tajuk: solidariti buat-mu palestin

6
1

Upload: others

Post on 12-Nov-2021

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK: SOLIDARITI BUAT-MU PALESTIN

1

Page 2: TAJUK: SOLIDARITI BUAT-MU PALESTIN

2

TAJUK: SOLIDARITI BUAT-MU PALESTIN

KHUTBAH PERTAMA

د لل مح : الحقآئل الح

ا كب رض مرتي ولعلن علو ا وقضينا إل بن إسءيل ف ٱلكتب لفسدن ف ٱل ٤ير

ده لا ش نح لآ إل إلا الل وححهد أ شح

ل ، يحك ل أ ن ممدا عبحده ورسوح

هد أ شح

، وأ

اللهم صل عيح جح

حابه أ صح

.وسل مح عل سي دنا ممد وعل ءال وأ

وى الل ،اتقوالل ،فيا عباد الل ،أما بعحد وحصيحكمح وإياي بتقححمتقوحن أ فقدح فاز ال

MA’ASYIRAL MUSLIMIN RAHIMAKUMULLAH,

Saya berpesan buat diri saya dan sidang Jemaah sekalian, marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT

dengan mematuhi segala suruhanNya, dan menjauhi segala laranganNya. Moga-moga kita semua

beroleh keberkatan hidup di dunia ini dan kebahagiaan abadi di akhirat kelak.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Tarikh 25 Ramadan yang lalu menyaksikan umat Islam dikejutkan dengan peristiwa kekejaman tentera

Israel laknatullah yang menyerang umat Islam yang sedang beribadah di Masjid al-Aqsa pada malam-

malam terakhir Ramadan. Sehingga kini, serangan kezaliman terus diperlakukan kepada rakyat palestin

yang mengakibatkan angka korban seramai 212 syuhada, 61 daripadanya kanak-kanak dan 36 wanita

serta 1400 orang cedera. Serangan terkutuk ini membuatkan seluruh umat Islam merasa marah, seruan

kebangkitan dilaungkan untuk menuntut keadilan atas kezaliman besar yang dilakukan. Menyingkap

sejarah mengenai sikap buruk Bani Israel yang mengundang kemurkaan Allah SWT sepertimana yang

dilakarkan dalam firman-Nya menerusi Surah al-Maidah ayat 78:

ح عصوا بما ذلك مريم ٱبن داوۥد وعيس لسان عل إسءيل بن من ح ٱلين كفروا لعن ح يعتدون ٧٨وكنوا

Maksudnya: “Orang kafir dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud

dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan menceroboh.”

Page 3: TAJUK: SOLIDARITI BUAT-MU PALESTIN

3

SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN ALLAH,

Sepertimana yang kita ketahui, Palestin adalah bumi para anbiya’ dan Baitulmaqdis sebagai kiblat

pertama umat Islam. Dengan kemuliaan ini, menuntut kita untuk terus kekal bersatu dan

mempertahankan kemuliaannya sebagaimana Baitullah di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Kekejaman yang telah dilakukan kepada umat Islam dengan membunuh dan memusnahkan kediaman

serta hospital adalah perbuatan yang tidak boleh dimaafkan, adalah menjadi kewajipan kita bersuara

dan menzahirkan solidariti bersama Palestin. Persidangan Majma’ al-Fiqh al-Islami pada 22-27

Disember 2001 di Kuwait telah memutuskan antaranya bahawa;

“..wajib bagi seluruh umat Islam dan pemerintahnya mengembalikan bumi tersebut (Palestin)

kepada umat Islam dan memelihara Masjid al-Aqsa daripada najis Yahudi yang menjajah bumi

tersebut..”

SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHI ALLAH,

Sejak tertubuhnya secara rasmi Pertubuhan Zionis Dunia (World Zionist Organization) pada tahun 1897

dan tertubuhnya negara Israel pada 15 Mei 1948 terlalu banyak episod duka yang meragut ketenangan

dan mengorbankan umat Islam. Sehubungan itu, langkah mengiktiraf negara Israel atau mengadakan

hubungan untuk mengiktiraf negara itu merupakan satu langkah yang tidak boleh diterima oleh mana-

mana umat yang bertamadun. Sebaliknya, usaha demi usaha perlu dilakukan bagi mengembalikan hak

rakyat Palestin kepada kehidupan yang aman dan adil. Apa yang penting kini adalah membawa zionis-

yahudi ke muka pengadilan atas kekejaman kemanusiaan yang telah mereka lakukan.

Mimbar yang mulia ini terharu di atas kesungguhan dan pendirian pemimpin-pemimpin serta umat Islam

yang berterusan memberi sokongan dan sumbangan tidak berbelah bagi kepada rakyat Palestin

mempertahankan kedaulatan Baitulmaqdis. Inilah semangat persaudaraan dalam Islam sepertimana

Baginda SAW pernah bersabda yang mafhumnya:

“Daripada Nu’man bin Basyir bahawa Rasulullah SAW bersabda: Perumpamaan orang-orang

Mukmin itu dalam kasih-mengasihinya, sayang-menyayanginya dan santun-menyantuninya bagai

suatu tubuh, yang apabila menderita satu anggota dari tubuh itu ikut menderita pula keseluruhan

tubuh itu dengan tidak dapat tidur dan demam.” (Riwayat Muslim)

Page 4: TAJUK: SOLIDARITI BUAT-MU PALESTIN

4

SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN ALLAH,

Kini, tiada lagi alasan buat kita untuk tidak menghiraukan saudara seakidah kita ini dalam

mempertahankan Kota Suci Baitulmaqdis. Justeru, marilah kita mengenepikan apa jua perbezaan yang

menggugat kesepaduan dan kesatuan sesama kita. Inilah masanya kita berganding bahu, menadah

tangan bermunajat dan memberikan sumbangan, serta membantu sedaya mungkin setiap umat Islam

yang ditindas walau di mana jua. Firman Allah SWT:

ن بعدهۦ وعل إن ينصكم ٱلل فل غلب لكم وإن يذلكم فمن ذا ٱلي ينصكم م

يتوك ٱلمؤمنون ١٦٠ٱلل فل

Maksudnya: “Jika Allah menolong kamu maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan

kamu; dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah

(menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu

berserah diri.” (Surah Ali Imran: 160)

ر الكيحم بارك الل كح آن العظيحم ونفعن وإياكمح بما فيحه من الآيات وال لح ولكمح بالقرح

ومنحكمح تل تغحفر الل العظيحم لح وته إنه هو السميحع وتقبل من العليحم اقول قوحل هذا واسحالحغفور هو إنه تغحفروحه فاسح منات والمؤح منيح والمؤح لمات والمسح المحسلمحي ولسائر كمح

ول .الرحيم

Page 5: TAJUK: SOLIDARITI BUAT-MU PALESTIN

5

Page 6: TAJUK: SOLIDARITI BUAT-MU PALESTIN

6

لء عنا ادحفع اللهم حوباء الح شاء وال حمنحكر والحفحح حمحن وال بلنا منح ، بطن وما منحها ظهر ما ، والحفت والان ومنح ،خاصة هذا بلح لميح حمسح ء ك عل إنك ،عمة ال حبص من بك نعوذ إنا اللهم .قديحر شح ، ال

نون ذام ،والح ء ومنح ،والح قام س سحرححم يا ،ال

أ .الراحيح

Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kekuatan dan ketabahan kepada saudara-saudara kami d bumi Palestin yang sedang berjuang mempertahankan tanah air mereka. Tiada daya dan upaya kami melainkan dengan pertolonganMu Ya Allah.

Ya Allah! Kurniakanlah kepada kami kesejahteraan, keamanan, keselamatan serta lindungilah kami daripada bala bencana dan wabak penyakit berbahaya khususnya Covid-19.

Ya Allah! Kurniakanlah kepada kami kekuatan untuk mematuhi SOP yang disediakan oleh pihak berkuasa bagi membendung penyebaran Covid-19 yang sememangnya telah berada dalam komuniti kami. Sesungguhnya kepadaMu juga tempat kami memohon perlindungan.

Ya Allah, Jadikanlah kami dan daripada keturunan kami orang-orang yang istiqamah mendirikan solat secara berjemaah, menunaikan zakat, mewakafkan harta dan berinfaq pada jalan yang Engkau redhai. Sesungguhnya hanya kepadaMu jua Ya Allah tempat Kami mengadu dan memohon pertolongan.

خرة حسنة وقنا عذاب النار نحيا حسنة وف ال .ربنا آتنا ف الد

! فيا عباد الل

لل ٱ۞إن مر بي ٱو لمنكر ٱو لفحشاء ٱوينه عن لقرب ٱوإيتاي ذي لحسن ٱو لعدل ٱيأ يعظكم لغ

٩٠لعلكم تذكرون

كرحكمح الحعظيحم الل فاذحكروا كروه ،يذح لوه ، كمح يزدح نعمه عل واشحأ له منح واسح ر يعحطكمح فضح ولكح

ب الل كحنعون ما يعحلم والل ،أ .تصح

**** Disediakan dan diedar oleh:

Bahagian Penyelidikan dan Sebaran Am, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

NOTA: Teks khutbah ini mengandungi potongan ayat-ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Mohon jaga dengan cermat dan tidak

disepahkan. Sebarang pertanyaan atau maklum balas, sila hubungi Unit Penerbitan, Bahagian Penyelidikan dan Sebaran Am, JHEAINS Tingkat 4, Blok A, Wisma MUIS 88737 KOTA KINABALU. Tel: 088-522142

Pihak JHEAINS berusaha untuk mempertingkat kualiti khutbah Jumaat yang diterbitkan. Maklum

balas dari pihak tuan/ puan amat dihargai. Sila semak QR code ini. Sekian, terima kasih.