pasaraya.my cara membuka lot kedai

15
Layari Laman Web www.pasaraya.my 09 Koleksi Tutorial Pasaraya.My Cara Membuka Lot Kedai di Pasaraya.My Disediakan oleh: Panel Pendidikan Pasaraya.My Versi 1.1

Upload: aishah-aiman

Post on 11-Aug-2015

194 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

..

TRANSCRIPT

Page 1: Pasaraya.my Cara Membuka Lot Kedai

Layari Laman Web www.pasaraya.my

09

Koleksi Tutorial Pasaraya.MyCara Membuka Lot Kedai di Pasaraya.MyDisediakan oleh:

Panel Pendidikan Pasaraya.My

Versi 1.1

Page 2: Pasaraya.my Cara Membuka Lot Kedai

Tutorial Cara Membuka Lot Kedai di Pasaraya.MyArahan Umum: Sila baca dengan teliti dan fahamkan arahan yang diberikan. Sekiranya terdapat masalah untuk anda memahami, sila emel ke [email protected] untuk penjelasan lanjut.

ObjektifTutorial ini akan menerangkan anda bagaimana cara anda boleh membuka lot kedai anda di laman web www.pasaraya.my dan di akhir tutorial ini anda akan dapat melakukannya sendiri tanpa bantuan orang lain.

Langkah 1.Anda mestilah mempunyai e-mel. Sekiranya tiada, sila daftar dahulu di Yahoo Mail, GMail atau lain-lain.

Layari laman web www.pasaraya.my

Langkah 2

Klik butang Daftar Keahlian

Page 2 of 13

Page 3: Pasaraya.my Cara Membuka Lot Kedai

Langkah 3

Dalam Borang Pendaftaran, pilih Peniaga/ Buka Lot Kedai dan isi dengan lengkap maklumat yang diperlukan.

Langkah 4

Masukkan kod pengesahan dengan betul. Sekiranya kod pengesahan yang dipaparkan, anda tidak pasti, klik ikon seperti dalam gambarajah di atas. Seterusnya klik/check Terma dan syarat dan Klik Butang Daftarkan Saya.

Page 3 of 13

Page 4: Pasaraya.my Cara Membuka Lot Kedai

Langkah 5

Setelah itu, sila semak INBOX email anda atau sekiranya tiada, sila lihat dalam BULK/JUNK/SPAM email anda. Kebiasaannya email pengesahan akan dihantar secara otomatik dalam jangka masa 15-30 minit sekiranya tiada masalah.

Langkah 6

Buka pelayar Emel anda (contoh di atas adalah paparan mula hadapan Yahoo! MAIL. Masukkan ruang yang diperlukan dan klik Sign In.

Page 4 of 13

Page 5: Pasaraya.my Cara Membuka Lot Kedai

Langkah 7

Semak folder INBOX atau SPAM/JUNK anda dan klik email yang dikirim. Sekiranya anda tidak mendapat e-mail ini dalam masa satu hari, sila email ke [email protected] untuk membuat aduan.

Langkah 8

Klik pada URL yang diberikan untuk mengaktifkan akaun anda. Rujuk anak panah merah.

Page 5 of 13

Page 6: Pasaraya.my Cara Membuka Lot Kedai

Langkah 9

Setelah itu anda akan dibawa ke laman Pasaraya.My. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan dan klik butang Log masuk.

Langkah 10

Untuk maklumat Soalan Lazim, Sila klik Pautan Kaunter Soalan Lazim (FAQ) (anak panah merah) atau anda boleh lihat pautan Bilik Pengurusan Lot Kedai. Setelah itu anda boleh buka lot kedai dengan Klik pautan Buka Lot Kedai Baru (anak panah jingga)

Page 6 of 13

Page 7: Pasaraya.my Cara Membuka Lot Kedai

Langkah 11

Terdapat 3 Pakej yang boleh anda pilih. Anda digalakkan untuk memilih Pakej Berlian bagi memiliki banyak kemudahan dan keistimewaan yang ditawarkan.

Langkah 12

Klik Pautan Pilih/Choose (Contoh di atas ialah peniaga ingin memilih Pakej Berlian)

Page 7 of 13

Page 8: Pasaraya.my Cara Membuka Lot Kedai

Langkah 13

Setelah itu, satu paparan borang maklumat lot kedai perlu dipenuhkan dengan lengkap dan penuhkan ruang yang berkaitan sahaja.

Langkah 14

Sila pilih kategori yang anda ingin letakkan di dalam bahagian kedai Pasaraya.My. Mengikut contoh di atas Pakej Berlian diberi sebanyak 8 kategori dalam Pasaraya.My. Anda juga boleh memuat naik (upload) Logo perniagaan sekiranya ada. Format Logo mestilah .jpg.

Page 8 of 13

Page 9: Pasaraya.my Cara Membuka Lot Kedai

Langkah 15

Setelah anda mengisi maklumat Lot Kedai Anda, sila klik Butang Daftarkan Lot Kedai Baru Saya!

Langkah 16

Langkah seterusnya anda mestilah Klik pautan Klik Di sini Untuk Langkah Seterusnya (Kos Terperinci Tapak Lot Kedai Anda)

Page 9 of 13

Page 10: Pasaraya.my Cara Membuka Lot Kedai

Langkah 17

Laman di atas akan memaparkan maklumat bayaran. Sekiranya anda meiliki kod kupon diskaun daripada pihak Pasaraya.My, anda bolehlah klik butang TEBUS KOD/ REDEEM CODE . Sekiranya tiada kupon diskaun, anda bolehlah klik terus butang SETERUSNYA/CONTINUE.

Page 10 of 13

Page 11: Pasaraya.my Cara Membuka Lot Kedai

Langkah 18

Seterusnya laman di atas akan dipaparkan dan anda mestilah menyimpan maklumat di atas untuk rujukan anda. Sila cetak laman di atas denga klik Pautan KLIK DI SINI UNTUK CETAK LAMAN.

Langkah 19

Seterusnya anda mestilah sms maklumat yang diperlukan ke nombor telefon yang diberikan bagi pengetahuan webmaster. Anda perlu Pautan KLIK DI SINI UNTUK SETERUSNYA.

Page 11 of 13

Page 12: Pasaraya.my Cara Membuka Lot Kedai

Langkah 20

Setelah itu anda akan di bawa ke laman Bilik Pengurusan Lot Kedai. Klik butang Senarai Kedai Anda. Klik di sini.

Langkah 21

Lot Kedai anda perlulah menjalani proses pengesahan oleh webmaster sebelum dapat disiarkan di laman web www.pasaraya.my.

Page 12 of 13

Page 13: Pasaraya.my Cara Membuka Lot Kedai

Peringatan: Sekiranya anda memilih Pakej Emas atau Pakej Berlian, anda mestilah menjelaskan bayaran langganan dengan memasukkan (Bank In) bayaran anda tersebut ke dalam akaun:Maya Informatic Enterprise Nombor Akaun: 5628 3460 4436 (Maybank) ;dan membuat pengesahan melalui SMS atau email ke [email protected]

-Tutorial Tamat-

Tarikh Terakhir Kemaskini 06 Ogos 2009.

Page 13 of 13