solawat yang diriwayatkan daripada nabi ilyas dan nabi khidir

Upload: muhammad-suffyan-eddie

Post on 03-Apr-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Solawat Yang Diriwayatkan Daripada Nabi Ilyas Dan Nabi Khidir

    1/2

    www.alraufi.blogspot.com

    1

    KeKeKeKesepuluhsepuluhsepuluhsepuluh SolawatSolawatSolawatSolawat Yang DiriwayatkanYang DiriwayatkanYang DiriwayatkanYang DiriwayatkanDaripada NabiDaripada NabiDaripada NabiDaripada Nabi Ilyas dan Nabi KhidirIlyas dan Nabi KhidirIlyas dan Nabi KhidirIlyas dan Nabi Khidir

    Semoga Allah melimpahkan solawat ke atas Muhammad.

    Komentar oleh Asy-Syeikh Yusuf Ismail An-Nabhani :

    : @@S [[ \ @ @ @b@ @@ ] @@

    @ \@

  • 7/28/2019 Solawat Yang Diriwayatkan Daripada Nabi Ilyas Dan Nabi Khidir

    2/2

    www.alraufi.blogspot.com

    2

    Telah berkata Al-Imam Asy-Syarani : Telah bersabda Baginda j, Sesiapa yang membaca

    solawat ini, akan dibukakan ke atas dirinya tujuh puluh pintu dari rahmat, dan Allah akan meletakkan

    kecintaanNya pada kalbu-kalbu manusia. Tiada yang menjadi marah kepadanya melainkan orang yang

    memiliki kemunafikan di dalam kalbunya.

    Telah berkata guru kami, yakni Ali Al-Khawwas , Adakah hadits ini dan yang sebelumnya,

    yakni sabdaan Baginda j, Keadaan paling dekat denganku bagi seseorang daripada engkau sekalian

    ialah apabila aku disebut, dia bersolawat ke atasku, kami meriwayatkannya daripada sebahagian Al-Arifin, daripada Al-Khidir , daripada Rasulullah j dan ia (hadits-hadits) berdua di sisi kami adalah

    sohih, pada setinggi-tinggi darjat kesohihan, walaupun tiadalah ia ditetapkan oleh para ilmu hadits, kerana

    kesulitan istilah-istilah mereka. Dan Allah jua lebih mengetahui!

    (Berakhir petikan kata-kata daripada Al-Imam Asy-Syarani )

    Perkara ini dikuatkan lagi oleh apa yang telah dipetik oleh Al-Hafiz As-Sakhawi daripada

    Majduddin Al-Fairuzabadi , pemilikAl-Qamus, dengan sanadnya yang sampai kepada Al-Imam As-

    Samarqandi .

    Beliau telah berkata. Aku telah mendengar Al-Khidir dan Ilyas , dan mereka berdua telahberkata, Kami telah mendengar Rasulullah j bersabda, Tiadalah seorang yang beriman mengucapkan,

    Semoga Allah melimpahkan solawat ke atas Muhammad, melainkan akan dijadikan manusia

    mencintainya, walaupun mereka sedang membencinya. Demi Allah, tiadalah mereka mencintainya

    sehingga Allah mencintainya. Dan kami juga telah mendengar Rasulullah j bersabda dari atas

    mimbar, Sesiapa yang mengucapkan, Semoga Allah melimpahkan solawat ke atas Muhammad, akan

    dibukakan ke atas dirinya tujuh puluh pintu dari rahmat.

    Dan telah dipetik oleh Al-Hafiz yang tersebut (As-Sakhawi ) dengan sanad yang terdahulu

    bahawa Al-Imam As-Samarqandi telah mendengar Al-Khidir dan Ilyas , mereka berdua juga

    telah bercerita, Pada Bani Israil (di zaman dahulu), ada seorang Nabi, telah dikatakan bahawa dia

    bernama Asmawil, yang telah diberikan kemenangan di atas para musuhnya. (Pada suatu hari), dia telah

    keluar mencari musuh dan mereka (musuh) telah berkata, Inilah adalah seorang ahli sihir. Dia telah

    datang untuk menyihir mata kita dan menghancurkan askar-askar kita. Maka haruslah kita bawa dia ke

    tepi laut dan kita musnahkan dia. Maka dia pun keluar disertai empat puluh orang lelaki dan pergilah

    mereka ke tepi laut. Telah bertanya sahabat-sahabatnya, Apakah yang mesti kita lakukan? Dia telah

    menjawab, Majulah engkau sekalian dan ucapkanlah, Semoga Allah melimpahkan solawat ke atas

    Muhammad! Mereka pun maju ke hadapan dan mereka telah mengucapkan (solawat itu), lalu musuh-

    musuh mereka pun terdesak ke tepi laut lalu telah menjadi hanyut kesemuanya.

    Dan telah diriwayatkan juga oleh Al-Hafiz bahawa telah datang seorang lelaki dari Asy-Syam

    bertemu dengan An-Nabij, dia telah berkata, Wahai Utusan Allah! Bapaku adalah seorang yang sudahtua, dan dia mencintai (teringin) untuk melihatmu. Baginda j telah berkata, Bawalah dia bertemu

    denganku. Dia telah menjawab, Sesungguhnya, penglihatannya sudah rosak! Baginda j telah berkata,

    Katakanlah kepadanya, Ucapkanlah pada tujuh malam Semoga Allah melimpahkan solawat ke atas

    Muhammad. Maka, dia akan melihatku di dalam mimpi, sehingga dia telah dapat meriwayatkan hadits

    daripadaku.

    Maka dia (bapa lelaki itu) pun melakukannya, dan telah melihat Baginda j di dalam mimpi, dan

    dia telah dapat meriwayatkan(hadits) daripada Bagindaj.

    (Sumber daripada kitab karangan Asy-Syeikh Yusuf ibn Ismail An-Nabhani)