sulit majlis bandaraya petaling jaya jalan yong … · mencerminkan kualiti, ... bandar raya yang...

23
1/23 Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 28.3.2018, MBPJ SULIT SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK LIN, 46675 PETALING JAYA. Telefon : 03-79563544 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Ruj. Kami : MBPJ/010103(U)/S/M9/1 Jld.5 (9) MINIT MESYUARAT MAJLIS (PENGGAL 2016-2017) BILANGAN 3 TAHUN 2018 Tarikh : 28 Mac 2018 (Rabu) Masa : 10.30 Pagi 12.10 Tengahari Tempat : Dewan Bunga Tanjung, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA. Hadir : Seperti dilampiran kehadiran 1. DOA Doa telah dibacakan oleh Encik Abdul Hakim bin Khairuddin, Penolong Pengarah (Penerbitan), Unit Komunikasi Korporat, Majlis Bandaraya Petaling Jaya. 2. TAYANGAN VIDEO 2.1 Tayangan video korporat daripada Unit Komunikasi Korporat mengambil masa selama 13 minit yang memaparkan aktiviti-aktiviti Majlis dan Ahli Majlis sepanjang bulan Mac 2018. 3. PERUTUSAN PENGERUSI 3.1 YBhg. Datuk Pengerusi merafakkan kesyukuran yang tidak terhingga di atas segala nikmat kurniaan yang diberikan kepada kita semua. Beliau berharap agar semua Ahli Majlis, Ketua Jabatan, pegawai- pegawai dan warga kerja Majlis sentiasa bersama-sama beliau dalam memberikan kerjasama dan komitmen kepada Majlis bagi memastikan program dan aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Upload: tranxuyen

Post on 01-Apr-2019

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · mencerminkan kualiti, ... bandar raya yang berdaya huni, ... mengurangkan kesan pencemaran udara dan bunyi, menghijaukan

1/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 28.3.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK LIN,

46675 PETALING JAYA. Telefon : 03-79563544

------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Ruj. Kami : MBPJ/010103(U)/S/M9/1 Jld.5 (9)

MINIT MESYUARAT MAJLIS

(PENGGAL 2016-2017) BILANGAN 3 TAHUN 2018

Tarikh : 28 Mac 2018 (Rabu)

Masa : 10.30 Pagi – 12.10 Tengahari Tempat : Dewan Bunga Tanjung,

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA.

Hadir : Seperti dilampiran kehadiran

1. DOA

Doa telah dibacakan oleh Encik Abdul Hakim bin Khairuddin, Penolong Pengarah (Penerbitan), Unit Komunikasi Korporat, Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

2. TAYANGAN VIDEO 2.1 Tayangan video korporat daripada Unit Komunikasi Korporat

mengambil masa selama 13 minit yang memaparkan aktiviti-aktiviti Majlis dan Ahli Majlis sepanjang bulan Mac 2018.

3. PERUTUSAN PENGERUSI

3.1 YBhg. Datuk Pengerusi merafakkan kesyukuran yang tidak terhingga di atas segala nikmat kurniaan yang diberikan kepada kita semua. Beliau berharap agar semua Ahli Majlis, Ketua Jabatan, pegawai-pegawai dan warga kerja Majlis sentiasa bersama-sama beliau dalam memberikan kerjasama dan komitmen kepada Majlis bagi memastikan program dan aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Page 2: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · mencerminkan kualiti, ... bandar raya yang berdaya huni, ... mengurangkan kesan pencemaran udara dan bunyi, menghijaukan

2/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 28.3.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

Dalam menghadapi arus globalisasi masa kini, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bukan sahaja berdepan dengan proses pembangunan perbandaran, malah ianya juga berdepan dengan harapan penduduk yang semakin tinggi terhadap perkhidmatan yang ditawarkan seperti perkhidmatan tadbir urus bandar, pengurusan alam sekitar, infrastruktur dan sosial.

Sebagai organisasi yang berteraskan perkhidmatan, Majlis perlu sentiasa prihatin dan peka terhadap keperluan dan ekspektasi penduduk khususnya penduduk Petaling Jaya. Justeru itu, beliau berharap agar layanan dan perkhidmatan yang diberi kepada pelanggan Majlis adalah yang terbaik dan secara langsung mencerminkan kualiti, ketelusan dan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan secara keseluruhannya.

3.2 PELAN PENGURUSAN RISIKO

Dalam persekitaran perkhidmatan yang semakin kompleks, risiko sentiasa wujud dalam setiap pembangunan, program dan aktiviti. Maka satu pendekatan yang sistematik adalah amat penting bagi mencapai visi dan misi Majlis. Justeru, kerangka pengurusan risiko yang komprehensif digunakan di semua jabatan secara konsisten bagi menguruskan risiko setiap aktiviti Majlis. Pendekatan secara atas-bawah (top-down) dan bawah-atas (down-top) digunakan dalam memastikan ancaman atau peluang dapat diurus dengan baik oleh pihak pengurusan dan kakitangan Majlis amnya ke arah pencapaian Petaling Jaya sebagai bandar raya yang berdaya tahan (resilient).

Pembangunan kepada Pelan Pengurusan Risiko ini amat perlu dan wajar dilaksanakan kerana Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) merupakan sebuah organisasi yang menyediakan perkhidmatan kepada seluruh masyarakat sekitar Petaling Jaya. MBPJ sebagai sebuah PBT bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan tersusun bagi memastikan masyarakat berpuas hati dan merasa selamat dengan sistem penyampaian perkhidmatan MBPJ. Oleh itu, Pelan Pengurusan Risiko merupakan salah satu komponen penting dalam memastikan MBPJ dapat mencapai sasaran iaitu menyediakan perkhidmatan yang baik dan selamat kepada masyarakat. Ia dikatakan sedemikian kerana Pelan Pengurusan Risiko yang dikenal pasti dapat ditangani dengan baik dan tidak menimbulkan kerugian atas kemusnahan yang teruk. Perkara teras yang telah ditetapkan dalam pembangunan Pelan Pengurusan Risiko MBPJ ini iaitu:

Page 3: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · mencerminkan kualiti, ... bandar raya yang berdaya huni, ... mengurangkan kesan pencemaran udara dan bunyi, menghijaukan

3/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 28.3.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

i. Menilai tahap risiko yang mungkin dihadapi oleh organisasi ii. Membangunkan Pelan Pengurusan Risiko iii. Melaksanakan simulasi Pelan Pengurusan Risiko iv. Menilai keberkesanan Pelan Pengurusan Risiko v. Penambahbaikan terhadap Pelan Pengurusan Risiko

Pelan Pengurusan Risiko MBPJ mempunyai objektif seperti berikut:

i. Memantapkan pengurusan dan pentadbiran MBPJ ii. Meningkatkan tahap kepuasan serta kepercayaan pelanggan

dan stakeholder iii. Mewujudkan suasana persekitaran yang selamat dan kondusif iv. Menyediakan satu Prosedur Operasi Standard v. Menyediakan satu sistem kawalan bersepadu dan berterusan vi. Mengurangkan kos penyelenggaraan yang berulang Keurusetiaan bagi Pelan Pengurusan Risiko ini adalah di bawah Bahagian Pentadbiran Am, Jabatan Khidmat Pengurusan. Majlis telah mengenal pasti perkhidmatan dan sistem yang diaplikasi yang mempunyai keupayaan risiko untuk merencatkan keselamatan tadbir urus, sistem penyampaian perkhidmatan di setiap jabatan dan unit di Majlis. Majlis akan mengemas kini dan menambah baik mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

3.3 PJ CITY BUS

Selaras dengan halatuju menjadikan Petaling Jaya sebagai sebuah bandar raya yang berdaya huni, strategi pembangunan pengangkutan bersepadu dengan perancangan guna tanah telah dilaksanakan di bawah Kajian Pengangkutan (Pelan Induk Pengangkutan) yang telah bermula pada 1 Mei 2014 dan diluluskan pada 28 September 2016. Pelan Induk Pengangkutan Petaling Jaya merangkumi pelan tindakan jangkamasa pendek, jangkamasa pertengahan dan jangkamasa panjang sehingga 2030 yang boleh dilaksanakan oleh Majlis bagi mengurus dan menambahbaik sistem pengangkutan dan lalulintas di Petaling Jaya dan seterusnya mencapai sasaran 40% penggunaan pengangkutan awam pada tahun 2030.

Seiring dengan inisiatif Majlis menyediakan Pelan Induk Pengangkutan, pada bulan yang sama, perkhidmatan PJ City Bus dilancarkan pada 15 Mei 2014 menggantikan Bas Komuniti PJ dengan satu laluan PJ01 bermula daripada HAB Bas PJS 3/2 sehingga ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Jalan Gasing dan telah dikembangkan kepada 3 laluan PJ02, PJ03 dan

Page 4: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · mencerminkan kualiti, ... bandar raya yang berdaya huni, ... mengurangkan kesan pencemaran udara dan bunyi, menghijaukan

4/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 28.3.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

PJ04 yang telah meliputi 50% kawasan Petaling Jaya (Seksyen, SS dan PJS). Perlaksanaan ini bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalulintas serta menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang selesa dan cekap untuk kemudahan penduduk ke destinasi sekitar Pusat Bandar Seksyen 52, Petaling Jaya. Perkhidmatan bas percuma ‘PJ City Bus’ ini juga merupakan salah satu tanggungjawab sosial Majlis kepada masyarakat Petaling Jaya.

Sejak bermulanya perkhidmatan PJ City Bus, penggunaan pengangkutan awam telah meningkat sebanyak 1.13 juta pengguna pada tahun 2014 dan sehingga Disember 2017, jumlah ‘ridership’ perkhidmatan bas percuma ini telah mencecah sebanyak 4.22 juta penumpang. ‘Ridership’ perkhidmatan PJ City Bus juga merupakan yang tertinggi di negeri Selangor mengatasi semua PBT yang mempunyai perkhidmatan yang sama.

Cadangan tambahan laluan baru perkhidmatan “PJ City Bus” laluan PJ05 diperlukan berdasarkan kepada bilangan penduduk yang tinggi iaitu meliputi kawasan Bandar Utama, Damansara Utama, Kg. Kayu Ara, Damansara Jaya dan dijangkakan jumlah ridership yang akan ditampung adalah sebanyak 80,884 orang. Manakala bagi laluan PJ06 dipilih berdasarkan kepadatan penduduk yang tinggi di Damansara Damai, Bandar Sri Damansara dan Damansara Perdana serta kawasan pusat perniagaan utama seperti Mutiara Damansara, Bandar Utama dan Empire City Damansara Perdana. Cadangan laluan PJ06 ini dijangka akan memberi faedah kepada 165,557 pengguna.

Sekiranya laluan cadangan PJ06 tidak diluluskan oleh pihak SPAD, ianya akan memberi kesan kepada perancangan 106 laluan bas pengantara di bawah Pelan Induk Pengangkutan Petaling Jaya dimana pelan tersebut telah mengambilkira kawasan yang mempunyai permintaan perjalanan yang tinggi dan seterusnya sasaran Majlis untuk mencapai 40% penggunaan pengangkutan awam di Petaling Jaya tidak dapat direalisasikan.

Majlis bercadang untuk menjalankan sesi “trial run” selama 3 bulan bagi kedua – dua laluan cadangan sementara menunggu keputusan oleh pihak SPAD terhadap rayuan yang dikemukakan oleh Majlis pada 12 Februari 2018 bagi laluan PJ06. “Trial run” ini adalah penting bagi mengenalpasti kesesuaian kawasan liputan sepanjang laluan PJ05 dan PJ06. Dalam masa yang sama, sesi ini bertujuan untuk membuktikan bahawa terdapat permintaan perjalanan yang tinggi oleh penduduk setempat terutamanya di kawasan Damansara Damai dan Bandar Sri Damansara.

Page 5: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · mencerminkan kualiti, ... bandar raya yang berdaya huni, ... mengurangkan kesan pencemaran udara dan bunyi, menghijaukan

5/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 28.3.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

3.4 PENGURUSAN POKOK TEDUHAN DI PETALING JAYA

Kejadian pokok tumbang yang berlaku ketika angin kencang mahupun ribut adalah satu fenomena yang ditakuti orang ramai, lebih-lebih lagi sekiranya ia melibatkan nyawa dan kerosakan harta benda. Kejadian yang berlaku di Kuala Lumpur baru-baru ini benar-benar mengejutkan ramai pihak.

Tidak dinafikan, pokok memainkan peranan yang penting dalam kehidupan. Ia memberikan teduhan, mengurangkan suhu setempat, mengurangkan kesan pencemaran udara dan bunyi, menghijaukan kawasan pembangunan, mengawal hakisan tanah dalam melestarikan kehidupan di bandar. Melalui ini, Majlis sedaya upaya mengambil langkah-langkah terbaik bagi mengelakkan atau mengurangkan kerosakan pokok-pokok yang dialami.

Berdasarkan pemerhatian dan pemeriksaan di tapak kejadian mendapati, selain dari faktor kelajuan angin, kebanyakan kes kegagalan pokok adalah berpunca daripada masalah seperti berikut:

Ruang penanaman terhad dan tidak sesuai untuk pertumbuhan

akar pokok yang kuat dan sihat.

Pembesaran jalan mengakibatkan pemotongan akar dan menjadikan pokok tidak lagi stabil.

Pemilihan spesis pokok yang tidak sesuai dengan ruang

penanaman.

Pokok tumbuh liar di lereng, tanah berbatu.

Gangguan kepada akar akibat pembesaran jalan, pembinaan longkang atau pemasangan utiliti lain.

Perdu atau akar pokok reput akibat penyakit atau serangan anai-

anai yang tidak dikesan dan dirawat di peringkat awal.

Akar bulat dan tiada akar sisi menunjukkan pokok berasal dari benih keratan batang.

Menyedari permasalahan ini, Majlis telah mengambil tindakan proaktif dengan membuat pemantauan dan pemeriksaan bersama kontraktor zon pada setiap bulan. Tindakan segera dibuat sekiranya terdapat

Page 6: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · mencerminkan kualiti, ... bandar raya yang berdaya huni, ... mengurangkan kesan pencemaran udara dan bunyi, menghijaukan

6/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 28.3.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

pokok yang berisiko ditemui. Kerja-kerja pangkasan pokok pula dilaksanakan sekurang-kurangnya dua kali setahun. Ini adalah bagi memastikan pertumbuhan pokok yang seimbang dan menarik dari aspek estetiknya.

Berdasarkan statistik yang diperolehi pada tahun 2017, Majlis telah menyelenggara sebanyak 95,381 pokok teduhan merangkumi kerja-kerja pemangkasan (92,419 pokok), penebangan (2,514 pokok), tumbang (150 pokok) dan patah/ serkah (298 pokok).

Dalam menangani isu yang sama, pencegahan di peringkat awal adalah penting agar pokok berisiko dapat dikawal dan diuruskan secara sistematik dan teratur. Jabatan Landskap akan mengadakan kursus jangka pendek Pengurusan Penilaian Pokok Berisiko (Tree Risk Inspection Management – TRIM) bagi memberikan pendedahan dan meningkatkan tahap kemahiran untuk mengenal pasti tanda-tanda kegagalan pokok di peringkat awal mengikut kaedah piawaian International Society of Arboriculture (ISA). Selain itu juga, kakitangan Jabatan Landskap akan dihantar untuk mendapatkan Sijil Pentauliahan Arboris bagi memastikan mereka berupaya untuk mengurus pokok di Petaling Jaya dengan lebih berkesan.

Justeru, bagi meningkatkan keyakinan penduduk, Majlis telah mengguna pakai dasar pelupusan pokok di Petaling Jaya mengikut keadaan, spesis, lokasi dan tujuan pelupusan pokok terlibat semasa mempertimbangkan tindakan aduan atau permohonan yang diterima untuk melupus mana-mana pokok di Petaling Jaya.

A. KEADAAN POKOK

B. JENIS POKOK

C. LOKASI POKOK

D. TUJUAN

i. Mati/Sakit

ii. Tumbesaran tidak stabil/condong/tidak seimbang

iii. Tumbuh liar

dan tidak kemas

iv. Mendatangkan kacau ganggu

i. Angsana

ii. Acacia

iii. Gliricidia

iv. Madras thorn

v. Khaya

vi. Bucida

i. Dalam/tepi longkang

ii. Lorong belakang rumah

iii. Berhampiran

bangunan

iv. Ruang penanaman

i. Pelebaran jalan

ii. Naik taraf kemudahan awam

iii. Pembangunan

kawasan

iv. Pembersihan kawasan untuk

Page 7: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · mencerminkan kualiti, ... bandar raya yang berdaya huni, ... mengurangkan kesan pencemaran udara dan bunyi, menghijaukan

7/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 28.3.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

kepada utiliti awam

vii. Lain-lain

pokok *Kriteria ini terbatal sekiranya pokok dalam keadaan sihat dan terletak di lokasi yang sesuai untuk tumbesaran.

kurang dari 1m x 1m

v. Ruang selain

dari rezab landskap yang tidak sesuai untuk tumbesaran yang sihat.

tujuan keselamatan

Satu pelan tindakan jangka panjang; Pelan Penanaman Pokok Petaling Jaya sedang dirangka untuk dijadikan garis panduan Majlis dan pihak-pihak berkepentingan dalam menentukan spesis yang bersesuaian dengan lokasi dan ruang selain memenuhi fungsi penanamannya.

Pelan Penanaman Pokok Petaling Jaya akan mengutamakan pemilihan spesis pokok tempatan berbanding pokok import yang mempunyai daya ketahanan (resilient) yang tinggi dan sesuai dengan cuaca tempatan. Terdapat beberapa spesis pokok import yang popular ditanam suatu ketika dulu untuk menghijaukan bandar dengan cepat. Akan tetapi, ianya mengakibatkan kesan buruk dalam jangka masa panjang berpunca daripada penanaman di ruang yang tidak bersesuaian; antaranya Pterocarpus indicus (Angsana), Acacia auriculiformis (Cassia Perak), Peltophorum pterocarpum (Yellow Flame), Khaya senegalensis (Khaya) dan Casuarina equestifolia (Rhu). Pendekatan secara menyeluruh dalam menangani isu pokok tumbang adalah sangat penting. Bermula dari penyediaan ruang penanaman dan spesis tanaman yang sesuai hingga kepada penyelenggaraan tanaman jangka panjang untuk memenuhi fungsi yang ditetapkan.

Page 8: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · mencerminkan kualiti, ... bandar raya yang berdaya huni, ... mengurangkan kesan pencemaran udara dan bunyi, menghijaukan

8/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 28.3.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

3.5 PEMATUHAN PROSEDUR DAN TEMPOH MASA PROSES OSC 3.0

Kementerian Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah membuat kajian berkaitan permohonan Kebenaran Merancang (KM) dan ulasan agensi teknikal untuk 99 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Semenanjung Malaysia. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan.

Antara perkara yang diberikan perhatian dalam kajian tersebut antaranya: i. Tempoh agensi teknikal memberi ulasan secara online. ii. Tempoh permohonan diberi keputusan dalam Mesyuarat

Jawatankuasa OSC; dan iii. Tempoh C1 dikeluarkan oleh Jabatan.

Pelaksanaan OSC sentiasa dipantau oleh Kerajaan Negeri dan KPKT melalui pelbagai kaedah, contohnya Audit Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) oleh Kerajaan Negeri dan Audit Sistem Star Rating Pihak Berkuasa Tempatan (SSR-PBT). Sehubungan itu, Majlis hendaklah sentiasa memastikan rekod perkhidmatan OSC sentiasa di tahap yang terbaik.

3.7 OPERASI PENUTUPAN PREMIS MAKANAN

Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran telah menggiatkan usaha dalam memastikan tahap kebersihan premis makanan di sekitar pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya berada dalam keadaan kebersihan yang maksimun. Hal ini adalah bagi menjamin kesihatan awam dengan melakukan operasi penutupan ke atas premis makanan yang melanggar mana-mana peruntukan Undang-undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan (MBPJ) 2007 atau beroperasi tanpa lesen yang sah.

Sebanyak 47 premis makanan telah ditutup pada tahun 2017. Manakala bagi bulan Januari dan Februari 2018, sebanyak 15 buah premis telah ditutup. Bagi memantapkan lagi kerja-kerja pemantauan dan penguatkuasaan terutama ke atas premis makanan ini, pada tahun 2018, Jabatan telah mewujudkan satu unit baru iaitu Unit Penguatkuasaan Kesihatan bagi melaksanakan tugas ini. Mana-mana premis yang ditutup akan dibuat pemeriksaan semula selepas

Page 9: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · mencerminkan kualiti, ... bandar raya yang berdaya huni, ... mengurangkan kesan pencemaran udara dan bunyi, menghijaukan

9/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 28.3.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

pemilik premis melakukan pembetulan seperti dalam arahan penutupan dan jika didapati premis ini telah mematuhi syarat, kebenaran buka semula premis akan di beri.

Operasi ini akan di teruskan di seluruh Petaling Jaya bagi memenuhi hasrat Majlis bagi menjamin kebersihan dan kesihatan awam serta keselesaan penduduk pada setiap masa. Kepada orang awam yang memerlukan nasihat dari segi syarat kebersihan dan kesihatan, mereka boleh terus berhubung pegawai/kakitangan Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran.

3.8 KES DENGGI DI PETALING JAYA

Jumlah kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga 17 Mac 2018 (minggu epid ke 11/2018) adalah sebanyak 387 kes. Jumlah ini menunjukkan penurunan kes sebanyak 54% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2017 (845 kes). Jumlah ini juga adalah yang terendah berbanding 2 PBT lain di daerah Petaling. Purata kes mingguan adalah sejumlah 35 kes seminggu. Kes kematian denggi masih kekal 1 kes sehingga kini.

Manakala jumlah lokaliti wabak sehingga minggu epid 11 adalah 14 lokaliti seperti berikut:

LOKALITI WABAK JUMLAH WABAK YANG

DILAPORKAN PADA 17 MAC 2018

Wabak Baru (WB) 0

Wabak Terkawal (WT) 12

Wabak Tidak Terkawal (WTK)

1

Hotspot (HS) 1

JUMLAH LOKALITI WABAK

14

Page 10: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · mencerminkan kualiti, ... bandar raya yang berdaya huni, ... mengurangkan kesan pencemaran udara dan bunyi, menghijaukan

10/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 28.3.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

Jumlah bilangan kes denggi mengikut zon Dun tahun 2018 sehingga ME 11 (17/3/2018) adalah seperti berikut:

BIL ADUN JUMLAH

PENDUDUK BIL. KES

KADAR INSIDEN /100000

1.

BUKIT LANJAN YB ELIZABETH

WONG KEAT PING

193,454 83 43

2.

KOTA DAMANSARA YB DATUK

HALIMATON SAADIAH BOHAN

140,960 91 65

3. SERI SETIA

YB NIK NAZMI NIK AHMAD

98,594 78 79

4. TAMAN MEDAN

YB HANIZA MOHAMED TALHA

92,710 50 54

5. DAMANSARA

UTAMA YB YEO BEE YIN

73,859 32 43

6. BUKIT GASING YB RAJIV A/L

RISHYAKARAN 75,109 34 45

7. KAMPUNG TUNKU YB LAU WENG SAN

38,314 19 50

Bilangan Kawasan Hotspot Terkini Dilaporkan (Sehingga 22/3/2018)

Bil Senarai Nama Lokaliti Wabak Jumlah

Kes Terkini Wabak Di

JangkaTamat

Tiada wabak Hotspot dilaporkan

Page 11: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · mencerminkan kualiti, ... bandar raya yang berdaya huni, ... mengurangkan kesan pencemaran udara dan bunyi, menghijaukan

11/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 28.3.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

Program Search And Destroy Aedes Ranger (SEDAR)

Sehingga kini, sebanyak 182 pasukan SEDAR telah ditubuhkan dan di perluaskan kepada lokasi-lokasi seperti berikut: i) 135 Pasukan SEDAR Komuniti ii) 36 Pasukan SEDAR Sekolah iii) 4 Pasukan SEDAR Tapak Binaan iv) 7 Pasukan SEDAR MBPJ Majlis penghargaan pasukan SEDAR MBPJ 2017/2018 Majlis penghargaan pasukan SEDAR telah diadakan pada 25/2/2018 dan telah dihadiri seramai 72 pasukan SEDAR. Pasukan yang hadir mengikut kawasan dan organisasi adalah seperti berikut: 1. Bukit Lanjan : 11 pasukan 2. Damansara Utama : 10 pasukan 3. Bukit Gasing : 7 pasukan 4. Kg. Tunku : 6 pasukan 5. Taman Medan : 5 pasukan 6. Kota Damansara : 4 pasukan 7. Seri Setia : 3 pasukan 8. Sekolah : 23 buah sekolah 9. Tapak Binaan : 2 pasukan 10. SEDAR MBPJ : 1 pasukan (DEWAN MBPJ)

4. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT MAJLIS, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA:- 4.1 MINIT MESYUARAT MAJLIS, MAJLIS BANDARAYA PETALING

JAYA BILANGAN 2 TAHUN 2018 (PENGGAL 2016/2017)

4.1.1 Minit Mesyuarat Majlis bilangan 2 Tahun 2018 bertarikh 26 Februari 2018 telah diluluskan tanpa pindaan.

5. LAPORAN MAKLUMBALAS KE ATAS MINIT MESYUARAT MAJLIS BILANGAN 1 TAHUN 2018 YANG TELAH DIADAKAN PADA 26 FEBRURI 2018.

- Tiada –

Page 12: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · mencerminkan kualiti, ... bandar raya yang berdaya huni, ... mengurangkan kesan pencemaran udara dan bunyi, menghijaukan

12/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 28.3.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

6. MENIMBANGKAN CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA-JAWATANKUASA MAJLIS

6.1 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT

SETEMPAT (OSC) BERTARIKH 7 MAC 2018 DAN 20 MAC 2018. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/5 JLD. 4 (35) [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/5 JLD. 4 (37) 6.1.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklum cadangan

minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Unit Pusat Setempat, MBPJ. 6.2 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA TENDER

BERTARIKH 8 MAC 2018, 13 MAC 2018 DAN 21 MAC 2018. MBPJ/010103(U)/S/M9/6 JLD. 4 (87) MBPJ/010103(U)/S/M9/6 JLD. 4 (89) MBPJ/010103(U)/S/M9/6 JLD. 4 (91) 6.2.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklum cadangan

minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Juruukur Bahan, MBPJ. 6.3 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KAWALAN

PERNIAGAAN DAN KESIHATAN BERTARIKH 12 MAC 2018.

[RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/7 JLD. 2 (119) 6.3.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Dan Persekitaran, MBPJ.

6.4 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA

INFRASTRUKTUR DAN PENASIHAT LALULINTAS BERTARIKH 13 MAC 2018. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/9 JLD. 2 (96)] 6.4.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan pindaan bagi perkara 7.6.1 i) di muka surat 20 iaitu:-

Page 13: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · mencerminkan kualiti, ... bandar raya yang berdaya huni, ... mengurangkan kesan pencemaran udara dan bunyi, menghijaukan

13/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 28.3.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

Beliau menyatakan bahawa projek LRT 3 tidak mengamalkan...

Tindakan : Pengarah, Jabatan Kejuruteraan, MBPJ. 6.5 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA

KEMASYARAKATAN, PERKHIDMATAN KORPORAT DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT BERTARIKH 14 MAC 2018. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/10 JLD. 3 (24] 6.5.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Timbalan Pengarah, (Sumber Manusia), MBPJ. 6.6 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA

PENGINDAHAN BANDAR BERTARIKH 15 MAC 2018. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/21 JLD. 2 (28)]

6.6.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan pindaan bagi perkara 3.0 para 7.4 (iv) di muka surat 5/18 di ruangan tindakan yang Diambil iaitu:-

Mesyuarat memutuskan agar tindakan serta merta dibuat ke

atas syarikat tersebut.

Tindakan: Pengarah, Jabatan Penguatkuasaan, MBPJ, Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran, MBPJ.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Landskap, MBPJ.

6.7 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KEWANGAN

BERTARIKH 19 MAC 2018. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/2 JLD 4 (28)] 6.7.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Perbendaharaan, MBPJ.

Page 14: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · mencerminkan kualiti, ... bandar raya yang berdaya huni, ... mengurangkan kesan pencemaran udara dan bunyi, menghijaukan

14/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 28.3.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

6.8 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANGAN BANDAR BERTARIKH 19 MAC 2018. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/14 JLD. 2 (101] 6.8.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Perancangan dan Pembangunan, MBPJ.

6.9 CADANGAN MINIT MESYUARAT PIHAK BERKUASA MELANTIK

BERTARIKH 21 MAC 2018. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/17 JLD. 2 (58) 6.3.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklum cadangan

minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Timbalan Pengarah, Sumber Manusia, MBPJ.

7. UCAPAN PENANGGUHAN

7.1 UCAPAN PENANGGUHAN OLEH PUAN ERMEEMARIANNA

BINTI SAADON Beliau mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk berucap pada kali ini yang berkemungkinan merupakan ucapan terakhir beliau sebelum pilihanraya ke 14. Beliau membangkitkan beberapa isu yang belum selesai di zon pemantauan beliau iaitu zon 15 seperti berikut:- 7.1.1 Hab Bas Jalan Othman

Beliau memaklumkan bahawa projek ini merupakan projek di bawah Program NKRA yang dikendalikan oleh Kerajaan Persekutuan. Kontraktor yang dilantik adalah Anugerah Rahmat Sdn Bhd dan projek ini bermula pada tahun 2014 dan dijangka siap sepenuhnya pada 24 Mac 2016. Akan tetapi sehingga tahun 2018, projek ini masih belum siap dan kelewatan dijangka menghampiri dua (2) tahun. Walaupun projek ini di bawah Kerajaan Persekutuan, akan tetapi memandangkan ia melibatkan kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya, maka segala persoalan yang

Page 15: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · mencerminkan kualiti, ... bandar raya yang berdaya huni, ... mengurangkan kesan pencemaran udara dan bunyi, menghijaukan

15/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 28.3.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

ditimbulkan oleh penduduk dikemukakan terus kepada majlis atau beliau sendiri. Di antara persoalan yang sering dikemukakan oleh penduduk adalah seperti berikut:- i) Berapa peratus projek yang tidak siap ii) Adakah kontraktor Anugerah Rahmat Sdn Bhd masih

menguruskan projek tersebut atau telah bertukar kontraktor lain.

iii) Perbelanjaan sebenar di atas kelewatan. iv) Bila tarikh sebenar hab bas ini akan beroperasi. Selain daripada persoalan di atas, dimanakah orang awam akan berlindung daripada hujan ribut dan panas terik ketika keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini. Selain daripada itu, hasil siasatan penduduk mendapati bangunan tersebut telah dijadikan tempat pembuangan sampah. Penduduk turut mendapati struktur bangunan telah rosak, syiling bangunan telah pecah dan bocor dan ada barangan yang dicuri. Sehubungan dengan itu, beliau berharap agar jabatan berkaitan dapat menyemak status hab bas tersebut.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Kejuruteraan, MBPJ. Akhir sekali beliau mengucapkan terima kasih kepada semua jabatan di atas kerjasama yang diberikan seperti perkhidmatan memotong rumput dan membekalkan air ke kawasan beliau semasa ribut dan isu ketiadaan air.

Tindakan : Makluman.

7.2 UCAPAN PENANGGUHAN OLEH ENCIK HALIMEY BIN ABU BAKAR

Beliau mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk membuat ucapan. Sebagaimana Puan Ermeemarianna, beliau menyatakan ini kemungkinan adalah ucapan terakhir beliau di dalam Mesyuarat Majlis sebelum pilihanraya di atas peluang yang diberi untukdan memaklumkan bahawa sehingga ke 14.

Page 16: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · mencerminkan kualiti, ... bandar raya yang berdaya huni, ... mengurangkan kesan pencemaran udara dan bunyi, menghijaukan

16/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 28.3.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

7.2.1 Perkhidmatan PJ City Bus

Beliau menyentuh berkaitan ucapan oleh YBhg. Datuk Pengerusi Mesyuarat berkaitan PJ City Bus yang merupakan salah satu Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) oleh Kerajaan Negeri. Sehubungan dengan itu, beliau berharap agar perkhidmatan bas percuma ini dapat melalui kawasan Desa Mentari dan Kg. Lindungan yang merupakan kawasan di bawah paras kemiskinan bandar.

7.2.2 Kejadian di Zon 24

Beliau memaklumkan bahawa terdapat dua (2) ujian besar yang berlaku di zon pemantauan beliau baru-baru ini iaitu:- i) Masalah Air

Beliau mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh jabatan di dalam menangani masalah air yang berlaku di Petaling Jaya termasuk di zon pemantauan beliau baru-baru ini. Terima kasih di atas bantuan yang diberikan walaupun tidak dapat memenuhi semua kehendak masyarakat. Kejadian dimarahi oleh penduduk semasa menyalurkan bantuan adalah lumrah memandangkan kita tidak dapat memenuhi kehendak semua orang.

ii) Kejadian Pokok Tumbang Beliau memaklumkan bahawa hampir 40 buah bumbung rumah penduduk ditimpa pokok tumbang semasa ribut melanda baru-baru ini. Sehubungan dengan itu penduduk di kawasan beliau mencadangkan agar semua pokok ditebang bagi mengelakkan insiden tersebut berulang. Beliau faham setengah kawasan di Petaling Jaya memerlukan pokok sebagai teduhan akan tetapi bukan di kawasan pemantauan beliau yang kebanyakkan terdiri daripada bangunan rumah pangsa yang diduduki penduduk. Oleh yang demikian beliau memohon agar satu kajian berkaitan perkara di atas dibuat.

Page 17: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · mencerminkan kualiti, ... bandar raya yang berdaya huni, ... mengurangkan kesan pencemaran udara dan bunyi, menghijaukan

17/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 28.3.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

Tindakan : Pengarah, Jabatan Landskap, MBPJ.

Beliau turut mengucapkan terima kasih di atas bantuan dan tindakan pantas yang diambil oleh jabatan terlibat (MBPJ, Bomba, Jabatan Pertahanan Awam dan lain-lain agensi) semasa kejadian tersebut. Unit Bencana Negeri turut menyediakan penempatan untuk mangsa-mangsa ribut.

7.2.3 Isu Denggi

Beliau mengucapkan terima kasih kepada jabatan terlibat di atas penurunan kes denggi terutama di kawasan beliau yang menduduki tempat ketiga daripada tempat pertama sebelum ini. Punca penurunan kes di kawasan beliau adalah permintaan oleh penduduk untuk mengadakan program gotong royong pada setiap minggu. Ucapan terima kasih sekali lagi kepada jabatan yang turut terlibat dalam menjayakan program gotong royong setiap minggu di zon beliau.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran, MBPJ.

7.2.4 Anugerah Perkhidmatan dan Kebajikan kakitangan

Beliau mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada warga kerja MBPJ yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Beliau berharap agar warga kerja MBPJ meningkatkan komitmen dan konsisten serta mudah memberi kerjasama bagi meningkatkan perkhidmatan kepada orang awam. Selain daripada itu, beliau mengulas bahawa kebajikan kakitangan terbela di bawah pimpinan YBhg. Datuk Bandar.

7.2.5 Pembangunan dan Infrastruktur

Beliau memaklumkan pandangan penduduk berkaitan kekurangan pembangunan di kawasan pemantauan beliau iaitu zon 24. Pada pandangan beliau pula, telah banyak pembangunan di zon beliau separti pembinaan dewan yang lengkap serta pembinaan gerai oleh Majlis, pembinaan Perpustaakan Negeri yang hampir siap di PJS 6 serta kios-kios di PJS 8.

Page 18: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · mencerminkan kualiti, ... bandar raya yang berdaya huni, ... mengurangkan kesan pencemaran udara dan bunyi, menghijaukan

18/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 28.3.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

Akan tetapi dari segi infrastruktur pula, masih banyak projek-projek yang tergendala dan belum siap sepenuhnya. Sehubungan dengan itu beliau memohon agar projek-projek sedia ada disiapkan dengan segera. Sekali lagi beliau mengucapkan terima kasih kepada semua warga kerja MBPJ dan berharap akan dapat berjumpa lagi dalam pimpinan akan datang. Beliau berharap agar kerja-kerja atau projek-projek yang sedang berjalan dapat diselesaikan sebelum pembubaran parlimen terutama di zon 24 yang dianggap oleh penduduk sebagai zon kurang membangun.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.10 tengahari. YBhg. Datuk Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli mesyuarat.

Bertarikh : 6 April 2018

Page 19: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · mencerminkan kualiti, ... bandar raya yang berdaya huni, ... mengurangkan kesan pencemaran udara dan bunyi, menghijaukan

19/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 28.3.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

LAMPIRAN KEHADIRAN

HADIR:

01. YBhg. Dato’ Mohd Azizi bin Mohd Zain, - Pengerusi

Datuk Bandar, MBPJ. 02. Tuan Johary bin Anuar,

Timbalan Datuk Bandar, MBPJ. 03. Tuan Haji Mohd Ghazali bin Daud,

Ahli Majlis, MBPJ. 04. Encik Ahmad Akhir bin Pawan Cik,

Ahli Majlis, MBPJ. 05. Encik Terence Tan Teck Seng,

Ahli Majlis, MBPJ. 06. Encik Azri bin Mohamad Arish,

Ahli Majlis, MBPJ. 07. Encik Oon Chong Ling,

Ahli Majlis, MBPJ. 08. Encik Ang Ming Ern,

Ahli Majlis, MBPJ. 09. Encik Ariffin bin Mahaiyuddin,

Ahli Majlis, MBPJ. 10. Encik Azizi bin Ariffin,

Ahli Majlis, MBPJ. 11. Encik Tang Fuie Koh,

Ahli Majlis, MBPJ. 12. Encik Suriase a/l Gengiah,

Ahli Majlis, MBPJ.

Page 20: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · mencerminkan kualiti, ... bandar raya yang berdaya huni, ... mengurangkan kesan pencemaran udara dan bunyi, menghijaukan

20/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 28.3.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

13. Encik Halimey bin Abu Bakar, Ahli Majlis, MBPJ.

14. Encik Ong Swee Long,

Ahli Majlis, MBPJ.

15. Puan Wong Yuet Leng, Ahli Majlis, MBPJ.

16. Cik Jamaliah binti Jamaluddin,

Ahli Majlis, MBPJ. 17. Encik Wong Swee Sang,

Ahli Majlis, MBPJ. 18. Puan Ermeemarianna binti Saadon,

Ahli Majlis, MBPJ. 19. Encik Derek John Fernandez,

Ahli Majlis, MBPJ. 20. Encik Sugumaran a/l R Annamalai,

Ahli Majlis, MBPJ.

21. Encik Daniel Lee Marn Zhi, Ahli Majlis, MBPJ.

22. Encik Nor Azmi bin Abdul Kadir @ Ahmad Yuta, Ahli Majlis, MBPJ.

TIDAK HADIR: 01. Puan Sia Siew Chin, (dengan maaf)

Ahli Majlis, MBPJ.

02. Puan Elaine Magdaline Nathaniel, (dengan maaf)

Ahli Majlis, MBPJ.

03. Puan Gandimathi a/p Suppiah, (dengan maaf)

Ahli Majlis, MBPJ.

04. Cik Lim Yi Wei, (dengan maaf)

Ahli Majlis, MBPJ.

Page 21: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · mencerminkan kualiti, ... bandar raya yang berdaya huni, ... mengurangkan kesan pencemaran udara dan bunyi, menghijaukan

21/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 28.3.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

HADIR BERSAMA: 01. Puan Sharipah Marhaini binti Syed Ali,

Timbalan Setiausaha, Jabatan Perancangan Pembangunan, MBPJ.

02. Puan Hajah Nik Nazli binti Nik Abdullah,

Wakil Pengarah, Jabatan Perbendaharaan, MBPJ.

03. Tuan Ir. Ismail bin Shafie, Pengarah, Jabatan Kejuruteraan, MBPJ.

04. Puan Aziziza Azdila binti Abdul Aziz,

Wakil Pengarah, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, MBPJ. 05. Encik Aznan bin Haji Hassan,

Pengarah, Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan, MBPJ. 06. Puan Hamidah binti Ariffin,

Pengarah, Jabatan Kawalan Bangunan, MBPJ. 07. Tuan Dr. Badrulzaman bin Jaafar,

Wakil Pengarah, Jabatan Landskap, MBPJ. 08. Tuan Dr. Abdul Ghalib bin Sulaiman,

Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Dan Persekitaran, MBPJ.

09. Encik Mohd Fauzi bin Maarop,

Pengarah, Jabatan Penguatkuasaan, MBPJ. 10. Puan Hajah Sharinaz binti Haji Samsudin,

Pengarah, Jabatan Pelesenan, MBPJ. 11. Puan Mahzura binti Mohd Amin,

Wakil Pengarah, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam, MBPJ.

12. Puan Ruzaida binti Tormodi, Wakil Pengarah, Unit Perundangan, MBPJ.

Page 22: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · mencerminkan kualiti, ... bandar raya yang berdaya huni, ... mengurangkan kesan pencemaran udara dan bunyi, menghijaukan

22/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 28.3.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

13. Encik Samsul Bahari bin Nonchi, Pengarah, Unit Teknologi Maklumat, MBPJ.

14. Puan Haniza binti Abdul Hamid,

Pengarah, Unit Komunikasi Korporat, MBPJ. 15. Puan Hajah Norlida binti Md. Isa,

Pengarah, Unit Audit Dalam dan Integriti, MBPJ. 16. Cik Nor Shabani binti Johari,

Pengarah, Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB), MBPJ. 17. Puan Hairulliza binti Abdul Rahman,

Pengarah, Unit Pusat Setempat (OSC), MBPJ. 18. Encik Mohamad Rosnani bin Haji Hamid,

Timbalan Pengarah (Sumber Manusia). Bahagian Sumber Manusia, MBPJ.

19. Puan Sr. Hajah Saliza binti Mohd Masri, MRISM,

Penolong Pengarah Kanan (Tender dan Kontrak). Jabatan Kejuruteraan, MBPJ.

AHLI PARLIMEN/ADUN: 01. Encik See Wei Ming dan Encik Chen Yung Zien,

Wakil ADUN Damansara Utama. 02. Encik Mohd Radzlan bin Jalaludin,

Penyelaras DUN Kota Damansara. URUSETIA:

01. Encik Noor Azman bin S. Ali,

Penolong Pengarah Kanan (Pentadbiran Am), Bahagian Pentadbiran Am, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.

02. Puan Haslida binti Samat, Penolong Pegawai Tadbir Kanan (Urusetia), Bahagian Pentadbiran Am dan Urusetia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.

Page 23: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · mencerminkan kualiti, ... bandar raya yang berdaya huni, ... mengurangkan kesan pencemaran udara dan bunyi, menghijaukan

23/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 28.3.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

03. Puan Sunita binti Saad,

Pembantu Tadbir Kanan, Bahagian Pentadbiran Am dan Urusetia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.

04. Encik Mohd Sakri bin Mat Zin,

Pembantu Tadbir, Bahagian Pentadbiran Am dan Urusetia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.

05. Puan Suriyati binti Othman, Pembantu Tadbir, Bahagian Pentadbiran Am dan Urusetia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.