stail c

2
REFLEKSI STAIL C (BERGANDINGAN) Menurut pandangan Palincsar(1986), Stail C ini ataupun Stail Bergandingan/Berpasangan (Reciprocal) iini merupakan satu aktiviti pengajaran atau pendekatan di mana pembelajarannya berbentuk dialog (percakapan antara dua pihak) yang dilahirkan di antara guru dengan murid atau murid dengan guru bergantung kepada teks pembelajaran itu. Dialog yang berlaku mestilah berbentuk rumusan, membangkitkan persoalan, menjelaskan atau menerangkan situasi dan membuat ramalan ke atas aktiviti yang mahu dilaksanakan. Menurut pandangan Mosston & Ashworth pula, menjelaskan bahawa ciri-ciri untuk pembelajaran secara bergandingan/berpasangan (reciprocal) ini ialah berlaku interaksi sosial dimana pendialog saling memberi/membalas atau bertukar menukar dan memberi maklum balas ke atas aktiviti yang mahu dilakukan. Beliau juga menyatakan bahawa dalam pembelajaran ini, satu kumpulan yang terdiri daripada tiga orang akan diwujudkan dengan masing-masing memainkan peranan sebagai doer atau pelaku, observer atau pemerhati dan teacher guru. Stail bergandingan ini adalah satu teknik pengajaran yang mewujudkan tiga hubungan penting iaitu antara pelaku dan pemerhati serta guru. Peranan guru adalah untuk menjadikan semua subjek menjadi subjek utama, mewujudkan kriteria dan membuat keputusan yang logik dan bagi mewujudkan maklum balas kepada pemerhati. Pelaku dan pemerhati akan berkomunikasi dan berinteraksi melalui maklum balas yang mereka peroleh sepanjang tempoh melakukan tugasan tersebut. Manakala guru akan melihat pembelajaran yang sedang berlansung dan pemerhati sahaja yang boleh berinteraksi dengan guru. Di sini menunjukkan guru hanya menjadi pemerhati daripada jauh sahaja. Objektif Stail C ini terbahagi kepada dua iaitu objektif berasaskan kepada kandungan isi pembelajaran dan objektif instrinstik (tingkah laku pelajar). Objektif berasaskan kepada kandungan isi pembelajaran ialah pelajar dapat mengulangi peluang-peluang untuk melakukan tugasan secara spesifik dengan pemerhatian secara peribadi, berlatih dengan pengawasan, dapat membolehkan mengenal pasti persamaan dan perbezaan sesuatu langkah dan mengenal pasti kesalahan dan membetulkannya. Manakala objektif instrinstik iaitu tingkah laku murid adalah mengembangkan kemahiran sosial dan komunikasi, murid dapat melatih komunikasi untuk mengembangkan hubungan reciprocal, belajar untuk mengkritik dan menerima pendapat daripada rakan dan mengembangkan sikap sabar, toleransi dan menerima kekurangan orang lain dalam perlakuan, mengembangkan empati, mempelajari perilaku sosial belajar mempercayai orang lain dan merasai perasaan melihat rakan yang lain berjaya. Ciri-ciri yang terdapat di dalam stail C ini iaitu stail ini merupakan stail berpasangan iaitu melibatkan pemerhati dan pelaku, pemerhati dapat menegur

Upload: muhammad-amin

Post on 16-Sep-2015

223 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

hjhjhgjh

TRANSCRIPT

REFLEKSI STAIL C (BERGANDINGAN)Menurut pandangan Palincsar(1986), Stail C ini ataupun Stail Bergandingan/Berpasangan (Reciprocal) iini merupakan satu aktiviti pengajaran atau pendekatan di mana pembelajarannya berbentuk dialog (percakapan antara dua pihak) yang dilahirkan di antara guru dengan murid atau murid dengan guru bergantung kepada teks pembelajaran itu. Dialog yang berlaku mestilah berbentuk rumusan, membangkitkan persoalan, menjelaskan atau menerangkan situasi dan membuat ramalan ke atas aktiviti yang mahu dilaksanakan. Menurut pandangan Mosston & Ashworth pula, menjelaskan bahawa ciri-ciri untuk pembelajaran secara bergandingan/berpasangan (reciprocal) ini ialah berlaku interaksi sosial dimana pendialog saling memberi/membalas atau bertukar menukar dan memberi maklum balas ke atas aktiviti yang mahu dilakukan. Beliau juga menyatakan bahawa dalam pembelajaran ini, satu kumpulan yang terdiri daripada tiga orang akan diwujudkan dengan masing-masing memainkan peranan sebagai doer atau pelaku, observer atau pemerhati dan teacher guru.Stail bergandingan ini adalah satu teknik pengajaran yang mewujudkan tiga hubungan penting iaitu antara pelaku dan pemerhati serta guru. Peranan guru adalah untuk menjadikan semua subjek menjadi subjek utama, mewujudkan kriteria dan membuat keputusan yang logik dan bagi mewujudkan maklum balas kepada pemerhati. Pelaku dan pemerhati akan berkomunikasi dan berinteraksi melalui maklum balas yang mereka peroleh sepanjang tempoh melakukan tugasan tersebut. Manakala guru akan melihat pembelajaran yang sedang berlansung dan pemerhati sahaja yang boleh berinteraksi dengan guru. Di sini menunjukkan guru hanya menjadi pemerhati daripada jauh sahaja.Objektif Stail C ini terbahagi kepada dua iaitu objektif berasaskan kepada kandungan isi pembelajaran dan objektif instrinstik (tingkah laku pelajar). Objektif berasaskan kepada kandungan isi pembelajaran ialah pelajar dapat mengulangi peluang-peluang untuk melakukan tugasan secara spesifik dengan pemerhatian secara peribadi, berlatih dengan pengawasan, dapat membolehkan mengenal pasti persamaan dan perbezaan sesuatu langkah dan mengenal pasti kesalahan dan membetulkannya. Manakala objektif instrinstik iaitu tingkah laku murid adalah mengembangkan kemahiran sosial dan komunikasi, murid dapat melatih komunikasi untuk mengembangkan hubungan reciprocal, belajar untuk mengkritik dan menerima pendapat daripada rakan dan mengembangkan sikap sabar, toleransi dan menerima kekurangan orang lain dalam perlakuan, mengembangkan empati, mempelajari perilaku sosial belajar mempercayai orang lain dan merasai perasaan melihat rakan yang lain berjaya.Ciri-ciri yang terdapat di dalam stail C ini iaitu stail ini merupakan stail berpasangan iaitu melibatkan pemerhati dan pelaku, pemerhati dapat menegur dan membaiki kesilapan pelaku, stail ini berpusatkan kepada pelajar berdasarkan tugasan atau arahan berpadukan kepada kad kriteria, guru berperanan sebagai fasilitator dan pelajar memainkan peranan sebagai pelaku dan pemerhati masing-masing. Menerusi stail ini, peranan guru adalah memantau pemerhati, menjawab soalan pemerhati, mengawal konflik yang wujud diantara pemerhati dan pelaku, menerangkan tentang kad kriteria. Manakala, peranan pelaku adalah sebagai pelaku yang melakukan aktiviti yang diberikan oleh guru, pelaku mengikut arahan dalam kad kriteria, menerima maklum balas daripada pemerhati serta boleh mengemukakan soalan dan berkomunikasi dengan pemerhati sahaja. Pemerhati pula, berperanan untuk menilai prestasi pelaku dan buat kesimpulan mengenai prestasi pelaku, memberi pendapat kepada pelaku, jika perlu pemerhati perlu berkomunikasi dengan guru.Seperti stail-stail yang lain, stail C juga mempunyai kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri. Kekuatan stail C ini adalah guru menerima hubungan sosial antara pemerhati dan pelaku, guru sedar kepentingan mengajar murid untuk memberi maklum balas antara satu sama lain serta mencapai objektifnya, guru dapat mengembangkan perlakuan dan menggunakan masa yang mencukupi terhadap pelajar dalam mengambil keputusan tambahan, pelajar boleh mengembangkan nilai aktif mereka dalam proses pembelajaran dan pelajar boleh meluangkan masa belajar dengan penggunaan kertas kriteria dalam hubungan reciprocal tanpa kehadiran guru.Kelemahan stail C ialah kesukaran pelajar untuk memilih pasangan yang sesuai. Mungkin ada di antara mereka tidak mempunyai persefahaman yang selari. Hal ini boleh menyebabkan ketidakpuasan hati antara satu sama lain. Seterusnya, kemungkinan terjadinya konflik antara pasangan. Stail ini juga hanya sesuai untuk mereka yang memerlukan bimbingan rakan sebaya. Tidak semua individu memerlukan bimibingan rakan sebaya, ada individu yang lebih selesa dengan pembelajaran secara kendiri atau pembelajaran terus daripada guru mereka sendiri. Hal ini berkemungkinan, kepercayaan yang diletakkan kepada guru itu lebih tinggi berbanding rakan sebaya. Selain itu, apabila guru menggunakan stail ini akan wujudnya tingkah laku yang baru menyebabkan ketidak selesaan dan terdapat pelajar yang tidak suka apabila ditegur semasa aktiviti. Kemungkinan perlakuan yang dilakukan itu adalah salah, tetapi ada individu yang merasakan hanya dia sahaja yang betul dan mengabaikan pandangan rakan sebaya itu.Rumusnya dapat disimpulkan, saya mendapati terdapat pelbagai manfaat dan kelemahan yang dapat dilihat dalam stail pembelajaran stail bergandingan ini. Namun begitu, ianya bergantung kepada guru tersebut untuk memilih kaedah pembelajaran yang sesuai untuk dijalankan. Kaedah pembelajaran tersebut mestilah dipilih bersesuaian dengan murid dan tahap kecerdasan murid tersebut.