tot sejarah isu palestin (asas)

11
TOT 1 AMAN PALESTIN : SELAMATKAN AL-AQSA, BEBASKAN PALESTIN TARIKH : 16 MEI 2015 (27 Rejab 1436 H) TEMPAT : MEGA MIND TRAINING CENTER, BANDAR BARU BANGI PENCERAMAH JEMPUTAN : DR. NASIR ABDULLAH AUDAH ABDUL JAWWAD TOT 1 ini dijalankan sempena 3 peristiwa : 1. Israk Mikraj (27 Rejab 1436 H) 2. Hari Nakbah (19 Mei 1948) – bencana besar 3. Hari Naksah (5 Jun 1967) – bencana besar yang berulang Kandungan ceramah pada hari ini : 1. Sejarah palestin (dulu dan kini) secara ringkas. 2. Pengalaman Dr. Nasir 3. Isu terkini Palestin SIAPAKAH DR. NASIR ABDULLAH AUDAH ABDUL JAWWAD? Dr. Nasir Abdullah merupakan ahli majlis perundangan Palestin di bawah PLO. Telah berkahwin dan dikurniakan 3 cahaya mata lelaki bersama isteri beliau. Beliau pernah dipenjarakan selama 16 tahun di bawah tahanan Israel. Dalam tempoh itu, beliau sempat menyiapkan sebuah thesis PhD (bidang Perundangan Islam) secara rahsia. Kertas- kertas telah diseludup masuk ke penjara tanpa pengetahuan pihak Israel. Beliau mendapat bantuan daripada 2 orang supervisor dan telahpun melalui viva (penilaian) untuk pengajian PhD di dalam penjara secara rahsia. Pada tahun 2006, setelah beliau dibebaskan dari penjara, beliau terus dicalonkan sebagai ahli parlimen mewakili pihak Hamas. Kini, beliau masih merupakan ahli parlimen dan mempunyai kerjaya sebagai seorang pensyarah. Beliau juga datang ke Malaysia untuk meneruskan pengajian Politik Islam sebagai PhD yang ke-2. YAHUDI TIADA HAK KE ATAS PALESTIN. Isu ini boleh dikupas dari 3 sudut:

Upload: taqiyuddin-abdul-rahman

Post on 10-Apr-2016

73 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

1221

TRANSCRIPT

Page 1: TOT Sejarah Isu Palestin (Asas)

TOT 1 AMAN PALESTIN : SELAMATKAN AL-AQSA, BEBASKAN PALESTIN

TARIKH : 16 MEI 2015 (27 Rejab 1436 H)

TEMPAT : MEGA MIND TRAINING CENTER, BANDAR BARU BANGI

PENCERAMAH JEMPUTAN : DR. NASIR ABDULLAH AUDAH ABDUL JAWWAD

TOT 1 ini dijalankan sempena 3 peristiwa :

1. Israk Mikraj (27 Rejab 1436 H)2. Hari Nakbah (19 Mei 1948) – bencana besar3. Hari Naksah (5 Jun 1967) – bencana besar yang berulang

Kandungan ceramah pada hari ini :

1. Sejarah palestin (dulu dan kini) secara ringkas.2. Pengalaman Dr. Nasir3. Isu terkini Palestin

SIAPAKAH DR. NASIR ABDULLAH AUDAH ABDUL JAWWAD?

Dr. Nasir Abdullah merupakan ahli majlis perundangan Palestin di bawah PLO. Telah berkahwin dan dikurniakan 3 cahaya mata lelaki bersama isteri beliau. Beliau pernah dipenjarakan selama 16 tahun di bawah tahanan Israel. Dalam tempoh itu, beliau sempat menyiapkan sebuah thesis PhD (bidang Perundangan Islam) secara rahsia. Kertas-kertas telah diseludup masuk ke penjara tanpa pengetahuan pihak Israel. Beliau mendapat bantuan daripada 2 orang supervisor dan telahpun melalui viva (penilaian) untuk pengajian PhD di dalam penjara secara rahsia. Pada tahun 2006, setelah beliau dibebaskan dari penjara, beliau terus dicalonkan sebagai ahli parlimen mewakili pihak Hamas. Kini, beliau masih merupakan ahli parlimen dan mempunyai kerjaya sebagai seorang pensyarah. Beliau juga datang ke Malaysia untuk meneruskan pengajian Politik Islam sebagai PhD yang ke-2.

YAHUDI TIADA HAK KE ATAS PALESTIN.

Isu ini boleh dikupas dari 3 sudut:

1. Sejarah2. Agama3. Pandangan Islam

1. Dari Sudut Sejarah- Orang Arab telah menetap di Palestin 5000 tahun sebelum kelahiran Isa A.S.- Nabi Ibrahim telah hidup 2000 tahun sebelum Nabi Isa A.S.

Page 2: TOT Sejarah Isu Palestin (Asas)

- Pemerintahan Nabi daud Dan nabi Sulaiman hanyalah selama 70 tahun. Oleh itu, kehadiran orang Yahudi di palestin hanyalah sesuatu yang spontaneous (laluan). Yahyudi tidak pernah menetap menguasai palestin.

2. Dari Sudut Agama- Menurut kitab taurat yang telah diselewengkan, disebut (kononnnya) Allah telah

memperuntukkan keturunan Ibrahim satu tempat di Antara Nil & Furad.- Anak Nabi Ibrahim ada 2; Ismail dan Ishak.- Nabi Muhammad juga merupakan keturunan Ibrahim dari sebelah nabi Ismail.- Jika dilihat dari sudut kata-kata di atas, maka Nabi Muhammad dan keturunannya (orang

Arab) juga berhak ke atas bumi palestin.- Kemudian, Israel berhujah pula dengan menggunakan Al-Quran, melalui lisan nabi Musa

A.S., “masuklah kamu ke bumi yang suci ini yang mana Allah telah tetapkan bagi kamu.”- Namun, tawaran ini telahpun ditolak pada ayat Quran yang seterusnya, “Kami duduk di

sini.”- Kemudian, pada zaman yang seterusnya, datang pula Jalut yang membawa kerosakan

dan dikalahkan oleh tentera Islam di bawah pimpinan Talut. Kemudian, Allah beri kemenangan dan nabi Daud pun memerintah bumi Palestin, diikuti oleh anaknya, Nabi Sulaiman.

- Yahudi menuduh bahawa orang Arab adalah jabbarin (golongan ganas) yang berada di dalam bumi palestin.

Page 3: TOT Sejarah Isu Palestin (Asas)

3. Sudut pandangan Islam- Nabi Muhammad mewarisi semua ajaran daripada nabi-nabi yang terdahulu.- Kita semua (umat Islam) adalah pewaris nabi Muhammad.- Turunnya Al-Quran telah memansuhkan segala syariat yang terdahulu.- Semasa Israk & Mikraj, Nabi Muhammad telah mengimamkan solat berjemaah dengan

para rasul dan nabi sebagai makmum (menggambarkan penyerahan kuasa daripada pemimpin-pemimpin terdahulu kepada baginda untuk memimpin umat ini).

- Saidina Umar telah membuka Baitul Maqdis.

Ringkasan / Rumusan :

1. Masjidil haram & masjidil aqsa adalah milik orang Islam2. Kewujudan Yahudi pada hari ini adalah salah. Mereka ini datang dari pelbagai Negara.

Mereka menjajah palestin dengan bantuan tentera British.3. Israel adalah keturunan Bani Yaakub. Namun, 70% Yahudi datang dari Afrika, dan sebagainya.

Bukan dari Bani Israel yang asal (dari Nabi Yaakub). Mereka ini hanyalah penganut agama Yahudi sahaja.

4. Isu Palestin adalah isu ummah.5. Israel ini didukung oleh seluruh kuasa-kuasa baru untuk menghalang kebangkitan Islam.6. Pada 15 Mei 1948, Israel masih belum menguasai Tebing Barat (ketika itu di bawah jagaan

Jordan) dan Gaza (ketika itu di bawah jagaan Mesir).

SEJARAH PALESTIN SEPINTAS LALU.

1516 – 1917 Pemerintahan Khalifah Uthmaniyah di bumi palestin

1878 Sebelum British mengambil alih tampuk pemerintahan, mereka membawa masuk orang Yahudi dari pelbagai Negara melalui projek pertanian (pintu harapan : bitahi tukfa).

*boleh baca buku tentang Rothschild (seorang Yahudi, pemberi dana besar kepada Yahudi* (asas buku ini ditulis adalah tentang cadangan untuk mewujudkan satu Negara Yahudi)

Sudut kewangan amat diperlukan untuk menguasai palestin.

Yahudi, Bani Israel, Zionis, adalah 3 perkara yang berbeza.

1904 Untuk melaksanakan rancangan Zionis, mereka membawa masuk tidak sampai 3% orang Yahudi daripada pelbagai Negara.

1914 Bilangan kemasukan orang Yahudi bertambah menjadi 6%.

Mereka mengasaskan satu Bandar bernama Tel Aviv (Tel bermaksud tanah tinggi, Aviv adalah sempena musim bunga dalam Bahasa Yahudi)

INFO BARU (dalam 2 bulan ini) : Mereka tak pernah membeli Tel Aviv pun. Selama ini mereka

Page 4: TOT Sejarah Isu Palestin (Asas)

hanya menyewa tanah tersebut daripada orang Arab.

Projek seterusnya daripada Britain selepas membawa masuk orang Yahudi adalah untuk menakluk

Palestin. Oleh itu, mereka telah menghasut seorang Arab, Sharif Hussein (tok pemerintahan Mekah)

dengan janji bahawa dia akan diberikan Syria, Mesir dan Jordan, dengan syarat, dia menyerahkan

Palestin kepada Yahudi.

PAKATAN PIKO.

Satu pakatan luar. Sharif Hussein termakan tawaran British. Mengisytiharkan kerajaan Arab terkeluar

daripada kerajaan Turki Uthmaniyah.

Balfort, seorang Menteri Luar British, telah membuat perjanjian untuk membangunkan Negara

Yahudi, namun tiada apa-apa habuan langsung untuk Sharif Hussein.

Surat perjanjian asal Balfort.

PEMERINTAHAN TENTERA SHARIF HUSSEIN + BRITISH MENENTANG TURKI UTHMANIYAH.

Dengan gabungan tentera ini, berlakulah Perang Dunia Pertama pada 30-10-1918. Namun, hanya

janji kepada Yahudi sahaja yang ditunaikan.

Page 5: TOT Sejarah Isu Palestin (Asas)

1919 – 1923 Gelombang ke-3 kemasukan Yahudi (12%) yang dikawal oleh British secara gerila (rahsia). Senjata juga dibekalkan kepada mereka. Pada masa ini, hanya 3% sahaja tanah palestin yang dikuasai oleh mereka. Oleh itu, mereka telah menubuhkan angkatan tentera sulit (bernama Hagana) yang terdiri daripada orang – orang Yahudi yang ganas. Angkatan ini ditubuhkan secara tidak sah, namun British hanya menutup mata. Mereka telah melakukan banyak huru-hara di palestin.

Oktober 1922 Arab (78%), Yahudi (9.6%). Tahudi mula menguasaia 4.2% tanah Palestin.

Orang Arab mula Nampak penipuan British. Jadi mereka bangkit menentang walaupun sudah tiada apa-apa. Mereka melakukan mogok selama 6 bulan. Oleh itu, British telah membuat tekanan dan mengarahkan bahawa orang Arab tidak boleh memiliki senjata walaupun sebilah pisau. Dalam tempoh ini, muncul seorang imam dari Syria (Sheikh Izzuddin Al-Qassam) melawan British dan Israel melalui ucapan-ucapan yang hebat dan menaikkan semangat orang ramai untuk bangkit melawan British dan Israel. Beliau akhirnya syahid dibunuh oleh British.

فلسطين تقسيم (KEPUTUSAN PEMBAHAGIAN PALESTIN) قرار

Rentetan daripada peristiwa kebangkitan ini dan pemimpin-pemimpin yang lain, Yahudi telah

membuat keputusan untuk membahagikan Kawasan Palestin.

55% tanah untuk Yahudi (hijau cerah) diluluskan oleh PBB.

Masjidil Aqsa (coklat/oren) dijaga oleh badan antarabangsa.

Selebihnya untuk orang Arab.

Apabila berlakunya keputusan ini, tentera ganas (hagana) yang tertubuh telah mula masuk ke kampong-kampung secara terang-terangan dan membunuh orang Arab. Dahulunya mereka hanya bergerak secara gerila.

Peristiwa deyr yasin. Keganasan ini dicatat di internet. Warga Palestin dibunuh

dengan kejam (genocide).

Page 6: TOT Sejarah Isu Palestin (Asas)

Dengan susunan rapi dan hagana yang melakukan penghapusan etnik, tibalah tarikh 15 Mac 1948 dimana British telah menyerahkan bumi palestin kepada Yahudi.

Pada 15 Mei 1948, secara langsung wujudlah Negara Israel. 10 minit kemudian, mereka telah

mengisytiharkan kewujudan Negara Israel. (menunjukkan kehebatan kerjasama Antara british dan

yahudi). Pada masa ini, tebing Barat dan gaza masih belum dikuasai oleh Yahudi.

Arab dijajah. Tentera-tentera Arab tidak boleh digerakkan. Di sini, peranan Ikhwanul Muslimin amat

diperlukan. (Yahudi juga mengiktiraf kehebatan Ikhwanul Muslimin) Tapi sayangnya, mereka ini

ditikam adri belakang oleh orang Arab sendiri. Inilah pengkhianatan Arab dan British terhadap Islam.

Gaza, walaupun kecil, namun amat digeruni oleh Barat.

Ringkasan / Rumusan.

Jatuhnya Palestin adalah melalui :

1. Pakatan-pakatan jahat2. Pengkhianatan oleh orang Islam3. Kealpaan orang Islam4. Ketiadaan semangat patriotism oleh pemimpin-pemimpin Islam sehingga sanggup berbuat

khianat.

NAKSAH : BENCANA BESAR YANG BERULANG.

Pada tahun 1967, Kota Al-Quds yang terbahagi kepada 2; Al-Quds Timur (di bawah jagaan antarabangsa), dan Al-Quds Barat (telah dikuasai oleh yahudi) telah digabungkan menjadi satu kota.

Dalam masa 6 hari, Yahudi telah menguasai 3 kali ganda tanah Palestin, termasuk Tebing barat dan Syria. Masyarakat Arab pada ketika ini sedang leka dengan dendangan dan nyanyian artis seperti Ummi kalthum dan Farid Akbar sampaikan tentera Mesir berkata, “berperanglah kamu dengan Ummi Kalthum!”.

Namun, berbekalkan keikhlasan segolongan tentera muslimin, dalam tempoh 51 hari Israel, Mesir dan tentera luar bergabung melawan tentera Al-Qassam, 1 km pun tidak dapat ditembusi oleh Israel.

Page 7: TOT Sejarah Isu Palestin (Asas)

1978 : Sinai telah diserahkan kepada mesir melalui perjanjian Kem Davib (bukan dalam keadaan yang mulia tetapi hina). Hatta kapal terbang, kereta kebal yang ingin melalui Sinai pun perlu mendapat keizinan Israel dahulu.

8 DISEMBER 1987 : INTIFADHA AL-AWLA

Intifadha jika diterjemahkan ke Bahasa Melayu bermaksud banjir / melimpah.

Pada masa ini, orang ramai telah melimpah ke Jalan-jalan untuk mempertahankan palestin. Wujud juga gelaran Kanak-kanak batu (جماهيرية).

1994 : Perjanjian Oslow

Yahudi hanya mengiktiraf PLO, bukan meniktiraf Negara Yahudi. Sebagai pertukaran, PLO mengiktiraf Yahudi menguasai 78% Palestin. Rakyat palestin tidak berpuas hati. Hamas tetap meneruskan usaha membebaskan palestin daripada cengkaman Israel.

Page 8: TOT Sejarah Isu Palestin (Asas)

Pada tahun 2000, tercetus Intifadha ke-2 di mana rakyat menentang pengganas yang diketuai oleh Sharon. Perjuangan berterusan di palestin sehingga Yahudi rasa tidak mampu lagi untuk bertahan. Oleh itu, yahudi telah menggunakan PLO untuk menyekat kemaraan umat Islam membebaskan palestin.

Di Gaza, tiada seorang yahudi pun tinggal di ditu.

Pada tahun 2006, dunia terkejut apabila Hamas menang dalam parlimen (menang 66% parlimen Palestin). Pada masa ini, pimpinan hamas berada di dalam penjara. Hamas juga masuh belum diiktiraf. Oleh itu, Yahudi dan PLO terkejut dengan kemenangan tersebut.

Gaza dipimpin oleh Hamas.

Tebing Barat dipimpin oleh Fattah (PLO).

Pemisahan pentadbiran berlaku kerana Yahudi mengganas, mengepung Gaza, membakar bangunan dan tidak mengikut arahan Menteri (Hamas).

Dengan isu ini, Yahudi dan Amerika mengambil kesempatan untuk menekan PLO membuat pemisahan pentadbiran. Namun, rakyat Tebing Barat tetap bersama Hamas di hati mereka. Yahudi tidak menguasai Tebing Barat secara sah.

Dengan berlakunya pemisahan ini, seluruh dunia telah memberi sokongan kepada PLO yang menguasai Tebing Barat. Rakyat dikepung dari segenap sudut untuk menghalang segala jenis kebangkitan (hatta intifadha, mahupun sokongan kepada Hamas). Dengan in, Yahudi melihat peluang untuk menyerang Gaza melalui 3 aspek. Namun, ketiga-tiga serangan itu dapat dipatahkan. Hamas menang di Gaza namun tebing Barat telah diserahkan kepada Yahudi.

43 orang telah ditangkap. Namun, rundingan tidak mendatangkan apa-apa hasil.