unit penyelarasan pelaksanaan - trg.icu.gov.my · pdf filebentuk mencerminkan tugas utama yang...

Download Unit Penyelarasan Pelaksanaan - trg.icu.gov.my · PDF filebentuk mencerminkan tugas utama yang dilaksanakan ICU JPM sebagai Agensi Pusat yang menggerakkan pembangunan ... Jemaah Menteri

If you can't read please download the document

Upload: phamnguyet

Post on 06-Feb-2018

339 views

Category:

Documents


32 download

TRANSCRIPT

  • U n i t P e n y e l a r a s a n P e l a k s a n a a nJ a b a t a n P e r d a n a M e n t e r i

    P u t r a j a y a

    w w w . i c u . g o v . m y

    Laporan

    20Tahunan

    10Menggalas Misi Memenuhi Ekspektasi

  • Tema Menggalas Misi Memenuhi Ekspektasi adalah manifestasi kepada peranan dan sumbangan ICU JPM merealisasikan misi nasional terkandung dalam RMK-9. 2010 merupakan tahun paling signifikan dalam sejarah Rancangan Malaysia Lima Tahun danamat kritikal kepada prestasi perkhidmatan teras utama ICU JPM. Menerusi pelbagai inisiatif pemantauan penilaian, RMK-9 melabuhkan tirai dengan prestasi perbelanjaan keseluruhan sebanyak 96.3% dengan bilangan projek disiapkan sebanyak 18,916. Pada akhir bulan Disember sejumlah 44,643 isi rumah miskin tegar berjaya dikeluarkan daripada kategori Miskin Tegar hasil keberkesanan ICU JPM sebagai penyelaras utama Program Pembasmian Kemiskinan.

    SIDANG PENGARANG

    PenasihatDato Ab. Ghani Ariffi n

    PengerusiHj. Nordin Buyau

    Pengarang & PenyuntingHasniah Rashid

    Urusetia Penerbitan Pengumpulan BahanEliana Mahat

    Pengurusan CetakanAhmad Shafi q Mirza Mansor

    Pemilihan FotoMohd Noor Yazid Ismail

    Grafi k & RekaletakMohd Yaziz Sulaiman

    Pembaca PrufAtikhah Ibrahim

    Sidang Pengarang merakamkan Penghargaan Terima Kasih kepada semua sumbangan dan sokongan sehingga menjayakan penerbitan ini.

  • 3

    Lapo

    ran

    Tahu

    nan

    2010

    MAKLUMAT KORPORAT

    4 Visi

    4 Misi

    4 Slogan korporat

    4 Etika Kerja

    5 Logo Korporat

    6 Logo 1ICU

    6 Piagam Pelanggan

    8 Carta Organisasi

    9 Struktur Organisasi

    10 Potrait Pengurusan Tertinggi

    11 Potrait Pengarah Ibu Pejabat

    12 Potrait Pegawai Kemajuan Negeri

    14 Perutusan Ketua Pengarah

    IKHTISAR PRESTASI 2010

    16 Perkhidmatan Teras Utama

    17 Rampaian Pencapaian

    STRATEGIC ENABLERS

    18 Pengurusan Sumber Manusia

    21 Pengurusan Kualiti & Inovasi

    24 Pengurusan Kewangan

    26 Pengurusan ICT

    PERKHIDMATAN TERAS UTAMA

    35 Pemantauan Penilaian

    Program/Projek Pembangunan

    45 Penyelarasan Projek Khas

    48 Penyelarasan Program/Projek

    Kesejahteraan Rakyat

    PERKHIDMATAN TERAS

    53 Pembangunan Bumiputera

    58 Kawal Selia PERDA

    61 SDSI (Program Satu Daerah Satu

    Industri)

    64 BLESS (Business Licensing Electronic

    Support System)

    66 PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

    JPP/PPN

    69 PENGURUSAN PELANGGAN

    HUBUNGAN MAJIKAN-PEKERJA

    76 MBJ

    78 PUSPANITA

    80 Kelab Kebajikan dan Sukan

    KALENDAR ICU JPM

    82 ICU JPM Di Media

    84 Peristiwa 2010

    LAMPIRAN-LAMPIRAN

    90 Senarai Alamat Pejabat-Pejabat

    JPP/PPN

    Kan

    dung

    an

    Kan

    dung

    an

  • 4

    Uni

    t Pen

    yela

    rasa

    n P

    elak

    sana

    an J

    abat

    an P

    erda

    na M

    ente

    ri

    Profail Korporat

    VisiAgensi pusat yang unggul dan berwibawa dalam Memantau Pelaksanaan Rancangan Pembangunan Negara

    MisiAgensi pusat yang menggerakkan pembangunan negara melalui Penyelarasan, Pengesanan dan Penilaian Dasar, Program dan Projek dengan mengamalkan Budaya Kerja Cemerlang dan Tadbir urus yang baik

    Etika Kerja

    Sentiasa Awal dan Mendahului

    Sentiasa Bersemangat

    Sentiasa Tekun dan Rajin

    Sentiasa Positif dan Optimistik

    Kenali Potensi dan Kehebatan Diri

    Sentiasa Cekal dan Tabah

    Sentiasa Memperbaiki Diri dan Keadaan

    Sentiasa Menghasilkan Kerja yang Cemerlang

    Sentiasa Bersyukur

    Sentiasa Berdoa

    Sentiasa Tawadduk

    Sentiasa Tersenyum

    Slogan Korporat

    Mak

    lum

    at K

    orpo

    rat

    volume accuracy speed

    VOLUME

    ACC

    UR ACY

    SPE

    ED

  • 5

    Lapo

    ran

    Tahu

    nan

    2010

    Logo Korporat &Keterangan

    Motif/elemen dalam reka bentuk logo ini dihasilkan daripada motif/elemen muka taip (typeface/huruf) dengan pengolahan secara kreatif. Konsep pengolahan reka bentuk ini berdasarkan kepada Visi, Misi dan Aktiviti UtamaICU JPM. Susun atur dan elemen yang ditonjolkan dalam reka bentuk mencerminkan tugas utama yang dilaksanakan ICU JPM sebagai Agensi Pusat yang menggerakkan pembangunan negara melalui amalan budaya kerja cemerlang dan tadbir urus yang baik. Komponen kecemerlangan dalam reka bentuk logo ini diterjemahkan melalui gabungan huruf I dan U menggunakan tatahuruf Arial Black dan strok atau tanda bagus dan betul yang mewakili huruf C sesuai dengan fungsi dan etika kerja yang diamalkan ICU JPM.Pemilihan penggunaan warna pada logo adalah mengikut warna yang terdapat pada Jalur Gemilang.

    Penerangan kepada reka bentuk logo:

    IIMPLEMENTATION INTELLECT INTEGRITY

    Melambangkan kewibawaan ICU JPM sebagai sebuah agensi pusat yang terkehadapan untuk memastikan pelaksanaan rancangan pembangunan negara berjaya.

    CCOORDINATION CONVERGENCE CONTINUOUSLY

    Melambangkan tugas utama ICU JPM yang berterusan dalam menyelaras, memantau, menilai dasar dan pelaksanaan projek pembangunan negara sehingga berjaya mencapai matlamat.

    UUNIT UNIQUE UNDERSTANDING

    Melambangkan ICU JPM sebuah agensi pusat yang unggul dan unik dalam menjalankan tugas sebagai penggerak utama dalam perancangan pembangunan negara.

    Warna BiruMenggambarkan sikap bekerjasama dan profesional warga ICU JPM dalam mewujudkan organisasi yang mengamalkan budaya kerja cemerlang dan tadbir urus yang baik.

    Warna MerahMelambangkan sifat proaktif dan berani warga ICU JPM dalam menjayakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

    Warna KuningMelambangkan ICU JPM sebagai agensi pusat yang unggul dan berwibawa untuk melaksanakan tugas diamanahkan mengikut lunas-lunas kedaulatan undang-undang yang diperuntukkan kerajaan dan berteraskan falsafah yang dipegang ICU JPM.

    Mak

    lum

    at K

    orpo

    rat

  • 6

    Uni

    t Pen

    yela

    rasa

    n P

    elak

    sana

    an J

    abat

    an P

    erda

    na M

    ente

    ri

    Logo1ICU

    L ogo 1ICU JPM dengan slogan 1Hati 1Fikiran 1Tindakan secara rasminya telah dilancarkan oleh Ketua Pengarah ICU JPM, YBhg. Datuk Hj. Shukry Mohd Salleh di Majlis Perhimpunan Bulanan pada30 November 2010. Kandungan logo 1ICU JPM adalah berteraskan grafi k dan warna seperti lambang berikut:

    Bulan : ICU JPM sebagai entiti induk; Biru Kuning : Warna korporat organisasi; Merah : Kegigihan dalam melaksanakan tugasan/ arahan; Putih : Amalan budaya integriti dan akauntabiliti; Oren : Kesediaan untuk menerima tanggungjawab; dan Bintang : 14 JPP/PPN pejabat cawangan.

    Logo 1ICU ini adalah hasil rekaciptaCik Harteny Mohamad dari PPN Pulau Pinang. Pelancaran serta penggunaan logo 1ICU ini secara tidak langsung telah menandakan permulaan kepada usaha pemantapan semula pembudayaan dan penghayatan ciri-ciri murni seperti kesepakatan, kerjasama, kesepaduan, kesetiaan, kecekalan dan keikhlasan wargakerja dan organisasi ICU JPM dalam menjayakan agenda pembangunan negara. Semoga slogan dan penghayatan tagline1Hati 1Fikiran 1Tindakan bakal melonjakkan lagi tekad warga kerja untuk mengangkat dan meletakkan ICU JPM sebagai organisasi yang unggul melalui perkhidmatan yang bertaraf dunia pada setiap masa.

    Komitmen :ICU JPM akan memberikan perkhidmatan yang cemerlang, berkualiti, dan berintegriti melalui amalan urus tadbir

    yang terbaik dengan berkesan berasaskan piagam pelanggan seperti berikut:

    PEMANTAUAN & PENILAIAN PROGRAM/PROJEK PEMBANGUNAN

    1 Laporan Prestasi pelaksanaan dan penilaian outcome program/projek Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) dikemukakan untuk Mesyuarat Jemaah Menteri dan Mesyuarat-mesyuarat utama Kerajaan pada setiap suku tahun.

    2 Laporan Prestasi pelaksanaan projek RMLT dikeluarkan mengikut permintaan dalam masa 3 hari.3 Memberi maklumbalas kepada permohonan runding cara dalam pengurusan, pemantauan dan penilaian outcome program/projek kepada agensi-agensi dalam tempoh 3 hari daripada permohonan diterima.

    4 Menyiapkan laporan penilaian outcome program/projek dalam masa 3 bulan selepas menerima arahan.5 Memberi maklumbalas kepada permohonan mengadakan latihan SPP II dalam masa 3 hari daripada tarikh permohonan diterima.

    6 Melaksanakan tugas-tugas intervensi terhadap sekurang-kurangnya 70% daripada projek-projek bermasalah yang dikenalpasti.

    7 Memberi khidmat nasihat dan sokongan teknikal terhadap perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan pengurusan projek dalam tempoh 2 hari selepas menerima permohonan.

    8 Menyediakan pelaporan, penilaian, syor dan ulasan pemantauan dan pengurusan projek dalam tempoh 3 hari daripada penerimaan arahan.

    9 Menyediakan laporan penilaian ke atas Badan Berkanun Persekutuan dalam tempoh 7 hari selepas lawatan dilaksanakan.

    Piagam PelangganM

    aklu

    mat

    Kor

    pora

    t

  • 7

    Lapo

    ran

    Tahu

    nan

    2010

    PROJEK KHAS

    10 Keputusan Permohonan Projek yang dikemukakan melalui e-Khas diberikan dalam tempoh 3 hari dan keputusan permohonan secara manual diberikan dalam tempoh 4 hari.

    11 Keputusan Permohonan untuk Projek Khas diberikan dalam tempoh 30 hari.12 Cek Bayaran bagi Projek yang dibiayai melalui kaedah Outright Grant dikeluarkan dalam tempoh 3 hari dari tarikh terima Surat Kuasa.

    13 Memberi kelulusan ke atas permohonan Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) dalam tempoh 3 hari selepas diterima dari Pegawai Kemajuan Negeri (SDO).

    14 Mengeluarkan Surat Pemakluman Peruntukan Tahunan kepada YB Menter