seni berbahasa dalam sulalatus salatinpemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmdload.aspx?ti=693a473589...justeru,...

25
1 Seni Berbahasa Dalam Sulalatus Salatin Arba’ie Sujud Mohd Yusoff Shamsuddin Universiti Putra Malaysia Abstrak Gaya bahasa sastera mempunyai ciri tertentu yang membezakannya dengan gaya bahasa bukan sastera. Dalam karya sastera bahasa digunakan sebagai sarana untuk menyampaikan pemikiran dan pesanan, membangkitkan perasaan secara berseni dan kreatif. Hal ini dapat dikesan melalui penggunaan gaya bahasa antaranya metáfora, simile, hiperbola, dan personifikasi. Setiap gaya bahasa yang digunakan mempunyai fungsi dan tujuan tertentu. Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan metáfora sebagai seni berbahasa yang mencerminkan gaya berfikir secara kreatif dalam menyelesaikan masalah. Dalam konteks ini, beberapa peristiwa yang terdapat dalam Sulalatus Salatin akan diteliti menggunakan mekanisma metafora. Pendahuluan Bahasa merupakan wahana atau alat berkomunikasi, alat berfikir dan alat untuk mengembangkan ilmu pengetahuan. Bahasa juga menjadi wahana atau saluran akal iaitu alat untuk berfikir, melahirkan idea, fikiran dan perasaan. Di samping itu, bahasa juga sebagai wadah untuk manusia berkongsi maklumat dan menyampaikan maksud sama ada secara tersurat mahupun tersirat. Berasaskan keupayaan berbahasa yang dimiliki oleh seseorang, membolehkan wujudnya jalinan komunikatif yang akrab dan intim untuk menghasilkan perkongsian maklumat. Melalui penggunaan bahasa sesuatu maksud dapat disampaikan secara langsung atau tidak berdasarkan tujuan penggunaannya. Dalam konteks kehidupan dan interaksi seharian, penggunaan bahasa berkait rapat dengan pemikiran masyarakat yang menggunakannya. Dalam masyarakat Melayu misalnya, penggunaan bahasa disesuaikan mengikut aturan dan susun lapis masyarakat. Justeru itu, dapat ditemukan dalam masyarakat Melayu istilah dan penggunaan bahasa halus dan bahasa kasar. Penggunaan bahasa halus atau bahasa kasar berkait rapat dengan makna dan tujuan penggunaan.

Upload: others

Post on 26-Sep-2020

24 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Seni Berbahasa Dalam Sulalatus Salatinpemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=693A473589...Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan metáfora sebagai seni berbahasa yang mencerminkan

1

Seni Berbahasa Dalam Sulalatus Salatin

Arba’ie Sujud

Mohd Yusoff Shamsuddin

Universiti Putra Malaysia

Abstrak

Gaya bahasa sastera mempunyai ciri tertentu yang membezakannya dengan

gaya bahasa bukan sastera. Dalam karya sastera bahasa digunakan sebagai

sarana untuk menyampaikan pemikiran dan pesanan, membangkitkan

perasaan secara berseni dan kreatif. Hal ini dapat dikesan melalui

penggunaan gaya bahasa antaranya metáfora, simile, hiperbola, dan

personifikasi. Setiap gaya bahasa yang digunakan mempunyai fungsi dan

tujuan tertentu. Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan metáfora

sebagai seni berbahasa yang mencerminkan gaya berfikir secara kreatif dalam

menyelesaikan masalah. Dalam konteks ini, beberapa peristiwa yang terdapat

dalam Sulalatus Salatin akan diteliti menggunakan mekanisma metafora.

Pendahuluan

Bahasa merupakan wahana atau alat berkomunikasi, alat berfikir dan alat untuk

mengembangkan ilmu pengetahuan. Bahasa juga menjadi wahana atau saluran akal iaitu alat

untuk berfikir, melahirkan idea, fikiran dan perasaan. Di samping itu, bahasa juga sebagai

wadah untuk manusia berkongsi maklumat dan menyampaikan maksud sama ada secara tersurat

mahupun tersirat. Berasaskan keupayaan berbahasa yang dimiliki oleh seseorang, membolehkan

wujudnya jalinan komunikatif yang akrab dan intim untuk menghasilkan perkongsian

maklumat. Melalui penggunaan bahasa sesuatu maksud dapat disampaikan secara langsung atau

tidak berdasarkan tujuan penggunaannya.

Dalam konteks kehidupan dan interaksi seharian, penggunaan bahasa berkait rapat

dengan pemikiran masyarakat yang menggunakannya. Dalam masyarakat Melayu misalnya,

penggunaan bahasa disesuaikan mengikut aturan dan susun lapis masyarakat. Justeru itu, dapat

ditemukan dalam masyarakat Melayu istilah dan penggunaan bahasa halus dan bahasa kasar.

Penggunaan bahasa halus atau bahasa kasar berkait rapat dengan makna dan tujuan penggunaan.

Page 2: Seni Berbahasa Dalam Sulalatus Salatinpemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=693A473589...Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan metáfora sebagai seni berbahasa yang mencerminkan

2

Hal ini demikian kerana, sesuatu ujaran atau interaksi akan diakhiri dengan rangkuman makna

yang diperoleh melalui pentafsiran terhadap penggunaan kata atau ayat yang digunakan (Asiah

Abdul Rahman:2013). Justeru setiap unit bahasa yang hendak diinterpretasikan perlu

mengambil kira konteksnya. Penyesuaian dengan konteks ini bermakna dimensi hubungan kata

itu tidak dapat dipisahkan sama sekali dengan situasi dan budaya (Che Ibrahim Salleh:2009).

Dalam hubungan ini, penggunaan gaya bahasa yang pelbagai akan mencerminkan

kekayaan bahasa Melayu di samping turut memperlihatkan sikap masyarakat Melayu yang

memiliki ciri-ciri kesantunan dan kehalusan. Dalam menyindir dan menegur misalnya, bahasa

kiasan digunakan. Hal ini bertujuan untuk menjaga perasaan masyarakat atau individu yang

terlibat dengan teguran tersebut, dapat menerimanya tanpa direndahi martabat dan nilai

keperibadiannya. Umpama, tariklah rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak

berserak. Bagaimana kata-kata demikian ini, dapat menimbulkan kesan estetik bukan sahaja

melalui pemilihan kata, frasa atau ayat namun kepada keseluruhan wacana.

Dalam konteks karya sastera, bahasa adalah medium utama. Bahasa dalam karya sastera

berperanan untuk mengetengahkan mesej-mesej penulis atau pengarang. Diksi, frasa, ayat yang

digunakan oleh pengarang adalah perantara kepada pembaca atau khalayak dalam memberikan

tafsiran atau memahami sesuatu yang ditafsirkan. Dalam konteks ini, akan wujud pelbagai

tafsiran, pertembungan makna penulis dan pembaca, perbezaan menginterpretasikan. Hal ini

demikian kerana bahasa sastera yang digunakan dalam sesuatu teks sastera memiliki keluasan

makna, kepelbagaian tafsiran dan mengungkapkan pemerian makna selapis dan berlapis.

Dalam karya sastera yang bersifat kreatif imaginatif umpamanya, kedudukan dan fungsi

bahasa sangat penting untuk membangkitkan kesan kepada pembaca atau khalayak sasarnya.

Hal ini demikian kerana bahasa sastera terikat kukuh dengan mekanisme emosinya yang

menjadi penunjang keistimewaan genre sastera. Bahasa emosi dalam konteks ini merujuk

kepada tindak balas dan kesan penerapan bahasa oleh pencipta yang mampu menerbitkan

pelbagai perasaan kepada khalayak. Antaranya, perasaan suka, duka, sayang, benci atau marah.

Bagi pembaca yang benar-benar menghayati sesebuah teks sastera, runtunan emosi akan hadir

kesan daripada olahan bahasa yang digunakan oleh penulisnya.

Page 3: Seni Berbahasa Dalam Sulalatus Salatinpemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=693A473589...Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan metáfora sebagai seni berbahasa yang mencerminkan

3

Justeru, dalam menyampaikan maklumat, penulis mempelbagaikan cara dan pendekatan

tertentu agar pembaca dapat memahami maksud yang disampaikan. Pemahaman pembaca

terhadap sesebuah karya sama ada berbentuk prosa mahupun puisi dipengaruhi oleh

penggunaan bahasa yang merupakan wahana pengungkapan bagi seseorang pengarang.

Pembaca akan mentafsir lambang-lambang bahasa, penanda dan petanda bahasa yang digunakan

oleh pengarang dalam mengungkapkan pemikiran mereka. Lambang atau sistem tanda yang

digunakan itu mempunyai makna sebagai mewakili atau saluran pengucapan pengarang.

Penerapan unsur bahasa seperti perlambangan, personifikasi, metafora, dan simile yang

menjadi input keindahan berbahasa dalam sastera, tidak seharusnya dipilih atau digunakan

secara sewenang-wenang tetapi penggunaannya mempunyai tujuan tertentu. Dalam hal ini

sekurang-kurangnya dua tujuan dapat dikesan sebagaimana dijelaskan oleh Kemala (2012).

Pertama, tujuan estetik atau untuk menimbulkan keindahan pengungkapan atau penyampaian

yang meninggalkan kesan emotif kepada khalayak yang disasarkan. Tujuan kedua sebagai gaya

kepengarangan seseorang dalam menyampaikan idea untuk dikongsi oleh khalayaknya.

Bagi seseorang pengarang, bahasa ialah senjata ampuh bagi mereka untuk

mengetengahkan nilai rasa dan pekerti berdasarkan imaginasi dan keupayaan menzahirkan

maklumat secara berhemah. Melalui bahasa, maklumat dapat disampaikan walaupun ada

kemungkinan sesuatu yang diungkapkan dalam bentuk bahasa mempunyai tafsiran yang

berbeza-beza dan tidak sebagaimana yang dimaksudkan. Hal ini demikian kerana dalam

melakukan pentafsiran banyak kemungkinan tentang makna boleh terhasil. Justeru, dalam

proses pemaknaan banyak faktor yang mempengaruhi sesuatu makna. Sesebuah teks sastera

yang mengesankan pembaca, dipengaruhi oleh penggunaan bahasa oleh penulisnya.

Bagi maksud ini Asiah Abdul Rahman (2013), menjelaskan bahawa sebuah karya kreatif

terhasil melalui keupayaan kreativiti pengarangnya yang mengadunkan unsur-unsur realiti dan

imaginasi secara berpadu dengan menggunakan bahasa sebagai mediumnya. Seseorang

pengarang mempunyai kebebasan untuk melakukan pengolahan terhadap kerja-kerja seninya.

Hal ini selaras dengan pandangan A.Wahab Ali (2009) yang menjelaskan bahawa kebebasan

berkarya dan sifat kejatidirian yang mereka miliki telah menjadikan mereka wujud dalam dunia

Page 4: Seni Berbahasa Dalam Sulalatus Salatinpemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=693A473589...Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan metáfora sebagai seni berbahasa yang mencerminkan

4

kreativiti yang tidak terbatas. Justeru, karya mereka terdedah dengan kepelbagaian kemungkinan

dan pentafsiran yang menuntut pemahaman lebih daripada yang sepatutnya.

Merujuk kepada kajian terhadap Sulalatus Salatin, kewujudan cerita yang terungkap di

dalamnya bukan semata-mata imaginasi pengarang, tetapi merupakan suatu realiti yang

mengagumkan. Pembaca dapat mengesani maksud yang disampaikan berdasarkan imej-imej

atau simbol yang diungkapkan melalui unsur bahasa tertentu. Namun, tidak semestinya

makna kata yang terakam membawa pengertian makna seperti yang dilihat. Akan wujud

makna-makna simbolik di sebalik kata-kata tertentu sehingga berhasil pula meningkatkan

martabat dan nilai karya itu sendiri. Hal ini demikian kerana setiap naskhah teks klasik

mempunyai doktrin atau falsafahnya yang tertentu. Merujuk kepada Sulalatus Salatin (1983),

dalam peristiwa meminang Puteri Gunung Ledang, telah ditetapkan hantaran sekiranya Raja

Melaka berkehendakan Puteri Gunung Ledang seperti dalam petikan berikut:

“...Jikalau raja Melaka hendakkan aku, perbuatkanlah aku jambatan emas

satu dan jambatan perak satu, dari Melaka datang ke Gunung Ledang itu.

Akan peminangnya hati nyamuk tujuh dulang; hati kuman tujuh dulang;

air mata setempayan; air pinang muda setempayan; darah anak raja yang

bernama Raja Ahmad itu semangkuk...”

Hati nyamuk, air mata dan darah merupakan simbolisme yang memerlukan penafsiran

imejan untuk ditanggapi akan maksudnya. Dalam sastera juga terungkapnya unsur akaliah,

yang tersisipnya ilmu atau pemikiran.

Bagi Muhammad Haji Salleh (1986), sesebuah karya Melayu klasik biasanya dipenuhi

dengan kesantunan sastera. Karya-karya ini selain membawa ilmu praktikal yang dapat

digunakan setiap hari, membawa juga pelajaran yang lebih mujarad tentang keadilan, keamanan,

persahabatan antara manusia dan negeri, bentuk takdir yang harus dilalui manusia dalam

hidupnya, balasan untuk sesuatu perbuatan, perlakuan kita dan sebagainya. Sesuatu hasil sastera

merupakan perutusan, amanat, serta lontaran idea penulis yang disampaikan melalui kreativiti

berbahasa untuk terhasil atau terciptanya sesebuah karya kreatif imaginatif.

Page 5: Seni Berbahasa Dalam Sulalatus Salatinpemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=693A473589...Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan metáfora sebagai seni berbahasa yang mencerminkan

5

Metafora Sebagai Seni Berbahasa

Seni berbahasa adalah adalah pemakaian bahasa secara istimewa yang memiliki nilai estetik dan

berseni untuk mencapai sesuatu maksud tertentu antaranya untuk menjaga perasaan, menegur

secara berhemah dan bijaksana, mengkritik, dan memahami sesuatu yang abstrak. Hal ini dapat

digambarkan melalui penggunaan gaya bahasa dan ragam bahasa. Dalam konteks ini, terdapat

beberapa peringatan yang disampaikan dalam bentuk ungkapan yang memperlihatkan keperluan

menggunakan bahasa secara berhemah dan bijaksana. Antaranya, “Kerana pulut, santan binasa,

kerana mulut badan binasa”. “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”.

Dalam hubungan ini, metafora sebagai seni berbahasa mempunyai pelbagai pengertian.

Berdasarkan Kamus Dewan (2007: 1027), metafora difahami sebagai pemakaian kata-kata yang

menyatakan sesuatu makna atau maksud yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar

perkataan yang berkenaan (sebagai perbandingan atau kiasan). Sementara IA Richard (1936:96-

97) dalam the philosophy of rhetoric, menjelaskan bahawa metafora mempunyai dua bahagian

iaitu tenor (target) dan vehicle (sumber). Contoh, dalam ayat: Dunia adalah sebuah panggung .

Dunia adalah tenor manakala sebuah panggung merupakan vehicle. Kedua-duanya boleh

digunakan untuk membuat perbandingan.

Dalam hal ini, Kridalaksana (1983:106) telah mengemukakan pendapatnya bahawa

metafora ialah pemakaian kata atau ungkapan lain atau objek atau konsep lain berdasarkan kias

atau persamaan. Manakala Asmah Haji Omar (1996:7) pula berpendapat bahawa metafora tidak

hanya terbatas sekadar bunga-bunga bahasa atau bahasa yang indah tetapi lebih dalam daripada

pengertian itu. Metafora juga menggambarkan sistem konseptual sesuatu bahasa dan

kepercayaan terhadap kebudayaan para penutur asli bahasa tersebut. Hal ini bermakna bahawa

metafora tidak sekadar dirujuk untuk membawa makna di luar dalam lingkungan yang difahami

secara tersurat, namun membawa pengertian secara tersirat di luar daripada lingkungan.

Sementara Andrew Goatly dalam “the language of metaphors (2011:172) menghuraikan

bahawa metafora adalah sesuatu yangg terjadi ketika satu unit wacana digunakan untuk merujuk

pada sebuah objek, konsep, proses secara tidak konvensional. Sementara Gorys Keraf,

Page 6: Seni Berbahasa Dalam Sulalatus Salatinpemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=693A473589...Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan metáfora sebagai seni berbahasa yang mencerminkan

6

(2007:139) dalam Diksi dan Gaya Bahasa , mengatakan metafora adalah semacam analogi

yang membandingkan dua hal secara langsung, tetapi dalam bentuk yang singkat seperti bunga

bangsa, buaya darat, buah hati dan sebagainya. Bagi Keris Mas pula (1990:150) metafora ialah

gaya kiasan atau bandingan – perumpamaan yang tidak terikat kepada makna dua lapis.

Berdasarkan pandangan yang dikemukakan oleh para sarjana berhubung motafora dapat

dirumuskan bahawa metafora dirujuk sebagai satu cara untuk menyatakan sesuatu dengan

menggunakan perkara yang lain. Walaupun demikian, metafora juga boleh ditafsirkan sebagai

seni memindahkan makna yang dihasilkan melalui penggunaan bahasa yang kreatif. Hal ini

merujuk kepada etimologi metafora itu sendiri. Kata metafora berasal dari kata Yunani atau

Greek: “metapherein”. (rujuk:John Protevi,(1994:6), P V Zima (2002:41) dan John T Lysaker

(2002:21). Kata “meta” adalah prefiks (prefix) iaitu kata depan yang membawa maksud "atas",

“ke atas”, “mengatasi”, “melepasi”, “melampaui”, “melangkaui”, “melebihi”. Kata “meta”

boleh didapati pada perkataan metakognitif, metafizik, metadata dan sebagainya. Manakala kata

“pherein” adalah sufiks (suffix) yang membawa maksud "angkat”, “membawa”, “pindah".

Oleh itu, “metapherein” mempunyai mekanisma yang membawa maksud pindah

(transfer) ke atas, membawa ke atas, membawa perubahan, melepasi batas, melepasi siling,

melampaui sempadan yang ada, transportasi, atau “transpose”. Frasa “membawa ke atas”,

“pindah ke atas” atau “melampaui batas” sering dipandang ringan oleh pengkaji metafora.

Mereka mengabaikan proses pembentukan metafora. Hal ini demikian kerana mereka

menganggap perkara ini berlaku secara semulajadi atau spontan sahaja. Pada hal, kita sering

membaca ungkapan sesuatu itu wujud bukan dalam vakum. Metafora bermula apabila manusia

sudah pandai dan mampu membuat perbandingan antara dua benda sama ada dari segi bentuk,

bunyi, gerakan dan fungsi

Dalam konteks kajian ini, metafora dan gaya bahasa yang lain telah memberikan

beberapa mekanisma yang boleh dimanfaatkan. Dalam hal ini, mekanisme bermaksud cara

bekerja atau kelakuan tertentu yang ditunjukkan oleh sesuatu yang dipanggil alat yang

memberikan daya bergerak sebagaimana dijelaskan oleh Joseph Edward Shigley, et.al (1981:3-

5) dan Neil Sclater (2011:1-2). Contoh, spring adalah gegelung logam yang mempunyai

Page 7: Seni Berbahasa Dalam Sulalatus Salatinpemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=693A473589...Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan metáfora sebagai seni berbahasa yang mencerminkan

7

mekanisme tertentu iaitu apabila ditekan atau ditarik akan kembali kepada bentuk asal apabila

dilepaskan. Spring digunakan untuk memberi ketegangan yang berterusan atau menyerap

pergerakan. Mekanisme ini digunakan pada ‘ballpen”. Dalam batang pena ada spring yang

bertugas untuk menekan mata pena. Merujuk kepada gaya bahasa, mekanisma ini terpendam

pada metafora, simile, personifikasi, metonimi, hiperbola, sinekdoke dan sebagainya.

Pernyataan ini ada kaitannya dengan perkembangan dalam bidang psikologi kognitif.

Perkembangan yang pesat di dalam bidang psikologi kognitif seperti gestalt, kreativiti, sains

kognitif, sainsneuro (neuroscience), kepintaran buatan dan sebagainya telah mempengaruhi

perkembangan dalam disipilin ilmu yang lain. Bidang kesusasteraan juga telah menerima

tempias daripada perkembangan ini. Dalam hubungan ini metafora sebagai gaya bahasa telah

diangkat naik atau ditambah nilai bukan sahaja sebagai pengindah pengucapan dan pengindah

pemikiran tetapi juga sebagai gaya berfikir kreatif.

Dari satu sisi metafora difahami sebagai wahana atau cara untuk memahami sesuatu

dengan sesuatu yang “lain”. Dari satu sisi yang lain, metafora yang diperkenalkan oleh

Aristotle telah dianggap mempunyai bibit-bibit kreativiti. Hal ini selaras dengan konsep

kreativiti dalam pemikiran lateral ciptaan Edward de Bono. Menurut de Bono (1970:47), dalam

bukunya Lateral Thinking, pemikiran lateral ialah cara “lain” dalam melihat sesuatu. Kata de

bono, “The most basic principle of lateral thinking is that any particular way of looking at

things is only one from among many other possible ways”. Lateral thinking is concerned with

exploring these other way”. Perkataan “lain” yang terdapat dalam pengertian metafora Aristotle

membawa maksud yang sama dengan kata “lain” yang terdapat dalam pemikiran lateral.

Dalam budaya Melayu pula, perkataan metafora dan perkataan lateral itu tidak ada tetapi

cara dan proses berfikir kreatif itu sudah lama ada. Za’ba menyebutnya sebagai bahasa kiasan

dan Hassan Ahmad (2003:2-6) dalam monografnya Bagaimana Pemikir Melayu Mencipta

Makna dan Membentuk Epistomologinya telah menerima bahasa kiasan seperti simpulan

bahasa, peribahasa dan yang sewaktu dengannya sebagai metafora.

Pandangan yang diketengahkan oleh Za’ba selari dengan pendapat yang diketengahkan

oleh Aristotle yang menganggap bahawa orang yang pandai berkias dan bermetafora itu adalah

orang yang bijak, pintar dan genius. Ini terbayang pada kata-kata yang diucapkan dalam karya-

Page 8: Seni Berbahasa Dalam Sulalatus Salatinpemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=693A473589...Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan metáfora sebagai seni berbahasa yang mencerminkan

8

karya mereka. Kevin Brophy, (2009:161) dalam Patterns of Creativity: Investigations Into the

Sources and Methods of Creativity mengulang apa yang dikatakan Aristotle iaitu “… the

greatest thing by far is to be a master of metaphor. It is the one thing that cannot be learnt from

others; and it is also a sign of genius, …”. (Aristotle, Poetics: I459a5)

Pernyataan ini selaras dengan cadangan Za’ba yang mengatakan peribahasa ialah

susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar

dan bijak perkataannya. Hassan Ahmad (2006:55) cukup senang dengan pandangan Za’ba

berkenaan kebijakan dalam pantun dan peribahasa Melayu. Metafora sebagai gaya berfikir

kreatif sebenarnya sudah lama diamalkan secara rahsia dan implisit oleh pakar strategi, saintis

dan perekacipta dalam mana-mana zaman dan masyarakat. Leonardo Da Vinci dan Sun Tzu

pernah menggunakannya dalam merekacipta dan sebagai strategi berperang. Ia bersifat

universal. Oleh itu jelaslah bahawa metafora sangat berharga untuk diketepikan begitu sahaja.

Mekanisma metafora mempunyai pelbagai fungsi. Salah satu daripada fungsinya ialah dalam

menyelesaikan masalah secara kreatif.

Analisis Metafora Sebagai Gaya Berfikir Kreatif

Dalam Sulalatus Salatin terdapat beberapa masalah yang dapat diselesaikan secara kreatif

dengan menggunakan mekanisma metafora. Kertas kerja ini akan membincangkan tiga masalah

yang dikenal pasti berdasarkan peristiwa tertentu daripadanya iaitu :

1. Kejayaan Raja China menghadapi ancaman serangan daripada tentera Raja Suran

2. Kejayaan Tun Perpatih Putih melihat wajah Raja China dan

3. Kejayaan Bendahara Melaka dalam menyelesaikan masalah surat salam menjadi surat

sembah.

1. Peristiwa Raja Suran ingin menyerang negeri China

Maka kedengaranlah pula khabamya ke benua China, mengatakan, "Raja

Suran datang hendak menyerang kita, membawa rakyat tiada terpermanai

banyaknya; sekarang sudah sampai ke Temasik." Maka raja China pun

terlalu hebat mendengar khabar itu; maka titah raja China pada segala

Page 9: Seni Berbahasa Dalam Sulalatus Salatinpemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=693A473589...Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan metáfora sebagai seni berbahasa yang mencerminkan

9

menteri dan segala pegawainya, "Apa bicara kamu sekalian pada me-

nolakkan bala ini; jikalau sampai raja benua Keling itu ke mari, nescaya

binasalah benua China ini." Maka sembah seorang menteri yang tua,

"Jikalau sampai raja daripada yang banyak, ya tuanku syah alam, yang

diperHambalah membicarakan dia." Maka titah raja China, "Bicarakanlah

olehmu." Maka Perdana Menteri pun menyuruhlah melengkapi sebuah

pilau yang terbesar, diisi dengan jarum yang Serii, lagi yang karat; maka

diambilnya pula pohon kesmak dan pohon segala buah-buahan yang ada

buahnya, ditanamnya di atas pilau itu, dan dipilihnya orang yang tua-tua

sudah tanggal giginya, disuruhnya naik pilau itu, dipesaninya oleh Perdana

Menteri itu dan disuruhnya belayar ke Temasik.

Setelah datang ke Temasik, maka dipersembahkan oranglah kepada Raja

Suran, "Ada sebuah perahu datang dari benua China." Maka titah Raja

Suran pada orangnya, "Pergilah engkau tanya pada China itu, berapa lagi

jauhnya negeri China dari sini?" Maka orang itu pun pergilah bertanya

pada orang pilau itu. Maka sahut China itu, "Tatkala kami keluar dari

benua China, sekalian kami-kami ini sedang muda-muda belaka, baharu

dua belas tahun umur kami, dan segala buah-buahan ini bijinya kami

tanam, kami pun tualah, gigi kami semua pun habis tanggal; segala buah-

buahan yang kami tanam itu berbuahlah, baharulah kami sampai ke mari,"

Maka diambilnya jarum ada beberapa bilah itu, ditunjukkannya pada Ke-

ling itu, katanya, "Besi ini kami bawa ke mari dari benua China seperti

lengan besamya, sekarang inilah tinggalnya habis haus; demikianlah peri

lamanya kami di jalan, tiadalah kami tahu akan bilangan tahunnya."

Setelah Keling itu mendengar kata China itu, maka ia pun segera kembali

memberi tahu Raja Suran; maka segala kata China yang didengamya itu

semuanya dipersembahkannya kepada Raja Suran. Setelah Raja Suran

mendengar sembah orang itu, maka titah Raja Suran, "]ikalau seperti kata

China itu, terlalulah jauhnya benua China itu; manakalakah kita sampai ke

sana? Baik kita kembali." Maka sembah segala hulubalang, "Benarlah

seperti titah Seri Maharaja itu."

(Sulalatus Salatin, 1983:12-13)

Dalam petikan tersebut digambarkan peristiwa Raja Suran ingin menyerang negeri

China. Dalam peristiwa tersebut Raja China mempunyai maklumat bahawa tentera Raja Suran,

tentera yang hebat iaitu sudah banyak negeri yang ditewaskannya. Banyak kemusnahan harta

benda yang berlaku dan banyak nyawa yang melayang. Raja China tidak mengambil ringan dan

Page 10: Seni Berbahasa Dalam Sulalatus Salatinpemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=693A473589...Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan metáfora sebagai seni berbahasa yang mencerminkan

10

sambil lewa akan ancaman Raja Suran itu. Bukti tersebut dikesan dalam Sulalatus Salatin

halaman (11) seperti petikan di bawah :

Maka bertemulah rakyat Siam dengan rakyat Keling, lalu berperanglah,

tiada sangka bunyinya lagi; segala yang bergajah berjuangkan gajahnya,

dan yang berkuda bergigitkan kudanya, dan yang berpanah berpanahanlah

dianya, dan yang berlembing bertikamkan lembingnya, dan yang

berpedang bertetakan pedangnya. Maka rupa segala Senjata seperti hujan

yang terlalu lebat, tidaklah lagi tarupak awan di langit, oleh kebanyakan

kilat Senjata itu; gegak gempitalah bunyi tempik sorak orang berperang

itu, maka berbangkitlah lebu duli ke udara, kelam-kabut, siang menjadi

malam seperti gerhana matahari. Maka segala rakyat antara kedua belah

pihak itu pun jadi campur-baurlah, tiada berkenalan lagi waktu berperang

itu. Mana yang mengamuk di amuk orang pula, ada yang menikam

ditikam orang pula. Maka kedua pihak itu pun banyaklah mati dan

lukanya, darah pun banyaklah tum pall mengalir ke bumi seperti air

sebak.

(Sulalatus Salatin, 1983:11)

Berdasarkan petikan daripada peristiwa tersebut, Raja China mempunyai beberapa

pilihan. Pertama, menentang tentera Raja Suran, kedua berunding dengan Raja Suran, ketiga

menyerah kalah atau keempat mencari jalan atau mencari helah mengelakkan peperangan

dengan Raja Suran. Raja China memilih pilihan keempat.

Pilihan 1, 2 dan 3 tidak menjadi pilihan kerana ia bukan hasil berfikir yang kreatif.

Tindakan yang dibuat oleh Raja China itu adalah tindakan yang tepat kerana sesuai dengan

pandangan Sun Tzu (1971:63) dalam bukunya The Art of War yang menegaskan bahawa

peperangan adalah suatu perkara yang sangat penting. Ia adalah soal hidup atau mati. Oleh itu

tindakan untuk berperang perlu difikirkan semasak-masaknya.

Oleh itu Raja China bertindak bijak, baginda ingin mengelak daripada berperang dengan

Raja Suran kerana banyak harta benda akan musnah, kegiatan pertanian akan terganggu, dan

banyak nyawa akan terkorban. Raja China meminta perdana menterinya mencari jalan untuk

Page 11: Seni Berbahasa Dalam Sulalatus Salatinpemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=693A473589...Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan metáfora sebagai seni berbahasa yang mencerminkan

11

mengatasi ancaman serangan tentera Raja Suran itu. Tindakan Raja China ini ada kaitannya

dengan pendapat de Bono dalam bukunya Lateral Thinking (42-43) “The first type of problem

can be solved by vertical thinking. The second and third type of problem require lateral thinking

for their solution”

Perdana Menteri China mengambil amanah itu dengan meminta Raja China

menyediakan sebuah kapal yang besar dan di atas kapal itu diletakkan jarum berkarat, pohon

kesmak yang tinggal ranting dan beberapa orang tua yang tidak bergigi. Apabila semuanya

sudah berlengkap kapal itu diminta belayar ke Temasik. Dari sudut strategi berperang tindakan

Perdana Menteri China itu, bukanlah menyediakan alat peperangan seperti yang disebut oleh

pepatah Latin: Si vis pacem, para bellum (maksudnya jika anda mahukan keamanan, bersedialah

untuk berperang). Menurut Luttwak (1987:3) dalam bukunya Strategy: The Logic of war and

Peace, peperangan untuk menamatkan peperangan tidak akan menamatkan perang. Dengan

semangat inilah Perdana Menteri China menggunakan kepintarannnya (merujuk idealisme

Aristotle) untuk mengalahkan Raja Suran tanpa menggunakan senjata.

Dalam hubungan ini, beberapa persoalan diajukan untuk membuka ruang perbincangan

selanjutnya.

1. Bagaimanakah Perdana Menteri itu mendapat idea berkenaan rancangan tersebut?.

2. Apakah proses kognitif yang berlaku di minda Perdana Menteri itu?

Dalam konteks kertas kerja ini, pernyataan Aristotle yang mengatakan bahawa

“seseorang yang boleh bermetafora adalah menandakan yang orang itu cerdik, pintar dan bijak

(genius) dijadikan asas rujukan. Seperti yang telah dihuraikan sebelum ini, metafora adalah

kebolehan otak atau minda yang mampu membuat “pemindahan”. Makna atau konsep yang ada

Page 12: Seni Berbahasa Dalam Sulalatus Salatinpemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=693A473589...Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan metáfora sebagai seni berbahasa yang mencerminkan

12

pada sesuatu entiti dapat dipindahkan kepada entiti lain atau kepada keadaan yang lain melalui

“pinjaman” “penyamaran” dan “perubahan bentuk” (transformasi). Mekanisma metafora ini

dapat dilihat pada contoh-contoh berikut.

Ali kancil

Dalam ungkapan ini, Ali tidak dirujuk sebagai Ali yang binatang tetapi Ali yang cerdik macam

kancil. Kecerdikan kancil dipinjamkan kepada Ali demi menggerakkan daya imaginasi khalayak

kepada kecerdikan Ali.

Aminah mawar desa

Sementara itu, dalam ungkapan, “Aminah mawar desa”, Aminah bukanlah dirujuk sebagai

sekuntum bunga tetapi membawa citra seorang gadis desa yang masih suci.

Dia durian, kita mentimun

Dalam pernyataan, “dia durian kita mentimun” , “dia” bukanlah orang yang dirujuk sebagai

buah” dan “kita” bukanlah orang yang dirujuk sebagai sayur tetapi merujuk kepada citra

kekuasaan pemerintah kepada rakyatnya dan juga merujuk kepada betapa lemahnya rakyat

berbanding kegagahan seorang raja atau pemerintah.

Ungkapan-ungkapan yang dijadikan contoh itu, selain daripada menunjukkan keindahan

berbahasa, ungkapan-ungkapan itu juga merujuk kepada keindahan pemikiran dan kepintaran

orang yang mencipta ungkapan itu. Walaupun demikian menurut (Asiah Abdul Rahman:2013),

dalam memahami sesuatu teks sastera, akan wujud pertembungan makna antara teks pembaca

dan teks penulis. Situasi ini wujud kesan daripada penggunaan bahasa dalam teks tersebut sama

Page 13: Seni Berbahasa Dalam Sulalatus Salatinpemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=693A473589...Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan metáfora sebagai seni berbahasa yang mencerminkan

13

ada bahasa yang agak natural atau bahasa yang mencabar proses pembacaan yang

memungkinkan pembaca berusaha memperoleh makna dalam pelbagai kemungkinan yang ada

sebagaimana dijelaskan oleh Thornborrow & Wareing (1998). Hal ini memperlihatkan bahawa,

dalam sesebuah teks sastera dikesan tentang wujudnya makna pembaca dan makna penulis yang

disejajarkan melalui penggunaan bahasa sama ada dalam bentuk kata mahupun ayat

(Mohammad Fadzeli Jaafar:2009).

Merujuk kepada peristiwa yang terdapat dalam teks Sulalatus Salatin, Mekanisma yang

sama telah digunakan oleh Perdana Menteri China seperti yang telah dibincangkan. Ketibaan

kapal besar dari negeri China itu dengan segala muatannya berada dalam pengetahuan Raja

Suran. Inferens yang dibina oleh Raja Suran berdasarkan maklumat itu mendorong Raja Suran

membatalkan rancangannya hendak menyerang China.

Umpan yang disediakan oleh Perdana Menteri itu mempunyai daya pukau sehingga

mendorong Raja Suran membuat kesimpulan bahawa negeri China itu sangat jauh.

Perjalananan ke negeri China akan mengambil masa yang sangat lama dan sangat meletihkan.

Dari segi logistik, ia tidak memberi kelebihan kepada tenteranya. Pedang yang hendak

digunakan tidak boleh dipakai lagi kerana sudah berkarat. Tentera-tenteranya tidak lagi mampu

berperang kerana sudah sangat tua.

Perdana Menteri China berjaya dengan ideanya kerana menggunakan mekanisma

metafora yang telah lama terpendam di dalam mindanya dalam bentuk paradigma, skema,

korpus, prinsip, formula dan sebagainya. Antara proses berfikir yang dijangkakan dilakukan

oleh Perdana Menteri China itu adalah seperti berikut.

Page 14: Seni Berbahasa Dalam Sulalatus Salatinpemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=693A473589...Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan metáfora sebagai seni berbahasa yang mencerminkan

14

Selepas menerima perintah dari rajanya, Perdana Menteri China sibuk berfikir tentang

berperang dan peperangan dengan menggunakan mekanisma sinekdoke jenis totem pro parte.

Pada peringkat ini, Perdana Menteri China berfikir secara keseluruhan (makro) tentang

peperangan dan akhirnya berhenti pada aspek kecil (mikro) dalam peperangan iaitu aspek masa,

manusia dan peralatan sebagaimana ditegaskan oleh Sun Tzu (1971:88).

Pada peringkat seterusnya, Perdana Menteri menggunakan mekanisma metonimi untuk

melihat unsur atau aspek yang “melekat” pada aspek masa, manusia, dan peralatan. Dalam

peperangan faktor masa adalah penting. Kepantasan dan ketepatan waktu adalah kunci kepada

tindakan yang membawa kemenangan segera dalam peperangan. John David Lewis (2010:184-

185) dalam Nothing Less than Victory: Decisive Wars and the Lessons of History, ada

membicarakan soal kepantasan serangan tentera Jerman ke atas Poland. Tentera Jerman

menamakan serangan jenis ini sebagai “Blitzkrieg”. Begitu juga, John C. Davenport (2009:33)

dalam The Attack on Pearl Harbour yang mengisahkan serangat mengejut tentera Jepun ke atas

pangkalan tentera Amerika di Pearl Harbour pada pagi 7 Disember, 1941.

Ketidak patuhan kepada jadual akan mengakibatkan perkara yang buruk (fatal) akan

berlaku kepada mana-mana pasukan tentera. Strategi yang ampuh dan penuh rancangan tidak

akan berjaya apabila disiplin masa tidak dipatuhi. Tentera yang perkasa dan gagah berani juga

amat diperlukan dalam mana-mana pasukan tentera. Peralatan tentera yang canggih juga akan

menentukan kemenangan. Tentera yang lemah fizikal dan dengan senjata yang rosak akan

menyebabkan mana-mana pasukan tentera akan tewas dengan mudah dalam sebarang

pertempuran.

Page 15: Seni Berbahasa Dalam Sulalatus Salatinpemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=693A473589...Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan metáfora sebagai seni berbahasa yang mencerminkan

15

Segala hal yang dihuraikan tadi sudah lama berada dalam fikiran Perdana Menteri China.

Sebagai ahli strategi, Perdana Menteri China memang tahu akan selok belok dalam dunia

peperangan. Oleh itu faktor masa digunakan oleh Perdana Menteri China sebagai senjata

propaganda untuk menghadapi tentera Raja Suran. Dia perlu meyakinkan Raja Suran bahawa

negeri China itu sangat jauh dan menggunakan masa yang lama untuk sampai ke sana. Untuk

itu, Perdana Menteri China menggunakan mekanisma hiperbola dan mekanisma analogi untuk

menggambarkan betapa jauhnya perjalanan ke negeri China itu.

Oleh itu, beberapa orang tua yang tiada gigi telah dipilih untuk menjadi muatan kapal

itu. “Berjalan lambat macam orang tua” atau “berjalan lambat macam kura-kura” adalah simile

(analogi) tetapi kesannya tidak seberapa jika dibandingkan dengan ungkapan hiperbola “berjalan

lambat macam orang tua tiada gigi”. Ramainya orang tua yang tidak bergigi di atas kapal itu

adalah straregi hiperbola yang digunakan oleh Perdana Menteri China untuk meyakinkan Raja

Suran betapa jauhnya perjalanan dari China ke Temasik.

Selain itu, Perdana Menteri China menggunakan pedang berkarat sebagai analogi yang

dihiperbolakan untuk menggambarkan betapa lamanya pedang itu tidak digunakan dan betapa

tiada gunanya pedang itu untuk dijadikan senjata dalam berperang. Strategi Perdana Menteri

China berhasil, apabila Raja Suran membuat keputusan untuk membatalkan rancangannya untuk

menyerang negeri China. Berdasarkan huraian tersebut, menunjukkan bahawa metafora yang

selama ini digunakan sebagai gaya bahasa yang bertujuan untuk mengindahkan pengucapan dan

pesanan dapat juga berfungsi untuk menyelesaikan masalah secara kreatif.

Page 16: Seni Berbahasa Dalam Sulalatus Salatinpemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=693A473589...Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan metáfora sebagai seni berbahasa yang mencerminkan

16

Peristiwa Kedua : Hendak Melihat Wajah Raja China

Maka gagak berkawan itu sekaliannya mengembangkan sayapnya, menaungi

sekalian mereka itu. Maka berbunyilah guruh, petir dan kilat sabung-menyabung.

Maka raja China pun keluar; berbayang-bayang rupanya kelihatan dari dalam

mungkur kaca dalam mulut naga. Demi melihat raja China, maka sekalian

mereka itu pun semuanya menundukkan kepala ke bumi menyembah raja China,

tiada mengangkat muka lagi. Maka surat dari Melaka itu pun dibaca oranglah.

Setelah diketahuinyalah ertinya, maka terlalulah sukacita raja China mendengar

dia, dan sagu pun dibawa oranglah, ke hadapan raja.

(Sulalatus Salatin, 1983:124)

Maka titah raja China kepada Tun Perpatih Putih, "Apa kegemaran orang

Melaka?" Maka sembah Tun Perpatih Putih, "Sayur kangkung tuanku, jangan

dikerat-kerat, belah panjang-panjang, iaitulah kegemaran kami semua orang

Melaka makan, tuanku." Maka disuruh oleh raja China sayurkan kangkung,

seperti yang dikatakan oleh Tun Perpatih Putih itu. Setelah sudah masak, di-

hantarkan di hadapan Tun PerpatihPutih; dan orang Melaka sekaliannya pun

membibit hujung sayur kangkung itu, serta menengadah, mengangakan

mulutnya. Maka kelihatanlah raja China duduk di atas kerusi dalam mulut naga

pada mungkur kaeanya. Maka barulah dapat dipandang dengan nyata oleh orang

Melaka raja China itu, Setelah sekalian China melihat orang Melaka makan sayur

kangkung itu maka diturutnya. Sebab itulah orang China tahu makan sayur

kangkung datang sekarang,

(Sulalatus Salatin, 1983:125)

Berdasarkan petikan di atas, pada mulanya rombongan Tun Perpatih yang menghantar

sagu rendang ke benua China dapat melihat wajah Raja China berbayang-bayang sahaja. Hal ini

demikian kerana Raja China duduk di dalam mongkor kaca (Sulalatus Salatin

Melayu,1983:124) yang berada di dalam mulut naga. Jika kita dalam kedudukan Tun Perpatih

Putih, sudah pasti kita juga ingin melihat wajah Raja China sejelas-jelasnya. Adalah tidak

lengkap dan sempurna, apabila rombongan atau individu yang datang dari jauh tidak dapat

melihat wajah tuan rumah atau pihak yang ingin ditemui. Dalam konteks Sulalatus Salatin,

Page 17: Seni Berbahasa Dalam Sulalatus Salatinpemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=693A473589...Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan metáfora sebagai seni berbahasa yang mencerminkan

17

sudah tentulah pelbagai usaha dan ikhtiar akan dilakukan sama ada dengan mencari jalan atau

helah untuk melihat wajah Raja China itu.

Peluang keemasan tiba-tiba muncul apabila Tun Perpatih Putih dan rombongannya

ditanya akan makanan kegemaran orang Melaka. Jawapan segera daripada Tun Perpatih Putih

ialah sayur kangkung yang tidak dikerat tetapi dibelah-belah sahaja.

Ketika waktu makan, rombongan Melaka mengangkat tinggi-tinggi sayur kangkung itu

sehingga mereka berpeluang melihat wajah Raja China yang sebenarnya. Pada masa yang sama

mereka membibit sayur kangkung pada hujungnya.

Apakah yang mendorong Tun Perpatih Putih memilih kangkung bukannya sayur lain

seperti bayam, sawi, taugeh dan lain-lain sayur sebagai jawapan kepada masalah rombongan

Melaka yang ingin melihat wajah Raja China itu?.

Kepantasan berfikir Tun Perpatih Putih menjawab pertanyaan Raja China

menggambarkan Tun Perpatih Putih seorang yang bijak dan kreatif kerana mampu

menggunakan mekanisma kias atau metafora pada bila-bila masa. Perkataan kias (metafora)

walaupun terdiri daripada empat huruf, dapat membayangkan bahawa metafora boleh berlaku

dengan begitu pantas dan mempunyai kesan segera. Dalam nanosaat atau secepat kilat sahaja,

otak dapat membuat “twist”, pusingan U, perubahan, kelainan, kalihan, dan kilasan. Unsur tiba-

tiba atau kepantasan Tun Perpatih Putih itu dapat dikaitkan dengan istilah celik akal (insight),

“aha” experience” atau rasa eureka. Konsep celik akal dikemukakan oleh ahli psikologi kognitif

yang juga dikenali sebagai ahli psikologi Gestalt iaitu Wolfgang Kohler (1925). Kohler dalam

kajiannya ke atas cimpanzi yang bernama Sultan, telah menemui pembelajaran secara celik akal.

Celik akal bermaksud penyelesaian masalah boleh berlaku secara mendadak atau tiba-tiba

Page 18: Seni Berbahasa Dalam Sulalatus Salatinpemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=693A473589...Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan metáfora sebagai seni berbahasa yang mencerminkan

18

lengkap. E. Bruce Goldstein ( 2008: 306-308 ), Cognitive Psychology: Connecting Mind,

Research and Everyday Experience, menjelaskan bahawa “The Gestalt psychologists also

introduced the idea that restructuring is associated with insight—a sudden realization of a

problem’s solution. Gestalt psychologists’ emphasis on insight is reflected in the types of

problems they posed. The solution to most of their problems involves discovering a crucial

element that leads to solution of the problem”.

Dari sudut psikologi kognitif, skema pengetahuan tentang jenis-jenis sayur (kategori

sayur) yang sesuai dengan masalah yang dihadapi memang ada di fikiran Tun Perpatih Putih.

Skema yang wujud dalam benak Tun Perpatih Putih boleh dikaitkan dengan kajian Piaget yang

menjelaskan “a schema is an organized system of actions or a mental representation that people

use to understand and interact with the world (Jeffrey S. Nevid (2013:356). Dia hanya perlu

mengaitkan dengan perbuatan yang akan dilakukan. Perbuatan yang dipilih adalah perbuatan

mendongak. Perbuatan mendongak melibatkan pergerakan dari bawah ke atas, ia itu berkait

dengan mekanisma metafora yang membawa maksud “pemindahan” atau “peralihan”. Perkataan

pemindahan di sini bukan bermaksud tersurat, tetapi ia membawa maksud tersirat.

Justeru, metafora sebagai seni berbahasa menawarkan pilihan dalam penyelesaian

masalah. Dalam mekanisma metafora, sebarang tindakan mengubah, menukar atau mengalih

dilakukan secara rahsia. Gerak ini disebut gerak muslihat, “smokescreen”. “maneuver atau

penyamaran (camouflage= ada tapi macam tidak ada). Hal ini terdapat dalam ungkapan seperti

Ali kancil (Ali menyamar menjadi kancil), dalam ungkapan Aminah mawar desa (Aminah

menyamar menjadi bunga) dan ungkapan dia durian kita mentimun (pemerintah, raja atau sultan

menyamar menjadi durian dan rakyat jelata, hamba, buruh, kuli, marhaen menyamar menjadi

mentimun). Begitu juga dalam peribahasa dan simpulan bahasa ada gerak muslihat itu, iaitu

Page 19: Seni Berbahasa Dalam Sulalatus Salatinpemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=693A473589...Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan metáfora sebagai seni berbahasa yang mencerminkan

19

pada ungkapan: sambil menyelam minum air, berkayuh sambil bertimba; berkayuh sambil ke

hilir; sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar; dan sekali merengkuh dayung, dua tiga

pulau terlampau. Makna yang sama juga terdapat dalam peribahasa Inggeris, iaitu killing two

birds with one stone. Peribahasa ini menggambarkan perbuatan atau pekerjaan yang diakukan

secara serentak dapat mencapai dua atau tiga matlamat sekali gus.

Mekanisma Simile pula digunakan untuk mencari sayur yang sesuai dengan perbuatan

mendongak yang akan dilakukan oleh rombongan Melaka. Sayur kacang panjang tidak sesuai

dengan perbuatan itu kerana tidak cukup panjang dan bukan amalan yang sesuai memakan

kacang panjang secara mendongak. Hal ini berkaitan dengan aspek pengkategorian yang juga

diselidiki oleh Aristotle (Pamela Michelle Hood (2004:5-6). Dengan itu, kacang panjang

ditolak dari senarai pemilihan.

Mekanisma Metonimi pula membenarkan pilihan sayur kangkung itu kerana kata-kata

seperti panjang, membibit dan mendongak itu sesuai dengan masalah yang dihadapi. Fasa yang

seterusnya adalah fasa membuat tindakan. Kangkung dijadikan batu loncatan oleh rombongan

Melaka untuk melihat wajah Raja China. Peristiwa ini membuktikan bahawa mekanisma

metafora yang terlepas pandang selama ini boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah

secara kreatif.

Peristiwa Ketiga : Surat Salam dikatakan Surat Sembah

Hatta maka Sultan Mahmud Syah hendak menyuruh ke Pasai,

bertanyakan masalah perkataan antara Ulama Mawara'l Hartar, dan

Ulama Khurasan, dan Ulama benua Irak. Maka baginda hendak

menyuruhlah; serta baginda mesyuarat dengan Bendahara dan segala

Orang Besar-besar, "Bagaimana kita menyuruh ke Pasai itu? Jikalau

bersurat, tiada dapat tiada tewas kita; kerana orang Pasai jikalau bersurat,

'salam ' dibacakannya 'sembah' juga. Maka kata Bendahara Seri Maharaja,

Page 20: Seni Berbahasa Dalam Sulalatus Salatinpemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=693A473589...Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan metáfora sebagai seni berbahasa yang mencerminkan

20

"Jika demikian, kita menyuruh janganlah bersurat; sudah kita surat, suruh

hafazkan pada utusan itu." Maka titah Sultan Mahmud, "Benarlah itu, jika

demikian Orang Kaya Tun Muhammadlah baikkita titahkan." Maka

sembah Orang Kaya Tun Muhammad, "Baiklah, tuanku." Maka surat pun

diaraklah ke perahu, bingkisannya golok perbuatan Pahang sebilah,

bertatahkan emas berpermata; kakatua putih seekor; kakatua ungu seekor.

Maka Orang Kaya Tun Muhammad pun pergilah; maka surat itu

dihafazkannya selama di laut itu.

Berapa lamanya di laut maka sampailah ke Pasai, Maka dipersembahkan

orang kepada raja Pasai, "Tuanku, utusan dari Melaka datang." Maka

disuruh jemput oleh raja Pasai pada segala Orang Besar-besar dengan

gendang, serunai, nafiri, nagara; setelah datang kepada Orang Kaya Tun

Muhammad, maka kata orang yang menjemput surat itu, "Manatah surat,

marilah arak." Maka kata Orang Kaya Tun Muhammad, "Hambalah surat,

araklah Hamba." Maka dinaikkan oranglah Orang Kaya Tun Muhammad

ke atas gajah, lalu diarak. Setelah datang ke balai, maka Orang Kaya Tun

Muhammad pun turunlah dari atas gajah, maka berdiri ia pada tempat

orang membaca surat, maka dibacanyalah surat pada mulutnya itu,

demikian bunyinya: "Salam doa paduka kakanda, Seri Sultan Mahmud

Syah yang empunya takhta kerajaan dalam negeri Melaka Daru'l Azim,

datang kepada paduka adinda Seri Sultan al mu 'azam maliku'l-mukarram

zilu'llahu fi'l-'alam, yang di atas perhiasan kerajaan dalam negeri Pasai

Daru'l Salam.

(Sulalatus Salatin, 1983:233)

Berdasarkan petikan di atas, memperlihatkan bahawa pada zaman dahulu kedatangan

berita atau perkhabaran dari sebuah kerajaan ke sebuah kerajaan dalam formasi surat adalah

dialu-alukan. Surat dan pembawa surat yang datang itu membawa sekali imej dan maruah

negara yang berkenaan. Pembawa surat akan dinaikkan atas gajah dalam upacara menerima

ketibaan surat. Surat akan dibaca dihadapan raja oleh pegawai yang dilantik. Permulaan surat

biasanya dimulakan dengan ucapan salam atau sembah. Ucapan salam terkandung dalam surat

jika taraf kedua-dua negara atau kerajaan adalah sama. Ucapan sembah jika digunakan apabila

taraf antara kedua-dua kerajaan itu tidak sama.

Page 21: Seni Berbahasa Dalam Sulalatus Salatinpemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=693A473589...Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan metáfora sebagai seni berbahasa yang mencerminkan

21

Masalah berlaku apabila ucapan salam dibacakan sebagai ucapan sembah. Dengan

begitu, maruah sesebuah negara itu jatuh serta merta di hadapan khalayak yang hadir. Hal ini

membawa kemarahan kepada pembawa surat. Sebagai wakil negara, dia akan membantah

ucapan itu. Jika bantahan-bantahan tidak diendahkan, wakil negara akan bertindak membunuh

pembaca surat. Dalam Sulalatus Salatin (1983:164), Raja Pahlawan dari kerajaan Haru telah

membunuh pembaca surat kerajaan Pasai kerana melakukan pertukaran surat salam menjadi

surat sembah. Akibatnya berlakulah peperangan antara kedua negara.

Peristiwa ini menjadi pengetahuan kepada Sultan Mahmud dan menjadi masalah kepada

baginda apabila ingin menghantar utusan pembawa surat ke Pasai. Hal ini telah dibincangkan

dengan Bendahara kerana Sultan Mahmud ingin bertanyakan masalah perkataan antara Ulama

Mawaran-nahar dengan Ulama Khurasan, dan Ulama benua Irak (rujuk petikan yang

disertakan).

Untuk mengatasi masalah itu, Bendahara sebagai pakar strategi kerajaan Melaka telah

mencadangkan supaya surat yang hendak dihantar itu hendaklah dihafal sahaja oleh pembawa

surat. Jawapan yang Bendahara berikan kepada Sultan Mahmud merupakan hasil pelaksanaan

mekanisma metafora dan pemikiran lateral. Mekanisma ini seperti yang dihuraikan sebelumnya,

menggerakkan Bendahara supaya melakukan perubahan, pemindahan atau pertukaran makna

kepada surat. Kalau dulu, surat disampaikan secara tangan, biarlah kali ini, surat disampaikan

secara lisan. Cadangan Bendahara itu diterima oleh Sultan Mahmud dan baginda

memerintahkan Orang Kaya Tun Muhammad menghafal surat itu. Dengan tugas baru itu, Tun

Muhammad sudah menjadi surat dan keadaan ini samalah dengan ungkapan Ali yang menjadi

kancil dan Aminah yang menjadi bunga.

Page 22: Seni Berbahasa Dalam Sulalatus Salatinpemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=693A473589...Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan metáfora sebagai seni berbahasa yang mencerminkan

22

Proses yang berlaku ini bukanlah kerana berlakunya perubahan DNA tetapi dibenarkan

oleh metafora. Dengan itu, berlakulah proses depersonifikasi. Jika mekanisma personifikasi

memberi sifat-sifat manusia kepada benda seperti pohon nyiur melambai-lambai dan siang

merangkak senja maka mekanisma dipersonifikasi menjadikan manusia sebagai benda (objek).

Dalam konteks ini, penggunaaan seni berbahasa yang dicermainkan melalui mekanisme

metafora berdasarkan ‘pemindahan fungsi’ iaitu dengan Tun Muhammad sudah menjadi surat,

maka masalah Sultan Mahmud dalam surat salam menjadi surat sembah telah dianggap selesai.

Kesimpulan

Proses simpang-siur menggunakan pelbagai mekanisma gaya bahasa dalam tiga masalah di atas

adalah proses biasa dalam dunia kreatif. Sebagaimana penyair atau penulis yang bebas berkarya,

ahli strategi seperti seorang jeneral di medan perang, seorang jurulatih bolasepak, seorang ahli

perniagaan atau seorang ahli politik juga bebas menggunakan mekanisma-mekanisma ini. Ia

samalah seperti seorang penyerang di hadapan pintu gol. Penyerang boleh memilih untuk

menjaringkan gol dengan cara menanduk, atau menyepak bola ke dalam jaring.

Walaupun tiga masalah yang dipilih dari Sulalatus Salalatin (1983) nampak mudah

diselesaikan tetapi prosesnya agak kompleks bagi individu yang tidak mempunyai fikiran kreatif

dan tidak menguasai mekanisma metafora atau pemikiran lateral. Gaya bahasa metafora boleh

digunakan sebagai alat penyelesai masalah secara kreatif jika kita tahu dan kenal akan

mekanismanya. Mekanisma metafora bukanlah sesuatu yang misteri tetapi ia perlu dicari.

Ternyata Sulatus Salatin sebuah karya agung yang kaya dengan maklumat dalam menawarkan

korpus kajian berkaitan dengan seni berbahasa. Justeru kajian tentang seni berbahasa dalam

Page 23: Seni Berbahasa Dalam Sulalatus Salatinpemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=693A473589...Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan metáfora sebagai seni berbahasa yang mencerminkan

23

Sulalatus Salatin dengan mekanismanya yang terpendam dan terselindung dapat

menyumbangkan kepada penyelesaian masalah secara kreatif.

Page 24: Seni Berbahasa Dalam Sulalatus Salatinpemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=693A473589...Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan metáfora sebagai seni berbahasa yang mencerminkan

24

Bibliografi

Arbak Othman. 2009. Semiotik. Seri Kembangan: Citra Kurnia Enterprise.

Arba’ie Sujud. 2008. Apresiasi Bahasa - Interpretasi & Ekspresi. Kuala Lumpur: Sarjana Press

Sdn. Bhd.

Abdul Samad Ahmad. (1983). Sulalatus Salatin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Andrew Goatly. (1997). The Language Of Metaphors. London: Routledge.

Asiah Abdul Rahman.(2013). “Transformasi Makna Ayat Perintah dalam Novel S.Othman

Kelantan”. Tesis Doktor Falsafah. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Asmah Hj Omar. (1996). “Metaphors of Anatomy as a Reflection of Malay Cultural Belief”,

dlm Jurnal Bahasa Jendela Alam. Jilid 1. Persatuan Bahasa Moden.

E. Bruce Goldstein. (2008). Cognitive Psychology: Connecting Mind, Research and Everyday

Experience. Belmont, USA: Wadsworth.

Edward de Bono. (1970). Lateral Thinking. London: Penguin Book.

Gorys Keraf. (2007). Diksi dan Gaya Bahasa. Jakarta: PT Gramedia.

Hassan Ahmad .(2003). Metafora Melayu:Bagaimana Pemikir Melayu Mencipta Makna dan

Membentuk Epistomologinya. Bangi: Akademi Kajian Ketamadunan.

Hassan Ahmad. (2006:55). Ke arah Kelahiran Melayu Glokal. Kuala Lumpur: Alaf 21.

I. A. Richard .(1936). The Philosophy Of Rhetoric. Routledge: Chapman & Hall.

Jeffrey S. Nevid. (2013). Psychology: Concepts and Applications, 4th ed. Belmont, USA:

Wadsworth.

John C. Davenport. (2009). The Attack on Pearl Harbour. New York: Infobase Publishing.

John David Lewis. (2010). Nothing Less than Victory: Decisive Wars and the Lessons of

History. Princeton: University Press.

John Protevi. (1994). Time and Exteriority: Aristotle, Heidegger. Derida: Associated University

Press

John T Lysaker. (2002). You Must Change You Life: Poetry, Philosophy and The Birth of Sense.

Pennsylvania: University Press.

Joseph Edward Shigley, et.al. (1981). Theory Of Machines And Mechanism

Page 25: Seni Berbahasa Dalam Sulalatus Salatinpemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=693A473589...Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan metáfora sebagai seni berbahasa yang mencerminkan

25

Keris Mas. (1990) . Perbincangan Gaya Bahasa Sastera. KualaLumpur: DBP.

Kevin Brophy. (2009). Patterns of Creativity: Investigations Into the Sources and Methods of

Creativity. Amsterdam : Rodopi.

Kridalasana, Harimurti. (1983). Kamus Linguistik. Jakarta: Gramedia.

Luttwak, E.N (1987) (terjemahan). Strategy: The Logic of war and Peace. Kuala

Lumpur:Dewan Bahasa Pustaka.

Neil Sclater. (2011). Mechanisms And Mechanical Devices Sourcebook.

Maslida Yusof (1999). Makna Bukan Literal: Kes Metafora dan Hiperbola. Jurnal Dewan

Bahasa. Jilid 35. Bil. 12. Hal 4-9. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohammad Fadzeli Jaafar.(2009). “Writerly Text: Analisis Leksikal Teks Melayu Moden dari

Sudut Stilistik” dlm. Nor Hashimah Jalaluddin et.al. Linguistik Teori dan

Aplikasi.Bangi: Penerbit UKM.

Muhammad Haji Salleh.(1986). Cermin diri Esei Kesusasteraan. Petaling Jaya : Fajar Bakti

Sdn.Bhd.

Muhammad Haji Salleh. (2008). Puitika Sastera Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Pamela Michelle Hood. (2004). Aristotle on the Category of Relation. USA: University Press

of America.

P V Zjma. (2002). Deconstruction and Critical Theory. New York: Continuumbooks.

Sun Tzu. (1971). (Terjemahan oleh Griffith S.B). The Art of War. London: OUP.

Thornborrow,J & Shan Wareing. (1998). Patterns in Language: An Introduction to Language

and Literary Style. London : Routledge.

Za’ba .(2002). Ilmu Mengarang Melayu. Edisi Ejaan Rumi Baharu Za’ba. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.