sos & majlis penutup kempen 5 utk palestin ireland

8
ROADSHOW PALESTIN IRELAND (SOS) 2011 Searching for SALAHUDDIN & Majlis Penutup Kempen Lima untuk Palestin 8 April 2011 (Jumaat) Malaysia Hall 5 ptg - 8 mlm

Upload: isma-ireland

Post on 02-Mar-2016

239 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Buku program sewaktu Majlis Penutup Searching for Salahuddin dan Kempen 5 utk Palestin di Ireland 8 April 2011 Malaysia Hall Dublin

TRANSCRIPT

Page 1: SOS & Majlis Penutup Kempen 5 utk Palestin  Ireland

ROADSHOW PALESTIN IRELAND (SOS) 2011

Searching for

SALAHUDDIN&

Majlis Penutup Kempen Lima untuk Palestin

8 April 2011 (Jumaat)Malaysia Hall

5 ptg - 8 mlm

Page 2: SOS & Majlis Penutup Kempen 5 utk Palestin  Ireland

Majlis Penutup Kempen Lima untuk Palestin

Dublin, IrelandSearching For Salahuddin2

Tentatif Majlis

KenapaPalestin???

5.15 pm: Kehadiran pelajar-pelajar

5.30 pm: Fiqh Perubatan6.30 pm: Persembahan

sajak dan rehat6.50 pm: Intifadah Palestin8.05 pm: Bacaan ikrar solidariti

oleh pengarah program

8.10 pm: Penyerahan cek oleh Pengerusi ISMA Ireland dan Presiden IMAM Ireland kepada wakil Aman Palestin

8.15 pm: Solat maghrib, makan malam dan bersuraiJenayah kejam rejim

Yahudi Zionis di Palestin dan di kawasan-

kawasan sekitarnya bukanlah sesuatu yang baru di dalam sejarah peradaban dunia moden. Beberapa dekad pasca Deklarasi Balfour 1917 menyaksikan penghijrahan Yahudi Eropah dan Rusia secara pukal ke bumi istimewa ini yang kemudiannya diikuti oleh penjajahan yang sistematik sehingga hilanglah nama Palestin dari peta dunia moden. Peliknya, dunia antarabangsa terus menjadi saksi bisu terhadap rentetan kekejaman bangsa yang sungguh biadap lagi sombong ini.

Tragedi Deir Yassin, Nakbah 1948, Naksah 1967, Sabra Shatila 1982, Khalil, Jenin, Gaza dan ratusan lagi siri keganasan rejim Zionis Israel ini bukanlah satu yang rahsia lagi. Masyarakat antarabangsa dan umat Islam hanya mampu menonton, mengutuk atau sekadar bersimpati dengan nasib malang rakyat Palestin. Selagi kuasa besar dunia menjadi boneka yang bersekongkol dengan Pertubuhan Zionis Sedunia, maka selagi itulah siri jenayah ini akan terus bermaharajalela.

Namun begitu masih ramai di kalangan umat Islam di seluruh dunia samada di negara-negara Arab atau di negara-negara Islam lainnya termasuk negara kita sendiri masih begitu naif terhadap permasalahan Palestin yang merupakan isu terbesar umat di abad ini.

Kenapa kita harus turut sibuk dengan isu Palestin?

Isu Palestin adalah isu umat Islam sejagat. Kenapa tidak, di situlah letaknya Masjid Al Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat Islam dan tempat berlakunya peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Masjid ini adalah masjid yang ke dua dibangunkan di muka bumi selepas Masjidil Haram dan merupakan masjid yang ke tiga suci di sisi Allah swt. Di bumi inilah telah dihantarnya para nabi secara berkesinambungan termasuklah Nabi Ibrahim, Nabi Sulaiman, Nabi Daud, Nabi Musa, Nabi Isa dan lain-lainnya untuk mengajak manusia agar beriman kepada Allah, Tuhan yang Esa.

Bumi ini telah dijajah silih berganti oleh bangsa Yahudi, Rom dan Parsi sehinggalah ianya dibuka kembali oleh Umar al Khattab yang telah

mengistiharkan bahawa bumi ini adalah tanah wakaf milik umat Islam sehingga ke akhir zaman. Selepas itu, Palestin terus dinaungi keamanan dan keadilan di bawah pemerintahan Islam untuk ribuan tahun kecuali di abad ke 12 Masihi apabila bumi ini dinodai dengan kekejaman tentera salib. Namun Palestin telah dibebaskan semula oleh Solahuddin al Ayyubi yang berketurunan Kurdi. Tidakkah semua ini menjadi bukti yang kuat bahawa isu Palestin bukan sekadar isu orang Palestin sahaja, bukan isu orang-orang Arab sahaja bahkan isu Palestin adalah isu kita, isu umat Islam sejagat?

Benarkah dakwaan Yahudi bahawa mereka adalah penduduk asal Palestin?

Dakwaan ini sebenarnya adalah fakta sejarah yang telah dipalsukan Yahudi. Rakyat Palestin hari ini adalah keturunan kaum Kan’an yang telah mengasaskan Palestin sejak 4500 tahun dulunya. Ketika Bani Israel mendatangi Palestin, telahpun wujud lebih 200 penempatan di bumi Palestin yang menunjukkan bahawa bukanlah mereka pengasas bumi istimewa ini.

Besambung di halaman 5...

Dr Zainur Rashid Bin ZainuddinBiro Dakwah, ISMA Cawangan Seremban

Page 3: SOS & Majlis Penutup Kempen 5 utk Palestin  Ireland

Majlis Penutup Kempen Lima untuk Palestin

Dublin, IrelandSearching For Salahuddin2

Dublin, IrelandSearching For Salahuddin 3

Warga Kerja RSP SOS IRELAND 2011

PenasihatZol Helmi Bin Md Zuki(Pengarah RSP SOS Seluruh Eropah 2011)

PengarahMohd Ferdaus Mohd Tahar

Penolong PengarahAmirul Salehuddin MannanNor Azimah Roslan

SetiausahaNor Nasuha Ismail

BendahariLokman BaharNur Izzah Zabidi

AJK WebsiteAJK ISMA & Aman Palestin Eropah

AJK BuletinRasyid NasirNor Azimah Roslan

AJK KutipanNur Asfahan Abd Halim (Online)IMAM & ISMA Ireland (Tabung)

AJK KuizMuhamad Faiz Mohd FauziAisyah Razak

AJK PertandinganAbdul Salam Manaf (Poster)Hayati Hassan (Memasak)

AJK PromosiAbdul Salam ManafMohamad Arif Mustapha

AJK Aktiviti AmalMuhammad Faiz MoideenMohamad Faezuddin Shamsualharis

AJK JualanLokman baharHelmi Hayati Hassan

Warga Kerja MAJLIS PENUTUP RSP SOS 2011AJK Protokol ProgramMohd Ferdaus Mohd Tahar AJK Media & PromosiAisyah RazakMohamad Arif Mustapha AJK Pameran APFaiz MoideenFaezuddin Shamsualharis Booth IMAMNur Izzah ZabidiFarah Athirah Wan Nasrudin

AJK PersembahanNurthaqifah Farhani Mujiman

AJK JualanAzimah Roslan

AJK Logistik, Susun Atur & Hiasan DewanLokman BaharAmirul Sallehuddin Mannan

AJK Multimedia dan SiarayaHelmi Noor IbrahimAbd Salam Manaf AJK Makanan dan KebersihanHayati Hassan

AJK Kit ProgramMohd Ferdaus Mohd TaharMuhamad Faiz Mohd Fauzi AJK PendaftaranRasyid NasirNadira Shahrul Baharin

AJK HadiahNasuha IsmailAnis Farahana Abdullah

Juruacara MajlisAmirul Asyrof

Page 4: SOS & Majlis Penutup Kempen 5 utk Palestin  Ireland

Majlis Penutup Kempen Lima untuk Palestin

Dublin, IrelandSearching For Salahuddin4

Aktiviti Sepanjang RSP SOS Ireland 2011

Kutipan Online Seluruh Ireland18 Mac - 8 April 2011

Kutipan Tabung Derma di Beaumont Hospital, James Hospital, RCSI, UCD, TCD, Cork dan Galway18 Mac - 8 April 2011

Charity Lunch18 Mac - 8 April 2011

Buletin Edisi Khas Palestin IMAM dan ISMA18 Mac - 8 April 2011

Larian Amal dan Kutipan dari Pintu ke Pintu20 Mac 2011

Pertandingan Memasak Amal untuk Palestin26 Mac 2011

Pertandingan Mereka Poster bertemakan Palestin1 - 6 April 2011

Pertandingan Kuiz Online1 - 7 April 2011

Pameran Kepedulian Umat8 April 2011

Majlis Penutup Kempen Lima Untuk Palestin8 April 2011

Page 5: SOS & Majlis Penutup Kempen 5 utk Palestin  Ireland

Majlis Penutup Kempen Lima untuk Palestin

Dublin, IrelandSearching For Salahuddin 5

Dublin, Ireland

Tidak kita nafikan bahawa Bani Israel pernah memerintah Palestin selama kira-kira 4 abad di sekitar zaman Nabi Daud dan Nabi Sulaiman tetapi kerajaan mereka turut hancur sebagaimana yang telah berlaku kepada kerajaan Firaun, Greek dan Roman disebabkan kefasadan tangan dan kaki mereka sendiri sehingga mereka semua disingkirkan dari bumi rebutan ini.

Mana-mana bangsa dan tamadun yang celik tentang sejarah peradaban mengakui bahawa Islam adalah pemerintah Palestin yang paling lama dan paling adil sehinggalah berlakunya penjajahan Palestin oleh bangsa Yahudi Zionis yang sombong lagi kejam sejak awal abad ke 20 Masihi.

Kenapa umat Islam memusuhi Yahudi?

Sesungguhnya kita tidak memusuhi atau memerangi mereka kerana semata-mata mereka berbangsa atau beragama Yahudi. Sejarah peradaban kemusiaan yang panjang telah membuktikan keadilan Islam kepada semua umat manusia termasuk Yahudi dan bangsa-bangsa serta agama yang lain. Mereka pernah hidup bersama orang-orang Islam di dalam tempoh yang berabad-abad lamanya dengan menikmati perlindungan dan keadilan daripada pemerintah Islam. Namun mereka kerap diusir oleh semua bangsa di dunia

disebabkan kejahatan dan makar yang menjiwai kehidupan mereka seperti yang pernah berlaku di Rusia, Sepanyol, Jerman dan lain-lainnya.

Namun umat Islam kini tidak punyai pilihan dalam berhadapan dengan kezaliman, keganasan dan kerakusan Yahudi Zionis hari ini yang bertindak menjajah bumi Palestin, mengusir penduduk asalnya yang sah, menodai kesucian tempat-tempat yang mulia, melakukan pembunuhan dan penderaan serta ribuan tindakan yang bersifat kebinatangan oleh bangsa yang sombong ini.

Oleh itu, umat Islam mesti bangkit berjuang dan mempertahankan hak-hak asasi mereka daripada dibaham dan diperkosa oleh Zionis Israel ini.

Tidakkah Islam agama yang mengajar kepada perdamaian?

Sesungguhnya Islam mengajar umatnya untuk berbuat baik terhadap orang-orang bukan Islam sebagaimana perkara ini telah dinukil banyak kali di dalam al Quran dan juga hadith Rasulullah saw.

Namun isu perjuangan pembebasan Palestin sebenarnya mempunyai dimensi yang lebih luas. Is adalah pertarungan bersejarah antara umat Muhamad dan kaum Yahudi. Mereka pernah cuba membunuh Rasululah saw beberapa kali dengan menjatuhkan batu besar

ke atas baginda dan cubaan untuk meracuni makanan yang dihidangkan kepada baginda. Mereka juga pernah bersekutu dengan orang-orang musyrikin untuk memerangi Rasulullah di dalam peperangan Khandaq.

Saya ingin membantu Palestin tetapi bagaimana?

Berbagai cara dan kaedah boleh dilakukan bagi membantu perjuangan pembebasan Palestin atau sekurang-kurangnya meringankan bebanan yang dihadapi oleh saudara kita di sana. Diantaranya:

1.Memahamkan diri dan umat bahawa isu ini adalah isu kita bersama dan kita semua bertanggungjawab untuk turut mengerah keringat untuk kejayaannya.

2.Memberikan sumbangan dana untuk Palestin demi pembebasannya atau meringankan bebanan mereka setidak-tidaknya.

3.Menyebarkan maklumat mengenai permasalahan ini di kalangan masyarakat samada dengan paparan informasi di kaca televisyen, di dada-dada akhbar, di dalam media elektronik dan ceramah-ceramah serta pameran yang berkaitan dengannya.

4.Melibatkan diri dengan apa jua aktiviti dan sumbangan yang akan membantu ke arah pembebasan masjid Al Aqsa dan Palestin.

5.Berdoa agar Allah swt memberikan kemenangan kepada umat yang berjuang untuk mencari redhaNya.

Banyak lagi cara yang boleh kita lakukan untuk membantu Palestin. Persoalannya kini, adakah kita telah berbuat sesuatu untuk membuktikan bahawa saudara-saudara kita di sana adalah sebahagian daripada kita?

Page 6: SOS & Majlis Penutup Kempen 5 utk Palestin  Ireland

Majlis Penutup Kempen Lima untuk Palestin

Dublin, IrelandSearching For Salahuddin6

Fiqh Perubatan bersama Dr. Zainur Rashid

Page 7: SOS & Majlis Penutup Kempen 5 utk Palestin  Ireland

Majlis Penutup Kempen Lima untuk Palestin

Dublin, Ireland Dublin, IrelandSearching For Salahuddin 7

Intifadah Palestin

Page 8: SOS & Majlis Penutup Kempen 5 utk Palestin  Ireland

Majlis Penutup Kempen Lima untuk Palestin

Dublin, IrelandSearching For Salahuddin8

IADIK; kau dan daerah bernama Aqsatidak pernah mencium harum bahagiaatau narwastu cinta dan kasturi sejahterasetelah perjanjian damai yang reputmenabrak busuknya di udara.

Lewat sekeping layar beritaKau pun bertanya warga dunia:“Apakah erti keharuman yang selalu dikata?Apakah ia serupa tengiknya kedamaianyang konon kalian perjuangkan?”

Maafkanku ADIK,Pertanyaanmu itu tiada kujawabkerna aku sedang dibelai asyikdiulit lena yang tiada penghujungdek semerbak wangibunga kemodenan yang menguntumdi kebun kemajuan negaraku.

ADIK; kudengar tangis deritamudi nisan yang berdiri setia.kudengar ratapan cita-citamudi tengah kota yang kehilangan suara.Kulihat air matamu gugur; menyembah bumi Palestina nan muliamenitis; di kolam darah sengketayang bertahun-tahun tiada keringnya.

Kau melagukan takdirmudalam senandung nestapakepadaku; saudaramu:”Di manakah dikau, duhai seorang abangyang sering menabur janji-janji palsusedang aku menanti kehadiranmudi tanah sengsara ini.”

Maafkanku ADIK, akulah sebenarnya pemungkir janjiyang kulafaz pada setiap doa buatmu.

IIIADIK; kau berjaga tanpa kenal erti masamalam, sendumu bermanja dengan bulan dan bintangsiang, keluhmu berbicara sama matahari dan gerimis pagi.Kau sering sahaja berpesan kepada awan dan seekor merpati:“Tuan berdua, tolong!Khabarkanlah rintih inikepada penguasa duniakerana saudaraku hanya tahu tertawadi kota syurga milik mereka.”

Maafkanku, ADIKakulah penghuni kota syurga yang kalut dengan bidadarianggur dan sungai susutanpa sedar ia sekadar ilusidi pentas kehidupan duniawi.

IVADIK: Suatu malam kau tampil dalam mimpikubersama sekuntum kemboja yang terselit di telingamu yang luka.Katamu:”Aku sudah tiada nyawa, abangTerima kasih atas kiriman sayangyang kau palit bersamadaki jahiliahmu.”

Maafkan aku, ADIK.kematianmu di benua sunyitiada didengar olehkuyang berlakon sebagai seorang kekasihmuyang penuh taat setia.

Shahkang Manchester, UK

Apologi Buat Seorang ADIK (Mengenang mereka dan dustanya seorang AKU)