sumbangan sains islam

13
Sumbangan Sains Islam: Bidang Perubatan dan Farmasi; Sains Permakanan; Astronomi dan Kejuteraan Prof Madya Dr Ahmad Zaki Hj Abd Latiff Koordinator TITAS Untuk Bengkel TOT Asasi Mei 2011 22 Mei 2011 1

Upload: ahmad-zaki-abdul-latiff

Post on 25-Jul-2015

458 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sumbangan Sains Islam

Sumbangan Sains Islam: Bidang Perubatan dan Farmasi; Sains Permakanan;

Astronomi dan Kejuteraan

Prof Madya Dr Ahmad Zaki Hj Abd LatiffKoordinator TITAS

Untuk Bengkel TOT Asasi Mei 2011

22 Mei 2011

1

Page 2: Sumbangan Sains Islam

Isi kandungan

1.0 Pengenalan 2.0 Perubatan dan farmasi 3.0 Sains permakanan 4.0 Astronomi 5.0 Kejuteraan 6.0 Kesimpulan 7.0 Rujukan

2

Page 3: Sumbangan Sains Islam

1.0 Pengenalan

Perkembangan awal Islam dimulai dengan pembinaan asas-asas keislaman yang berteraskan akidah, syariah dan akhlak, seterusnya barulah dipenuhi keperluan dan tuntutan perkembangan sains dalam tamadun manusia. Dalam sejarah perkembangan sains dalam Islam, sains tulin dalam Islam mula berkembang pada zaman Umaiyah. Dasar Islam yang berteraskan keilmuan, akidah, syariah dan akhlak menjadi asas kepada perkembangan sains dalam tamadun Islam dan ia amat berbeza sekali dengan perkembangan tamadun lain. Gerakan futuhat (pembukaan) dan dakwah pada zaman selepas kewafatan Nabi (SAW) memberi ruang kepada para ilmuan muslim memberi sumbangan dalam pengislaman sesebuah tamadun. Dalam pertembungan antara Islam dengan tamadun lain, Islam tidak menentang kemajuan sains malah Islam menggalakan saintis muslim menimba ilmu sains daripada pelbagai perspektif dan seterusnya menyaring dan menyumbangnya dalam perspektif Islam. Sumbangan para saintis dikira sebagai memenuhi tuntutan ibadah dan jihad serta memenuhi keperluan fardu kifayah. Peranan dan sumbangan saintis muslim dalam perkembangan tamadun dunia boleh kita anggap sebagai mediator atau perantara antara tamadun modern dengan tamadun kuno. Sains Islam menerima sains kuno yang tidak bercanggah dengan Islam dan kemudian menyumbang kepada perkembangan tamadun modern (lihat, gambarajah 1)

3

Page 4: Sumbangan Sains Islam

Gambarajah 1

Perkembangan tamadun Islam dalam bidang sains tulin boleh dilihat dari dua aspek utama; pertama aspek sumbangan Islam terhadap setiap bidang sains berteraskan kepada sumber asasi iaiitu al-Qur`an dan as-Sunnah. Keduanya, sumbangan saintis muslim dalam setiap bidang sains yang mereka terokai setelah mereka menguasai dan menyaring daripada tamadun lain.

2.0 Perubataan dan farmasi

2.1 Sumbangan al-Qur`an dan Hadis dalam Ilmu PerubatanAl-Qur`an adalah kitab petunjuk dan pedoman hidup kepada sekalian manusia (Q2:185). Namun, Ia tidak ketinggalan membicarakan ilmu perubatan dan pengubatan rohani dan jasmani.

• Al-Quran menjadi sumber inspirasi kepada ilmuan menimba, meneroka dan menyebar ilmu pengetahuan. Terdapat ayat-ayat yang menyentuh secara umum tentang kesihatan dan perubatan. Antaranya ialah galakan mengkaji tubuh badan manusia sebagai tanda kebesaran Allah, seperti dalam ayat Qur`an (yang

Sains Islam menerima dan menyumbang

BARAT

ISLAM

CHINAINDIASABEAN

ARABYUNANIIRAN

BABYLONIAEGYPTINDIA

(Abad ke 17-20 M.)

(Abad ke 7-19 M.)

(2000 – 200 S.M.) 11 - 1 S.M.

(1750 -538 S.M.)

(2500 -1500 S.M.) (1523 S.M. – 1600 M.)

(4000 – 600 S.M.)

4

Page 5: Sumbangan Sains Islam

bermaksud) “dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memperhatikan? (Q51:21); “dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah dia menciptka kamu daripada tanah kemudian tiba-tiba kamu (menjadi ) manusia yang berkembang biak”.(Q30:20) ; “ Kami akan memperlihatkan tanda-tanda kekuasaan Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri , sehingga jelas lah bagi mereka bahawa al-Qur`an itu adalah benar(Q41:53) dan (Q22:5)

• Hadis Nabi (SAW) juga membincangkan perihal penyakit seperti kusta, pleurisi dan oftalmia; cara rawatan seperti membekam, meyelar atau membakar serta kegunaan madu. Kumpulan Hadis perubatan disusun oleh para penulis dan diberi nama Tibb al-Nabi (Perubatan Nabi) (Ismail Saad, 1985).

• Ajaran dan cara hidup Islam seperti solat, berwuduk, berpuasa, diharamkan arak, bangkai, khinzir, kewajipan menutup aurat, keutamaan bersih dan bersuci , bersenam, amalan zikir dan doa, pemilihan permakanan dan cara makan yang betul juga mempunyai unsur-unsur perubatan dan pengubatan rohani dan jasmani

2.2 Tokoh-tokoh Representatif Bidang Perubatan

Kesan gerakan penterjemahan (750-900M) dan galakan pemerintah Islam seperti Harun al-Rasyid dan Makmun melahirkan ramai penyumbang kepada kemajuan bidang perubatan; di antara tokoh tersebut ialah;

• Jabir ibn Hayyan (721-776M) dikenali sebagai Geber di Eropah, seorang ahli kimia ubat, menghasilkan karya melebihi 100 buah buku; karya beliau sering dirujuk oleh pakar kimia Eropah, antaranya spr Book of the seventy

• Hunayn ibn Ishaq (810-878M)dikenali sebagai Joannitius dilahirkan di Hirah (Iraq), seorang penterjemah, pengarah Institut al-Hikmah dan doktor istana. Beliau menulis buku Sepuluh Treatis Mengenai mata.

• Thabit ibn Qurah (838-901M), pengamal perubatan, penterjemah dan penyusun buku tentang ilmu perubatan Yunani

• Abu Yusof ibn Ishaq al-Kindi (809-873M), dikenali sebagai al-Kindi seorang gabenor Kufah, pegawai perubatan dan guru Diraja. Beliau menulis melebih 265 jilid kitab (dalam pelbagai bidang; falsafah, logik, perubatan dan sebagainya, kebanyakan karya beliau musnah akibat serang Mongol di Baghdad). Salah sebuah karya beliau yang terkenal ialah The Book of Optics, dikatakan mempengaruhi Roger Bacon (Eropah).

5

Page 6: Sumbangan Sains Islam

• Abu Bakar Muhammad Ibn Zakaria Razi (865-925M), lebih dikenali sebagai Rhazes di Barat dan digelar sebagai Galen Arab. Menghasilkan karya melebihi 200 jilid; di antaranya Kitab al-Hawi yg merupakan ensikopedia perubatan. Kitab al-Mansur dan al-Asrar adalah dua buah kitab kimia yang berpengaruh. Pengasas perubatan psikosomatik dan tokoh yang mengenali cacar dan campak

• Abu Qassim Kahalf ibn Abbas al-Zahrawi (936-1013M), tokoh bedah yang dikenali sebagai Abulcassis di Barat. Beliau dilahirkan di bandar Zahrah, Cordoba. Beliau menghasilkan buku bertajuk al-Tasrif (atau dikenali juga sebagai Kitab al-Zahrawi) yang mengandungi 30 bahagian yg diterjemahkan ke bahasa Latin, Perancis, Sepanyol dan Hebrew. Beliau juga memperkenalkan 150 alat pembedahan.

• Abu Ali Hussain ibn Abdullah Ibn Sina (980-1037M), dikenali sebagai Avicenna di Barat, dilahirkan di Isfahan di Uzbekistan. Menghafal al-Qur’an sejak umur 10 tahun lagi, menguasai bahasa Parsi dan Arab, menulis 456 buah buku, karya beliau yang masyhur ialah al-Qanun fi al-Tibb atau Canon of Medicine mengandungi 1 juta perkataan. Membincangkan asas umum perubatan dan jenis-jenis ubat berjumlah 760. Buku ini menjadi teks terkenal dan digunakan selama enam abad di universiti-universiti di Eropah. Ia menemukan juga gejala penyakit seperti diabetis, penyakit jangkitan seks dan sebagainya.

3.0 Bidang Sains permakanan

Islam amat mengutamakan kesihatan tubuh badan, akal yang sihat terletak pada tubuh badan yang sihat. Oleh itu, permakanan berperanan penting bagi mengekalkan kesihatan dan kesihatan penting bagi tujuan menyempurnakan amal ibadat seperti solat, puasa, zakat dan haji

• 3.1 Kepentingan peraturan permakanan, tujuan Islam mengharamkan makanan tertentu adalah untuk menguji keimanan seseorang setelah dia menerima Islam. Sungguh pun demikian tujuan syariat adalah juga mempunyai maslahah untuk kebaikan manusia. Di antara maqasid syariah (tujuan disyariatkan) dalam pengharaman nya ialah untuk menghindarkan mudarat dan penyakit. Di samping itu, Islam juga menggalakan supaya makan makanan yang halal lagi baik (halalan tayyiban) untuk manfaat kesihatan tubuh badan manusia. Allah berfirman yang maksudnya, “Wahai orang beriman, makanlah di antara rezki yang baik-baik yang Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah jika benar-benar hanya kepadaNya kamu menyembah.” (Q2:172-3) dan (Q2:168).

Al-Quran menjelaskan makanan yangg diharamkan secara spesifik seperti bangkai, darah, daging khinzir dan binatang yg disembelih bukan kerana Allah.

6

Page 7: Sumbangan Sains Islam

Allah berfirman yang maksudnya, “ Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan ke atasmu memakan bangkai, darah, daging babi dan apa yng disembelih dengan menyebut nama selain Allah; tetapi barangsiapa yang terpaksa memakannya dengan tidak menganiya dan tidak pula melampaui batas, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Q16; 115). Selain itu, binatang yang mati tercekik, yang mati dipukul, yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, yang mati ditanduk, yang mati dimakan binatang buas dan yang disembelih atas nama berhala (Q5:3).

Minuman keras dilarang kerana mudarat lebih besar daripada munafaatnya, “mereka bertanya kamu mengenai khamar dan judi , katakanlah pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya itu lebih besar daripada manfaatnya.” (Q2: 219).

Syariat Islam mengutamakan konsep ‘kawalan lebih baik daripada mengubati’ (Preventive is better than cure)

3.2 Kepentingan Permakanan yang seimbang,

Al-Quran menjelaskan secara tidak langsung kepentingan protein haiwan kepada permakanan manusia seperti daging lembu yang dipanggang (Q11:69); (Q51:26), ikan sumber protein yang kaya (Q16:14); (Q25:12), kepentingan susu yang fresh(Q23:12) dan kelebihan buah-buahan seperti buah tamar anggur, delima (Q16:67) ; (Q55:68-69).

• Cara dan tertib makan adalah penting kerana ia menentukan penghadaman yang betul dan tidak membawa terhasilnya toksimia.

• Antara kaedah sunnah Nabi (SAW) ialah makan apabila lapar dan bila makan jangan sampai kenyang atau berlebihan, jangan campur berbagai jenis makanan dalam satu hidangan. Baginda menegaskan bahawa perut adalah sarang penyakit, berpantang larang adalah petua segala perubatan. Berpuasa adalah kaedah penyumbuhan bagi penyakit sebagaimana sabda Baginda, berpuasalah kamu pasti kamu akan sihat (mafhum Hadis).

4.0 Bidang Astronomi

• 4.1 Fakta astronomi dalam al-Qur`an

7

Page 8: Sumbangan Sains Islam

Dalam al-Qur`an terdapat banyak ayat-ayat yang menyentuh mengenai alam jagat raya seperti kejadian langit dan bumi, siang dan malam, perjalanan matahari dan bulan dan sebagainya. Di antaranya;

• Bulan sebagai munir (bercahaya) berfungsi pemantul cahaya dan matahari sebagai siraj(obor) yg mengeluarkan cahaya, haba (Q25:71) dan (Q71; 15-16).

• Pertukaran siang dan malam, fenomena ini terhasil daripada putaran (kawwara=membelit serban) (Q39: 5) dan sebagai bukti dunia adalah bulat.

• Allah yang membina alam dan mengembangkannya , bukan secara evolusi spr dalam teori pengembangan(Q51:47).

• Langit dan bumi dijadikan oleh Allah pada asalnya adalah satu jasad yang kemudian diasingkan, (dikatakan sama dengan teori Ledakan Besar) ditegaskan oleh Al-Qur`an (Q21:30)

4.2 Sumbangan ilmuan muslim dalam bidang astronomi

Di antara foktor utama yang menggalakan ilmuan muslim memberi sumbangan dalam bidang ini ialah; fakta saintifik yg terdapat dalam al-Qur`an dan gesaan mengkaji kejadian alam; serta galakan daripada pemerintah dan pengetahuan sains dan matematik yang maju abad ke 9M.

• Pada zaman al-Makmun, lahir tokoh al-Habasy dengan jadual-jadual al-Makmun dan al-Khawarizmi dengan jadual astronomi, al-Farghani (alfaraganus) dengan karyanya tentang unsur-unsur astronomi.

• Al-Battani telah menemui cara baru untuk membuat penyelidikan terperinci tentang gerhana matahari dan bulan.

• Pada abd ke 10M, Abd Rahman al-Sufi menghasilkan buku yang mengandungi peta bintang @rajah-rajah bintang. Buku ini tersebar luas ke dunia Timur dan Barat.

• Abu Said al-Sijzi terkenal dengan ciptaan ‘astrolab’ yang berasaskan andaian bumi mengelilingi matahari.

• Pada abad ke 11M, al-Biruni telah menentukan latitud dan longitud, membuat banyak ukuran tentang bumi

• Ibn Yunus menjalan pencerapan di Kaherah dan menyempurnakan jadual yg paling tepat ketika itu bertajuk Zij (Jadual Hakimi) pada tahun1007M.

8

Page 9: Sumbangan Sains Islam

• Al-Zarqali (berketurunan Sepanyol) berjaya mencipta alat astronomi yang dikenali sebagai sahifah. Jadual ini digunakan secara meluas beberapa abad.

• Pada abad ke 12M, aktiviti pencerapan sudah bertapak di Maragha yg diterajui oleh Nasir al-Din al-Tusi. Beliau berjaya mengeluarkan Iikhanid Zij pada abad ke 13M.

5.2 Sumbangan teknokrat muslim

Di antara kitab yang masih tinggal dan dapat diselamatkan daripada dimusnahkan oleh penjajah ialah Kitab Hiyal (Kitab pengetahuan Peranti Mekanik) oleh al-Jazari, Book of Artifices (Kitab Alatan) yang ditulis oleh Banu Musa dan The Sublime Methods of Spritual Machines (kaedah-kaedah mulia mesin Rohani) yang ditulis oleh Taqi al-Din.

Sumbangan kejuteraan mekanikal utama ialah alat pengangkut air untuk pengairan, perumahan, industri dan lain-lain. Ia dikenali sbg Shaduf di Mesir dan Syria. Dua lagi ialah saqiya (digerakkkan oleh binatang ternakan) dan naura (menggunakan kuasa air). Mesin pengangkut yang ketiga oleh al-Jazari menggunakan roda berputar (lihat, Rajah 1, 2 & 3).

Khalifah Umar Abd Aziz mengarahkan pembinaan terusan yang panjangnya 10km yang mengalir air dari sungai Furat ke Basrah. Baginda juga membina terusan yang menyambungkan Sungai Nil dengan Laut Merah. Terusan itu dibina bermula di Fustat hingga ke Laut Merah, panjang keseluruhan ialah 110km.

Pembinaan ‘qanat’ atau sistem pengairan air bawah tanah telah direka oleh jurutera awam di Parsi dan dibina di sekeliling bandar Isfahan, air dari sungai dialirkan ke anak-anak sungai untuk kegunaan pertanian dan perumahan.

9

Page 10: Sumbangan Sains Islam

6.0 Kesimpulan

• Sains Islam menyambung tradisi ilmu dan mengembangkan secara fitrah berdasarkan lunas-lunas keislaman. Kebanyakan asas-asas sain modern kini diasaskan oleh saintis muslim.

• Keunikan sains Islam ialah kebanyakan penyumbang sains Islam adalah di luar semenanjung Arab dan kalangan ajam, ia membuktikan Islam bercirikan universal.

• Pemerintah Islam memberi ruang kepada non muslim menyumbang dalam bidang kepakaran mereka masing-masing malah sumbangan mereka dihargai.

• Sains menurut perspektif Islam tidak boleh dipisahkan daripada asas-asas Islam malah saintis muslim berakhlak mulia, menghayati Islam, berdedikasi tinggi terhadap kerjaya mereka dan menganggap kerja sebagai ibadat dan jihad

10

Page 11: Sumbangan Sains Islam

7.0 Rujukan

• Afzalur Rahman. (1981). Quranic Sciences. Singapura: Pustaka Nasional

• Bakhtiar Rahman. (1998).Islamic Contributions to Science. Kuala Lumpur: Research Information Centre on Islam

• Ismail Saad et al. (1985). Pengenalan Tamadun Islam Dalam Ilmu Perubatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

• Ramli Awang et al. (2003). Falsafah Sains dan Teknologi. Kuala Lumpur : PTS

• Shaharir Mohamad Zain et al. (1985). Pengenalan Tamadun Islam Dalam Sains dan Teknologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

• Sulaiman Nordin. et al. (1995). Sains Menurut Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

11