenthau pula melihat kuasa sebagai perhubungan di antara dua aktor

dalam mana aktor A mempunyai kemampuan untuk mengawal pemikiran dan tindakan-tindakan aktor B. Oleh itu menurut beliau, kuasa boleh menjadi apa saja yang akan membentuk dan mengekalkan kawalan manusia ke atas manusia lain, daripada keganasan berbentuk fizikal kepada hubungan-hubungan psikologikal melalui mana satu minda mengawal minda yang lain.

• Konsep kuasa (power) pada asasnya terkandung dalam pendekatan realisme. • Ia digunakan bagi untuk menerangkan keupayaan aktor-aktor untuk menggunakan

sumber dan aset zahir (tangible) dan tidak nyata ( intangible) dalam isu-isu antarabangsa bagi mencapai tahap kepuasan yang dikehendakinya.

• Dalam banyak isu antarabangsa yang melibatkan aktor-aktor sama ada negara atau bukan negara yang terdiri daripada intitusi-institusi serta organisasi antarabangsa, ia akan menggunakan apa sahaja kuasa yang ada padanya untuk mencapai matlamat yang diingini.

• Menurut Jones (1991) ada tiga sumber kuasa yang digunakan oleh negara bagi mencapai matlamat mereka. Pertama, kuasa semulajadi; merangkumi geografi, penduduk dan sumber alam. Kedua, sosio-psikologi; merangkumi imej negara itu sendiri, situasi dalam negara, sosialisasi politik dan budaya,kohesi, sokongan rakyat awam bagi negara dan kepimpinan negara. Ketiganya, kuasa sintetik yang merangkumi kapasiti industri dan ketenteraan.

Page 6: SUMBER KUASA DUNIA DAN KESEIMBANGAN KUASA

KONSEP KESEIMBANGAN KUASA• Konsep keseimbangan kuasa pula merujuk kepada kedudukan

keseimbangan di antara negara dalam politik dunia. • Kedudukan ini perlu untuk mengelakkan wujudnya satu kuasa yang

dominan. • Keseimbangan tersebut boleh dicapai menerusi keupayaan pertahanan

yang setara di antara negara-negara dan penubuhan pakatan ketenteraan negara-negara.

• Sebagai contoh, semasa era Perang Dingin, terdapat dua pakatan ketenteraan utama di dunia iaitu Nato yang diketuai Amerika dan Warsaw Pact yang diterajui Kesatuan Soviet.

• Dalam sistem antarabangsa yang bersifat anarki, terdapat satu lagi konsep yang dipegang oleh golongan Realis iaitu bantuan kendiri atau ( self help).

• Sistem dunia tersebut telah melahirkan rasa tidak percaya di antara negara-negara di dunia.

• Oleh itu, negara akan mengutamakan keselamatannya terlebih dahulu sebelum menerima bantuan atau berinteraksi dengan negara lain.

Page 7: SUMBER KUASA DUNIA DAN KESEIMBANGAN KUASA

Sumber Utama Kuasa

• Keupayaan• Geografi• Penduduk• Ekonomi• Organisasi Kerajaan & Tentera• Unsur Psikologi Sosial• Kedudukan Strategi Antarabangsa

Page 8: SUMBER KUASA DUNIA DAN KESEIMBANGAN KUASA

KEUPAYAAN• Sungguhpun analisis mengenai keupayaan sangat perlu dalam mengkaji hubungan antarabangsa,

tetapi kita mesti sedar bahawa jumlah mekanikal unsur-unsur ini tidak menghalang kita untuk menjelaskan potensi kuasa sebenar yang didapati oleh sesebuah negara.

• Secara realistik, kuasa hanya boleh dianggarkan berdasarkan tindakan, dan perbincangan mengenai keupayaan tidak lebih daripada membolehkan kita memahami potensi yang dimiliki oleh negara – atau dari segi teorinya, keupayaan untuk melakukan tindakan demikian.

• Beberapa perkara umum perlu diambil kira apabila menganalisis mana-mana unsur kuasa tertentu di sesebuah negara yang khusus.

• Pertama, semua unsur kuasa itu mempunyai hubungan dengan kuasa yang dimiliki oleh negara-negara lain, terutamanya negara jiran dan negara-negara seteru.

• Kedua, kuantiti sahaja tidak meberi apa-apa makna. Angka-angka mengenai penduduk itu mestilah dipecahkan mengikut umur, jantina, kemahiran, pendidikan dan sebagainya.

• Ketiga, keupayaan sahaja mempunyai peranannya dalam konteks keseluruhan kuasa negara yang kompleks dan ianya hanya boleh dinilai mengikut latar belakang berkenaan. Tidak ada satu unsur pun yang memadai sekiranya negara itu berkeadaan serba kurang: misalnya, kuasa tentera sahaja tidak mengcukupi kecuali ia disokong oleh penduduk dan sumber-sumber perindustrian yang mengcukupi bagi mencapai kemajuan teknologi dan menampung kerugian yang mungkin berlaku.

• Keempat, keupayaan mungkin digunakan sama ada lebih cekap atau kurang cekap. • Kelima, oleh kerana kita berada dalam sebuah kawasan yang unik dari segi kepesatan kemajuan

teknologinya, kepentingan relatif bagi berbagai keupayaan itu adalah sentiasa berubah. • Keenam, aspek kesediaan tidak harus dilupakan.

Page 9: SUMBER KUASA DUNIA DAN KESEIMBANGAN KUASA

GEOGRAFI• Kedudukan geografi adalah penting untuk menentukan wilayah bagi

sesebuah negara, sehingga mendorong setengah-setengah ahli fikir yang beraliran ‘geopolitk’ berusaha untuk mendapatkan keterangan sepenuhnya mengenai dasar luar berdasarkan pengaruh geografi.

• Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat korelasi di antara kuasa dan saiz wilayah sesebuah negara, walalupun ia kurang jelas berbanding dengan korelasi kuasa dengan saiz penduduk.

• Bentuk, kedudukan dan topografi adalah penting, bagi tujuan strategi dan pentadbiran, sesebuah negara itu perlu berkeadaan mampat keranan ibu negerinya terletak di tengah-tengah seperti Perancis.

• Sungguhpun teknologi moden telah mengurangkan pentingnya faktor topografi dan keperluan wujudnya ‘sempadan semulajadi’, seperti banjaran gunung dan sungai, namun faktor kedudukan masih penting.

Page 10: SUMBER KUASA DUNIA DAN KESEIMBANGAN KUASA

PENDUDUK• Kuasa sesebuah negara itu mempunyai perkaitan dengan saiz penduduknya.

Sungguhpun korelasi ini tidak mutlak, tetapi ia adalah sah kerana bagi sesebuah negara yang mempunyai saiz penduduk yang kecil ia juga boleh menjadi kuasa besar.

• Kedua-dua buah negara kuasa terbesar mempunyai saiz penduduk yang sangat besar seperti Kesatuan Soviet yang mempunyai kira-kira 160 juta orang dan Amerika Syarikat pula hampir 220 juta orang; sementara negara-negara yang paling ramai penduduk ialah China yang mungkin melebihi 900 juta orang dan India lebih daripada 600 juta orang sangat berhasrat untuk mencapai status Kuasa Besar. Walaupun dengan apa cara negara-negara tersebut tidak akan dapat menyamai status kedua-dua buah negara Kuasa Terbesar yang lebih kecil saiz penduduknya.

• Walaubagaimanapun, anggaran mengenai arah aliran perkembangan penduduk tidak boleh diketepikan dalam membuat perhitungan kuasa jangka panjang.

• Dalam tempoh beberapa dekad akan datang penduduk di negara-negara Barat yang begitu tinggi industrialisasinya akan bertambah, walaupun negara-negara tersebut telah mencapai keseimbangan di antara kadar kelahiran dan kadar kematian yang agak stabil.

• Walau bagaimanapun kadar pertambahan tersebut mungkin perlahan berbanding dengan negara-negara lain kerana kadar kematiannya semakin berkurangan secara mengejut tetap kadar kelahirannya akan terus meningkat.

Page 11: SUMBER KUASA DUNIA DAN KESEIMBANGAN KUASA

Ekonomi

• Asas ekonomi merupakan perkara penting bagi negara-negara moden sama ada dalam masa aman ataupun perang yang akan menentukan kehidupan dan kebajikan rakyat.

• Melihat ekonomi sebagai sumber kuasa sesebuah negara ialah berdasarkan penguasaan ekonomi dan pengeluaran dalam negara tersebut

• Negara-negara yang menguasai bahan mentah yang berharga yang amat sukar didapati contohnya seperti minyak dan gas akan mencapai kedudukan paling berkuasa,kerana mereka akan menentukan pertukaran bahan tersebut mengikut cara yang mereka kehendaki.

Page 12: SUMBER KUASA DUNIA DAN KESEIMBANGAN KUASA

Organisasi Kerajaan dan Tentera• Unsur-unsur kuasa yang berpoten si adalah digunakan mengikut cara bagaimana

unsur-unsur tersebut diatur dengan cekap.Organisasi kerajaan sebagai sumber kuasa bermaksud bagaimana sifat sesebuah kerajaan itu,sebagai contoh kerajaan Autoritarian boleh menyekat kemahuan rakyat dengan berkesan dan bertindak dengan cepat akibat kuasa yang digunakan oleh pihak kerajaan tersebut.

• Peranan kuasa tentera merupakan suatu syarat yang perlu ada bagi kelangsungan sesebuah negara sama ada untuk masa perang ataupun dalam keadaan aman,kerana ianya merupakan dasar pencegahan yang berkesan untuk melengkapkan keperluan dan keselamatan negara.

• Terdapat tiga unsur tentera yang berasingan iaitu i) pencegahan strategi , ii) senjata lazim secara tradisi yang dibahagikan kepada tentera udara,laut dan darat, iii) doktrin strategi

• Pada masa kini pemilikan senjata nuklear merupakan syarat utama untuk mencapai status Kuasa Terbesar dan keseimbangan senjata nuklear merupakan objektif utama bagi kuasa-kuasa besar.

Page 13: SUMBER KUASA DUNIA DAN KESEIMBANGAN KUASA

Unsur Psikologi Sosial• Unsur psikologi sosial ini merangkumi semua unsur kuasa yang tidak

ketara dan sukar dikelompokkan dalam mana-mana sumber kuasa seperti yang telah dibincangkan.

• Unsur psikologi sosial lebih bertumpukan bagaimana sesebuah masyarakat dalam negara itu bersatu padu dan seragam yang akan mengukuhkan kedudukan sesebuah negara disebabkan penyatuan.Jika wujud sebarang ketidakpuasan atau pertelingkahan dapat megurangkan kuasa negara tersebut kerana seluruh kekuatan penduduk tidak dapat disatukan disebabkan pertelingkahan tersebut.

• Antara faktor lain dalam psikologi sosial ialah semangat berpasukan,semangat berpasukan ini menjelaskan dalam konteks setakat mana penduduk memberikan sokongan kepada pemimpin-pemimpin mereka,ianya bergantung kepada suatu gabungan susasana dan kualiti kepimpinan.

Page 14: SUMBER KUASA DUNIA DAN KESEIMBANGAN KUASA

Kedudukan Strategi Antarabangsa• Kuasa negara juga dinilai berdasarkan kedudukan sesebuah negara

didunia,kerana tidak ada suatu negara dapat berdikari sepenuhnya ,semua negara bergantung kepada pakatan tentera, rakan sejawat , dalam urusan diplomatik dan pembekal serta pasaran dalam urusan perdaganngan.

• Semua unsur-unsur kuasa yang dimiliki boleh diperkukuhkan dengan melalui sokongan luar.Sungguhpun sokongan sangat diperlukan daripada kuasa-kuasa luar namun nilai dan kosnya mengkehendaki perkiraan yang berhati-hati.

• Sokongan kuasa atau penglibatan kuasa luar ini penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh negara-negara tertentu dan bantuan-bantuan yang dapat diberikan oleh kuasa luar jika sesebuah negara sedang ditimpa masalah.

Page 15: SUMBER KUASA DUNIA DAN KESEIMBANGAN KUASA

Keseimbangan Kuasa• “Imbangan kuasa” digunakan untuk menerangkan

kecenderungan keseimbangan dalam hubungan antarabangsa,malah dalam aspek sosial dan fizikal yang lain,ia juga menunjukkan keadaan politik yang bertujuan untuk mencapai keseimbangan.

• Imbangan kuasa sebagai suatu inovasi penting dalam sejarah manusia,hal ini kerana buat pertama kalinya selepas kehancuran Empayar rom , eropah telah mencapai kedudukan yang stabil,kerana kestabilan itu tidak menimbulkan perbalahan kepimpinan yang didasarkan pada penaklukan dan penguasaan oleh kuasa yang tunggal

Page 16: SUMBER KUASA DUNIA DAN KESEIMBANGAN KUASA

• Dalam sejarah moden menunujukkan bahawa semua negara telah menerima hakikat dan mengakui bahawa keseimbangan kuasa dalam sistem antarabangsa ini penting, dan kenyataan ini tidak bererti bahawa pertimbangan mengenai susunan antarabangsa umumnya lebih banyak berlaku kerana sifat mementingkan diri sendiri di kalangan negara-negara berkenaan sehingga menjadikan sesebuah komuniti itu merasai lebih kuat daripada sebuah negara.

• Keseimbangan Kuasa dapat dicapai melalui pengagihan wilayah dan perjanjian antara negara.

• Keseimbangan Kuasa boleh dilakukan dengan cara bergabung untuk mengukuhkan keadaan sesebuah negara.

• Keseimbangan kuasa ini penting untuk menjamin kedaulatan sesebuah negara.Kedaulatan sesebuah negara dalam konteks keseimbangan kuasa adalah bagi menjamin kedudukan dan keamanan sesebuah negara itu.

Page 17: SUMBER KUASA DUNIA DAN KESEIMBANGAN KUASA

• Mengambil contoh 5 kuasa besar atau veto dunia China, Perancis, Britain, Amerika Syarikat, dan Rusia, 5 buah negara ini merupakan bilangan yang minimum yang boleh menyeimbangkan kuasa tersebut.Hal ini bermaksud,jika hanya terdapat dua kuasa besar maka kecenderungan untuk membahagikan dunia kepada dua pengaruh akan tercetus,dan jika terdapat 4 negara besar,mungkin terbentuknya 2 gabungan yang terkuat yang terdiri daripada 2 biah negara besar.

• Walaubagaimanapun,disebalik keseimbangan kuasa itu dicapai oleh dua pihak/banyak pihak bukan penentu bagi kestabilan atau keseimbangan yang muktamad .

Page 18: SUMBER KUASA DUNIA DAN KESEIMBANGAN KUASA

• Dengan mengambil contoh kes di Syria, dan pendirian Rusia dan China berhubung konflik di negara tersebut sungguh jelas, dan mereka mendakwa wujud anasir luar yang menyemarakkan lagi ketegangan di negara tersebut. Mereka berpendapat bahawa Syria boleh menyelesaikan sendiri masalah dalaman negaranya tanpa perlu PBB melaksanakan resolusi tersebut.Oleh sebab itu kedua-dua negara ini menggunakan Veto untuk tidak menggunakan resolusi yang telah dibincangkan di PBB.

• Jelas China, timbul ketidak wajaran terhadap resolusi yang ditekankan terhadap kerajaan Syria dan penilaian hasil terhadap dialog diantara parti-parti di Syria.

• Hal ini jelas dapat dilihat bagaimana keseimbangan kuasa veto dalam membuat sesuatu keputusan.Tidak wujud kuasa yang dominan dalam mempengharui sesuatu keputusan.

Page 19: SUMBER KUASA DUNIA DAN KESEIMBANGAN KUASA

Kesimpulan

• Sumber-sumber kuasa dalam hubungan antarabangsa merupakan satu perkara yang perlu diketahui kerana,daripada situ kita mengetahui bagaimana sesebuah negara itu berkuasa dan bagaimana keseimbangan kuasa itu penting dalam interaksi antarabangsa kerana pada masa kini semua negara di dalam didunia berlumba-lumba untuk menunjukkan kuasa yang ada pada negara.