laporan balapan padang 2015

6

Upload: tun-amilru

Post on 14-Sep-2015

275 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

contoh

TRANSCRIPT

LAPORAN AKTIVITIKEJOHANAN BALAPAN DAN PADANGSEMAT 2015SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MATANG21700 KUALA BERANG, HULU TERENGGANU

LAPORAN AKTIVITIKEJOHANAN BALAPAN DAN PADANGSMK MATANG 2015

1.0 NAMA PROGRAM : Kejohanan Balapan Dan Padang SeMAT 20152.0 TARIKH: 26, 27, & 28 MEI 20153.0 TEMPAT: Padang, SMK Matang.4.0 PENGANJUR: Unit Sukan, SMK Matang5.0 KUMPULAN SASARAN: Semua pelajar dan wakil rumah SeMAT.

6.0 RINGKASAN PERJALANAN PROGRAM:

Kejohanan berlangsung selama tiga hari bermula pada 26 Mei 2015. Semua pelajar lelaki dan peremuan diwajibkan supaya menyertai kesemua acara bagi menyumbangkan mata kepada rumah sukan masing-masing. Pada hari pertama, acara trek iaitu lari 100m dan acara padang iaitu lontar peluru dan lompat jauh diadakan. Para peserta turut ditapis dan dipilih bagi mewakili rumah ke peringkat seterusnya.

Pada 27 Mei pula, acara balapan dan padang iaitu lari 800m, lontar peluru dan 200 meter bagi kategori P14,P16,L14 dan L16 diadakan. Peserta pada hari ini bertanding bagi mewakili rumah masing-masing.

Hari kemuncak kejohanan iaitu pada 28 Mei 2015, acara balapan dan padang diteruskan iaitu 100 meter , lempar cakera dan 4 x 100 meter bagi kategori P14,P16,L14 dan L16. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada acara kemuncak kepada para pemenang dan rumah sukan yang menang. Keputusan kejohanan balapan dan padang SeMAT 2015 disandang oleh Rumah JUARA (Hijau) sebagai Juara Rumah Sukan dengan pungutan pingat sebanyak 11 Emas, 10 Perak, 6 Gangsa. Tempat kedua disandang oleh Rumah WAJA (Kuning), Tempat Ketiga disandang Rumah SATRIA (Biru) dan Tempat Keempat disandang oleh Rumah WAJA (Merah).Atlet terbaik mengikut kategori iaitu L 14 disandang oleh Muhammad Azrie, P14 disandang oleh Farah Nabila . Manakala untuk kategori L 16 disandang oleh Muhammad Fahmirullah dan P16 disandang oleh Siti Aziemah.

7.0 MASALAH/KEKANGAN YANG DIHADAPI :Sedikit masalah dihadapi melibatkan kerjasama daripada pelajar. Terdapat segelintir pelajar yang cuba mengelakkan diri daripada menyertai sebarang acara. Ini menyebabkan terdapat rumah sukan yang tidak dapat mengumpul mata sebanyak mungkin mengikut bilangan pelajar yang sepatutnya.8.0 KELEBIHAN/MANFAAT PROGRAM KEPADA PESERTA :Para pelajar dapat mengasah bakat dan mengenalpasti potensi diri sendiri dalam acara sukan yang disertai. Guru-guru juga dapat mengenalpasti pelajar-pelajar untuk digilap bakat mereka ke peringkat yang lebih tinggi.9.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM :

Program sebegini patut diteruskan kerana memberi peluang kepada para pelajar untuk mengembangkan bakat dan potensi diri serta bersaing secara sihat bersama rakan-rakan yang lain. Program ini juga dapat memupuk semangat kerjasama dan kerja berpasukan dalam memberi kemenangan kepada pasukan masing-masing.

Disediakan Oleh:

..................................................................Nama: TUN NUR SYAZWANI BINTI TUN RAZAKTarikh: 14 JUN 2015

LAMPIRAN* GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI* PAMPLET* KEPUTUSAN KEJOHANAN* LAPORAN STATISTIK KEJOHANAN* KERTAS KONSEP KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2015

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM

GAMBAR GAMBAR KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2015

GAMBAR GAMBAR KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2015

5