stail f.docx

11
AHLI KUMPULAN : 1. NUR HAWA BINTI ZAINAL ABIDIN 2. ALYA BINTI MATALI@NERRO 3. LIYANA BINTI ABDUL HAMID 4. UNIT : L7B STAIL F : PENEMUAN TERBIMBING KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI MOSSTON & ASHWORTH PENGENALAN : Kaedah yang juga dikenali sebagai kaedah limitasi juga merupakan satu kaedah yang memberikan banyak peluang untuk meluahkan perasaan, mencuba dan menjadi seseorang yang kreatif tetapi perlakuan yang terhad akibat tugas-tugas daripada guru. Kelebihan gaya pengajaran ini ialah, ia membenarkan penglihatan yang lebih oleh pelajar dalam proses pembelajaran dan mengambil kira perbezaan di kalangan murid serta mempunyai peluang belajar mengikut tahapnya sendiri. Kaedah ini merupakan kaedah yang mana guru akan menetapkan tugasan dengan menyediakan pelbagai soalan yang hanya menjuruskan kepada satu jawapan sahaja. Kemudian, guru akan memberikan peluang/ masa untuk murid berfikir mencari jawapan. Namun sekiranya murid gagal untuk menjawab, guru akan menukar soalan kepada soalan yang lain namun masih menjurus kepada jawapan yang sama. Pada kaedah ini, guru akan merancang proses pengajaran dan pembelajaran. Namun murid tetap terlibat dalam mencapai objektif. Guru bertindak sebagai penyoal (questioning) kepada murid. Manakala murid akan bertindak sebagai penemu atau pembuka (uncovering) terhadap persoalan yang dinyatakan oleh guru. Dalam hal ini guru biasanya akan membantu murid sehingga murid memahami dan jelas terhadap sesuatu tajuk atau perkara. Misalnya guru akan berbincang dengan murid terhadap ciri-ciri keselamatan pada pakaian sukan yang ada pada masa kini dan masa depan. Guru akan membimbing murid sehingga mencapai objektif seperti dapat menghasilkan satu jenis pakaian sukan yang memiliki ciri-ciri keselamatan berdasarkan sukan. DEFINISI

Upload: muhammad-amin

Post on 07-Nov-2015

235 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

AHLI KUMPULAN : 1. NUR HAWA BINTI ZAINAL ABIDIN2. ALYA BINTI MATALI@NERRO3. LIYANA BINTI ABDUL HAMID4. UNIT : L7BSTAIL F : PENEMUAN TERBIMBINGKAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI MOSSTON & ASHWORTHPENGENALAN :

Kaedah yang juga dikenali sebagai kaedah limitasi juga merupakan satu kaedah yang memberikan banyak peluang untuk meluahkan perasaan, mencuba dan menjadi seseorang yang kreatif tetapi perlakuan yang terhad akibat tugas-tugas daripada guru. Kelebihan gaya pengajaran ini ialah, ia membenarkan penglihatan yang lebih oleh pelajar dalam proses pembelajaran dan mengambil kira perbezaan di kalangan murid serta mempunyai peluang belajar mengikut tahapnya sendiri. Kaedah ini merupakan kaedah yang mana guru akan menetapkan tugasan dengan menyediakan pelbagai soalan yang hanya menjuruskan kepada satu jawapan sahaja. Kemudian, guru akan memberikan peluang/ masa untuk murid berfikir mencari jawapan. Namun sekiranya murid gagal untuk menjawab, guru akan menukar soalan kepada soalan yang lain namun masih menjurus kepada jawapan yang sama. Pada kaedah ini, guru akan merancang proses pengajaran dan pembelajaran. Namun murid tetap terlibat dalam mencapai objektif. Guru bertindak sebagai penyoal (questioning) kepada murid. Manakala murid akan bertindak sebagai penemu atau pembuka (uncovering) terhadap persoalan yang dinyatakan oleh guru. Dalam hal ini guru biasanya akan membantu murid sehingga murid memahami dan jelas terhadap sesuatu tajuk atau perkara. Misalnya guru akan berbincang dengan murid terhadap ciri-ciri keselamatan pada pakaian sukan yang ada pada masa kini dan masa depan. Guru akan membimbing murid sehingga mencapai objektif seperti dapat menghasilkan satu jenis pakaian sukan yang memiliki ciri-ciri keselamatan berdasarkan sukan.DEFINISI

Stail penemuan terbimbing ini merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan interaksi dua hala antara guru dan pelajar. Guru akan membina soalan-soalan turutan bagi menghasilkan maklum balas pelajar untuk mendapatkan jawapan yang betul. Pengajaran penemuan terbimbing ini merupakan stail pengajaran yang melibatkan pelajar dalam proses penemuan. Oleh yang demikian, guru akan membimbing pelajar untuk memahami konsep, idea atau prinsip-prinsip tertentu dan sekiranya ada masalah, guru akan mengemukakan idea-idea yang membantu pelajar ke arah mendapatkan jawapan yang betul.

OBJEKTIF

Objektif stail ini adalah untuk melibatkan pelajar dalam proses penemuan ke arah proses penumpuan. Stail ini digunakan untuk mendapatkan pengalaman yang melibatkan setiap langkah di mana memberi peluang kepada pelajar untuk menerokai pelbagai konsep secara berterusan. Stail ini juga memberi peluang kepada pelajar dalam menemui konsep dan prinsip yang melibatkan pemikiran tertumpu. Ciri-ciri yang terdapat dalam stail ini pula iaitu stail ini berpusatkan guru dan murid, stail ini melibatkan komunikasi dua hala, pelajar membuat tugasan yang diberikan oleh guru, guru perlu membuat turutan soalan bagi pelajar meneroka, proses P&P berlaku perbincangan dan penerokaan, guru sebagai fasilitator sahaja dan keputusan akan diambil oleh pelajar berbanding dengan guru.

ANATOMI Dalam set pra impak (pre-impact), segala keputusannya akan dibuat oleh guru itu sendiri. Keputusan yang dibuat ini akan berdasarkan objektif, matlamat untuk setiap sesi, dan soalan yang hendak diajukan kepada pelajar. Soalan yang diberikan ini adalah untuk membimbing pelajar agar dapat mencapai sasarannya. Berbeza pula dengan set impak (impact), di mana kebanyakkan keputusan yang hendak dibuat akan beralih kepada pelajar itu sendiri. Apa yang dimaksudkan ialah pelajar itu sendiri akan mencari dan membuat keputusan itu. Dalam usaha untuk mencari jawapan kepada setiap pertanyaan, pelajar akan berusaha untuk mencari isi-isi penting dalam setiap topik yang telah dipilih oleh guru.Set yang terakhir ialah pasca impak (post-impact). Set ini lebih bertumpu kepada hasil yang telah dapat dicapai. Dalam set ini, guru dapat mengetahui dan menilai kefahaman pelajar. Caranya ialah guru itu sendiri yang akan mengesahkan kefahaman mereka dengan bertanyakan soalan yang kepada mereka. Namun begitu, ada kadang kala dalam sesetengah tugasan yang diuji, ada juga pelajar yang berkemampuan untuk menguji kefahaman mereka sendiri.Oleh itu, kita dapat lihat set pra impak ini lebih berpusatkan kepada guru sahaja manakala set impak dan pasca impak ini pula berpusatkan kepada kedua-duanya iaitu guru dan juga pelajar.

JENIS STAILABCDEF

PRE-IMPACTTTTTTT

IMPACTTLDLLT & L

POST-IMPACTTTOLLT & L

T guru (teacher), L pelajar (learner)PERLAKSANAAN

Kaedah yang paling baik untuk mencari idea cara agar dapat memahami penemuan terbimbing ini adalah dengan membaca bahagian seterusnya agar dapat memberi gambaran penuh mengenai apa itu pra impak, impak, dan pasca impak. Kemudian carilah dua atau tiga contoh mengenai gaya pengajaran Stail F ini untuk setiap satu set itu. Setelah memahami mengenai gaya pengajaran ini, guru bolehlah menggunakannya di dalam kelas untuk melihat hasilnya.Pada akhir pembelajaran, guru boleh menguji kefahaman pelajar dengan melakukan satu sesi eksperimen yang ringkas mengenai gaya pembelajaran ini dengan memanggil seorang pelajar untuk tampil ke hadapan kelas. Dalam sesi ini, terdapat beberapa langkah yang perlu guru aturkan. Pertama, guru perlu memberi dan menanyakan soalan yang telah dirancang kepada pelajar. Kedua, tunggu jawapan daripada pelajar. Ketiga, jika ia masih tidak dapat jawab soalan yang diberikan, guru boleh memberi klu ataupun panduan. Keempat, guru boleh membuat pilihan jika ingin meneruskan eksperimen dengan menanyakan soalan yang berikutnya ataupun tidak.Apabila sesi itu sudah berakhir, mari kita cuba lihat kembali hasil eksperimen tersebut. Kita sebagai seorang guru, adakah eksperimen itu kita dapat mengikuti susunannya satu persatu ? Bolehkah kita menunggu dengan penuh kesabaran terhadap setiap maklum balas pelajar tersebut ? Perlukah anda menambah soalan kepada pelajar tersebut ? Apabila anda sudah mengkaji dan dapat menjawab setiap pertanyaan ini, maka anda boleh mengaplikasi sesi ini kepada pelajar lain. Untuk pengetahuan anda, gaya pengajaran untuk stail penemuan terbimbing ini jarang diaplikasikan kepada orang ramai apatah lagi kepada pelajar. Maka, ia merupakan satu pendekatan atau cara yang baru kepada mereka untuk mengikutinya. Malah, ia juga memerlukan tempoh masa untuk seseorang menerima dan mengamalkan gaya pembelajaran ini. Seterusnya, marilah kita pergi dengan lebih terperinci agar dapat mengetahui lebih lanjut apa yang dimaksudkan dengan gaya pengajaran ini.

PRA-IMPAK

Setelah menentukan perkara yang ingin diajar, langkah seterusnya adalah paling penting, dan yang paling penting dalam penemuan terbimbing. Ia adalah untuk menentukan urutan dalam langkah-langkah yang diambil.Langkah-langkah ini mengandungi soalan atau klu yang secara tidak langsung membawa murid-murid kepada hasil terakhir (konsep, pergerakan, dan sebagainya ). Setiap langkah adalah berdasarkan tindakbalas yang diberikan pada langkah sebelum ini.

Setiap langkah, mestilah dinilai, diuji dan kemudian digunakan dalam urutan yang telah disediakan. Ini juga bermakna bahawa terdapat perhubungan antara langkah-langkah yang berkaitan dengan perkara yang diajar.Untuk menghasilkan langkah yang berkaitan dengan subjek, guru perlu menjangka pelajar mungkin akan memberi jawapan kepada simuli (langkah) yang diberikan. Jika tindakbalas yang diberikan tidak menepati kehendak, guru perlu menghasilkan langkah yang lain yang lebih dekat dengan subjek. Walaubagaimanapun, lebih daripada satu tindakbalas boleh diberikan. Guru pula perlu bersedia dengan klu yang hendak diberikan. Klu yang diberikan perlulah membawa murid kepada satu tindakbalas dan meminggirkan tindakbalas lain.

Urutan secara ringkas : Penyediaan ringkasan mengajar oleh guru. Guru menyampaikan isi pelajaran/objektif Guru menyediakan langkah-langkah berdasarkan soalan/klue agar pelajar dapat menemui jawapan.

Terdapat dua gambar rajah yang menerangkan struktur Penemuan Terbimbing. 1. Hubungan antara setiap stimuli (soalan) dan tindakbalas. 2. Saiz (langkah) dan keperluan pelajar bagi membentuk langkah-langkah

Dalam proses penemuan terbimbing ini terdiri daripada S-D-M-R. S (Stimuli) : Stimuli pertama yang dihasilkan bagi menggerakkan pelajar. M : Pelajar mencari jawapan. Apabila pelajar bersedia, merekan akan menghasilkan R1 iaitu indak balas pelajar.

IMPAK

Dalam impak penemuan terbimbing ini menguji reka bentuk urutan. Satu urutan itu dihasilkan dan diuji oleh setiap pelajar, kemudian direka semula dan diuji kembali, mungkin juga menjadi prototaip kepada kumpulan sasaran yang diberikan. Apabila sampai kepada tahap ini, urutan yang sama boleh digunakandalam kebanyakan kumpulan dengan kebarangkalian berjaya yang tinggi. Dalam impak ini juga guru perlu menyedari kepentingan beberapa faktor iaitu, objektif atau sasaran, arah langkah urutan, saiz setiap langkah, perhubungan langkah, kelajuan urutan, dan emosi pelajar.

SET PASCA IMPAKSet pasca impak merupakan fasa refleksi yang dijalankan oleh guru dalam mengimbas kembali perancangan dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran mereka. Hasil maklum balas dari gaya pengajaran penemuan terbimbing ini sangat unik. Jika kita ingin merasai kejayaan ini, maklum balas yang diterima ini perlu berdasarkan proses dan langkah yang kita bina. Kejayaan seorang pelajar terhadap setiap langkah yang dilaluinya itu dapat mengukuhkan lagi tingkah laku seseorang agar mereka terus lebih berusaha dan kemudian dapat memberi maklum balas yang positif terhadap pembelajaran dan pencapaian yang mereka inginkan. Penilaian terhadap gaya pengajaran ini kita dapat lihat hasilnya apabila proses pasca impak itu tamat. Selain itu, ia dianggap berjaya jika tujuannya atau objektifnya dapat dicapai dan yang paling penting ialah pastikan topik yang kita ajar itu dapat dikuasai sepenuhnya dan berharap pelajar dapat mempelajari sesuatu dalam proses ini.Sewaktu menerima maklum balas daripada pelajar terdapat beberapa perkara yang dapat kita uji. Antaranya ialah kepantasan pelajar dalam sesi memberi maklum balas, ketepatan jawapan terhadap soalan yang ditanya, dan penilaian terhadap pengetahuan peribadi. Tambahan pula, atas faktor masa yang terhad untuk memberi maklum balas dan pengukuhan idea terhadap jawapan yang diberi, ia dapat memberi mencetuskan motivasi yang berterusan kepada pelajar di mana gaya pengajaran ini boleh mengasah pelbagai kemahiran belajar. Kemahiran yang dimaksudkan ialah pelajar perlu mencari dan menyelesaikan sesuatu perkara yang diberi secara langsung (on the spot) dan mereka perlu mengkaji dengan lebih mendalam, berfikir, dan kalau perlu pelajar boleh belajar dengan lebih terperinci lagi terhadap soalan yang diberi itu.Apabila menerima sesuatu maklum balas daripada pelajar, cara penerimaan seorang guru terhadap maklum balas itu juga sangat penting. Ia juga mempengaruhi beberapa aspek antaranya ialah tingkah laku dan reaksi guru. Maklum balas yang diberikan oleh guru itu dapat memberi kesan terhadap aspek sosial seorang pelajar. Lebih-lebih lagi jika tugasan yang diberi itu melibatkan kumpulan. Jika guru sentiasa memberi perhatian kepada pelajar yang sentiasa mempunyai keputusan yang bagus, tidakkah ia sesuatu diskriminasi kepada pelajar lain yang sama kumpulan dengannya ? Oleh itu, kita sebagai guru seboleh-bolehnya janganlah bersikap pilih kasih dengan pelajar kita. Apabila reaksi yang positif diberikan oleh guru, maka ini dapat mencetuskan semangat yang baru kepada pelajar agar jangan mudah berputus asa.Jika proses dan amalan ini dapat diamalkan di dalam kelas, kemungkinan untuk pelajar itu untuk melibatkan diri dengan sendiri terhadap apa jua aktivti yang ada, tidak mustahil ia boleh berlaku. Dalam diam, perkara ini boleh melahirkan semangat dalam diri pelajar yang lain. Mereka akan bersaing secara sihat antara satu sama lain dengan harapan pelajar ini sebenarnya inginkan reaksi yang sama oleh guru tersebut. Secara tidak langsung, kita dapat lihat bahawa lebih ramai pelajar akan rasa lebih yakin untuk menonjolkan diri mereka, rasa selamat, dan yang paling penting mereka tidak teragak-agak untuk memberi maklum balas jika guru mengajukan soalan kepada mereka.Walaupun proses ini lebih berkesan dalam kelas yang bilangan pelajar sederhana, namun pengalaman yang dialami oleh guru sebelum ini dapat menyakinkan dirinya dan seterusnya dapat mencabar dirinya agar dapat diaplikasikan perkara yang serupa di dalam kelas yang bilangan pelajarnya lebih ramai daripada kebiasaannya. Perkara ini jarang berlaku apatah lagi jika guru menggunakan gaya pengajaran penemuan terbimbing ini. Hal ini kerana, kebiasannya, kelas yang lebih ramai pelajarnya ini ia lebih sukar untuk dikendalikan oleh guru kerana perlu memastikan agar setiap pelajar dapat berada dalam langkah-langkah yang diberi ataupun paling kurang ia perlulah berdekatan dengan langkah-langkah tersebut. Jika tidak, pelajar yang lemah ini akan mudah ketinggalan daripada pelajar yang lain. Meskipun demikian, keseronokkan untuk belajar ini juga boleh dilihat dalam kelas yang ramai jumlah pelajarnya dan ini boleh membantu pelajar agar dapat melibatkan diri dalam proses kognitif mahupun fizikalnya.Kita juga perlu ingat bahawa ada juga maklum balas yang diterima tidaklah begitu selari dengan apa yang ingin kita capai dan ada juga yang selari dengan matlamat dan objektif gaya pengajaran penemuan terbimbing ini. Dalam hal ini, guru perlu mengulangi soalan atau klu yang diberi jika maklum balas yang diberi kurang tepat ataupun salah. Malah, guru juga boleh menguji tingkah laku dengan bertanyakan Adakah anda sudah menyemak jawapan anda ? ataupun Adakah anda ingin berfikir lagi?. Hal ini dapat menunjukkan bahawa guru itu sabar dalam melayan karenah pelajarnya dan cuba mempertimbangkan masalah yang dihadapi oleh pelajarnya. Tuntasnya di sini, kesabaran dalam menunggu maklum balas adalah sangat penting sekali dalam gaya pengajaran penemuan terbimbing ini.Dalam stail ini, seboleh-bolehnya penggunaan memori (ingatan) ini ingin dikurangkan. Jika ia banyak berkaitan dengan memori, dan apabila guru menunggu untuk menerima maklum balas lebih dari sesuatu tempoh yang kita kira munasabah ini dan pelajar tidak dapat menjawabnya, maka sudah tentulah tiada maklum balas yang diterima oleh pelajar tersebut. Sudah pasti hal ini dapat mengundang kekecewaan kepada guru. Kesimpulannya, sesi bertanyakan soalan yang lebih bertumpu kepada aras yang tinggi (on the spot) ini perlulah diamalkan agar pemikiran mereka sentiasa dapat berkembang dan dapat dihubungkaitkan dengan satu sama lain dan ini dapat mengurangkan proses mengingat.

IMPLIKASI

Antara implikasi stail ini ialah guru sanggup merentasi penemuan terbimbing ini agar matlamatnya dapat dicapai. Kedua ialah, guru harus bersedia untuk mengorbankan masanya iaitu sanggup menghabiskan masanya dengan mempelajari aktiviti yang ingin dijalankan dan perlu merangka serta mencipta soalan yang sepadan berdasarkan klu yang telah diberi. Ketiga, ialah guru perlu sanggup menghadapi risiko jika diuji dan dilihat oleh seorang tetamu, pensyarah atau nazir terhadap sesi pengajaran dan pembelajarannya. Hal ini kerana stail A hingga E adalah selamat untuk digunakan oleh guru dalam sesi pengajaran dan pembelajarannya. Namun, stail F iaitu stail penemuan terbimbing ini, tanggungjawab dalam sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi tanggungjawab sepenuhnya oleh guru itu sendiri. Guru perlu bertanggungjawab kerana guru itu sendiri yang akan mereka cipta soalan itu. Malah, soalan itu perlu mendapat maklum balas yang betul dan reaksi yang diberikan oleh pelajarnya ini sebenarnya dapat menggambarkan cara persembahan yang dijari oleh gurunya. Hal ini bermaksud, jika pelajar itu berjaya menjawab soalan yang diberikan, maka luluslah gaya pengajaran penemuan terbimbing yang diajari oleh guru itu. Keempat, gaya pengajaran ini memerlukan kepercayaan dan kebolehan pelajar yang tinggi terhadap keupayaan kognitif pelajar. Maksudnya, pelajar itu perlulah mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi. Jika tidak, maka objektif dan matlmatnya mungkin sukar dicapai. Terakhir ialah kesabaran yang tinggi amat diperlukan asalkan pelajar tersebut dapat mencari dan mengkaji jawapannya dengan betul.

PERANAN GURU DAN MURID

Kaedah ini merupakan di mana guru akan menetapkan tugasan dengan menyediakan pelbagai soalan yang hanya menjuruskan kepada satu jawapan sahaja. Kemudian, guru akan memberikan peluang atau masa untuk murid berfikir mencari jawapan. Namun sekiranya murid gagal untuk menjawab, guru akan menukar soalan kepada soalan yang lain namun masih menjurus kepada jawapan yang sama. Pada kaedah ini, guru akan merancang proses pengajaran dan pembelajaran. Namun murid tetap terlibat dalam mencapai objektif. Guru bertindak sebagai penyoal (questioning) kepada murid. Manakala murid akan bertindak sebagai penemu atau pembuka (uncovering) terhadap persoalan yang dinyatakan oleh guru. Dalam hal ini guru biasanya akan membantu murid sehingga murid memahami dan jelas terhadap sesuatu tajuk atau perkara. Misalnya guru akan berbincang dengan murid terhadap ciri-ciri keselamatan pada pakaian sukan yang ada pada masa kini dan masa depan. Guru akan membimbing murid sehingga mencapai objektif seperti dapat menghasilkan satu jenis pakaian sukan yang memiliki ciri-ciri keselamatan berdasarkan sukan.

KEKUATAN DAN KELEMAHAN

Antara kekuatan gaya pengajaran penemuan terbimbing ini ialah pelajar dapat mempelajari tindakbalas fizikal yang dirancang guru. Kedua ialah dapat memahami hubungan antara langkah ataupun aktiviti. Ketiga ialah pelajar dan guru itu sendiri dilatih agar sentiasa dapat menjana dan melahirkan idea yang baru. Keempat, stail ini lebih bertumpu kepada akses kendiri di mana pelajar boleh bergerak sendiri dengan secara aktif dalam pembelajarannya. Kelima, sifat inkuiri iaitu sifat ingin tahu dapat dibentuk. Sifat ini dapat menggalakkan murid memikirkan dan membayangkan jawapan-jawapan atau penjelasan-penjelasan yang mungkin dan secara tidak langsung ia membawa kepada inkuiri seterusnya. Terakhir ialah dapat memindahkan persoalan ke aras yang lebih tinggi iaitu proses penemuan.Antara kelemahan gaya pengajaran penemuan terbimbing ini ialah ia tidak sesuai kepada pelajar yang lemah. Pelajar yang lemah ini perlu dibimbing satu persatu dan ia memerlukan masa yang sangat lama untuk mencapai taraf yang diinginkan dan banyak kesulitan yang yang perlu dialami jika ia melibatkan pelajar yang lemah. Kedua, gaya pengajaran penemuan terbimbing ini amat memerlukan daya kecerdasan yang tinggi dan sesuai untuk pelajar yang berfikiran matang sahaja. Ketiga, untuk mencapai proses penemuan itu, ia memerlukan masa yang panjang dan perlu sabar dengan kemampuan pelajarnya. Keempat, kadangkala atau kemungkinan rumusan atau pendapat yang diberi oleh pelajarnya kurang tepat. Kelima, tidak mustahil bahawa pemesongan topik itu akan sering berlaku. Keenam, pengalaman yang terhad akan menyukarkan gaya pengajaran ini berlangsung. Ketujuh, disebabkan ia memerlukan maklum balas yang betul, maka kadangkala pelajar akan berasa takut dan kurang yakin terhadap jawapan yang mereka ingin berikan.