sp. selatan otomobil sdn. bhd. lot 1365, padang … · disediakan oleh kerajaan negeri kedah iaitu...

87
SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG TEMUSU, SUNGAI PASIR, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN. DISEDIAKAN OLEH :- NAMA : ZUL HELMI BIN HALIM NO. PENDAFTARAN : 04DAD10F1047 JABATAN : JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL TEMPOH LATIHAN : 19 DISEMBER 2011 18 MEI 2012

Upload: others

Post on 28-Oct-2019

15 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD.

LOT 1365, PADANG TEMUSU, SUNGAI PASIR,

08000 SUNGAI PETANI,

KEDAH DARUL AMAN.

DISEDIAKAN OLEH :-

NAMA : ZUL HELMI BIN HALIM

NO. PENDAFTARAN : 04DAD10F1047

JABATAN : JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

TEMPOH LATIHAN : 19 DISEMBER 2011 – 18 MEI 2012

Page 2: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

ii

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

OLEH

ZUL HELMI BIN HALIM

(04DAD10F1047)

DI

SP SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD.

LOT 1365, PADANG TEMUSU, SUNGAI PASIR,

08000 SUNGAI PETANI,

KEDAH DARUL AMAN

Buku laporan ini dikemukakan kepada jabatan

Kejuruteraan mekanikal

Sebagai memenuhi sebahagian syarat

Penanugerahan sijil / diploma kejuruteraan mekanikal

POLITEKNIK KOTA BHARU

DISEMBER 2012

Page 3: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

iii

DEDIKASI

Syukur kepada Allah S.W.T yang memberi kesihatan yang baik kepada saya selama

ini untuk menjalankan tanggungjawab saya sebagai hambanya dan sebagai seorang

pelajar bagi menyempurnakan latihan industri dan laporan ini.

Laporan ini adalah salah satu syarat bagi setiap pelajar yang menjalankan

latihan industri. Saya berharap dengan laporan ini dapatlah pihak Politeknik menilai

tahap kemampuan saya sebagai seorang pelajar di Politeknik Kota Bharu.

Laporan ini juga menjadi panduan kepada pensyarah untuk memberi markah

untuk pelajar yang menjalankan latihan. Selain itu, ia juga menjadi rujukan kepada

para pelajar yang akan menjalankan latihan industi selepas ini.

Page 4: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

iv

PENGHARGAAN

Assalammualaikum W. B. T. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha

Penyayang segala puji bagi Allah S.W.T, selawat ke atas junjungan besar kita Nabi

Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat baginda. Bersyukur saya kehadrat

illahi kerana limpah kurnianya, saya telah selamat menjalani latihan industri dengan

jayanya disamping menyiapkan sebuah buku laporan industri.

Setinggi penghargaan diberikan kepada semua staf syarikat SP Selatan

Otomobil Sdn. Bhd. kerana sudi menerima saya sebagai pelajar latihan dan

membimbing saya dan mengajar saya dalam membaiki kenderaan dengan

mengunakan peralatan-peralatan teknologi yang moden dalam membaiki kenderaan.

Penghargaan juga dirakamkan kepada penyelia semasa menjalankan latihan

iaitu En. Lim Chun Hooi selaku Pengurus Operasi Perkhidmatan Pelanggan di SP

Selatan Otomobil Sdn. Bhd. Terima kasih juga di ucapkan kepada juruteknik yang

diberi kepercayaan oleh syarikat untuk membantu saya semasa menjalankan latihan

iaitu En. Azhar bin Shahbudin kerana banyak memberi tunjuk ajar dalam membaiki

kenderaan dan servis kenderaan.

Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah

Politeknik Kota Bharu yang telah membantu saya dan memberi tunjuk ajar dalam

pengurusan laporan harian dan buku log bagi memudahkan lagi kerja-kerja membuat

laporan.

Saya juga berterima kasih kepada kedua – dua ibu bapa saya yang selalu

memberi semangat serta dorongan untuk menyiapkan laporan ini. Salain itu

membantu dari segi kewangan untuk menyiapkan buku laporan ini.

Terima kasih.

Page 5: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

v

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.2.1 Gambar syarikat dari hadapan 7

2.2.2 Jek jenis 4 post 8

2.4.1 Carta organisasi 10

2.4.2 Peta syarikat 10

4.5.1 Komponen brek gelendung 28

4.5.1 Silinder roda 29

4.5.3 Kekasut brek 30

4.7.1 Komponen brek piring 33

4.8.2 Pad brek 36

4.9.1 Unit brek tangan 37

4.10.1 Brek servo 38

4.11.1 Perpasangan brek anti kunci 39

5.3.2 Karburetor 45

5.4.3 Keratan pemancit bahan api 49

5.5.1 Tangki bahan api 50

5.5.2 Pam bahan api 51

5.5.3 Penapis bahan api 52

6.2.1 Takung minyak 58

6.2.2 Penapis minyak 59

6.2.3 Pam minyak 59

6.4.1 Saybolt universal viscometer 61

6.7.1 Sistem penyejuk cecair 68

6.8.2 Tudung tekanan 70

Page 6: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

vi

6.8.4 Hos bawah 71

6.8.5 Hos atas 71

6.8.7 Pam air 72

6.9.1 Sistem penyejukan udara 73

Page 7: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

1

ISI KANDUNGAN

BAB KANDUNGAN MUKA SURAT

Judul i

Dedikasi ii

Penghargaan iii

Senarai rajah iv

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Objektif Latihan Industri 2

1.3 Kepentingan Latihan Industri 3

1.4 Skop Latihan Industri 4

1.5 Objektif Laporan 5

BAB 2 LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1 Pengenalan Organisasi 6

2.2 Latar Belakang Syarikat 7

2.3 Aktiviti Syarikat 9

2.4 Carta Organisasi Dan Peta Syarikat 10

BAB 3 RINGKASAN MINGGUAN

3.1 Pengenalan 11

3.2 Ringkasan mingguan 12

BAB 4 SISTEM BREK

4.1 Pengenalan 25

4.2 Kegunaan sistem brek 26

4.3 Kendalian sistem brek 26

4.4 Jenis sistem brek 27

4.5 Brek gelendung 27

4.6 Menservis brek gelendung 31

4.7 Brek piring (disc) 33

4.8 Menservis brek piring 35

Page 8: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

2

4.9 Brek tangan 37

4.10 Brek booster (servo) 38

4.11 Brek anti kunci (ABS) 39

4.12 Menjujuh sistem brek 40

4.13 Bendalir brek 41

BAB 5 SISTEM BAHAN API (PETROL)

5.1 Pengenalan 43

5.2 Sistem bahan api (karburetor) 44

5.3 Karburetor 44

5.4 Sistem bahan api (pancitan) 48

5.5 Fungsi komponen sistem pancitan 50

5.6 Jenis sistem hantaran bahan api 56

BAB 6 SISTEM PELINCIRAN DAN PENYEJUKAN

6.1 Sistem pelinciran 57

6.2 Komponen utama sistem pelinciran 58

6.3 Minyak pelincir 60

6.4 Gred minyak pelincir 61

6.5 Cara menukar minyak pelincir dan penapis 65

6.6 Sistem penyejukan 67

6.7 Sistem penyejukan cecair 67

6.8 Fungsi komponen utama sistem penyejukan 69

6.9 Sistem penyejukan udara 74

6.10 Kendalian sistem penyejukan udara 74

BAB 7 KOMEN DAN CADANGAN 74

BAB 8 KESIMPULAN 76

BAB 9 RUJUKAN 7

Page 9: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

3

BAB 1 : PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Latihan industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran

Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi (KPTM). Pelajar perlu lulus dalam latihan

industri sebelum diperakukan untuk penganugerahan sijil atau diploma Politeknik

KPTM.

Latihan industri biasanya dijalankan selama 6 bulan (satu semester). Semua

pelajar politeknik yang ingin mendapatkan sijil atau diploma perlulah menjalani

latihan industri kerana ia adalah salah satu syarat wajib yang perlu dipatuhi untuk

mendapatkan sijil atau diploma. Bagi pelajar jurusan sijil akan menjalani latihan

industri pada semester ke-3 manakala pelajar jurusan diploma akan menjalaninya

pada semester ke-4.

Selepas pelajar menjalani latihan, mereka perlu menyediakan satu laporan

lengkap mengenai latihan yang telah dijalani. Laporan ini meliputi segala aspek

semasa latihan antaranya sejarah dan latar belakang syarikat serta kerja yang

dilakukan semasa di dalam tempoh latihan. Diharap laporan ini akan dapat

membantu dan memberi faedah untuk rujukan pada masa akan datang.

Page 10: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

4

1.2 Objektif Latihan Industri

Latihan industri merupakan salah satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar

sebelum layak dipertimbangkan untuk penganugerahan sijil atau diploma. Setiap

pelajar perlu lulus latihan industri sebelum dibenarkan memasuki semester yang

berikutnya.

Para pelajar akan ditempatkan di firma – firma yang bersesuaian dengan

kursus yang diambil di politeknik untuk menjalani latihan industri. Semasa latihan

industri pelajar perlu mematuhi segala peraturan yang ditetapkan politeknik dan

firma dimana latihan dijalankan. Oleh itu, latihan industri mempunyai objektif yang

tersendiri iaitu :

a) Untuk mendedahkan pelajar-pelajar ke alam pekerjaan sebenar

b) Untuk menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik sesama

pekerja.

c) Membolehkan pelajar dapat melihat kaitan diantara teori yang dipelajari

dikelas dengan kerja-kerja dialam pekerjaan yang sebenar.

d) Untuk memahami dan mengamalkan kepentingan peraturan-peraturan

keselamatan dalam industri.

e) Untuk meningkatkan pekerti yang amanah dan bertanggungjawab.

f) Untuk mengukuhkan keyakinan diri dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

g) Untuk mendedahkan pelajar dalam bidang yang diceburi.

h) Menyediakan laporan rasmi dan lain-lain tugasan seperti yang disarankan

oleh pihak politeknik.

Page 11: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

5

1.3 Kepentingan Latihan Industri

Lulus dalam latihan industri adalah salah satu syarat wajib bagi setiap pelajar

politeknik sebelum diperakui penganugerahan sijil atau diploma poiteknik. Selama

22 minggu pelajar akan menjalani latihan industri di jabatan kerajaan atau di syarikat

swasta akan didedahkan dengan suasana perkejaan sebenar berbeza dari suasana di

politeknik.

Latihan industi telah diwajibkan kepada semua pelajar politeknik sebelum mereka

menamatkan pengajian kerana mempunyai pelbagai kebaikan dan kepentingannya

kepada pelajar itu sendiri. Diantara kepentingan tersebut ialah:

a) Pelajar-pelajar dapat merasai sendiri pengalaman susah-senang ketika berada

di alam pekerjaan yang sebenar.

b) Meningkatkan perasaan pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang

lebih tinggi.

c) Pelajar dapat mempraktikkan teori dan praktikal yang dipelajari ketika di

politeknik.

d) Meningkatkan kesedaran pelajar mengenai kepentingan ilmu untuk

memperolehi kerjaya yang cemerlang,

e) Meningkatkan cara bergaul sesama rakan kerja yang berbilang kaum serta

umur.

f) Menanamkan rasa tanggungjawab serta yakin untuk melakukan sesuatu ke

atas setiap kerja yang diberikan.

g) Menambahkan rasa tanggungjawab serta yakin untuk melakukan sesuatu ke

atas setiap kerja yang diberi.

Page 12: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

6

h) Menambahkan pengetahuan mengenai teknologi terkini yang digunakan di

alam pekerjaan.

i) Menyuntik kesedaran keatas diri pelajar betapa pentingnya peraturan

keselamatan ke atas diri sendiri, keadaan sekeliling dan peralatan.

j) Bagi memenuhi syarat penanugerahan sijil atau diploma .

1.4 Skop Latihan Industri

Latihan industri merupakan satu aktiviti dimana pelajar menjalankan kerja sambil

belajar. Pelbagai ilmu dan pengalaman dapat pelajari semasa menjalankan aktiviti

seharian di firma dimana pelajar menjalani latihan indusri. Semasa menjalankan

latihan industri di Sp Selatan Otomobil Sdn. Bhd. banyak pengalaman dan

pengetahuan yang di pelajari dari kerja – kerja seharian si syarikat berkenaan.

Segala kerja yang dijalankan bersangkutan dengan teori yang dipelajari di Politeknik.

Latihan industri merupakan satu permulaan pelajar bagi meneruskan bidang

yang diambil. Ia merupakan asas untuk memulakan perkerjaan di alam perkerjaan

yang sebenar. Sebagai seorang pelajar yang dilatih, pelajar perlulah menunjukan

disiplin yang terbaik dan tumpuan yang penuh semasa menjalankan latihan industri.

Aspek keselamatan adalah faktor yang penting semasa menjalani latihan kerana ia

dapat menjamin keselamatan semasa melakuakan kerja.

Pelatih perlulah ringan mulut untuk bertanya apa yang tidak difahami semasa

membuat sesuatu kerja dan sentiasa mendengar pandangan perkerja yang lebih

berpengalaman. Pelajar juga perlu sentiasa meningkatkan pretasinya untuk

memajukan dirinya sendiri.

Page 13: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

7

Bagi semua pelajar yang menjalani latihan industri, mereka perlu menyediakan satu

laporan lengkap tentang kerja yang dilakukan. Selain itu, pelajar juga perlu

membuat melengkapkan buku laporan harian dan refleksi mingguan.

1.5 Objektif Laporan

Setiap pelajar politeknik yang telah tamat menjalani latihan industi diwajibkan untuk

menulis satu Laporn Latihan Industri (LLI) yang lengkap. Laporan tersebut

hendaklah dibawa bersama ketika mendaftar untuk meneruskan pengajian di

semester yang berikutnya.

Laporan Latihan Industri (LLI) pelajar hendaklah mengikut piawaian yang

telah di tetapkan oleh politeknik. Laporan tersebut hendaklah mengenai latihan yang

telah diikuti oleh pelajar. Hasilnya juga hendaklah asli berdasarkan pengalaman

pelajar itu sendiri. Piawaian yang telah ditetapkan oleh politeknik hendaklah

dipatuhi sepenuhnya oleh pelajar jika tidak mahu laporan latihan industrinya di tolak.

Objektif Laporan Latihan Industri ditulis ialah:

a) Merupakan bukti bertulis kepada latihan yang diikuti oleh pelajar.

b) Mendokumentasikan aktiviti-aktiviti pelajar sepanjang latihan.

c) Sebagai perantara diantara pelajar, politeknik sepanjang latihan.

d) Laporan yang baik boleh digunakan pelajar ketika temuduga kerja.

e) Melatih pelajar supaya mengikut arahan serta kehendak sesebuah institusi.

f) Supaya pihak Politeknik dapat menilai pencapaian pelajar.

Page 14: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

8

BAB 2 : LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1 Pengenalan Organisasi

SP Selatan Otomobil Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat pengedar kenderaan

berjenama Toyota di Sungai Petani, Kedah yang beroperasi sebagai pengedar sah

UMW Toyota Sdn. Bhd. iaitu syarikat tunggal yang membawa masuk kenderaan

berjenama Toyota ke Malaysia.

Selain itu, SP Selatan Otomobil juga mempunyai sebuah bengkel bagi

menservis dan membaiki kenderaan jenama Toyota. Segala aktiviti bengkel dari

aspek operasi kerja, keselamatan bengkel, kepuasan pelanggan dan kualiti adalah

dibawah pemerhatian UMW Toyota. Dengan menggunakan slogan ’One Team,

Customer First’ bengkel ini amat menitikan kerja berpasukan dan mementingkan

kualiti kerja bagi memuaskan pelangan yang menggunakan perkhidmatan disini.

Page 15: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

9

2.2 Latar Belakang Syarikat

Rajah 2.2.1 Gambar dari hadapan syarikat

SP Selatan Otomobil Sdn. Bhd. Telah dibina diatas sebuah tapak perindustrian yang

disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000

Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah dibuka pada awal tahun 2005

pada bulan Januari. Syarikat ini adalah hak milik kekal Encik Kho Wing Chun iaitu

seorang pemilik syarikat kereta terpakai berdekatan.

Syarikat ini telah dibangunkan dengan kos anggaran RM 3.0 juta. Dengan

dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu jualan kenderaan dan perkhidmatan

pelanggan. Bengkel diletakan dibawah penyeliaan seorang pengurus di bahagian

perkidmatan pelanggan.

Page 16: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

10

Di bahagian perkhidmatan pelanggan, SP Selatan Otomobil mempunyai enam

orang penasihat servis, dua orang „job controller‟, tiga orang „team leader’, dan

empat belas juruteknik di bawah kawalan pengurus dan executive perkhidmatan

pelanggan. SP Selatan Otomobil juga menyediakan kelengkapan yang lengkap untuk

kegunaan juruteknik. Antaranya:

a) Satu set lengkap alatan biasa untuk setiap juruteknik.

b) Sebuah bilik SST – menempatkan semua jenis „special tools’

c) 3 buah jek scissor, 3 buah jek 4 post, dan 9 buah jek 2 post.

d) Dua mesin wheel balancing dan sebuah mesin wheel alignment.

Rajah 2.2.2 Jek jenis 4 post

Page 17: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

11

2.3 Aktiviti Syarikat

SP Selatan Otomobil beroperasi pada setiap hari isnin hingga sabtu bermula dari

pukul 8.30 pagi sehingga 5.30 petang. Manakala cuti pula pada hari ahad dan cuti

umum. Pelbagai aktiviti yang dijalankan disini, antaranya:

a) Servis biasa kenderaan – melakukan servis berdasarkan pemintaan pelangaan

mengikut pakej yang disediakan Toyota.

b) Membaiki kenderaan – membaik pulih kenderaan pelanggan yang rosak dan

menukar barangan yang rosak dengan barangan tulen Toyota bagi menjamin

kualiti barangan tersebut.

c) ’Wheel alignment & balancing’ - mencadangkan pelanggan melakukan

‟alignment & balancing’ setiap kali membuat servis.

d) Membasuh dan mengilat kenderaan – mencadangkan pelanggan membasuh

selepas membuat servis.

e) Servis penyaman udara kenderaan – melakukan servis mengikut pekej yang

disediakan Toyota.

f) Mengetuk dan mengecat kenderaan – membaiki kederaan yang kemalangan.

Semua perkhidmatan yang disediakan adalah mengikut piawaian yang disediakan

oleh UMW Toyota bagi menjamin kualiti yang baik untuk para pelanggan. SP

Selatan Otomobil juga menjalankan aktiviti bagi menjaga keselamatan dan

kebersihan bengkel yang digariskan oleh UMW Toyota iaitu 5S. 5S adalah :

a) ‘SORT’ – menyusun alatan dengan kemas.

b) ‘SET IN ORDER’ – gunakan alatan dengan betul dan tempat yang betul.

c) ‘SHINE & INSPECT’ – bersih kan tempat kerja dan alatan.

d) ‘STANDARDIZED’ - menjalankan kerja mengikut cara betul

e) ‘SUSTAIN’ – mengamalkan cara kerja yang selamat

Page 18: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

12

2.4 Carta Organisasi Dan Peta Syarikat

Rajah 2.4.1 Carta organisasi

Rajah 2.4.2 Peta syarikat

Page 19: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

13

BAB 3 : RINGKASAN MINGGUAN

3.1 Pengenalan

Ringkasan mingguan ini penting bagi menunjukan kerja-kerja yang dilakukan oleh

pelajar semasa menjalankan latihan industri di organisasi yang berkenaan.

Pendedahan amali yang diberikan semasa menjalani latihan membantu para pelajar

dalam menamatkan pengajian dengan jayanya.

Dengan menunjukan sikap positf semasa menjalankan latihan seperti sikap

berdisiplin, menepati masa, sentiasa berusaha, menunjukan minat dan lain-lain

membolehkan pelajar menamatkan latihan industri dengan jayanya. Segala prosedur

yang disediakan oleh politeknik adalah garis panduan yang boleh di manfaatkan

untuk kebaikan pelajar.

Page 20: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

14

3.2 Ringkasan mingguan

Minggu 1 (19 Disember 2011 – 24 Disember)

Hari Aktiviti Catatan

ISNIN Melapor diri di SP Selatan Otomobil Sdn. Bhd. Sesi Taklimat

Oleh En. Lim

Chun Hooi

SELASA Melakukan servis ‘basic’ pada kenderaan –

menukar minyak enjin dan penapis minyak

Servis perlu

dilakukan setiap

5000km/ 5 bulan

RABU Menukar but aci pacu (drive shaft) But aci pacu

pecah

KHAMIS Menukar penapis bahan api Penapis kotor

JUMAAT Menukar wayar penderia undur (reverse sensor) Soket penderia

pecah

SABTU Melakukan servis ‘advance maxcheck 2’ -

menukar minyak enjin, penapis minyak, minyak

brek dan menjujuh brek.

Dilakukan

mengikut jadual

yang ditetapkan .

Minggu 2 (26 Disember 2011 – 31 Disember 2011)

Hari Aktiviti Catatan

ISNIN Cuti umum (ganti) Hari Krismas

SELASA Melakukan servis „advance maxcheck 3‟ –

menukar minyak enjin, penapis minyak, minyak

brek, penapis udara, minyak stereng kuasa, minyak

gear dan penyejuk (coolant)

Dilakukan

mengikut jadual

yang ditetapkan

RABU Menukar penyerap hentak belakang (Toyota Vios) Penyerap hentak

bocor

KHAMIS Menukar gasket tudung kepala silinder (Toyota

Fortuner)

Gasket bocor

JUMAAT Melakukan servis ‘basic’ pada kenderaan –

menukar minyak enjin dan penapis minyak

Servis perlu

dilakukan setiap

5000km/ 5 bulan

Page 21: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

15

SABTU Memeriksa keadaan brek cakera hadapan (Toyota

Camry) – menggunakan tolok dail dan micro meter

Bila brek, stereng

bergegar.

Minggu 3 (02 Januari 2012 - 07 Januari 2012)

Hari Aktiviti Catatan

ISNIN Menukar gasket tudung kepala silinder, gasket

takung minyak, gasket tudung rantai pemasaan

(timing chain), „oil seal’ roda tenaga dan „oil seal’

aci pacu.

Terlalu banyak

kebocoran pada

enjin.

SELASA Sambung kerja-kerja semalam

RABU Membuka penyerap hentak hadapan – griskan

bahagian getah atas.

Ada bunyi

KHAMIS Menukar siren pengera (Toyota Vios). Siren rosak

JUMAAT Memeriksa kenderan tidak boleh hidup (Toyota

Avanza) – memeriksa mengikut carta aliran yang

diberikan.

Ecu rosak –

arahan tidak

sempurna.

SABTU Menukar kabel penutup tangki bahan api (Toyota

Innova)

Kabel putus

Minggu 4 (9 Januari 2012 – 14 Januari 2012)

Hari Aktiviti Catatan

ISNIN Melakukan servis ‘advance maxcheck 2’ -

menukar minyak enjin, penapis minyak, minyak

brek dan menjujuh brek.

Dilakukan

mengikut jadual

yang ditetapkan

SELASA Melakukan servis ‘advance maxcheck 1’ -

menukar minyak enjin, penapis minyak, servis brek.

Dilakukan

mengikut jadual

yang ditetapkan

RABU Cuti sakit

KHAMIS Cuti sakit

JUMAAT Cuti sakit

SABTU Cuti sakit

Page 22: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

16

Minggu 5 (16 Januari 2012 – 21 Januari 2012)

Hari Aktiviti Catatan

ISNIN Cuti sakit

SELASA Cuti sakit

RABU Cuti sakit

KHAMIS Cuti sakit

JUMAAT Melakukan servis ‘advance maxcheck 2’ -

menukar minyak enjin, penapis minyak, minyak

brek dan menjujuh brek.

Dilakukan

mengikut jadual

yang ditetapkan

SABTU Melakukan servis „advance maxcheck 4‟ –

menukar minyak enjin, penapis minyak, minyak

brek, penapis udara, minyak stereng kuasa, minyak

gear, penyejuk (coolant), penapis bahan api dan

minyak karbeda.

Dilakukan

mengikut jadual

yang ditetapkan

Minggu 6 (23 Januari 2012 – 28 Januari 2012)

Hari Aktiviti Catatan

ISNIN Cuti umum Tahun baru cina

SELASA Cuti umum Tahun baru cina

RABU Cuti umum Tahun baru cina

KHAMIS Melakukan servis „advance maxcheck 3‟ –

menukar minyak enjin, penapis minyak, minyak

brek, penapis udara, minyak stereng kuasa, minyak

gear dan penyejuk (coolant)

Dilakukan

mengikut jadual

yang ditetapkan

JUMAAT Menukar tali sawat pemasaan (Toyota Hilux) Tali sawat telah

rosak

SABTU Menukar gasket tudung kepala silinder (Toyota

Hilux)

Berlaku

kebocoran

Page 23: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

17

Minggu 7 (30 Januari 2012 – 04 Febuari 2012)

Hari Aktiviti Catatan

ISNIN Menukar „oil seal’ aci pacu (Toyota Vios) „oil seal’ bocor

SELASA Melakukan servis ‘advance maxcheck 2’ -

menukar minyak enjin, penapis minyak, minyak

brek dan menjujuh brek.

Dilakukan

mengikut jadual

yang ditetapkan

RABU Melakukan servis ‘advance maxcheck 1’ -

menukar minyak enjin, penapis minyak, servis brek.

Dilakukan

mengikut jadual

yang ditetapkan

KHAMIS Menukar tali pinggang keselamatan (Toyota Vios) Rosak

JUMAAT Melakukan servis ‘basic’ pada kenderaan –

menukar minyak enjin dan penapis minyak

Dilakukan

mengikut jadual

yang ditetapkan

SABTU Melakukan servis ‘advance maxcheck 1’ -

menukar minyak enjin, penapis minyak, servis brek.

Dilakukan

mengikut jadual

yang ditetapkan

Minggu 8 (6 Febuari 2012 – 11 Febuari 2012)

Hari Aktiviti Catatan

ISNIN Cuti umum (ganti) Maulidul Rasul

SELASA Menukar gam gasket penakung minyak (Toyota

Innova)

Gasket bocor

RABU Melakukan servis ‘advance maxcheck 2’ -

menukar minyak enjin, penapis minyak, minyak

brek dan menjujuh brek.

Dilakukan

mengikut jadual

yang ditetapkan

KHAMIS Menukar bearing roda hadapan (Toyota Vios) Bearing berbunyi

JUMAAT Diberi penerangan tentang „5S‟ – ‘SORT’, ‘SET IN

ORDER’, ‘SHINE & INSPECT’,

‘STANDARDIZED’ dan ‘SUSTAIN’

Oleh En. Abdul

Hakim (ECSO)

SABTU Pembahagian tugas dan penerangan kepada pelajar

latihan bg melaksanakan 5S

Page 24: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

18

Minggu 9 (13 Febuari 2012 – 18 Febuari 2012)

Hari Aktiviti Catatan

ISNIN Melakukan servis ‘basic’ pada kenderaan –

menukar minyak enjin dan penapis minyak.

Dilakukan

mengikut jadual

yang ditetapkan

SELASA Melakukan servis ‘advance maxcheck 2’ -

menukar minyak enjin, penapis minyak, minyak

brek dan menjujuh brek.

Dilakukan

mengikut jadual

yang ditetapkan

RABU Melakukan servis „advance maxcheck 3‟ –

menukar minyak enjin, penapis minyak, minyak

brek, penapis udara, minyak stereng kuasa, minyak

gear dan penyejuk (coolant)

Dilakukan

mengikut jadual

yang ditetapkan

KHAMIS Melakukan servis ‘basic’ pada kenderaan –

menukar minyak enjin dan penapis minyak.

Dilakukan

mengikut jadual

yang ditetapkan

JUMAAT Melakukan servis ‘advance maxcheck 1’ -

menukar minyak enjin, penapis minyak, servis brek.

Dilakukan

mengikut jadual

yang ditetapkan

SABTU Melakukan servis ‘advance maxcheck 2’ -

menukar minyak enjin, penapis minyak, minyak

brek dan menjujuh brek.

Dilakukan

mengikut jadual

yang ditetapkan

Minggu 10 (20 Febuari 2012- 25 Febuari 2012)

Hari Aktiviti Catatan

ISNIN Menukar hub roda belakang dan „bumper spring’

(Toyota vios)

Ada bunyi

SELASA Menukar „oil seal’ roda tenaga (Toyota Vios) Kebocoran

berlaku

RABU Sambung kerja semalam

KHAMIS Membuka brek cakera. Dihantar ke

Page 25: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

19

faundri untuk

„skimming’

JUMAAT Melakukan servis ‘advance maxcheck 2’ -

menukar minyak enjin, penapis minyak, minyak

brek dan menjujuh brek.

Dilakukan

mengikut jadual

yang ditetapkan

SABTU Menukar „oil seal’ roda tenaga (Toyota Avanza) Kebocoran

berlaku

Minggu 11 (27 Febuari 2012 – 03 Mac 2012)

Hari Aktiviti Catatan

ISNIN Melakukan servis ‘advance maxcheck 2’ -

menukar minyak enjin, penapis minyak, minyak

brek dan menjujuh brek.

Dilakukan

mengikut jadual

yang ditetapkan

SELASA Menukar „oil seal’ roda tenaga (Toyota Avanza) Kebocoran

berlaku

RABU Menukar gasket takung minyak gear (Toyota

Avanza)

Kebocoran

berlaku

KHAMIS Melakukan servis ‘advance maxcheck 1’ -

menukar minyak enjin, penapis minyak, servis brek.

Dilakukan

mengikut jadual

yang ditetapkan

JUMAAT Membuka tombol gear (Toyota Altis) Gear susah tukar

SABTU ‘Pre-Delivery Inspection’ untuk kereta baru Diperiksa

sebelum di

serahkan kepada

pelanggan

Minggu 12 (05 Mac 2012 – 10 Mac 2012)

Hari Aktiviti Catatan

ISNIN Membuka „door trim‟ untuk pasang skru cermin

(Toyota Vios)

Apabila buka

cermin senget.

SELASA Menukar brek cakera hadapan (Toyota Rush) Apabila brek,

stereng bergegar.

Page 26: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

20

RABU Melakukan servis ‘advance maxcheck 1’ -

menukar minyak enjin, penapis minyak, servis brek.

Dilakukan

mengikut jadual

yang ditetapkan

KHAMIS Pengenalan tentang kereta baru – Toyota Prius Oleh En. Abdul

Hakim (ECSO)

JUMAAT Melakukan servis ‘advance maxcheck 2’ -

menukar minyak enjin, penapis minyak, minyak

brek dan menjujuh brek.

Dilakukan

mengikut jadual

yang ditetapkan

SABTU Memeriksa brek hadapan (Toyota Vios) – ada bunyi

ketika brek

Getah piston

pecah

Minggu 13 (12 Mac 2012 – 17 Mac 2012)

Hari Aktiviti Catatan

ISNIN Cuti (Kebenaran) Kenduri

SELASA Menukar tali pinggang hadapan (Toyota Camry) Tali pinggang

rosak

RABU Membuka dan memeriksa tombol gear Gear susah

masuk

KHAMIS Membaiki „waste oil tank‟

JUMAAT Griskan „intermediate steering shaft’ Ada bunyi ketika

membelok

SABTU Melakukan servis ‘advance maxcheck 1’ -

menukar minyak enjin, penapis minyak, servis brek.

Dilakukan

mengikut jadual

yang ditetapkan

Minggu 14 (19 Mac 2012 – 24 Mac 2012)

Hari Aktiviti Catatan

ISNIN Membuka dan mengambil ukuran brek cakera

(Toyota Camry)

Apabila brek,

stereng bergegar

SELASA Menukar siren penggera (Toyota Vios) Siren tidak

berfungsi

Page 27: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

21

RABU Membersihkan ‘waste oil store’

KHAMIS Memeriksa penggra berbunyi sendri (Toyota Altis) Penggera terlalu

sensatif

JUMAAT Membuka dan griskan getah penyerap hentak

(Toyota Vios)

Ada bunyi

SABTU Melakukan servis ‘advance maxcheck 2’ -

menukar minyak enjin, penapis minyak, minyak

brek dan menjujuh brek.

Dilakukan

mengikut jadual

yang ditetapkan

Minggu 15 (26 Mac 2012 – 31 Mac 2012)

Hari Aktiviti Catatan

ISNIN Cuti (kebenaran) Menghadiri

mahkamah

SELASA

RABU

KHAMIS

JUMAAT

SABTU

Melakukan rombak rawat enjin (Toyota Camry)

-Mengeluarkan enjin dari kenderaan.

-Membuka tudung kepala silinder

-Membuka tudung dan rantai pemasaan

-Membuka kepala silinder

-Membuka piston dari enjin

-Membersihkan karbon

-Mengambil ukuran piston ring

-Menukar piston ring

-Menguji kelegaan injap

-Memasang semula

Ada bunyi bising

ketika memandu

Minggu 16 (02 April 2012 – 07 April 2012)

Hari Aktiviti Catatan

ISNIN Menukar palam pencucuh (Toyota Camry) Terlalu banyak

karbon

SELASA Menukar penyerap hentak hadapan (Toyota vios) Absorber kurang

Page 28: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

22

tekanan

RABU ‘Pre-Delivery Inspection’ untuk kereta baru Diperiksa

sebelum di

serahkan kepada

pelanggan

KHAMIS Melakukan servis ‘basic’ pada kenderaan –

menukar minyak enjin dan penapis minyak

Dilakukan

mengikut jadual

yang ditetapkan

JUMAAT Servis brek (Toyota Vios) Brek berbunyi

SABTU Melakukan servis ‘advance maxcheck 1’ -

menukar minyak enjin, penapis minyak, servis brek.

Dilakukan

mengikut jadual

yang ditetapkan

Minggu 17 (09 April 2012 – 14 April 2012)

Hari Aktiviti Catatan

ISNIN Melakukan servis ‘advance maxcheck 2’ -

menukar minyak enjin, penapis minyak, minyak

brek dan menjujuh brek.

Dilakukan

mengikut jadual

yang ditetapkan

SELASA Griskan „intermediate steering shaft’ Ada bunyi ketika

membelok

RABU Cuti umum Pertabalan Agong

KHAMIS Membuka brek belakang (Toyota Camry) Ada bunyi ketika

brek.

JUMAAT Menukar „bumper support spring‟ pada penyerap

hentak. (Toyota Camry)

Ada bunyi ketika

melalui bump.

SABTU Menukar but aci pacu (Toyota Vios) But pecah

Minggu 18 (16 April 2012 – 21 April 2012)

Hari Aktiviti Catatan

ISNIN Melakukan servis „advance maxcheck 4‟ –

menukar minyak enjin, penapis minyak, minyak

brek, penapis udara, minyak stereng kuasa, minyak

Dilakukan

mengikut jadual

yang ditetapkan

Page 29: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

23

gear, penyejuk (coolant), penapis bahan api dan

minyak karbeda.

SELASA Melakukan servis ‘advance maxcheck 1’ -

menukar minyak enjin, penapis minyak, servis brek.

Dilakukan

mengikut jadual

yang ditetapkan

RABU Membantu pekerja membasuh kenderaan

KHAMIS Menjujuh brek (Toyota Prius) Menggunakan

„interligent

tester’

JUMAAT Menukar minyak gear automatik. (Toyota Altis) Minyak gear

lama

SABTU Membuat trip untuk takung minyak enjin (Toyota

Avanza)

Trip rosak

Minggu 19 (23 April 2012 – 28 April 2012)

Hari Aktiviti Catatan

ISNIN Menukar „lower arm’ (Toyota Camry) Kereta bergegar

SELASA Membuka dan mengambil ukuran brek cakera

(Toyota Camry)

Apabila brek,

stereng bergegar

RABU Membuka tombol gear (Toyota Altis) Gear susah

masuk

KHAMIS Melakukan servis ‘advance maxcheck 2’ -

menukar minyak enjin, penapis minyak, minyak

brek dan menjujuh brek.

Dilakukan

mengikut jadual

yang ditetapkan

JUMAAT Menukar sensor oksigen (Toyota Vios) Enjin sentak

SABTU Menukar aci stereng (Toyota Altis) Ada bunyi ketika

membelok

Minggu 20 (30 April 2012 – 5 Mei 2012)

Hari Aktiviti Catatan

ISNIN Melakukan servis ‘advance maxcheck 1’ -

menukar minyak enjin, penapis minyak, servis brek.

Dilakukan

mengikut jadual

Page 30: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

24

yang ditetapkan

SELASA Cuti umum Hari pekerja

RABU Melakukan servis „advance maxcheck 3‟ –

menukar minyak enjin, penapis minyak, minyak

brek, penapis udara, minyak stereng kuasa, minyak

gear dan penyejuk (coolant)

Dilakukan

mengikut jadual

yang ditetapkan

KHAMIS Membuka brek cakera depan dan belakang (Toyota

Camry) – „skimming’

Stereng bergegar

ketika brek

JUMAAT Menukar fius lampu brek. Fius terbakar

SABTU Cuti umum Hari wesak

Minggu 21 (07 Mei 2012 – 11 Mei 2012)

Hari Aktiviti Catatan

ISNIN Melakukan servis ‘basic’ pada kenderaan –

menukar minyak enjin dan penapis minyak

Dilakukan

mengikut jadual

yang ditetapkan

SELASA Menukar gasket tudung kepala silinder, tudung

rantai pemasaan, dan takung minyak. (Toyota

Camry)

Berlaku

kebocoran

RABU Menukar brek cakera hadapan (Toyota Camry) Stereng bergegar

ketika brek

KHAMIS Menukar „cable sub-assy’ stereng (Toyota Rush) Hon tidak

berfungsi

JUMAAT Menukar pemasangan (mounting) dan bearing

penyerap hentak hadapan (Toyota Camry)

Ada bunyi pada

penyerap hentak.

SABTU Cuti sakit Demam

Minggu 22 (14 Mei 2012 – 18 Mei 2012)

Hari Aktiviti Catatan

ISNIN Melakukan servis ‘advance maxcheck 2’ -

menukar minyak enjin, penapis minyak, minyak

brek dan menjujuh brek.

Dilakukan

mengikut jadual

yang ditetapkan

Page 31: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

25

SELASA Melakukan servis ‘advance maxcheck 1’ -

menukar minyak enjin, penapis minyak, servis

brek.

Dilakukan

mengikut jadual

yang ditetapkan

RABU Menukar gasket tudung kepala silinder, gasket

tudung rantai pemasaan, gasket takung minyak,

„oil seal’ roda tenaga, oil seal’ aci pacu dan aci

pacu.

Berlaku

kebocoran

KHAMIS Sambung kerja semalam.

JUMAAT Melakukan servis „advance maxcheck 4‟ –

menukar minyak enjin, penapis minyak, minyak

brek, penapis udara, minyak stereng kuasa,

minyak gear, penyejuk (coolant), penapis bahan

api dan minyak karbeda.

Dilakukan

mengikut jadual

yang ditetapkan

Page 32: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

26

BAB 4 : SISTEM BREK

4.1 Pengenalan

Sistem brek merupakan salah satu sistem yang paling penting dalam sesebuah

kenderaan. Sistem brek direka untuk membenarkan pemandu memperlahankan serta

memberhentikan kenderaan.

Pertukaran tenaga berlaku dalam sistem brek adalah petukaran tenaga

momentum (tenaga kinetik) kepada tenaga haba. Silinder induk disambungkan ke

pedal brek yang diinjak oleh pemandu bagi memaksa bendalir dikenakan tekanan ke

tiap-tiap pepasangan brek roda. Disini daya hidraul digunakan untuk memaksa pad

dalam pepasangan brek piring menentang pusingan rotor atau menolak keluar

kekasut brek menentang pusingan gelendong brek.

Sistem brek tangan kereta biasanya menggunakan kaedah mekanikal dan

dipasang pada roda belakang. Ia biasanya digunakan untuk mengunci roda kenderaan

ketika meletakkan kenderaan ( parking ) atau membrek dalam kecemasan. Satu

pengalak kuasa ( servo ) digunakan keatas selinder induk untuk menambah kuasa

ketika membrek.

Page 33: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

27

4.2 Kegunaan Sistem Brek.

Sistem brek mempunyai beberapa kegunaan penting iaitu untuk membolehkan

kenderaan memperlahankan dan berhenti dengan segera dan selamat, untuk

mengawal kenderan semasa dalam perjalanan dan untuk meletak kenderaan ditempat

yang curam.

Sistem brek yang baik mestilah mempunyai ciri – ciri berikut:

a) Boleh memberhentikan kenderaan dengan cepat apabila dikehendaki.

b) Berada dalam keadaan baik dan dalam kawalan pemandu pada setiap masa.

c) Tidak boleh kehilangan kuasa brek.

d) Tidak berkehendakkan larasan yang kerap.

e) Sesuai untuk segala kelajuan,keberatan dan suhu.

4.3 Kendalian Sistem Brek

Apabila pedal brek ditekan, pad atau kekasut brek akan menyentuh gelendung atau

piring brek. Geseran yang berlaku akan memperlahankan pusingan roda yang

seterusnya menyebabkan geseran diantara tayar dengan permukaan jalan yang akan

memperlahankan kelajuan kenderaan dan memberhentikannya.

Brek haruslah ditekan secara perlahan- lahan supaya roda terus berpusing

pelahan-lahan dan berhenti. Oleh itu, kenderaan dapat di berhentikan dengan cepat

kerana geseran yang terjadi diantara tayar dengan permukan jalan raya adalah

geseran statik. Geseran yang terjadi ini dikenali sebagi geseran kinetik.

4.4 Jenis –Jenis Sistem Brek

Sistem brek biasanya terbahagi kepada beberapa jenis, ia bergantung kepada

kecekapan brek itu. Biasanya, sistem brek menpunyai 4 jenis, antaranya:

a) Mekanikal

b) Gabungan mekanikal dan hidraulik

c) Hidraulik

d) Angin (pneumatik)

Page 34: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

28

Manakala brek yang biasa digunakan pada masa kini pada kenderaan ialah:

a) Brek gelendung

b) Brek piring (disc)

4.5 Brek Gelendung

Brek jenis gelondong biasanya digunakan pada brek belakang kenderaan yang

digabungkan dengan brek disk sebelah hadapannya. Kereta lama biasanya gunakan

keempat-empat brek gelendong. Brek ini memberhentikan pusingan gelendong dan

roda melalui geseran di antara alas brek gelendong.

4.5.1 Komponen Brek Gelendung

a) Silinder roda

b) Plat sokong belakang

c) Pegas pembalik

d) Kekasut brek

e) Komponen pelaras brek

f) Kabel brek letak (parkir)

Rajah 4.5.1 Komponen brek gelendung

Lining brek dipasang pada kekasut supaya dapat bergesel dengan drum. Diantara

kekasut brek terdapat silinder roda (wheel cylinder) yang akan menolak kekasut brek

Page 35: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

29

supaya bersentuhan dengan drum brek. Terdapat juga komponen-komponen lain

seperti:-

a) Spring kembali (return spring ) - bertindak sebagai menarik kekasut brek

ketempat asal selepas pedal brek dilepaskan.

b) Pelaras – untuk melaras kelegaan antara lining dengan permukaan drum atau

untuk membuat perlarasan hand brek.

c) Cemat pengunci – untuk menetapkan/mengunci kedudukan kekasut brek

pada backing plat

4.5.2 Silinder Roda

Silinder roda digunakan dalam brek hidraulik. Ia mengembangkan kekasut brek

keluar untuk membuat sentuhan dengan gelendong, tekanan ini akan dikenakan

apabila pedal brek diinjak.

Didalam silinder roda terdapat satu atau 2 piston dengan mangkuk

getah(rubber cup). Diantara piston tersebut dipasang spring. Spring ini akan

mengembalikan semula piston ketempat asal selepas beroperasi. Pada silinder juga

terdapat skru penjujus (bleeding screw) untuk tujuan membuang udara yang

terperangkap dalam sistem brek. Pengadang habuk (dust cover) dipasang dibahagian

luar silinder bagi mengelakkan kekotoran masuk kedalam silinder. Silinder roda

(wheel cylinder) biasanya digunakan untuk brek jenis gelendung (drum).

4.5.2 Silinder Roda

Page 36: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

30

4.5.3 Kekasut Brek

Bagi roda yang menggunakan jenis brek drum biasanya menggunakan 2 lining yang

dipanggil lining primer dan lining sekunder atau kedua-duanya sekunder. Susunan

lining brek primer dan sekunder menggunakan satu silinder roda yang dipasang

ditengah-tengah antara lining primer dan sekunder. Apabila pedal brek ditekan piston

dalam silinder roda akan menolak lining brek dan bersentuh dengan permukaan

drum.

Lining brek primer biasanya mengalami tekanan yang lebih dari brek lining

sekunder. Ini menyebabkan lining brek primer cepat menjadi nipis. Jenis ini biasanya

digunakan pada roda belakang,keupayaan membrek agak lemah jika dibandingkan

dengan dua lining sekunder.

4.5.3 Kekasut Brek

Manakala jenis dua lining brek sekunder menggunakan 2 silinder roda yang

berasingan pada satu roda beserta dengan unit pelaras pada setiap lining brek. Kedua-

dua lining brek bergerak mengikut arah pusingan gelendung,dengan ini akan

menyebabkan kuasa membrek yang lebih mencengkam. Kelemahan jenis ini ialah

kedua-dua lining brek akan bertindak sebagai lining brek primer semasa kenderaan

mengundur.

Page 37: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

31

4.5.4 Gelendung (Drum)

Gelendung biasanya diperbuat daripada besi tuangan dan aluminium atau besi

tuangan dan keluli. Besi tuangan digunakan sebagai permukaan dalam drum sahaja.

Kebanyakkan drum brek sekarang menggunakan jenis besi tuangan dan

keluli. Ini adalah kerana keluli lebih teguh dan besi tuang pula tahan dan bermutu

tinggi dan dapat mengalirkan haba dengan cepat. Semasa brek beroperasi drum akan

menjadi panas,untuk mengalirkan haba yang terbentuk itu ke udara biasanya

permukaan luar drum dibuat bersirip(tidak pada semua kenderaan) dan rim roda yang

berlubang digunakan.

4.6 Menservis Brek Gelendung

Brek gelendung perlu di servis bagi memastikan kecekapanya membrek. Selain itu,

ia juga bagi memastikan komponen dalam brek tersebut dalam keadaan baik.

4.6.1 Cara Menservis Brek Gelendung

Peralatan yang digunakan ialah :-

a) Jek 2 post

b) Playar

c) „air gun‟ dan soket 21mm

d) Pemutar skru

e) Tukul

f) Skru 13mm (panjang)

g) „air gun blower‟

h) Kertas pasir

Langkah kerja :-

a) Letakan kaki jek dengan betul dan jek kenderaan.

b) Pastikan brek tangan dilepaskan dan tanggalkan tayar

c) Bukakan gelendung degan cara mengetuk gelendung (jika ketat gunakan skru

13mm untuk mengeluarkan gelendung)

d) Cuci komponen brek gelendung

e) Periksa kehausan kekasut brek (jika haus tukar yang baru)

f) Jika tidak haus, kasarkan pemukaan kekasut brek dengan kertas pasir.

Page 38: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

32

g) Bersihkan habuk dengan „air gun‟

h) Laraskan kekasut brek dan brek tangan jika perlu

i) Pasang kembali gelendung dan tayar

j) Turunkan jek dan uji kenderaan.

(Semua alatan dan langkah kerja tersebut berdasarkan servis brek gelendung kereta

Toyota Vios, Avanza, Innova, dan Hilux).

4.6.2 Cara Menukar Kekasut Brek

Jika kekasut brek haus, ia perlulah ditukar kerana ia membahayakan pengguna

kerderaan tersebut.

Perlatan yang digunakan :-

a) Jek 2 post

b) „air gun‟ dan soket 21mm

c) Pemutar skru

d) Tukul

e) Skru 13mm (panjang)

f) Playar muncung tirus

g) Kertas pasir

h) Kekasut brek baru

Langkah kerja

a) Letakan kaki jek dengan betul dan jek kenderaan.

b) Pastikan brek tangan dilepaskan dan tanggalkan tayar

c) Bukakan gelendung degan cara mengetuk gelendung (jika ketat gunakan skru

13mm untuk mengeluarkan gelendung)

d) Kemudian tanggalkan spring dengan playar muncung tirus dan pemutar skru.

e) Tanggalkan kekasut brek lama.

f) Kekasut brek baru harus di kasarkan dengan kertas pasir.

g) Pasang semula kekasut brek yang baru.

h) Pasang semua komponen dengan betul

i) Uji kenderaan.

Page 39: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

33

(Semua alatan dan langkah kerja tersebut berdasarkan servis brek gelendung kereta

Toyota Vios, Avanza, Innova, dan Hilux).

4.7 Brek Piring (Disc)

Brek piring biasanya digunakan ke atas roda hadapan pada kebanyakan kereta dan ke

empat-empat roda bagi sesetengah kereta. Satu disk dipasang ke hab roda dan

berputar sekali dengan tayar dan roda. Apabila pemandu mengenakan brek, tekanan

hidraulik daripada selinder induk digunakan untuk menolak lapik geseran ( pad )

melawan gerakan rotor kemudian memberhentikannya.

4.7.1 Komponen Brek Piring

Rajah 4.7.1 Komponen Brek Piring

Brek jenis piring ini mempunyai komponen yang tersendiri bagi memastikan ia

berfungsi dengan baik, antaranya ialah :

a) Pad brek

b) Pepasangan angkup brek

c) Piring (disc)

d) Piston

Page 40: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

34

4.7.2 Binaan Piring (Disc)

Brek disk mempunyai permukaan yang licin pada kedua-dua belah permukaannya.

Biasanya diperbuat dari besi tuangan. Ada juga yang dibuat padu dan ada yang

dibuat bersirip pendingin diantara permukaan brek

4.7.3 Pad Brek

Pad brek digunakan bagi mencengkam disk semasa kenderaan bergerak.

Pad brek biasanya diperbuat daripada campuran asbestos,logam lembut dan damar.

4.7.4 Kebaikan dan Keburukan Brek Piring

Walaubagaimanapun, setiap sistem ciptaan manusia mempunyai kebaikan dan

keburukan yang tersendiri, begitu juga dengan brek piring ia mempunyai kebaikan

dan keburukan. Tetapi kebaikan mengatasi keburukan.

Kebaikan

a) Tiada perlarasan perlu dibuat keatas pepasangan brek disk

b) Masalah „brake fade‟ dapat dikurangkan.

c) Senang untuk membuat pemeriksaan

Keburukan

a) Berkehendakkan tekanan yang tinggi jika sistem servo unit rosak

4.8 Memservis Brek Piring

Brek piring juga perlu di servis bagi memastikan kecekapan ia berkerja dan bagi

memastikan tiada komponen yang rosak didalan sistem brek tersebut.

4.8.1 Cara Menservis Brek Piring

Peralatan yang digunakan :-

a) Jek 2 post

b) ‘air gun’ dan soket 21mm

Page 41: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

35

c) Spanar gelang 14mm

d) Kertas pasir

Langkah kerja :-

a) Jek kenderaan

b) Buka tayar dengan „air gun’

c) Buka skru 14 mm di bahagian bawah

d) Angkat angkup brek dan keluarkan pad brek

e) Periksa kehausan pad brek (jika perlu tukar)

f) Jika tidak haus, kasarkan dengan kertas pasir.

g) Pastikan semua kompenen dalam keadaan baik, tiada kebocoran.

h) Pasang semula brek pad dan turunkan angkup brek

i) Pasang skru 14mm dan pasang tayar

j) Uji kenderaan tersebut

(Semua alatan dan langkah kerja tersebut berdasarkan servis brek piring hadapan

kereta Toyota Vios, Avanza, Innova, dan Camry).

4.8.2 Menukar Pad Brek

Rajah 4.8.2 Pad Brek

Peralatan yang digunakan :-

a) Jek 2 post

b) ‘air gun’ dan soket 21mm

c) Spanar gelang 14mm

Page 42: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

36

d) Kertas pasir

e) Pad brek baru

Langkah kerja :-

a) Jek kenderaan

b) Buka tayar dengan ‘air gun’

c) Buka skru 14 mm di bahagian bawah

d) Angkat angkup brek dan keluarkan pad brek lama

e) Pastikan semua kompenen dalam keadaan baik, tiada kebocoran.

f) Kasarkan pemukan pad brek baru dengan kertas pasir

g) Pasang semula brek pad baru dan turunkan angkup brek

h) Pasang skru 14mm dan pasang tayar

i) Uji kenderaan tersebut

(Semua alatan dan langkah kerja tersebut berdasarkan servis brek piring hadapan

kereta Toyota Vios, Avanza, Innova, dan Camry).

4.9 Brek Tangan (Hand Brake)

Brek tangan juga disebut brek kecemasan atau “parking brake”.Ia digunakan apabila

kenderaan telah diberhentikan atau kenderaan akan ditinggalkan di tempat letak

kereta. Ini bertujuan bagi memastikan kenderaan tersebut tidak akan bergerak dan

berada dalam keadaan selamat.

Selain dari itu brek tangan berfungsi sebagai membantu memberhentikan

kenderaan seandainya sistem brek hidraulik kurang berfungsi. Amalan ini tidak harus

diamalkan, hanya sekadar waktu kecemasan sahaja. Brek tangan terdiri daripada tiga

unit penting iaitu:-

a) Unit ratchet

b) kabel keluli boleh lentur

c) Unit gesel brek

Page 43: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

37

4.9.1 Kendalian Brek Tangan

Brek tangan dikendalikan secara mekanikal. Apabila lengan tuil ditarik, kabel akan

menarik gesel brek digelendung (drum). Ini menyebabkan gesel brek keluar gesel

dan menekan permukaan gelendung (drum).Ini akan menyebabkan roda tidak

bergerak lagi.

Rajah 4.9.1 Unit Brek Tangan

4.10 Brek Booster (Servo)

Brek booster (servo) digunakan sebagai bantuan kepada sistem brek hidraulik. Di

pasang bersama selinder induk (master pump) dan disambung terus ke pedal brek.

Merupakan sebagai alat penggalak kepada sistem brek bagi memberikan kecekapan

yang lebih tinggi.Brek servo digunakan untuk mempertingkatkan daya membrek

hasil dari tekanan pedal brek yang sedikit.

Keistimewaan brek jenis ini ialah pemandu tidak perlu menekan pedal brek

dengan kuat untuk menghasilkan tekanan yang tinggi dalam sistem brek. Beroperasi

dengan dibantu oleh kuasa vakum dari enjin.

Page 44: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

38

Rajah 4.10.1 Brek Servo

Terdapat 3 jenis sistem brek booster(servo) yang biasa digunakan iaitu:

Jenis Vacuum

Menggunakan vacuum(hampagas) yang diperolehi dari intake

manifold(pancarongga masuk) atau menggunakan vacuum pump dan

disambung pada brek booster.

Jenis tekanan angin

Menggunakan angin yang diperolehi dari „air compressor‟.Biasanya

digunakan pada kenderaan berat,truck ,bas dan lain-lain

Jenis Hidraulik

Biasanya pada kenderaan kecil seperti lori-lori kecil.Tenaga hidraulik

biasanya diperolehi dari power steering pump. Cara lain tenaga hidraulik

diperolehi ialah dengan menggunakan pam motor elektrik hidraulik yang

khas untuk brek booster.

Page 45: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

39

4.11 Brek Anti Kunci (Anti-Lock Brake System)

Brek anti kunci menggunakan sensor yang dipasang pada setiap roda. Dalam sistem

ini,sensor pada roda akan menghantar isyarat ke ECU tentang kelajuan pusingan

roda. Bila brek ditekan, ECU akan mengesan jika terdapat roda yang perlahan atau

terlalu cepat dan berkemungkinan terkunci. ECU akan mengeluarkan isyarat untuk

menggerakkan injap soleniod hidraulik bagi mengurangkan tekanan brek ke atas roda

tersebut.Ini dapat mengstabilkan pergerakan roda daripada tergelincir semasa brek

ditekan secara mengejut.

Rajah 4.11.1 Perpasangan Brek Anti Kunci

4.12 Menjujuh Sistem Brek (Bleeding)

Sistem brek hydraulik mestilah dijujuh bila sesuatu paip sambungan ditanggalkan

atau dimasuki angin. Selain itu, ia juga dijujuh apabila menukar bendalir brek.

Peralatan yang digunakan :-

a) Jek 2 post

b) „air gun‟ dan soket 21mm

c) Spanar ring 8mm atau 10 mm

d) Paip kecil

e) Takung dan penyedut

f) Bendalir brek

Page 46: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

40

Langkah kerja :-

a) Jek kenderaan

b) Buka semua tayar

c) Buka tudung silinder induk

d) Sedut bendalir lama dan tuangkan bendalir baru hingga tanda „MAX’

e) Mulakan menjujuh dengan roda yang paling jauh dari silinder induk diikut

yang paling dekat,

f) Bersihkan skru jujuh dan pasangkan paip

g) Buka skru jujuh, dan pam pedal brek sehingga tiada buih yang keluar dari

paip. (Pastikan paras bendalir tidak kurang dari tanda ‘MIN’)

h) Tekan pedal brek dan kunci skru jujuh.

i) Ulang langkah f hingga h untuk kesemua roda.

j) Setelah selesai, pastikan paras bendalir berada di tanda „MAX’ dan tutup

tudung silider induk.

k) Pasang semua tayar dan uji brek.

(Semua alatan dan langkah kerja tersebut berdasarkan kerja-kerja menjujuh sistem

brek kereta Toyota Vios, Avanza, Innova, dan Camry).

4.13 Bendalir Brek

Sistem brek merupakan satu sistem keselamatan yang penting bagi sesebuah

kenderaan. Pemeriksaan kuantiti kandungan cecair brek merupakan satu perkara

penting dan ianya mudah dilakukan. Cecair brek disimpan dalam takungan yang

mana dipasang diatas selinder induk. Setiap kali kita buka hood (bonet depan) kita

akan nampak reservoir cecair brek ini.

Semejak tahun 1980, telah terdapat banyak takungan cecair brek dibuat

daripada plastik lut cahaya. Oleh itu untuk pemeriksaan paras cecair boleh dilakukan

melalui badan reservoir tanpa membuka penutupnya. Biasanya pada badan reservoir

telah ditandakan dengan perkataan ‘FULL’ and ‘ADD’ or ‘MAX’ and ‘MIN’.

Semua cecair brek diklaskan oleh Department of Transportation (DOT) dan

ditanda dengan nombor DOT 3, 4 dan 5. Dalam pemilihan cecair yang betul kepada

sesebuah kenderaan tidak berpandu kepada DOT 3 adalah bagus, DOT 4 adalah lebih

Page 47: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

41

bagus dan DOT 5 yang paling bagus. Dalam pasaran domestic lebih ditentukan DOT

3 dan DOT 4 lebih sesuai untuk kenderaan tetapi syariakt FORD menamakan DOT 3

sebagai heavy-duty variation kerana pembuatannya lebih bermutu tinggi.

Dari segi Proses pembuatan, DOT 3 dan DOT 4 dipangil cecair polyglycol.

DOT 5 lebih kepada silikon. Dalam sektor pembuatan kereta sekarang tidak terdapat

sistem brek yang sesuai dan menepati ciri-ciri untuk DOT 5

Walaubagaimanapun,ketiga jenis cecair brek ini adalah sesuai untuk sistem

brek tetapi tidak boleh dicampurkan di dalam satu-satu sistem brek.

Cecair brek ini perlu ditukar setiap 18-24 bulan atau diantara 30000 km ke 40000

km.

4.13.1 Ciri – Ciri Bendalir Brek

Ciri-ciri bendalir brek

a) Tidak boleh dimampat.

b) Tidak berbuih

c) Tidak terpeluwap apabila suhu tnggi

d) Tidak menghakis bahagian logam

e) Tidak mengeraskan dan menglembutkan bahan brek seperti yang diperbuat

daripada getah.

f) Bertindak sebagai bahan pelincir

g) Tidak mengaratkan komponen brek

h) Tidak mudah beku

Sifat-sifat bendalir brek

a) Tidak berbuih

b) Tidak boleh dimampatkan

c) Tidak mengaratkan komponen brek

d) Tidak bertindak pada getah sistem brek

e) Tidak mudah jadi wap/suhu didih tinggi.

f) Tahan haba.

Page 48: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

42

BAB 5 : SISTEM BAHAN API (PETROL)

5.1 Pengenalan

Sistem bahanapi ialah suatu sistem yang membekalkan campuran udara dan bahanapi

yang berterusan kepada enjin pada nisbah yang bersesuaian dengan semua kendalian.

Banyak faktor yang mempengaruhi keadaan tersebut seperti kelajuan enjin, beban,

suhu dan reka bentuk enjin.

Sistem bahan api terbahagi kepada dua iaitu kaburator dan suntikan.

Perbezaan fungsi yang paling ketara antara karburetor dan suntikan bahan api ialah

suntikan bahan api menyembur bahan api kepada titisan yang sangat halus dengan

mengepam bahan api secara paksaan ke muncung halus di bawah tekanan tinggi,

sementara karburetor pula bergantung kepada tekanan vakum oleh udara masukan

untuk menghantar bahan api.

Page 49: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

43

5.2 Sistem Bahan Api (Karburator)

Karburetor adalah sejenis alat yang digunakan bagi mencampurkan bahan

api petrol dengan udara dengan kadar yang betul bagi kegunaan enjin pembakaran

dalaman. Ia pernah digunakan secara meluas pada kereta sehingga dekad 1990-an

apabila ia digantikan dengan sistem suntikan bahan api yang lebih cekap.

Di dalam sistem bahan api karburetor, karburetor yang memainkan peranan

yang penting sekali mendapatkan nisbah campuran udara dan bahanapi yang sesuai

dengan keadaan kendalian enjin.

Komponen-komponen sistem bahanapi karburetor terdiri daripada:

a) Tangki bahanapi.

b) Pam bahanapi.

c) Penapis bahanapi.

d) Saluran bahanapi.

e) Penunjuk bahanapi.

f) Penapis udara

g) Karburetor.

h) Pancarongga kemasukan.

5.3 Karburetor

Karburetor berfungsi menggunakan Prinsip Bernoulli iaitu bergantung

kepada tekanan udara rendah dalam karburetor hasil daripada kelajuan luruan udara

ke rongga masukan enjin untuk menarik bahan api untuk dicampurkan bersama-sama

udara. Lebih laju luruan udara masuk, lebih rendah tekanan udara di dalam

karburetor serta lebih banyak bahan api dapat ditarik untuk dicampurkan dengan

udara, dan seterusnya kelajuan enjin akan bertambah hasil penambahan campuran

udara-bahan api.

Kebanyakan enjin kereta berkarburetor hanya menggunakan satu sahaja

karburetor tetapi motosikal serta kereta lumba pula menggunakan berbilang

karburetor mengikut bilangan silinder.

Page 50: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

44

5.3.1 Jenis Karburetor

Venturi tetap - mempunyai saiz venturi yang tetap serta bergantung kepada kelajuan

luruan udara bagi menarik bahan api ke venturi untuk dicampurkan dengan udara.

Venturi boleh laras - juga dikenali sebagai karburetor kelajuan malar (constant

velocity) ataupun karburetor injap gelungsur, karburetor jenis ini mempunyai satu

injap gelungsur dengan jarum yang mengawal kedua-dua bukaan venturi dan jet

utama. Di dalam karburetor jenis ini, bukaan venturi dilaraskan bagi mengawal

kelajuan udara pada bahagian venturi sahaja.

5.3.2 Bahagian – Bahagian Karburetor

Rajah 5.3.2 Karburetor

a) Takungan bahan api - menerima bahan api dari tangki minyak

b) Venturi - bahagian aliran udara paling sempit bertujuan meningkatkan kelajuan

luruan udara bagi menghasilkan tekanan udara paling rendah pada bahagian

berkenaan bagi menarik bahan api keluar melalui jet utama. Biasanya saiz

venturi adalah tetap, tetapi kerburetor injap gelungsur pula mempunyai satu injap

gelungsur boleh laras yang mengawal saiz venturi.

c) Jet utama - laluan keluar utama bahan api ke venturi; alirannya dikawal oleh

tekanan rendah pada venturi, tetapi pada sesetengah karburetor terutamanya jenis

Page 51: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

45

injap gelungsur pula jarum pada injap gelungsur turut mengawal bukaan jet

utama.

d) Jet melahu - saluran sempit bagi menyalurkan udara dan bahan api semasa

kelajuan melahu iaitu semasa injap pendikit tertutup.

e) Injap pendikit - terletak di bahagian hujung saluran udara karburetor, injap

pendikit mengawal bukaan saluran udara selepas venturi bagi mengawal aliran

campuran udara-bahan api ke enjin; dengan itu injap pendikit turut mengawal

kelajuan enjin secara langsung. Injap pendikit disambungkan ke injak pendikit

ataupun genggam pendikit bagi membolehkan pemandu kereta atau

penunggang motosikalmengawal kelajuan enjin. Biasanya injap pendikit terdiri

daripada injap rerama tetapi dalam sesetengah karburetor injap gelungsur, injap

gelungsur itu sendiri turut bertindak sebagai injap pendikit.

f) Injap pencekik - terletak di bahagian pangkal saluran udara karburetor sebelum

venturi, injap pencekik menyekat aliran udara bagi menghasilkan campuran

udara-bahan api yang lebih kaya agar enjin lebih mudah dihidupkan semasa

sejuk. Injap pencekik dikawal sama ada menggunakan tombol pencekik secara

manual ataupun dengan menggunakan mekanisme automatik. Sesetengah

karburetor tidak mempunyai pencekik tetapi menggunakan udara yang

dipanaskan oleh saluran ekzos untuk memudahkan enjin dihidupkan semasa

sejuk.

5.3.3 Kendalian Karburetor

Kedalian kaburetor biasanya mengikut keadaan semasa. Biasanya kendalian

karburetor terbahagi kepada empat keadaan antaranya:

a) Kelajuan melahu - Injap pendikit tertutup sepenuhnya, tetapi mempunyai

sedikit bukaan udara bagi membolehkan sedikit udara melaluinya. Petrol

mengalir di dalam karburetor melalui jet melahu. Kuantiti campuran udara-bahan

api yang sedikit ini menyebabkan enjin hanya berputar pada kelajuan melahu

(sekitar 850 rpm bagi kereta dan sekitar 1,400 rpm bagi motosikal).

Page 52: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

46

b) Kelajuan rendah - injap pendikit terbuka sedikit, membolehkan udara

berkelajuan rendah melalui venturi dan seterusnya menarik sedikit bahan api

melalui jet utama ke venturi. Sementara itu, bahan api turut mengalir melalui jet

melahu kerana kelajuan luruan bahan api melalui jet utama masih lagi rendah.

c) Kelajuan tinggi - injap pendikit terbuka besar, ataupun hampir terbuka

sepenuhnya semasa menghampiri kelajuan maksimum. Bukaan injap pendikit

yang besar membolehkan udara meluru masuk dengan laju dan banyak,

merendahkan lagi tekanan udara pada venturi dan seterusnya menarik lebih

banyak bahan api melalui jet utama. Kali ini, bahan api tidak lagi melalui jet

melahu kerana lebih cenderung melalui jer utama di mana tekanan udara lebih

rendah.

d) Semasa tombol pencekik ditarik - injap pendikit menyekat aliran udara masuk

udara ke karburetor sehingga udara masuk ke karburetor kurang daripada semasa

kelajuan melahu, menyebabkan campuran udara-bahan api yang kaya terhasil

bagi memudahkan enjin dihidupkan semasa sejuk.

5.4 Sistem Bahan Api (Pancitan Bahan Api)

Suntikan bahan api atau pancitan bahan api adalah sistem kenderaan yang bertugas

mengangkut bahan api ke enjin selain daripada penggunaan karburetor. Dua jenis

suntikan bahan api yang paling lazim adalam sistem suntikan bahan

api petrol dan diesel.

Suntikan bahan api membawa bahan api bertekanan tinggi dan

menyemburkannya menjadi titisan halus ke ruang rongga masukan (bagi kes enjin

petrol) ataupun secara terus ke dalam kebuk pembakaran (bagi kes enjin diesel)

untuk menambah luas permukaan cecair bahan api bagi pembakaran yang lebih

cekap.

5.4.1 Komponen Sistem Bahan Api

Komponen sistem bahan api pancitan bahan api ialah :

a) Pemancit bahan api

b) Pam bahan api

Page 53: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

47

c) Pengawal tekanan bahan api

d) ECU - Unit kawalan enjin; mengandungi sebuah komputer digital kecil untuk

berkomunikasi dengan penderia serta mengawal keluaran.

e) Gumpalan pendawaian

f) Pelbagai pengesan (Sebahagiannya disenaraikan di sini.)

I. Kedudukan engkol/sesondol: Penderia kesan Hall

II. Aliran udara: Pengesan MAF

III. Kandungan oksigen di dalam gas ekzos: Pengesan oksigen

IV. Kedudukan pendikit: Pengesan kedudukan pendikit

V. Suhu bendalir penyejuk: Pengesan suhu bendalir penyejuk (bagi

melaras kuantiti suntikan bahan api semasa enjin sejuk)

Rajah 5.4.3 keratan pemancit bahan api

5.4.2 Jenis Suntikan Bahan Api

a) Suntikan Badan Pendikit (TBI) atau Suntikan Titik Tunggal - hanya satu

pemancit bahan api, ditempatkan pada injap pendikit, sama seperti

karburetor.

b) Suntikan berterusan - bahan api disuntik secara berterusan ke semua

pemancit bahan api

c) Suntikan Berbilang Titik (MPI) - pemancit bahan api diletakkan pada

setiap rongga masukan, betul-betul berhampiran dengan injap masukan.

Pemancit kawalan solenoid elektrik ini dikawal pemasaannya serta kuantiti

Page 54: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

48

suntikan secara elektronik oleh ECU. Sistem ini adalah sistem suntikan bahan

api yang paling lazim digunakan pada kereta dan motosikal besar.

d) Suntikan Terus - bahan api disuntik terus ke dalam kebuk pembakaran,

menjadikannya sebagai sistem bahan api yang paling cekap.

5.5 Fungsi Komponen Bahan Api

5.5.1 Tangki Bahan Api

Rajah 5.5.1 Tangki Bahan Api

Bagi enjin hadapan, tangki bahanapi biasanya diletakan dibahagian belakang,

manakala kereta berenjin belakang pula tangki diletakan dibahagian hadapan.

Kedudukan tangki bahanapi pada kenderaan adalah sangat penting. Tangki ini

mestilah terlindung dari lentingan batu-batu dan tidak mudah meletup bila berlaku

sesuatu kemalangan. Pada umumnya sesebuah tangki dapat diisikan dengan bahanapi

sebanyak 25 hingga 70 liter. Ini bergantung kepada besar atau kecilnya sesebuah

kenderaan.

Tangki bahanapi diperbuat daripada kepingan keluli yang nipis dan disadur

supaya ianya tidak berkarat. Dibentuk bersekat-sekat bagi mengurangkan bahan api

berkocak. Ianya diskrukan pada rangka kenderaan. Salur masuk tangki ditutup

dengan satu penutup yang berkunci, mempunyai lubang membolehkan udara masuk

atau keluar apabila bahanapi mengembang atau menguncup.

Tangki bahanapi juga dilengkapkan dengan unit penghantar untuk

menunjukan kandungan bahanapi yang ada didalam tangki. Dibahagian bawah tangki

Page 55: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

49

disediakan satu lubang yang tertutup (palam buang minyak) untuk mengalirkan

keluar bahanapi atau untuk mencuci tangki bila perlu.

5.5.2 Pam Bahan Api

Rajah 5.5.2 Pam Bahan Api

Lazimnya tangki bahanapi terletak lebih rendah daripada karburetor oleh itu pam

bahanapi diperlukan bagi menyedut bahanapi dari tangki dan menghantarnya ke

karburetor. Ianya dipasangkan diantara tangki bahanapi dan karburetor.

Terdapat dua jenis pam bahanapi yang popular digunakan pada masa kini.

a) Pam jenis gegendang mekanikal - Pam jenis ini digerakkan oleh aci

sesondol (cam shaft). Pada kebiasaannya pam jenis ini dipasang samada

dikepala selinder atau diselinder blok.

b) Pam jenis gegendang eletrik - Pam jenis ini digerakkan dengan bantuan

kuasa eletrik dari bateri. Ianya ditempatkan samada di dalam ruang enjin atau

di belakang berdekatan dengan tangki bahan api. Pam ini hanya akan

berfungsi bila suis penyalaan di‟ON‟.

Page 56: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

50

5.5.3 Penapis Bahan Api

Rajah 5.5.3 Penapis Bahan Api

Penapis bahan api digunakan untuk menyekat kekotoran yang terdapat dalam bahan

api dari masuk ke pam atau ke karburetor. Tempat dimana penapis bahan api di

pasangkan adalah berbeza-beza dari satu kenderaan dengan kenderaan yang lain.

Pada kebiasaannya penapis bahan api di pasangkan diantara pam bahan api

dan tangki bahan api. Terdapat dua jenis penapis bahan api iaitu jenis ceramic dan

jenis katrij (elemen kertas-buang terus). Kebanyakan kenderaan sekarang

menggunakan penapis jenis katrij. Tidak perlu servis, hanya buat penggantian

apabila telah sampai waktu penyenggaraan yang disyorkan.

5.5.4 Saluran Bahan Api

Ianya dibuat daripada „steel tubing‟ dan ada juga di buat daripada‟polyethylene‟.

Ianya berfungsi sebagai saluran untuk memindahkan bahan api dari tangki ke pam

dan ke karburetor. Bagi penyambungan pada bahagian- bahagian yang bergerak pada

kebiasaannya saluran tersebut di sambung dengan „flexible hose‟. Ini bertujuan untuk

mengelakan saluran tersebut daripada bengkok atau patah.

5.5.5 Petunjuk Bahan Api

Ianya di gunakan untuk mengukur paras bahan api di dalam tangki. Komponen-

komponennya terdiri daripada pelampung dalam tangki dan penunjuk di panel dash

board. Terdapat dua jenis penunjuk bahan api yang banyak digunakan pada kereta:

Page 57: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

51

a) Gelung Imbangan.

Penunjuk bahan api ini terdiri dari dua unit iaitu unit penghantar dan unit

tolok. Litar ini hanya memerlukan arus yang sedikit sahaja iaitu hanya 0.5

amp. Unit penghantar terdiri daripada satu sesentuh bergelonsor yang

mempunyai rintangan yang berubah-ubah. Unit tolok pula terdiri dari dua

gegelung yang diletakan 90 darjah diantara satu sama lain. Diantara gegelung

itu dipasangkan angker dan penunjuk.

b) Jenis Panas.

Penunjuk bahan api jenis ini juga terdiri dari dua unit iaitu unit penghantar

dan unit tolok. Kedua-dua unit ini disambungkan secara siri oleh satu dawai

tunggal. Unit penghantar diletakan didalam tangki bahan api sementara unit

tolok diletakan dipanel alat-alat. Sebagai tambahan penunjuk bahan api jenis

ini dilengkapkan dengan alat ubah voltan untuk mengawal voltan. Unit

penghantar terdiri dari satu reostat yang boleh mengubah-ubahkan rintangan

didalam litar mengikut paras bahan api didalam tangki. Unit tolok pula terdiri

dari satu jarum penunjuk yang dikawal oleh lengan dua logam dan gelung

pemanas.

5.5.6 Penapis Udara

Penapis udara merupakan alat yang dipasang pada bahagian atas muncung

karburator.Ianya berfungsi untuk menapis segala kekotoran yang datang dari saluran

udara daripada masuk ke dalam karburator dan seterusnya di dalam enjin.Jika tiada

penapis udara ini maka segala kekotoran akan memasuki ke dalam enjin dan

menyebabkan enjin menjadi kotor dan akan mudah terdedah kepada kerosakan dan

haus dan seterusnya jangka hayat enjin tersebut akan berkurangan.

Penapis udara yang dipasangkan pada muncung karburator adalah bertujuan

untuk mengurangkan kelajuan udara yang masuk,dengan itu akan menjimatkan

penggunaan bahan api, menolak percikan voltan tinggi semasa terjadinya „back fire‟

dan mengambil hawa panas dari „exhaust manifold‟ untuk tujuan pengeluwapan

Page 58: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

52

bahan api sebelum masuk ke dalam silinder dan dengan ini pembakaran akan mudah

dilakukan. Jenis-jenis penapis udara :

Jenis Basahan Minyak (Oil Wetted)

Pada penapis jenis ini,ia dapat memberikan satu penapisan yang sempurna di mana

kadar habuk yang masuk adalah berkurangan.Bahan yang digunakan pada sistem ini

ialah satu gelungan wayar yang diselang selikan (wire mesh) yang diselaputi dengan

minyak.Segala kotoran akan melekat pada minyak.Penapis ini mestilah sentiasa

dicuci pada setiap 8,000 km atau 5,000 km.Cara mencuci penapis jenis ini ialah

dengan mencuci gelungan wayar dengan petrol atau paraffin.Setelah itu hendaklah

dikeringkan dan kemudiannya lumur semula dengan minyak enjin sebelum di pasang

biarkan minyak yang berlebihan menitis terlebih dahulu.

Jenis Elemen Lipatan Kertas (Paper Pleated Element)

Penapis jenis ini pula menggunakan kertas sebagai alat penapisnya. Kertas ini

dikenali sebagai „ resin impregnated paper element‟.Binaan pada kertas ini dibuat

berlipat-lipat dan padanya juga terdapat lubang-lubang yang sangat halus.Dengan

melipat-lipat kertas ini,ia dapat mengadakan permukaan tapisan yang sangat luas dan

dapat mengelakkan berlaku nya penapis ini dari tersumbat.Kebiasaannnya penapis

ini ditukar pada tiap-tiap 16,000 km hingga 20,000 km.

Jenis Mandi Minyak (Oil Bath)

Penapis jenis ini sangat memuaskan.Ianya terdiri daripada 2 peringkat.Peringkat

pertama udara masuk secara berpusar akan menyebabkan habuk-habuk yang ada

bersamanya akan melekat pada permukaan minyak yang bertakung.Pada peringkat

kedua pula sebahagian dari minyak akan naik dibawa oleh udara yang masuk

melaluinya ke elemen pusaran wayar besi (steel mesh wire element).Di sini segala

kotoran yang melekat pada minyak tadi akan melekat pula pada elemen

wayar.Penapis ini dibentuk sebegitu rupa adalah untuk menapis segala kotoran dari

masuk ke dalam enjin dan disamping itu juga dapat mengelakan kotoran dari masuk

ke karburator dan ruang pelampung (float chamber).Servis perlu dilakukan setiap

4,000 km dan jangka penggunaannya.Penapis dicuci dengan menggunakan petrol

atau parraffin.Apabila hendak mengisi semula minyak ke dalam takungan hendaklah

Page 59: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

53

diisi dengan minyak yang bersih dan pastikan ia beada pada paras yang betul.

Jenis Empar (Centrifugal Type)

Penapis jenis ini dapat menapis udara dengan baik.Udara yang masuk secara

berpusar akan mengeluarkan segala habuk-habuk melalui lubang-lubang kecil yang

dibuat perumahnya (casing) secara kuasa balingan.Kemasukan udara yang berpusar

ini akan membawa segala habuk-habuk masuk bersama-samanya.Tetapi habuk ini

akan tercampak keluar apabila ia terkena lubang-lubang atau lurah-lurah yang dibuat

pada atas perumah ini.Kuasa balingan terhasil dari pusaran udara yang masuk tadilah

yang sebenarnya menolak segala habuk-habuk tadi.Udara itu boleh berpusar adalah

kerana reka bentuknya terutama sekali pada vane yang telah dibuat mengikut sudut

tertentu.Rawatan pada penapis jenis ini tidak lah rumit.Hanya yang perlu kita

pastikan bahawa intake vane tidak tersumbat.

5.6 Jenis Sistem Hantaran Bahan Api

1. Jenis graviti(gravity feed system)

Komponen sistem ini terdiri daripada tangki, penapis, pancarongga pengambilan,

salur bahan api dan karburetor. Tangki bahan api di pasang lebih tinggi daripada

karburetor. Dengan in bahan api akan mengalir turun oleh daya tarikan graviti.

Bahan api dari tangki mengalir masuk ke dalam penapis melalui sawat pemberhenti

yang ditugaskan memberhentikan pengaliran bahan api apabila enjin tidak di kendali.

Bahan api yang di tapis kemudian mengalir masuk ke karburetor.

2. Jenis daya bekal(force feed system)

Sistem ini terdiri daripada tangki, pam, penapis, paip salur bahan api, pancarongga

pengambilan dan karburetor.Kedudukan tangki bahan api lebih rendah daripada

karburetor dan di letakan jauh kebelakang.Bahan api dari tangki mengalir melalui

salur paip apabila terdapat sedutan dari pam bahan api ketika enjin dihidupkan dan

ditolak masuk ke karburetor.

Page 60: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

54

BAB 6 : SISTEM PELINCIRAN DAN PENYEJUKAN

6.1 Sistem Pelinciran

Sistem pelinciran merupakan sistem yang melancarkan pergerakan bahagian-

bahagian yang bergerak di dalam enjin dan mengurangkan geseran. Tujuan sistem

pelinciran ini ialah :

a) Membekalkan minyak pelincir ke bahagian-bahagian enjin yang bergerak

seperti aci engkol, piston, rod penghubung, mekanisme injap dan gear.

b) Mengurangkan geseran dan kehausan.

c) Bahan bantu penyejukan.

d) Pencuci enjin.

e) Perendam bunyi.

f) Meningkatkan kedapan di antara gelang piston dengan silinder.

Sistem pelinciran terbahagi kepada tiga jenis iaitu :

a) Jenis Simbah

b) Jenis Daya Bekal/Tekanan.

c) Jenis Gabungan Simbah Dan Tekanan

Page 61: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

55

6.2 Komponen Utama Sistem Pelincir

6.2.1 Takung Minyak (Oil Sump)

Rajah 6.2.1 Takung Minyak

Takung minyak pelincir ditugaskan untuk menakung minyak pelincir. Ia juga

membantu menyejukkan minyak dengan membebaskan haba ke udara sekeliling.

Padanya terdapat palam buang (drain plug) bagi mengeluarkan minyak pelincir

semasa penukarannya.

6.2.2 Penapis Minyak (Oil Filter)

Penapis minyak (oil filter) pula dipasang di sebelah enjin yang mana ia berfungsi

untuk menapis minyak pelincir yang membawa segala kotoran yang datang dari

bawah enjin seperti debu, cebisan-cebisan logam dan endapan-endapan karbon.

Kotoran-kotoran ini jika tidak ditapis maka ia akan merosakkan minyak pelincir dan

seterusnya mempercepatkan berlakunya kehausan.

Jaring-jaring pada minyak pelincir pada penapis boleh tersumbat oleh kotoran

setelah jangka waktu pemakaian yang cukup lama.Penapis tidak akan dapat lagi

berfungsi dengan baik dan perjalanan minyak pelincir juga akan terganggu jika ia

tidak diatasi. Oleh itu penapis minyak ini perlulah dibersihkan selalu. Penapis

minyak terbahagi kepada 2 iaitu :

Page 62: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

56

a) Jenis yang bolej dibuka

b) Jenis katrij (tidak boleh dibuka).

Kedua-dua fungsinya adalah sama cuma dari segi reka bentuknya sahaja yang

berlainan. Jenis katrij memerlukan special toolnya tersendiri untuk membukanya.

Rajah 6.2.2 Penapis Minyak

6.2.3 Pam Minyak

Ia merupakan nadi bagi sistem pelinciran. Berfungsi mengepam dan menyedut

minyak dari takung minyak untuk dihantar ke seluruh bahagian enjin yang bergerak.

Terdapat 2 jenis pam :

a) Jenis Gear

b) Jenis Rotor

Rajah 6.2.3 Pam Minyak

6.3 Minyak Pelincir

Minyak pelincir adalah sebagai bahan yang meminimumkan geseran di antara

permukaan bergerak. Minyak pelincir mestilah mempunyai kelikatan yang betul dan

Page 63: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

57

mestilah mencegah pembentukan karbon, pengoksidaan, karat, hakisan, haus,

pembentukan asid dan menghapuskan pembusaan. Ia juga bertindak sebagai agen

pencuci, mestilah boleh dituang pada suhu rendah, dan mesti mempunyai kelikatan

khas pada suhu rendah dan tinggi.

Minyak mentah tidak mempunyai semua sifat tersebut. Oleh itu pengilang

minyak pelincir menambahkan bahan tambahan ke dalam minyak semasa berlaku

proses mengilang. Bahan tambahan seperti :

a) memperbaiki indeks kelikatan.

b) bahan penurun takat tuang.

c) perencat pengoksidaan.

d) perencat hakisan.

e) perencat pembusaan.

f) Pengemburan bahan cuci.

g) Bahan penentang asid.

Kelikatan ialah sukatan rintangan sesuatu cecair terhadap pengalirannya.Kelikatan

merangkumi dua aspek iaitu :

a) Kejasadan : iaitu rintangan lapisan minyak terhadap cucukan atau penusukan.

Ia diistilahkan dengan sifat kelikatan minyak.

b) Kebendaliran : ialah keadaan bagaimana mudahnya minyak mengalir. Ia

diistilahkan dengan sifat lekatan minyak.

6.4 Gred Minyak Pelincir

6.4.1 Kadar Kelikatan

Persatuan Jurutrera Automotif menggunakan meter likat sejagat Saybolt (Saybolt

universal viscometer) untuk mencatat masa yang diambil bagi contoh minyak

sebanyak 60 millileter mengalir masuk ke dalam takungan bersuhu 99 C. Minyak

juga diuji pada suhu 38 C. Masa yang diperlukan untuk minyak 60 ml mengalir ke

dalam takungan menunjukkan kelikatan minyak dalam kiraan saat Saybolt (S.S) pada

takat suhu tersebut.

Page 64: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

58

Persatuan Jurutera Automotif mengkadarkan kelikatakan minyak dalam dua

cara iaitu untuk musim sejuk dan bukan sejuk. Minyak musim sejuk digredkan

dalam suhu – 18 Cdan 99 C. Terdapat tiga gred minyak iaitu SAE 5W, SAE 10W

dan SAE 20W, huruf W diakhiran menunjukkan musim sejuk. Bagi minyak

berakhiran W masa minimum pada suhu 99 C ialah 39 S.S.

Minyak akhiran W adalah sesuai untuk iklim Artik dan iklim sederhana,

kerana ia tetap bendalir walaupun pada suhu rendah. Gred minyak lain yang bukan

musin sejuk adalah seperti SAE 20, SAE 30, SAE 40 dan SAE 50.Kesemuanya tidak

mempunyai huruf pada akhirannya.

Rajah 6.4.1 Saybolt universal viscometer

6.4.2 Indeks Kelikatan

Sebagaimana yang telah kita fahami iaitu sifat kejasadan berkurangan tetapi sifat

kebendaliran akan bertambah apabila suhu ditambah. Indeks kelikatan (I.K)

menunjukkan kepayahan sifat kejasadan dan sifat kebendaliran sesuatu minyak

berubah apabila suhu berubah. Skala I.K bermula dari 0 pada takat kelikatan minyak

berubah dengan jumlahnya apabila suhu berubah, dan berakhir pada 300 iaitu takat

kelikatan minyak tidak banyak berubah dari suhu rendah ke suhu tinggi. Minyak

yang mempunyai I.K tinggi boleh memenuhi lebih daripada satu penjenisan SAE.

Minyak yang mempunyai I.K kurang daripada 150 akan memenuhi penentuan bagi

SAE 10W, SAE 10, SAE 20 dan SAE 30. Minyak yang mempunyai kelikatan

berbagai-bagai takungannya ditanda SAE 10W-30.

Page 65: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

59

6.4.3 Minyak Enjin Dengan Pengelasan API

Pusat Piawaian Petroleum Amerika (American Petroleum Institute) atau nama

ringkasnya API telah mereka satu kaedah pengelasan mengikut keadaan khidmat dan

penggunaan minyak.

API mengelaskan ke dalam dua kategori khidmat iaitu S untuk kategori enjin

petrol atau enjin penyalaan percikan bunga api sementara huruf kedua berkadar dari

A ke F. Kategori kedua ialah bermula dengan huruf C yang memberi makna minyak

perdagangan atau minyak enjin untuk penyalaan mampatan sementara huruf kedua

pula untuk perlakuannya.Ia berkadar dari A hingga D. Jenis rawatan API ialah :

a) SA – Rawatan enjin yang dijalankan dalam keadaan yang sederhana

dan hanya dapat memberikan perlindungan yang minimum dengan

campuran lain tidak perlu.

b) SB – Rawatan bagi enjin yang dikendali dalam keadaan sederhana

yang mana hanya perlindungan minimum sahaja diperlukan.Minyak

untuk rawatan ini boleh mencegah hentaman dan rintangan terhadap

pengoksidaan minyak dan hakisan galas.

c) SC – Rawatan untuk enjin petrol model tahun 1964 – 1967 bagi

kereta-kereta penumpang dan sebahagian lori yang dijalankan di

bawah waranti pembuat enjin dalam tahun-tahun tersebut. Minyak

dibuat dengan mengadakan kawalan terhadap perubahan suhu,

mencegah haus, berkarat dan hakisan dalam enjin petrol.

d) SD – Rawatan untuk enjin petrol tahun 1968 – 1970 bagi kereta

penumpang dan sesetengah lori di bawah waranti tahun-tahun

tersebut. Minyak dibuat untuk rawatan memberi perlindungan yang

lebih terhadap perbezaan di antara suhu tinggi dan rendah, haus, karat

dan hakisan dalam enjin petrol berbanding dengan minyak yang

memuaskan penjenisan SC.

e) SE – Rawatan untuk enjin model 1972. Minyak dibuat untuk

perlindungan terrhadap pengoksidaan minyak, mendapan enjin akibat

suhu tinggi, karat dan hakisaan di dalam enjin petrol.

f) CA – Rawatan untuk enjin diesel yang dijalankan di bawah kerja

ringan hingga sederhana menggunakan bahan api mutu tinggi dan

kadangkala dimasukkan untuk enjin petrol kerja ringan. Minyak

Page 66: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

60

memberi perlindungan hakisan galas dan mendapan akibat daripada

suhu tinggi dalam enjin diesel.

g) CB – Rawatan untuk enjin diesel kerja ringan hingga sederhana tetapi

menggunakan minyak bermutu rendah yang banyak memerlukan

perlindungan haus dan mendapan. Minyak jenis ini memberi

perlindungan hakisan galas dan mendapan akibat suhu tinggi dalam

enjin diesel yang biasanya menyedut sendiri dan menggunakan bahan

api sulfur tinggi.

h) CC – Rawatan untuk enjin diesel bercas tinggi yang menjalankan

kerja sederhana hingga kerja berat dan termasuk enjin petrol kerja

berat. Minyak ini memberi perlindungan mendapan akibat suhu tinggi

dalam minyak diesel bercas tinggi, karat, hakisan dan mendapan suhu

rendahdalam enjin petrol.

i) CD – Rawatan untuk enjin diesel bercas tertinggi yang dijalankan

dalam keadaan lampau laju, kerja berat yang memerlukan kawalan

berkesan dari karat dan mendapan.Minyak dibuat untuk rawatan

perlindungan hakisan galas dan mendapan akibat suhu tinggi dalam

enjin diesel bercas tertinggi apabila menggunakan bahan api berbagai-

bagai mutu.

6.4.4 Minyak Pelincir 2-Lejang

Minyak enjin 2-lejang adalah sejenis minyak yang dibuat khas untuk kegunaan enjin

2-lejang.Ia dikenali sebagai minyak 2T.

Ciri Khas Minyak 2-Lejang:

a) Pembakaran bersih : Minyak 2-Lejang sering terbakar dalam ruang

pembakaran.Oleh itu minyak mestilah bersih bagi mencegah

pembentukan karbon yang banyak di kepala omboh dan

silinder.Minyak 2-lejang yang tidak bersih akan menyekat dan

menyumbat liang pengambilan dan liang ekzos.Kesan ini menjadikan

enjin hilang kuasa dan berprestasi rendah.

b) Mudah bercampur dengan bahan api petrol : Minyak 2-lejang

biasanya dicampurkan terus dengan petrol.Dikira penting jika

Page 67: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

61

campuran minyak ini mempunyai sifat mudah campur sama rata

dalam bahan api petrol.Untuk mencegah pembentukan karbon tinggi

di dalam ruang pembakaran, maka kadar percampuran minyak tidak

terlalu tebal.Jika terlalu rendah, bahagian-bahagian bergerak enjin

akan cepat haus.Ciri-ciri ini menjadikan percampuran minyak 2-lejang

tidaklah terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah ,sesuai dengan

pelaksanaan dan keperluannya.

c) Kebolehan Melawan Hablur Sungut : Hablur sungut berlaku apabila

zarah masuk dan melekat diantara elektrod tengah dan elektrod tepi

plug pencucuh.Biasanya zarah ini adalah pengalir elektrik, maka

apabila hablur sungut ini terbentuk, maka terjadilah litar pintas.Bagi

mengurangkan hablur sungut, pembuat minyak 2-lejang telah

mencipta bahan kimia khas yang boleh mencegah pembentukan

mendapan plumbum.

6.4.5 Jangka Waktu Penggunaan

Jangka waktu penggunaannya juga adalah merupakan satu faktor yang diambil kira

dalam sistem pelinciran. Ini adalah untuk membolehkan pengguna menggunakan

minyak pelincir dalam jangka masa yang tertentu. Jangka waktu penggantian minyak

pelincir mestilah sesuai dengan petunjuk-petunjuk yang telah diberikan oleh pembuat

kenderaan. Tetapi, pada umumnya penggantian minyak pelincir enjin kenderaan

penumpang dilakukan pada setiap 5000 Km jarak perjalanan. Sedangkan untuk

kenderaan berat seperti Bas dan Trak pula adalah pada setiap 3000 Km. Namun

demikian hendaklah menggantikan minyak Pelincir apabila keadaannya sudah

kurang memuaskan, meskipun jaraknya belum sampai.

Minyak pelincir enjin kenderaan yang sering dihidupkan dan dimatikan (di

dalam kota) mesti lebih cepat diganti. Penggantian minyak pelincir hendaklah

dilakukan semasa enjin dalam keadaan panas. Ini adalah kerana pada masa ini

minyak pelincir yang sudah terpakai dengan mudah mengalir keluar dari enjin.Ini

dapat dilakukan dengan membuka bolt pengikat yang berada di bawah bekas engkol.

Page 68: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

62

6.5 Cara Menukar Minyak Pelincir Dan Penapis Minyak.

Umumnya minyak pelincir perlu ditukar pada setiap 5000 km atau 3 bulan (yang

mana dahulu). Manakala penapis minyak pula perlu ditukar setiap 10 000 km atau 6

bulan.

6.5.1 Menukar Minyak Pelincir

Peralatan yang diperlukan :-

a) Jek 4 post.

b) Takung minyak terpakai

c) Spanar gelang 14 mm

d) Minyak pelincir

e) ‘drain plug gasket’

Langkah kerja :-

a) Longgarkan penutup pada tudung kepala silinder.

b) Jek kenderaan

c) Longgarkan skru „drain plug‟

d) Letakkan takung minyak terpakai

e) Buka skru

f) Tunggu sehingga minyak lama habis di keluarkan

g) Tukar „drain plug gasket‟ pada skru

h) Pasang semula skru dan ikat skru

i) Lap semua kesan minyak

j) Turunkan jek

k) Tuangkan minyak pelincir baru mengikut sukatan.

(Semua alatan dan langkah kerja tersebut berdasarkan kereta Toyota Vios, Altis dan

Camry).

Page 69: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

63

6.5.2 Menukar Penapis Minyak

Peralatan yang digunakan :

a) Jek 4 post

b) „Special tool‟ untuk membuka penapis minyak

c) Penapis minyak

Langkah kerja :

a) Jek kenderaan

b) Gunakan special tool untuk membuka penapis minyak lama.

c) Lap kesan minyak dan pasangkan penapis baru.

d) Ketatkan mengunakan tangan dan turunkan jek.

(Semua alatan dan langkah kerja tersebut berdasarkan kereta Toyota Vios, Altis dan

Camry).

6.6 Sistem Penyejukan

Sistem penyejukan enjin iaitu sistem sokongan bagi menyelenggara suhu kendalian

enjin agar mencukupi pada sebarang kendalian dan pacuan. Apabila kuasa dihasilkan

oleh proses dinamik haba dalam enjin , sebahagian besar haba juga turut dihasilkan.

Sebahagian haba tadi diperlukan untuk mengendali enjin dengan sempurna dan yang

selebihnya dilesapkan ke atmosfrera.

Tujuan sistem penyejukan enjin ialah :

a) Menyelenggara enjin pada suhu kendalian terbaik.

b) Memindahkan haba yang tidak diperlukan.

c) Mengekalkan suhu kendalian enjin.

d) Memastikan Suhu bahagian-bahagian bergerak pada enjin tidak meningkat

kepada suhu yang boleh menjejaskan keberkesanan minyak pelincir.

Sistem penyejukan terbahagi kepada dua iaitu :

a) Sistem penyejukan cecair

b) Sistem penyejukan udara.

Page 70: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

64

6.7 Sistem Penyejukan Cecair

Sistem penyejukan cecair menggunakan air sebagai bahan yang dikendali oleh pam

air untuk menyelenggara edaran di dalam sistem. Pam air mengedarkan penyejukan

melalui saluran penyejuk di dalam enjin kemudian melalui radiator, di mana bahan

penyejuk disejukkan. Apabila enjin sejuk, laras suhu tertutup, menyekat penyejukan

mengalir melalui radiator.Sebab itu enjin cepat dipanaskan.

Satu hos pirau digunakan untuk mengedarkan penyejukan semasa larassuhu

tertutup.Larassuhu terbuka apabila penyejukan mencapai suhu kendalian enjin dan

penyejukan mengalir melalui radiator untuk membebaskan haba ke udara. Kipas

digunakan untuk menambah aliran udara melalui radiator. Bahan penyejuk khas

dibuat daripada etilena glikol dan air pada kadar 50% tiap-tiap satu.

Walaubagaimanapun bagi enjin pacuan hadapan, kepala silinder aluminium

dan radiator kecil, suhu kendalian penyejukan lebih tinggi. Untuk memperbaiki,

nisbah etilena glikol dengan air boleh ditukar ( biasanya 60% etilena glikol, 40%

campuran air) dan satu tudung tekanan tinggi dipasangkan 16-18 psi (110-124 kPa).

Ini menaikkan takat didih penyejukan, mengurangkan panas lampau. Rajah

menunjukkan binaan dan kendalian sistem penyejukan.

Page 71: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

65

Rajah 6.7.1 Sistem Penyejukan Cecair

Komponen – komponen utama sistem penyejukan cecair :-

a) Tangki air (radiator)

b) Tudung tekanan

c) Tangki takungan

d) Hos bawah dan atas

e) Kipas radiator

f) Pam air

g) Laras suhu

h) Penderia kipas radiator

i) Penunjuk suhu

6.8 Fungsi Komponen Utama Sistem Penyejukan Cecair

6.8.1 Tangki Air (Radiator)

Digunakan untuk menampung air panas dari enjin supaya dapat disejukkan dan

dibekalkan semula ke enjin. Air yang melalui jaket air di enjin perlu disejukkan

sebelum beredar semula. Sistem ini dilaksanakan dengan mendedahkan penyejukan

Page 72: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

66

ke udara dengan permukaan yang luas. Radiator biasanya digegaskan di hadapan

atau di belakang kenderaan. Satu alur masuk pada tangki atas, menerima bahan

penyejuk panas dari enjin. Satu paip limpahan membuang sisa penyajukan dan wap.

Tangki bawah mempunyai satu alur keluar untuk bahan penyejuk mengalir

balik ke enjin. Ia juga mempunyai plug untuk membuang bahan penyejuk. Radiator

mempunyai teras yang direncam dengan banyak saluran yang boleh mengalirkan air

dari tangki atas ke tangki bawah. Air panas mengalir dari enjin, disejukkan oleh

udara yang dihembus melalui radiator oleh kipas atau rempuhan udara melalui jejak

kenderaan ketika kenderaan bergerak.

Teras terdiri daripada banyak tiub yang dipasangkan ke sirip. Air disejukkan

apabila melalui tiub dan haba dibebaskan ke udara melalui kawasan luas sirip.

Terdapat dua jenis sirip radiator haba :

a) Jenis Sirip Plat Rata.

Jenis sirip plat rata ditunjukkan dalam rajah, terdiri daripada tiub tembaga

berbentuk bujur yang mempunyai kawasan permukaan penyejukan luas

b) Jenis Sirip Berombak.

Bentuk ini memberikan satu kawasan permukaan yang luas,mengurangkan

berat dan mudah untuk menyilang berbanding dengan jenis sirip plat.

Radiator juga boleh dikelaskan mengikut aliran air. Satu, air mengalir dari atas ke

bawah (jenis aliran bawah). Kedua, air mengalir mendatar dari tangki dan masuk di

satu sisi ke tangki lain di satu sisian (jenis aliran melintang).

6.8.2 Tudung Tekanan (Pressure Cap)

Rajah 6.8.2 Tudung Tekanan

Page 73: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

67

Tudung tekanan menghalang penyajuk mendidih walaupun pada suhu 100 C.

Apabila penyejuk menjadi lebih panas, perbezaan suhu di antara penyejuk dan

atmosfera menjadi lebih besar. Penyejuk masih berkesan walaupun menggunakan

raadiator yang kecil. Tudung radiator bertekanan (dalam rajah) mempunyai injap

pelaras tekanan dan injap vakum, dengan itu jika tekanan cecair dipanaskan di dalam

sistem penyejukan melebihi 1.9 kg/cm2 wap memaksa injap larasan tekanan terbuka

dan membebaskannya ke udara atau atmosfera dari paip limpah.

Akibatnya, bila suhu penyejukan berkurangan dan tekanan tangki berkurangan

daripada tekanan atmosfera, injap vakum terbuka bagi membenarkan udara dari luar

masuk. Dalam aliran ini, sistem penyajukan dalaman diselenggara pada 1.0-1.9

kg/cm2. Membenarkan air mengalir ke tangki simpanan apabila tekanan melebihi 15

psi. Mengurangkan kadar pemeluwapan air pada tekanan udara yang tinggi supaya

Pam Air berfungsi dengan baik.Melindungi Hos Radiator dan mengelakkan

berlakunya pusuan air

6.8.3 Tangki Takungan ( Reserve Tank )

Apabila isipadu cecair mengembang oleh suhu yang bertambah menyebabkan

limpahan dialirkan ke tangki takungan. Apabila suhu menurun, cecair dalam tangki

balik ke radiator. Ini mencegah buangan yang tidak diperlukan dan kehilangan

cecair.

6.8.4 Hos Bawah (Lower Hose)

Rajah 6.8.4 Hos Bawah

Menghubungkan tangki bawah Radiator ke Pam Air (Water Pump).

Page 74: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

68

6.8.5 Hos Atas (Upper Hose)

Rajah 6.8.5 Hos Atas

Menghubungkan tangki atas Radiator ke Enjin

6.8.6 Kipas Radiator (Radiator Fan)

Kipas enjin biasanya digegaskan di atas pam pendesak dan dipacu oleh tali sawat.

Tujuan kipas ialah untuk mngalirkan lebih udara melalui radiator. Kipas akan

menarik udara dari hadapan enjin ke belakang ke arah Radiator bagi menyejukkan

cecair didalam Tangki Air (Radiator).

Terdapat dua jenis kipas iaitu kipas insani dan elektrik :

a) Kipas insani dipacu terus oleh talisawat dan digegaskan di hadapan enjin.

b) Kipas elektrik pula dipacu oleh tenaga elektrik apabila suhu enjin melebihi

suhu kendalian.Kipas ini digegaskan di belakang radiator dan memerlukan

satu motor kecil yang digerakkan secara elektrik.

Page 75: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

69

6.8.7 Pam Air (Water Pump)

Rajah 6.8.7 Pam Air

Pam empar atau pam desak biasanya digunakan untuk mengedarkan air. Ia

dipasangkan pada hadapan bongkah enjin dan dipacu oleh tali sawat berbentuk V

dari kapi aci engkol. Air di pam ke seluruh Sistem Penyejukan bagi memindahkan

haba yang berlebihan.

6.8.8 Laras Suhu (Thermostat)

Laras suhu digegaskan dalam saluran air diantara kepala silinder dengan bahagian

atas radiator. Laras suhu berfungsi menyediakan kawalan suhu malar iaitu dengan

menyekat edaran air supaya suhu kendalian dapat dicapai dengan lebih cepat. Suhu

kendalian yang baik ialah antara 80 C – 90 C. Ia adalah penting untuk dicapai selepas

enjin dihidupkan dan untuk menyelenggara semasa kendalian.

Larasuhu ialah satu injap automatik yang pengendaliannya bergantung kepada suhu.

Apabila suhu penyejukan rendah , injap tertutup dan penyejuk tidak boleh beredar

mengelilingi enjin. Apabila penyejuk menjadi panas, injap terbuka (mencapai suhu

kendalian enjin) dan bahan penyejuk mengalir ke radiator. Terdapat berbagai-bagai

jenis larasuhu yang biasa digunakan. Jenis lilin adalah yang paling popular dewasa

ini. Selain daripada itu terdapat dua lagi larasuhu iaitu jenis sarung dan jenis kupu-

kupu.

Page 76: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

70

6.8.9 Penderia Kipas Radiator (Radiator Fan Sensor)

Berindak sebagai suis kepada kipas radiator. Sensor ini akan berfungsi bila cecair

telah mencapai suhu kendalian tertentu dan akan mengidupkan kipas radiator. Ia

akan dimatikan bila suhu cecair mencapai suhu kendalian yang minimum.

6.8.10 Penunjuk Suhu

Penunjuk memberi amaran kepada pemandu jika terdapat keadaan luar biasa yang

terjadi dalam sistem penyejukan. Terdapat tiga jenis penunjuk iaitu jenis tekanan

wap , elektrik dan penunjuk lampu.

6.9 Sistem Penyejukan Udara.

Rajah 6.9.1 Sistem Penyejukan Udara

Sistem penyejukan udara biasanya digunakan dalam enjin-enjin kecil, satu dan dua

silinder seperti motosikal dan enjin pemotong rumput. Bongkah silinder biasanya

dilengkapkan dengan sirip logam yang memberikan satu permukaan penyejukan

yang luas. Ia mengalirkan haba daripada silinder.

Bagi enjin besar yang menggunakan udara, satu selubung logam digunakan

bagi mengarahkan aliran udara ke sekitaran silinder untuk meningkatkan penyejukan.

Page 77: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

71

6.10 Asas Kendalian Penyejukan Udara.

Udara panas daripada pepejal dan logam dinyahkan ke atmosfera. Sementara udara

sejuk menggantikan udara panas yang dinyahkan. Satu pendesak diletakkan dalam

selubung logam untuk meniupkan udara melalui sirip-sirip udara dan haba dinyahkan

ke atmosfera.

Page 78: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

72

BAB 7 : KOMEN DAN CADANGAN

Semasa latihan industri ini dijalankan, pelbagai komen dan cadangan yang sering

timbul semasa pelatih-pelatih menjalankan latihan industri. Antaranya ialah:

a) Pelajar

Pelajar haruslah mengetahui tentang aktiviti yang dijalankan oleh

sesebuah syarikat terlebih dahulu agar tidak tersasar dengan kursus

atau bidang yang kita pelajari.

Pelajar haruslah mengikut setiap arahan daripada pegawai-pegawai

atasan sepanjang menjalani Latihan Industri di sesebuah firma.

Pelajar seharusnya bekerja dengan niat untuk belajar dan bukan hanya

bekerja semata-mata untuk mendapatkan elaun sahaja.

b) Pihak Syarikat

Pihak syarikat haruslah menyediakan kerja – kerja yang berkaitan

dengan kursus yang dipelajari oleh pelatih dan bukannya

menyediakan kerja – kerja yang diluar bidang pelatih.

Page 79: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

73

Pihak syarikat juga perlu melihat kebolehan atau keupayaan para

pelatih yang menjalani Latihan Industri secara terperinci dan tidak

boleh memilih kasih serta tidak boleh memberi tumpuan terhadap

pelatih tertentu sahaja.

Pihak syarikat haruslah memberi insentif atau penghargaan kepada

pelatih yang telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan

agar mereka dapat berusaha dengan lebih gigih serta memberi

semangat kepada mereka untuk tekun melakukan kerja.

c) Pihak Politeknik

Pihak politeknik haruslah menempatkan pelajar – pelajar di tempat

yang berkaitan dengan apa yang diceburi oleh bidang pelajar itu agar

pelajar tersebut dapat mengembangkan ilmu yang dipelajari.

Pihak politeknik juga haruslah menyeimbangkan pembelajaran teori

serta praktikal di politeknik agar apabila pelajar keluar untuk

menjalankan latihan industri tidaklah berasa janggal.

Pihak politeknik perlulah memantau prestasi pelajar semasa menjalani

latihan industri dari semasa ke semasa.

Pihak politeknik perlu datang melawat pelajar untuk mengetahui

prestasi dan situasi yang berlaku di tempat kerja. Malah terdapat

segelintir pelajar yang tidak dilawati langsung oleh wakil politeknik.

Page 80: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

74

BAB 8 : KESIMPULAN

Sepanjang tempoh 22 minggu lamanya saya menjalani latihan industri di SP Selatan

Otomobil Sdn. Bhd., banyak perkara yang telah saya lihat serta pelajari semasa saya

di sana. Banyak pengalaman yang boleh dipakai untuk menyambung pengajian ke

peringkat seterusnya.

Selain itu, saya juga dapat merasai pengalaman sebenar alam perkerjaan yang

akan saya tempuh di masa akan datang. Antara pengalaman yang saya dapat semasa

menjalani latihan industri ialah :

a) Sikap bertanggungjawab yang harus ditanam di dalam diri setiap pelajar.

Sikap ini sangat penting kerana ianya dapat melihat samada seseorang itu

dapat pergi lebih jauh dalam sektor pekerjaan ini ataupun tidak.

b) Selain itu, saya juga telah dapat merasai suasana alam pekerjaan yang

sebenar selama tempoh lima bulan itu. Suasana ini sangat penting kerana ia

dapat mengajar kita erti keperitan yang bakal dialami sebelum kita

dihidangkan dengan alam pekerjaan yang sebenar suatu hari nanti.

c) Latihan industri dapat memberikan satu peluang pada para pelajar untuk

mempraktikan segala teori dan amali yang telah mereka pelajari semasa

berada di politeknik

Page 81: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

75

d) Memberi satu peluang untuk para pelajar mendekatkan diri dengan alam

perkerjaan yang sebenar serta dapat mempelajari pelbagai benda baru serta

pengalaman yang tidak ada semasa di politeknik

e) Dapat membina personaliti diri dan pendedahan dalam kehidupan berdikari

Dengan adanya latihan industri ini, kita juga dapat mengukur sejauh mana

kemampuan serta kebolehan kita dalam menguruskan sesuatu kerja yang

dipertanggungjawabkan kepada kita.

f) Selain itu, kita juga dapat mempraktikkan ilmu yang telah kita pelajari

semasa di politeknik serta dapat bertukar – tukar idea dan kepakaran

semasa menjalankan kerja.

Page 82: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

76

BAB 9 : LAMPIRAN

Sepanjang menjalankan laitihan industri selama 22 minggu. Saya sempat mengambil

banyak gambar sebagai rujukan dan untuk membuat laporan harian. Di ruangan

lampiran ini saya sertakan beberapa keping gambar.

Page 83: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

77

Page 84: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

78

Page 85: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

79

Page 86: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

80

BAB 10 : RUJUKAN

Pelbagai rujukan telah saya gunakan bagi menyiapkan buku laporan penuh ini

antaranya ialah :

a) Internet : http://rbhauto.blogspot.com

http://4.bp.blogspot.com

http://www.auto-repair-help.com/

http://www.procarcare.com/

b) Buku : Buku Automotif Kenderaan

Buku Automotif Elektrik & Diesel

c) Penyelia & Juruteknik : En. Lim Chun Hooi - Pengurus

En. Azhar bin Shahbudin - Juruteknik

Page 87: SP. SELATAN OTOMOBIL SDN. BHD. LOT 1365, PADANG … · disediakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu di Lot 1365, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Syarikat ini telah

81