sukan gemaputera ke-xv perlis 2018 28 - 31 mac 2018 · 14. piala/hadiah 14.1 pertandingan ini...

12
KEJOHANAN SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018 28 - 31 MAC 2018 Pertandingan Ten Pin Bowling PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI PERLIS (PKENPs)

Upload: buidang

Post on 25-Apr-2019

217 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018 28 - 31 MAC 2018 · 14. PIALA/HADIAH 14.1 Pertandingan ini adalah bagi merebut Piala Pusingan Kejohanan Tenpin Boling Sukan GEMAPUTERA.Ke-XV Perlis

KEJOHANAN

SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018

28 - 31 MAC 2018

Pertandingan Ten Pin Bowling

PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI PERLIS (PKENPs)

Page 2: SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018 28 - 31 MAC 2018 · 14. PIALA/HADIAH 14.1 Pertandingan ini adalah bagi merebut Piala Pusingan Kejohanan Tenpin Boling Sukan GEMAPUTERA.Ke-XV Perlis

2 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018

PERATURAN/UNDANG – UNDANG DAN FORMAT

PERTANDINGAN BAGI ACARA TEN PIN BOWLING

1. NAMA

1.1 Pertandingan ini dinamakan “KEJOHANAN TEN PIN BOWLING SUKAN

GEMAPUTRA XV PERLIS 2018”.

2. PERATURAN AM

2.1. Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini

akan dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Persatuan Ten

Pin Bowling Malaysia (MTBC) yang terkini.

2.2. Semua kejadian am akan diputuskan berasas kepada PERATURAN AM

Kejohanan Sukan Gemaputera Ke XV Perlis 2018.

2.3. Pihak penganjur akan meminta PSTBPs untuk menamakan ”Technical

Delegate” bagi pertandingan ini.

2.4. Mana-mana peraturan dan syarat-syarat yang tidak tercatat,

Jawatankuasa Pengelola Sukan Bowling berhak/berkuasa mengubahsuai

akan syarat-syarat tersebut mengikut keadaan semasa jika diperlukan.

3. TARIKH / MASA PERTANDINGAN

3.1 Pada 28 hingga 31hb Mac 2018 (Rabu hingga Sabtu).

KEJOHANAN SUKAN GEMAPUTERA XV PERLIS 2018

ANJURAN PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI PERLIS (PKENPs)

Page 3: SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018 28 - 31 MAC 2018 · 14. PIALA/HADIAH 14.1 Pertandingan ini adalah bagi merebut Piala Pusingan Kejohanan Tenpin Boling Sukan GEMAPUTERA.Ke-XV Perlis

3 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018

4. TEMPAT PERTANDINGAN

4.1 Pertandingan Bowling akan diadakan di gelanggang ARENA BOWLING,

MM SUPER BOWL KANGAR, PERLIS.

5. KELAYAKAN PENYERTAAN

5.1 Pertandingan ini hanya terbuka kepada pegawai dan kakitangan tetap

PKEN, Anak Syarikat, Syarikat Sekutu dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah.

5.2 Pegawai dan kakitangan yang bertugas secara kontrak juga layak

menyertai pertandingan ini dengan syarat telah berkhidmat tidak kurang

daripada satu (1) tahun.

5.3 Setiap pasukan hendaklah mendaftarkan semua pemain dengan

menggunakan borang rasmi yang disediakan oleh pihak Penganjur.

6. PENDAFTARAN PASUKAN/PEMAIN

6.1 Setiap kontinjen dibenarkan menghantar hanya satu (1) pasukan ke

Kejohanan ini.

6.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar 16 orang pemain iaitu 8 orang

pemain Lelaki + 1 orang pemain simpanan, 4 orang pemain

Perempuan + 1 orang pemain simpanan, 1 orang Pengurus dan 1

orang Jurulatih

6.3 Senarai pendaftaran ini hendaklah disertakan dengan butiran dan

maklumat seperti berikut :-

i. Nama penuh pemain dan pegawai (termasuk jawatan pegawai).

ii. Salinan Kad Pengenalan pemain dan pegawai.

iii. Gambar pemain dan pegawai (bersaiz pasport).

iv. Acara yang akan diwakili oleh pemain.

Page 4: SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018 28 - 31 MAC 2018 · 14. PIALA/HADIAH 14.1 Pertandingan ini adalah bagi merebut Piala Pusingan Kejohanan Tenpin Boling Sukan GEMAPUTERA.Ke-XV Perlis

4 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018

7. FORMAT PERTANDINGAN

7.1 Acara-acara yang akan dipertandingkan adalah seperti berikut :

7.1.1 Perseorangan Lelaki (Men Singles) ~ 8 pemain

7.1.2 Perseorangan Wanita (Ladies Singles) ~ 4 pemain

7.1.3 Regu Lelaki (Men Doubles) ~ 4 regu (8 pemain)

7.1.4 Regu Wanita (Ladies Doubles) ~ 2 regu (4 pemain)

Regu Campuran (Mixed Doubles) ~ 2 regu (4 pemain)

(bukan pemain 7.1.3 & 7.1.4)

7.1.5 Berempat (Foursome)* ~ 2 pasukan (8 pemain)

(3 lelaki dan 1 wanita)

7.1.6 Masters Lelaki ~ 16 pemain terbaik

7.1.7 Masters Wanita ~ 10 pemain terbaik

8. PESERTA

8.1 Setiap pemain akan mewakili pasukan masing-masing mengikut acara

yang dipertandingkan seperti berikut :-

8.1.1 Acara Perseorangan

8 pemain lelaki dan 4 pemain wanita

8.1.2 Acara Regu

3 regu lelaki (6 pemain) dan 1 regu wanita (2 pemain)

8.1.3 Acara Regu Campuran

2 regu (2 pemain lelaki dan 2 pemain wanita)

8.1.4 Acara Berempat

2 pasukan (6 pemain lelaki dan 2 pemain wanita)

8.1.5 Acara Masters

16 pemain lelaki dan 10 pemain wanita

Page 5: SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018 28 - 31 MAC 2018 · 14. PIALA/HADIAH 14.1 Pertandingan ini adalah bagi merebut Piala Pusingan Kejohanan Tenpin Boling Sukan GEMAPUTERA.Ke-XV Perlis

5 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018

9. JUMLAH PERMAINAN

9.1 Setiap acara (kecuali Masters dan Step Ladder) akan bertanding

berdasarkan jumlah jatuhan pin dalam empat (4) permainan bagi setiap

pemain iaitu seperti berikut :-

9.1.1 Acara Perseorangan

Setiap pemain akan bermain empat (4) permainan.

9.1.2 Acara Regu (Lelaki/wanita/campuran)

Setiap pemain akan bermain empat (4) permainan iaitu 2 pemain X

4 permainan = 8 permainan

9.1.3 Acara berempat

Setiap pemain akan bermain empat (4) permainan iaitu 4 pemain X

4 permainan = 16 permainan

9.1.4 Acara Masters Lelaki

Setiap pemain akan bermain enam (6) permainan.

9.1.5 Acara Masters Wanita

Setiap pemain akan bermain enam (6) permainan.

10. PENENTUAN KEMENANGAN

10.1 Acara Peseorangan/Regu/Berempat

Pemenang tempat pertama/kedua/ketiga/keempat akan ditentukan

berdasarkan jumlah jatuhan pin yang dipertandingkan mengikut acara

masing-masing.

10.2 Acara Masters

10.2.1 Kelayakan Masters

16 pemain Lelaki dan 10 pemain Wanita yang mendapat jumlah

jatuhan pin terbanyak dalam semua acara adalah layak untuk

menyertai acara Master.

10.2.2 Step Ladder

Tiga (3) pemain Lelaki dan tiga (3) pemain Wanita yang mendapat

jatuhan pin terbanyak dalam acara master akan layak ke pusingan

Step Ladder

Page 6: SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018 28 - 31 MAC 2018 · 14. PIALA/HADIAH 14.1 Pertandingan ini adalah bagi merebut Piala Pusingan Kejohanan Tenpin Boling Sukan GEMAPUTERA.Ke-XV Perlis

6 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018

Pusingan Pertama : Pemain yang menduduki tempat ketiga akan

bertarung dengan pemain yang menduduki tempat kedua dalam

satu permainan. Pemenang akan ditentukan melalui jatuhan pin

atas satu permainan.

Pusingan Kedua : Pemain yang menang dari pusingan pertama

akan bertarung dengan pemain yang menduduki tempat pertama

dipusingan kelayakan dalam dua (2) permainan. Kemenangan

akan ditentukan melalui jumlah jatuhan pin atas dua (2) permainan.

10.3 Jika terdapat pasukan yang mempunyai jumlah jatuhan pin yang sama

pemenang akan ditentukan melalui jumlah jatuhan pin pada permainan

terakhir dan seterusnya.

11. MATA KEJOHANAN

11.1 Mata kejohanan akan diberikan untuk menentukan kedudukan

keseluruhan pasukan seperti berikut :-

Juara : Emas =5 mata

Naib Juara : Perak =3 mata

Ketiga : Gangsa =2 mata

Keempat : =1 mata

11.2 Pasukan yang mendapat jumlah mata yang tertinggi adalah Juara

Keseluruhan Kejohanan Tenpin Boling Sukan GEMAPUTERA Ke-XV

Perlis 2018 dan akan dianugerahkan Trofi Pusingan Kejohanan.

11.3 Sekiranya terdapat “Tie Score” kemenangan akan ditentukan dengan

pungutan pingat yang diperolehi.

11.4 Sekiranya terdapat sekali lagi “Tie Score” maka penentuan kemenangan

akan diambil kira melalui jumlah jatuhan pin yang telah diperolehi dalam

semua acara.

Page 7: SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018 28 - 31 MAC 2018 · 14. PIALA/HADIAH 14.1 Pertandingan ini adalah bagi merebut Piala Pusingan Kejohanan Tenpin Boling Sukan GEMAPUTERA.Ke-XV Perlis

7 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018

12. TARIKH TUTUP PENDAFTARAN DAN YURAN PENTANDINGAN

12.1 Tarikh tutup pendaftaran ialah sebelum atau pada 31 Disember 2017.

12.2 Yuran penyertaan adalah sebanyak RM2,500.00 (Ringgit Malaysia : Dua

Ribu Lima Ratus Ringgit sahaja) bagi setiap pasukan.

12.3 Bayaran hendaklah dibuat secara tunai atau cek di atas nama

PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI PERLIS. Sila pastikan

resit rasmi diperolehi dari pihak Penganjur kejohanan.

13. MESYUARAT PENGURUS-PENGURUS PASUKAN

13.1 Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan akan diadakan pada 27 Mac

2018 (Selasa).

13.2 Senarai peserta yang disahkan semasa Mesyuarat Pengurus-Pengurus

Pasukan adalah muktamad. Selepas taklimat Mesyuarat Pengurus-

Pengurus Pasukan sebarang permohonan, pertukaran atau gantian

adalah tidak dibenarkan.

13.3 Undian menentukan lorong permainan akan dibuat pada Mesyuarat

Pengurus-Pengurus Pasukan.

14. PIALA/HADIAH

14.1 Pertandingan ini adalah bagi merebut Piala Pusingan Kejohanan Tenpin

Boling Sukan GEMAPUTERA.Ke-XV Perlis 2018.

14.2 Pihak Jawatankuasa Penganjur juga menyediakan hadiah perseorangan

berupa medal seperti berikut :-

BIL. ACARA EMAS PERAK GANGSA

1. Perseorang Lelaki 1 1 1

2. Perseorangan Wanita 1 1 1

3. Regu Lelaki 1 ( 2 ) 1 ( 2 ) 1 ( 2 )

4. Regu Wanita 1 ( 2 ) 1 ( 2 ) 1 ( 2 )

5. Regu Campuran 1 ( 2 ) 1 ( 2 ) 1 ( 2 )

6. Berempat 1 ( 4 ) 1 ( 4 ) 1 ( 4 )

Page 8: SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018 28 - 31 MAC 2018 · 14. PIALA/HADIAH 14.1 Pertandingan ini adalah bagi merebut Piala Pusingan Kejohanan Tenpin Boling Sukan GEMAPUTERA.Ke-XV Perlis

8 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018

7. Masters Lelaki 1 1 1

8. Masters Wanita 1 1 1

9. Juara Keseluruhan 1 ( 16 ) 1 ( 16 ) 1 ( 16 )

JUMLAH 30 30 30

Tropi Juara Keseluruhan Kejohanan Tenpin Boling

Medal Acara All-Event (Lelaki & Wanita)

15. SYARAT-SYARAT LAIN

15.1 Melapor Diri

Pengurus-Pengurus Pasukan dipertanggungjawabkan untuk melapor

pemain-pemain mereka bagi semua acara kejohanan iaitu setengah jam

(30 minit) sebelum setiap acara bermula.

15.2 Pakaian

Semua pemain dalam satu pasukan dikehendaki memakai pakaian

seragam dan kemas. Pemain tidak dibenarkan memakai seluar „Jeans‟

atau pendek. Kegagalan mematuhi peraturan ini boleh menyebabkan

penyertaan pemain berkenaan terbatal.

15.3 Nombor Kod Pemain

Setiap pemain mestilah mempunyai nombor kod pemain yang dipinkan

dibelakang baju masing-masing.

15.4 Skor

Kesalahan dalam pengiraan skor atau bantahan terhadap keputusan skor

mestilah dilaporkan dengan serta-merta kepada pegawai kejohanan.

Setiap bantahan terhadap skor akan hanya diterima sekiranya bantahan

dibuat sebelum balingan berikut dibuat. Sekiranya balingan berikut telah

dibuat maka skor yang tertera dikira sah.

15.5 Kehilangan Skor

Sekiranya terdapat kehilangan skor yang dsebabkan kerosakan Monitor

Page 9: SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018 28 - 31 MAC 2018 · 14. PIALA/HADIAH 14.1 Pertandingan ini adalah bagi merebut Piala Pusingan Kejohanan Tenpin Boling Sukan GEMAPUTERA.Ke-XV Perlis

10 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018

TV dan skor-skor itu tidak dapat dikesan maka pemain-pemain yang

terlibat mestilah bermain semula permainan tersebut. Akan tetapi

permainan terdahulu yang skornya telah dicatat tidak boleh diubah.

15.6 Penipuan

Sekiranya terdapat dikalangan pemain cuba menipu dengan mengubah

skor atau tidak mempunyai kelayakan yang dimestikan maka secara

automatik penyertaan akan ditarik balik.

15.7 Permainan Tergendala

Pegawai yang bertugas mempunyai kuasa untuk mengarahkan

pertukaran lorong sekiranya terdapat kerosakan mesin. Pemain yang

tergendala dan tidak boleh diselesaikan akan disambung dilorong lain.

15.8 Menarik Diri

Pasukan atau pemain yang terlewat 15 minit dari masa yang telah

dijadualkan bermain akan dianggap sebagai menarik diri dan tidak akan

dibenarkan memulakan permainan. Jika ada pasukan atau pemain yang

menarik diri dari mana-mana satu acara maka pasukan atau pemain akan

dianggap menarik diri dari mana-mana satu acara itu sahaja.

16. BANTAHAN DAN DISIPLIN

16.1 Sebarang bantahan selain daripada skor hendaklah dibuat melalui

Pengurus Pasukan secara bertulis kepada Pengerusi Penganjur dalam

masa lima belas (15) minit selepas acara tamat dengan bayaran

RM2,000.00 tunai sebagai pertaruhan. Wang cagaran ini tidak akan

dikembalikan sekiranya bantahan itu ditolak oleh Jawatankuasa,

sepertimana yang dinyatakan dalam Perkara 6.1, Undang-Undang dan

Peraturan Am, Kejohanan Sukan Gemaputera Ke-XV, Perlis 2018.

16.2 Keahlian Jawatankuasa Kecil Bantahan dan Displin adalah sepertimana

yang dinyatakan dalam Perkara 6.3. Undang-undang dan Peraturan AM,

Kejohanan Sukan Gemaputera Ke-XV, Perlis 2018.

Page 10: SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018 28 - 31 MAC 2018 · 14. PIALA/HADIAH 14.1 Pertandingan ini adalah bagi merebut Piala Pusingan Kejohanan Tenpin Boling Sukan GEMAPUTERA.Ke-XV Perlis

10 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018

17. KEMALANGAN DAN KEHILANGAN

17.1 Jawatankuasa Penganjur tidak bertanggungjawab ke atas sebarang

kecederaan atau kemalangan yang berlaku sepanjang kejohanan

diadakan.

17.2 Jawatankuasa Penganjur tidak bertanggungjawab ke atas sebarang

kehilangan harta benda peserta, pegawai atau pasukan yang berlaku

sepanjang kejohanan diadakan.

18. HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKAN

18.1 Segala hal yang tidak diperuntukkan dibawah peraturan-peraturan ini atau

soal perbezaan tafsiran akan diputuskan oleh Penganjur Kejohanan

Tenpin Boling Sukan GEMAPUTERA XV PERLIS 2018 di mana

keputusannya adalah muktamad.

SELAMAT BERTANDING KEPADA SEMUA PASUKAN DAN TERIMA KASIH

DIATAS KERJASAMA YANG DIBERIKAN

Page 11: SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018 28 - 31 MAC 2018 · 14. PIALA/HADIAH 14.1 Pertandingan ini adalah bagi merebut Piala Pusingan Kejohanan Tenpin Boling Sukan GEMAPUTERA.Ke-XV Perlis

BIL NAMA PEGAWAI JAWATAN NO. PEKERJA/KWSP

1 Pengurus

2 Jurulatih

BIL NAMA PEMAIN NO. K/P KATEGORI

PERMAINAN NO. PEKERJA/

KWSP

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

* Kelayakan peserta adalah berdasarkan yang dinyatakan di dalam syarat/peraturan-peraturan pertandingan

Bowling & Peraturan-Peraturan Am Kejohanan Gemaputera Perlis 2018.

** Pengurus dan jurulatih didaftarkan juga sebagai pemain jika hendak bermain.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 31 DISEMBER 2017

Kami telah membaca dan fahami serta akan mematuhi syarat-syarat dan undang-undang

kejohanan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur

Mengesahkan bahawa segala maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar seperti dalam

borang pendaftaran individu

Pengurus Pasukan Disahkan oleh

Nama :

No. KP : (Tandatangan dan Cop Ketua

No. Tel : Jabatan/Eksekutif)

BORANG PENDAFTARAN PASUKAN BOWLING GEMAPUTERA XV PERLIS

2018

PERMAINAN/SUKAN : TEN PIN BOWLING

PASUKAN : _

Page 12: SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018 28 - 31 MAC 2018 · 14. PIALA/HADIAH 14.1 Pertandingan ini adalah bagi merebut Piala Pusingan Kejohanan Tenpin Boling Sukan GEMAPUTERA.Ke-XV Perlis

Sediakan 2 Keping

gambar berukuran

passport dan 1 keping

dilekatkan di sini

BORANG PENDAFTARAN INDIVIDU

KEJOHANAN BOWLING

GEMAPUTERA XV PERLIS

2018

NAMA PENUH :

NO. K/P :

TARIKH LAHIR :

ALAMAT :

(Tempat Bertugas) :

NO. PEKERJA :

TARAF JAWATAN : TETAP / KONTRAK JAWATAN DALAM PASUKAN :

NO. TEL :

Tarikh :

PENGURUS

JURULATIH

PEMAIN

Adalah menjadi tanggungjawab pengurus pasukan untuk memastikan semua

maklumat/ dokumen yang dikemukakan adalah benar dan lengkap. Sertakan :

Salinan Kad Pengenalan

Salinan Penyata KWSP/KWAP

Gambar dua (2) keping berukuran passport